Sunday, December 23, 2012

Senarai Antivirus Komputer Terbaik 2012


Ada banyak sekali software antivirus yang tersedia dipasaran ketika ini. Begitu banyak hingga kita sebagai pengguna kebingungan untuk membuat pilihan kerana masing-masing mendakwa antivirus merekalah yang terbaik.


Namun, disini kami menyenaraikan anti-virus terbaik bagi tahun 2012 yang boleh kita gunakan sebagai panduan menghadapi tahun baru 2013.

BitDefender Antivirus Plus

Menawarkan perlindungan keselamatan menyeluruh, mesra serta penggunaan sumber yang berkesan. Ia terbaik untuk mengimbas web, IM, trafik e-mel daripada ancaman media sosial, virus, Malware, Spyware dan Phishing.

AVG Anti-Virus

Bertindak sebagai pengimbasan yang menggunakan lapisan perlindungan virus, serangan Spyware dan Adware yang mencurigakan. Turut memiliki keupayaan untuk menghalang akses ke laman web yang mencurigakan.

Kaspersky Anti-virus 2012

Perlindungan ancaman Bots, Worm, Trojan, Rootkit, Spyware dan virus dengan prestasi optimum untuk PC. Menggunakan teknologi canggih sebagai perlindungan bagi menentang ancaman termasuk versi baru. Ia masih dikatakan perisian keselamatan paling ringan untuk PC.

Norton 360 Multi-Device

Memberikan perlindungan sekuriti bersepadu dalam segenap aspek bukan sahaja kepada PC, malah Mac serta telefon pintar atau tablet Android. la memberikan penyelesaian tunggal menyeluruh yang rnampu rnelindungi pelbagai jenis peranti dalam satu pek.

Avast! Pro Antivirus 2012

Melindungi daripada Spyware, Trojan, Malware yang merupakan ancaman keselamatan utama kepada PC. Turut memiliki perisai perlindungan masa nyata yang mengimbas ancaman keselamatan rnelalui rangkaian, IM, P2P, Mail dan Web dengan sumber penggunaan minimum.

-SP

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon