Friday, August 02, 2019

Keistimewaan Kelapa Pandan, Sedap Diminum Dan Lumayan Jika Ditanam

Keistimewaan Kelapa Pandan, Sedap Diminum Dan Lumayan Jika Ditanam

Kelapa Pandan Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'.

Kelapa Pandan

Keistimewaan kultivar kelapa pandan wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.

Ketinggian pokok kelapa pandan boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat bersegi tiga dibahagian bawah.

Penanaman kelapa pandan ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 meter x 6 meter.

Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.

Pokok kelapa pandan wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.

Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.

Anak kelapa pandan wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.

Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6 1/2 bulan selepas persenyawaan.

Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut.

Tandan kelapa pandan muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.

Petua Memilih Kelapa Pandan

Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan.

Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli.

Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya.

Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan.

Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih.

Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.

Anggaran Pendapatan

Pendapatan Kelapa

Berbuah sekitar 3 tahun hingga empat tahun. Jangka hayat dalam lingkungan 25 tahun atau lebih bergantung pada penjagaan. Dalam setahun, satu hektar kelapa pandan boleh menghasilkan buah sebanyak 28,000 hingga 30,000 ribu biji.

Manakala anggaran harga borong sebiji kelapa pandan ialah RM2.50-3.00 dan untuk harga pasaran harga sebiji boleh mencecah RM5 hingga RM12 sebiji.

Andaikata 28,000 biji kelapa di darab dengan rm3.00 sebiji = rm84,000 bahagi 12 bulan, anggaran pendapatan adalah RM7,000 sebulan. Lumayan tak? Tepuk dada tanya selera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: zonjuly

Kisah David Charles Hahn, Remaja Yang Berjaya Mencipta Reaktor Nuklear Di Belakang Rumah

Kisah David Charles Hahn, Remaja Yang Berjaya Mencipta Reaktor Nuklear Di Belakang Rumah

Kisah David Charles Hahn bukanlah satu cerita biasa, kerana sejak dari kecil lagi, David sentiasa berminat dengan kimia dan sains, sering melakukan pelbagai uji kaji kimia sekadar suka-suka namun, tiada sesiapa pun yang menyangka bahawa suatu hari nanti David Hahn akan membina sebuah reaktor nuklear yang benar-benar berfungsi sepenuhnya di halaman belakang rumahnya sendiri.

David Charles Hahn Nuclear Reactor

Pada awalnya David Hahn adalah seorang kanak-kanak biasa yang gemarkan sukan bola lisut dan juga bola sepak. Dia kemudian menyertai persatuan pengakap di sekolahnya.

Kedua-dua orang tuanya, Ken dan Patty telah bercerai dan David Hahn tinggal bersama bapa dan ibu tirinya, Kathy di Clinton Township.

Pada hari minggu, David Hahn akan bermalam di rumah ibu kandungnya pula di Golf Manor.

Punca David Hahn meminati kimia

Perubahan ketara berlaku ketika Hahn berumur 10 tahun apabila datuknya memberikannya sebuah buku bertajuk "The Golden Book of Chemistry Experiments". Sejak dari itu Hahn menjadi taksub dengan kimia.

Pada usia 12 tahun, dia telah khatam semua buku teks kimia lama milik bapanya dan pada umur 14 tahun pula, dia telah berjaya menghasilkan nitrogliserin, sejenis cecair letupan berwarna kuning yang digunakan dalam dinamit.

Pada satu malam, bahagian bahawa tanah rumah bapanya di Clinton Township telah digegarkan dengan satu letupan yang kuat.

Bapa dan ibu tirinya mendapati David Hahn sudah terbaring di lantai dalam keadaan separa sedar.

Sebelum kejadian itu berlaku, David Hahn sedang mengetuk bahan uji kajinya menggunakan pemutar skru sehingga terjadinya percikan api yang mengakibatkan letupan itu.

David Hahn dikejarkan ke hospital dengan kecederaan pada tangan dan salah satu bahagian matanya.

Ibu tirinya Kathy kemudian melarang David Hahn daripada menjalankan sebarang eksperimen di rumah.

Jadi, David Hahn memindahkan "makmal" uji kajinya ke bangsal di rumah ibu kandungnya di Golf Manor dan tidak tahu langsung tentang apa yang dilakukannya di bangsal rumah mereka itu.

David Hahn sering dilihat memakai penutup mulut di dalam bangsal milik ibunya itu dan kadang-kala melakukan uji kaji sehingga jam dua pagi.

David Hahn juga pernah dilihat membuang pakaian yang dipakainya setelah melakukan eksperimen di makmal itu namun, ibunya Patty dan Michael tidak faham apa yang dilakukan anak mereka itu disebabkan kekangan pendidikan yang terhad.

Pada Mei 1991, David Hahn berjaya mendapatkan pangkat tertinggi dalam persatuan pengakap di Amerika Syarikat dan setakat ini hanya 4 peratus orang sahaja yang berjaya memilikinya di seluruh negara.

Bagi mendapatkan pengiktirafan Eagle Scout ini, seseorang itu memerlukan 21 lencana merit atau pingat.

David Hahn telah memperolehi banyak pingat melalui pembentangan Kuasa Atomik yang dilakukan 5 bulan sebelum hari jadinya yang ke-15 dan pada waktu ini, dia sudah mempunyai cita-cita yang lebih besar.

Sanggup melakukan apa sahaja demi minat

David Hahn berazam untuk melakukan sesuatu yang lebih hebat dan bercadang untuk membina sebuah senjata neutron.

Untuk mendapatkan bahan-bahan radioaktif, dia telah memalsukan beberapa cerita dan juga mencipta identiti baharu.

David Hahn menulis surat kepada Suruhanjaya Peraturan Nuklear (NRC), mendakwa dirinya adalah seorang guru fizik di Sekolah Menengah Chippewa Valley.

Pengarah pengeluar dan pengagihan isotop agensi itu, Donald Erb telah memberikan petua kepada David Hahn bagaimana cara untuk mendapat dan mengasingkan unsur-unsur radioaktif.

Malah, Donald Erb juga menjelaskan ciri-ciri sesetengah isotop yang diletupkan dengan neutron boleh menghasilkan reaksi berantai.

Apabila David Hahn bertanya mengenai risikonya, Donald Erb meyakinkannya bahawa ia tidaklah begitu bahaya, kerana beranggapan David Hahn hanya sekadar bertanya dan tidak menyangka bahawa dia akan memilikinya dalam jumlah yang banyak.

Ini kerana kuantiti yang mencukupi untuk menimbulkan bahaya kepada awam adalah tertakluk kepada perlesenan Suruhanjaya Pengawalan Nuklear.

David Hahn kini mengetahui bahawa sejumlah kecil isotop radioaktif americium-241 boleh dijumpai dalam alat pengesan asap.

Dia kemudian menghubungi beberapa syarikat pengeluar pengesan asap dan mendakwa bahawa dia memerlukan alat pengesan asap dalam kuantiti yang banyak bagi menyiapkan satu projek sekolahnya.

Salah satu syarikat telah menjual kepadanya 100 alat pengesan asap yang telah rosak dengan harga USD 1 setiap satu.

Namun, David Hahn tidak tahu di mana terletaknya bahan radioaktif itu di dalam alat pengesan asap yang dibelinya.

Dia kemudian menulis surat kepada sebuah firma elektronik di Illinois, kononnya ingin bertanyakan soalan untuk melengkapkan "laporannya".

Seorang wakil khidmat pelanggan telah membalas surat itu dengan memberikan jawapan yang diperlukan Hahn.

Senjata neutron David Hahn

Atas bantuan itu, David Hahn dapat mengekstrak bahan radioaktif itu. Dia meletakkan americium-241 itu di dalam sebuah blok plumbum berongga dengan lubang kecil yang ditebuk di bahagian tepi supaya sinar alfa dapat keluar.

Di hadapan blok itu David Hahn meletakkan sekeping aluminium yang akan menyebabkan atom menyerap sinar alfa dan menolak neutron keluar. Kini, senjata neutron ciptaan Hahn sudahpun siap.

Dia juga membeli beratus-ratus unit tanglung gas untuk mendapatkan bahan thorium-232 yang terkandung pada karung alat itu.

Sekiranya thorium-232 dibedil dengan neutron, ia akan menghasilkan uranium-233.

Dia kemudian memulakan proses uji kajinya dengan membakar kesemua karung tanglung gas yang dibelinya itu menjadi debu.

Untuk mengasingkan thorium daripada debu, dia membeli bateri lithium bernilai USD1,000 dan memotongnya kepada dua bahagian menggunakan pemotong wayar.

Dia meletakkan lithium dan debu thorium bersama di dalam kertas aluminium dan memanaskannya menggunakan penunu Bunsen.

Dengan cara ini David Hahn telah memperolehi thorium yang 9000 kali ganda lebih daripada yang terkandung dalam alam sekitar.

Jumlah ini melebihi 170 kali ganda daripada jumlah diwajibkan untuk memohon lesen daripada Suruhanjaya Peraturan Nuklear.

Kemudian, David Hahn mula mengunjungi kedai-kedai antik bagi mencari jam lama yang mengandungi radium, kemudian mengumpul bahan radium ini dan menukarnya menjadi bentuk serbuk.

Malah, David Hahn juga meminta salah seorang rakannya mencuri beryllium daripada sebuah makmal kimia untuk kegunaannya.

Membeli uranium daripada Czechoslovakia

Apa yang lebih mengejutkan ialah, David Hahn juga memesan uranium daripada Czechoslovakia, sebaik sahaja kejatuhan kerajaan Kesatuan Soviet.

Dia juga menggunakan beberapa bahan lain seperti pita pelekat untuk menghasilkan reaktornya sendiri dan menakjubkan apabila ianya menjadi.

Uranium

Selepas projeknya siap, David Hahn mendapati tahap radiasi di kawasan itu telah meningkat secara dramatik, termasuk bilik tidurnya.

Dengan menggunakan alat pengukur, David Hahn mendapati radiasi masih boleh dikesan sejauh 5 buah rumah.

Khuatir dengan bahaya yang bakal berlaku, David Hahn mula merungkai semula reaktor nuklear binaannya itu.

Pada pukul 2.40 pagi 31 Ogos 1994, ketika David Hahn sedang mengisi bonet traknya dengan reaktor ciptaannya, seorang jiran telah menyangka seseorang sedang mencuri tayar dan menelefon polis.

Ketika polis datang dan memberkasnya, dia meminta agar polis tidak membuka bonet traknya kerana terdapat reaktor radioaktif.

Polis menyangka ia adalah bom atom buatan dan memanggil Unit Pemusnah Bom.

Pada ketika itu, trak Pontiac milik David Hahn dianggarkan mempunyai kadar radiasi 1000 kali ganda lebih daripada jumlah biasa.

Kejiranan Golf Manor dikejutkan dengan kehadiran berbelas-belas kehadiran pihak berkuasa berpakaian Hazmat di kediaman ibu David Hahn.

Pihak berkuasa persekutuan telah menyita dan membersihkan bangsal di mana David Hahn membina reaktor nuklearnya sendiri.

Walaupun tindakan Hahn itu merisikokan nyawa 40,000 penduduk berhampiran, namun segala tuduhan ke atasnya akhirnya digugurkan.

Suruhanjaya Peraturan Nuklear berkata, bangsal itu bukanlah sebuah fasiliti nuklear yang dikawal selia jadi ia bukan di bawah tanggungjawab mereka.

Pihak polis juga mengatakan ia di luar bidang kuasa mereka namun, David Hahn dilarang pulang ke rumah ibunya selama dua bulan sehinggalah keadaan benar-benar selamat daripada sebarang risiko.

Pengakhiran yang menyedihkan

Dia kemudian menyertai US Navy selama empat tahun dan menyambung perkhidmatan selama tiga tahun lagi di Marine Corps.

Apa yang menyedihkan ialah, David Hahn meninggal dunia pada tahun 2016 ketika berusia 39 tahun, bukan disebabkan oleh radiasi bahan radioaktif tetapi disebabkan mengambil alkohol dalam dos dadah berlebihan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

10 Mi Segera Paling Sedap Di Dunia, Empat Jenama Adalah Dari Malaysia

10 Mi Segera Paling Sedap Di Dunia, Empat Jenama Adalah Dari Malaysia

Majoriti pembaca pastinya suka makan mi segera kan? Kalau di Malaysia ada macam-macam jenama untuk dipilih dan semuanya sedap-sedap belaka malah, negara lain pun minat dengan instant noodle keluaran negara ini. Tak percaya?

MyKuali Penang White Curry Noodle
MyKuali Penang White Curry Noodle.

Pada tahun 2018 yang lalu, daripada 10 mi segera yang diangkat sebagai mi segera paling sedap di dunia, instant noodle jenama tempatan berada dalam kedudukan Top 10 untuk edisi 2018!

Senarai ini telah dikeluarkan oleh The Ramen Rater yang terkenal dalam membuat review untuk mi segera pelbagai perisa dari pelbagai negara.

Ini senarai 10 mi segera paling sedap di dunia edisi 2018:

1. Prima Taste Singapore Wholegrain Laksa La Mian (Singapore).

2. Red Chef Sakura Prawn Soup Noodles (Malaysia).

3. MyKuali Penang White Curry Noodle (2018 Recipe) (Malaysia).

4. CarJEN Nyonya Curry Laksa (Malaysia).

5. Prima Taste Singapore Curry Wholegrain La Mian (Singapore).

6. Red Chef Green Tom Yum Soup Noodles (Malaysia).

7. Mom’s Dry Noodle Dan Dan Noodle (Taiwan).

8. TTL White Wine Carbonara Noodle (Taiwan).

9. Nissin Demae Ramen Straight Noodle Spicy Tonkotsu Flavour (Hong Kong).

10. Gookmul Knight Of Ribs (South Korea).

Jenama-jenama mi segera paling sedap ini mungkin kurang mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia, tapi anda patut tahu, tiga daripada empat mi segera jenama Malaysia yang ada dalam senarai ini mempunyai logo halal yang sah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lobakmerah

Azan Akub Redakan Ribut

Azan Akub Redakan Ribut

Bermula dari Parit Ngah Jalil di Jalan Junid, Muar, Johor hingga tersenarai berpuluh parit lain yang bertemu dengan laut sambil itu diikuti pula sungai yang bermula dari Sungai Balang hingga ke Batu Pahat, semuanya adalah kawasan periuk nasi nelayan yang bergantung rezeki kepada laut.

Ribut di laut

Hari ini parit atau sungai sudah tidak sesibuk dulu. Laut di sebelah sini juga sudah hilang lubuk ikan malah kebanyakan nelayan sudah berpindah mencari rezeki di darat.

Meninjau kembali nostalgia zaman kegemilangan nelayan di sini, penulis yang juga dilahir dan dibesarkan dalam keluarga nelayan di Kampung Dumpar, Muar, 74 tahun lalu sempat berbual dengan seorang nelayan veteran yang mahu dipanggil sebagai Akub Orang Besi.

Dunianya di laut lebih terserlah dari di darat. Kerana itu beliau lebih banyak masa di laut.

Rakan pancing lain yang ingin bersamanya untuk menimba ilmu laut tidak mampu bertahan lama.

Tetapi, beliau sendiri tidak menolak beberapa kali hanyut di laut hingga pernah mencecah rasa masin air laut di sebelah negara jiran Indonesia.

Kehilangan beberapa minggu itu tidak merisaukan keluarga yang sudah faham dengan perangainya yang suka menghilangkan diri.

Akub juga mengakui beberapa kuala parit seperti kuala Parit Ngah Jalil, Parit Lang Baru, Parit Simpang Empat, Parit Sakai, Parit Haji Baki, Parit Raja dan banyak parit lain ada badi tersendiri atau lebih dikenal dengan nama keras, ada penunggu!

Beliau sendiri beberapa kali hilang punca tidak dapat mencari arah kuala malah menerima pelbagai dugaan daripada suara yang menyeramkan sehingga kelibat wajah menakutkan.

Akub yang tebal dengan semangat keberanian tidak patah hati malah terus berjuang dengan penuh yakin.

Ada satu peristiwa yang pernah dialami menjadi misteri dalam hidupnya dan belum terjawab sehingga hari ini.

Menurut Akub, kira-kira 15 tahun lalu beliau bersama tiga lagi rakan pancing yang sama lasak dengannya berhasrat untuk memancing sembilang di togok buluh yang sudah lama ditinggalkan, tidak jauh dari kuala Parit Simpang Empat.

Dengan menggunakan sampan berlunas leper, mereka menuju togok buluh berkenaan.

Bagaimanapun dalam perjalanan ke tempat itu, togok berkenaan hilang daripada pandangan.

“Kita dah kena main ni,” Akub bersuara kepada rakan pancingnya yang juga sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Tiba-tiba togok buluh muncul agak jauh dan Akub dengan rakannya terus menuju ke tempat berkenaan dengan bot yang menggunakan injin 30 kuasa kuda.

Perjalanan sudah agak lama tetapi sudah mencecah jam 2 petang dan belum tiba di togok buluh itu.

“Ini dah melampau,” kata Akub marah.

Beliau tidak dapat menahan sabar lagi. Dia memandang sekeliling dan dalam masa yang sama terdengar suara ketawa yang mengerikan beserta angin tiba-tiba bertiup kencang dan gelombang agak tinggi.

Sampan sudah tidak dapat dikawal lagi lalu diambung ombak.

“Kami bagaikan tercampak ke laut tetapi masih lagi dalam sampan yang terus tidak menentu haluan,” cerita Akub lagi.

Akub dan rakannya masih berdegil dan cuba memandu sampannya mencari togok buluh yang sudah hilang daripada pandangan.

Suara ketawa tambah garang dan menakutkan tetapi Akub tidak hilang akal. Beliau berdiri di hadapan bot melaungkan azan dengan sekuat hati dan membunuh suara ketawa yang sebenar tadi begitu garang serta menakutkan itu.

Angin dan ribut pun terhenti sekelip mata. Akub terus melaungkan azan hingga selesai. Tiba-tiba kelihatan togok buluh berada tidak jauh dari mereka.

Rakan pancing menepuk bahu Akub sambil geleng kepala. Akub menarik nafas panjang dan membatalkan niat hendak memancing sembilang kerana waktu itu sudah menjelang malam.

Yang aneh, ketika tiba di darat, rakan yang berlabuh di gerai mendakwa tidak ada ribut dalam masa yang terdekat ini.

Akub senyum dalam pengertian yang tersendiri kerana dia saja yang tahu apa yang berlaku sebentar tadi.

Renungan

Kita tidak harus menidakkan adanya makhluk lain yang tidak dapat dilihat. Kewujudannya untuk menakut dan merosakkan kepercayaan serta akidah kita tetapi kekuasaan Allah melebihi daripada semua kekuasaan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, August 01, 2019

SBDJ Siri 97: Udin Tarzan Yang Tewas

SBDJ Siri 97: Udin Tarzan Yang Tewas

"Kita pergi ke tempat sabung ayam", cadangan dan permintaan yang tidak pernah saya duga akan terucap dari mulut Najib. Saya berhenti melangkah. Secara mendadak sahaja saya membayangkan wajah Datuk dan pesannya yang melarang saya pergi ke tempat menyabung ayam.

Toyol jadi-jadian

Kata Datuk, perbuatan manusia menyabung ayam adalah penyeksaan pada binatang. Allah melarang manusia menyeksa binatang dan dosa itu akan bertambah bila sabung ayam dijadikan judi.

Mahu saya katakan perkara itu pada Najib. Entah mengapa, saya bagaikan tidak terdaya mahu meluahkan kata-kata itu.

Saya bagaikan dipukau mengikut rentak langkah Najib. Kawasan sabung ayam itu bukannya dekat. Kami terpaksa naik bas menuju ke tempat yang bernama Air Terjun terletak dalam daerah Larut-Matang.

Turun dari bas terpaksa jalan kaki meredah kawasan hutan yang berpaya kira-kira sebatu jauhnya.

Mungkin untuk kemudahan para penyabung ayam, kawasan yang berpaya itu dibina jalan kecil yang dibuat dari batang kayu bakau.

Saya lebih suka menyebutnya sebagai titi atau jambatan tetapi Najib menyebutnya "Jati", kependekan dari atau gabungan dari nama Jalan dan Titi.

Cuma orang-orang tertentu dan biasa berkunjung ke kawasan tersebut sahaja yang tahu mencari jalan rahsia itu.

Dari gigi jalan raya, jalan kayu itu tidak akan dapat dilihat kerana di lindungi oleh pepohon tebal.

Di celah-celah rimbunan pepohon tersebut terdapat lorong kecil yang boleh dilalui oleh manusia, basikal dan motosikal.

Di penghujung lorong itu, terdapat kawasan lapang dengan beberapa buah bangsal yang dibina khas, beratapkan daun rumbia.

Semua basikal dan motosikal orang yang mahu pergi ke tempat menyabung ayam ditinggalkan di situ.

Bagi orang-orang yang datang dengan kereta, mereka menempatkan kereta di kawasan rumah orang yang terletak di sebelah kanan jalan raya, kira-kita dua rantai dari tempat kami turun dari bas.

Kerana jalan kayu bakau itu dicantumkan tiga dan kemudian diikat dengan akar kayu rotan, membolehkan orang yang berani dan keras semangat berbasikal atau bermotosikal di titi tersebut tetapi, jumlah orang yang berbuat demikian tidak ramai.

"Dalam paya ini banyak sawa rendam, ikan pun banyak", Najib memulakan cerita setelah sekian lama berdiam diri.

Saya anggukkan kepala sambil melangkah dan memijak dengan hati-hati batang bakau beratur tiga.

Kawasan paya yang tidak berair, jadi tempat beburung dan biawak bermain. Ada ketikanya saya melihat ulat bergerak di kawasan tersebut. Semua yang saya lihat amat menyenangkan serta menghiburkan.

Najib yang kerap berkunjung ke tempat tersebut terus menceritakan keadaan sekitar pada saya dengan terperinci.

Apa yang menakjubkan saya bila melihat bebunga teratai yang berkembang segar di permukaan air.

Kalau boleh saya mahu berhenti di atas titi kayu bakau untuk menikmati keindahan alam yang terpencil itu. Bila saya nyatakan hasrat tersebut itu pada Najib, dia segera membantah.

"Tak ada sesiapa yang dibenarkan berhenti?”

"Kenapa?”, saya minta kepastian.

"Itu aku tak tahu, tetapi perkara itu sudah menjadi semacam syarat dan undang-undang. Tak ada seorang pun dibenarkan berhenti dalam perjalanan. Kalau ada melanggar, buruk padahnya."

Penjelasan yang diberikan oleh Najib membuat saya ingin mengetahui padah yang akan terjadi.

Sambil melangkah macam-macam yang saya fikirkan tentang padah buruk yang dikatakan oleh Najib.

"Apa padahnya Najib?”, saya berhenti melangkah.

Cepat-cepat Najib menolak tubuh saya supaya meneruskan perjalanan. Dari air mukanya, ternyata Najib tidak berkenan dengan tindakan yang saya lakukan.

"Apa padahnya, Najib?”, saya mengulangi.

"Dipanah petir, dibaham harimau atau sebagainya," suara Najib tersangkut-sangkut.

Langkahnya diperlahankan. Dia kelihatan bimbang dan seperti menyesal menjawab pertanyaan saya. Matanya merenung ke kawasan paya yang ada tanah dan ditumbuhi pepohon rendang.

"Kau tengok, Tamar," jari telunjuk Najib menunjuk ke arah pepohon rendang.

Saya terkejut, seekor ular sawa sebesar pemeluk bergerak di situ, menuju ke kawasan berpaya lalu berenang dalam paya.

Perasaan saya jadi gementar, kerana ular sawa itu menuju ke arah kami. Dan saya mula yakin tentang penunggu yang dikatakan oleh Najib.

"Jib", kata saya lemah, bila melihat ular sawa mendekati titi.

"Sabar, kau jangan tegur, kau cakap...”, Najib berhenti bercakap.

Wajahnya nampak pucat. Air dalam paya terus beralun akibat gerak badan ular sawa.

Dalam sekelip mata ular sawa yang bercorak, macam kain batik itu sudah berada dalam jarak yang dekat dengan kami.

Dalam beberapa minit dia boleh memanjat tiang jambatan lalu membelit dan menelan kami. Mengingati semuanya itu, perasaan gementar saya tidak boleh ditahan-tahan lagi.

"Nak cakap apa Najib?", tanya saya terketar-ketar.

"Aku dah lupa Tamar."

"Kalau lupa, kita mati."

"Mati", kata Najib dalam nada suara yang lemah.

MULUT

Saya toleh ke kanan, saya lihat wajah Najib seperti mahu menangis. Mulutnya separuh terbuka dan sepasang matanya merenung ke setiap sudut kawasan yang berpaya itu.

Air paya terus beralun dan bergelombang. Ular sawa besar itu sudah pun berada di bawah titi lalu memanggungkan kepalanya.

Saya bertambah cemas dan menyerahkan segala-galanya pada keadaan. Bila-bila masa sahaja ular sawa itu boleh memanjat ke atas titi.

"Kita mesti bertindak, Najib," saya bersuara.

"Bertindak? Bertindak apa?” Najib bagaikan terkejut dari satu lamunan yang panjang.

Dia sudah lupa dengan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Barangkali dia terkena badi penunggu paya, fikir saya.

"Kau kata tadi, kita mesti baca. Apa yang nak kita baca?" saya cuba mengingatkan.

Kali ini, saya lihat Najib kedutkan dahi. Dia tersenyum. Langkahnya dipendekkan.

"Kita cakap macam ini Tamar: Datuk nenek penunggu paya, anak cucu nak tumpang lalu, janganlah kacau kami, izinkan kami lalu," kata Najib dengan nada suara yang cukup tinggi.

Boleh didengar oleh sesiapa yang berada dalam jarak lima enam rantai dan saya tanpa segan-segan terus mengikuti kata-kata yang diucapkan oleh Najib dengan kuat. Suara saya dan Najib menguasai kawasan paya itu.

Ular sawa di bawah titi bagaikan faham dengan apa yang kami katakan. Ekornya melibas ke kiri dan ke kanan, hingga air paya bergelombang.

Kemudian, ular sawa itu memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri macam mencari sesuatu. Akhirnya terus menyelam.

Apa yang kami lihat ialah gelombang air paya yang bercampur dengan selut. Pepohon kecil di tepi paya bergerak lemah.

"Selamat kita, penunggu paya tahu cakap kita", ujar Najib, mukanya kembali merah. Keriangan dan rasa megah terpamer di wajahnya.

"Kau jangan berhenti lagi, berniat nak berhenti pun jangan ada dalam hati," satu ingatan keras dari Najib.

"Ular sawa tu lari kerana terkejutkan suara kita, bukan kerana dia faham cakap kita, mana ada binatang yang faham cakap manusia," saya meningkah.

"Kamu jaga mulut Tamar, kalau tak ada penunggu yang kacau kamu, aku hentak kamu dengan penumbuk ini," Najib acukan buku lima ke batang hidung saya.

Sakit rasa hati dengan tindakan Najib itu. Dia mencabar kejantanan saya. Tak mengapalah, kepercayaannya pada perkara tahyul dan mengarut tidak boleh di bantah buat sementara waktu, fikir saya sambil menggigit bibir.

Kami pun sampai ke tempat yang dituju. Memang tidak saya sangka kawasan sabung ayam itu cukup bersih dan cantik.

Tidak jauh dari gelanggang sabung terdapat dua buah pondok yang lengkap dengan tandas, telaga, tempat tidur dan dapur masak.

Pondok yang sebuah lagi itu, saya kira sebuah warung yang menjual makanan, rokok dan lain-lain.

Terdapat beberapa jalan rahsia untuk menyelamatkan diri jika diserbu oleh pihak berkuasa.

Waktu saya tiba, dua ekor ayam sedang berlaga. Saya mendapat tahu salah seekor dari ayam itu, adalah ayam sabung jaguh dari Kelantan yang datang khas untuk melawan ayam jaguh tempatan.

Orang yang bertaruh wang pun bukan sedikit jumlahnya. Kawasan hutan itu, bergegar dengan tempik sorak orang berjudi.

Sedih saya melihat ayam sabung tempatan kalah dengan jaguh ayam sabung dari Kelantan.

Tuan punya ayam sabung yang datang dari Kelantan itu kecil orangnya. Dia tidak mahu menyebut dirinya datang dari Kelantan. Dia megah, kalau disebut sebagai orang Melayu Pattani.

"Mana jaguhnya?" seorang lelaki muncul di tepi gelanggang.

Orangnya berbadan tegap, berkulit gelap dan memperkenalkan dirinya sebagai Agam sahaja. Semua orang berada di situ merenung ke arah Agam. Beberapa orang segera menghilangkan diri.

Mereka syak, Agam anggota polis yang datang menyamar sebagai penyabung ayam.

Dalam keadaan yang agak berkocak itu, Udin Tarzan muncul dari belakang warung. Mata Udin Tarzan tertumpu ke wajah saya.

"Apa kamu buat di sini Tamar?”, soalnya.

"Saja datang."

"Datuk kamu tahu kamu datang ke sini?”

"Tak tahu."

"Hum, kamu yang bawa orang yang bernama Agam ke sini?”

"Tidak, baru kenal di sini."

"Hummmm," keluh Udin Tarzan.

Saya kenal benar dengan Udin Tarzan yang berbadan tegap. Lengan dan pahanya nampak berulas-ulas. Jaguh gaduh dan kaki pukul.

Tetapi, dia pernah kecundang dengan Datuk dan akhirnya amat menghormati Datuk.

Patutlah saya jarang bersua dengannya. Rupa-rupanya Udin Tarzan sudah jadi pengawal keselamatan tempat sabung ayam, bisik batin saya. Din Tarzan terus memerhatikan gerak-geri si Agam.

Saya teringat secara tiba-tiba bagaimana Udin Tarzan mencabar Datuk di depan masjid Kampung Kota, sebaik sahaja Datuk keluar dari masjid setelah menunaikan sembahyang Zuhur.

Udin Tarzan terus menghulurkan tangan kanan tetapi kakinya cuba menyepak pangkal paha Datuk. Sebelum sepakan itu kena paha, Datuk undur setapak ke belakang.

"Dengar khabar awak orang tua handal, boleh saya cuba?" tanyanya.

"Saya tak pandai dan handal. Kau tahu, yang paling handal dan kuat ialah Allah, saya minta pertolongan dari-Nya," jelas Datuk.

"Saya anak Pulau Pangkor dari Sungai Pinang. Saya nak uji awak," Udin Tarzan terus mencabar.

"Tak usahlah," kata Datuk.

"Saya nak cuba," Udin Tarzan keluarkan golok panjang. Datuk jadi cemas. Datuk terus membongkok dan ambil sepotong kayu.

"Tak usahlah bergaduh, baik kau balik," Datuk terus memujuk.

"Orang tua penakut," Udin Tarzan terus mencabar.

"Baiklah, kau berhajat kau tetak saja kayu ini, kalau putus aku mengaku kalah," kata Datuk lalu menghulurkan kayu yang dipegangnya pada Udin Tarzan.

"Hiss...”, sindir Udin Tarzan dengan sekali gus dia menetak kayu yang dihulurkan oleh Datuk kepadanya.

Dengan sekali tetak kayu itu putus dua, bahagian hujung yang terputus itu melayang ke depan lalu memukul pangkal kemaluan Udin Tarzan.

Dia terpekik terlolong menahan kesakitan. Datuk segera merawatnya. Bila sakitnya hilang, dia segera berjabat tangan dengan Datuk.

"Saya tahu awak bukan orang tua sebarangan. Tua awak tua berisi. Belum pernah kayu yang ditetak datang pada orang yang menetaknya, bukan sekali dua saya menetak kayu yang dihulurkan orang, tetapi dengan awak saya terkena", kata Udin Tarzan.

"Kamu mesti belajar lagi", ujar Datuk sambil menggosok-gosok kepala Udin Tarzan.

Sejak itu, rasa hormatnya pada Datuk tidak terhingga. Kadang-kadang amat keterlaluan.

Bila dia menghormati Datuk, dengan sendirinya dia amat segan dengan saya. Dia selalu memikirkan yang Datuk telah mencurahkan bermacam-macam ilmu pada saya.

"Kamu dari mana?" Udin rapat pada Agam.

Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya tumpas. Agam tersenyum sambil melurut kepala ayam sabungnya dengan manja.

"Aku dari Ulu Bernam. Dengar khabar ayam di sini jaguh-jaguh belaka, aku nak mencuba."

"Kamu mata gelap polis," tuduh Udin Tarzan.

"Tidak, kalau tak percaya sila periksa," jawab Agam.

Dia segera diperiksa oleh kakitangan Udin Tarzan. Mereka puas hati, Agam bukan hantu polis.

Udin Tarzan segera memberitahu ketuanya, (orang yang menjalankan judi sabung ayam haram) seorang lelaki keturunan Pakistan (emak Melayu, ayah Pakistan) yang berbadan tegap.

Dia hanya muncul sekali-kali untuk mengutip bayaran pada orang yang menggunakan gelanggangnya.

Orang yang menang kena bayar dan yang kalah pun kena bayar. Kalau membantah, Udin Tarzan akan bertindak.

Bila ketua Udin Tarzan puas hati dengan laporan yang diberi, Udin Tarzan pun mengumumkan yang gelanggang boleh digunakan.

Sebelum ayam sabung dilepaskan dalam kawasan gelanggang, Udin Tarzan minta tiga ringgit seorang dari orang yang mahu bersabung ayam.

Orang ramai mula bersorak, orang dari Kelantan mula melepaskan ayam sabungnya di gelanggang.

Agam masih berdiam diri. Orang dari Kelantan terpaksa mengambil ayamnya kembali.

Agam terus duduk di bucu gelanggang. Matanya renung setiap wajah yang ada di situ. Bila matanya bertentang dengan mata saya, dada saya terus berdebar.

"Aku rasa lain macam aje orang tua tu", bisik saya kepada Najib.

"Ya, aku pun macam tu. Matanya macam ada satu kuasa. Namanya pun ganjil. Mana ada orang nama Agam, kalau Adam tu adalah," Najib memberikan pendapatnya.

Saya tidak berani menentang mata Agam tetapi, saya merasa yakin kedatangan Agam di situ bukan untuk menyabung ayam.

Dia ada mempunyai niat yang lain. Apakah tujuannya yang sebenar, saya tidak dapat memberikan jawapan.

"Jangan-jangan dia penunggu paya yang menyerupai manusia", tercetus kata-kata itu dari Najib.

Saya segera menjuihkan bibir ke depan. Kemudian saya senyum sinis padanya. Najib segera menarik wajah masam. Dia kurang senang dengan tingkah laku saya.

"Kamu tak percaya dengan apa yang kamu tengok?”, soal Najib mendadak.

Saya terus gosok pangkal hidung beberapa kali. Sukar untuk memberikan jawapan. Silap jawab, boleh mengecilkan hati dan perasaannya.

"Kau tak percaya, Tamar?”, Najib minta kepastian.

"Susah aku nak cakap, Najib."

"Sama ada kau percaya atau tidak, itu hak kamu. Aku tak boleh paksa. Masing-masing ada pendirian. Aku harap pendirian kita yang berbeza, tak merosakkan hubungan kita."

"Aku setuju Najib, pendirian dan persahabatan memang tidak sama.”

"Ya, kau betul, Tamar."

Hati saya cukup lega. Najib terhindar dari rasa kecil hati. Saya yakin hubungan kami pasti terus erat.

Masing-masing bersedia bertolak ansur. Menghormati dan menghargai pendirian serta pendapat antara satu sama lain.

Saya menarik nafas lega dalam sinar matahari petang yang kian meredup.

WAJAH

Saya dongak ke langit, melihat gumpalan awan putih yang berarak menuju arah selatan.

Beberapa orang yang berada di bucu gelanggang menjeling ke arah Agam dengan penuh rasa curiga.

Saya lihat Agam tetap tenang, sesekali dia mengukir senyum sambil mengguris-guris tanah di depannya dengan ranting kayu.

"Mana ayam awak? Gelanggang tak boleh di biar lama-lama begini", Udin Tarzan bercekak pinggang depan Agam.

Tanpa membuang masa Agam terus toleh kiri dan toleh kanan.

"Tengok apa?”, suara Udin Tarzan makin keras dan garang.

"Heh, nanti orang bawa ayam datang.”

"Berapa lama saya nak tunggu?", Udin Tarzan genggam penumbuk.

Terus berlegar-legar di depan Agam. Saya segera renung wajah Najib dengan rasa cemas.

Bagaikan diarah oleh kuasa ghaib, serentak saya dan Najib beredar dari tepi gelanggang menuju ke pohon kundang condong.

Saya kira, berada dalam jarak jauh dari gelanggang paling selamat. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, boleh angkat kaki dengan segera.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 97/284

BACA: SBDJ Siri 96: Harimau Disangka Kucing
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Pekerjaan Pelik Peminta Maaf Profesional

Pekerjaan Pelik Peminta Maaf Profesional

Kadang-kadang, realiti kehidupan kita seharian adalah lebih pelik daripada rekaan. Ini bukan tentang silap mata atau ikan duyung, tetapi ia tentang perkara paling pelik yang benar-benar wujud di muka bumi ini.

Peminta Maaf Profesional
Gambar hiasan.

Jika anda mahir menunjukkan perasaan menyesal dan pandai membuatkan orang lain berasa lebih baik setelah melalui situasi yang menyedihkan, anda mungkin sesuai menjadi seorang peminta maaf profesional.

Syarikat seperti Southwest Airlines melantik calon yang berkelayakan untuk berurusan dengan pelanggan berang dengan perkhidmatan yang diberikan.

Secara mudahnya, anda akan dibayar untuk meminta maaf kepada pelanggan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Misteri Keranda Tergantung Etnik Bo Dan Guyue Di China

Misteri Keranda Tergantung Etnik Bo Dan Guyue Di China

Etnik Bo dan Guyue yang berasal dari selatan China tidak menanam mayat penduduk yang mati daripada etnik mereka sebaliknya, mereka akan meletakkan jasad tersebut dalam keranda dan menggantungnya di tebing yang tinggi.

Keranda Tergantung Etnik Bo Dan Guyue

Dikatakan ritual pengebumian unik ini bukan sahaja diamalkan oleh etnik Bo dan Guyue dari China, tetapi turut diamalkan oleh beberapa etnik kecil yang tinggal di beberapa negara seluruh Asia seperti Filipina dan Indonesia.

Mengapa keranda ini digantung?

Sehingga sekarang, sejarawan belum lagi menemui sebarang catatan mengapa masyarakat etnik ini mengambil keputusan untuk menggantung keranda bersama mayat di dalamnya.

Ada pendapat yang mengatakan ia bagi memudahkan roh mayat untuk naik ke langit kerana lebih dekat dengan langit.

Selain itu, ada juga yang mendakwa dengan menggantung mayat di tebing bukit ini, ia dapat mengelakkan mayat tersebut daripada dikorek dan dimakan oleh binatang-binatang buas atau dirosakkan oleh manusia.

Amalan ini dikatakan juga bagi memastikan tanah-tanah bebas daripada sebarang mayat agar dapat dimanfaatkan untuk tujuan pertanian.

Pada masa kini, keranda-keranda yang masih tergantung ini masih dapat dilihat di kawasan selatan dan tengah China, terutamanya di kawasan terpencil sepanjang Sungai Yangtze yang mengalir dari Himalaya ke pantai timur China.

Keranda-keranda yang digunakan ini tidak mempunyai bentuk yang standard tetapi biasanya dihasilkan daripada satu batang pokok, biasanya yang berlubang di bahagian tengah-tengah atau diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.

Keranda ini biasanya disusun rapat ke dinding bukit dan bersusun dari atas ke bawah.

Misteri yang belum dapat dirungkai

Kerja-kerja menggantung keranda ini pada dinding bukit yang curam bukanlah tugas yang mudah malah, berat keranda dan jasad di dalamnya menyukarkan usaha menggantung keranda di pada dinding bukit.

Bagaimana masyarakat etnik ini menggantung keranda ini masih menjadi misteri dan tanda tanya.

Bagi keranda yang terletak berhampiran dengan puncak atau bahagian atas bukit, ianya mungkin lebih mudah kerana keranda tersebut boleh diturunkan daripada atas menggunakan tali.

Dan keranda yang berada hampir dengan tanah, ianya mungkin tidak begitu sukar kerana boleh dinaikkan menggunakan tangga.

Penemuan kesan-kesan takuk pada permukaan batu di beberapa tempat menunjukkan besar kemungkinan perancah (scaffold) digunakan untuk meletakkan keranda pada lokasi yang diingini.

Etnik Bo dikatakan pupus daripada muka bumi sejak 400 tahun lalu dipercayai telah dibunuh oleh Dinasti Ming ketika pemerintah ketika itu melakukan pembersihan etnik minoriti di kawasan barat daya China.

Bagi mengelakkan tekanan, masyarakat etnik ini dipercayai telah bermigrasi ke tempat lain dan berasimilasi dengan penduduk pribumi tempatan.

Terdapat ratusan keranda tergantung yang masih dapat dilihat di kawasan Sichuan, Yunna dan Guizhou tetapi sebahagiannya telahpun jatuh ke bumi.

Selain daripada 3 daerah ini, dipercayai masih terdapat ratusan keranda tergantung yang masih wujud di bahagian selatan China.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Maksud Mimpi Melihat Harimau

Maksud Mimpi Melihat Harimau

Bagi orang-orang yang percaya bahawa mimpi memiliki makna tertentu, mereka akan cenderung percaya para ahli tafsir atau ramalan kuno mengenai erti mimpi yang mereka alami, apatah lagi jika mimpi yang dialami mudah diingati.

Mimpi Melihat Harimau
Gambar hiasan.

Lalu, apakah ada erti khusus berkaitan tentang mimpi melihat harimau? Mari kita semak.

1. Erti Mimpi Di Kejar Harimau

Tahukah anda bahawa maksud mimpi dikejar harimau dapat ditafsirkan sebagai satu petanda yang kurang baik.

Ketika anda sedang melakukan suatu usaha atau bisnes, secara tidak dijangka anda akan mendapati adanya persaingan.

Sebagai orang yang beriman, saat mengalami mimpi ini maka wajib bagi anda untuk tetap tenang dan berdoa kepada Allah atas kelancaran usaha yang sedang dilakukan.

Hal ini sesuai seperti yang tertulis dalam Al-Qur’an surah Al-Kahfi ayat 10, yang menjelaskan tentang doa agar dimudahkan dalam kelancaran usaha dan segala urusan.

2. Erti Mimpi Melihat Harimau

Dalam sebuah mimpi melihat harimau terkandung makna suatu tanda yang sangat baik, iaitu anda akan menjadi orang berwibawa yang dihormati ramai orang.

Jika anda mendapat mimpi ini, maka bersyukurlah kepada Allah atas rahmat yang telah diberikan.

Atas nikmat-Nya, anda akan mendapat kedudukan yang sangat baik di mata masyarakat.

Dalam menanggapi mimpi melihat harimau ini sesuai dengan ajaran islam di dalam Al-Qur’an surah Al-Naml ayat 19.

Ayat ini menjelaskan tentang rasa syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya.

3. Erti Mimpi Digigit Harimau

Maksud mimpi digigit harimau dapat ditafsirkan sebagai suatu petanda yang kurang baik, yang mengandungi erti bahawa, akan menyebabkan suatu keraguan di hati orang-orang di sekelilingnya.

Saat mendapat mimpi yang sedemikian, maka anda haruslah bersabar dan memohon petunjuk daripada Allah untuk menghadapi masalah tersebut di masa yang akan mendatang.

Berdoalah sesuai dengan ajaran islam yang telah tertulis jelas dalam Al-Qur’an surat Thoha ayat 25-28, yang menjelaskan bahawa Allah akan memudahkan segala urusan hamba-Nya dan memberinya petunjuk.

4. Erti Mimpi Melihat Harimau Jinak

Maksud mimpi melihat harimau jinak dapat dilambangkan sebagai petanda yang baik.

Bagi yang mengalaminya akan segera mendapat petua atau nasihat dari orang-orang terdekatnya.

Nasihat tersebut merupakan suatu gambaran perhatian akan hal baik kepada anda.

Oleh sebab itu, saat mendapati sebuah mimpi seperti di atas maka perbanyakkan bersyukur atas segala rahmat dan kurnia Allah, anda masih diberikan nikmat berupa sebuah nasihat dari orang terdekat.

Ucapan rasa syukur ini sesuai dengan ayat Al-Qur’an dalam surah Al-Isra ayat 111, yang menjelaskan bahawa setiap kali kita mengalami kesulitan, pasti ada jalan penyelesaian melalui orang-orang terdekat.

5. Erti Mimpi Melihat Harimau Putih

Maksud mimpi melihat harimau putih melambangkan satu petanda bahawa anda akan mendapat suatu hal yang baik.

Perkara tersebut merupakan rezeki melimpah yang Allah turunkan kepada hamba-Nya.

Saat mengalami mimpi ini, maka anda haruslah bersyukur dan berdoa kepada Allah agar selalu diberikan rezeki yang melimpah dari Allah SWT.

Doa memohon rezeki sesuai dalam Al-Qur’an surat Al-Maidah ayat 114, yang menjelaskan akan suatu permohonan rezeki melimpah ruah daripada Allah SWT.

TAFSIR MIMPI LAIN

1. Akan Sakit Tenat

Jika mimpi melihat harimau dan anda digigit oleh harimau tersebut, ertinya anda akan mendapat sakit yang teruk dalam waktu terdekat.

Ini mungkin disebabkan anda kurang menghiraukan soal kesihatan diri.

Oleh kerana itu, sebaiknya anda haruslah segera mengubah gaya hidup anda dengan makan makanan yang sihat, berkhasiat dan cubalah hindari stres.

Jika anda terlalu sibuk, carilah waktu untuk beristirehat dan lakukan hobi kegemaran anda.

2. Akan Memperoleh Kemuliaan Dan Kehormatan

Jika di dalam mimpi anda melihat harimau tetapi tidak digigit, ini ertinya anda akan memperoleh kemuliaan dan kehormatan di tengah masyarakat.

Hal ini mungkin kerana usaha anda selama ini dalam melakukan sesuatu sehingga dilihat memiliki keperibadian yang baik.

Namun, walaupun kebaikan anda telah diakui oleh masyarakat, janganlah berubah menjadi sombong, angkuh dan takbur.

3. Mendapat Penghargaan Atas Kerja Keras

Mimpi melihat harimau jinak pula memiliki maksud yang baik, iaitu anda akan memperolehi penghargaan atas kerja keras anda selama ini.

Bagi orang lain, kerja keras yang anda lakukan dianggap sebagai bentuk keseriusan anda dalam menjalankan tanggungjawab.

4. Mendapat Nasihat Yang Baik

Harimau putih sering dikaitkan dengan hal-hal ghaib dan kepercayaan mistik dan jika anda bermimpi melihat harimau putih, maksudnya anda akan mendapat nasihat atau petua yang sangat baik.

Petua itu mungkin daripada orang-orang terpercaya, seperti ulama, guru atau orang-orang yang berilmu.

5. Jangan Ragu-ragu

Mimpi melihat harimau menandakan anda harus menghilangkan rasa ragu yang sedang anda rasakan ketika ini.

Keraguan itu hanya akan menghalang anda dari mendapat pengalaman baru, kerana pengalaman merupakan perkara yang sangat berguna bagi anda untuk menjadi lebih baik.

6. Percaya Kepada Orang Lain

Jika ingin mendapat kepercayaan dari orang lain, maka anda juga harus mempercayai orang lain.

Hilangkan rasa curiga yang anda rasakan terhadap orang lain, kerana perasaan curiga hanya akan memberikan anda fikiran yang negatif.

Selain itu, jika tidak percaya kepada orang lain, anda juga akan menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan orang di sekitar anda.

7. Ada Masalah Percintaan

Adakah anda mengalami mimpi pelik seperti melihat harimau masuk rumah lalu keluar?

Ini ertinya, anda ada masalah dalam hubungan percintaan, yang mungkin disebabkan adanya orang ketiga dalam hubungan anda dan pasangan.

Untuk itu, cubalah perhatikan adakah pasangan anda menunjukkan tanda-tanda selingkuh?

Namun, anda harus berhati-hati agar hubungan dengan pasangan tidak menjadi renggang.

Jika anda berdua memang saling mencintai, maka masalah apapun akan tetap kalian hadapi bersama dan selesaikan.

8. Rumah Tangga Sedang Diuji

Mimpi melihat harimau juga bererti rumah tangga anda sedang diuji oleh suatu masalah.

Masalah dalam rumah tangga merupakan perkara biasa untuk dialami oleh pasangan suami isteri.

Maka, untuk itu anda dan pasangan haruslah berusaha menjaga keharmonian rumah tangga.

9. Akan Mendapat Pesaing Hebat

Mimpi melihat harimau juga menandakan bahawa akan ada persaingan yang cukup sengit dalam usaha yang sedang anda lakukan.

Sebaiknya, jangan menjadikan persaingan ini sebagai hambatan untuk menghalang usaha anda.

Sebaliknya, jadikan ia sebagai motivasi untuk terus belajar dan penggalak semangat dalam mengembangkan usaha anda.

Dengan memiliki kemahuan untuk terus berkembang, maka persaingan yang anda akan hadapi hanya akan membuatkan anda semakin kuat dalam berusaha.

10. Disegani Masyarakat

Harimau sering dikaitkan dengan kegagahan dan kekuatan, maka jika bermimpi melihat harimau, ertinya anda akan mendapat kehormatan di tengah masyarakat.

Anda dianggap sebagai tokoh yang patut disegani oleh orang lain kerana selama ini anda telah menunjukkan ciri-ciri seorang yang berwibawa.

Anda akan menjadi seseorang yang disegani, ertinya orang disekitar akan lebih memperhatikan tingkah laku anda sebagai contoh untuk mereka.

11. Mendapat Rezeki

Jika yang anda lihat adalah anak harimau, ertinya anda akan mendapat rezeki yang cukup besar.

Mimpi tentang anak/bayi, seperti erti mimpi menyusui bayi dan mimpi menggendong bayi, sering dianggap sebagai petanda keuntungan di dunia.

Ini juga yang akan terjadi jika yang dimimpikan adalah anak harimau namun, sebaiknya anda mempertahankan usaha anda saat ini untuk benar-benar mendapat rezeki yang banyak.

Bukan hanya itu, anda juga harus memastikan usaha yang dilakukan halal, agar rezeki yang anda perolehi merupakan rezeki yang berkat.

Jadi, demikianlah maksud mimpi melihat seekor harimau dan setiap makna dalam mimpi harimau di atas berbeza-beza, juga bergantung kepada situasi semasa anda. Ada yang baik dan ada yang kurang baik.

Dalam menanggapi sebuah makna dari sebuah mimpi, anda haruslah berserah diri kepada Allah dan mohonlah segala kebaikan dari-Nya.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, July 30, 2019

Penemuan Harta Karun Yamashita Di Filipina!

Penemuan Harta Karun Yamashita Di Filipina!

Sebut saja tentang harta karun, kita akan membayangkan kekayaan melimpah ruah yang disembunyikan di tempat-tempat terpencil dan tidak diketahui orang seperti yang sering dipaparkan dalam filem dan siri televisyen.

Harta Karun Yamashita

Dan sehingga hari ini, masih ada khazanah yang masih belum dijumpai dan terus menimbulkan minat ramai untuk memburunya.

Menyebut tentang harta jeneral Jepun semasa Perang Dunia Kedua (WWII), ia menimbulkan polemik dalam kalangan ramai pihak sehinggalah ia menjadi rebutan antara seorang pembuat kunci dengan diktator Filipina, Ferdinand Marcos.

Seperti rejim Nazi Jerman ketika era WWII, Jepun juga tidak ketinggalan melakukan penjarahan dan merampas khazanah-khazanah berharga di Asia Pasifik terutama di rantau Asia Tenggara.

Menurut penulis dan sejarawan Sterling Seagrave menerusi dua bukunya bertajuk The Yamato Dynasty: The Secret History of Japan’s Imperial Family (2000) dan Gold Warriors: America’s Secret Recovery of Yamashita’s Gold (2003), aktiviti penjarahan ini juga bersifat skala besar di mana hasil penjarahan akan dibawa ke Jepun untuk membiayai usaha perang.

Sterling dan isterinya yang juga penulis bersama dua buku itu, Peggy Seagrave, turut mendakwa aktiviti ini membabitkan ramai figura termasuk ketua yakuza (organisasi jenayah terancang Jepun) terkenal, Yoshio Kodama dan Maharaja Hirohito sendiri.

Kebanyakan harta rampasan ini diambil dari bank-bank, depositori, premis-premis komersial, muzium, rumah-rumah kediaman dan pusat-pusat keagamaan.

Pada mulanya, ia dikumpul terlebih dahulu di Singapura sebelum kemudiannya dibawa ke Filipina.

Mengikut rancangan, selepas tamat perang, harta rampasan ini akan dibawa ke Jepun, tetapi hasrat tersebut terbantut atas satu sebab: gangguan armada perang pihak Bersekutu dipimpin Amerika Syarikat.

Bukan sekali kapal-kapal dagang Jepun ini ditenggelamkan sama ada oleh bom pesawat udara atau terkena torpedo kapal selam.

Dan berdasarkan pemerhatian pasangan Seagrave, sesetengah kapal yang ditenggelamkan ini dikatakan membawa harta rampasan perang Jepun.

Keadaan ini memaksa pihak Jepun menyembunyikan harta rampasan perang ini di tempat-tempat terpencil dan tidak diketahui orang seperti bunker bawah tanah dan gua sehingga keadaan kembali tenang.

Tetapi, dengan kekalahan Jepun pada tahun 1945, sebarang usaha membawa keluar harta berkenaan akhirnya hancur berkecai.

Ini ditambah kebanyakan figura yang mengetahui lokasi harta yang tersembunyi terbunuh dalam peperangan atau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah perang.

Yamashita sendiri kemudiannya dihukum mati pada tahun 1946 selepas didapati bersalah atas dakwaan jenayah perang.

Dan seperti biasa, wujud pihak yang merasa skeptik harta karun Yamashita ini benar-benar wujud atau tidak.

Ini kerana bukan sekali ramai pihak mengeluarkan belanja kewangan dan sumber manusia yang tinggi untuk mencari harta karun Yamashita tetapi pulang dengan tangan kosong.

Menurut Profesor Ricardo Jose dari Universiti Filipina, jika betul harta tersebut wujud, ia sepatutnya sudah dibawa ke Taiwan atau China di mana pihak Jepun masih berkuasa di situ.

Justeru bagi beliau, tindakan menyimpan harta di kawasan yang akan kembali ke tangan pihak Bersekutu sebagai satu tindakan yang bodoh dan tidak masuk akal.

Namun, ada satu kisah yang dilihat mengesahkan status sebenar harta karun Yamashita.

Pada tahun 1961, seorang pembuat kunci bernama Rogelio Roxas menemui seorang lelaki di mana bapanya pernah bekerja untuk tentera Jepun.

Lelaki itu mendakwa dia mempunyai peta lokasi simpanan harta rampasan Yamashita dan melukis sebuah peta harta berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Roxas bertemu pula dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan penterjemah Yamashita.

Lelaki itu turut mendakwa perkara sama dan memberitahu semasa WWII, dia sentiasa berulang-alik ke terowong yang dikatakan menyimpan harta karun Yamashita termasuk ketulan jongkong emas dan sebuah patung Buddha yang diperbuat daripada emas.

Pada tahun 1970, dia berjaya mendapatkan permit penggalian dari seorang hakim bernama Pio Marcos yang juga saudara mara kepada diktator Ferdinand Marcos.

Roxas bersama sekumpulan buruh bekerja keras menggali selama tujuh bulan sebelum akhirnya menemui satu rangkaian terowong bawah tanah.

Apabila mereka meneroka rangkaian terowong itu, mereka menemui rangka-rangka manusia yang masih memakai uniform tentera Jepun, senjata api dan radio.

Mereka terus menggali lagi dan beberapa minggu selepas itu, menemui satu penutup konkrit pada lantai sebuah terowong.

Selepas ia dibuka, mereka telah menemui sebuah patung Buddha berukuran tiga kaki tinggi dan seberat satu tan.

Untuk membawanya keluar sahaja, memerlukan tenaga seramai 10 orang dengan bantuan tali dan kayu balak.

Selepas berjaya dibawa keluar, ia disembunyikan di rumah Roxas di Baguio City, 150 batu di utara Manila.

Selain patung Buddha besar, mereka juga menemui tingkatan kotak-kotak yang disusun lima hingga enam kaki dan meliputi kawasan seluas 180 kaki persegi.

Dan apabila Roxas membuka salah satu kotak berkenaan, ia mengandungi 24 jongkong emas.

Beberapa minggu selepas itu, dia kembali ke terowong dan meletupkannya bagi mengelakkan ia diakses oleh orang lain.

Sebelum berbuat demikian, dia turut membawa pulang barang-barang lain termasuk 24 jongkong emas.

Usaha pencarian Roxas memang diketahui umum di mana gambar patung Buddha besarnya itu diambil oleh seorang jurugambar tempatan dan cuba melaporkan penemuannya kepada Hakim Pio tetapi gagal.

Dengan laporan berita tersebut, beberapa pembeli menunjukkan minat mendapatkan patung Buddha tersebut dengan salah seorang bakal pembeli menguji sama ada ia memang emas tulen atau sebaliknya.

Selepas diuji, ia memang emas tulen berukuran 22 karat. Bahagian kepala patung juga boleh dipisahkan dengan bahagian badan dan hasil pemeriksaan Roxas mendapati ia mengandungi beberapa butir berlian yang masih belum dipotong.

Tetapi, ini juga permulaan derita Roxas di tangan diktator Filipina terkenal itu.

Pada 5 April 1971, rumahnya diserbu pihak tentera dengan waran geledah yang ditandatangani oleh Hakim Pio dengan banyak harta termasuk patung Buddha dan jongkong emas yang ditemuinya dirampas.

Selepas dinasihatkan oleh Hakim Pio untuk menyembunyikan diri demi menjaga keselamatan diri dan keluarganya kerana bimbang dengan ancaman Marcos, Roxas memilih untuk bersembunyi.

Bagaimanapun, pada 29 April, Roxas tampil di khalayak untuk mendengar permohonan mahkamah berkenaan patung Buddha itu.

Pasukan peguam yang didakwa mewakili ibu Marcos bersedia membayarnya tiga juta peso dengan syarat Roxas mengakui patung Buddha itu diambil darinya.

Tetapi selepas mengamati patung tersebut, dia memilih menolak permintaan mereka.

Pada bulan berikutnya, dia ditahan oleh pihak tentera selama beberapa minggu dan diseksa dengan kejutan elektrik, dicucuh puntung rokok dan dipukul sehingga pengsan dengan tukul getah.

Semua ini bertujuan untuk memaksa Roxas menandatangani afidavit yang mengatakan operasi penggeledahan rumahnya dilakukan mengikut lunas undang-undang dan mendapatkan maklumat berkenaan harta karun Yamashita.

Pada akhirnya, Roxas menandatangani afidavit berkenaan tetapi tidak mendedahkan lokasi terowong harta itu.

Dia kemudiannya berjaya melarikan diri selepas mengumpil kunci tingkap tetapi berjaya ditangkap semula beberapa minggu kemudian.

Roxas terus kekal dalam tahanan hingga tahun 1974 dan untuk 12 tahun berikutnya, dia memilih untuk terus mendiamkan diri.

Tetapi, semua itu berubah pada tahun 1986 yang menyaksikan kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan Marcos.

Bagi Roxas, inilah peluangnya untuk mendapatkan semula apa yang seharusnya menjadi haknya.

Untuk mendapatkan semula semua emas yang dicuri Marcos, sebuah syarikat ditubuhkan iaitu Golden Buddha Corporation dengan hak pemilikan Roxas ditukar dengan pilihan pemilikan saham syarikat.

Pada tahun 1988, satu saman sivil difailkan di Hawaii bagi mendapatkan semula patung Buddha dan apa saja harta karun Yamashita yang ditemui Roxas.

Pada tahun 1996, kejayaan memihak kepada syarikat berkenaan dan estet Roxas apabila hakim mengarahkan keluarga Marcos membayar pampasan berjumlah $22 bilion kepada mereka.

Tetapi, kejayaan itu dianggap terlewat untuk Roxas apabila dia mati pada tahun 1993.

Sebab rasmi kematian ialah tuberkulosis atau tibi tetapi ramai mengesyaki ia berkemungkinan akibat komplikasi kesihatan yang dialami selepas bertahun-tahun diseksa oleh rejim Marcos.

Selepas tarik tali berkenaan prosiding mahkamah berlarutan untuk tahun-tahun berikutnya, wujud ketidaktentuan bagaimana wang tersebut akan dibayar dan apakah estet Roxas dan Golden Buddha berpeluang mendapat pampasan yang dijanjikan.

Sehingga ke hari ini, ia masih menjadi isu di mahkamah, tetapi berdasarkan rekod mahkamah, bolehlah dikatakan harta yang ditemui oleh Roxas itu benar-benar harta karun Yamashita.

Ini berdasarkan keterangan saksi-saksi yang ditampilkan di mahkamah, yang mana seorang saksi mendedahkan mereka pernah melihat patung Buddha emas itu dan pernah ditawarkan kepada mereka.

Sementara seorang lagi saksi mendengar keterangan Marcos atau isterinya, Imelda yang mengakui patung Buddha itu sebenarnya dirampas dari orang yang menemuinya dan digantikan dengan patung tiruan yang diperbuat daripada loyang.

Dan semua saksi mengakui pernah melihat susunan jongkong emas yang dimiliki Marcos, satu pengesahan bahawa ia sememangnya harta karun Yamashita.

Dan dalam prosiding sama, seorang saksi yang mengkaji harta karun Yamashita mendapati terdapat 172 lokasi yang disyaki menyimpan harta karun itu termasuk 18 buah patung Buddha.

Justeru tidak mustahil, masih ada saki-baki harta karun Yamashita di luar sana untuk ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Confidential Mode: Email Musnah Sendiri Pengguna Gmail Bermula Jun 2019

Confidential Mode: Email Musnah Sendiri Pengguna Gmail Bermula Jun 2019

Sebelum ini Google telah menguji sebuah fungsi baru pada Gmail yang dipanggil sebagai Confidential Mode dan terbaharu, Google mengumumkan bahawa fungsi tersebut bakal menjengah para pengguna bermula pada 25 Jun 2019 nanti.

gMAIL Confidential Mode

'Confidential Mode' adalah satu fungsi dimana email yang dihantar boleh ditetapkan tamat tempohnya dan akan terpadam dengan sendiri.

Bukan itu sahaja, pengaktifan mod ini akan membuatkan emel tersebut tidak boleh di hantar kepada orang lain.

Selain itu, ia juga tidak boleh dimuat turun, disalin ataupun dicetak, malah kepilan juga tidak boleh dimasukkan ke dalam emel.

Walaupun fungsi 'Confidential Mode' ini akan diaktifkan secara lalai pada Gmail, jika akaun pengguna dijaga oleh admin, mereka perlu memilih sama ada mahu menggunakan mod tersebut atau tidak.

gMAIL Confidential Mode

Pengguna akan melihat logo kunci di bahagian bawah ruang menulis email, jika mod tersebut diaktifkan.

Fungsi ini dikatakan amat berguna terutama melibatkan perkongsian data yang sensitif.

Menurut Google, walaupun fungsi tersebut akan mula dilancarkan pada 25 Jun nanti, ia akan mengambil masa 3 hari untuk semua orang menggunakannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soyacincau