Friday, October 20, 2017

Fakta Ribut Taufan Tropika Yang Sangat Menggerunkan!


Taufan atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap.

Ribut taufan

Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara.

Untuk pengetahuan pembaca, taufan selaju 100km sejam mampu menerbangkan sebuah kereta biasa. Bayangkan dengan kelajuan yang lebih besar, pulau di lautan sekalipun mampu dihancurkan!

Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara.

Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Willy Willies di Australia.

Walaupun takat suhu lautan dan kekuatan taufan tiada kadar secara langsung, namun impak yang nyata disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Punca ribut taufan

Menurut Jabatan Meteorologi, taufan sering berlaku di kawasan tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celsius.

Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

Di darat pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda sehingga menyebabkan objek terbang sekali gus membahayakan penduduk.

Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.

Jenis dan peringkat pembentukan taufan

Terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan taufan.

Peringkat pertama gangguan tropika itu adalah sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j.

Manakala ribut tropika adalah sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j.

Sungguhpun siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.

Seterusnya, taufan pula adalah ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Ketika ini, mata taufan mula terbentuk sekaligus memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

Ribut tropika pula dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan angin maksimum meningkat melebihi 120 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan permukaan.

Selain itu, saintis mendapati dua pertiga daripada peningkatan suhu lautan, yang boleh menyebabkan taufan, disebabkan oleh tindakan manusia.

Kejadian ribut kategori empat dan lima di seluruh dunia mampu membawa kemusnahan teruk kerana kategori ribut ini adalah yang terkuat dan paling kerap berlaku.

Laporan penyelidikan dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa tempoh masa, kelajuan angin maksimum dan pelepasan tenaga yang disebabkan oleh ribut tropika telah meningkat di Atlantik Utara dan lautan Pasifik Utara sejak pertengahan tahun 1970-an.

Kejadian ribut kategori empat dan lima berlaku sebanyak 171 kali sepanjang tempoh 15 tahun dari 1975 hingga 1989, tetapi kejadian bencana itu meningkat kepada 269 kes dalam tempoh 15 tahun berikutnya.

Peningkatan intensiti tersebut berkait rapat dengan kenaikan suhu laut, yang diakibatkan oleh pemanasan global.

Saintis dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan AS juga telah mengenal pasti kemunculan musim ribut yang ketara di kawasan Atlantik Utara.

Dan lebih 50 peratus daripada punca peningkatan itu disebabkan aktiviti manusia.

Kerugian akibat ribut taufan

Apabila taufan Harvey dan Irma melanda Amerika Syarikat pada tahun 2017 ini, kerugian dianggarkan mencecah AS$290 bilion, bersamaan dengan 1.5% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat.

Kerosakan kerana taufan Irma mencecah AS$100 bilion, antara kerugian terbanyak disebabkan taufan di AS.

Taufan Harvey yang melanda Texas dan sebahagian Louisiana hujung Ogos 2017 lepas menjadi “bencana alam yang memberi kesan paling buruk dalam sejarah AS dengan kerugian sebanyak AS$190 bilion atau satu peratus KDNK yang berjumlah AS$19 trilion.

Laporan itu mengira kesan kerugian berdasarkan kemusnahan disebabkan bencana alam itu termasuklah gangguan kepada perniagaan, peningkatan kadar pengganguran, kerugian hasil pertanian termasuklah 25% kejatuhan tanaman oren, peningkatan kos minyak termasuklah gasoline, gas pemanas dan minyak pesawat penerbangan, kerosakan kepada kediaman dan kehilangan dokumentasi yang bernilai.

Taufan Matthew yang membadai Haiti pada 4 Oktober 2017 lalu menyebabkan kerugian hampir AS$2 bilion (RM8.4 bilion).

Ribut itu, yang meragut 546 nyawa menurut perangkaan rasmi, membadai ekonomi lemah negara itu, antara yang termiskin di dunia, dengan kerugian mewakili secara kasar satu perlima Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tersebut.

Wilayah Selatan Haiti teruk dilanda angin sekuat 250 kilometer sejam dengan hujan lebat.

Sektor pertanian sahaja mengalami kerugian dianggarkan hampir AS$600 juta (RM2.5 bilion) dan hujan lebat.

Lebih 175,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, dengan kerugian dianggarkan hampir AS$600 juta (RM2.5 bilion).

Pada tahun 2016 lalu, Taufan Super Haima membadai wilayah Cagayan di utara Filipina dengan angin hampir menyamai Taufan Haiyan, yang menjadi ribut paling kuat melanda negara itu dan meragut 7,350 nyawa pada 2013.

Taufan Haima melanda seluruh gunung dan komuniti perladangan di wilayah utara kepulauan Luzon pada tengah malam dan menjelang pagi, ia membawa bersama kemusnahan besar.

Sawah dan ladang jagung musnah. Banyak rumah musnah. Bangunan sekolah ranap di bawah pokok besar.

Taufan Haima membadai bandar pesisiran pantai berhadapan Lautan Pasifik dengan kekuatan angin 225 kilometer sejam dan bertiup sehingga 315 kilometer sejam.

Pada tahun 2013, kerugian akibat taufan Haiyan di Filipina mencecah AS$14.5 bilion (RM46 bilion), namun disebabkan pemilikan insurans rendah di negara itu, kerugian hanya dianggarkan antara AS$300 juta (RM956 juta) dan AS$700 juta (RM2 bilion).

Sukar memperoleh anggaran tepat kerana terlalu banyak kawasan musnah sepenuhnya termasuk, tragedi yang mengorbankan lebih 3,600 penduduk.

Laporan kerugian berbilion dolar itu turut melibatkan kerosakan bangunan komersial, kediaman, pertanian dan lapangan terbang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Puting Beliung Yang Aneh Ragut 3 Nyawa Di New Zealand

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon