Tuesday, July 11, 2017

Sambutan Hari Populasi Sedunia, World Population Day

Sambutan Hari Populasi Sedunia, World Population Day

Sambutan Hari Populasi Sedunia (Hari Penduduk Sedunia), World Population Day disambut pada pada 11 Julai setiap tahun dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu berkaitan dengan perkembangan populasi manusia, termasuk perancangan keluarga, kesaksamaan gender, kesihatan ibu, kemiskinan dan hak asasi manusia.

Hari Populasi Sedunia

Sambutan Hari Populasi Sedunia mula diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Sehingga kini jumlah populasi manusia ialah 7.324 bilion dan populasi manusia dijangkakan akan terus meningkat sehingga 9.2 bilion orang menjelang tahun 2050.

Statistik yang dikeluarkan oleh GeoHive menyatakan wilayah Afrika mempunyai kadar pertumbuhan populasi yang agak pantas berbanding dengan wilayah lain, diikuti wilayah Asia dan wilayah Amerika Latin.

Negara-negara wilayah Afrika diramalkan mengalami ledakan populasi yang tinggi. Kajian pada tahun 2000 meramalkan penduduk wilayah ini akan meningkat sebanyak 87 peratus pada tahun 2030 (1.5 bilion orang).

Negara Afrika seperti Nigeria, Ethiopia, Uganda dan Tanzania mempunyai kadar pertumbuhan populasi melebihi dua peratus setahun.

Sementara itu dijangkakan Bangladesh, India dan Afghanistan yang terletak di sebelah selatan tengah Asia akan mencapai kadar perkembangan populasi yang tinggi berbanding negara-negara lain di Asia iaitu sebanyak 1.6 hingga tiga peratus setahun menjelang tahun 2030.

Peningkatan populasi manusia ini sudah pasti diiringi dengan peningkatan keperluan bahan asas untuk kehidupan seperti tempat tinggal, makanan dan minuman.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, manusia amat bergantung kepada sumber-sumber alam semula jadi.

4 Cabaran utama

Sekurang-kurangnya terdapat empat cabaran besar yang sedang dan bakal ditempuhi dalam meniti arus perkembangan populasi manusia.

Cabaran-cabaran ini seharusnya dilihat secara serius untuk kita mengurus kehidupan dan menangani perubahan dengan baik pada masa hadapan.

a. Kesihatan

Cabaran pertama adalah untuk mengecap tahap kesihatan yang baik dalam kehidupan manusia. Pada ketika ini manusia sedang berhadapan dengan pelbagai bentuk penyakit yang semakin kompleks dan mencabar.

Di alaf baru ini kita dikejutkan dengan beberapa serangan penyakit baru yang muncul dengan pelbagai nama seperti wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), selesema burung dan pelbagai penyakit pandemik yang amat merisaukan.

Selain itu manusia juga terus berhadapan dengan peningkatan jumlah penghidap HIV (AIDS).

Selain itu penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis terus bertambah saban waktu.

Amalan pemakanan dan gaya hidup yang jauh dari amalan kesihatan menyebabkan kehidupan manusia terus diburu dengan pelbagai masalah penyakit.

b. Pencemaran

Cabaran kedua adalah untuk menikmati alam sekitar yang bebas daripada pencemaran. Masalah pencemaran alam sekitar pada ketika ini semakin meruncing. Impak pencemaran alam sekitar kini dirasai pada skala global. Pemanasan bumi merupakan isu sejagat yang bakal menghimpit hidup masyarakat dunia.

Para saintis meramalkan pelbagai bencana alam luar jangka seperti banjir besar dan ribut taufan akan bertambah andainya fenomena ini terus berlaku.

Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga akan mengakibatkan generasi akan datang berhadapan dengan krisis kekurangan sumber utama bahan asas kehidupan seperti air, tenaga dan makanan.

c. Kemiskinan

Cabaran ketiga yang bakal dihadapi oleh manusia ialah peningkatan masalah kemiskinan. Krisis inflasi dunia dijangka akan terus menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat termiskin di dunia.

d. Keamanan

Cabaran keempat, adalah untuk menikmati keamanan dunia yang jauh daripada sebarang penindasan dan peperangan. Peperangan telah menyebabkan kemusnahan manusia dan alam.

Sejak peperangan dunia kedua hingga kini krisis peperangan sering berlaku. Ia telah mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa.

SAMBUTAN DI MALAYSIA

Malaysia bersama masyarakat dunia menyeru untuk menangani isu kependudukan dengan memberi tumpuan pada tahun ini kepada usaha memperkasa golongan muda dalam membina keluarga yang mereka inginkan dalam dunia yang adil dan penuh harapan.

Malaysia kini berdepan kadar kesuburan yang semakin menurun, perubahan struktur keluarga dan tekanan ekonomi yang mempengaruhi pilihan hidup generasi mudanya.

Data menunjukkan nisbah tanggungan Malaysia, yang mengukur beban ekonomi antara penduduk usia bekerja dengan tanggungan, telah menurun daripada 92.1 pada tahun 1970 kepada 42.5 pada tahun 2024, didorong oleh penurunan tanggungan muda akibat kadar kesuburan yang lebih rendah.

Namun, jumlah warga emas yang menjadi tanggungan terus meningkat, menandakan permulaan fasa penuaan penduduk bagi negara ini.

Situasi ini memerlukan dasar awam yang memperkasa hak individu, khususnya wanita, dengan memastikan akses kepada kesihatan reproduktif, peluang pekerjaan yang adil dan perancangan keluarga yang bertanggungjawab, di samping membina daya tahan sosial dan ekonomi melalui dasar inklusif berasaskan data.

Kesimpulan

Keempat-empat cabaran ini wajar diteliti oleh kita semua secara serius. Isu-isu yang boleh mengancam kesejahteraan hidup rakyat perlu ditangani secara bijaksana.

Hakikatnya ia tidak boleh dilihat sebagai suatu masalah, malah apa yang penting adalah bagaimana manusia pada hari ini menyusun kehidupan dan menilai cabaran mendatang untuk melakukan perubahan.

Selamat menyambut hari populasi sedunia.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Pelarian Sedunia, World Refugee Day

-Sentiasapanas.com

Monday, July 10, 2017

Video Gelek Gerudi Di Kelantan Kena Kritik Sebab Tak Sesuai

Video Gelek Gerudi Di Kelantan Kena Kritik Sebab Tak Sesuai

Kontroversi yang melibatkan 3 artis dikir barat wanita ini telah mengundang kecaman dari netizen di media sosial. Aksi mereka bertiga dirakamkan menerusi video selama 5 minit dan 12 minit secara live di Facebook.

Video Gelek Gerudi

Video yang menjadi tular ini menyaksikan persembahan mereka meraikan pengantin baru di Kampung Padang Tembusu.

Menurut laporan dari Sinar Harian persembahan ini bermula jam 10 malam hingga jam 12 malam menjadi tumpuan ratusan penduduk kampung yang menonton sampai habis persembahan mereka.

Dalam video berkenaan tiga wanita dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat lelaki. Tindakan tiga artis itu dikutuk sesetengah pelayar laman sosial, lebih-lebih lagi Kelantan sebuah negeri yang digelar Serambi Makkah.

Laporan dari Harian Metro mengatakan tuan rumah yang hanya mahu dikenali Mohamad, 58 tahun, mendakwa beliau tidak tahu-menahu acara tarian “gelek berahi” itu.

Beliau hanya dimaklumkan oleh pengurus kumpulan muzik untuk membuat persembahan dikir “biasa” sahaja.

“Saya tidak tahu-menahu mereka sediakan tarian gelek kerana semuanya diuruskan kumpulan dikir,” katanya, yang tinggal Kampung Padang Tembusu.

Beliau, yang enggan memberikan nama sebenar, meminta anaknya menjemput penyanyi dikir tetapi tidak menyangka ada tarian gelek.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral


sumber: hangat

Selamat Hari Lahir Tun Mahathir!

Selamat Hari Lahir Tun Mahathir!

Tanggal 10 julai 2017, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran pemimpin hebat yang amat dihormati Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-92 tahun.

Tun Mahathir

Anakandanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir dalam catatannya di Facebook meminta agar Mahathir "diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang demi rakyat dan negara."

Ucapan selamat hari lahir turut disampaikan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman mikro Twitter miliknya.

"Saya harap supaya saya akan menjadi sekuat Tun apabila berumur 92 tahun kelak, eh, maksud saya 29 tahun," katanya.

Selain itu, kolumnis, A Kadir Jasin turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Mahathir dan mendoakan perjuangan beliau.

"Hari ini, 10 Julai 2017 adalah hari lahir Tun Dr Mahathir yang ke-92. Moga-moga ALLAH terus memberkatimu dan mengizinkan perjuanganmu.

"Doa kita agar Tun terus diberikan masa dan daya untuk berbakti kepada negara dan menjadi ilham kepada kita. InsyaALLAH," katanya pula.

Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Bersatu lahir pada 10 Julai 1925 dan pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 selama 22 tahun.

Sempena hari yang cukup bermakna kepada bekas Perdana Menteri ini, orang ramai turut memberikan ucapan mereka menerusi laman Facebook mendoakan kesihatan Mahathir.

Pengguna Facebook, Abdul Shukor Mohd Said mendoakan agar kesihatan Mahathir terjaga dan dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia.

"Ya ALLAH SWT, peliharalah kesihatan ayahanda Tun M baik-baik semoga dapat kembalikan kegemilangan Malaysia," tulisnya.

Perkara tersebut disokong oleh pengguna Facebook, Sujiati Yati.

"Sayang ayah Tun M semoga sihat dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT," tulisnya pula.

Buat Tun Mahathir yang dihormati, selamat hari lahir.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda

sumber: sinarharian

Gambar Terakhir P. Ramlee

Gambar Terakhir P. Ramlee

Gambar dibawah ini diambil pada hari Isnin 21 Mei 1973 lapan hari sebelum Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia pada waktu subuh hari Selasa 29 Mei 1973.

P Ramlee

Sedikit kronologi sebelum P. Ramlee meninggal dunia yang pernah diceritakan oleh anak kesayangannya Sazali.

Menurut Sazali sebelum bapanya meninggal, beliau telah mengadu kepada Saloma yang beliau sakit dada.

Saloma menawarkan untuk menghantar P. Ramlee ke hospital tetapi beliau menolak dengan memberi alasan ia hanya disebabkan oleh angin dalam badan. Lantas P. Ramlee meminta Saloma hanya menyapu Tiger Balm di dadanya.

Sekitar jam 5.30 pagi, P. Ramlee sekali lagi mengadu pada Saloma yang sakit dadanya telah menyerang kembali. Kali ini lebih sakit dari serangan pertama.

Keadaan bertambah panik apabila P. Ramlee meronta-ronta sambil mengatakan, “i mesti mati, sekejap lagi i mesti mati” kepada Saloma.

P. Ramlee juga sempat berpesan kepada anak-anak beliau yang ada disisinya pada ketika itu supaya menjaga Saloma dengan baik jika ditakdirkan beliau tiada lagi.

Setelah beberapa minit P. Ramlee diam tanpa berkata-apa. Tubuhnya pun tidak lagi bergerak. Saloma dan anak-anaknya menjangkakan yang P. Ramlee hanya pengsan lalu segera menelefon ambulans untuk meminta bantuan.

Apabila sampai di Hospital Kuala Lumpur, P. Ramlee disahkan oleh doktor telah meninggal dunia.

Menurut Nasir, tidak ada bedah siasat dilakukan ke atas jenazah P. Ramlee. Kami menerimanya dalam keadaan yang sempurna, kata Nasir.

Jenazah P. Ramlee kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Dedap yang pada ketika itu sudah ramai didatangi oleh rakan-rakan dan peminat sejurus mendapat tahu P. Ramlee meninggal dunia.

Selepas dimandikan jenazah di sembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang.

Tetapi tahukan anda bahawa pelakon M.Rajoli yang membacakan Talkin pada hari perkebumian P. Ramlee, yang pada ketika itu sedang berkhidmat sebagai salah seorang imam di Masjid Jamek Kampung Baru.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Channel History - P. Ramlee Dikhianati Bangsa Sendiri

sumber: thepatriots

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit

Memang agak melecehkan apabila terpaksa menunggu daging yang kita bekukan dalam peti sejuk menjadi lembut sebelum dimasak.

Cara+lembutkan+daging+beku

Biasanya, daging direndam dalam air untuk dilembutkan namun ia mengambil masa yang lama (kira-kira sejam) untuk menjadi lembut.

Antara cara paling cepat dan mudah ialah dengan memasukkan daging ke dalam microwave namun kebiasannya kesegaran daging akan sedikit “lari” dan kemungkinan juga masakan anda akan menjadi overcooked.

Apa kata anda cuba petua dibawah. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel.

1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5-10 minit)

Secara fizik, logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang baik dan haba yang dihasilkan melalui proses ini sudah cukup kuat untuk melembutkan daging.

Cara+lembutkan+daging+beku

Tekanan dari air juga menekan logam di atas daging sekaligus meningkatkan kawasan permukaannya supaya ia boleh menyalurkan lebih banyak haba dari yang mempercepatkan daging menjadi lembut.

Jadi proses memasak anda akan menjadi lebih cepat selepas ini.

Tak perlu gusar lagi kalau anda terlupa untuk merendam daging lebih awal ataupun membatalkan niat anda untuk memasak gara-gara perlu menunggu lama. Selamat mencuba!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Awas! Hidangan Steak Daripada Gam Daging!

sumber: wanista

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (10 Julai)

Tanggal 10 Julai merupakan hari ke 191 (hari ke 192 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 174 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Tun Mahathir
Tun Mahathir.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Bahamas (1973) dan Hari Senyap.

Peristiwa

48 SM - Julius Caesar hampir kalah teruk kepada Pompey dalam Pertempuran Dyrrhachium di Macedonia.

1553 - Empat hari selepas kematian Edward VI, Lady Jane Grey diisytiharkan secara rasmi sebagai Ratu England.

1584 - Putera Orange William si Senyap dibunuh di rumahnya di Delft, Holland oleh Balthasar Gérard.

1790 - Kongres memperuntukkan dana persekutuan untuk Potomac dan mengesahkan pembangunan tempat tinggal George Washington pada 16 Julai Pemerintah Persekutuan menangani Hutang Perang Revolusi untuk negara.

1796 - Ahli matematik Jerman Carl Friedrich Gauss menemui bahawa semua integer positif boleh diwakili oleh hasil tambah paling banyak tiga nombor segitiga.

1913 - Lembah Kematian (Death Valley), California mencapai 134 °F (~56.7 °C), suhu tertinggi pernah dicatatkan di Amerika Syarikat.

1925 - Guru Meher Baba memulakan pembisuan 44 tahunnya sehingga kematiannya pada 1969.

1940 - Luftwaffe Jerman menyerang konvoi British di Selat Inggeris, memulakan Pertempuran Britain.

1962 - Satelit komunikasi siaran langsung aktif pertama di dunia Telstar dilancarkan oleh NASA.

1985 - Selepas keributan yang ditimbulkan oleh penukaran formula kola, Coca-Cola memperkenalkan semula formula lama sebagai Coca-Cola Classic.

1985 - Agensi perisikan Perancis mengebom dan menenggelamkan kapal Greenpeace Rainbow Warrior yang berlabuh di Auckland, New Zealand, untuk menghalangnya masuk campur dalam ujian nuklear di Moruroa.

1998 - Kawasan uskup Dallas bersetuju untuk membayar AS$ 23.4 juta kepada sembilan orang bekas pembantu paderi yang menuntut bahawa mereka telah dianiayai secara seks oleh bekas paderi Rudolph Kos.

2010 - Lebih sejuta orang membantah di Barcelona menentang sekatan terhadap autonomi Catalonia dalam Sepanyol.

2011 - Selepas 168 tahun, edisi terakhir News of the World diterbitkan apabila akhbar tabloid British ini ditutup berikutan tuduhan menggodam mel suara pelajar sekolah dibunuh Milly Dowler, mangsa serangan 7/7 dan saudara askar British yang terkorban.

2011 - Kejohanan Bola Jaring Sedunia berakhir dengan Australia menewaskan New Zealand untuk kejuaraan ke-10nya.

2011 - Kapal persiaran Bulgaria karam di Sungai Volga di Tatarstan, Rusia, menyebabkan 129 orang maut atau hilang.

Kelahiran

1925 - Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang Perdana Menteri Malaysia ke-4.

1943 - Sanusi Bin Junid, seorang Menteri Besar Kedah ke-7.

1985 - Park Chu-Young, pemain bola sepak Arsenal F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Julai)

sumber: wikipedia

Sunday, July 09, 2017

Saleem Iklim Lagenda Pop Rock

Saleem Iklim Lagenda Pop Rock

Saleem legenda pop rock. Atau boleh sahaja dianggap Raja Rock Jiwang tanah air. Senarai 84 lagu nyanyian Saleem disenaraikan sebagai hits.

Saleem Iklim

Saleem mencipta nama bersama Iklim pada 1990 melalui album Satu Kesan Abadi, terbitan Suria Records.

Lagu Suci Dalam Debu meletakkan Saleem sebagai Artis Sepanjang Zaman yang tidak akan dilupakan industri muzik.

Saleem muncul bersama Iklim sehingga 1996 dan pada 1998, Saleem muncul solo melalui album Juwita. Lagi itu meletup, membuktikan Saleem memang penyanyi tulen. Banyak suka-duka hidup penyanyi anak Terengganu ini.

Jeritan “Jom ke laut weiii” dalam lagu Blues Ganu Kita menjadikan Saleem akan dikenang sebagai anak jati negeri nelayan Pantai Timur dalam dunia seni.

Banyak kemelut dilalui Saleem. Tetapi itu warna-warni perjalanan anak manusia dalam kehidupan. Saleem manusia biasa, ada hitam putih dalam sejarahnya. Banyak kebaikan dilakukan Saleem.

Bukan sekadar menyanyi dengan suara serak syahdunya yang berjaya mengisi kemeriahan industri muzik. Malah, sebagai manusia biasa, Saleem memang seorang yang baik.

Ketika di puncak kejayaan, Saleem sayangkan peminatnya. Pasti ramai yang ada pengalaman mengejutkan selama menjadi peminat fanatik ketika menemuinya.

Saleem kalau jumpa peminat, terutama orang yang sanggup menunggunya di belakang pentas, atau merentas jauh menghadiri shownya, dia sangat menghargai.

“Ohhh… jauh mung mari notong ambe,” kata Saleem dengan loghat Ganu masih menebal. Waktu itu, ramai peminat fanatiknya menerima layanan yang amat baik.

Antaranya, dihulurkan wang makan atau belanja buat tambang pulang. Saleem akan menggagau kocek, memberikan apa yang ada. Saleem jenis yang sangat tersentuh dan anggap dirinya budak kampung yang bertuah kerana punya peminat.

Kini Saleem menanti untuk mereliskan lagu baharunya. Judulnya Karma Cinta.

Moga Saleem segera sembuh dan kembali bersama peminatnya. Moga Saleem berpeluang ke Makkah, kerana itu yang diinginkannya.

Cepat sembuh Saleem.

BACA INI JUGA: Sudirman Lagenda Penghibur Terbaik Asia

sumber: mynewshub

Galakan Dalam Syarak Untuk Membunuh Anjing Ganas

Galakan Dalam Syarak Untuk Membunuh Anjing Ganas

Terdapat hadis bahawa seorang lelaki bertanya Abdullah bin Umar R.Anhuma apakah binatang yang boleh dibunuh ketika seseorang berada dalam keadaan ihram.

Membunuh Anjing Ganas

Beliau menjawab bahawa salah seorang daripada isteri-isteri Nabi SAW menceritakan kepadanya bahawa yang maksudnya, “Baginda pernah menyuruh agar dibunuh anjing ganas, tikus, kala jengking, sejenis burung lang, gagak dan ular.” Riwayat Muslim (1200)

Berdasarkan hadith daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram, iaitu gagak, sejenis helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas.” Riwayat al-Bukhari (1732) dan Muslim (1198)

Berkata Imam al-Syirazi rahimahullah (w.476), “Jika binatang daripada jenis yang membawa mudarat dan tidak bermanfaat seperti serigala, singa, ular, kala jengking, tikus, sejenis burung lang, gagak, anjing gila, pepijat, pinjal dan kutu kepala… maka hukum membunuhnya adalah sunat kerana menolak darurat daripada terkena pada diri sendiri dan orang lain.” Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (7/314)

Ada pun terdapat hadis bahawa Nabi SAW menyuruh membunuh anjing ialah hadis berikut.

Daripada Jabir bin Abdillah RA berkata yang maksudnya, “Kami diperintah oleh Rasulullah SAW untuk membunuh anjing-anjing, sehingga seorang wanita datang daripada pelusuk kampung dengan anjingnya, maka kami ingin membunuh anjing itu tetapi ditegah oleh Rasulullah SAW daripada membunuhnya lalu bersabda: Hendaklah kamu membunuh anjing yang hitam legam lagi memiliki dua titik (di bawah matanya) kerana itu adalah syaitan.” Riwayat Muslim (1572)

Imam al-Nawawi rahimahullah (w.676) menghuraikan hadis ini dalam al-Minhaj, antaranya:

Maksudnya, “Berkata Imam al-Haramain daripada ashab kami (ulama Syafieyyah) bahawa Nabi SAW mengarahkan agar dibunuh semua anjing pada permulaan sahaja kemudian arahan itu dimansukhkan lalu ditegah daripada membunuh anjing melainkan anjing hitam legam sahaja. Kemudian Syarak menetapkan larangan membunuh apa jenis anjing yang tidak mendatangkan mudarat sama ada anjing hitam atau selainnya.” Rujuk Syarh Sahih Muslim (10/235)

Imam Ibn Qutaibah rahimahullah (w.276) juga mensyarahkan maksud “syaitan” dalam hadis di atas sebagai justifikasi membunuh anjing hitam dalam kitabnya, Ta’wil al-Mukhtalaf al-Hadith (hal.208-209).

Beliau berkata kerana anjing hitam legam adalah sejenis anjing yang paling mudarat dan paling kuat mencederakan.

Ia juga paling kurang manfaat dan paling buruk kemahiran menjaga (harta dan ternakan), paling teruk kemahiran memburunya dan banyak mengantuk.

Ia dipanggil syaitan juga kerana ia paling keji dan mengacau orang, seperti seseorang dipanggil sebagai syaitan, panggilan itu hanyalah untuk menunjukkan sifat syaitan yang derhaka atau singa yang menyerang, atau serigala, yakni itu hanyalah permisalan sahaja.

Boleh jadi juga itu adalah anjing daripada jenis jin, ataupun dipengaruhi jin, jadi yang dimaksudkan dengan anjing hitam itu adalah syaitan lantas dibunuh kerana mudarat padanya. Sedangkan diketahui bahawa Syaitan itu adalah jenis jin yang derhaka.

Adapun kenapa dibunuh semua anjing di Madinah, maka hal itu tidak terbantah kerana tanah Madinah pada zaman Nabi SAW adalah tempat turunnya wahyu Allah Taala bersama malaikat-Nya sedangkan malaikat tidak masuk rumah yang ada padanya anjing atau gambar.

Apakah Yang Dimaksudkan dengan al-Kalb al-`Aqur

Kata Imam al-Nawawi, “Para ulama berbeza pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan al-kalb al-`aqur. Dikatakan maksudnya ialah anjing yang biasa diketahui. Dikatakan pula maksudnya adalah setiap haiwan pemangsa yang menyerang itu dipanggil kalbun aqur daripada sudut bahasa.” Rujuk Syarah Sahih Muslim (8/114)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah (w.852) menyebut beberapa pendapat:

Abu Hurairah RA berkata, “al-kalb al-`aqur adalah singa.” Beliau juga berkata: “Anjing manakah yang lebih ganas menggigit berbanding ular?” Ini menunjukkan istilah anjing ganas itu hanyalah “simpulan bahasa” dari segi bahasa yang merujuk kepada haiwan pemangsa yang menggigit.

Berkata Zufar Rahimahullah, “al-kalb al-`aqur adalah serigala.”

Berkata Imam Malik Rahimahullah (w.179) dalam al-Muwatta, “Setiap sesuatu yang menggigit manusia dan menyerang mereka dan menakutkan mereka seperti singa, harimau, harimau bintang, serigala ialah `aqur.” Ini adalah pendapat jumhur.

Berkata Imam Abu Hanifah Rahimahullah (w.159), “Ia adalah anjing secara khusus yang tidak boleh dikiaskan hukumnya pada bintang lain selain selain serigala.”

Rujuk Fath al-Bari (4/39)

Manakala dalam Lisan al-Arab (4/594), Imam Ibn Manzur Rahimahullah (w.711) berkata, “Ertinya ialah setiap haiwan pemangsa yang memburu dengan menggigit yang melukakan dan membunuh serta menyerang seperti singa, harimau, serigala, harimau bintang dan apa sahaja yang serupa dengannya.

Ia dinamakan anjing kerana persamaan daripada aspek pemangsa. Berkara Sufyan bin Uyainah: Ia adalah setiap haiwan pemangsa yang menggigit untuk melukakan, dan tiada khusus bagi jenis anjing.

Kalimah `Uqur adalah perkataa yang terbina secara hiperbola, tidak disebut sebagai sifat bagi sesuatu melainkan haiwan yang memiliki ruh.

Berkata Abu Ubaid, "Dipanggil setiap yang mencederakan atau melukakan daripada jenis haiwan pemangsa sebagai anjing ganas.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jijik! Cacing Hidup Dalam Badan Babi!

sumber: muftiwp

5 Makanan 'Sedap' Paling Kejam Di Dunia

5 Makanan 'Sedap' Paling Kejam Di Dunia

Makanan yang lazat dan berkhasiat bagi sesetengah orang adalah sangat enak dimakan walaupun bagi orang lain begitu menjijikkan.

Berikut adalah hidangan yang dianggap jijik di sesetengah tempat yang disediakan dengan cara yang paling kejam di dunia.

Sotong kurita hidup

Sotong kurita hidup

Cara penyajian kurita hidup sebenarnya berasal dari korea selatan dengan nama Sannakji. Cara menghidangkannya adalah dengan memotong tantakel sotong kurita yang masih hidup dan disiat. Ia kemudiannya disajikan dengan kicap dan minyak bijan dan terus dimakan.

Katak hidup

Katak hidup

Di negara Jepun, bukan ikan sahaja yang menjadi bahan utama untuk penyediaan sashimi, malah katak juga turut menjadi ‘mangsa’.

Cara menghidangnya adalah dengan menikam katak dan kemudiannya kepalanya dipotong dan disiat kulitnya secara hidup-hidup.

Ia dihidangkan bersama ais, kicap masin dan hirisan limau. Katak yang dihidangkan di pinggan sajian juga masih bergerak-gerak ketika dijadikan hidangan!

Anak tikus

Anak tikus

San Zhi Er merupakaan hidangan anak tikus yang baru lahir dicelup ke dalam minyak panas merupakan hidangan yang popular di daerah Guangdong, China.

Ia dilaporkan telah disajikan sejak tahun 1949 lagi dan nama hidangan ini sebenarnya mempunyai maksud ‘kejamnya’ yang tersendiri.

Tiga patah perkataan San, Zhi, Er, yang bermaksud bunyi kesakitan yang timbul dari sajian tersebut, bunyi pertama datang dari tikaman pisau, kedua celupan minyak panas dan ketiga bunyi saat mengunyah bayi tikus itu.

Otak monyet

Otak monyet

Sajian ini berasal dari Asia. Cara penyajiannya adalah sangat kejam dan sadis. Dengan mengepit kepala seekor monyet hidup-hidup di sebuah meja, kepala haiwan itu kemudianya diketuk dengan tukul sebelum tempurung kepalanya dibuka dan otaknya dimakan mentah-mentah.

Burung Ortolan yang dilemaskan

Burung Ortolan yang dilemaskan

Hidangan ini berasal dari Perancis. Ia dihidangkan dengan burung Ortolan akan dikurung di dalam sebuah sangkar sempit dan hanya diberi makan anggur dan daun ara sahaja sehingga haiwan itu gemuk dan tidak mampu bergerak.

Kemudiannya, ia akan dilemaskan dalam sejenis arak bernama Armagnac dan dipanggang beberapa minit.

Cara memakannya juga agak pelik iaitu dengan mata yang tertutup, bertujuan untuk menghidu aroma Armagnac serta untuk menyembunyikan kekejaman ini.

BACA INI JUGA: Yaks! Hidangan Lazat Keju Berulat!

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (9 Julai)

Tanggal 9 Julai merupakan hari ke 190 (hari ke 191 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 175 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Zinedine Zidane
Zinedine Zidane.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Argentina (1816) dan Sudan Selatan (2011).

Peristiwa

869 - Gempa bumi dan tsunami melanda kawasan sekitar Sendai, Jepun, meninggalkan mendapan pasir sejauh 4 km dari pantai.

1357 - Batu asas Jambatan Charles di Prague diletakkan oleh Maharaja Rom Holy Charles IV.

1789 - Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.

1850 - Selepas kematian Zachary Taylor, Millard Fillmore menjadi Presiden Amerika Syarikat, anggota terakhir Parti Whig memegang jawatan tersebut.

1900 - Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan Perkenan Diraja bagi akta penubuhan Komanwel Australia, dengan itu menyatukan tanah-tanah jajahan yang berasingan di benua itu.

1922 - Johnny Weissmuller berenang gaya bebas 100-meter dalam masa 58.6 saat, memecahkan rekod renang dunia serta "rintangan minit".

1955 - Manifesto Russell–Einstein yang ditandatangi Albert Einstein, Bertrand Russell dan 9 lagi cendekiawan dan ahli sains diterbitkan di London, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar-besaran terhadap kemandirian manusia.

2002 - Kesatuan Afrika (gambar lambang) diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU), dengan Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki sebagai pengerusi pertama.

2006 - Zinedine Zidane mendapat kad merah dalam perlawanan terakhirnya pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA. Itali muncul juara.

2008 - Iran menguji peluru berpandu Shahab-3, di tengah-tengah ketegangan antarabangsa mengenai program nuklearnya.

2009 - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

2010 - Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand, Pakistan, membunuh 104 orang dan mencderakan 120 lagi.

2011 - Polis menahan lebih 1,600 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur.

Kelahiran

1916 - Edward Heath, Perdana Menteri United Kingdom.

1985 - Ashley Young, pemain bola sepak Manchester United F.C.

1990 - Fábio Pereira da Silva, pemain bola sepak Manchester United F.C.

1990 - Rafael Pereira da Silva, pemain bola sepak Manchester United F.C.

Kematian

1850 - Zachary Taylor, Presiden Amerika Syarikat ke-12.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (8 Julai)

sumber: wikipedia

Saturday, July 08, 2017

‘Fidget Hand Spinner’ Paling Mahal Di Dunia Berharga RM72,000

‘Fidget Hand Spinner’ Paling Mahal Di Dunia Berharga RM72,000

Meskipun ia hanya satu permainan untuk kanak-kanak, inilah Fidget Hand Spinnerpaling mahal di dunia yang dijual pada harga RM72,000.

Caviar

Spinner ini dihasilkan oleh sebuah syarikat barang kemas mewah di Rusia, Caviar, yang diperbuat daripada emas terbaik dan edisi terhad.

Spinner emas ini dikatakan dapat menghilangkan tekanan.

Spinner emas ini yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi dipercayai yang termahal di dunia.

Satu lagi pilihan ialah spinner yang diperbuat daripada besi dan dihiasi dengan tengkorak. Syarikat berkenaan sebelum ini pernah menjual iPhone bertemakan Vladimir Putin dan edisi khas Donald Trump.

Caviar, juga pernah menghasilkan jam edisi khas bagi meraikan hari jadi Putin, berikrar untuk mendermakan sebahagian keuntungan hasil jualan spinner itu kepada badan kebajikan.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Permainan ‘Fidget Hand Spinner’?

sumber: mynewshub