Monday, July 10, 2017

Selamat Hari Lahir Tun Mahathir!


Tanggal 10 julai 2017, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran pemimpin hebat yang amat dihormati Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-92 tahun.

Tun Mahathir

Anakandanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir dalam catatannya di Facebook meminta agar Mahathir "diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang demi rakyat dan negara."

Ucapan selamat hari lahir turut disampaikan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman mikro Twitter miliknya.

"Saya harap supaya saya akan menjadi sekuat Tun apabila berumur 92 tahun kelak, eh, maksud saya 29 tahun," katanya.

Selain itu, kolumnis, A Kadir Jasin turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Mahathir dan mendoakan perjuangan beliau.

"Hari ini, 10 Julai 2017 adalah hari lahir Tun Dr Mahathir yang ke-92. Moga-moga ALLAH terus memberkatimu dan mengizinkan perjuanganmu.

"Doa kita agar Tun terus diberikan masa dan daya untuk berbakti kepada negara dan menjadi ilham kepada kita. InsyaALLAH," katanya pula.

Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Bersatu lahir pada 10 Julai 1925 dan pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 selama 22 tahun.

Sempena hari yang cukup bermakna kepada bekas Perdana Menteri ini, orang ramai turut memberikan ucapan mereka menerusi laman Facebook mendoakan kesihatan Mahathir.

Pengguna Facebook, Abdul Shukor Mohd Said mendoakan agar kesihatan Mahathir terjaga dan dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia.

"Ya ALLAH SWT, peliharalah kesihatan ayahanda Tun M baik-baik semoga dapat kembalikan kegemilangan Malaysia," tulisnya.

Perkara tersebut disokong oleh pengguna Facebook, Sujiati Yati.

"Sayang ayah Tun M semoga sihat dan sentiasa dirahmati ALLAH SWT," tulisnya pula.

Buat Tun Mahathir yang dihormati, selamat hari lahir.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon