Monday, April 24, 2017

Sejarah Sandakan Death Marches, Kawad Maut Sandakan


Kawad Maut Sandakan (ejaan lama kawat) adalah kejadian paling buruk diketahui telah menimpa tentera Australia dan British semasa menjadi tawanan Perang Dunia Kedua, dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam dan tahanan perang pihak Berikat.

Kawat Maut Sandakan

Semua tawanan ini ditahan oleh tentera Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara.

Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.

Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina lapangan terbang di Sandakan.

Seperti pembinaan landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan muncung senjata diacukan kepada mereka.

Tawanan juga sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubat-ubatan yang mencukupi.

Tawanan terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

24 Oktober 1945
24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan.

Beberapa bulan selepas kem tahanan ditinggal dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, tidak banyak yang tinggal di kem yang dibakar itu.

Kubur mengandungi mayat 300 tahanan perang Australia dan British dijumpai, dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua ke Ranau.

Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam sesetengah kes sehingga 10 mayat.

Pada awal tahun 1945, apabila Pihak Berikat semakin hampir mencapai kemenangan, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).

Sebahagian besar tahanan Australia dan Indonesia telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat.

Sandakan_Memorial_Park
Sandakan Memorial Park.

Dalam perjalanan tersebut, lebih 1,000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit.

Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau dan Taman Peringatan, Petagas.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon