Tuesday, April 25, 2017

Sambutan Hari Tarian Antarabangsa, International Dance Day

Sambutan Hari Tarian Antarabangsa, International Dance Day

Sambutan Hari Tarian Antarabangsa, International Dance Day disambut pada 29 April setiap tahun dan pertama kali diperkenalkan oleh International Dance Council (CID, Conseil International de la Danse), UNESCO, pada tahun 1982.

International Dance Day

Pada Hari Tarian Antarabangsa disambut juga merupakan kelahiran 'bapa balet moden', penari balet dan koreografer terkenal dari Perancis, Jean Georges Nover.

Tujuan utama penganjuran World Dance Day adalah untuk menarik perhatian masyarakat, khususnya generasi baru untuk mengenali dan lebih dekat dengan seni tari.

Selain itu, World Dance Day juga boleh dijadikan sebagai perayaan untuk mengatasi pelbagai rintangan politik, budaya dan etnik serta membawa seluruh bangsa dunia kepada satu bahasa yang sama iaitu tarian.

Majlis Tarian Antarabangsa menganggap bahawa, sebahagian besar perayaan rasmi di dunia kurang mengutamakan kegiatan seni tari, walhal tarian telah menjadi sebahagian daripada budaya manusia sepanjang zaman.

Tiada dana diperuntukkan dalam bajet kerajaan untuk menyokong seni tarian dan tidak ada pendidikan khusus untuk tarian, sama ada oleh persendirian atau awam.

Selamat menyambut Hari Tarian Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Paddy Doyle Manusia Luar Biasa Paling Cergas Di Dunia!

Paddy Doyle Manusia Luar Biasa Paling Cergas Di Dunia!

Paddy Doyle telah disenaraikan sebagai individu luar biasa apabila berjaya memegang lebih daripada 300 rekod dalam aktivit kecergasan dan ketahanan fizikal.

Paddy Doyle

Malah, senarai rekod tersebut telah pun menjadi viral dengan 'Record Holders Republic' merupakan salah satu sumber yang mempamerkan senarai penuh rekod pencapaiannya.

Antara prestasi luar biasa Paddy Doyleialah menjadi juara di dalam rekod 'World Road Speed March' pada tahun 2015 di Solihull, UK.

Pencapaian tersebut adalah kerana kemampuan Paddy berlari maraton dengan membawa beban seberat 54 kilogram pada jarak 10 kilometer.

Sangat menakjubkan kerana dia hanya mengambil masa selama 1 jam 46 minit dan 31 saat untuk menamatkan acara.

Catatan tersebut sekaligus menjadi masa paling pantas diantara semua peserta yang bertanding.

Rekod luar biasanya yang seterusnya berjaya dibuktikan menerusi acara basikal gunung dengan berbasikal sejauh 20 kilometer sambil memikul beban seberat 18 kilogram dalam tempoh 1 jam 26 minit dan 16 saat.

Lebih menarik, sebanyak 20 pencapaian luar biasa Paddy telah dipilih sebagai rekod terbaik dunia dan tercatat di dalam 'Guiness World Records'.

Paddy Doyle juga mampu melakukan tekan tubi dengan rekod sebanyak 1,868 kali dalam masa satu jam hanya dengan sebelah tangan!

Namanya tercatat sebagai pemegang rekod tersebut pada November 1993.

Paddy Doyle juga mampu melakukan tekan tubi menggunakan belakang tapak tangan dengan catatan sebanyak 1,940 kali.

Terdapat pelbagai lagi aktiviti lasak lain yang pernah dilakukan sehingga mencapai rekod dunia.

Maka, tidak hairanlah apabila Paddy Doyle dianugerahkan sebagai Juara Rekod Dunia 2015-2016.

BACA INI JUGA: Putu Suartawan Manusia Luarbiasa Yang Tahan Kepedasan Cili

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, April 24, 2017

14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Tambunan

14 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Tambunan

Tambunan, Sabah, sememangnya sebuah daerah yang mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai tempat-tempat unik dan menarik yang mungkin tiada di tempat lain sebagai lokasi pelancongan sempena cuti-cuti bersama keluarga.

Tambunan

Mengikut cerita dahulu kala, nama Tambunan ini adalah gabungan di antara Orang Gombunan (Orang dataran) dan Orang Tamadon, selepas kemenangan besar yang mereka perolehi dalam peperangan.

Tambunan merupakan kawasan lembah yang mirip dengan corak perkampungan serta warna pertanian di Switzerland, sehinggakan ada yang mengelarnya Switzerland of the East.

Berikut merupakan antara tempat-tempat yang menarik di daerah Tambunan sebagai panduan untuk dilawati bersama keluarga di masa lapang dan sempena cuti-cuti Malaysia.

1. Air Terjun Mahua

Mahua

Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau, kira-kira 12 km dari Pekan Tambunan. 7 km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua.

Lokasinya terletak antara Kampung Katagayan dan Kampung Mahua, Patau Tambunan.

Antara keunikan tempat ini ialah suasana alamnya yang begitu menenangkan jiwa dengan aliran air yang jernih di bawa arus air terjun setinggi 50 kaki.

Stone Face

Disamping itu antara keunikan Air Terjun Mahua ialah terdapat sebuah batu yang menyerupai kepala manusia yang terdapat dalam perjalanan masuk ke kawasan Air Terjun Mahua.

Suasananya yang nyaman turut diserikan dengan tumbuhan serta pelbagai hidupan yang hidup terpelihara.

2. Taman Sejadi Rafflesia Tambunan

Rafflesia

Taman Sejadi Rafflesia ini terletak lebih di jalan utama antara Kota Kinabalu dan Tambunan, mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan jika anda dari Bandar Kota Kinabalu.

Selain bunga Rafflesia yang menjadi tarikan utama di taman ini, ada pelbagai flora dan fauna yang mungkin jarang anda lihat boleh didapati di sini.

Jika anda seorang pemerhati burung, tempat ini merupakan salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi.

3. Batu Gong Tambunan

Batu Gong

Lokasinya terletak di Kampung Solibog Tambunan dimana tempat batu ini mula-mula ditemui.

Untuk pengetahuan semua, antara keunikan yang ada pada batu tersebut ialah ia boleh mengeluarkan bunyi yang merdu apabila dipalu.

Bunyi yang terhasil sama dengan bunyi alat muzik kaum dusun iaitu gong.

Keunikan batu ini sering dikaitkan dengan pelbagai cerita rakyat dan terus-menerus menjadi misteri di daerah Tambunan.

4. Tugu Mat Salleh

Tugu Mat Salleh

Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh terletak sejauh 86 km dari bandaraya Kota Kinabalu dan terletak di Kg. Tibabar, Tambunan.

Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Pastikan anda tidak mengambil jalan pintas di Kg. Kinabaan kalau tidak mahu terlepas peluang untuk sampai ke tempat ini.

Agak mudah untuk menemui tugu ini kerana sebuah tanda nama telah diletakkan di sebelah kanan (jika dari Kota Kinabalu) sebagai panduan.

Kita akan melalui sebuah kampung tradisional dengan keindahan alam semulajadi sebelum sampai ke tugu yang terletak betul-betul di hujung jalan.

Pahlawan Mat Salleh terkenal dengan kegagahannya menentang penjajahan British pada tahun 1900-an.

Batu ini didirikan bagi memperingati jasa beliau dalam menentang pihak Inggeris.

5. Gunung Trus Madi

Gunung Trus Madi

Anda boleh membuat pilihan destinasi di Tambunan dan kalau anda memilih untuk bergerak ke arah kampung Kaingaran, anda akan sampai di kaki Gunung Trus Madi setelah menempuh perjalanan sejauh 25km.

Gunung Trus Madi setinggi 8,669 kaki, muncul gunung kedua tertinggi di Malaysia sedia menerima kunjungan penggemar aktiviti lasak dari dalam dan luar negara.

Bagaimanapun tidak ada hotel di puncak gunung ini dan ia jelas tidak menjadi masalah kepada peminat yang sukakan pelancongan lasak seperti mendaki gunung ini.

Sebaik-baiknya anda boleh tidur dalam khemah yang didirikan sendiri atau beg tidur yang anda bawa bersama dalam persediaan awal.

Cuaca di puncak gunung memang sejuk dan keadaan menjadi lebih gawat kalau angin bertiup kencang membuatkan anda berada dalam keadaan kesejukan yang melampau.

6. Taman Tasik Rekreasi Tandarason TVRC

Tasik Tandarason

Antara tempat yang terkenal di Tambunan ialah Tandarason Resort & Country Club Tambunan. Tempat ini terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Tambunan.

Aktiviti Sukan dan rekreasi yang terdapat disini ialah berkayak, Padle Boat, Jungle Trekking, Permainan tradisional dan banyak lagi.

Terdapat tasik buatan yang dipanggil Tasik Tandarason. Ditasik inilah sebahagian sukan rekreasi diadakan.

7. Tamu Pisompuruan Square

Tamu Pisompuruan Square

Anda juga boleh mengunjungi pasar tempatan dikenali sebagai Tamu di pekan Tambunan. Pasar itu dibuka pada setiap petang Rabu dan pagi Khamis.

Di pasar ini, penduduk dari sekitar kawasan berdekatan menjual pelbagai barangan termasuk sayur-sayuran.

8. Sub-Stesen Gunung Alab

Sub-Stesen Gunung Alab

Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan merupakan salah satu sub-stesen di bawah pengurusan Taman Banjaran Crocker.

Alam semulajadi disini sungguh indah dan kaya dengan flora dan fauna. Udara di atas Banjaran Croker juga sangat sungguh segar, jauh dari hiruk-pikuk kota raya, aman, damai dan nyaman.

Antara tarikan di sini ialah Kebun Nepenthes, Rhododendron dan Orkid serta Denai Minduk Sirung sejauh 12km bermula dari Sub-Stesen Gunung Alab ke Sub-Stesen Mahua, Tambunan.

Sesuai untuk anda yang menyukai penerokaan lasak, sila sediakan peralatan yang sesuai untuk aktiviti yang anda hendak sertai.

Jangan lupa membawa lampu suluh jika bercadang bermalam. Penginapan juga disediakan di sini.

9. Gunung Wakid

Gunung Wakid

Jika anda seorang yang suka mendaki atau baru mula berjinak dalam aktiviti mendaki gunung, ini merupakan destinasi yang harus berada di dalam senarai gunung yang anda akan daki.

Tidak seperti Gunung Kinabalu, Gunung Wakid hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk sampai ke puncak.

Selain itu juga, apabila menuruni Gunung Wakid ini anda akan melalui satu air terjun yang sangat menarik iaitu air terjun Kolopis.

10. Tambunan Salt Trail

Tambunan Salt Trail

Bagi mereka yang suka akan cabaran dalam aktiviti menjelajah hutan atau ‘Jungle trekking’, Tambunan Salt Trail ini harus adalah dalam senarai anda.

Perjalanan bermula di Kampung Tikolod, Tambunan dan berakhir di Kampung Inobong, Penampang dan mengambil masa lebih kurang 4 hari.

Perjalanan ini pasti akan menyajikan anda dengan keindahan flora dan fauna yang sangat menarik dan sukar didapati dimana-mana selain Borneo.

11. Kampung Tikolod

Kampung Tikolod terletak lebih kurang 18 km dari pekan Tambunan.

Apa yang menarik di kampung ini adalah mereka adalah pengeluar halia yang terbesar dan juga merupakan pembuat alat muzik traditional seperti sompoton, bungkau, tongkungon dan togunggak.

Para pengunjung boleh melihat dengan sendiri bagaimana alat muzik ini di buat. Tentu sekali anda ingin mengetahui keunikan alat muzik tradisional ini.

12. Kampung Tombotuon dan Kampung Minodung

Dua buah kampung ini merupakan kampung tradisional yang terdapat di Tambunan.

Di Kampung Minodung, anda boleh mencuba aktiviti seperti “manahu” iaitu aktiviti memancing di sungai dan di Kampung Tombotuon anda boleh belajar membuat pelbagai kraf tradisional.

13. Tambunan Viewing Point (Sinurambi Tambunan)

Tambunan Viewing Point

Ini merupakan tarikan yang terbaru terdapat di Tambunan dan telah dirasmikan pada December 2016 yang lepas.

Reka bentuk yang sangat menarik iaitu menyerupai sebuah “wakid”, satu kraf tradisional yang digunakan untuk membawa padi.

Jika anda berkunjung ke sini, pastikan anda membawa baju panas kerana kawasan di sini sangat berangin dan sejuk.

14. Sistem “Tagal” Sungai Tambunan

Sistem “Tagal” merupakan satu sistem di mana sumber dari sungai yang di tagal seperti ikan di larang untuk di ambil, sistem ini sangat berkesan untuk memulihkan ekosistem.

Pada setiap tahun, larangan ini akan dikecualikan selama tiga hari dan komuniti yang berada di kawasan sistem tagal ini dibenarkan untuk memancing di kawasan tersebut.

Jika ini aktiviti yang anda suka, siapkan kelengkapan pancing anda. Sangat pasti anda akan dapat memancing banyak ikan.

15. Kembara Kampung Widu

Kampung Widu

Siapa sangka Kampung Widu yang tersorok jauh di pedalaman mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Kampung Widu terletak 60 km dari Bandar Kota Kinabalu, iaitu kira-kira dua jam perjalanan. Kampung ini terletak dalam Daerah Tambunan.

Kampung widu merupakan kawasan yang belum diterokai sepenuhnya. Kawasan ini kaya dengan flora dan fauna yang begitu memukau.

NOTA EDITOR: Jika anda anda lokasi menarik di daerah Tambunan untuk dimasukkan, hubungi kami untuk dimasukkan ke dalam senarai.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

sumber: kamarularnizam | borneodihati

-SENTIASAPANAS.COM

Metabolisme Rendah Punca Sukar Untuk Kurus!

Metabolisme Rendah Punca Sukar Untuk Kurus!

Apa kaitan kadar metabolisme dengan berat badan? Kenapa metabolisme rendah boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk kurus?

Metabolisme Rendah

Metabolisme ialah satu keadaan atau kadar penghasilan tenaga dalam badan kita yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon.

Ia bukan sahaja menukarkan makanan menjadi tenaga malah juga memberi kesan sejauh mana ia mampu membakar tenaga tersebut.

Tubuh kita mendapat tenaga daripada kalori yang kita makan, dan tahap metabolisme kita pula menentukan berapa cepat pula kalori itu tadi dibakar.

Individu bermetabolisme tinggi akan membakar tenaga lebih cepat, dengan itu membawa kepada penurunan berat badan dan begitu juga sebaliknya,  metabolisme rendah menyebabkan pengumpulan lemak.

Setiap individu membakar kalori pada kadar yang BERBEZA.

a. Apakah yang mempengaruhi kadar metabolisme?

1. Usia. Secara purata ia menurun sebanyak 5% setiap 10 tahun, selepas berusia 40 tahun.

2. Jantina. Lelaki membakar lebih kalori pada waktu rehat berbanding wanita.

3. Nisbah jisim otot tanpa lemak. Lebih banyak jisim otot, lebih tinggi kadar metabolik tubuh.

4. Keturunan

5. Masalah kelenjar tiroid

b. Apakah simptom jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah?

1. Cepat naik berat badan.

2. Perubahan otot dimana otot menjadi lemah, kaku dan sakit.

3. Penat/lesu.

4. Tahap kesihatan rendah contohnya sering pucat, rambut rapuh dan muka sembap.

5. Individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah disebabkan hipotiroidisme biasanya sering mengalami menstruasi yang banyak.

c. Bagaimana meningkatkan metabolisme tubuh?

1. Minum banyak air kosong

Air kosong mengandungi 0 kalori, tetapi membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

2. Makan sedikit tetapi kerap

Apabila anda ambil keputusan untuk skip meal (breakfast, lunch atau dinner), anda memaksa tubuh masuk ke dalam 'survival mode' dimana metabolisme menjadi perlahan untuk 'memelihara tenaga'.

Metabolisme perlahan menyebabkan tubuh membakar kalori juga lebih perlahan.

Makanlah tiga hidangan sihat setiap hari untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak tenaga.

3. Makan makanan berempah dan pedas

Mengikut kajian, mengambil makanan berempah contohnya yang mengandungi capsaicin seperti cili, boleh meningkatkan kadar metabolisme.

Capsaicin ialah komponen bioaktif yang membuatkan cili berasa panas dan pedas. Ia juga menyebabkan selera anda meningkat.

4. Senaman

Semasa bersenam, tubuh membakar kalori secara semulajadi, begitu juga semasa ia sedang rehat. Senaman angkat berat membakar lebih banyak kalori berbanding senaman kardiovaskular (berlari).

5. Mengambil protein

Otot membakar kalori lebih cepat daripada lemak, oleh itu mengekal atau membina jisim otot akan meningkatkan metabolisme secara tetap.

6. Mengambil kalsium

Makanan dan minuman tinggi kalsium seperti susu menyebabkan tubuh memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 3 Bahan Yang Mampu Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Satu Minggu

sumber: ilhamfamilysihat

Sejarah Sandakan Death Marches, Kawad Maut Sandakan

Sejarah Sandakan Death Marches, Kawad Maut Sandakan

Kawad Maut Sandakan (ejaan lama kawat) adalah kejadian paling buruk diketahui telah menimpa tentera Australia dan British semasa menjadi tawanan Perang Dunia Kedua, dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam dan tahanan perang pihak Berikat.

Kawat Maut Sandakan

Semua tawanan ini ditahan oleh tentera Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara.

Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.

Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina lapangan terbang di Sandakan.

Seperti pembinaan landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan muncung senjata diacukan kepada mereka.

Tawanan juga sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubat-ubatan yang mencukupi.

Tawanan terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

24 Oktober 1945
24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan.

Beberapa bulan selepas kem tahanan ditinggal dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, tidak banyak yang tinggal di kem yang dibakar itu.

Kubur mengandungi mayat 300 tahanan perang Australia dan British dijumpai, dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua ke Ranau.

Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam sesetengah kes sehingga 10 mayat.

Pada awal tahun 1945, apabila Pihak Berikat semakin hampir mencapai kemenangan, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).

Sebahagian besar tahanan Australia dan Indonesia telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat.

Sandakan_Memorial_Park
Sandakan Memorial Park.

Dalam perjalanan tersebut, lebih 1,000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit.

Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau dan Taman Peringatan, Petagas.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Sambutan ANZAC Day

Sambutan ANZAC Day

Sambutan Hari ANZAC (ANZAC Day) disambut pada setiap 25 April setiap tahun bagi memperingati perjuangan anggota tentera gabungan Australia dan New Zealand ketika Perang Dunia Pertama khususnya pertempuran di Gallipoli, Turki.

ANZAC Day

ANZAC adalah singkatan kepada Australian and New Zealand Army Corps dan disambut dengan penuh meriah di seluruh Australia.

Acara sambutan ANZAC Day bermula pada awal pagi, ketika terbitnya fajar di ufuk timur, dalam kesejukan pagi di musim luruh, sekitar 15 darjah Celcius, dimana bekas anggota tentera veteran yang telah pun lanjut usia berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan.

Ledakan beberapa das meriam dilepaskan, diikuti tiupan trompet dan nyanyian lagu tentera, merupakan saat yang amat memilukan bagi veteran tentera ketika mengimbas nostalgia di medan perang, apabila ramai rakan-rakan seperjuangan yang terkorban di hadapan mata.

Seterusnya, mereka menyertai perarakan melintasi para penonton yang berkerumun di kiri kanan jalan. Dalam susuk tubuh tua, jelas terpancar rona wajah penuh bangga membalas lambaian para pengunjung.

Di dada mereka tersemat pingat-pingat berjuntaian, bukti keperwiraan, perasaan bangga, anak-cucu bangga, malah setiap rakyat Australia merasa amat bangga. Merekalah wira, merekalah pahlawan. Jasa mereka tetap dikenang.

Mereka bergerak secara berkumpulan, mengikut batalion, regimen, divisyen, berdasarkan operasi dan negara yang dihantar ketika itu.

Menariknya, nama Borneo, Malaya, Miri, Labuan dan Muar adalah antara yang kerap dipaparkan di kain rentang yang diarak bersama.

Mereka pernah bertugas di negara kita di era sebelum Merdeka, membantu tentera penjajah British, kerana ketika itu Australia di bawah naungan Britain sehinggalah kini masih beratukan Queen Elizabeth II dan pemerintah Britain.

Bukan isu penjajahan yang ingin diungkitkan tetapi sikap ambil berat kerajaan terhadap anggota tentera veteran mereka.

Sedikit sejarah pertempuran di Gallipoli

Pada tahun 1915, tentera gabungan Australia dan New Zealand telah dikerahkan ke Gallipoli di bawah arahan British untuk menawan Turki yang menyokong Jerman.

25 April ialah tarikh pendaratan besar-besaran tentera ANZAC di Gallipoli dan menerima tentangan hebat daripada tentera Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Attarturk.

Dalam pertempuran tersebut, lebih 10,000 tentera ANZAC terkorban atau cedera. Angka tersebut menjadi catatan sejarah bagi negara Australia sebagai angka korban paling besar.

Oleh itu, 25 April dipilih bagi memperingati semangat juang anggota tentera mereka.

Sekarang, ANZAC Day bukan saja di sambut untuk mengenang kembali pertempuran di Gallipoli tetapi sudah menjadi acara bagi menghargai pengorbanan semua anggota tentera dari zaman Perang Dunia Pertama hinggalah ke Perang Dunia Kedua.

Mungkin ramai yang tidak tahu penglibatan tentera Australia di Malaya ketika Perang Dunia Kedua dan semasa insurgensi melawan Komunis.

Ramai anggota tentera Australia yang terkorban ketika bertempur semasa Perang Dunia Kedua di Malaya.

Ada juga yang dijadikan tawanan perang dan kemudiannya mati ketika Sandakan Death Marches.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

sumber: ahmadijat

Sunday, April 23, 2017

Bagaimana 'Skim Ponzi' Smartphone USD$4 Akhirnya Terkubur

Bagaimana 'Skim Ponzi' Smartphone USD$4 Akhirnya Terkubur

Sejak dari hari pertama pengumuman harga Freedom 251 yang berpangkalan di India ini, pelbagai spekulasi yang diterima oleh syarikat ini.

Freedom 251

Mana tidaknya, telefon pintar Freedom 251 ini bakal dijual dengan harga serendah $4 USD. Memang tidak masuk akal memikirkan harga sebiji Big Mac juga lebih mahal berbanding sebuah telefon pintar.

Syarikat Ringing Bells yang memulakan operasi dengan pengumuman harga tidak masuk akal ini sekaligus berjaya mendapat ‘free marketing’ setelah harga ditawarkan mengejutkan pelbagai pihak.

Menggunakan sentimen untuk membantu orang ramai serta mengatakan sanggup menyerap kerugian terlebih dahulu sebelum mencapai keuntungan antara yang membuatkan syarikat ini mempunyai ‘peminatnya’ yang tersendiri.

Modus operandi mereka bermula apabila syarikat ini mula membuat pra-pesanan untuk smartphone Freedom 251 keluaran mereka ini.

Mengeluarkan beberapa demo unit serta diberikan kepada beberapa individu tertentu antara yang membuatkan orang ramai mula ‘terpengaruh’ dengan penjualan smartphone ini.

Mana mungkin orang ramai tidak percaya setelah Youtuber terkenal iaitu Unbox Therapy juga antara yang berjaya mendapatkan akses awal kepada smartphone ini.

Freedom 251 Unbox Therapy

Memandangkan harganya yang rendah, dikatakan para pengguna kebanyakannya membuat tempahan lebih daripada satu smartphone setiap seorang.

Kegagalan untuk menampung kos operasi dan material untuk menghasilkan smartphone antara yang membuatkan syarikat ini menjadi kucar kacir meskipun dikatakan menerima ‘dana’ dari pelabur.

Malangnya, modus operandi mereka disahkan gagal setelah pengasas mereka ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan menipu duit pengguna.

Sebelum kejadian ini berlaku, dikatakan seorang pelanggan menerima ugutan bunuh daripada Mohit Goel selaku pengasas Ringing Bells setelah membuat aduan mengenai jumlah telefon yang diterimanya separuh daripada bayaran yang dibuat iaitu sebanyak ₹3 Juta (~RM 199,885).

Situasi yang berlaku ini mengingatkan kita mengenai skim ponzi yang telah dan sedang berlaku di negara kita.

Memberikan tawaran ‘too good to be true‘, testimoni daripada pelanggan awal serta ‘twist‘ yang dibuat antara yang membuatkan orang ramai terjerat.

Mujurlah pra-tempahan telefon ini cuma berharga $4 USD seunit.

Kerugian yang ditanggung tidaklah terlalu tinggi berbanding mereka yang terjerat dengan skim cepat kaya melibatkan puluhan juta ringgit.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

3 Punca Utama Penyakit Kurang Darah Merah (Anemia)

3 Punca Utama Penyakit Kurang Darah Merah (Anemia)

Anemia atau kurang darah merah merupakan gangguan darah yang paling biasa, puncanya adalah pelbagai dan bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan kesan utama akibat kekurangan sel darah merah.

Punca Kurang Darah

Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia.

Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasanya dialami oleh golongan wanita.

3 Punca Utama Penyakit Kurang Darah Merah (Anemia, Kekurangan Zat Besi)
  1. Kehilangan darah disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus, atau fibroid rahim.
  2. Diet yang tidak seimbang dan ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan boleh mengganggu penyerapan zat besi.
  3. Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.

Simptom Dan Tanda Kurang Darah

Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang dan simptomnya tidak jelas. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk.

Anemia yang teruk akan menyebabkan degupan jantung menjadi laju dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.

Kulit dan selaput mukosa yang pucat biasanya menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), namun bukan merupakan tanda yang pasti.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Anemia?

Anda berisiko tinggi mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut:
  • Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan.
  • Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi.
  • Bayi, kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat.
  • Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi.
  • Individu yang mempunyai penyakit radang perut atau pesakit kanser kolon.
  • Ibu yang baru melahirkan anak.
  • Pesakit yang baru menjalani pembedahan.

Penyakit kurang darah merah atau anema kekurangan zat besi perlu dirawat dengan segera.

Jika penyakit anemia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh bertukar menjadi serius dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan termasuk.

Masalah timbul jika dibiarkan seperti:
  • Denyutan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Masalah kesihatan semasa mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kelahiran bayi kurang berat.
  • Melambatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Hemofilia, Jenis, Punca Dan Kaedah Rawatannya

sumber: khasiataloevera

Kepentingan Harta Intelek dan Hak Cipta Dalam Bisnes

Kepentingan Harta Intelek dan Hak Cipta Dalam Bisnes

Kreativiti dan inovasi tercipta hasil dari pemikiran dan daya intelektual seseorang. Kreativiti dan inovasi bermula dengan cetusan idea. Kemudian diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan perlaksanaan.

Harta Intelek

Kreativiti dan inovasi dalam perniagaan wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya mencipta sesuatu produk yang memberi kemudahan kepada orang ramai, mencipta jenama produk yang berkualiti dan menghasilkan rekaan-rekaan baru bagi produk yang telah sedia ada di pasaran bagi menarik perhatian pelanggan.

Hasil kreativiti dan inovasi yang memberi keuntungan kepada syarikat akan bertukar menjadi aset. Seterusnya menjadi harta yang cukup bernilai kepada sesuatu perniagaan.

Harta hasil daripada kreativiti dan inovasi ini adalah harta dalam bentuk yang tidak ketara. Tidak ketara bermaksud harta yang tidak boleh dilihat dan disentuh secara zahir.

Harta ini berbeza dengan harta ketara seperti rumah, tanah dan wang yang boleh dilihat dan disentuh secara zahir.

Namun, fungsi harta tetap sama. Ia mempunyai nilai dan boleh diperdagangkan. Ia boleh dimiliki dan dijual di dalam pelbagai bentuk transaksi.

Harta Tidak Ketara – Harta Intelek

Harta tidak ketara ini juga dikenali sebagai harta intelek. Harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti atau ciptaan yang datang daripada daya intelektual atau minda seseorang.

Pemilik harta intelek diberi hak eksklusif serta perlindungan terhadap harta intelek hasil ciptaannya, oleh undang-undang harta intelek.

Hak eksklusif bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain.

Ancaman termasuklah ancaman cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran dan sebagainya.

Dalam undang-undang harta intelek, pemilik harta intelek diberi hak-hak eksklusif terhadap pelbagai jenis harta tidak ketara seperti muzik, penulisan, lukisan, penemuan dan ciptaan, perkataan, simbol dan reka bentuk.

Di antara jenis-jenis harta intelek yang biasa dikenali ialah paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hak cipta.

Ramai di antara kita mungkin biasa dengan istilah-istilah seperti paten, cap dagangan dan hak cipta, namun tidak ramai yang mengetahui apakah maksud di sebalik istilah-istilah ini dan perbezaannya.

Paten – Ciptaan Baru atau Inovasi Produk

Secara umumnya, paten merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi terhadap produk sedia ada. Jika kita telah merekacipta sesuatu ciptaan baru atau teknologi yang masih belum wujud di dunia ini, maka ciptaan ini boleh dilindungi di bawah paten dan setiap perlindungan paten sah untuk tempoh 20 tahun.

Perlindungan paten bermaksud pemilik paten tersebut boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang paten, sekiranya paten miliknya ditiru atau disalahguna oleh pihak lain.

Cap dagangan atau ‘trade mark’ di dalam Bahasa Inggeris merujuk pada satu tanda yang dapat membezakan antara barangan atau perkhidmatan, yang ditawarkan oleh pemiliknya dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik lain.

Cap dagangan merangkumi perkataan, huruf, nombor, nama, tandatangan, logo dan kombinasi antaranya. Contoh cap dagangan yang popular ialah seperti McDonald, Coca Cola, Proton dan sebagainya.

Pendaftaran cap dagangan membolehkan pemiliknya mendapat perlindungan selama 10 tahun dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.

Reka bentuk perindustrian merujuk kepada penampilan bentuk, corak atau ukiran sesuatu produk. Reka bentuk perindustrian merangkumi bentuk 3 dimensi pada bentuk, atau permukaan sesuatu objek. Serta bentuk 2 dimensi seperti corak dan garisan atau warna.

Antara contoh reka bentuk perindustrian ialah reka bentuk kereta, corak pada permaidani dan ukiran pada produk berasaskan kayu.

Pendaftaran reka bentuk perindustrian membolehkan pemiliknya mendapat perlindungan selama 15 tahun.

Hakcipta – Hak Eksklusif Bagi Pencipta Karya

Hakcipta adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Di Malaysia, tiada sebarang pendaftaran diperlukan bagi mendapatkan perlindungan.

Ini kerana perlindungan diperoleh secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya diterjemahkan di dalam sebarang bentuk seperti penulisan, persembahan dan sebagainya.

Contoh hasil kerja yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta ialah:
  • Karya sastera
  • Karya muzik
  • Karya seni
  • Filem
  • Rakaman bunyi
  • Siaran (broadcast)
  • Karya terbitan

Daripada segi perlindungan, bagi karya sastera, seni dan muzik tempoh perlindungan adalah semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya.

Bagi karya rakaman bunyi, filem dan siaran, perlindungan adalah selama 50 tahun selepas tarikh ia diterbitkan.

Pendaftaran dan pentadbiran harta intelek di Malaysia dikendalikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagi urusan pendaftaran paten, cap dagangan dan rekabentuk perindustrian, pihak MyIPO telah melantik ejen-ejen bertauliah bagi mengendalikan pendaftaran pihak pemilik harta intelek.

Tugas ejen-ejen ini adalah memberi khidmat nasihat daripada segi teknikal dan prosedur perundangan berkenaan pendaftaran dan perlindungan harta intelek.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Ciptaan Terhebat Umat Islam Yang Mengubah Dunia!

sumber: majalahniaga

Ketahui Punca Leher Atau Kelenjer Anak Bengkak Dan Rawatannya

Ketahui Punca Leher Atau Kelenjer Anak Bengkak Dan Rawatannya

As-salamua’laikum doktor. Anak saya berumur 5 tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh.

Leher anak bengkak

Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital dan sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi.

Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak.

Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak. Terima kasih

Jawapan

Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan juga bimbang dengan keadaan anak puan. Saya doakan agar anak puan diberikan kekuatan oleh ALLAH agar terus berada dalam keadaan sihat.

Cuma saya agak bertanya-tanya adakah anak puan pernah mengalami demam ketika bengkakan kelenjar terjadi? Bagaimana dengan keadaan anak puan, adakah beliau kelihatan lemah dan tidak berselera untuk makan?

Untuk pengetahuan puan, bengkakan kelenjar selalu berlaku apabila saiz kelenjar pada leher, ketiak dan kelengkang lebih besar berbandingkan dengan kelenjar di sebelah yang satu lagi.

Sebagai contoh kelenjar di kelengkang sebelah kanan dapat dirasakan dengan jelas jika dibandingkan dengan kelenjar di sebefine needle apiration, trucut biopsy, lah kiri yang agak lebih kecil.

Kelenjar berfungsi sebagai ‘penapis’ bagi jangkitan kuman bakteria dan virus bagi menghalang kemasukkan kuman-kuman ke dalam tubuh. Jadi perjalanan kuman dapat dihentikan setakat itu saja, apabila kelenjar membesar.

Ia ibarat pusat pemeriksaan polis di sekatan jalanraya untuk ‘menapis’ dan menahan penjenayah yang merbahaya kepada negara.

Kelenjar pada leher bertugas menapis kuman dalam saluran lymphatic pada bahaguan leher dan kepala sementara kelenjar di kelengkang akan menapis kuman pada bahagian kaki dan bahagian bawah abdomen.

Contohnya jika seorang kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pada tekak, tonsillitis, maka terdapat banyak bengkakan kelenjar di sekitar leher.

Saiz kelenjar yang normal normal adalah kurang ½ inci atau 12 mm iaitu saiz sebiji kacang merah.

Kelenjar yang membengkak di kalangan kanak-kanak, tidak bermakna mereka dalam keadaan sakit atau tidak sihat. Jadi bengkakan kelenjar boleh jadi tidak merbahaya atau ia juga boleh menjadi satu petanda penyakit yang lebih bahaya, seperti kanser dan leukemia.

Bagi kes-kes yang tidak merbahaya, bengkakan kelenjar boleh saja disebabkan apabila kanak-kanak itu mengalami kelenjar apabila mengalami luka, lelasan (scratches), sengatan semut dan pelbagai sebab lagi yang melibatkan kulit.

Bengkakan kelenjar ini boleh membengkak sehingga beberapa sentimeter diameter ketika berlakunya jangkitan kuman. Ia terus membengkak berterusan sehingga sebulan setelah jangkitan kuman dipulihkan.

Bengkakan kelenjar disebabkan oleh virus selalunya berukur antara ½ hingga 1 inci atau 12–25 mm.

Sementara bengkakan kelenjar yang disebabkan oleh bakteria membesar melebihi 1 inci atau 25 mm.

Namun begitu, ukuran ini tidak semestinya betul setiap masa. Doktor yang memeriksa akan memberikan diagnosa sama ada kelenjar itu merbahaya atau tidak.

Kelenjar pada bahagian leher selalu lebih mudah mem bengkak berbandingkan dengan kelenjar di bahagian lain kerana mudah mendapat jangkitan pada saluran pernafasan, terutama kanak-kanak.

Bengkakan kelenjar tidak berjangkita dan merbahaya kepada orang di sekeliling, tetapi penyakit berjangkit yang menyebabkan bengkakan itu yang boleh merebak dan menyebabkan bengkakan kelenjar pada orang lain.

Oleh itu begitu boleh membawa anak untuk pemeriksaan doktor jika:
  1. Tidak pasti punca bengkakan kelenjar
  2. Saiz kelenjar membesar melebihi 3cm
  3. Kelenjar itu mengganggu pernafasan dan sukar menelan makanan
  4. Rasa sakit apabila kenjar yang bengkak itu dipegang
  5. Kanak-kanak itu kelihatan tidak sihat dan tidak aktif
  6. Bengkakan kelenjar bersama dengan demam yang tinggi, melebihi 104° F (40° C) dan tidak pulih setelah dua hari diberikan ubat demam.
  7. Bengkakan kelenjar telah menjadi bisul dan bernanah.

Doktor selalunya akan melakukan pemeriksaan darah dan mengambil contoh tisu kelenjar yang bengkak itu dengan cara fine needle aspiration atau tru-cut biopsy supaya contoh tisu itu dapat dikaji bagi menentukan sama ada bengkakan kelenjar itu disebabkan oleh penyakit yang lebih merbahaya atau tidak.

Rawatan yang akan diberikan bergantung kepada punca bengkakan kelenjar itu.

Jika ia disebabkan oleh kuman bakteria, doctor akan memberikan rawatan antibiotic. Jika ia hanya jangkitan virus, maka rawatan antibiotic tidak diperlukan.

Ada kalanya bengkakan kelenjar ini akan hilang sendiri, kerana antibodi dalam tubuh kita berjaya membunuh kuman secara berkesan.

Dalam keadaan lain pula, kelenjar boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan ia membesar, menjadi sakit, merah dan menjadi nanah.

Dalam hal ini perlu rawatan antibiotic dan nanah harus dikeluarkan.

Bagi kelenjar yang disebabkan oleh kanser, leukemia atau lymphoma, rawatan yang lebih agresif akan diberikan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Mengelak Sembelit Pada Kanak-kanak

sumber: drzubaidi

Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia, World Intellectual Property Day

Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia, World Intellectual Property Day

Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia, World Intellectual Property Day disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.

World Intellectual Property Day

Sambutan Hari Intelek Sedunia ini telah dianjurkan oleh pertubuhan World Intellectual Property Organization (WIPO) bermula pada tahun 2000.

Tarikh 26 April dipilih kerana ianya bertepatan dengan tarikh Penubuhan Konvensyen Pertubuhan Harta Intelek Dunia yang mula berkuatkuasa pada tahun 1970.

Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan paten di Asia, China, Korea Selatan dan Jepun adalah negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai negara yang paling banyak menfailkan paten.

Untuk negara seperti Malaysia, terdapat penambahan 70% jumlah paten yang difailkan pada peringkat antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007.

Sejarah Harta Intelek Dunia

Kegunaan moden bagi istilah hak milik intelektual bermula seawal 1867 dengan penubuhan Persekutuan Jerman Utara yang perlembagaannya memberikan kuasa legislative bagi perlindungan hak milik intelektual (Schutz des geistigen Eigentums) kepada persekutuan.

Apabila setiausaha pentadbiran diwujudkan melalui Persidangan Paris bagi Perlindungan Hakmilik Industri (1883) dan Persidangan Berne bagi Perlindungan Hasil Kesusteraan dan Artistik (1886) digabung pada tahun 1893, ia terletak di Berne dan turut menerima pakai istilah hak milik intelektual dalam nama gabungan baru, United International Bureaux bagi Perlindungan Hak milik Intelektual.

Organisasi tersebut kemudiannya dipindahkan ke Geneva pada tahun 1960 dan diganti pada tahun 1967 dengan penubuhan Organisasi Hakmilik Intelektual Dunia/World Intellectual Property Organization (WIPO) melalui “Convention Establishing the World Intellectual Property Organization” sebagai agensi Bangsa-bangsa Bersatu.

Hanya pada masa ini istilah tersebut mula digunakan di Amerika Syarikat (yang bukan merupakan anggota Persidangan Berne) dan tidak popular sehingga perenggan dalam Akta Bayh-Dole pada tahun 1980.

"Sejarah paten tidak bermula dengan ciptaan, tetapi sebaliknya dengan anugerah diraja oleh Queen Elizabeth I (1558-1603) bagi keistimewaan monopoli.

Bagaimanapun, sekitar 200 tahun selepas berakhirnya pemerintahan Elizabeth, patent mewakili hak perundangan yang didapati oleh pencipta bagi memberikan kawalan ekslusif ke atas pengeluaran dan jualan ciptaan saintifik atau mekanikal, menggambarkan evolusi paten dari hak diraja kepada doktrin undang-undang awam.

Pada tahun 1818 dalam himpunan penulisannya, ahli teori liberal Perancis, Benjamin Constant, menentang idea “hak milik” yang baru diperkenalkan yang dikenali sebagai intelektual."

Istilah hak milik intelektual mula digunakan pada keputusan Massachusetts Circuit Court Oktober 1845 dalam kes paten Davoll et al. v. Brown., dalam mana Hakim Charles L. Woodbury menulis bahawa "hanya dengan cara ini kita boleh melindungi hak milik intelektual, usaha buah fikiran, pengeluaran dan kepentingan adalah milik seseorang, seperti gandum yang dia semai atau ternakan yang digembalanya.

Kenyataan bahawa "jumpaan adalah hak milik" wujud lebih awal lagi.

Seksyen 1 dalam perundangan Perancis 1791 menyatakan, "Semua jumpaan baru merupakan hak milik pengarang; bagi menjamin pencipta hak milik dan nikmat sementara jumpaannya, yang akan diberikan padanya paten bagi lima, sepuluh atau lima belas tahun."

Di Eropah, pengarang Perancis A. Nion mennulis propriété intellectuelle dalam Droits civils des auteurs, artistes et inventeurs, diterbitkan pada 1846.

Tujuan dan Maksud Pemilikan Harta Intelek

Sehingga masa kini, tujuan undang-undang hak milik intelektual adalah bagi memberikan perlindungan sedikit mungkin agar menggalakkan ciptaan.

Dengan itu, dalam sejarah, ia hanya diberikan hanya apabila ia perlu bagi menggalakkan penciptaan, dalam tempoh dan ruang yang terhad.

Asal konsep ini boleh dijejak lebih lama lagi. Undang-undang Yahudi dari segi beberapa pertimbangan yang kesannya adalah sama dengan undang-undang intelek moden, sungguhpun konsep ciptaan intelek sebagai harta tidak kelihatan wujud – terutamanya prinsip Hasagat Ge'vul (unfair encroachment) digunakan bagi menghadkan hak cipta penerbitan tempoh terhad (tetapi bukan bagi pengarang) pada kurun ke-16.

Pada masa kini, terutamanya di Amerika Syarikat, matlamat perundangan intelektual dan mereka yang menyokongnya adalah "perlindungan mutlak ".

"Pemikirannya adalah sekiranya sebahagian harta intelektual diingini kerana ia menggalakkan penciptaan, lebih banyak lebih baik. Tanggapannya adalah pencipta tidak akan mempunyai dorongan bagi mencipta kecuali mereka secara sah berhak mendapatkan nilai social penuh bagi ciptaan mereka."

Perlindungan mutlak atau pandangan nilai penuh melihat harta intelek sebagai satu lagi jenis harta 'sebenar', biasanya mengambil perundangan dan retoriknya.

Dorongan Kewangan

Hak ekslusif ini membenarkan pemilik harta intelek bagi mendapatkan keuntungan dari harta yang mereka cipta, memberikan dorongan kewangan bagi ciptaan dalam harta intelektual, dan dalam kes paten, membayar kos penyelidikan dan pembangunan.

Sesetengah pengulas, seperti David Levine dan Michele Boldrin, mempertikai justifikasi ini.

Tema Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia
  • 2001 – Creating the Future Today
  • 2002 – Encouraging Creativity
  • 2003 – Make Intellectual Property Your Business
  • 2004 – Encouraging Creativity
  • 2005 – Think, Imagine, Create
  • 2006 – It Starts With An Idea
  • 2007 – Encouraging Creativity
  • 2008 – Celebrating innovation and promoting respect for intellectual property[5]
  • 2009 – Green Innovation[6]
  • 2010 – Innovation – Linking the World[7]
  • 2011 – Designing the Future[8]
  • 2012 – Visionary Innovators[9]
  • 2013 – Creativity - The Next Generation[10]
  • 2014 – Movies – a Global Passion[11]
  • 2015 – Get Up, Stand Up. For Music.[12]
  • 2016 – Digital Creativity: Culture Reimagined.[13]
  • 2017 - Innovation - Improving Lives

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nikola Tesla, Saintis Hebat Yang Dilupakan Dunia!

sumber: wikipedia