Friday, October 19, 2018

Najib Terkucil Depan Tun Mahathir, Zahid Hamidi Berdepan 45 Tuduhan Pecah Amanah Bernilai 114 Juta!


Tular gambar Najib Razak yang terkucil tidak berani memandang ke arah perdana menteri, Tun Mahathir ketika pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di parlimen.

NAJIB TERKUCIL

Anggota parlimen DAP Teresa Kok antara yang berkongsi gambar berkaitan, yang mendakwa Najib tidak langsung memandang ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pembentangan itu.

“Sepanjang sesi itu Najib memandang ke arah lain,” dakwa anggota parlimen Seputeh.

Veteran DAP, Lim Kit Siang juga membangkitkan perkara sama.

“Najib tidak langsung mengangkat kepalanya untuk melihat perdana menteri, apatah lagi bertentang mata, hanya menunduk ke bawah,” katanya.

Lim justeru mendakwa pembentangan itu membuatkan pemimpin BN begitu tidak selesa dan “diselubungi suram”.

Perkara itu, katanya, disebabkan oleh penutup ucapan Mahathir, yang menyebut pembentangan itu dibuat kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana saja mereka berada tanpa mengira bangsa.

Tun Mahahtir juga berkata jika dokumen itu dilaksanakan, beliau yakin Malaysia akan mengaum kembali sebagai Harimau Asia dan berganjak dari imej negara kleptokrat kepada demokrasi tulen.

“Adakah mereka tidak berpuas hati dengan matlamat untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan semua kumpulan etnik di Malaysia dan sekali lagi mengangkat Malaysia sebagai Harimau Asia?” soal Lim.

ZAHID BERDEPAN 45 PERTUDUHAN CECAH RM114 JUTA

ZAHID HAMIDI RASUAH

Sementara itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta untuk dibicarakan atas 45 pertuduhan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram mencecah RM114 juta.

Jumlah pengubahan wang haram sahaja mencecah RM70 juta termasuklah pembelian dua banglow di Kajang berjumlah RM5.9 juta.

Kebanyakan pertuduhan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) untuk kesalahan dibuat antara Mei 2016 hingga April 2018 dalam bentuk deposit bank di Maybank.

Deposit itu dibuat daripada akaun milik firma guaman Lewis & Co, menurut maklumat dalam kertas pertuduhan.

Secara spesifiknya, beliau dihadapkan dengan 18 pertuduhan pecah amanah dan menerima rasuah, manakala 27 pertuduhan lagi adalah berkaitan penggubahan wang haram.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu sebutan semula kesnya pada 14 Disember 2018 depan.

Melihat satu demi satu pertuduhan itu, ia rupa-rupanya bukan saja berkaitan dana Yayasan Akal Budi diterajuinya yang digunakan untuk membayar kad kredit beliau dan isterinya, tetapi juga melibatkan dakwaan penerimaan wang ketika beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Semua pertuduhan itu memperlihatkan kes yang melibatkan Zahid Hamidi ini bukan saja serius, malah mencemarkan imej beliau sebagai pemimpin sebuah parti Melayu terbesar di negara ini.

Zahid Hamidi juga adalah Presiden UMNO pertama dalam sejarah pernah didakwa atas pertuduhan jenayah di mahkamah.

Imej beliau sebagai pemimpin Melayu/Islam dengan didikan latar belakang agama sebenarnya telah hancur dan musnah melalui semua pertuduhan yang dihadapinya ini dan kini sudah pun tersebar meluas ke seluruh negara serta dapat dibaca serta diteliti oleh sesiapa saja.

Hanya dengan mengundur diri dan meletakkan jawatan saja merupakan pilihan terbaik di mana selepas ini beliau perlu menghadapi semua perjalanan kesnya di mahkamah secara peribadi tanpa melibatkan lagi nama parti.

Undur dan berehatlah dengan keluarga serta anak cucu yang masih menyayanginya.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiachronicle

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon