Thursday, August 17, 2017

Anti-virus Kaspersky Percuma Sempena Ulang Tahun Ke 20

Anti-virus Kaspersky Percuma Sempena Ulang Tahun Ke 20

Pada 25 Julai lepas, Kaspersky menyambut ulangtahunnya yang ke-20. Sempena itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eugene Kaspersky mengumumkan hadiah untuk seluruh dunia.

Kaspersky

Anti Virus Kaspersky Free (percuma) dilancarkan dan boleh digunakan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, anti virus percuma ini dilancarkan secara berperingkat. Yang baiknya, Malaysia termasuk dalam gelombang pertama, dan boleh mula dipasang sekarang.

Anti virus percuma ini juga disediakan hanya untuk komputer, laptop dan tablet berasaskan Windows sahaja.

Ia serasi dipasang dari serendah Windows XP serta Vista, Windows 7, 8, 8.1 dan sistem operasi terbaru Windows 10.

Kaspersky memberi anti-virus ini secara percuma selepas melihat ramai yang tidak mampu membayar premium untuk fungsi keselamatan yang lebih tinggi, dan menggunakan perlindungan percuma lain yang tidak berapa selamat seperti Windows Defender.

Perlindungan percuma Kaspersky ini pasti dapat membantu meningkatkan perlindungan berkualiti kepada pengguna di seluruh dunia.

Kami dapat merasakan langkah yang diambil Kaspersky ini sebagai salah satu dari respon mereka terhadap monopoli yang cuba dilakukan Microsoft.

Kaspersky

Microsoft telah menetapkan Windows Defender secara lalai, sebagai perlindungan di dalam sistem operasi Windows, sekaligus membuatkan pengguna tidak lagi menggunakan anti-virus yang lain.

Secara umum, Kaspersky Free ini dilihat bertugas lebih baik dari Windows Defender. Ia memiliki enjin perlindungan yang sama dengan versi berbayar, seperti perlindungan semasa melayari internet, membuka fail di dalam pemacu kilat serta serangan fail malware.

Malah ia juga tidak menayangkan sebarang iklan seperti anti-virus percuma yang lain.

Jika anda masih menggunakan Windows Defender, elok sangatlah muat turun Kaspersky Free dan gantikannya.

Tunggu apa lagi. Ia boleh didapati menerusi laman web Kaspersky Free.

BACA INI JUGA: Ransomware, 'Penculik Online' Yang Menjadikan Komputer Sebagai Tebusan

sumber: theskop

Sunday, December 23, 2012

Senarai Antivirus Komputer Terbaik 2012

Senarai Antivirus Komputer Terbaik 2012

Ada banyak sekali software antivirus yang tersedia dipasaran ketika ini. Begitu banyak hingga kita sebagai pengguna kebingungan untuk membuat pilihan kerana masing-masing mendakwa antivirus merekalah yang terbaik.


Namun, disini kami menyenaraikan anti-virus terbaik bagi tahun 2012 yang boleh kita gunakan sebagai panduan menghadapi tahun baru 2013.

BitDefender Antivirus Plus

Menawarkan perlindungan keselamatan menyeluruh, mesra serta penggunaan sumber yang berkesan. Ia terbaik untuk mengimbas web, IM, trafik e-mel daripada ancaman media sosial, virus, Malware, Spyware dan Phishing.

AVG Anti-Virus

Bertindak sebagai pengimbasan yang menggunakan lapisan perlindungan virus, serangan Spyware dan Adware yang mencurigakan. Turut memiliki keupayaan untuk menghalang akses ke laman web yang mencurigakan.

Kaspersky Anti-virus 2012

Perlindungan ancaman Bots, Worm, Trojan, Rootkit, Spyware dan virus dengan prestasi optimum untuk PC. Menggunakan teknologi canggih sebagai perlindungan bagi menentang ancaman termasuk versi baru. Ia masih dikatakan perisian keselamatan paling ringan untuk PC.

Norton 360 Multi-Device

Memberikan perlindungan sekuriti bersepadu dalam segenap aspek bukan sahaja kepada PC, malah Mac serta telefon pintar atau tablet Android. la memberikan penyelesaian tunggal menyeluruh yang rnampu rnelindungi pelbagai jenis peranti dalam satu pek.

Avast! Pro Antivirus 2012

Melindungi daripada Spyware, Trojan, Malware yang merupakan ancaman keselamatan utama kepada PC. Turut memiliki perisai perlindungan masa nyata yang mengimbas ancaman keselamatan rnelalui rangkaian, IM, P2P, Mail dan Web dengan sumber penggunaan minimum.

-SP

Terbaik! Scan Virus Komputer Anda Secara Online

Terbaik! Scan Virus Komputer Anda Secara Online

Setiap komputer di dunia ini mesti memerlukan antivirus (kecuali para pengguna linux) agar dapat menghalang daripada pelbagai serangan virus serta kehadiran file-file yang mencurigakan.

Anti Virus online

Kadang-kadang kita juga memerlukan scan virus secara online jika PC kita diserang oleh virus yang mematikan fungsi antivirus.

Scan virus secara online ini sangat mudah kerana kita tak perlu nak install apa-apa software serta database online scanner tersebut selalu update dari semasa ke semasa. Yang paling bagusnya, kita tidak perlu bayar walaupun 1 sen pun!.

Jadi, ini adalah senarai virus scanner secara online yang terbaik dari ladang ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM