Friday, June 23, 2017

Apa Sebenarnya Permainan ‘Fidget Hand Spinner’?

Kalau dulu ada permainan bottle flipping, kini muncul pula permainan baru yang dikenali dengan nama fidget hand spinner. Apakah permainan ini?

Fidget Hand Spinner

Memperkenalkan fidget hand spinner, sebuah gajet terbaru yang mempunyai dua atau tiga cip bulatan di sekitarnya dan sebuah pad di tengah-tengahnya untuk meletakkan jari anda.

Gajet ini hanyalah sebuah alat permainan yang kecil dari tapak tangan anda.

Spinner ini juga datang dalam pelbagai jenis bentuk logam seperti besi tembaga, besi keluli dan banyak lagi.

Dikatakan, lebih berat jenis besi yang digunakan lebih lama ia boleh berputar.

Bagaimana ingin menggunakannya?

Hanya dengan satu putaran sahaja. Anda hanya perlu meletakkan ibu jari anda di atas pad itu dan memutarkannya menggunakan jari telunjuk anda.

Menurut kajian, permainan ini berfungsi untuk melegakan stress.

Memetik laporan Forbes, gajet ini merupakan sebuah alat yang digunakan untuk melegakan stress. Alat ini khas digunakan buat mereka yang sering perlu melakukan suatu pergerakan ketika berada di satu tempat.

Ia dikatakan sesuai untuk mereka yang bosan ketika berada di meja sepanjang hari sewaktu bekerja.

Selain itu, ramai yang setuju bahawa alat ini dapat menguatkan tenaga saraf dan juga membantu pengguna mengisi lapang dari memandang skrin telefon sepanjang masa.

Direka khas buat kanak-kanak istimewa

‘Fidget Hand Spinner’

Fidget ini juga terkenal dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang menghidap penyakit istimewa seperti ADHD, ASD dan Autistik.

Ini kerana alat permainan juga dipercayai dapat melegakan tekanan dan memberikan terapi kepada kanak-kanak istimewa ini.

Di Amerika Syarikat, kebanyakan sekolah di sana telah mengharamkan penggunaan alat permainan ini dalam kalangan pelajar.

Pihak sekolah percaya bahawa alat permainan ini telah menganggu konsentrasi pelajar sewaktu berada di dalam kelas.

Ketika ini, ia menduduki tempat ke 10 daripada 15 permainan paling laris dijual di Amazon.

Permainan itu menjadi popular walaupun ia sebenarnya dicipta untuk pesakit autism dan turut digunakan untuk pesakit mental dan murung.

Menurut doktor, fidget spinner tidak membawa sebarang kebaikan kepada orang normal.


BACA INI JUGA: Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'

sumber: says

2 comments

Bagus mengira tasbih.

Lain orang lain halnya

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...