Thursday, December 06, 2012

Puting Beliung Yang Aneh Ragut 3 Nyawa Di New Zealand


Satu ribut aneh yang dikategorikan sebagai puting beliung melanda bandar terbesar New Zealand, Auckland semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.

Puting Beliung Aneh

Ribut itu melanda pada jam 1.00 tengahari di pinggir bandar Hobsonville, menyebabkan pokok tumbang dan kebanyakan bumbung kediaman rosak akibat diterbangkan angin ribut.

Agensi berita New Zealand melaporkan dua kematian berlaku apabila binaan konkrit menghempap sebuah trak, manakala sumber polis mengesahkan tiga kematian setakat ini.

Sementara itu, tujuh penduduk yang tercedera sedang dirawat di hospital berdekatan.

Pekerja binaan, Sam Nuttall berkata, ribut yang berkelajuan sehingga 110 kilometer sejam itu datang tanpa amaran.

“Anda tidak boleh melihat ia datang.

“Terdapat serpihan terbang di merata tempat,” katanya kepada pemberita.

BACA INI JUGA: Pelik! Hujan Rumpai Laut Kotorkan Bandar di UK

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon