Saturday, August 19, 2017

Kesan Ketagihan Pornografi Sama Seperti Mengambil Dadah


Bagi mereka yang suka menonton video atau gambar pornografi akan mengalami kesan ketagihan yang sama kepada otak seperti mengambil dadah jenis kokain.

Bahaya Pornografi

Menurut Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Profesor Madya Dr Nur Izura Udzir, mereka yang melihat pornografi adalah untuk mendapatkan keseronokan, berbanding ketagihan dadah membawa kepada masalah kemurungan dan kes-kes bunuh diri.

Tambahnya, ketagihan pornografi mengheret pelakunya kepada kejadian rogol selain mencabul maruah wanita.

“Ia memang membawa kepada masalah kemurungan (dan) memberi tekanan. Sebagai contoh bila seseorang ketagih, dia tidak puas dia hendak tengok lagi, dia hendak tengok yang lebih hebat lagi dan bila dia tengok yang lebih hebat pun dia tidak akan puas sampai ada yang cari seks dengan binatang pulak,” katanya.

Penggunaan kemudahan telefon pintar dalam kalangan anak kecil oleh ibu bapa juga harus dipertimbangkan semula.

Katanya, tidak perlu anak-anak kecil dibekalkan dengan telefon pintar, cukup sekadar telefon biasa yang tidak mendedahkan mereka kepada perlakuan gejala sosial dan pengaruh pornografi.

“Sejak seusia umur dua atau tiga tahun sudah ada (telefon pintar).

“Ada yang menonton pornografi ini tidak semestinya secara sengaja. Ada yang secara tidak sengaja apabila ‘pop up’ keluar secara tiba-tiba.

“Budak budak pun akan rasa dia mahu tengok lagi. Kita sendiri pun macam itu.

"Kita akan rasa nak tengok lagi sebab dia memang akan mencetuskan hormon dalam otak yang menimbulkan keseronokan," katanya.

Sementara itu, Nur Izura berkata, golongan wanita lebih ramai menonton pornografi di telefon pintar.

Lelaki (yang ketagihan pornografi) pula lebih menyumbang kepada jenayah seksual sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang lain.

Satu kajian yang dilakukan oleh Utusan Malaysia mendapati 75 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun pernah melihat kandungan yang tidak sesuai yang kebanyakannya berunsur lucah.

Daripada jumlah itu, 94.2 peratus kanak-kanak yang terdedah de­ngan kandungan tersebut segera meninggalkan laman web ber­kenaan manakala 6.4 peratus memaklumkannya kepada keluarga atau guru.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon