Thursday, December 19, 2019

Maksud Mimpi Melihat Lelaki Yang Dikenali


Mimpi seseorang lebih-lebih lagi jika ‘orang’ yang dilihat di dalam mimpi itu satu-satunya orang yang muncul ataupun keberadaannya terlalu menonjol, maka mimpi yang demikian itu perlulah diberikan perhatian.

Mimpi orang dikenali

Mimpi tentang seorang lelaki yang sememangnya dikenali dikatakan membawa erti yang baik dan membawa keberkatan.

1. Al-Ustaz Abu Sa’id berkata; “Bermimpi melihat lelaki yang dikenali, menunjukkan akan mendapat sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya.”

2. Bermimpi menerima barang-barang berharga daripada orang yang dikenali bererti akan mendapat sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu.

3. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.

4. Bermimpi melihat orang tua yang tidak dikenali atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu.

5. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan.

6. Sesiapa yang melihat orang tua Turki bererti, dia mendapat kawan yang baik.

7. Jika mimpi seorang lelaki dikenali yang pergi merantau ataupun sudah lama tidak ditemui, maka dikatakan petandanya orang yang berkenaan itu akan muncul kembali dalam hidup anda ataupun akan mendapat khabar atau berita terbaru berkenaan orang yang dimimpikan itu.

8. Mimpi melihat seorang pemuda yang dikenali dan jika di dalam mimpi tersebut anda melihat dia kelihatan gembira bererti suatu alamat yang baik dan menyenangkan.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

5 comments

  1. assalamualaikum sy baru bermimpi tntg seorang lelaki yg sy cntakn dtg dgn memakai kain kafan yg bersih putih chya. dia hny brdiri dtg tgk sy dgn wajah yg senyum.. 2 kli sy mmpi dia dtg diri. sblum mmpi sy trsedar dgn 1chya dr ats.. sy pjm kjp trus org yg sy cntakn tu dtg brdiri. apakah kh mksud...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum bls di email ya

    ReplyDelete
  3. Sya bermimpi masuk ke rumah kekasih dan masuk ke dalam biliknya yg terdapat banyk gantungan bjunya dan saya pegang dan cium ap maksudnya

    ReplyDelete
  4. Saya mimpikan orang yang saya kenal dipukul , dan membuat saya terasa amat sakit di bahagian hati .

    ReplyDelete
  5. saya pula sentiasa mimpikan seseorang nii dia pernah jadi kawan sekelas saya dan selalu ganggu saya dalam kelas dulu tapi bukan die seorang. tapi sya pelik lahh ulang kali saya mimpi akan dia seorang aja baru- baru nii saya mimpi dia selamatkan dari lemas dekat sungai yang agak cetek.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon