Sunday, October 21, 2018

Sejarah Disebalik Kejayaan GRAB

Sejarah Disebalik Kejayaan GRAB

Anthony Tan merupakan seorang pelajar di Sekolah Perniagaan Harvard apabila dia ditarik oleh rakan sekelasnya ketepi untuk merungut tentang bagaimana sukarnya untuk menahan teksi di Malaysia. “Kenapa dengan teksi di negara ini?” Anthony mengimbas kembali rungutan yang dibuat kawannya tiga tahun lalu.

Sejarah Disebalik Kejayaan GRAB

“Moyang awak merupakan seorang pemandu teksi, datuk awak memulakan industri kereta Jepun di Malaysia, jadi buatlah sesuatu tentangnya.”

Bermula pada tahun 2012, Anthony hampir 3 tahun menubuhkan syarikat ini, hampir 350 juta dolar telah dilaburkan dan kini syarikat ini dikenali sebagai start-up yang paling berjaya di Asia Tenggara.

Mempunyai pelanggan dan rakan kongsi di hampir 21 bandar di rantau Asia, aplikasi kenderaan ini membolehkan pelanggannya mengunakan kereta sesiapa sahaja sebagai alternatif kepada teksi dengan tambang pada kadar yang berpatutan.

Malahan dikatakan harga perkhidmatan pemandu Grab lebih murah daripada pemandu teksi biasa.

Bagi pemandu Grab pula, aplikasi ini membolehkan mereka menerima lebih banyak tempahan dan membantu mereka untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien.

Merancang Strategi

Dia kemudiannya mula menyusun rancangan untuk memulakan perniagaan yang lebih kurang sama seperti Uber serta telah berjaya menawan hati pelabur-pelabur berpotensi dengan rancangan tersebut.

Ini menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik ini memilih untuk berhenti daripada perniagaan keluarganya pada tahun 2012 untuk memulakan GrabTaxi, sebuah aplikasi mudah alih yang berfungsi sebagai pemanggil teksi-teksi menggunakan teknologi pemetaan dan perkongsian lokasi.

Mengenai Grab

GrabTaxi, merupakan sebuah aplikasi teksi yang telah dimuat turun oleh 9 juta peranti mudah alih di 28 bandar yang terletak di enam negara – Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Ia telah berjaya mengumpul sebanyak $700 juta setakat ini dalam lima pusingan pembiayaan daripada pelabur-pelabur seperti Softbank, GGV Capital, Tiger Global Management dan Vertex Venture Holdings, syarikat kepunyaan kerajaan Singapura.

Anthony Tan

Apabila Anthony Tan telah berjaya menamatkan pengajiannya di Sekolah Perniagaan Harvard pada tahun 2011, beliau dijangka akan menyertai kedua-dua abangya di dalam perniagaan milik keluarganya, Tan Chong Motors.

Sebaliknya, Anthony Tan, memutuskan untuk mencuba nasibnya dengan aplikasi teksi mudah alih yang pada asalnya beliau hanya melakar untuk sebuah peraduan yang dianjurkan pusat pengajiannya di Harvard.

Ibu Anthony Tan adalah antara orang pertama yang telah melabur dalam projek ini; namun bukan bapanya, Tan Heng Chew (bapanya telah disenaraikan oleh Forbes sebagai individu ke-16 paling kaya di Malaysia pada tahun 2015).

Datuk Sebagai Inspirasi

Walaupun begitu, bak kata pepatah ‘manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi’ Anthony berkata, datuknya, Tan Yuet Foh, yang merupakan seorang usahawan yang merupakan inspirasinya.

Beliau yang dulunya hanya merupakan anak seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur, kini telah berjaya membina sebuah empayar jualan dan pemasangan auto bertaraf multinasional.

Tan Yuet Foh, (datuk kepada Anthony) dan datuk saudaranya yang mengasaskan Tan Chong Motor. Ia bermula sebagai pengedar kenderaan motor kecil pada tahun 1950 sebelum berkembang menjadi syarikat pemasangan kereta untuk Nissan di Malaysia .

Anthony Tan pernah menyertai perniagaan keluarganya buat seketika selepas menamatkan pengajian di University Chicago, bermula di bahagian kilang sebelum ditugaskan secara sementara di pelbagai jabatan, termasuk di bahagian-bahagian seperti khidmat pelanggan dan pemasaran.

“Saya hidup di bawah bayang-bayang datuk saya,” kata Anthony, yang pernah mempunyai pengawal peribadi sehingga dia berusia 13 tahun dan mempunyai seorang pemandu peribadi yang sering mengambil peluang menjana pendapatan dengan menawarkan servis Grabcar apabila Anthony sedang berada di luar negara. Menurut Anthony, “Jenama ini sudah dikenali ramai di rantau ini dan ia agak memenatkan.”

Harapan Anthony

“Sama ada Grabtaxi ini akan membawa pulangan balik dari segi kewangan atau tidak, saya tidak tahu,” katanya.

“Saya rasa ia tidak penting bahawa ini adalah satu-satunya peluang yang saya ada untuk melakukan perbezaan,” tambahnya lagi.

Tan Hooi Ling

Merupakan seorang remaja pada tahun 90-an, Tan Hooi Ling berkata dia sentiasa minat akan gajet serta berminat untuk mengetahui bagaimana sesetengah perkara berfungsi.

Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila dia menjadi salah seorang pengasas teknologi yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara

Amalkan Sikap ‘Low-Profile’

Mengaku dirinya seorang yang pendiam, beliau mengamalkan sikap yang lebih ‘low-profile’ daripada Anthony Tan, pengasas Grab yang lebih dikenali ramai.

Namun begitu dia mengulas, “Sebenarnya itulah cara yang saya suka. Kami mempunyai kekuatan masing-masing yang saling melengkapi seperti Yin dan Yang. Dia yang memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti pemasaran, dan hubungan dengan pelabur. Saya pula suka akan prosesnya, memastikan mereka yang terlibat dalam perkara ini menyiapkan kerja mereka.“

Tan menekankan dia sentiasa terlibat dengan “Grab” dan hanya pergi ke McKinsey kerana dia “terikat” dengan firma itu, kerana firma itu yang membayar yuran pengajiannya ketika di sekolah perniagaan.

Beliau menyatakan bahawa apabila GrabTaxi pertama kali dilancarkan sebagai MyTeksi di Malaysia dia mengambil cuti selama enam bulan di McKinsey untuk melancarkan syarikat tersebut.

Beliau berkata keputusannya untuk meninggalkan Amerika ialah kerana keadaan peribadi beliau telah berubah.

Dia yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di Grab berkata, “yang utama bukannya jawatan itu tapi yang anda lakukan,” termasuk memberi tumpuan kepada 3 bidang utama, produk – selain GrabTaxi, ada GrabHitch, perkhidmatan berkongsi kereta, GrabCar, untuk menyewa kereta secara sendirian dan GrabBike – bahagian sumber manusia dan pengalaman pelanggan.

Tan berkata matlamatnya adalah “untuk membuat GrabTaxi sebesar yang boleh. Saya fikir Grab telah bermula sebagai sebuah platform teksi, kemudian menjadi sebuah platform pengangkutan, malahan ia boleh menjadi sebuah platform untuk pelbagai perkara di Asia Tenggara.“

Tan Wanita Berjaya di Sektor STEM

Walaupun agak luar biasa bagi seorang wanita untuk berjaya dalam sektor teknikal, Tan berkata, dia tidak pernah berasa diskriminasi jantina menjadi sebuah isu.

Ini kerana beliau berkata Grab mempunyai ramai pekerja wanita tetapi mengakui kebanyakan juruteranya adalah lelaki (90%).

Beliau berkata ini kerana tidak ramai wanita yang mahu mengambil jurusan sains komputer kerana itulah yang mereka ingin lakukan, namun ia adalah salah, jika mereka tidak berada dalam bidang ini kerana telah diberi gambaran oleh masyarakat bahawa wanita tidak boleh berada dalam sektor ini.

Fokus Terhadap Asia Tenggara

Anthony Tan and Hooi Ling Tan
Anthony Tan and Hooi Ling Tan.

Menurut Tan, dia dan Anthony ghairah tentang Asia Tenggara. Pertama kerana “ia adalah rumah kami,” dan kedua, “jika anda melihat mana-mana syarikat global yang lain, negara-negara di Asia Tenggara jarang berada dalam senarai pelaburan mereka.”

"Kami tahu orang lain tidak akan peduli mengenai perkara-perkara yang berlaku di Asia Tenggara dan meletakkan usaha (melabur) untuk menjaganya.”

Persaingan antara Grab dan Uber

Namun begitu, Grab mempunyai pesaing dalam bidang ini, terutamanya Uber, yang mempunyai sokongan dana yang besar (ia telah berjaya mengumpul $8 bilion dalam pembiayaan).

Grab berkata Uber merupakan peneraju pasaran di Asia Tenggara, berdasarkan bilangan pemandu dan penggunaan penumpang dan menurut pembekal data Pitchbook, Grab mempunyai nilai pasaran sebanyak $1.5 bilion.

Tan tidak tertarik kepada penilaian syarikat, malah beliau hanya mengatakan bahawa dia adalah seseorang yang sentiasa berjimat cermat” dan kekayaan dimlilikinya tidak pernah mengubah gaya hidup beliau.

Sumbangan Grab Kepada Masyarakat

Anthony berkata firma itu amat bangga dengan bagaimana ia telah membantu membina banyak kehidupan yang lebih baik.

“Kami sedang mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan pendapatan. Kami mempunyai lebih 500,000 pemandu di seluruh Asia Tenggara.

"Selepas menyertai Grab, pemandu kami telah dapat melihat sekurang-kurangnya peningkatan sebanyak 35% dalam pendapatan harian mereka.

"Ia juga sedang memupuk bakat dalam sektor kejuruteraan," tambah Anthony lagi.

SEJARAH GRAB

1. Grab Bermula Daripada Idea Pelajar Untuk Start-Up

Pada awal pelancaran, sebanyak 11,000 orang telah memuat turun aplikasi ini. Sehingga kini, Grab telah dimuat turun dan digunakan oleh hampir beberapa juta pelanggan.

Menurut Tan, secara puratanya, ada 7 tempahan yang dibuat setiap saat dan populariti mereka semakin meningkat bukan kerana strategi pemasaran sebaliknya kerana kebolehan mereka menyelesaikan masalah yang sebenar yang dialami oleh pengguna.

Pada awalnya, ia adalah idea bisnes untuk untuk Harvard Business Plan Competition yang dianjurkan pada tahun 2011. Tan merupakan pelajar jurusan bisnes di Harvard.

Tan dan rakannya berkongsi cerita mengenai sistem teksi di Malaysia dan daripada situ Tan mendrafkan bagaimana untuk membantu pelanggan tradisional teksi untuk mendapatkan kenderaan dengan mudah.

Pendekatan Tan berbeza dengan syarikat Uber. Idea tersebut memenangi tempat kedua dan mereka adalah rakyat Asia pertama yang memenangi pertandingan seumpamanya.

Kata Tan lagi, idea memulakan GrabTaxi tercetus apabila melihat sistem teksi Malaysia yang baginya agak tidak teratur dan bermasalah.

Pemandunya juga tidak dapat menjana wang yang cukup dan sering merungut mengenai pekerjaan mereka.

Kes-kes yang berkaitan dengan pemandu teksi juga menimbulkan rasa yang tidak selamat untuk penumpang wanita. Keinginan untuk menyelesaikan masalah inilah yang membuatkan aplikasi ini direka.

2. Aplikasi Grab Mula Dikenali

Pada awalnya, mereka bergelut dengan cabaran yang besar untuk memperkenalkan konsep aplikasi dan teknologi yang baru kepada para pemandu.

Kadang-kadang bukanlah kerana mereka ini buta teknologi, sebaliknya mereka ini enggan untuk belajar perkara baharu.

Untuk bermula, mereka terpaksa berjalan kaki, mereka terpaksa mencari pemandu-pemandu, mengambil tahu di mana tempat mereka melepak dan tempat mereka menunggu penumpang.

Ada yang berada di lapangan terbang, kompleks membeli- belah, dan stesen minyak.

Situasi dahulu dan sekarang sudah menjadi terbalik. Kalau dahulu mereka yang bersusah payah mencari pemandu, kini orang ramai pula yang mencari mereka dan menawarkan diri untuk menjadi pemandu.

Namun begitu, mereka masih mengekalkan tradisi mengambil pemandu cara manual dimana mereka berjumpa terlebih dahulu semasa menandatangani surat perjanjian. Hal ini kerana, keselamatan adalah perkara utama bagi mereka.

Kini Grab mempunyai hampir 500 pekerja dan di Malaysia sahaja kira-kira 60,000 orang mendaftar dengan Grab untuk menjadi pemandu.

Walaupun aplikasi mereka menggunakan teknologi moden, Tan masih lagi mengekalkan cara yang lama untuk beberapa urusan niaga seperti menjawab panggilan telefon di bahagian khidmat pelanggan dan beberapa urusan lain meskipun sudah bergelar CEO.

Malahan sama seperti pengasas UBER, Tan juga sering menggunakan perkhidmatan ini dan kebanyakkan pemandu tidak mengenalinya.

Tan mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan pandangan para pemandu mengenai aplikasi yang mereka guna. Kata beliau, kita harus tahu masalah mereka, melihatnya dan merasainya supaya syarikat dapat meningkatkan kualiti untuk keselesaan bersama.

3. Detik-Detik Cabaran Bagi Syarikat Grab

Grabcycle
Grabcycle.

Tan akui yang perjalanannya bukan senang. Pada tahun 2013, mereka mengembangkan sayap ke Manila selepas berjaya dengan pelancaran di Kuala Lumpur.

Namum begitu, ia tidak berjalan lancar seperti yang disangkakan. Kata Tan, ada satu ketika mereka tidak mampu membayar pekerja.

Pekerja tidak berkata apa-apa kepada mereka, dan mereka juga tidak tahu yang mereka tidak dibayar hinggalah sebulan kemudian.

Menurut Tan, ini adalah kesilapan dalam perancangan mereka. Mereka tidak merancang dan berbelanja dengan baik.

Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati dalam keterujaan untuk mengembangkan bisnes.

Pada awalnya, Grab telah diberikan suntikan modal oleh keluarga Tan sendiri. Namun, selepas itu ada syarikat-syarikat lain yang ingin melabur ke dalam syarikat Grab seperti Vertex Ventures bermula pada tahun 2014.

Namun konflik timbul kerana keluarga Tan masih melabur pada masa yang sama dan ini menjadi konflik kepada syariakt tersebut kerana mereka mahukan rakan pelabur yang profesional untuk menjaga kredibiliti dan disiplin.

Situasi di Manila mengajar mereka untuk mengumpul dana bagi menyelamatkan syarikat. Tan terpaksa guna duit kesemua ahli keluarga dan mereka berjaya selamatkan syarikat.

Peristiwa ini mengajar mereka yang sebagi usahawan harus tahu untuk menjaga ‘cashflow’ syarikat dengan sangat teliti.

4. Grab Utamakan Pelaburan Dalam R&D

Setelah berjaya memulihkan ‘cash flow’ syarikat, Tan telah belajr untuk berbelanja dengan bijak. Beliau berpendapat yang adalah sangat penting baginya untuk melaburkan wang syarikat dalam bidang R&D.

Mereka telah berjaya mengambil bekas pekerja Facebook untuk mebantu mereka meningkatkan kualiti dalam aplikasi mereka sekarang dan pada masa hadapan. Oleh itu, Grab telah membuka satu pusat R& D yang besar di Singapura.

Bagi Tan, mereka tidak perlu melabur untuk pengiklanan sebaliknya mereka melabur untuk bakat yang berkualiti. Upah orang yang pandai daripada kamu dan boleh membantu syarikat untuk jadi lebih hebat.

Tan juga menasihatkan yang satu kesilapan yang dia pernah lakukan dalam bisnes adalah, menghabiskan masa terlalu banyak dengan pelabur dan kurang bersama dengan pekerja.

Tan belajar yang pekerja adalah penting dan sama memerlukan majikan. Mereka menyertai anda jadi mereka berhak dengan masa yang anda luangkan untuk mereka.

Terkini, Grab turut melancarkan GrabBike di sekitar bandar Ho Chi Minh City, Hanoi, Vietnam, Bangkok, Thailand dan Jakarta kerana permintaan yang tinggi. Apa yang menarik mereka turut menawarkan insuran perlindungan untuk pemboncengnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: toodia | majalahniaga

Saturday, October 20, 2018

Tips Faraj Licin Ketika Hubungan Intim

Tips Faraj Licin Ketika Hubungan Intim

Ramai wanita tidak suka melakukan hubungan seks kerana merasa sakit ketika hubungan seks, disebabkan vagina mereka tidak cukup basah atau cecair yang keluar terlalu sedikit sehingga menimbulkan rasa sakit apabila di setubuhi oleh suami.

Tips Faraj Licin

Namun, anda tidak perlu risau jika ada masalah ini kerana kami akan memberikan beberapa tips mudah tetapi penting bagaimana untuk banyakkan air faraj anda.

1. Menggunakan sapuan gel

Bagi wanita yang mengalami kekeringan faraj atau vagina semasa hubungan intim, anda boleh menggunakan sapuan gel. Ini adalah cara termudah dan terbaik.

Cara menggunakan sapuan gel ini ialah gel harus dimasukkan ke dalam faraj atau disapu ke batang zakar suami.

Cara ini berkesan untuk menggantikan kekurangan lendiran faraj isteri. Ia akan membantu mengurangkan kecederaan pada dinding faraj.

2. Berbincang dengan suami

Anda perlu berbincang dengan suami sekiranya anda mengalami masalah kekeringan faraj. Sekiranya anda berdiam diri dan malu untuk berbincang dengan suami, ia akan membawa masalah kepada hubungan intim anda.

Suami juga haruslah bersabar dan tidak gopoh dalam melakukan hubungan intim bersama isteri kerana rangsangan haruslah ada sebelum memulakan sesi hubungan suami isteri.

3. Elakkan Pencuci Faraj Yang Tidak Sesuai

Menggunakan pencuci faraj yang tidak sesuai atau terlalu kerap kadang kala menyebabkan vagina menjadi lebih kering dan tidak selesa.

Ada juga yang mengalami rasa gatal pada vagina apabila menggunakan pencuci vagina. Ada juga yang mengadu, mereka mengalami masalah keputihan apabila menggunakan pencuci vagina ini.

Adalah lebih baik tidak menggunakan pencuci vagina dan hanya bilas sebersihnya menggunakan air suam untuk sentiasa menjaga kebersihan vagina anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iburayyan

Pedro Rodrigues Filho Pembunuh Bersiri Paling Sempurna Di Dunia

Pedro Rodrigues Filho Pembunuh Bersiri Paling Sempurna Di Dunia

Para penyiasat biasanya mengkategorikan seseorang itu sebagai pembunuh bersiri apabila mereka membunuh 3 orang mangsa atau lebih dan biasanya, mereka ini dikaitkan dengan masalah mental atau minat yang abnormal.

Pedro Rodrigues Filho Pembunuh Bersiri Paling Sempurna Di Dunia

Kenali Pedro Rodrigues Filho (nama gelaran Pedrinho Matadr, merupakan seorang pembunuh bersiri yang sangat terkenal.

Dia bertanggungjawab melakukan sekurang-kurangnya 70 pembunuhan, di mana 10 daripadanya dilakukan sebelum mencecah usia 18 tahun.

Apa yang membuatkan Filho seorang pembunuh bersiri yang lebih "baik" adalah kerana dia tidak memilih orang biasa sebaliknya menjadikan penjenayah, perogol dan pembunuh lain sebagai mangsanya.

Selain penjenayah, Filho juga melakukan pembunuhan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan terhadapnya.

Salah seorang penganalisis mengatakan Filho adalah seorang 'psikopat yang sempurna'.

Derita sejak lahir

Kesukaran hidup Filho bermula sewaktu dia dilahirkan ke dunia ini lagi. Dia dilahirkan pada 1954 di Minas Gerias, Brazil dengan kecacatan pada tengkoraknya akibat ibunya dipukul oleh bapanya sendiri sewaktu mengandungkan FIlho.

Dia telah melakukan pembunuhan pertamanya seawal usia 14 tahun lagi dan mangsa pertamanya ialah timbalan Datuk Bandar tempatnya tinggal.

Lelaki itu telah memecat bapa Filho yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah atas tuduhan mencuri makanan.

Filho telah menembaknya menggunakan senapang di hadapan Dewan Bandaraya.

Pembunuhan ke 2 yang dilakukannya pula tidak begitu lama setelah itu. Filho telah membunuh seorang lagi pengawal keselamatan yang bekerja bersama bapanya dan juga pencuri makanan yang sebenar.

Cinta dan dendam

Pedro Rodrigues Filho Pembunuh Bersiri Paling Sempurna Di Dunia

Setelah 2 kejadian itu dia telah melarikan diri ke daerah Mogi das Cruzes di Sao Paulo, Brazil. Setibanya di sana, dia telah berkenalan dengan seorang pengedar dadah sebelum membunuhnya.

Dia juga terlibat di dalam jenayah pecah rumah di sana kemudian, dia bertemu dan jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Maria Aparecida Olympia serta tinggal bersamanya.

Malangnya, Maria telah dibunuh oleh ahli kumpulan penjenayah yang membalas dendam akibat Filho membunuh rakan pengedar dadah mereka.

Kematian Maria telah menyemarakkan lagi perbuatan jenayah Filho. Dia berjaya menjejaki beberapa orang yang terlibat dalam pembunuhan Maria lalu menculik, menyeksa serta membunuh mereka kerana perbuatan terhadap wanita yang disayanginya.

Makan jantung bapa sendiri

Pembunuhan seterusnya yang dilakukan Filho juga bermotifkan dendam. Kali ini sasarannya ialah bapanya sendiri yang pernah dia bela dahulu.

Bapa Filho telah dipenjara kerana didapati bersalah membunuh ibunya dengan menggunakan parang.

Pedro Rodrigues Filho pergi melawat bapanya di penjara dan kemudian telah membunuh bapanya sendiri dengan menikamnya menggunakan pisau sebanyak 22 kali sebagai membalas dendam.

Tidak setakat itu, dia malah memotong sebahagian jantung bapanya, sebelum mengunyah dan membuangnya.

Dia akhirnya ditahan pada 24 Mei 1973 dan ketika ditahan, dia ditempatkan di dalam kereta polis bersama 2 orang penjenayah lain termasuk seorang perogol.

Apabila polis kembali kepada kenderaan dan membuka pintu, mereka mendapati Filho telah pun membunuh perogol itu.

Permulaan minat abnormal

Pedro Rodrigues Filho Pembunuh Bersiri Paling Sempurna Di Dunia

Ini adalah permulaan baharu bagi hidupnya apabila dihumban ke dalam penjara dan dikelilingi oleh pesalah-pesalah yang lain membuatkan Filho berasa seperti berada di tempat kerja. Banyak perkara yang dia rasa perlu dilakukan di sini!

Filho membunuh sekurang-kurangnya 47 orang banduan lain, yang merupakan majoriti keseluruhan mangsanya.

Filho akan memilih dan membunuh banduan yang dirasakannya perlu atau layak dibunuh mengikut kesalahan mereka.

Semasa diwawancara, dia memberitahu bahawa dia berasa teruja dan seronok apabila membunuh penjenayah lain. Cara yang paling diminatinya ialah dengan menikam menggunakan pisau atau benda tajam.

Walaupun Filho dihukum penjara 128 tahun kerana membunuh, namun jenayah yang dilakukan di dalam penjara membuatkan hukumannya menjadi 400 tahun.

Tetapi, undang-undang Brazil hanya memaksimumkan hukuman selama 30 tahun sahaja. Dia dihukum penjara tambahan selama 4 tahun kerana membunuh di dalam penjara dan telah dibebaskan pada tahun 2007.

Sememangnya Pedro Rodrigues Filho seorang yang sangat berbahaya, mungkin bukan kepada anda tetapi kepada penjenayah lain. Giler!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar

Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata bila serangan sakit gastrik datang. Rasa sakit di perut tu rasa macam ditoreh dengan pisau dan angin dalam badan pun banyak.

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar

Kadang-kadang kita dah makan ikut waktu pun masih lagi mengalami sakit gastrik. Kenapa? Ini jawapan dari pakar mengenai sakit yang anda alami.

GASTRIK DAN PANTANG LARANGNYA

“Doktor, saya kena gastrik. Dah pergi makan ubat tapi tak OK.”

Selalu sangat pesakit datang semula ke klinik kerana lepas makan ubat gastrik, masih lagi mengadu pedih ulu hati, mual, kembung perut atau tak ada selera makan.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah keradangan pada mukosa dinding perut, dan ia boleh dirawat dengan efektif jika ubat di ambil dengan betul.

Ramai pesakit ambil ubat dengan cara yang salah. Ada juga yang tak jaga pantang larang.

ANTARA PENYEBAB GASTRIK
  • Jangkitan kuman Helicobacter pylori.
  • Penyalahgunaan minuman alkohol.
  • Merokok.
  • Stres.
  • Kurang tidur/rehat.
  • Jadual makan yang tidak teratur dan makanan tidak berkhasiat.
  • Obesiti.
  • Pengambilan ubat tahan sakit (jenis NSAID) yang berterusan.

UBAT DAN RAWATAN GASTRIK

Lazimnya kalau pesakit kena gastritis, doktor akan beri beberapa jenis ubat, antaranya:

1. Antasid

Ubat untuk meneutralkan asid perut yang telah di rembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa yang telah radang, oleh sebab itu, perut kita rasa.

Kalau dah pedih perut, ambil antasid. Ini ubat pelega. Boleh juga ambil sebelum makan, tak payah tunggu selepas makan makanan. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT).

2. Ubat mengurangkan penghasilan asid perut

Ubat jenis ni ada pelbagai klasifikasi, namun matlamatnya satu. Kurangkan penghasilan asid. Ubat jenis ini selalunya dalam bentuk tablet.

Ia adalah ubat mengawal atau mencegah simptom gastritis. Contoh: Ranitidine, Omeprazole, Nexium.

3. Ubat mengurangkan perut memulas dan kejang

Iritasi pada perut menyebabkan otot perut alami kontraksi, ubat ini fungsinya merelakskan otot perut maka kuranglah kesakitan. Contoh: Hyosine(buscopan).

4. Ubat menghambat angin

Ia akan mengurangkan rasa sebu dan kembung perut. Contoh: Simethicone(Hydrosil)

5. Antibiotik

Jika dan hanya diberikan jika doktor sudah periksa dan mengesahkan ada jangkitan bakteria helicobacter pylori.

PANTANG LARANG UBAT GASTRIK

JANGAN makan ubat lain bersama antasid. Sesetengah ubat telah direka untuk diserap dengan efisien dalam persekitaran berasid, namun selepas anda makan antasid, keasidan dalam perut berkurang dan menggangu kecekapan menyerapan ubat itu.

Jarak masa antara ambil antasid dan pengambilan ubat lain sebaiknya, satu jam atau lebih.

Ubat gasrik yang lain boleh diambil sebelum atau selepas makan. Tiada masalah.

Seeloknya ubat ini diambil dalam langkau masa yang tetap (contoh setiap 8 jam).

Selain mengambil ubat, ada beberapa pantang larang lain untuk mengelakkan akan mempercepatkan pemulihan gastritis.

TIPS-TIPS LAIN UNTUK KAWAL GASTRIK
  • Berhenti merokok.
  • Berhenti minum minuman keras.
  • Elak pengambilan kopi (Starbucks mahupun Kapal Api).
  • Elak makanan pedas dan berminyak.
  • Elak ambil NSAID berterusan.
  • Elakkan makan terlalu banyak.
  • Makan jumlah kecil tetapi kerap dan teratur.
  • Tidur/rehat secukupnya.
  • Bersenam dan jaga berat badan.

BILA PERLU JUMPA DOKTOR SEMULA?

Jika dah makan ubat seperti yang disyorkan oleh doktor dan masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut. Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.

Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan. Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

Friday, October 19, 2018

Najib Terkucil Depan Tun Mahathir, Zahid Hamidi Berdepan 45 Tuduhan Pecah Amanah Bernilai 114 Juta!

Najib Terkucil Depan Tun Mahathir, Zahid Hamidi Berdepan 45 Tuduhan Pecah Amanah Bernilai 114 Juta!

Tular gambar Najib Razak yang terkucil tidak berani memandang ke arah perdana menteri, Tun Mahathir ketika pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di parlimen.

NAJIB TERKUCIL

Anggota parlimen DAP Teresa Kok antara yang berkongsi gambar berkaitan, yang mendakwa Najib tidak langsung memandang ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pembentangan itu.

“Sepanjang sesi itu Najib memandang ke arah lain,” dakwa anggota parlimen Seputeh.

Veteran DAP, Lim Kit Siang juga membangkitkan perkara sama.

“Najib tidak langsung mengangkat kepalanya untuk melihat perdana menteri, apatah lagi bertentang mata, hanya menunduk ke bawah,” katanya.

Lim justeru mendakwa pembentangan itu membuatkan pemimpin BN begitu tidak selesa dan “diselubungi suram”.

Perkara itu, katanya, disebabkan oleh penutup ucapan Mahathir, yang menyebut pembentangan itu dibuat kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana saja mereka berada tanpa mengira bangsa.

Tun Mahahtir juga berkata jika dokumen itu dilaksanakan, beliau yakin Malaysia akan mengaum kembali sebagai Harimau Asia dan berganjak dari imej negara kleptokrat kepada demokrasi tulen.

“Adakah mereka tidak berpuas hati dengan matlamat untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan semua kumpulan etnik di Malaysia dan sekali lagi mengangkat Malaysia sebagai Harimau Asia?” soal Lim.

ZAHID BERDEPAN 45 PERTUDUHAN CECAH RM114 JUTA

ZAHID HAMIDI RASUAH

Sementara itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta untuk dibicarakan atas 45 pertuduhan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram mencecah RM114 juta.

Jumlah pengubahan wang haram sahaja mencecah RM70 juta termasuklah pembelian dua banglow di Kajang berjumlah RM5.9 juta.

Kebanyakan pertuduhan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) untuk kesalahan dibuat antara Mei 2016 hingga April 2018 dalam bentuk deposit bank di Maybank.

Deposit itu dibuat daripada akaun milik firma guaman Lewis & Co, menurut maklumat dalam kertas pertuduhan.

Secara spesifiknya, beliau dihadapkan dengan 18 pertuduhan pecah amanah dan menerima rasuah, manakala 27 pertuduhan lagi adalah berkaitan penggubahan wang haram.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu sebutan semula kesnya pada 14 Disember 2018 depan.

Melihat satu demi satu pertuduhan itu, ia rupa-rupanya bukan saja berkaitan dana Yayasan Akal Budi diterajuinya yang digunakan untuk membayar kad kredit beliau dan isterinya, tetapi juga melibatkan dakwaan penerimaan wang ketika beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Semua pertuduhan itu memperlihatkan kes yang melibatkan Zahid Hamidi ini bukan saja serius, malah mencemarkan imej beliau sebagai pemimpin sebuah parti Melayu terbesar di negara ini.

Zahid Hamidi juga adalah Presiden UMNO pertama dalam sejarah pernah didakwa atas pertuduhan jenayah di mahkamah.

Imej beliau sebagai pemimpin Melayu/Islam dengan didikan latar belakang agama sebenarnya telah hancur dan musnah melalui semua pertuduhan yang dihadapinya ini dan kini sudah pun tersebar meluas ke seluruh negara serta dapat dibaca serta diteliti oleh sesiapa saja.

Hanya dengan mengundur diri dan meletakkan jawatan saja merupakan pilihan terbaik di mana selepas ini beliau perlu menghadapi semua perjalanan kesnya di mahkamah secara peribadi tanpa melibatkan lagi nama parti.

Undur dan berehatlah dengan keluarga serta anak cucu yang masih menyayanginya.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiachronicle

China Lancar Kempen Menentang Produk Halal

China Lancar Kempen Menentang Produk Halal

Ibu negeri wilayah Xinjiang, Urumqi, yang didiami oleh etnik minoriti Islam Uighur melancarkan kempen menentang produk halal bagi menghalang agama Islam daripada mengubah gaya hidup kepada sekular dan mengapi-apikan fahaman ekstremis.

China Anti Halal

Dalam satu mesyuarat, ketua Parti Komunis Urumqi mengetuai kader-kader mengangkat sumpah untuk ‘menentang habis-habisan produk halal’, demikian menurut notis yang disiarkan dalam akaun WeChat rasmi pihak pentadbiran bandar itu.

China dikritik teruk oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan asing berikutan laporan negara itu menahan sehingga sejuta penduduk Islam Uighur di Xinjiang.

Beijing menafikan ia secara sistematik melanggar hak orang Islam di Xinjiang dan memberi alasan bahawa kempen penahanan tersebut menyasarkan golongan pelampau yang cuba memecah belahkan rantau itu.

Akhbar Global Times melaporkan bahawa tuntutan supaya ‘benda menjadi halal yang sebenarnya tidak boleh menjadi halal’ telah mengapi-apikan kebencian terhadap agama lain dan membenarkan Islam mempengaruhi corak kehidupan sekular.

Sebagai sebahagian kempen antihalal tersebut, ketua pendakwa raya Urumqi, Ilshat Osman menulis sebuah esei bertajuk, “Kawan, anda tidak perlu mencari restoran halal semata-mata untuk saya.”

Menurut kenyataan di WeChat itu, kakitangan awam tidak wajar memilih makanan, manakala kantin di tempat kerja akan diubah supaya kakitangan dapat mencuba semua jenis hidangan tanpa mengira status halal.

Kepimpinan Parti Komunis di Urumqi juga berkata, mereka akan mewajibkan kakitangan awam dan anggota parti supaya percaya sepenuhnya kepada ideologi komunis dan bukannya agama.

Rakyat China secara teorinya bebas mengamalkan mana-mana agama tetapi mereka menjadi sasaran pengawasan yang sangat ketat ketika pemerintah cuba meletakkan agama di bawah kawalan Parti Komunis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal

Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal

Tempoh perkhidmatan bagi jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja, juga melibatkan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai langkah untuk mereformasi sistem politik.

Jawatan PM

Menurut Tun Mahathir, Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain, ketika membentangkan usul mengenai kajian separuh penggal Rancangan malaysia ke-11 (RMK-11) 2016-2020 di Dewan Rakyat.

Penambahbaikan sistem pilihan raya juga akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media.

Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal.

TIDAK TERPAKAI DI SABAH & SARAWAK

Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal tidak terpakai di Sarawak dan Sabah, sekiranya ia diluluskan di Parlimen.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia kerana Sarawak mempunyai autonominya sendiri selain perlu meminda Perlembagaan Negeri terlebih dahulu.

"Secara prinsipnya ia adalah langkah yang baik, tetapi Sarawak ada autonomi sendiri dan begitu juga Sabah ada autonominya.

"Ia tidak (terpakai) kerana kita perlu meminda Perlembagaan Negeri dimana kita ada autonomi kita sendiri," katanya ketika ditemui pemberita.

Bagi Sarawak kata Abang Johari, ia harus diteliti terlebih dahulu selain mendapat perbincangan daripada semua parti politik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Floyd Mayweather Bakal Dibayar AS$200 Juta Bertarung Dengan Khabib!?

Floyd Mayweather Bakal Dibayar AS$200 Juta Bertarung Dengan Khabib!?

Floyd Mayweather sekali lagi menyahut cabaran Khabib untuk bertarung sekali gus menjadikan impian ramai peminat jadi kenyataan.

Floyd Mayweather Khabib Fight

Mayweather nampaknya tidak sabar mahu melepaskan tumbukan ke muka bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov.

Jaguh tinju Amerika Syarikat itu sekali lagi menyahut cabaran Khabib untuk bertarung sekali gus menjadikan impian ramai peminat menjadi kenyataan.

“Kami akan bertarung,” kata petinju 41 tahun itu kepada TMZ.

“Saya bos kepada diri sendiri. Saya tidak boleh bercakap untuk pihak Khabib, tetapi bagi pihak saya kami akan menjadikannya kenyataan.”

Mayweather menegaskan, sebarang pertarungan dengan Khabib perlu mengikut peraturan tinju.

"Dia yang panggil, jadi dialah yang kena datang ke dunia saya," tegas Mayweather.

Khabib dan pengurusnya membuat cabaran itu selepas mendominasi petarung Ireland, Conor McGregor di kejohanan UFC 229, 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Mayweather berkata dia mengharapkan bayaran sembilan angka, atau lebih AS$100 juta dari jumlah yang diperolehinya ketika menentang McGregor.

“Apabila bertemu Khabib, saya akan dibayar sembilan angka. Lebih daripada pertarungan McGregor. Mungkin tambahan AS$100 juta (RM415.6 juta)," katanya.

Bagai buku bertemu ruas, Khabib cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam 27 pertarungan MMA, manakala Mayweather pula dengan rekod kemenangan 50-0, termasuk ketika menewaskan Mcgregor 26 Ogos tahun 2017 lepas.

Peninju berusia 41 tahun itu yang bersara selepas menewaskan McGregor, sedia kembali ke gelanggang sekiranya Khabib serius mahu mencabarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Surah Al-Kautsar Penarik Rezeki Dan Pendinding Diri

Surah Al-Kautsar Penarik Rezeki Dan Pendinding Diri

Surah Al-Kautsar, surah paling pendek dalam Al-Qur'an, hanya mengandungi tiga ayat, diturunkan di Mekah dan disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan sewaktu Baginda bersedih dengan kematian dua orang yang disayangi, anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya, Abu Thalib.

Surah Al-Kautsar

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW bersabda, "Ketika aku berjalan mengelilingi Syurga, diperlihatkan kepadaku sebuah sungai yang kedua bahagian tepinya terdapat bangunan kubah yang diperbuat daripada intan berlian.

"Kemudian seorang malaikat yang bersama-sama dengan Rasulullah berkata, "Tahukah engkau wahai Muhammad, apa yang sedang engkau saksikan ini? Inilah Al-Kautsar yang Allah SWT telah siapkan untukmu." (Tafsir At-Thabari)

Seperti mana dalam tafsir diatas, surah pendek ini memberitahu tentang Al-Kautsar, nama sungai yang terdapat di dalam syurga.

Digambarkan kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang cantik dan indah, tidak tergambar dengan mana-mana keindahan di dunia ini.

Airnya lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan lebih harum daripada kasturi.

Kelebihan Surah Al-Kautsar

Walaupun pendek, kebaikan surah Al-Kautsar ini banyak. Surah ini boleh disebut sebagai doa pelindung, doa penyembuh dan pembuka rezeki.

Surah Al-Kautsar juga menjelaskan bagaimana kita harus mensyukuri nikmat bukan hanya melalui ucapan semata-mata, tetapi juga disertakan dengan amalan ibadah.

Bacalah surah Al-Kautsar ketika hujan, mudahan-mudahan doa kita dimakbulkan.

Jika berasa ada ilmu hitam di rumah, baca surah Al-Kautsar sebanyak 10 kali dengan doa agar diberi ilham dari mana punca sihir tersebut.

Begitu juga mereka yang teraniaya, amalkan membaca surah Al-Kautsar dan mohon dilindungi Allah.

Bahkan, jika diamalkan membacanya sebanyak 1,000 kali, In Sha' Allah rezeki akan bertambah namun syaratnya, kenalah berusaha.

Dan banyak lagi kelebihan surah Al-Kautsar ini.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM