Friday, March 29, 2013

Senjata Moden Yang Digunakan Semasa Perang Vietnam


Pelbagai jenis senjata digunakan semasa Perang Vietnam. Dekad 1960-an merupakan dekad lonjakan teknologi persenjataan. Vietnam menjadi medan ujian senjata dan taktik baru peperangan. Helikopter menjadi satu ikon di Vietnam dan membolehkan pengaturan tentera dengan pantas. Pengimbas elektronik digunakan di serata medan untuk mengesan pergerakan musuh. Pemprosesan data kelajuan tinggi membolehkan penyampaian data yang cepat, khususnya kerja-kerja pengintipan di Laluan Ho Chi Minh.


Berikut adalah senjata-senjata pemusnah yang telah digunakan semasa perang Vietnam. Malah, ada diantara kesan penggunaannya masih memberi kesan buruk hingga sekarang.

Raifel M-16. Senjata M-16 diperkenalkan semasa peringkat awal penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, menggantikan raifel M-14 yang digunakan sebelumnya. M-16 lebih ringan daripada senjata M-14 dan Ak-47 dan menggunakan kaliber 5.56mm. Anggota tentera boleh membawa lebih banyak peluru pada beban yang sama. M-16 mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.

Pelancar Grenad M79. Pelancar grenad M79 memberikan askar infantri kuasa tembakan yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. M79 membolehkan askar infantri melontar grenad 40mm sejauh 375 meter dan boleh melontar grenad asap ataupun letupan.

M72 LAW. M72 LAW pula adalah sistem senjata pakai buang menggunakan roket 66mm yang boleh digunakan menentang kereta kebal ringan ataupun perkubuan musuh. Walaupun hanya 2.3 kg, ia efektif sehingga jarak 200 meter.

Pelancar Grenad Mk 19. Senjata ini mulanya digunakan oleh bot peronda sungai Tentera Laut Amerika (dikenali sebagai Pibber) dan boleh melontarkan grenad 40mm dari jarak minimum 75 meter sehingga jarak maksimum 2,200 meter walaupun ia paling berkesan sehingga jarak 1,600 meter.

Helikopter Huey. Helikopter jenis Huey (daripada huruf pengenalan HU-1) mencapai kematangan sebagai sistem persenjataan semasa perkhidmatan di Vietnam. Helikopter in kecil, terbang laju dan boleh terbang rendah dan boleh diubah suai menjadi beberapa konfigurasi mengikut keperluan keadaan.

Helikopter CH-47 Chinook. Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika diarahkan menyerah kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur.

Pesawat “Gunship”

AC-47 Spooky. Dalam Perang Vietnam, Tentera Udara Amerika mengubah suai pesawat C-47 Skytrain sebagai platform senjata. Pesawat ini dipasangkan secara percubaan dengan 3 pucuk minigun GAU-17 yang boleh menembak peluru 7.62mm pada kadar 2,000 hingga 4,000 butir peluru per minit. Pesawat ini juga dipasangkan 48 butir lampu suar Mk 24 membolehkan pesawat ini menerangi kawasan sasaran untuk membuat serangan. AC-47 Spooky amat berkesan membantu kumpulan askar sedang bertempur (troops in contact). AC-47 Spooky lebih dikenali dengan nama “Puff The Magic Dragon” sempena lagu popular ketika itu.

AC-130 Spectre. Melihatkan kejayaan AC-47 Spooky, Tentera Udara Amerika mahukan kombinasi persenjataan yang lebih berat dengan kerangka yang lebih besar untuk membolehkan pesawat berlegar lama di kawasan tempur. Lebih daripada 10,000 trak dan lori dimusnahkan di sepanjang Laluan Ho Chi Minh. Pesawat AC-130 Spectre dilengkapkan dengan 4 laras minigun GAU-17, dan 4 laras meriam. Pesawat ini juga mempunyai lampu cari dan pengimbas infra merah.

A1 Skyraider. Pesawat ini digunakan sebagai pesawat pengiring helikopter penyelamat, dan untuk sokongan udara dekat (close air support) bagi unit-unit tentera darat yang memerlukan bantuan. Pesawat di dicipta oleh Ed Heinemann, dari syarikat Douglas Aircraft. A1D Skyraider adalah sebuah kapal terbang yang lasak, boleh membawa muatan perang yang banyak dan boleh berlegar berjam-jam di atas kawasan operasi untuk menunggu panggilan daripada pasukan yang memerlukan bantuan.

Napalm. Walaupun telah digunakan semenjak tahun 1944, penggunaan bom napalm secara meluas di Vietnam membuka mata dunia kepada kekejaman pengguna senjata ini. Dibuat menggunakan galian daripada asid naphthenic dan palmitic, campuran ini menjadi sejenis gel yang melekat. Apabila dicucuh, ia membakar pada paras 800 darjah celsius. Napalm juga menghapuskan oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon monosida dengan jumlah yang banyak. Bom napalm digunakan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan untuk pendaratan helikopter.

Med-evac. UH-1 Huey juga terkenal kerana kegunaan sebagai helikopter "Med-evac" yang digunakan untuk mengeluarkan anggota yang cedera dari medan tempur dan menerbangkan mereka ke pusat perubatan medan. Ini mengurangkan dengan besar kadar kematian askar yang cedera di medan pertempuran. 97% tentera cedera yang dikeluarkan dari medan tempur ke surgeri medan berjaya hidup. 390,000 orang anggota tentera yang cedera dikeluarkan dari medan tempur dengan helikopter.

APC M113. Kereta perisai ini digunakan dalam jumlah yang besar semasa perang Vietnam oleh tentera Amerika dan juga oleh ARVN. Kenderaan perisai ini ringan dan boleh diangkat dengan kapal terbang C-130 Hercules. Ia dilengkapkan dengan selaras mesingan 12.7 mm M2.

Cadillac Gage V-100 Commando. Kenderaan perisai ini digunakan untuk mengiringi konvoi kenderaan bekalan dan untuk tugasan kawalan keselamatan setempat. Kenderaan ini mempunyai pacuan 4 roda dan mempunyai keupayaan amphibia. Ia mempunyai kelajuan darat sehingga 62 bsj dan kelajuan 3 bsj di dalam air. Perisainya boleh menahan peluru sehingga 7.62 x 51 mm.

Pasukan Khas. Pasukan Khas seperti Green Berets dan Navy Seals beroperasi dalam perlaksanaan peperangan bukan konvensional di Vietnam.Amerika amat berpuashati dengan pencapaian oleh pasukan Special Air Service Regiment dari Australia dan New Zealand. Pasukan SAS Australia.

Peluru Berpandu. Tentera udara mula menggunakan peluru berpandu semasa perang Vietnam. Jambatan di Thanh Hoa sebelumnya diserang berkali-kali tetapi tidak dapat dimusnahkan. Pada 27 April 1972, 8 pesawat penyerang di mana 2 pesawat membawa dengan 2 misil Walleye II setiap satu dan 2 pesawat lain masing-masingnya membawa 2 bom berpanduan laser memusnahkan jambatan tersebut.

Agent Orange. Amerika menggunakan racun herba semasa Perang Vietnam untuk (a) menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet Cong dan tentera PAVN, dan (b) untuk memusnahkan sumber makanan pihak musuh. Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123 Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah yang kecil. Hampir 50 juta liter Agent Orange, mengandungi 170 kilogram dioxin disembur sepanjang Perang Vietnam.

-Wikipedia

2 comments

  1. Assalammualikum...

    Wahh...entry peralatan perang ....

    mselim3

    pls:mselim3 x boleh nak komen sangat kurang ilmu peperangan nie...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Ya..bnyk sangat perang skrg ni.. ;)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon