Tuesday, April 25, 2017

Paddy Doyle Manusia Luar Biasa Paling Cergas Di Dunia!


Paddy Doyle telah disenaraikan sebagai individu luar biasa apabila berjaya memegang lebih daripada 300 rekod dalam aktivit kecergasan dan ketahanan fizikal.

Paddy Doyle

Malah, senarai rekod tersebut telah pun menjadi viral dengan 'Record Holders Republic' merupakan salah satu sumber yang mempamerkan senarai penuh rekod pencapaiannya.

Antara prestasi luar biasa Paddy Doyleialah menjadi juara di dalam rekod 'World Road Speed March' pada tahun 2015 di Solihull, UK.

Pencapaian tersebut adalah kerana kemampuan Paddy berlari maraton dengan membawa beban seberat 54 kilogram pada jarak 10 kilometer.

Sangat menakjubkan kerana dia hanya mengambil masa selama 1 jam 46 minit dan 31 saat untuk menamatkan acara.

Catatan tersebut sekaligus menjadi masa paling pantas diantara semua peserta yang bertanding.

Rekod luar biasanya yang seterusnya berjaya dibuktikan menerusi acara basikal gunung dengan berbasikal sejauh 20 kilometer sambil memikul beban seberat 18 kilogram dalam tempoh 1 jam 26 minit dan 16 saat.

Lebih menarik, sebanyak 20 pencapaian luar biasa Paddy telah dipilih sebagai rekod terbaik dunia dan tercatat di dalam 'Guiness World Records'.

Paddy Doyle juga mampu melakukan tekan tubi dengan rekod sebanyak 1,868 kali dalam masa satu jam hanya dengan sebelah tangan!

Namanya tercatat sebagai pemegang rekod tersebut pada November 1993.

Paddy Doyle juga mampu melakukan tekan tubi menggunakan belakang tapak tangan dengan catatan sebanyak 1,940 kali.

Terdapat pelbagai lagi aktiviti lasak lain yang pernah dilakukan sehingga mencapai rekod dunia.

Maka, tidak hairanlah apabila Paddy Doyle dianugerahkan sebagai Juara Rekod Dunia 2015-2016.

BACA INI JUGA: Putu Suartawan Manusia Luarbiasa Yang Tahan Kepedasan Cili

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon