Monday, April 24, 2017

Sambutan ANZAC Day

Sambutan Hari ANZAC (ANZAC Day) disambut pada setiap 25 April setiap tahun bagi memperingati perjuangan anggota tentera gabungan Australia dan New Zealand ketika Perang Dunia Pertama khususnya pertempuran di Gallipoli, Turki.

ANZAC Day

ANZAC adalah singkatan kepada Australian and New Zealand Army Corps dan disambut dengan penuh meriah di seluruh Australia.

Acara sambutan ANZAC Day bermula pada awal pagi, ketika terbitnya fajar di ufuk timur, dalam kesejukan pagi di musim luruh, sekitar 15 darjah Celcius, dimana bekas anggota tentera veteran yang telah pun lanjut usia berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan.

Ledakan beberapa das meriam dilepaskan, diikuti tiupan trompet dan nyanyian lagu tentera, merupakan saat yang amat memilukan bagi veteran tentera ketika mengimbas nostalgia di medan perang, apabila ramai rakan-rakan seperjuangan yang terkorban di hadapan mata.

Seterusnya, mereka menyertai perarakan melintasi para penonton yang berkerumun di kiri kanan jalan. Dalam susuk tubuh tua, jelas terpancar rona wajah penuh bangga membalas lambaian para pengunjung.

Di dada mereka tersemat pingat-pingat berjuntaian, bukti keperwiraan, perasaan bangga, anak-cucu bangga, malah setiap rakyat Australia merasa amat bangga. Merekalah wira, merekalah pahlawan. Jasa mereka tetap dikenang.

Mereka bergerak secara berkumpulan, mengikut batalion, regimen, divisyen, berdasarkan operasi dan negara yang dihantar ketika itu.

Menariknya, nama Borneo, Malaya, Miri, Labuan dan Muar adalah antara yang kerap dipaparkan di kain rentang yang diarak bersama.

Mereka pernah bertugas di negara kita di era sebelum Merdeka, membantu tentera penjajah British, kerana ketika itu Australia di bawah naungan Britain sehinggalah kini masih beratukan Queen Elizabeth II dan pemerintah Britain.

Bukan isu penjajahan yang ingin diungkitkan tetapi sikap ambil berat kerajaan terhadap anggota tentera veteran mereka.

Sedikit sejarah pertempuran di Gallipoli

Pada tahun 1915, tentera gabungan Australia dan New Zealand telah dikerahkan ke Gallipoli di bawah arahan British untuk menawan Turki yang menyokong Jerman.

25 April ialah tarikh pendaratan besar-besaran tentera ANZAC di Gallipoli dan menerima tentangan hebat daripada tentera Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Attarturk.

Dalam pertempuran tersebut, lebih 10,000 tentera ANZAC terkorban atau cedera. Angka tersebut menjadi catatan sejarah bagi negara Australia sebagai angka korban paling besar.

Oleh itu, 25 April dipilih bagi memperingati semangat juang anggota tentera mereka.

Sekarang, ANZAC Day bukan saja di sambut untuk mengenang kembali pertempuran di Gallipoli tetapi sudah menjadi acara bagi menghargai pengorbanan semua anggota tentera dari zaman Perang Dunia Pertama hinggalah ke Perang Dunia Kedua.

Mungkin ramai yang tidak tahu penglibatan tentera Australia di Malaya ketika Perang Dunia Kedua dan semasa insurgensi melawan Komunis.

Ramai anggota tentera Australia yang terkorban ketika bertempur semasa Perang Dunia Kedua di Malaya.

Ada juga yang dijadikan tawanan perang dan kemudiannya mati ketika Sandakan Death Marches.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

sumber: ahmadijat

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...