Wednesday, December 04, 2019

Maksud Mimpi Melihat Keranda, Kain Kafan Dan Memandikan Mayat


Mimpi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi membayangkan perkara yang bakal terjadi dan kemudian benar-benar terjadi. Mimpi yang baik adalah mimpi yang disandarkan kepada Allah SWT; ia adalah mimpi yang benar, yang datang dengan membawa khabar gembira dan peringatan.

Mimpi mayat keranda
Gambar hiasan.

Di bawah ini di lampirkan tafsir mimpi melihat keranda mayat, melihat kain kafan dan memandikan mayat, menurut ulama-ulama muktabar yang arif mengenai takbir dan tafsir mimpi seperti Imam Ibnu Sirin dan yang lain-lain:

Mimpi Melihat Keranda Mayat

1. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabat dan banyak hartanya.

2. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.

3. Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya, tidak baik.

Mimpi Melihat Kain Kafan

1. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati.

2. Jika bermimpi melihat kafan tidak tertutup kepala dan kakinya, bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.

3. Pendapat lain, jika bermimpi kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat, sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.

Mimpi Memandikan Mayat

1. Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya

2. Jika mimpi mayat dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat dikalangan orang yang memandikan itu.

3. Orang yang memandikan mayat menurut asal mimpinya ialah, peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.

4. Sesiapa yang mimpi melihat bersama-sama orang yang memandikan mayat, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan.

5. Jika mimpi melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya.

6. Jika bemimpi melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon