Thursday, October 27, 2016

3 Bahan Yang Mampu Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Satu Minggu

Loading...

Ada orang badan kurus tetapi perut buncit. Ini akan merosakkan penampilan dan buat anda rasa tidak yakin diri. Macam mana nak hilangkan masalah perut buncit ini?

Kempiskan Perut Buncit

Anda boleh cuba petua 'ajaib' dan mudah ini, cukup berkesan untuk menghilangkan perut buncit seawal satu minggu dan boleh mengurangkan selera makan.

Bahan-bahannya:
  • Sebiji Lemon
  • Halia, 2 atau 3 inci
  • Air 1.5 liter

Seeloknya buat pada waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.

Cara penyediaan:

1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang sudah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk.


2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.

Kempiskan Perut Buncit

3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.

Kempiskan Perut Buncit

4. Padamkan api dan tutup habis periuk. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.

Cara minum

Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat.

Minum sedikit dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.

Semoga memberi manfaat..

BACA INI JUGA: Bahaya Makanan Ringan Kepada Tubuh

Sumber: MW

1 comments so far

Satu tips tambahan adalah dengan memperbanyakkan minum air masak sekurangnya 8 gelas sehari. Nampak simple kan, tapi ramai orang yang nak kempiskan perut buncit tertinggal tips ini. :) Jom amalkan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon