Wednesday, March 04, 2020

Maksud Mimpi Melihat Haiwan

Maksud Mimpi Melihat Haiwan

Haiwan biasanya diletakkan di kedudukan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan manusia, walau bagaimanapun kita disaran agar sentiasa memperlakukan haiwan dengan belas kasihan dan tidak menganiaya mereka.

Mimpi Melihat Haiwan

Namun, apabila berada di alam tidur, apakah maksudnya jika kita bermimpi tentang haiwan?

Berikut adalah tafsir mimpi melihat binatang di dalam mimpi:

Mimpi Anjing
  • Mimpi melihat anjing berkelahi; anda akan berdamai dengan seorang teman.
  • Bermimpi melihat anjing atau memelihara anjing atau memegang anjing; akan bahagia.

Mimpi Angsa
  • Bermimpi mendengar angsa berbunyi; akan menerima nasihat-nasihat yang baik.

Mimpi Arnab
  • Mimpi melihat kelinci; Anda akan mengalami kehidupan yang senang dan bahagia dalam perkawinan.

Mimpi Ayam
  • Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung; anda akan beroleh orang gaji yang baik.
  • Jika bermimpi bermain telur ayam; menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat.
  • Mimpi memelihara anak ayam; akan mendapat kesusahan.
  • Mimpi memberi makan ayam; akan mendapat seorang anak.
  • Bermimpi makan telur ayam, pisang atau minyak; alamatnya akan memperoleh keuntungan.
  • Jika bermimpi mengejar ayam; alamatnya akan memperolehi anak lelaki atau perempuan, juga boleh diertikan sebagai pembantu atau akan dikunjungi saudara yang lama tak berjumpa.
  • Jika bermimpi menyembelih ayam dan makan dagingnya; akan memperolehi kebaikan dari sesama manusia.
  • Mimpi menyembelih ayam yang banyak jumlahnya; akan menjadi orang dihormati atau mulia.
  • Jika bermimpi memperolehi ayam jantan; akan mempunyai anak lelaki dan jika ayam betina akan memperolehi anak perempuan.
  • Bermimpi kehilangan ayam, dicuri atau disembelih orang; akan kehilangan anak atau cucu meninggal atau saudara yang lain.
  • Jika bermimpi melihat ayam betina tetapi tiba-tiba berubah menjadi ayam jantan; alamatnya anda akan mempunyai anak lelaki yang baik.

Mimpi Babi
  • Jika bermimpi melihat babi atau anaknya; menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk.
  • Mimpi menyembelih seekor babi; akan mendapat keuntungan.
  • Jika bermimpi membunuh babi; anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  • Bermimpi tentang babi hutan, alamat akan memperoleh kebaikan dari orang lain.

Mimpi Beruang
  • Mimpi dikejar beruang, anda akan mendapat kesusahan dari seseorang.

Mimpi Buaya
  • Melihat buaya dalam mimpi adalah simbolik kepada polis, Buaya di dalam laut merujuk kepada seseorang yang tidak boleh dipercayai, samada dianya kawan atau lawan.
  • Melihat buaya, juga adalah merujuk kepada peniaga yang zalim dan tidak boleh dipercaya.
  • Sesiapa yang bermimpi melihat buaya menariknya ke dalam air dan membunuhnya, sesungguhnya dia akan ditangkap polis yang akan mengambil hartanya dan membunuhnya. Sekiranya dia selamat daripadanya, maka dia terselamat.
  • Melihat buaya dalam mimpi juga merujuk kepada kebiadaban, dosa, perompak, pendapatan yang tidak menepati syarak, ketakutan dan tekanan. Ia juga bermaksud meninggalnya seseorang, digambarkan dengan keadaannya yang lemas.
  • Melihat buaya di laut, menandakan keburukan dan melihatnya di daratan menunjukkan buaya tersebut lemah dan hina.
  • Sekiranya bermimpi buaya menarik seseorang ke dalam air di dalam mimpi, ia bermakna seseorang yang berkuasa akan memaksanya melakukan sesuatu yang dia benci.
  • Jika seseorang melihat dirinya sendiri sedang makan daging buaya, atau sekiranya seseorang melihat dirinya menarik buaya keluar daripada air, ia bermakna dia akan berjaya mengatasi musuhnya.
  • Mimpi melihat buaya masuk ke dalam rumah, akan mendapat keuntungan.
  • Mimpi melihat buaya di sungai, akan menemui bahaya.
  • Bermimpi melihat buaya, akan mendapat kecelakaan dari musuh yang tidak disangka-sangka.

Mimpi Burung
  • Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda; menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia.
  • Bermimpi mencari burung; alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.
  • Sekiranya anda bermimpi burung Merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya; menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.
  • Mimpi melihat burung merak; Akan mendapat pertolongan seseorang yang budiman.
  • Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain; menandakan anda akan berduka cita.
  • Mimpi melihat burung sedang terbang; Akan memperoleh kehidupan yang menyenangkan.
  • Mimpi memegang burung dara; Akan mendapat sebuah berita.
  • Mimpi melihat burung gereja; Akan mendapat jalan untuk melakukan sesuatu usaha.
  • Bermimpi burung putih datang ke rumah; menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.
  • Bermimpi mendapat burung; akan mendapat suami/isteri (jika belum berkahwin).

Mimpi Cengkerik
  • Mimpi memegang cengkerik; Anda akan dikurniakan anak yang kurang baik.
  • Mimpi Gagak
  • Bermimpi didatangi burung gagak di rumah; akan didatangi harta.

Mimpi Gajah
  • Bermimpi naik gajah; anda akan dimuliakan orang dengan kebesaran.
  • Jika bermimpi membunuh gajah; anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  • Jika bermimpi melihat gajah berjuang; alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  • Mimpi melihat seekor gajah; akan mendapat pujian dari orang lain.
  • Mimpi melihat gajah masuk ke dalam rumah; akan mendapat kenaikan pangkat.
  • Mimpi melihat gajah keluar dari rumah; akan mendapat seorang tamu yang terhormat.

Mimpi Harimau
  • Jika bermimpi harimau datang kepada anda; alamatnya anda akan memperoleh kehinaan.
  • Sekiranya bermimpi ditangkap harimau; alamatnya anda akan diperdayakan orang.
  • Mimpi dikejar harimau; Akan mandapat seorang pendamping yang setia.
  • Mimpi melihat harimau masuk ke dalam rumah; Akan memperoleh kesusahan.
  • Barangsiapa yang melihat harimau dalam mimpinya, hendaklah dia beristighfar kepada Allah atas dosa-dosanya. Dalilnya adalah ia melambangkan raja-raja Parsi yang bertakwa. Harimau itu juga melambangkan kegagahan dan manusia ketakutan yang amat sangat kepadanya.
  • Mimpi melihat harimau juga melambangkan, seorang yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam pelbagai bidang.

Mimpi Ikan
  • Bermimpi memukat ikan; alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
  • Mimpi memancing ikan; akan mendapatkan rezeki yang tidak terduga.
  • Mimpi melihat seekor ikan berenang di air; Akan mendapat suatu pekerjaan yang diharap-harapkan.
  • Mimpi melihat seekor ikan yang boleh terbang; Akan mengalami kemerosotan dalam pekerjaan atau usaha.

Mimpi Itik
  • Mimpi melihat seekor itik; akan mendapat ketenangan jiwa.

Mimpi Katak
  • Mimpi melihat katak; anda akan mendapat keuntungan.

Mimpi Kambing
  • Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak; menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  • Mimpi melihat kambing; Akan mendapat keuntungan, kesihatan yang baik dan keluarga yang disayangi.
  • Mimpi memakan daging kambing; Akan mendapat harta benda yang banyak.
  • Jika bermimpi memberi makan kepada anak kambing atau domba atau biri-biri; Anda akan beruntung sebab anak-anak anda akan memperolehi kehidupan yang sempurna.
  • Jika bermimpi melihat anak domba atau kambing atau biri-biri bermain-main; Kehidupan rumah tangga anda akan bahagia sepenuhnya.

Mimpi Keldai
  • Mimpi membeli seekor keledai; Anda tidak dapat menyelesaikan suatu masalah.
  • Mimpi menaiki seekor keledai; Anda akan mengalami masalah dalam sebarang usaha.

Mimpi Kelawar
  • Mimpi melihat seekor kelawar; Anda akan mengalami masalah kewangan.
  • Sering bermimpi tentang kelawar, menunjukkan jin yang dikirim untuk perbuatan sihir.

Mimpi Kera
  • Mimpi digigit seekor kera; Anda akan dibayangi kegelisahan.
  • Mimpi melihat seekor kera; Anda akan diganggu oleh orang yang merasa tidak senang.

Mimpi Kijang
  • Mimpi dikejar oleh kijang; Akan mendapat simpati dari ramai orang.

Mimpi Kucing
  • Mimpi dicakar kucing; Akan menjadi sasaran fitnah dan umpatan yang datang dari orang-orang bodoh.
  • Mimpi kucing hitam, ini menunjukkan adanya jin yang ingin mengganggu.

Mimpi Kuda
  • Sekiranya bermimpi menunggang kuda atau unta; anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  • Mimpi melihat kuda yang melompat; anda akan bebas dari belenggu ketakutan.
  • Mimpi memelihara kuda di dalam rumah; anda akan mendapat seorang anak yang sangat baik.

Mimpi Kutu
  • Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian; menandakan anda akan mendapat bencana.

Mimpi Kupu-kupu
  • Mimpi melihat seekor kupu-kupu; Anda akan mendapat kebahagiaan atau kehadiran tetamu dari jauh.

Mimpi Labah-labah
  • Mimpi digigit seekor labah-labah; Anda harus berhati-hati dalam membelanjakan wang.
  • Mimpi melihat labah-labah; Anda akan mengalami banyak dugaan.

Mimpi Lalat
  • Mimpi melihat banyak lalat berterbangan; anda akan dihargai dan dihormati ramai orang.
  • Mimpi dikerumuni banyak lalat; anda akan mengalami gangguan dalam hidup.
  • Mimpi membunuh lalat; anda akan mendapat kesenangan.

Mimpi Lebah
  • Bermimpi melihat lebah mati; maknanya nasib akan buruk.
  • Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga; Menandakan anda akan dimuliakan orang.
  • Mimpi disengat lebah; Anda akan membalas kebaikan orang tua.
  • Mimpi melihat sekelompok lebah; Anda akan mencapai kejayaan dalam pekerjaan.

Mimpi Lembu
  • Mimpi menyembelih seekor lembu; Akan mendapat keuntungan yang tidak terduga.
  • Mimpi melihat lembu masuk ke dalam rumah; Akan mendapat rezeki yang banyak.
  • Bermimpi melihat lembu; akan mendapat kebahagian dalam hidup tanpa halangan.
  • Mimpi menunggang lembu, ini merupakan sebuah petanda baik bahawa anda akan mendapat suatu keuntungan atau kejayaan dalam hidup tidak lama lagi.
  • Mimpi dikejar lembu, maka hal ini merupakan sebuah petanda baik bahawa anda akan mendapat rezeki berlimpah yang tidak disangka-sangka.
  • Mimpi membajak sawah dengan lembu, maka ini merupakan satu petanda baik bahawa anda akan mendapat khabar yang membahagiakan sekali kerana anda akan mendapat anak.
  • Mimpi melihat bangkai lembu, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi kerugian dalam ekonomi atau hilang pekerjaan.
  • Mimpi melihat lembu sihat, maka hal ini merupakan petanda baik bahawa anda akan mendapat suatu kesejahteraan atau kemakmuran dalam hidupmu kerana memiliki pekerjaan atau usaha yang baik.
  • Mimpi melihat lembu sakit, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi keburukan dimasa yang akan datang kerana kehidupanmu penuh dengan kegagalan, dan mungkin juga tentang pekerjaan, kekasih atau usaha.
  • Mimpi melihat lembu kurus, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi kesulitan dalam hidup dan tidak mampu menyelesaikannya sendirian kerana kelemahanmu dan anda memerlukan bantuan dari orang lain.
  • Mimpi mengembala gerombolan lembu, maka hal ini merupakan sebuah petanda buruk bahawa anda akan menghadapi sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kerana ramainya orang yang iri hati atas kejayaanmu dan ingin merosakkannya.

Mimpi Lipan
  • Mimpi melihat seekor kelabang; Anda sedang diintai oleh seorang.
  • Mimpi digigit oleh seekor kelabang; Anda akan mendapat godaaan dari seseorang.

Mimpi Lintah
  • Mimpi digigit oleh lintah; Anda akan mendapat godaan dari wanita jahat.
  • Mimpi melihat seekor lintah; Anda akan mendapat godaan seorang wanita.

Mimpi Naga
  • Jika bermimpi menunggang naga; menandakan semua kehendak diperoleh.

Mimpi Nyamuk
  • Bermimpi digigit nyamuk; alamat kurang baik.

Mimpi Pelanduk/Kijang
  • Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda; alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

Mimpi Singa
  • Mimpi melihat seekor singa; Akan mendapat kedudukan tinggi.

Mimpi Tikus
  • Jika bermimpi membunuh tikus; anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  • Mimpi memegang seekor tikus/luka/mati; Akan mendapat aib atau malu.
  • Mimpi membunuh tikus; Akan mendapat keuntungan dalam usaha.

Mimpi Ular
  • Jika bermimpi dililit ular seluruh badan; menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
  • Mimpi dililit ular; Anda akan melaksanakan hajat.
  • Mimpi melihat ular yang banyak; Akan mendapat kebahagiaan yang tak terduga.
  • Mimpi dikejar ular; Ada seseorang mencintai anda.
  • Mimpi melihat ular masuk rumah; Akan didatangi tetamu yang membawa kebahagiaan.
  • Jika bermimpi dipatuk ular; akan mendapat suami atau isteri.
  • Mimpi melihat seekor ular naga; Akan mendapat keuntungan atau mendapat seorang anak yang bijaksana.
  • Mimpi dikejar seekor ular naga; Akan mendapatkan rezeki.
  • Mimpi melihat ular naga yang sedang tidur; Akan mengalami kerugian dalam usaha.

Mimpi Binatang
  • Jika anda bermimpi melihat haiwan yang mati, anda mungkin mempunyai masa yang sukar dalam kehidupan sebenar.
  • Bermimpi memandikan binatang; menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.
  • Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak; alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda.
  • Bermimpi disengat binatang bisa; menandakan anda akan mendapat kecelakaan.
  • Mimpi memelihara binatang memamah seperti lembu, kuda dan sejenisnya; Anda akan memperoleh anak yang bijaksana.
  • Bermimpi bercakap-cakap dengan haiwan; impiannya akan tercapai.
  • Mimpi mengembala haiwan yang kurus kering; Akan mengalami kesukaran rezeki, terutama bahan makanan.
  • Jika bermimpi dirinya adalah haiwan atau menyerupai haiwan; Alamat akan jatuh sakit.
  • Jikalau bermimpi menggembala haiwan; Segala yang dicita-citakan akan terkabul, jika dijalankan dengan sempurna dan jujur.
  • Jika bermimpi melihat bermacam-macam haiwan; Anda akan diajak bekerja keras, tetapi akhirnya akan menemui kejayaan dan kepuasan hati.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

34 Fakta Menarik Korea Selatan Yang Bakal Menakjubkan Anda

34 Fakta Menarik Korea Selatan Yang Bakal Menakjubkan Anda

Korea Selatan sememangnya popular disebabkan industri hiburan mereka yang sentiasa menampilkan penghibur tampan, cantik dan seksi yang menggiurkan ramai peminat, ternyata juga memiliki banyak keunikan yang membuatkan ramai orang menyukai budayanya.

Fakta Korea Selatan

Selain K-Pop, K-Drama dan bermacam lagi 'K' yang membuatkan ramai menggilai negara ini, Korea Selatan juga merupakan sebuah negara maju yang menjadi kuasa besar di dunia.

Kali ini kami ingin berkongsi 34 fakta menarik tentang negara ini.

1. Perkataan 'Korea'

"Korea" berasal dari perkataan "Goryeo", yang bermaksud "tinggi dan jelas". Nama tersebut diberikan kepada dinasti yang ditubuhkan pada tahun 918 SM oleh Jeneral Wang Geon.

2. Bawang

Penduduk Korea suka memakan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan saluran darah.

3. Mati dan dakwat merah

Seseorang itu dikatakan akan mati, atau sudah mati jika namanya ditulis dengan dakwat merah.

4. Makan

Penduduk Korea jarang memakan dengan tangan kerana dianggap kurang sopan.

5. Masalah obesiti

Kalau anda perasan, kebanyakan saiz badan orang Korea Selatan kurus dan ramping. Ini kerana hanya 3.2% daripada populasi Korea Selatan, iaitu 1.64 juta daripada 51 juta, mempunyai masalah berat berlebihan.

Peratusan itu membuatkan Korea Selatan sebagai negara dengan populasi obes terendah di dunia, bersama-sama Jepun.

Masalahnya, saiz kurus ini tidak mampu dicontohi di Malaysia yang berada ditangga teratas rakyat paling obes di Asia.

6. Makan dalam periuk

Penduduk Korea berasa selesa untuk memakan mi segera dalam periuk kerana kalau dibawa keluar dari periuk dianggap makanan itu sudah hilang kepanasannya.

7. Lelaki dan mekap

Lelaki di Korea Selatan sangat suka bersolek. Dianggarkan sebanyak RM3.78 bilion dibelanjakan dalam membeli alat solek oleh kaum lelaki di negara ini. Hampir 20% daripada mereka bersolek dengan kerap.

Di Malaysia pun apa kurangnya. Semakin ramai lelaki tampil bersolek. Bezanya, mereka bukan artis tapi golongan LGBT.

8. Korean Wave

Hallyu atau Korean Wave ialah istilah yang diberikan untuk menyebarkan budaya pop Korea di seluruh dunia.

9. Lakonan semula jenayah

Antara amalan popular di negara ini adalah "lakonan semula jenayah". Apabila seseorang itu menjadi suspek kes rogol atau bunuh, mereka akan dibawa oleh pihak polis dalam keadaan bergari ke tempat kejadian dan diarahkan untuk melakonkan semula jenayah yang dilakukan secara terbuka dan dilihat oleh orang awam.

Tak cukup dengan itu, pihak media akan dijemput untuk mengambil gambar dan menerbitkan mengenai jenayah itu, untuk memalukan penjenayah tersebut.

Di Malaysia, jika dilakukan seperti itu, pihak berkuasa akan dituduh kafir dan sebagainya kerana memalukan serta membuka aib pesalah.

10. Kemaruk Pembedahan Plastik

Seramai 76 peratus wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik.

11. Negara Plastik

Selain disebut sebagai negara Ginseng, Korea Selatan juga dikenali sebagai Republic of Plastic Surgery.

12. iPhone vs Samsung

Walaupun kedua-dua syarikat ini merupakan seteru utama, namun mikrocip yang digunakan oleh iPhone, sebenarnya dibuat di Korea Selatan, oleh syarikat Samsung. Pelik kan?

13. Pine

Pokok pain merupakan pokok cinta bagi penduduk Korea kerana membawa maksud cinta yang kukuh, lurus dan tidak pernah berakhir.

14. Pasaran terbesar pembedahan plastik

Pembedahan plastik di Korea Selatan adalah pasaran per kapita terbesar di dunia dengan anggaran antara 20% hingga 33% wanita di Seoul menjalani sekurang-kurangnya 1 pembedahan.

15. Bunuh Diri

Lebih kurang 36 penduduk Korea membunuh diri setiap hari. Antara penyebabnya ialah tekanan belajar, ekonomi dan ada juga yang membunuh diri kerana mengikuti idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar daripada tekanan yang dialami oleh mereka.

Ada beberapa cara untuk membunuh diri di Korea Selatan dan salah satunya ialah melakukan perjanjian di internet kemudian bertemu untuk bunuh diri bersama.

16. Internet terpantas di dunia

Sejak tahun 2015 hingga 2017, Korea Selatan menduduki kedudukan pertama dari segi purata kelajuan internet terpantas di dunia iaitu 28.6 Mbps. 100% daripada kawasan di negara ini mempunyai akses internet.

Di Malaysia, nak hantar SMS pun susah sebab 'line selalu hilang' tapi bayaran langganan internet antara yang termahal di Asia Tenggara.

17. Obses Internet

Penduduk Korea sangat gilakan internet. Mereka selalu memesan tiket penerbangan secara online melalui telefon pintar mereka. Sementara itu, bagi urusan bersosial, orang Korea lebih gemar bersembang dengan menggunakan emoticon.

18. Zon Bebas Tentera

Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Selatan dan Korea Utara dianggap sebagai tempat paling seram di dunia oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

19. Bayi dan jenis darah

Selepas dilahirkan, bayi akan dikelaskan mengikut jenis darah. Ia berasal dari Jepun yang menjadi budaya penting di Korea Selatan. Ia juga mungkin menentukan dengan siapa seseorang itu akan berkahwin.

20. Obses beli-belah

Disebabkan orang Korea Selatan suka membeli belah, ia mempunyai antara pusat membeli belah terbesar di dunia, yang buka seawal jam 4 pagi. Di Malaysia, rakyatnya obses melepak sampai pagi.

21. Penggunaan robot menggantikan manusia

Pada tahun 2012, penjara di bandar Pohang telah menjadi penjara pertama di dunia yang menggunakan robot sebagai pengawal penjara.

Mereka juga menggunakan robot sebagai guru dan juga pengawal di Zon Bebas Tentera (DMZ).

22. Usia 1 tahun selepas lahir

Selepas dilahirkan, bayi di Korea Selatan dikira berusia 1 tahun jadi, jika anda lahir pada tahun 1990, umur anda pada tahun 2019 adalah 30 tahun.

Namun, ia tak membawa apa-apa makna kerana mereka biasanya akan tanya tahun kelahiran dan bukannya umur.

23. Pembedahan kelopak mata

Antara pembedahan plastik yang paling lazim di Korea Selatan adalah kelopak mata. Ia diberikan sebagai hadiah hari lahir ke-16 bagi kebanyakan keluarga yang kaya. 95 peratus penduduk Korea yang mempunyai lipatan di kelopak mata adalah hasil daripada pembedahan plastik.

24. Kimchi

Kimchi adalah makanan kebangsaan negara ini. Ia merupakan gabungan sayuran termasuk kobis sebagai bahan utama, yang digaulkan dengan rempah, dan ditapai dalam tanah selama beberapa bulan. Ia dimakan dengan semua jenis juadah, dan dikatakan mula dihasilkan sejak tahun 1250.

25. Penggunaan kad kredit tertinggi di dunia

Sejak tahun 2011, Korea Selatan merupakan negara dengan pengguna kad kredit tertinggi di dunia.

Purata sebanyak 129.7 transaksi oleh seorang individu pada tahun tersebut, meninggalkan Amerika Syarikat dengan purata 77.9 transaksi setiap seorang.

26. Daging anjing sebagai juadah

Restoran dan pasar-pasar di Korea menawarkan daging anjing sebagai juadah. Daging anjing dijadikan makanan di Korea Selatan berabad lamanya.

Antara menu popular adalah "Bosintang", sup tradisional yang menggunakan daging anjing.

Nureongi adalah baka anjing yang diternak untuk mendapatkan dagingnya, namun anjing belaan biasanya tidak dijadikan makanan.

27. Belian online gunakan Internet Explorer

Terdapat satu undang-undang yang diluluskan pada tahun 1999 yang memerlukan semua pembelian atas talian dan perbankan dilakukan hanya menggunakan Internet Explorer dan masih digunakan sehingga kini.

28. Taekwondo

Sukan paling popular di Korea Selatan adalah seni mempertahankan diri, Taekwondo, yang bermaksud "cara penumbuk dan kaki".

Seni bela diri ini dihasilkan oleh panglima Korea yang mencipta cara bertempur tanpa menggunakan senjata, 2000 tahun yang lalu.

Ia juga merupkan satu-satunya sukan berasal dari Korea Selatan yang dipertandingkan di sukan Olimpik.

29. Nama keluarga

Kim, Lee dan Park adalah nama keluarga yang paling lazim di Korea Selatan. Lebih 20% daripada nama keluarga di Korea Selatan adalah Kim.

30. IQ nasional tertinggi

Korea Selatan telah diisytiharkan sebagai negara dengan anggaran IQ kebangsaan tertinggi di dunia, oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

31. Sebutan ketika ambil gambar

Orang Korea Selatan tidak menyebut perkataan "cheese" ketika mengambil gambar, sebaliknya menyebut "kimchi".

32. Telefon pintar

Penduduk Korea Selatan merupakan pengguna telefon pintar tertinggi di dunia pada tahun 2013, dengan 78.5% atau 39.58 juta rakyatnya memiliki telefon pintar manakala 97.7% daripada mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun memiliki telefon pintar.

33. Perkahwinan

Terdapat 2 jenis perkahwinan di Korea Selatan iaitu "yonae" bermaksud berkahwin atas dasar cinta, dan juga "chungmae" iaitu perkahwinan atur.

Sesetengah orang Korea Selatan tidak berkahwin dan mereka ini digelar "Big Baby" dalam loghat Korea.

34. Teksi

Jika ke Korea Selatan, anda akan melihat teksi mereka mempunyai warna berlainan. Ia adalah mengikut tahap servis.

Teksi biasa berwarna kelabu atau putih yang dikendalikan oleh pemandu tidak berpengalaman, manakala teksi berwarna hitam adalah teksi mewah dengan pemandu berpengalaman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, March 03, 2020

Misteri Dua Lautan Yang Bertemu Tetapi Terpisah

Misteri Dua Lautan Yang Bertemu Tetapi Terpisah

Untuk pengetahuan anda, ada satu lautan yang terletak di Teluk Alaska sebenarnya sudah bertahun lamanya diviralkan kerana tidak bercampur yang terletak di Selat Gibraltar, selat yang memisahkan benua Afrika dan Eropah, tepatnya antara negera Moroko dan Sepanyol.

Mitos 2 lautan bertemu

Nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, iaitu Jabal Thariq yang bererti Gunung Thariq dan nama ini merujuk kepada Jeneral Islam yang tersohor, Thariq Bin Ziyad, yang menakluk Sepanyol pada tahun 711 M.

Terdapat juga ramai pakar yang telah memberikan penjelasan lanjut sebelum ini mengapa dan bagaimana fenomena seperti itu boleh berlaku.

Olakan air ini yang berasal dari sungai Copper sepanjang 286 batu di tanah Alaska sememangnya kaya dengan mendapan glasier, benda asing seperti partikel lempung berat (heavy clay) dan besi (iron).

Pada tahun 2007, sekumpulan ahli oseanografi telah membuat kajian berkenaan mendapan glasier (glacial sediment) yang dibawa oleh arus perlahan dari persisiran pantai Alaska ke tengah-tengah lautan.

Menurut salah seorang profesor dari University of California-Santa Cruz yang menyertai pelayaran itu, Ken Bruland, apabila olakan kecil ini mengalir perlahan-lahan memasuki lautan yang lebih besar, ia akan bergabung dengan ombak dan arus yang lebih deras dan pertembungan inilah yang menghasilkan pusaran dan buih-buih halus.

Menurut Ken Bruland lagi, "sempadan" lautan ini juga sentiasa berubah-ubah lokasi, bergantung kepada tahap kandungan mendapan dan arus ombak yang dibawa angin.

Maka, adalah tidak benar apabila ada pihak yang mengatakan kedua-dua lautan ini tidak akan bergabung sama sekali.

Ia akhirnya akan bergabung, cuma proses yang berlangsung adalah secara perlahan tetapi berterusan.

Apa yang dilihat oleh mata kasar itu hanyalah pertembungan kedua-dua arus yang terjadi pada ketika itu sahaja.

Telah dijelaskan dalam Al-Qur'an

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?" (Q.S. Ar-Rahman:19-21)

"Dan Dialah yang membiarkan 2 laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (QS. 25:53)

Jadi, sekiranya ada rakan yang menceritakan kepada anda tentang keajaiban lautan yang tidak bercampur ini, bolehlah anda pula bantu mereka dengan membongkarkan rahsia dan penjelasan saintifik di sebaliknya.

Nota:
  • Pycnocline adalah zon/lapisan dalam lautan di mana kepadatan air meningkat dengan cepat mengikut kedalaman laut akibat perubahan suhu dan tahap kemasinannya.
  • Pynocline cenderung bersama dengan thermocline serta halocline dan ia memisahkan zon air permukaan lautan daripada air di dasar laut dalam.
  • Thermocline adalah zon perubahan suhu yang berlaku dengan cepat di antara air di permukaan laut yang panas dan air yang lebih sejuk mengikut kedalaman lautan.
  • Halocline adalah zon menegak air lautan di mana perubahan tahap kemasinan berlaku dengan cepat, dan ianya berada di bawah lapisan permukaan air yang tahap kemasinannya lebih merata campurannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

SBDJ Siri 128: Rahsia Daun Seribu Kapit

SBDJ Siri 128: Rahsia Daun Seribu Kapit

Bila air yang dijerang sudah masak, Datuk suruh saya buat secawan kopi tanpa gula. Dua tiga helai daun seribu kapit anak dipetik dan dimasukkan ke dalam cawan kopi bersama beberapa buku garam.

Sebahagian daripada air panas itu dituangkan ke dalam baldi kecil yang dibuat dari tanah liat, (bentuknya macam periuk tanah, tingginya sekitar satu kaki dan tebalnya tidak sampai setengah inci) kemudian batang dan daun seribu kapit anak dimasukkan ke dalam baldi tanah.

Toyol jadi-jadian

"Sekarang..."

Datuk tidak menghabiskan kata-kata itu. Dia melihat awan di langit, dia melihat beburung yang terbang dan gerak dedaun yang disentuh angin petang.

Datuk kedutkan dahi lalu menelan air liur. Bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan.

"Kamu bawa air kopi ni pada Khoja, paksa dia minum."

"Nanti dia muntah darah tuk?"

"Kali ini, dia tak muntah darah, lepas tu kau keluarkan dia dari dalam pasir."

"Baik tuk."

Dengan hati-hati saya membawa secawan kopi kepada Khoja Lisut. Bila saya dekatkan air kopi ke bibirnya, Khoja Lisut segera menolak.

Bila saya paksa, dia bertindak balas dengan meludah muka saya. Darah saya tersirap.

Bila saya ingatkan yang dia masih sakit dan masih berubat dengan Datuk, kemarahan saya segera menurun.

Kali ini, saya bertindak agak kasar. Saya segera mengepit kepala Khoja lisut ke celah paha.

Sebelah tangan menekan rahangnya hingga mulutnya terbuka dan sebelah lagi saya gunakan untuk menuangkan air kopi ke mulutnya.

Khoja Lisut tidak dapat mengelak lagi. Dia teguk air kopi hingga habis, malah sebahagian dari air itu masuk ke lubang hidungnya.

Khoja Lisut bersin dan air kopi yang tersembur dari lubang hidung mengenai muka saya. Khoja Lisut meraung macam gajah patah kaki.

Datuk segera berlari ke arah saya dengan wajah yang amat cemas. Dia melihat kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir.

"Apa yang kamu buat padanya, Tamar?"

"Tak ada apa, saya suruh dia minum air kopi."

"Kamu suruh atau kamu paksa dia?" Datuk jegilkan biji mata ke arah saya. Tiada jawapan yang saya berikan terhadap pertanyaan itu.

"Sudahlah, kamu gali pasir dan keluarkan dia dari sini, kamu mesti selesaikan semua kerja-kerja ni sebelum waktu Maghrib tiba. Bila matahari ada di pucuk pokok tu, kerja mesti selesai," sambung Datuk sambil menudingkan jari telunjuk ke arah pucuk pokok di pinggir belukar.

"Ini pencebak dan cangkul, gunakan dengan hati-hati, jangan sampai kepala Khoja terputus dari badan," Datuk melemparkan pencebak dan cangkul ke hujung kaki saya. Wajah Datuk cukup serius.

"Semuanya nak aku selesaikan malam ni juga. Dengan izin Allah usaha yang aku buat akan diperkenankan-Nya," suara Datuk bergentar.

Dia mula memeluk tubuh dan merapatkan sepasang kakinya. Saya ambil cangkul dan mula menggali pasir di sekeliling Khoja Lisut.

Dengan berpeluk tubuh, Datuk terus melangkah menuju ke pondok pisang sesikat, tanpa menghiraukan apa yang saya lakukan.

"Semuanya aku selesaikan malam ni juga..." terngiang-ngiang suara Datuk di cuping telinga, membuat saya berhenti mencangkul pasir.

"Jangan berhenti, teruskan," pekik Datuk dari pondok.

Saya kembali menggali pasir. Sikap Datuk cukup berbeza, suaranya sentiasa keras dan suka marah-marah bila saya berhenti menggali pasir.

Tugas saya menggali pasir sudah selesai. Khoja Lisut saya tarik dengan kasar sekali.

"Menyusahkan saya."

"Tak baik merungut dan marah-marah Tamar, hari ini hari pak cik, hari kamu belum tahu lagi. Entah lebih buruk dari ini," suara khoja Lisut terketar-ketar.

"Sudahlah, cakap banyak pula dia," saya menengking.

"Barangkali semuanya kerana perbuatan pak cik yang lalu," Khoja Lisut seperti mengeluh.

Saya terus menjuihkan bibir ke arahnya. Hati saya cukup panas, kerana dia saya terpaksa melakukan kerja-kerja berat begini.

Kalau diturutkan kata hati, mahu saja saya menyepak Khoja Lisut yang terjelepok atas pasir.

Dalam pergelutan perasaan marah dan benci itu, saya angkat kepala lalu renung ke pondok sesikat.

Saya lihat Datuk tegak di situ merenung tajam ke arah saya. Hati saya terus berdebar menanti perintah dan arahan darinya.

SEPARUH

Cuaca mula samar-samar, matahari cuma kelihatan separuh di kaki langit, di kelilingi awan berwarna jingga. Beburung sudah pun berhenti terbang.

Angin tidak lagi bertiup, pepokok kelihatan kaku, seolah-olah menghormati kepulangan matahari ke peraduannya, setelah menaburkan bakti kepada makhluk Allah di permukaan bumi ini.

Dalam cuaca yang samar-samar itu Datuk berlari-lari anak ke arah saya. Sebaik saja sampai dekat saya, Datuk tanpa berkata apa-apa terus mencampakkan baldi yang berisikan pokok dan daun seribu kapit anak kepada saya.

Nasib baik saya tangkas menyambut. Kalau tidak, sudah pasti baldi tanah jatuh terhempas ke pasir dan besar kemungkinan akan pecah.

Saya amat terkejut dengan tindakan Datuk itu.

Dalam keadaan tergamam itu, saya kira Datuk akan mengeluarkan arahan tertentu kepada saya.

Ternyata apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan. Datuk terus berlalu dari sisi saya menuju ke sungai.

Kerana tidak mendapat apa-apa arahan, baldi tanah itu terus saya peluk dengan erat. Saya terdengar bunyi gemercik air sungai.

Rupanya, Datuk mandi dan saya bertambah resah, terlalu banyak perkara ganjil yang Datuk lakukan.

Semuanya membuat saya jadi pening dan menimbulkan seribu persoalan dalam kepala.

"Sekarang kamu terjun ke dalam sungai," Datuk tiba-tiba berdiri dekat saya sambil mengeluarkan arahan. Saya tidak sedar waktu bila dia mendekati saya.

"Dengan pakaian begini tuk?"

"Tidak, gunakan kain basahan ini."

Datuk pun memberikan pada saya kain basahan berwarna hitam yang setiap bucunya ditampal dengan secebis kain warna merah.

Jarang-jarang Datuk menggunakan kain basahan itu. Belum pernah dia membenarkan kain basahan milik peribadinya itu digunakan oleh orang lain.

Lagi sekali saya menjadi terkejut dan takjub dengan sikapnya itu. Kenapa Datuk membenarkan saya memakai kain basahannya?

"Pergi cepat," herdik Datuk.

Saya yang masih terpaku di sisinya segera mengorak langkah bersama rasa cemas dan takut.

Maklumlah, terpaksa mandi seorang diri di sungai yang ada buaya dalam suasana senja yang kian memberat.

Sampai saja di tebing sungai, kain basahan segera saya ikat ke pinggang. Kemudian saya terjun dalam sungai. Dua kali selam, saya terus berhenti mandi.

Kerana memikirkan tidak lama lagi waktu Maghrib akan tiba, saya segera mengambil air sembahyang.

Bila saya datang semula ke tempat Datuk dan Khoja Lisut, saya dapati mereka sudah tiada di situ.

Dalam suasana samar senja itu, saya masih dapat melihat kesan orang merangkak di pasir.

Saya yakin, Datuk sudah mengheret Khoja Lisut dan saya bayangkan bagaimana Khoja Lisut merintih ketika diheret.

Setelah menoleh dua tiga kali kawasan sekitar, saya teruskan perjalanan ke pondok. Sampai di pondok saya lihat pelita minyak tanah sudah terpasang.

Khoja Lisut terbaring di sudut pondok memeluk baldi tanah dengan erat sekali. Datuk duduk bersila di tengah pondok menghadapi sejadah.

"Masuk, tunggu apa lagi."

Saya melangkah dua tapak dan berhenti kerana saya terdengar sesuatu dari sebelah kanan saya.

"Masuklah, Maghrib dah tiba."

"Qamat, Tamar."

Perintah Datuk segera saya patuhi, dan sembahyang saya tidak begitu khusyuk, sering terganggu oleh keluhan dan tangisan Khoja Lisut.

Selesai saja sembahyang dan wirid, Datuk menyuruh saya menghidupkan api di halaman pondok.

Saya tidak pula bertanya, kenapa Datuk menyuruh saya berbuat demikian. Saya menduga, api itu dihidupkan untuk menghalau nyamuk.

"Tentukan api itu sentiasa menyala, biar senang kita berjalan," tutur Datuk sambil bangun mendekati Khoja Lisut di sudut pondok. Dengan berbekalkan semangat, saya terpaksa mencari kayu. Nasib saya agak beruntung, saya tidak perlu bergerak jauh dari pondok.

Datuk sudah menyediakan setimbun kayu api di belakang pondok. Kewajipan saya ialah membawa kayu sebesar paha yang sudah kering ke halaman pondok. Kerja ini tidaklah sukar sangat.

"Sudah, pergi ke sungai mandi dan ambil air sembahyang, waktu Isyak dah sampai," entah mengapa saya jadi gementar mendengar perintah Datuk.

"Pergi sekarang," sambungnya lagi.

Saya tidak ada pilihan selain dari mematuhi perintahnya itu.

"Kita sudah sembahyang Isyak, kamu boleh menolong aku," itu yang Datuk ucapkan kepada saya, sebaik saja dia menamatkan wirid Isyak yang panjang.

Saya hanya tersenyum tanda bersedia menerima perintah.

"Kamu dah baca ayat Kursi empat puluh kali, macam yang aku suruh, Tamar?"

"Sudah tuk."

"Sekarang..." Datuk berhenti bercakap.

Dia bangun lalu mendekati Khoja Lisut, kulit Khoja Lisut terus dijamahnya dengan tenang.

"Sekarang kamu pergi rebus batang dan daun seribu kapit anak, rebus sampai airnya mendidih," Datuk menyambung kata-kata yang terputus.

"Baik tuk."

Saya segera ke halaman rumah, mencari kayu yang keras untuk saya jadikan tungku.

Sementara menanti air rebusan mendidih, saya segera masuk ke pondok lalu duduk di sisi Datuk yang sedang mengurut tubuh Khoja Lisut.

KATAK

Dingin malam mula terasa cara kebetulan pula angin mula bertiup agak lemah.

Kayu di halaman pondok terus dimamah api, suara katak dan cengkerik terus berbunyi di samping suara unggas malam yang sering bertingkah antara satu sama lain.

Saya perhatikan jari jemari Datuk berlari lembut di permukaan kulit Khoja Lisut.

Bila jari jemari itu berhenti disendi-sendi tubuh untuk menyentuh urat, saya lihat Khoja Lisut menggeliat menahan kesakitan sambil merintih.

Datuk tidak ambil kisah dengan semuanya itu. Makin kuat Khoja Lisut mengerang sakit, makin kerap jari jemari Datuk mencari urat-urat tersimpul dalam tubuhnya.

Pertama kali, saya lihat sekujur tubuh Khoja Lisut bermandikan peluh.

"Bangun."

Datuk renung biji mata Khoja Lisut dan bagaikan orang kena pukau, Khoja Lisut menurut kata Datuk. Dia bangun dalam kepayahan yang amat sangat. Tiga kali Khoja Lisut mencuba dan tiga kali pula dia berdepan dengan kegagalan.

"Tamar, kamu pergi angkat air tadi atas api," mata Datuk cukup tajam menikam wajah saya.

Tanpa berlengah-lengah saya terus keluar dari pondok. Baldi tanah saya angkat, lalu diletakkan atas pasir.

Tidak sampai lima minit kemudian Datuk keluar dari pondok dengan Khoja Lisut atas bahunya.

Dengan perlahan-lahan Datuk meletakkan Khoja Lisut atas pasir.

Datuk terus ke belakang pondok mengambil kayu dan dicampakkan ke dalam api yang sedang marak.

Bebunga api terus naik udara. Datuk mahu seluruh halaman pondok terang dan cerah dengan cahaya api dari longgokan kayu yang terbakar itu.

Bila Datuk sudah puas hati dengan cahaya api yang didapati di situ, dia pun berhenti membawa kayu dari belakang pondok ke tempat api yang sedang menjulang tinggi itu.

Datuk pun mengenakan baju hitam dan seluar hitam, kain bengkung dari kain berwarna kuning.

Seperti biasa, kepalanya diikat dengan secebis kain merah. Perlahan-lahan dia mendirikan Khoja Lisut sambil menyuruh saya menjirus air rebusan daun seribu kapit anak ke arah kedua belah tempurung lutut Khoja Lisut.

Saya melakukannya lebih kurang hampir sepuluh minit, saya menggunakan tempurung dan jumlah air yang dijirus untuk kedua tempurung lutut itu ialah berjumlah sepuluh tempurung semuanya.

Selesai saja saya melakukannya, saya merasa takjub. Khoja Lisut boleh berdiri tegak. Kecacatan lain di bahagian tubuh badannya, saya lihat beransur hilang.

"Kamu melangkah perlahan, setiap kali melangkah kamu baca Bismillah dan selawatkan Nabi," kata Datuk kepada Khoja Lisut.

Cepat-cepat Khoja Lisut angkat kaki kanan untuk melangkah, tiba-tiba Datuk menjerit.

"Nanti dulu, aku belum suruh buat."

"Maafkan saya," suara Khoja Lisut lemah.

Datuk keliling Khoja Lisut tiga kali, iaitu dari kanan ke kiri. Kemudian Datuk duduk bersila atas pasir di sebelah kanan Khoja Lisut.

Badan saya mula terasa seram sejuk. Angin malam kian keras bertiup. Suara cengkerik cukup hebat berbunyi. Lolongan anjing liar jelas kedengaran dibawa angin malam. Semuanya itu membuat saya resah gelisah.

"Tamar."

Saya tumpukan sepasang mata ke arah Datuk. Bersedia mendengar apa juga perkara yang akan diutarakan kepada saya.

"Bila saja Khoja melangkah, kau pukul kakinya dengan batang seribu kapit anak, kau pukul sekuat hati kamu," Datuk keluarkan arahan. Kemudian Datuk memandang ke arah Khoja Lisut.

"Mula kamu berjalan, kemudian lari dan elakkan kaki kamu dari kena pukul oleh si Tamar, kamu faham tak?" cukup keras suara Datuk.

"Faham," jawab Khoja Lisut.

"Kamu pula macam mana Tamar?"

"Saya juga faham tuk."

"Bagus."

Dia atas pasir terus memeluk tubuh. Sepasang matanya dirapatkan, nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan.

Deru angin terasa amat menggerunkan. Begitu juga dengan suara burung hantu, lolongan anjing dan cengkerik.

"Bersedia."

Datuk tepuk tangan dan terus melompat. Akhirnya dia berdiri tegak macam patung sambil memeluk tubuhnya.

"Mulakan Khoja."

Khoja Lisut pun mula melangkah.

"Tugas kamu, Tamar."

Saya pun terus memukul sepasang kaki Khoja Lisut dengan batang seribu kapit anak. Saya pukul dengan sekuat hati, mungkin kerana pukulan yang tepat itu membuat Khoja Lisut mengalami rasa sakit.

Dia berusaha mengelakkan dirinya dari jadi sasaran pukulan saya. Dan saya pula berusaha untuk memukul dengan tepat seperti apa yang Datuk arahkan.

Antara kami sudah menjadi seperti musuh pada saat itu, saya mengejar untuk menyakitkan Khoja Lisut dan Khoja Lisut pula lari kerana tidak mahu jadi sasaran pukulan dari saya.

Dalam usaha mengelakkan dirinya dari jadi korban, Khoja Lisut lupa tentang dirinya yang lumpuh. Dia seperti mengalami kekuatan luar biasa, berlari dengan kencang.

Bila saya cuba berhenti, Datuk segera menjerit sambil membawa kayu panjang untuk memukul saya.

Begitu juga dengan Khoja Lisut, kalau berhenti Datuk akan melemparkan puntung yang terbakar ke arahnya. Jadi kami terpaksa berlari.

Saya mengalami kepenatan yang amat sangat, tidak terdaya mahu melangkah. Seluruh sendi saya terasa lemah dan saya jatuh atas pasir.

Sayup-sayup terdengar suara Datuk memaki hamun saya, setelah itu saya tidak tahu apa yang terjadi.

CERAH

Bila saya membuka mata, saya lihat hari sudah cerah. Datuk duduk bersimpuh di depan. Khoja Lisut berjalan dengan senang hati di halaman pondok.

"Kamu pengsan."

Itu yang duduk tuturkan kepada saya.

"Khoja macam mana?"

"Sakit lumpuhnya sudah baik, dia sudah boleh berjalan seperti sediakala, begitu juga dengan sakit-sakitnya yang lain," terang Datuk dengan nada suara yang lembut.

Bagi memulihkan kekuatan yang hilang, Datuk suruh saya minum dari dedaun yang dibuatnya. Rasanya cukup pahit dan bagaikan tidak tertelan dan mahu muntah dibuatnya.

Kerana terpaksa dan dipaksa, saya terpaksa juga minum. Setengah jam, sesudah minum air dari dedaun itu, badan saya terasa segar dan berpeluh.

"Kamu tak usah bimbang, Tamar, kamu tetap sihat," Datuk memberi jaminan, dan saya amat senang sekali mendengar kata-kata itu.

"Khoja ke mari," laung Datuk.

Tergesa-gesa Khoja Lisut berjalan ke arah Datuk.

"Jangan berjalan, kamu mesti berlari," jerit Datuk.

Khoja terpaksa berlari. Bila sampai di pondok, saya lihat Khoja Lisut tercungap-cungap. Kepenatan terbayang di wajah.

Tetapi, kecacatan yang terdapat di tubuh badannya dulu, semuanya sudah hilang dan kini, saya dapat melihat wajah Khoja Lisut yang sebenar.

Ternyata dia seorang lelaki yang tampan dan gagah. Melihat dari bentuk tubuh dan wajahnya, memanglah layak dia memegang gelaran sebagai seorang guru silat.

Ciri-ciri seorang pendekar memang ada pada dirinya tetapi, kerana kurang sabar ilmunya tercabar, fikir saya sendirian.

"Khoja, janji aku dengan kamu sudah selesai," tutur Datuk sambil menatap wajah Khoja Lisut yang terpaku di depannya.

Saya lihat Khoja Lisut tunduk penuh terharu.

"Saya tahu..." Khoja Lisut tidak meneruskan kata-katanya, saya lihat dia menangis tersedu.

"Jangan menangis," Datuk pun menjatuhkan telapak tangan kanannya atas bahu kiri Khoja Lisut.

"Cakaplah apa yang mahu cakapkan Khoja," sambung Datuk lagi.

Tetapi Khoja Lisut tidak dapat menahan kesedihan. Bagi menenangkan keadaan, Datuk mengajak saya beredar keluar pondok.

Melihat dari tingginya matahari masa itu, saya dapat menduga waktu itu lebih kurang pukul lapan pagi.

Andaian saya itu dikuatkan lagi dengan kehadiran burung murai dan merbah batu yang kerap menyanyi bila jam lapan pagi.

"Biarkan dia menangis," bisik Datuk kepada saya.

"Kesian dia tuk."

"Aku harap apa yang berlaku akan menginsafkan dirinya," tingkah Datuk lagi. Saya anggukkan kepala.

Lebih dari setengah jam saya dan Datuk berada di luar pondok, barulah Khoja Lisut datang.

Kali ini saya lihat wajahnya cukup riang, tidak ternampak kesan kesedihan, kehampaan dan kekecewaan di wajahnya.

Dia berdiri di depan Datuk, tanpa diduga dia terus memeluk tubuh Datuk dengan erat sekali.

"Dengan apa mahu saya balas budi tuan."

Saya terpampan mendengar perkataan 'tuan' yang ditujukan oleh Khoja Lisut kepada Datuk, dan saya kira Datuk kurang senang bila dirinya dipanggil begitu.

"Mengapa bertuan dengan saya, bukankah elok panggil saya abang saja, sesuai dengan umur aku yang lebih tua dari kamu," dengan senyum Datuk bersuara.

"Dengan apa mahu saya balas budi baik abang."

"Tak payah balas, apa yang aku lakukan selama ini adalah usaha atau ikhtiar aku. Dan ikhtiar itu diperkenankan oleh Allah, pada Allah kau harus bersyukur dan berterima kasih, bukannya pada aku."

"Haa..." mulut Khoja ternganga mendengar kata-kata Datuk itu.

"Tak usah banyak cerita lagi, ikut aku ke rumah. Di sana kita boleh cerita panjang," Datuk menarik tangan Khoja Lisut mengajak pulang. Bila saya memulakan langkah mahu mengikut mereka, saya segera dihalang.

"Kerja kamu belum selesai Tamar."

"Apa dia kerja saya tuk?"

"Timbus lubang dan padamkan api dengan air."

"Saya buat seorang saja tuk?"

"Ya."

Dengan tarikan nafas panjang, saya melihat Datuk dan Khoja Lisut melangkah dengan tenang meninggalkan saya.

Rasanya, mahu saja saya menjerit memprotes sikap Datuk itu. Ah! Siapa yang mahu menolong dan siapa pula yang dapat mendengar jeritan saya, timbul persoalan dalam diri sendiri.

Saya segera ambil cangkul dan memulakan tugas menimbus lubang. Berpeluh saya seorang diri.

Saya mengambil masa hampir satu jam untuk menimbus lubang, kemudian saya beralih untuk memadamkan bara api yang masih merah.

Termenung saya memikirkan bagaimana untuk membawa air sungai ke tempat bara.

"Tamar."

Khoja Lisut tercegat di depan saya.

"Datuk izinkan aku membantu kamu Tamar."

"Ini dah cukup baik, nampaknya kita kena bawa air dari sungai," kata saya.

"Tak payah, kita padamkan dengan pasir," Khoja Lisut pun mula mencangkul pasir dan ditimbus ke bara api. Saya segera membantunya dan kerja itu selesai tidak sampai dua jam.

"Aku terpaksa tinggalkan rumah Datuk selepas waktu Asar," Khoja Lisut buka rahsia ketika kami sama-sama berjalan pulang ke rumah Datuk.

"Sebelum aku pergi, aku terpaksa sembahyang Asar di surau. Datuk kamu nak adakan kenduri kesyukuran kerana sakit aku sembuh," tambah lagi.

"Ikut saja apa katanya," sanggah saya dan kami terus melangkah.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 128/284

BACA: SBDJ Siri 127: Direjam Dengan Buluh Kuning
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Apa itu Penyakit Arthritis, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa itu Penyakit Arthritis, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Rheumatoid Arthritis (RA) adalah penyakit radang sendi yang menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau jantina, dimana pesakit Arthritis akan mengalami rasa ngilu dan kaku pada sendi, kerap mengalami bengkak pada sendi jari-jari tangan dan kaki, terutamanya pada sebelah pagi dan gerakan sendi menjadi terbatas.

Apa itu Penyakit Arthritis

Arthritis yang bermaksud "radang sendi" adalah sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Gejala penyakit Arthritis boleh berlaku secara spontan dan secara tiba-tiba, berpunca daripada radang membran synovial yang menyelaputi sendi dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berusia antara 40-60 tahun.

Pesakit Arthritis yang tidak menerima rawatan optimum, berisiko mengalami komplikasi kerosakan sendi yang serius yang boleh mengakibatkan ketidakupayaan fizikal sehingga memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Penyakit Arthritis akan menjejaskan kualiti kehidupan dan keupayaan bekerja.

Punca Arthritis

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.

Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah:
  • Kerosakan Sendi.
  • Jangkitan kuman.
  • Penyakit yang diwarisi.
  • atau sebab-sebab lain.

Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah:
  • Osteoarthritis (OA).
  • Arthritis rheumatoid.
  • Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
  • Gout.

Osteoarthritis (OA):
  • Jenis yang paling lazim dihidapi.
  • Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan.
  • Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua.
  • Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan.
  • Menjadi lebih sakit di penghujung hari.

Rheumatoid Arthritis (RA):
  • Lebih kerap dihidapi kaum wanita.
  • Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.
  • Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi.
  • Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi.
  • Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.

Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman:
  • Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman.
  • Anda selalunya demam dan menggigil.
  • Selalunya menyerang satu sendi sahaja.

Gout:
  • Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi.
  • Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur.
  • Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki.

Tanda-Tanda Arthritis:
  • Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah).
  • Sendi bengkak.
  • Kekejangan sendi.
  • Susah untuk bergerak seperti biasa.
  • Sakit apabila bergerak.
  • Perubahan kepada sendi.
  • Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut.
  • Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut.
  • Sakit bila sekeliling sendi ditekan.

Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis:
  • Peningkatan usia.
  • Badan terlalu gemuk: bagi penyakit osteoarthritis lutut.
  • Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis: terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’.
  • Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’).
  • Kecederaan berat contoh bersukan.
  • Mencangkung bagi osteoarthritis lutut.
  • Pekerjaan: Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh dan Osteoarthritis punggung bagi peladang.

Rawatan Arthritis
  • Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.
  • Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.

Penyakit Arthritis secara amnya dirawat dengan ubat DMARD (disease modifying anti-rheumatic drug), steroid dan NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs).

Ubat-ubat DMARD lama adalah methotrexate, sulfasalazine, hydroxychloroquine dan leflunomide.

Ubat steroid dan NSAID tidak elok digunakan untuk jangka masa yang panjang disebabkan mempunyai banyak kesan sampingan.

Steroid mengakibatkan kencing manis, osteoporosis dan darah tinggi. NSAID boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan radang perut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa ubat termaju dan amat berkesan dalam merawat penyakit sendi digelar "advanced therapies", merujuk kepada ubat biologik (dalam bentuk suntikan) dan ubat penghalang janus kinase.

Ubat-ubat baru ini walaupun mahal, ia dapat mengawal radang sendi dengan efektif dan menghalang kerosakan dan kacacatan sendi.

Kini, terdapat banyak pilihan ubat "advanced therapies" untuk memenuhi keperluan pesakit yang berbeza antara satu sama lain. Penyakit Arthritis lebih mudah dirawat pada peringkat awal.

Langkah-langkah menjaga kesihatan sendi:
  • Penghidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut.
  • Kurangkan berat badan.
  • Senaman sendi.
  • Menjalani program senaman yang membolehkan sendi bergerak dengan lebih lancar dan otot menjadi lebih kuat.
  • Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.

Perlindungan Sendi:
  • Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya.
  • Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi.
  • Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil.
  • Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai.
  • Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi.
  • Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.

Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang.

Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:
  • Ubat sapu contoh salicylate.
  • Penahan sakit contoh paracetamol.
  • Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritis.
  • Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit.
  • Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (’disease-modifying anti-rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.

Menangani Tekanan
  • Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.
  • Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
  • Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
  • Seimbangkan rehat dan aktiviti.

Pembedahan

Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu jalan penyelesaian.
Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.

Pencegahan
  • Kurangkan berat badan bagi mengurangkan tekanan pada sendi.
  • Kerap bersenam kerana ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi.
  • Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan.
  • Makan makanan yang seimbang untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat.
  • Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout.
  • Pelihara sendi anda, kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul.
  • Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.

Bagaimana ubat alternatif Arthritis selamat?

Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif. Ianya juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.

Masalah Pesakit Arthritis

Individu yang menghidap penyakit arthritis akan berdepan dengan pelbagai masalah dan antara masalah utama yang akan dihadapi pesakit adalah:

Masalah kesakitan yang berpanjangan

Penyakit arthritis akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang berpanjangan serta memerlukan rawatan yang berterusan.

Masalah tekanan emosi dan kemerosotan kualiti hidup

Kesakitan berpanjangan yang dialami pesakit akan menyebabkan tekanan emosi dan ianya bakal mengubah rutin kehidupan harian pesakit. Keadaan ini secara langsung akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan pesakit.

Masalah ekonomi

Kebanyakan pesakit arthritis terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesakitan yang dialami serta pesakit juga perlu menjalani rawatan yang berpanjangan.

Kos menjalani rawatan

Pesakit akan berhadapan dengan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan. Antara kos yang terlibat seperti kos impaln, ubat-ubatan, pengangkutan untuk menjalani rawatan susulan, caj hospital, kos peralatan sokongan dan lain-lain lagi.

Sumber Bantuan Pesakit Arthritis

Sebagai usaha membantu pesakit, Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu mengetahui sumber-sumber bantuan yang ada di dalam komuniti dan antara sumber-sumber bantuan tersebut adalah:

Agensi Kerajaan:
  • Tabung Bantuan Perubatan (TBP).
  • Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Baitulmal.
  • Pusat Zakat.

Agensi Bukan Kerajaan:
  • Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM).
  • Sukarelawan.
  • Arthritis Foundation Malaysia.
  • Sumber-sumber pemberi bantuan lain.

Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Pesakit Arthritis:
  • Teh dan kopi yang kuat.
  • Daging.
  • Alkohol.
  • Coklat.
  • Garam.

Makanan Yang Sesuai Dimakan Pesakit Arthritis:
  • Ikan.
  • Minyak biji rami.
  • Sayuran oren dan buah-buahan kaya dengan antioksidan.
  • Almond.
  • Kacang hitam.

*Dilarang makan sayur terung, kentang, tomato dan lada.

Bersikap positif
  • Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.
  • Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko mendapat arthritis.
  • Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
  • Menjadi ahli persatuan seperti Arthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Alangkah Mahalnya Darah Belangkas Bernilai Puluhan Ribu!

Alangkah Mahalnya Darah Belangkas Bernilai Puluhan Ribu!

Belangkas atau nama saintifiknya tachypleus gigas bukan saja dianggap hidupan eksotik, spesies unik ini telah wujud lebih 200 juta tahun mendahului dinosaur dengan fosil tertua berusia kira-kira 475 juta tahun.

Darah Belangkas

Belangkas adalah haiwan unik daripada keluarga Limulidae, hidup di laut dan paya air payau, tergolong dalam kumpulan 'arachnids' iaitu labah-labah berikutan mempunyai sedikit persamaan pada bahagian kaki.

Secara fizikalnya, bentuk badan Belangkas seakan-akan topi besi yang digunakan tentera zaman dahulu dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam.

Malah, Belangkas boleh mencapai saiz sehingga 51 sentimeter, selain anggotanya yang putus boleh tumbuh semula serta mempunyai sistem imun yang menakjubkan.

Tidak seperti darah manusia dan haiwan lain yang berwarna merah, darah belangkas sebaliknya berwarna biru, terhasil akibat kandungan tembaga dalam darahnya.

Tidak hairanlah jika haiwan ini sangat bernilai tinggi dalam sektor perubatan berikutan bendalir terkandung dalam badannya boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.

Peranannya berfungsi seperti sel darah putih yang menangkap mikro organisma jahat.

Buktinya, kit antitoksin menggunakan belangkas sudah lama berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat.

Selain itu, apa yang membuatkannya begitu berharga adalah kandungan ejen pembekuan khas darah dalam darah belangkas ini.

Kandungan itu membolehkan para saintis membuat sejenis ramuan yang dipanggil Limulus amebocyte lysate atau singkatannya LAL.

Kepentingan LAL Dalam Bidang Perubatan

Darah Belangkas

Sebelum penciptaan LAL, para saintis dan doktor tidak mempunyai cara dan prosedur mudah untuk mengenalpasti sekiranya sesuatu vaksin atau alat perubatan sudah tercemar dengan bakteria seperti E-Coli dan salmonella.

Prosedur ini sangat penting bagi mengelakkan vaksin tercemar tersebut digunakan pada manusia dan bagi memastikan ianya benar-benar selamat.

Sebelum penciptaan LAL, saintis akan menyuntik vaksin pada beberapa ekor arnab dan menunggu sekiranya vaksin tersebut memberikan apa-apa simptom kepada arnab-arnab tersebut.

Masalahnya, cara ini adalah kurang efektif kerana mengambil masa yang lama selain simptom yang ditunjukkan oleh arnab mungkin tidak begitu jelas.

Segalanya berubah apabila LAL secara rasminya diperkenalkan dan dibenarkan penggunaannya pada tahun 1970.

Cuma titis sedikit cecair LAL pada alatan perubatan atau vaksin dan cecair ini akan menunjukkan tanda-tanda alat atau vaksin tersebut sudah tercemar dengan bakteria.

Walaupun LAL tidak mampu membunuh bakteria-bakteria tersebut, ianya berfungsi memberikan amaran kepada saintis bahawa alat atau vaksin itu sudah tercemar dan tidak selamat lagi untuk digunakan.

Paling penting, keputusan yang diperoleh adalah begitu pantas sebaik sahaja cecair LAL dititiskan.

Bagi setiap belangkas, tidak semua darahnya akan diambil sebaliknya hanya sekitar 30% sahaja darahnya akan disedut, sebelum dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Berapa Harga Darah Belangkas?

Dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa darah belangkas tersangat mahal kerana begitu penting dalam bidang perubatan.

Mengikut harga semasa, harga untuk seliter darah belangkas mampu mencecah sehingga RM61,000!

Bagaimana Darah Belangkas Disedut?

Darah Belangkas

Nilai tinggi darah berwarna biru yang dihasilkan Belangkas menyebabkan ia menjadi rebutan, dengan permintaan tinggi di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.

Namun, untuk menghasilkan seliter darah biru belangkas, sekurang-kurangnya 150 ekor diperlukan dan antara 10 hingga 30 peratus darah diambil daripada setiap seekor belangkas yang dibawa ke makmal.

Secara praktikal, darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuhnya kerana belangkas yang dilepaskan semula ke habitat asal mampu menghasilkan darah berkualiti untuk digunakan semula pada masa depan.

Spesies Belangkas

Terdapat empat spesies belangkas dengan tiga daripadanya membabitkan tachypleus tridentatus, tachypleus gigas dan carcinoscorpius rotundicauda hanya boleh didapati di Malaysia.

Spesies belangkas tridentatus terdapat di Asia dengan tachypleus gigas banyak ditemui di kawasan perairan negeri ini terutama di Pontian dan Sedili.

Didapati bahawa, belangkas bukan saja berdepan kepupusan, tetapi ia juga mengambil masa yang lama untuk matang dan proses bertelur selepas mencecah usia 10 tahun.

Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan bersalin kulit dan hanya pada tahun ke 10, ia baru mencari pasangan untuk mengawan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Monday, March 02, 2020

Khasiat Dan Manfaat Beta Karoten Untuk Kesihatan

Khasiat Dan Manfaat Beta Karoten Untuk Kesihatan

Beta karoten adalah sejenis pigmen berwarna merah jingga garang, salah satu nutrisi paling penting untuk membantu kesihatan mata, yang banyak terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, sinonim dengan lobak merah, labu merah dan ubi keledek.

Apa itu Beta karoten

Produk dan makanan yang mengandungi karotena sangat bermanfaat untuk kesihatan, kerana bahan ini adalah pendahulu biokimia provitamin A atau retinol, yang diperlukan untuk banyak proses penting dalam tubuh manusia.

Retinol adalah antioksidan yang kuat. Pengambilan makanan berkarbonat yang kerap menyumbang kepada:
  • memperlahankan proses penuaan.
  • mencegah perkembangan penyakit kanser.
  • meningkatkan sifat perlindungan badan.
  • mempercepat penyembuhan luka.
  • merangsang pengeluaran kolagen.
  • pencegahan kerosakan visual.
  • menguatkan gigi dan tulang.
  • normalisasi fungsi jantung dan saluran darah.
  • pencegahan aterosklerosis.

Beta karoten juga sangat popular dengan sifat antioksidannya yang mampu menjaga sel kulit dari kerosakan yang terjadi, juga sering digunakan sebagai pewarna makanan.

Apakah beta-karoten berbahaya?

Adalah dipercayai bahawa semua vitamin sangat berguna, dan perlu diambil sebanyak mungkin tetapi dalam kes vitamin A, perkara tidak begitu mudah: Overdos boleh menjadi sangat berbahaya, kerana dalam tindakannya, vitamin ini jauh lebih dekat dengan hormon.

Terdapat dua bentuk vitamin A

1. Beta-karoten, dianggap sebagai pendahulunya atau, secara saintifik, provitamin. Di sini organisme hidup tidak dapat menghasilkannya, dan ia perlu diperolehi melalui pemakanan sayuran.

Beta-karoten itu sendiri sangat berguna dan diperlukan untuk tubuh kita, adalah antioksidan yang kuat, namun hanya sebahagian daripada bahan ini ditukar menjadi vitamin A, kerana dipercayai bahawa daripada 12 molekul beta karoten, hanya satu bahagian akan diproses menjadi vitamin.

2. Retinol atau vitamin A, boleh disintesis dari beta-karotena dan kita masih boleh mendapatkannya dalam bentuk tulen dari produk haiwan, ayam dan ikan, serta dari multivitamin.

Dan dalam bentuk retinol, vitamin A boleh menjadi sangat toksik kerana ia sangat mudah diambil secara berlebihan dalam bentuk suplemen.

MANFAAT BETA KAROTEN

Barah

Penambahan Beta Karoten nampaknya tidak mengurangkan risiko barah (kanser) secara keseluruhan mahupun barah-barah tertentu seperti barah pankreas, kolorektum, prostat, payudara, melanoma mahupun barah kulit.

Bukti penemuan tidak menyokong sebarang peranan bagi Beta Karoten dalam merawat barah, malah paras yang tinggi boleh meningkatkan risiko barah paru-paru bagi perokok dan bekas perokok.

Ini barangkali kerana Beta Karoten tidak stabil dalam paru-paru yang terdedah kepada asap rokok di mana ia membentuk metabolit β-Karotena teroksida yang boleh merangsang enzim yang membioaktifkan karsinogen.

Kesihatan Tubuh

Makan makanan yang mengandungi karotena disyorkan untuk orang yang mengalami sistem imun yang lemah, keletihan kronik, serta semasa wabak selesema dan ARVI, dengan pengambilan secara kerap bagi membantu menormalkan proses metabolik.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan beta karotena adalah pencegahan terbaik dari penyakit mata, terutamanya untuk mereka yang mengidap penyakit seperti kebutaan malam, glaukoma dan katarak.

Beta Karoten juga diketahui mengandungi enzim anti-radang dan mampu menyembuhkan luka, kerana mempunyai kesan yang baik ke atas dermis dan membran mukus.

Selain itu, Beta Karoten juga digunakan untuk rawatan penyakit ulser trophik, furunculosis, psoriasis, luka terbakar.

Beta Karoten juga dapat membantu meningkatkan rembesan perut, serta sebagai rawatan gastrik dan ulser.

Katarak

Telah dikaji kesan pengambilan vitamin antioksidan untuk mencegah dan membantutkan perkembangan katarak berkaitan penuaan dengan menguji penambahan Beta Karoten, Vitamin C dan Vitamin E ke atas pesakit untuk mengkaji perbezaan dalam risiko katarak, pengekstrakan katarak, progresi katarak, dan pembantutan kemerosotan dalam ketajaman penglihatan.

Bagaimanapun, kajian-kajian ini tidak mendapati sebarang kesan perlindungan oleh penambahan Beta Karoten untuk mencegah dan membantutkan katarak berkaitan penuaan.

Atlet

Orang yang terlibat dalam sukan perlu menggunakan banyak mineral, vitamin dan bahan yang lain, termasuk karotena.

Atlet mempunyai proses metabolik lebih cepat daripada orang yang tidak bersukan atau kekurangan masa untuk bersenam.

Beta karotena adalah antioksidan terkuat dan oleh kerana aktiviti fizikal yang kuat meningkatkan proses oksidatif, ia akan menyingkirkan radikal bebas. Dengan karotena, latihan yang kerap akan membantu proses ini.

Beta karotena akan membantu meningkatkan metabolisme dan itulah sebabnya ia merupakan komponen penting dalam kompleks vitamin-mineral.

Dos harian?

Dos harian Beta karotena ialah 5mg, walau bagaimanapun, wanita hamil dan menyusu, serta atlet profesional serta individu yang mempunyai keadaan imunodeficiency, adalah selamat jika pengambilan dos yang lebih tinggi dari yang disyorkan ini.

Di samping itu, penggunaan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya karotena, dalam dos yang lebih tinggi, disyorkan untuk orang yang tinggal di kawasan yang mengalami suhu udara yang rendah.

Sumber Beta karotena

Beta karotena terdapat dalam buah-buahan dan sayuran yang mempunyai warna kuning, oren dan merah.

Karotena ditemui dalam kepekatan yang tinggi dalam wortel, buckthorn laut, limau, pasir, rosehip, bayam, bawang putih liar, seledri, mangga, peach, bawang putih, bawang hijau, lada merah manis, melon, salad, aprikot, brokoli, labu, tomato, Dill, lada hijau manis, kacang hijau, tembikai, ceri, plum, kentang, hati, susu, keju kotej dan mentega.

Kebaikan Dan Keburukan Beta karotena

Pengambilan Beta karotena yang tidak mencukupi pada keseluruhannya akan melemahkan sistem imun tubuh.

Selain itu, kekurangan Beta karotena dalam tubuh manusia akan memberikan beberapa kesan buruk, antaranya:
  • kualiti penglihatan berkurangan.
  • kehilangan rambut dan kuku rapuh.
  • peningkatan kekeringan membran mukus mata.
  • kerapuhan tulang dan gigi rapuh.
  • kehilangan selera makan.
  • gangguan tidur.
  • keabnormalan dalam perkembangan janin (semasa kehamilan).

Namun, pengambilan berlebihan karotena di dalam badan, juga berbahaya, kerana ia boleh menyebabkan:
  • keracunan.
  • mual.
  • muntah.
  • gatal-gatal.
  • sakit di sendi.

Satu lagi tanda pengambilan berlebihan karotena adalah, warna kulit akan bertukar warna kekuningan, namun keadaan ini tidak berbahaya.

Selepas mengurangkan pengambilannya, tubuh akan mengeluarkan lebihan melalui air kencing serta peluh dan warna kulit akan kembali menjadi normal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

SBDJ Siri 127: Direjam Dengan Buluh Kuning

SBDJ Siri 127: Direjam Dengan Buluh Kuning

Saya menjadi cemas dan cuba mengubah pandangan ke arah lain. Batang leher terasa keras dan tegang, tidak boleh digerakkan ke mana-mana. Cuma boleh memandang ke depan saja. Saya membaca beberapa potong ayat Quran penghalau syaitan dan iblis. Ternyata pembacaan saya tidak teratur dan sering mengalami kesilapan.

Toyol jadi-jadian

Dalam keadaan yang gamat itu, saya terus menjerit dengan sekuat hati.

"Tuuuukkkkkkk, tolongggg...."

Sebaik saya berhenti menjerit, nafas jadi sesak dan badan terus menggeletar tanpa sebab.

"Tukkkkk, tooolonggggg..."

Jeritan saya kali ini lebih kuat dan keras. Saya kira boleh didengar hingga ke hujung kampung. Malah orang pekak pun boleh mendengarnya, apatah lagi Datuk.

Malangnya Datuk yang saya harapkan pertolongannya tidak kunjung datang. Saya menjerit lagi untuk kali ketiga.

"Tuuuuuukkk, tolonnnnnnggg saayaaaa..."

Sebaik saja saya selesai menjerit, bahu saya dipaut dari arah sebelah kanan. Saya segera menoleh ke situ.

"Kenapa Tamar?"

Datuk kehairanan, dia renung ke depan belakang dan kiri kanan. Datuk kerut dahi sambil mengarahkan sepasang biji matanya ke bumi.

Saya yang kepenatan terus menarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan.

"Tadi ada makhluk ganjil kacau saya tuk."

" Aku ada dekat kamu, sebaik saja kamu berhenti menjerit kali kedua, tapi aku tak nampak apa-apa."

Dalam kedinginan dinihari itu, saya lihat Datuk tersenyum. Makhluk tinggi di depan saya sudah ghaib entah ke mana.

Suara lolongan anjing liar dan burung hantu masih kedengaran sayup-sayup, begitu juga dengan suara burung tukang.

"Sekarang kamu keluarkan Khoja dari dalam lubang, selesaikan semua kerja ini sebelum fajar," sambil meraba kening kirinya, Datuk mengeluarkan perintah untuk saya.

"Berat kerjanya tuk."

"Buat sekarang, jangan banyak cakap," herdik Datuk keras. Saya terdiam.

Saya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan Khoja Lisut dari lubang. Saya bersihkan pasir yang melekat di tubuhnya.

Keadaan Khoja Lisut memang tidak bermaya, mengikut apa saja yang kami lakukan terhadap dirinya.

Dari bahagian leher hingga ke bawah tubuhnya nampak putih pucat, dari leher ke muka nampak merah menyala.

Khoja Lisut dibaringkan atas pasir, Datuk membuka cawat yang membalut bahagian kemaluan (masa ditanam dalam tanah tubuhnya tidak memakai pakaian, kecuali di bahagian kemaluannya) yang dibuat dari seludang kelapa. Datuk ganti cawat seludang kelapa dengan cawat pucuk pisang.

Masa Datuk menguruskan semuanya itu, saya renung ke arah lain, malu rasanya melihat bahagian sulit Khoja Lisut.

Cawat itu Datuk ikatkan dengan tali yang dibuat dari batang pisang.

"Sekarang tolong usung Khoja ke lubuk buaya."

"Eh tuk, betul ke ni?"

"Habis kamu fikir aku nak bergurau, mari tolong aku."

Saya segera berdiri di bahagian kaki Khoja Lisut lalu mengangkat kakinya dan Datuk mengangkat bahagian kepala. Khoja Lisut kami usung ke usungan.

Waktu meranduk air sungai terasa sejuk ke seluruh tubuh. Saya terus menggigil, hampir saja kaki Khoja Lisut terlepas dari pegangan saya.

"Pegang kuat-kuat," herdik Datuk.

"Maafkan saya tuk."

"Hum, bila air sudah paras ketiak kamu, serahkan Khoja pada aku seorang. Kamu baliklah ke tepi, masa kamu ke tepi mesti jalan mengundur, jangan paling muka kamu ke mana-mana."

"Baik tuk."

Air sungai terus diharungi menuju ke lubuk. Bila air sungai sudah mencapai paras ketiak, saya segera ke tepi dan Datuk memikul sekujur tubuh Khoja Lisut seorang diri.

Datuk mara ke lubuk setapak demi setapak. Akhirnya Datuk tenggelam tetapi, tubuh Khoja Lisut masih dapat saya lihat dari tepian. Kemudian tubuh Khoja Lisut terus ghaib dan secara mendadak buaya keluar dari sarang lalu melompat atas pasir, terkapar di situ.

Datuk dan Khoja Lisut yang tenggelam di lubuk buaya masih belum timbul.

Di bawah cahaya bulan yang samar-samar itu saya lihat air di permukaan lubuk berpusing dan berputar ligat.

Buaya yang berada di atas pasir, tidak bergerak langsung seolah-olah tidak bernyawa.

"Allahu akbar."

Pasti itu suara Datuk, saya tumpukan perhatian kepada air di permukaan lubuk buaya. Tidak nampak batang tubuh Datuk di situ tetapi, saya dapat mengesan sesuatu yang aneh di permukaan lubuk.

Dalam samar-samar saya seperti terpandangkan kepala manusia tenggelam timbul di situ.

"Allahu akbar," terdengar lagi suara Datuk.

Serentak dengan itu saya lihat Datuk melonjak dari dalam air setinggi sepuluh kaki. Datuk melayang-layang di udara sejenak dan akhirnya jatuh di sisi buaya yang tersadai di pasir.

"Tuk.."

"Hummmmm..." Datuk menggeliat dan terus bangun.

"Kau tak apa-apa Tamar?"

"Tak ada apa-apa tuk."

Terdengar bunyi gelombang air yang amat kuat. Saya segera merenung ke arah lubuk.

Air di situ bergulung-gulung seperti ombak di laut macam ada sesuatu tenaga ghaib yang membuatkan air di kawasan lubuk jadi demikian.

Air permukaan lubuk terus memancut tinggi melepasi pohon-pohon yang terdapat di bibir sungai, pancutan air itu sebesar batang kelapa. Dalam pancutan air itu saya ternampak lembaga manusia.

"Syukur."

Mata Datuk menyorot pergerakan lembaga itu.

"Siapa dia tu tuk,"

"Itulah Khoja Lisut," jawab Datuk dan pancutan air dari lubuk segera berhenti.

Tubuh Khoja Lisut yang melayang di udara akhirnya jatuh betul-betul di hujung ekor buaya.

DEKAT

Datuk segera mendekati Khoja Lisut, tiga kali dahi Khoja Lisut ditepuknya dan Khoja Lisut terus terbatuk. Dia sedar dari pengsan.

"Di mana saya?" tanya Khoja Lisut.

"Kalau kamu nak tahu di mana kamu berada, kamu tengok apa yang ada depan kamu," tutur Datuk .Khoja Lisut melakukan apa yang Datuk suruh.

"Buaya," pekik Khoja Lisut.

"Ya buaya, kamu ada dekat sarang buaya," Datuk segera memegang ekor buaya lalu diletakkan ke dada Khoja Lisut. Perbuatan itu dilakukannya tiga kali berturut-turut.

Kemudian Khoja Lisut diseret ke dalam sungai kembali lalu dimandikan.

Bila sudah dimandikan Khoja Lisut tidak diizinkan memijak tanah. Datuk terpaksa memikulnya.

"Saya tak tahan sejuk macam ni," rayu Khoja Lisut yang berada di atas bahu Datuk.

Datuk terus membisu dan melangkah mendekati sang buaya yang kaku.

"Sudah sampai masanya kamu balik ke sarang, malam esok kamu aku pinjam lagi," tutur Datuk kepada buaya sambil menghentakkan tumitnya tiga kali berturut-turut atas pasir.

Sebaik saja Datuk berhenti menghentakkan tumit kakinya, buaya itu terus bergerak dan membuka mulutnya.

"Terima kasih, esok sama lusa aku pinjam sarang kamu lagi," Datuk meluahkan hasrat hatinya kepada sang buaya.

Perlahan-lahan buaya katupkan mulutnya, memusingkan badannya dengan menghalakan muncung ke sungai.

Sang buaya pun merangkak ke sungai dan terus menuju ke sarangnya (lubuk).

Saya dan Datuk segera beredar dari tebing sungai. Kami menuju ke pondok pisang sesikat.

Cuma saya saja yang masuk ke pondok pisang sesikat, Datuk berada di luar memasukkan sekujur tubuh Khoja Lisut ke dalam pasir. Dan akhirnya ditimbus separas leher.

Datuk masuk ke pondok dan sementara menanti waktu Subuh tiba, Datuk membuat ramuan perubatan tradisional dari dedaun kayu, semuanya dimanfaatkan untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai oleh Khoja Lisut.

Waktu Subuh yang dinanti-nantikan tiba. Saya dan Datuk bergegas turun ke sungai mengambil air sembahyang. Kami sembahyang bersama-sama.

Sementara menanti matahari muncul di kaki langit, Datuk terus membaca Quran dan saya disuruh membaca surah Yasin.

Sebaik saja matahari muncul di kaki langit, Datuk menyuruh saya menutup kepala Khoja Lisut dengan dedaun kering yang jatuh dalam keadaan terlentang.

Memang sukar memungut atau mencari dedaun kering yang terlentang. Walaupun sukar, tugas itu dapat saya laksanakan dengan sempurna.

Bila matahari tinggi separas kelapa dara, dedaun kering atas kepala Khoja Lisut saya pungut dan buang ke sungai.

Dalam tempoh sehari semalam menemani Datuk mengubati Khoja Lisut, sungguh perit dan menyeksakan. Tidak dinafikan yang saya memperoleh pengalaman yang amat berharga.

Sesungguhnya, pengalaman begitu tidak akan dapat dilalui oleh generasi yang terkemudian dari saya.

Pada malam kedua saya mengambil keputusan tidak mahu menyertai Datuk lagi. Tidak saya duga permintaan saya itu diperkenankan oleh Datuk dengan satu syarat.

Pada mulanya saya keberatan menerima syarat itu. Setelah saya fikir semasak-masaknya, syarat itu saya terima.

Saya diminta menemui Datuk waktu Zuhur, Asar dan Maghrib. Dalam waktu yang disebutkan itu, saya mesti berjemaah dengannya di samping membawa makanan dari rumah ke pondok pisang sesikat.

Dalam menyusun jadual yang menguntungkan dirinya, ternyata Datuk bertindak bijak yang secara tidak langsung mengikat diri saya supaya patuh dengan perintahnya.

Perkara itu dapat saya kesan bila Datuk menyuruh saya membawa makanan tengah hari, lima belas minit sebelum waktu Zuhur. Begitu juga dengan minum petang, saya mesti berada di pondok pisang sesikat lima belas minit sebelum waktu Maghrib, makanan mesti berada di sisinya.

Biasanya, selepas menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar kami makan bersama. Tetapi, selepas menunaikan fardu Maghrib perkara itu tidak dilakukan.

Datuk makan malam agak lewat, paling cepat pukul sepuluh, (setelah semua makanannya dipanaskan).

Dan saya, selepas menunaikan fardu Maghrib bersama, saya angkat kaki meninggalkan pondok pisang sesikat.

Sesungguhnya, saya dengan rela hati melakukan semuanya itu, asalkan saya jangan disuruh menemani Datuk sepanjang malam.

Pengalaman hari pertama dan malam pertama memberikan pengalaman yang amat mengerikan.

Saya tidak ingin mengulangi apa yang telah saya lalui.

KETUJUH

Petang itu, petang ketujuh saya mengunjungi Datuk. Setelah menunaikan sembahyang Asar, kami menikmati minuman petang di luar pondok pisang sesikat.

Ada ketikanya saya merenung ke arah Khoja Lisut yang terbenam dalam pasir separas leher. Khoja Lisut tersenyum ke arah saya.

Keadaannya sudah banyak berubah, dia kelihatan segar dan kepalanya tidak lagi terkulai atas pasir.

"Tamar, bawakan kopi ke sini," pertama kali saya dengar Khoja Lisut mengajukan permintaan.

Muka Datuk segera saya lihat.

"Boleh beri dia minum tuk?"

"Boleh."

Saya segera tuangkan air kopi ke cawan. Saya pun atur langkah menuju ke arah Khoja Lisut. Air kopi saya arahkan ke mulutnya, baru dua teguk menelan air kopi Khoja Lisut tersedak dan terus muntah darah.

"Cukup Tamar, cukup."

Jerit Datuk sambil berlari ke arah saya. Di tangan kirinya terselit sehelai daun buluh kering. Saya tergamam dengan tindakan Datuk itu.

Sebaik sahaja mendekati Khoja Lisut, Datuk segera melekapkan daun buluh kering ke pangkal leher Khoja Lisut.

Khoja Lisut pun berhenti muntah darah. Datuk urut bahagian belakang leher Khoja Lisut beberapa kali.

"Bagaimana rasanya," Datuk tujukan pertanyaan untuk Khoja Lisut.

Saya menggigit bibir dalam rasa cemas yang berlarutan di hati.

"Bagaimana Khoja," ulang Datuk lagi.

"Tadi masa muntah, dada rasa panas macam ada api di dalamnya, sekarang..."

"Sekarang apa rasanya?" desak Datuk.

"Terasa lega, nafas pun senang."

"Hum..." Datuk garu pangkal dagu beberapa kali.

"Buat sementara waktu ni, kau jangan minum kopi dulu," sambung Datuk.

"Baiklah, tapi bila saya boleh keluar dari sini."

"Sabarlah Khoja, masanya akan sampai."

Saya lihat kelopak mata Khoja Lisut terkebil-kebil mendengar kata-kata yang Datuk luahkan.

Datuk mengajak saya kembali ke pondok pisang sesikat. Saya menduga sebaik saja sampai ke kawasan pondok, dia akan menyuruh saya pulang.

Apa yang saya fikirkan tidak menjadi kenyataan. Datuk suruh saya duduk di sisinya. Saya tidak keberatan melakukan semuanya itu, asalkan saya tidak dipaksa menemaninya sepanjang malam dan hari.

Pengalaman hari dan malam pertama menemani Datuk memberikan pengalaman yang amat mengerikan. Sesungguhnya, saya tidak ingin mengulangi semuanya itu.

"Kamu jangan ke mana-mana, Tamar."

"Balik, saya nak balik tuk."

"Tak boleh, kamu mesti bersama aku, Tamar."

Saya menarik nafas panjang. Ungkapan dari Datuk itu menimbulkan bermacam-macam tafsiran dalam tempurung kepala saya. Ternyata saya sudah masuk ke dalam perangkap Datuk.

Dalam perkiraan saya, waktu tujuh hari yang ditetapkan oleh Datuk untuk merawat Khoja Lisut sudah cukup tempohnya.

Tidak ada apa-apa pertolongan yang diperlukannya lagi dari saya. Jadi, kenapa Datuk harus menghalang saya?

Barangkali dia mahu memberikan tugas baru pada saya, timbul pertanyaan dalam hati, keresahan mula menghantui diri.

"Tuk dah janji dengan saya?"

"Janji apa?" Datuk jegilkan biji mata.

"Dulu tuk kata, tugas saya cuma menghantar makanan ke sini, kemudian berjemaah bersama. Tugas saya petang ini sudah sempurna, saya dah bawakan makanan dan sudah berjemaah, biarlah saya balik," kata saya dengan penuh yakin.

"Ada tugas lain yang mesti kamu tolong aku, Tamar."

"Apa dia tugasnya tuk?"

"Kau tunggu saja, jangan banyak cakap, dan jangan banyak tanya," suara Datuk agak keras.

Dan saya mengambil keputusan untuk membisu.

"Begini saja tuk, biar saya ambil pakaian di rumah dulu," saya renung wajah Datuk dengan harapan permintaan saya akan diperkenankannya.

Kalau diperkenankan hilang rasa jemu, boleh baring-baring dulu di rumah. Bila dekat waktu Maghrib baru datang. Itu rancangan yang saya susun dalam kepala.

"Tak payah kau balik, biar aku yang ambil."

Saya tersentak, tidak diduga Datuk bersuara demikian. Saya kerutkan dahi.

"Kamu tunggu Khoja, biar aku yang balik ambil kain dan selimut kamu."

"Ya tuk," saya anggukkan kepala.

"Tuk balik lama atau sekejap saja," desak saya lagi.

"Bergantung pada bahan-bahan dan ramuan yang aku cari, cepat aku dapat, cepatlah aku datang," jawab Datuk dengan wajah yang selamba.

Dia mula bergerak dalam pondok pisang sesikat dari sudut ke sudut. Bagaikan orang resah tidak menentu.

SENDI

Akhirnya, Datuk mengeliat dua tiga kali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh di sendi.

Sebelum meninggalkan saya, Datuk mengunjungi Khoja Lisut, dua tiga kali bahu kanan Khoja Lisut ditepuknya.

Dia membongkok lalu membisikkan sesuatu ke cuping telinga Khoja Lisut. Apakah yang dibisikkan oleh Datuk kepada Khoja Lisut, tetap menjadi tanda tanya pada diri saya.

Datuk berpatah balik ke arah saya. Berdiri menghadapi saya dengan tangan kiri berada di pinggang, manakala tangan kanan diangkat separas bahu serta diluruskan ke depan.

Cara Datuk berdiri tidak ubah seperti berdirinya seorang pendekar yang mahu membuka langkah silat.

"Kamu jaga dia baik-baik, kalau ada buaya timbul kau halau dengan ini..." Datuk menunjukkan buku limanya ke arah saya.

Mana mungkin melawan buaya dengan penumbuk. Barangkali Datuk mahu bergurau senda.

Dalam keadaan yang tertanya-tanya itu, saya lihat Datuk membongkok mengambil sesuatu di permukaan bumi.

Bila Datuk berdiri, saya lihat di tangan kanannya ada buluh kuning yang panjangnya kira-kira lima kaki lebih.

Buluh kuning itu Datuk tatang dan lambung-lambungkan kemudian disambutnya. Lagi sekali saya bertanya dalam hati dari mana Datuk memperoleh buluh kuning itu.

"Jangan kau fikirkan bagaimana aku mendapatkan buluh ini," kata Datuk dan ternyata dia dapat membaca apa yang saya fikirkan.

Saya tidak berkata apa-apa dan terus keluar dari pondok. Saya berdiri menentang Datuk.

Jarak antara saya dengan Datuk antara 15-20 kaki. Dan saya bersedia melangkah ke arahnya untuk mengambil buluh kuning.

"Kau tunggu di situ, jangan dekati aku."

Saya berhenti melangkah.

"Kau bersedia Tamar," Datuk segera menimang buluh kuning.

"Bersedia untuk apa tuk?"

"Kau ambil buluh ni," jeritnya.

Belum sempat saya bersedia dan berbuat apa-apa, Datuk segera melemparkan buluh kuning tepat ke arah badan saya.

Dengan pantas saya mengelak dan terus melompat. Dalam masa melompat itulah saya menyambar buluh kuning. Kejayaan saya disambut oleh Datuk dengan ketawa.

Dalam keadaan tercungap-cungap saya pacakkan buluh ke tanah. Andainya saya tidak melompat dan mengelak, pasti saya tersungkur di bumi.

"Kamu tak lupa dengan langkah yang aku ajar Tamar."

"Tapi tuk..."

"Tapi apa Tamar?"

"Saya cemas dan tak sangka Datuk nak buat macam tu."

"Sesekali kamu mesti diuji," turut Datuk lalu melangkah mendekati saya. Datuk ambil buluh kuning yang terpacak di bumi.

"Ikut aku Tamar."

Saya ikut Datuk ke belakang pondok pisang sesikat. Saya lihat Datuk menajamkan bahagian hujung buluh kuning dengan golok perak.

"Bambu runcing tuk."

"Ya, dulu orang-orang Jambi menentang tentera Belanda dengan buluh yang ditajamkan seperti ini," Datuk memperlihatkan pada saya buluh yang sudah ditajamkan itu.

Kemudian buluh dicacakkan kembali ke tanah. Betul-betul di depan pondok pisang sesikat.

"Kamu cabut, bila kamu fikirkan mustahak untuk melindungi diri kamu," Datuk tatap biji mata saya dengan tajam sekali. Saya pun anggukkan kepala.

MERAH

Di langit awan petang yang berwarna merah mula timbul. Matahari kian rapat di kaki langit. Sebentar lagi senja akan melabuhkan tirainya.

Beburung berkicau riang, berterbangan mencari pepohon yang serasi untuk berteduh.

"Sekarang saya boleh balik tuk?" saya ajukan pertanyaan.

Datuk gosok hujung hidungnya dengan jari telunjuk beberapa kali. Hati saya tetap berdebar menanti jawapan.

"Tak boleh, aku yang balik. Kamu tunggu Khoja Lisut. Gunakan buluh tadi kalau kamu diganggu binatang buas atau makhluk lain," nada suara Datuk lembut tetapi bila dia menyebut perkataan 'kamu tunggu' dan 'makhluk lain' nada suara sengaja ditinggikannya.

"Tuk balik ke?"

"Itu urusan aku."

Selesai saja Datuk memberikan sebuah jelingan tajam untuk saya, dia terus melangkah tanpa mahu menoleh ke arah saya walaupun untuk beberapa detik.

Datuk hilang dari pandangan saya, ditelan oleh liku denai dan pepohon yang besar. Saya renung ke arah Khoja Lisut, dia masih terkulai di permukaan pasir.

Beberapa permukaan ekor lebah entah dari mana datangnya, terbang di atas kepala Khoja Lisut sambil berbunyi dengan nyaring.

Dan sepasang gagak turun atas pasir lalu mengais-ngais pasir di depan Khoja Lisut. Pasir yang dikais terus mengenai muka Khoja Lisut.

Beberapa ekor yang lain terus bertenggek atas kepala Khoja Lisut. Saya jadi cemas bila melihat beburung gagak itu mematuk kulit kepala Khoja Lisut.

Rambut di kepala Khoja Lisut tercabut dan jatuh bertaburan atas pasir. Anehnya, Khoja Lisut tidak bersuara, tidak menjerit minta pertolongan.

Tiba-tiba saya jadi berani. Dengan tenang saya melangkah ke arah Khoja Lisut. Saya tepuk kedua belah tangan dengan sekuat hati dengan harapan bunyi tepukan itu akan menakutkan beburung gagak, lalu terbang meninggalkan Khoja Lisut.

Saya tidak berhasil mengusir beburung gagak. Semakin rancak saya bertepuk semakin rancak pula suara gagak menguasai kawasan sekitar.

Langkah saya perlahankan, sebagai ikhtiar, saya ambil dahan kayu yang terdapat di situ dan bersedia untuk membaling ke arah sepasang gagak yang sedang mengais pasir di depan Khoja Lisut.

Sebaik saja saya angkat tangan kanan dan bersedia mahu melemparkan kayu ke arah burung gagak tersebut, saya terdengar suara Datuk berdehem dengan nyaring. Hasrat hati segera saya batalkan.

"Nanti dulu Tamar."

Datuk segera menyambar kayu di tangan saya. Kayu itu dilemparkannya ke dalam belukar dan saya dipimpin kembali ke pondok pisang sesikat.

"Gagak tuk."

"Tak mengapa, aku tahu semuanya, sekejap lagi burung-burung gagak tu mesti pergi dari situ. Burung-burung tu tak ganggu Khoja," turut Datuk.

Bagi memastikan adakah kata-kata Datuk itu benar, saya segera menoleh ke arah Khoja Lisut.

Ternyata burung-burung gagak sudah tiada lagi di situ. Saya renung muka Datuk dan dia segera memberikan sebuah senyuman yang penuh bermakna.

"Aku sebenarnya tak balik ke rumah, Tamar."

Mata saya terbeliak mendengar kata-kata itu. Datuk sudah mempermainkan saya.

"Habis Datuk pergi ke mana?"

"Aku cari ini..."

Datuk mengeluarkan seberkas pokok dan daun seribu kapit anak dari bungkusan kain batik yang pada awalnya saya duga bungkusan kain selimut dan baju. Pokok dan daun seribu kapit anak diletakkan atas lantai pondok.

"Sekarang pergi jerang air panas," perintah Datuk. Saya segera mematuhinya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 127/284

BACA: SBDJ Siri 126: Tubuh Di Awang-awangan
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

'Sakitnya Dijangkiti COVID-19 Rasa Macam Paru-paru Nak Meletup'

'Sakitnya Dijangkiti COVID-19 Rasa Macam Paru-paru Nak Meletup'

Sejak awal Disember tahun 2019 lalu, kes jangkitan wabak COVID-19 semakin meningkat sehingga menyebabkan ribuan kes kematian namun, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana wabak ini boleh meragut nyawa mangsa.

Sakitnya COVID-19

Menurut seorang pesakit warga Palestin yang dijangkiti virus itu, apa yang boleh digambarkan ialah, penyakit ini sama seperti selesema namun gejalanya lebih buruk.

Muhammad Abu Namus yang menuntut bidang perubatan di Wuhan, China berkata, pesakit yang dijangkiti wabak ini akan menderita kesakitan.

"Gejala-gejala ini sangat menyakitkan.

"Pesakit akan rasa seolah-olah paru-paru akan meletup keluar dari badan," katanya dalam temu bual dengan Sky News.

Dia turut menjelaskan bahawa wabak ini boleh memusnahkan paru-paru.

Abu Namus telah dirawat di Hospital dengan antivirals, ubat-ubatan untuk menguatkan sistem imunnya selain menjalani ujian X-ray sekali setiap tiga hari.

Bagi seorang lagi mangsa wabak COVID-19, David Abel berkata jangkitan virus ini agak berbahaya bagi mereka yang berusia.

"Jika dijangkiti wabak ini, orang yang lebih berusia menghadapi risiko yang tinggi kerana sistem imun sudah mula lemah," katanya.

David merupakan salah seorang mangsa yang dijangkiti dalam kapal pelayaran Diamond Princess yang berlabuh di Jepun.

Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Pengalaman Dirawat Hospital Kerajaan Malaysia

"Pengalaman kali ini telah membuktikan bahawa hospital kerajaan mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian tersebut."

Itulah luahan pesakit ke-13 positif Covid-19 di Malaysia, yang telah keluar dari wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selepas disahkan pulih daripada jangkitan itu.

Menerusi temu bual beliau dengan Kementerian Kesihatan, wanita berusia 40 tahun itu berkata, sebelum kejadian itu dia tidak pernah dimasukkan ke wad hospital kerajaan, dan pernah mempunyai persepsi yang kurang tepat, terhadap perkhidmatan hospital kerajaan.

Menceritakan pengalamannya ketika disahkan dijangkiti Covid-19, adik perempuan kepada kes kesembilan dan kes pertama jangkitan tempatan itu berkata, beliau tidak dapat menerima berita tersebut dan tidak pernah menjangka Covid-19 akan melibatkan keluarga dan dirinya.

"Saya bimbang kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak saya, nasib baik semua orang sihat sekarang.

"Saya dikesan membawa jangkitan Covid-19 atas 'pengesanan kontak' dan diasingkan daripada ahli keluarga, rakan-rakan lain pada waktu yang awal.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana melindungi rakyat Malaysia, daripada jangkitan Covid-19. Saya menghargai segala usaha yang dilakukan. Terima kasih," katanya yang dikesan positif Covid-19 pada 4 Feb 2020.

Katanya, selepas dimaklumkan pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19, beliau sangat gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan ahli keluarga dan kembali ke persekitaran luar, selepas ditahan di wad isolasi selama lebih dua minggu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital tersebut kerana memberi layanan yang baik, sepanjang menjalani rawatan.

Wanita itu turut menyeru orang ramai supaya bertenang dan saling membantu antara satu sama lain, selain tidak perlu risau untuk mendapatkan pertolongan atau pun bantuan perubatan, jika mempunyai gejala jangkitan.

"(Juga) Elakkan keluar ke tempat ramai orang dan rajin cuci tangan," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2