Tuesday, October 10, 2017

Evgeniy Bogachev Hacker Pencipta Virus Zeus Paling Dikehendaki


Pada 11 Oktober 2006, seorang pengguna yang menggunakan nama samaran "fliime" memuatnaik mesej di online forum Techsupportguy.com memohon bantuan sesiapa yang boleh menganalisa kod misteri yang dijumpainya dalam komputer adik perempuannya.

Evgeniy Bogachev

Kod itu sebenarnya adalah malware jahat yang merakam setiap huruf yang ditaip, namun pengguna tidak menyedari akan kehadiran malware itu kerana ia tidak menjejaskan dan memperlahankan sistem komputer.

Virus yang dikenali sebagai Zeus ini sangat efektif sehinggakan ia dapat mencuri lebih banyak kata laluan dalam masa beberapa jam berbanding malware lain yang memerlukan masa beberapa minggu.

Ia juga boleh menyembunyikan dirinya daripada dikesan antivirus. Disebabkan terlalu banyak komputer dijangkiti malware ini, ia telah menghasilkan botnet (rangkaian komputer peribadi yang dijangkiti malware dan dikawal secara berkumpulan tanpa pengetahuan pemilik, untuk tujuan jahat seperti hantar mesej spam).

Pakar sekuriti tidak mengetahui jumlah komputer yang dijangkiti kerana virus ini tidak dapat dikesan, dan ia menjadi semakin teruk apabila Apple melancarkan iPhone pada tahun 2007 di mana orang ramai mula mendapat e-mel latarbelakang iPhone percuma.

Evgeniy Bogachev

Ia sebenarnya adalah variasi baru virus ZeuS, namun ia lebih berbahaya daripada yang sebelum ini kerana penggodam boleh log masuk ke dalam bank komersial dan memindahkan jumlah yang sangat banyak tanpa dikesan.

Pada Jun 2009, syarikat sekuriti Prevy telah mendapati bahawa 74,000 akaun FTP telah dikompromikan oleh virus ini di laman sesawang syarikat-syarikat seperti Bank of America, NASA, Monster.com, ABC, Oracle, Play.com, Cisco, Amazon dan BusinessWeek.

Virus ini menipu mangsa dengan mengatakan bahawa komputer mangsa mempunyai virus tetapi ia hanyalah helah supaya mangsa tertipu.

4 tahun selepas virus ini dilancarkan iaitu tahun 2010, malware ini telah berjaya dikesan namun dianggarkan RM428 juta telah berjaya dicuri menggunakan ZueS. Sehingga kini Virus ZeuS masih berleluasa dan menjangkiti komputer.

Evgeniy Bogachev

Apa yang unikya, individu yang menghasilkan virus ini tidak melakukan godaman, tetapi beliau menggunakan orang tengah untuk menjual malware ini kepada pihak ketiga sebagai contoh, sindiket jenayah dan mereka ini yang melakukan aktiviti godaman. Penggodam ini kemudiannya menawarkan bantuan bagi mendapatkan wang.

Ketika itu, penulis kod virus Zues kerap menukar nama samarannya termasuklah A-Z, Monstr, Slavik, Pollingsoon, Umbro dan Lucky 1235.

Ini adalah bagi mengelakkan dirinya daripada dikesan pihak berkuasa namun, pada Jun 2014, 8 tahun selepas virus ini berleluasa, identiti sebenar beliau telah diketahui umum apabila pihak FBI mengumumkan pencarian terhadap seorang warga Rusia, Evgeniy Mikhailovich Bogachev, 34 tahun.

Identiti beliau diketahui bukanlah disebabkan kesilapan pada kod virus beliau tetapi telah diserahkan kepada pihak berkuasa oleh individu yang mengenali beliau.

Sehingga kini Evgeniy Mikhailovich Bogachev masih belum berjaya diberkas dan FBI telah menawarkan hadiah RM17 juta bagi sesiapa yang memberi maklumat yang dapat membantu menangkap beliau.

Dianggarkan secara keseluruhan, beratus-ratus juta telah berjaya dicuri melalui virus ini dan menyebabkan kerosakan sehingga berbillion-billion ringgit.

Walaupun menjadi orang paling dikehendaki oleh FBI dan ancaman terbesar kepada sistem perbankan Amerika, Evgeniy dianggap sebagai hero di tanah airnya, Rusia.

Disebabkan jenayah siber yang dilakukan beliau, pihak kerajaan Amerika Syarikat meminta kerajaan Rusia untuk menahan Evgeniy, tetapi sebaliknya yang dilakukan apabila beliau direkrut oleh kerajaan Rusia.

Evgeniy Bogachev

Evgeniy yang tinggal di Anapa, Rusia mempunyai minat terhadap bot dan apabila beliau tidak berlayar, beliau akan mengawal berjuta-juta komputer di seluruh dunia yang membolehkan agensi perisikan Rusia merisik kandungan komputer setiap individu.

Menurut FBI, beliau juga mampu untuk mencuri berjuta-juta wang daripada bank akaun tanpa disedari, yang mana sebahagiannya daripada bank di Amerika Syarikat.

Hebat kan.

BACA INI JUGA: 5 Hacker Wanita Paling Cantik

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon