Monday, July 29, 2019

Maksud Mimpi Menyusukan Bayi


Anda pernah mimpi bayi? Sama ada nampak bayi (orang lain sedang dukung), dukung bayi atau menyusukan bayi dalam mimpi? Kadang-kadang juga kita mimpi ada orang nak bagi bayi, masa nak dukung tiba-tiba tersedar dari tidur.

Mimpi Menyusukan Bayi
Gambar hiasan.

Ada yang berpendapat mimpi bayi bermakna kita sedang diganggu jin atau lebih tepat sebagai saka namun, apa maksud sebenarnya jika anda bermimpi melihat atau menyusukan bayi?

Adapun mengikut adab Tafsirul Ahlam, mimpi yang boleh ditafsirkan mempunyai 3 kriteria utama iaitu, kekerapan (melebihi 3 kali), waktu dan keadaan pemimpi sebelum dan sesudah bermimpi.

Namun, sang faqir menjawab persoalan di atas secara umum walaupun tidak sepenuh di dalam adabnya.

Adapun mimpi menyusukan bayi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;
  1. Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan berdukung.
  2. Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan duduk.
  3. Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan baring.

Keadaan pertama, iaitu berdukung, itu adalah ru'yah (petanda) bahawa pemimpi ada memberi hajat atau niat kepada seseorang yang masih belum tertunai dan perlu diselesaikan segera kerana orang tersebut amat memerlukannya.

Keadaan kedua, menunjukkan pemimpi dalam keadaan tugas atau hal yang masih belum selesai dan perlu diselesaikan segera.

Keadaan ketiga, pemimpi telah memberi masalah kepada seseorang tanpa disedari dan ianya telah membuatkan orang tersebut benar-benar dalam kesusahan.

Ukhuwwah

Jika pemimpi bermimpi memberi susu kepada seseorang dan seseorang itu amat dikenalinya, itu petanda ukhuwwah antara mereka amat rapat.

Jika bermimpi menerima susu dari seseorang, itu petanda akan beroleh keberkatan dari ukhuwwah yang terbina.

Gangguan Saka?

Adapun pendapat tentang mimpi adalah petanda adanya gangguan saka, tidak boleh melihat kepada mimpi menyusukan sahaja, kerana untuk itu perlu ada kesinambungan lain untuk dikaitkan dengan saka.

Sekiranya kita bermimpi menyusukan bayi, itu antara lain membawa maksud badan kita akan menerima kesakitan ataupun keletihan, kerana susu itu adalah darah.

Bagi perawat yang arif mereka akan menceritakan mimpi sebegitu bukanlah membawa maksud pesakit itu akan menerima saka keturunan semata-mata, kerana sempurna mimpi saka keturunan melalui mimpi menyusukan bayi seseorang itu haruslah mencukupi syaratnya.

Syaratnya, seseorang itu akan bermimpi akan menyusukan bayi, setelah kenyang ia akan terbang atau menaiki bukit yang tinggi, kemudian akan turun ke bawah untuk duduk atau berdiri di air longkang atau air kumbahan lalu matanya menjadi merah seperti biji saga dan harus bermimpi berulang kali barulah mimpi itu petunjuk yang benar.

Sekiranya seseorang itu telah bermimpi sedemikian maka sempurnalah syaratnya maka sahlah ia mempunyai saka keturunan.

Perlu dan PENTING untuk diingat, mimpi menyusukan bayi bukan satu-satunya tanda adanya gangguan SAKA.

Semoga beroleh manfaat dari ALLAH.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu A'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: fb

4 comments

  1. Selalu orang pesan, kalau mimpi nak kencing jangan kencing dalam mimpi... Nanti kencing betol2.

    Betol ke macam tu?

    ReplyDelete
  2. Sya mimpi menyusukan bayi tpi bayi itu tak nak apa maksud dia

    ReplyDelete
  3. kisah mimpi saya

    ibu sy mengasuh seorang budak
    dan dy hanya minum susu ibu shaja
    ibunya xbagi susu botol campur
    jadi saya kesian pada bayi tu

    saya bercdg nk susukan dy
    tapi ibu xbagi

    jadi sy syap2 susukan bayi itu
    sebab kesian dy lapar dan xboleh lena tanpa susu

    apakah maksudnya???

    ReplyDelete
  4. Sya termimpi yg bayi tuey nangis atas sya dalam keadaan dukung and sya bagi susu dekat baby tuey pastu tetiba jear sy tersedar Dri tidur... Blh terangkan apa maksud dia

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon