Monday, August 27, 2018

Tamar Jalis Penulis 'Siri Bercakap Dengan Jin' Meninggal Dunia

Tamar Jalis Penulis 'Siri Bercakap Dengan Jin' Meninggal Dunia

Penulis buku genre seram terkenal, Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohamed Radzi Mahmud, meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi (26/8/2018) di Kota Damansara.

Tamar Jalis Penulis 'Siri Bercakap Dengan Jin' Meninggal Dunia

Solat jenazah Allahyarham dilakukan selepas waktu Zohor di Surau al-Falah, Seksyen 6 dan dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.

30 tahun sembunyi rahsia 'Tamar Jalis'

Selama 30 tahun, Mohamed Radzi Mahmud berjaya menyembunyikan identiti dirinya yang memakai nama samaran ‘Tamar Jalis’ daripada pengetahuan umum meskipun beliau pernah didatangi pelawat, mahaguru silat dan peminat untuk berjumpa dengannya.

Sebagi penulis terkenal ‘Siri Bercakap Dengan Jin’ yang pernah disiarkan setiap bulan di majalah Variasari sejak tahun 1981 hingga 2005, beliau enggan mendedahkan dirinya yang sebenar kerana khuatir ‘diduga’ pelbagai ilmu sihir oleh mereka yang hendak mengujinya.

Pernah suatu hari Mahaguru Datuk Omar Din tiba-tiba muncul di pejabat Variapop Group yang terletak di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur semata-mata hendak berjumpa dengan penulis bernama Tamar Jalis.

Apabila mendengar nama Mahaguru Datuk Omar Din, Mohamed Radzi terus merasa kecut perut. Beliau membatukan diri dan tidak berganjak dari tempat duduknya.

Waktu itu pendekar terbilang itu sudah berada di dalam bilik Ketua Pengarang Majalah Variasari, Mustafa Haji Ton dan mereka sedang berbual-bual.

“Mustafa beritahu, Mahaguru Omar Din datang cari saya. Mahaguru tanya Mustafa: Hebat sangat ke Tamar Jalis?

"Mahaguru beritahu dia hendak challenge Tamar Jalis. Saya kata pada Mustafa, saya tak nak jumpa, saya takut!” cerita Mohamed Radzi lagi mengingati peristiwa silam.

Ketika itu beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn. Bhd. yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili.

Mahaguru Omar Din memberitahu Mustafa, beliau merasa tercabar apabila membaca kisah yang ditulis Tamar Jalis mengenai kehebatan seorang watak dalam siri Bercakap Dengan Jin yang dikatakan memiliki kebolehan luar biasa antaranya boleh melompat setinggi bangunan dua tingkat.

Selain Mahaguru Omar Din, seorang lagi peminat dari Pulau Pinang datang mencari Tamar Jalis kerana sepanjang hayatnya belum pernah mendengar manusia boleh berdialog atau bercakap dengan makhluk Jin.

“Saya tak sangka kisah yang saya tulis tentang pengalaman separuh benar antara saya dan datuk saya itu ‘meletup’ dan diminati ramai,” cerita Mohamed Radzi lagi yang turut menggunakan nama pena Ahmad Mahmud, Atma A.M dan Ramadhan A.M.

Nama watak Tamar Jalis itu pula diambil daripada watak anak jin kafir dalam Hikayat Inderapura, manakala nama datuknya, Long Mat Piah menggunakan nama sebenar.

Begitu juga nama-nama tempat yang disebutkan dalam siri itu turut menggunakan nama sebenar di Perak.

Mohamed Radzi yang berasal dari Kampung Batu 36, Jalan Setiawan, Beruas menggunakan lokasi di daerah Manjung dan Beruas di Perak sebagai latar siri itu.

Ini kerana semasa zaman kanak-kanak, beliau sering mengikuti datuknya Long Mat Piah mengubat orang sakit di kampung-kampung berdekatan.

Tersendiri

Tamar Jalis Penulis 'Siri Bercakap Dengan Jin' Meninggal Dunia

“Dalam Siri Bercakap Dengan Jin itu saya lukiskan watak datuk saya Long Mat Piah berusia 50-an. Saya pula sebagai watak cucu berusia belasan tahun,” cerita Mohamed Radzi yang pernah berkhidmat sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979) seterusnya sebagai editor majalah Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis (1980).

Mengimbas kembali pengalaman lampau, beliau memberitahu datuknya Long Mat Piah sebenarnya bukanlah seorang bomoh atau pawang seperti sangkaan ramai sebaliknya hanya mempunyai kebolehan istimewa yang tersendiri.

Mohamed Radzi menceritakan sebelum menulis kisah Siri Bercakap Dengan Jin beliau mengambil masa antara dua hingga tiga bulan memikirkan idea itu.

Lantas beliau teringatkan wartawan Utusan Melayu, Othman Wok yang menjadi pelopor cerita-cerita hantu di Mastika selama ini.

Kisah seperti itulah yang ingin ditulisnya kerana begitu menarik dan diminati ramai.

Beliau kemudiannya mengambil watak Tamar Jalis dalam Hikayat Inderapura sebagai nama samaran kerana unik dan mudah diingati.

Tamar Jalis merupakan anak raja jin Tamar Bunga (Tamar Boga) yang telah dibunuh oleh Inderaputera.

“Saya merangka kisah tersebut berdasarkan pengalaman yang diceritakan datuk apabila dipanggil mengubat orang sakit.

"Tapi, bila saya tulis, Mustafa Ton kata, orang tak nak baca cerita mengarut!

“Saya kata cubalah dulu! Saya pun terfikir juga, boleh jual ke? Masa itu kami gunakan ilustrasi seram yang dilukis oleh pelukis Jaafar Taib,” ceritanya lagi.

Variasari edisi April 1981 itu menggunakan cover seram Siri Bercakap Dengan Jin itu telah dicetak sebanyak 12,000 naskah dan sold out di pasaran dalam sekelip mata sehingga terpaksa diulang cetak.

Tiada siapa menduga kisah Siri Bercakap Dengan Jin mendapat sambutan hangat pembaca sehingga suatu ketika Variasari melonjak sehingga 120,000 naskah di pasaran setiap bulan pada penghujung 1980-an.

Selepas itu, pada era 1990-an, Mastika yang diterajui Zainol Fakir pula mengambilalih takhta majalah paling laris di pasaran menerusi kisah-kisah seram, Mayat dan Kubur sehingga menjadi fenomena di negara ini.

Mastika turut mencatat edaran tertinggi sehingga 320,000 naskhah sebulan mengatasi pesaing-pesaingnya termasuk Variasari pada penghujung 1990-an dan awal milenium baru.

Setelah lebih 30 tahun menyepikan diri, rahsia Tamar Jalis terbongkar apabila, Zabidin Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak mengadakan wacana khas bertajuk Siri Bercakap Dengan Jin pada 20 Jun 2011 di Ipoh Perak.

Zabidin berpendapat Siri Bercakap Dengan Jin setanding dengan siri pengembaraan Harry Potter oleh J.K. Rowling, jika siri itu diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia.

Sebanyak 284 siri telah disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group yang berterusan selama 23 tahun enam bulan mulai bulan April 1981 hingga Januari 2005 dianggap sebagai satu rekod dan pencapaian yang luar biasa tentang kisah yang ditulis secara bersiri dalam majalah di Malaysia.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan | utusan2

Ronaldo Akhirnya Dedah Rahsia Kenapa Sertai Juventus

Ronaldo Akhirnya Dedah Rahsia Kenapa Sertai Juventus

Cristiano Ronaldo mendedahkan keputusan meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus mudah kerana sasarannya adalah menjadi pemain kedua menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama tiga kelab berbeza.

Ronaldo Juventus

“Saya mahu memenangi Liga Juara-Juara bersama Juventus dan akan melakukan apa saja untuk memenanginya,” kata penyerang bintang berusia 33 tahun itu dalam temuramah bersama penyiar DAZN.

Bintang Portugal itu sudah memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara yang juga satu rekod dengan empat daripadanya bersama Real selain Manchester United.

Satu lagi gelaran bersama gergasi Itali, Juventus akan membawanya setaraf legenda Belanda, Clarence Seedorf, yang menjadi satu-satunya pemain memenangi gelaran liga elit Eropah itu bersama tiga kelab berbeza.

Seedorf memenangi empat gelaran Eropah bersama Ajax, Real dan dua kali bersama AC Milan di antara tahun 1995 dan 2007.

“Kami fokus mengenainya, bersama rakan sepasukan saya, tetapi tanpa sebarang rasa obses. Kami akan mengharunginya selangkah demi selangkah dan melihatnya, jika ia berlaku tahun ini, tahun depan atau tahun berikutnya,” kata Ronaldo yang bersetuju menjadi duta antarabangsa DAZN dengan kontrak dua setengah tahun.

“Objektif untuk kelab adalah memenangi Serie A, Piala Itali dan sudah tentu melakukan yang terbaik dalam Liga Juara-Juara.”

Juara tujuh kali Serie A, Juventus sudah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara pada 1985 dan 1996 tetapi menamatkan saingan selaku naib juara dua kali sejak empat musim lalu.

Ronaldo menerima penghormatan daripada peminat di Turin apabila dia menjaringkan gol menarik di Stadium Allianz ketika beraksi bersama Real musim lalu.

“Perincian yang kecil menjadi perbezaan yang besar pada akhirnya.

"Saya boleh katakan apa yang saya lihat di dalam stadium membantu (perpindahan),” kata Ronaldo.

“Dan sudah tentu, apabila orang mula bertepuk tangan kepada saya di stadium, saya rasa seperti ‘wow’.

"Ia betul-betul mengejutkan saya kerana ia tidak pernah berlaku dalam hidup saya, jadi ia tempoh yang menakjubkan,” kata pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu.

“Saya amat gembira, pasukan ini kuat dan Juve, seperti semua orang tahu, adalah salah satu kelab terbaik di dunia.

"Saya terkejut dalam cara yang positif, kami berlatih dua kali sehari. Saya gembira dengan latihan, mentaliti mereka.

“Mereka mempunyai kaedah yang istimewa, mereka amat profesional dan saya merasa amat bagus.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Vitamin Dan Makanan Terbaik Untuk Menambah Sel Darah Putih

Vitamin Dan Makanan Terbaik Untuk Menambah Sel Darah Putih

Sel darah putih atau juga dikenali sebagai leukosit berfungsi sebagai penjaga sistem ketahanan tubuh badan manusia sehingga penyakit tidak mudah untuk menyerang.

Tambah Sel Darah Putih
Gambar hiasan.

Leukosit adalah sel darah putih yang berjumlah diantara 6000-9000 per mm3 dan boleh berubah bentuk walaupun tidak memiliki warna.

Sel darah putih juga dapat bertahan hidup diantara 12-13 hari sahaja. Sel ini dibuat daripada tulang merah, tulang rata, nodus limfa dan limpa.

BAHAYA KURANG SEL DARAH PUTIH

1. Sistem ketahanan tubuh badan menjadi lemah

Disebabkan oleh fungsinya bagi menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita dari sebarang penyakit

Kekurangan jumlah darah putih secara tak langsung turut membuatkan sistem ketahanan tubuh badan seseorang itu juga akan menurun.

2. Kanser darah

Kanser darah turut dapat berlaku akibat dari kurang sel darah putih.

Keadaan ini juga dikenali sebagai Leukopeni dimana suatu keadaan pesakit yang mengalami kekurangan sel darah putih.

Selain menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita, sel darah putih juga berfungsi untuk menyembuhkan kita dari segala penyakit.

3. Tifus

Bakteria dan virus dengan mudah dapat memasuki tubuh badan kita apabila kita tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Salah satu jenis penyakit adalah seperti tifus, salah satu penyakit jangkitan dari bakteria salmonella.

4. Campak

Penyakit dengan ciri-ciri muntah, demam dan munculnya bintik-bintik merah di seluruh tubuh badan dapat menjadi lebih bahaya sekiranya seseorang itu juga mengalami masalah kekurangan sel darah putih.

Dengan melakukan ujian darah dan pemeriksaan, anda biasanya dapat mengetahui keadaan penyakit campak yang dialami anda.

5. Selsema

Selsema merupakan sejenis sakit yang ringan. Ini kerana, rawatan penyembuhannya yang biasa.

Pesakit biasanya hanya perlu cukup tidur dan meminum ubat.

Akan tetapi, dengan adanya masalah seperti kekurangan sel darah putih, pesakit perlu mendapatkan rawatan intensif di hospital.

6. Jangkitan

Seperti yang dijelaskan di atas, kekurangan sel darah putih bukan hanya membuatkan kita lebih mudah diserang penyakit, akan tetapi proses penyembuhan sebarang penyakit juga akan menjadi lebih lambat.

Penting untuk kita tahu, semakin lambat proses penyembuhan sesuatu penyaktit, penyakit akan bertambah lebih teruk disebabkan oleh bakteria dan kuman yang semakin berkembang.

TIPS MENINGKATKAN SEL DARAH PUTIH

1. Diet sihat dan mentah

Pemakanan makanan mentah dapat membantu di dalam penghasilan sel darah putih.

Antara contoh makanan mentah yang dimaksudkan adalah seperti kubis, tomato, epal, anggur dan pelbagai lagi buah-buahan dan sayur-sayuran sihat untuk diamalkan.

Fokus utama bagi diet ini adalah bagi menurunkan berat badan, oleh itu pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih dari makanan lainnya.

2. Minyak kelapa

Minyak kelapa adalah suatu bahan yang selamat dan sangat efektif dimanfaatkan supaya penghasilan sel-sel darah putih naik dengan hanya pengambilan satu sudu setiap hari.

Minyak kelapa mengandungi mineral dan vitamin yang banyak sehingga tak hanya dalam mengembalikan jumlah leukosit, tapi ia juga dapat menjaga kesihatan tubuh, kulit serta rambut.

10 MAKANAN TAMBAH DARAH PUTIH

Dengan memastikan pengambilan berterusan 10 makanan atau vitamin dan mineral di bawah ini dalam jumlah yang cukup, seharusnya jumlah leukosit boleh kembali normal seperti biasa.

Berikut ini kami telah merangkumnya untuk anda.

1. Vitamin E

Meskipun vitamin ini dampaknya tidak sebesar vitamin C, tapi vitamin E merupakan salah satu dari antioksidan paling penting dan juga pendukung sistem kekebalan tubuh.

Vitamin E secara semulajadi menghasilkan apa yang disebut dengan “sel pembunuh”. Iaitu sel yang dapat menemui serta membasmi kuman dan sel kanser.

Vitamin E juga dapat meningkatkan pengeluaran sel B, yang merupakan sebahagian dari imun tubuh yang membentuk antibodi untuk membunuh bakteria.

Tidak begitu sukar untuk mendapatkan 60 mg vitamin E dari makanan sehari-hari.

Biji-bijian mampu memberi lebih dari yang anda perlukan, tetapi kebanyakan orang sangat sukar untuk konsisten memenuhinya setiap hari.

Pengambilan suplemen Vitamin E adalah pilihan tepat bagi sebahagian besar orang.

2. Zink

Mineral yang sering tidak dianggap penting ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah putih.

Zink meningkatkan jumlah sel pembunuh dan membuat darah putih melepaskan lebih banyak antibodi.

Sebuah kajian menunjukkan bahawa, suplemen Zink tambahan dapat memperlambatkan pertumbuhan kanser dan juga melepaskan sejumlah sel T sebagai pemusnah jangkitan.

Namun, perlu diketahui pengambilan Zink secara berlebihan mampu mengganggu kekebalan tubuh.

Tubuh hanya memerlukan 15-25 mg zinc setiap hari.

3. Selenium

Selenium juga dapat membantu pengeluaran sel darah putih anda.

Satu kajian oleh University of Maryland Medical Center, bahawa selenium sebenarnya dapat membantu melawan jangkitan.

Kajian lain menunjukkan mereka yang mengambil suplemen zink mahupun selenium, memiliki respon imun tubuh yang lebih baik.

4. Teh Hijau

Teh hijau tidak diragui lagi adalah sumber antioksidan tinggi. Teh hijau menyokong sistem kekebalan tubuh dan membantu tubuh melawan jangkitan.

Sebuah kajian menunjukkan bahawa teh hijau membunuh beberapa jenis virus, yang pada akhirnya anda tidak akan kehilangan banyak sel darah putih untuk melawan virus itu sendiri.

Minum teh hijau dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang menyebabkan tubuh mencipta lebih banyak sel darah putih.

5. Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin teratas yang akan memperbaiki sistem imun tubuh dengan pantas.

Vitamin C boleh ditemui secara semulajadi dalam hampir semua buah-buahan dan dalam bentuk suplemen.

Vitamin C meningkatkan kekebalan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih dan antibodi tubuh dalam melawan bakteria dan virus.

Ini juga meningkatkan paras interferon, antibodi yang melapisi permukaan sel dan menghalang virus memasukinya.

6. Makan Lebih Banyak Yogurt

Orang yang mengambil probiotik tampak memiliki sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat daripada mereka yang tidak.

Boleh dikatakan probiotik juga memiliki kesan baik untuk kekebalan tubuh.

Sumber probiotik yang paling umum terdapat dalam yogurt.

7. Omega 3

Omega 3 terbukti dapat memperbaiki sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan fagosit.

Fagosit adalah sejenis sel darah putih yang benar-benar dapat menentang bakteria.

Zat esensial juga melindungi tubuh dari kerosakan yang terjadi akibat reaksi berlebihan terhadap jangkitan.

Ikan berlemak seperti salmon dan makarel merupakan sumber omega 3 paling baik.

8. Bawang Putih

Ada banyak alasan kenapa bawang putih sering digunakan sebagai rawatan semulajadi.

Salah satunya ialah kerana ia dapat membantu sistem imun tubuh yang lebih kuat.

Bawang putih meningkatkan kemampuan leukosit melawan jangkitan dan menstimulasi sel imun lainnya.

Sulfida dan alicin adalah zat sulfur pada bawang putih yang dapat meningkatkan sistem imun.

Bagaimanapun, dalam mana-mana juga kaedah perawatan, apa-apa saja yang diambil dengan tujuan untuk menjadi ubat, ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

Anda juga tidak digalakkan mengambil bawang putih secara berlebihan jika ada tekanan darah rendah.

Sebab, bawang putih itu sendiri bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol. Ambillah secara sederhana dan mengikut saranan jumlah pengambilan harian.

Jumlah pengambilan untuk satu hari adalah sebanyak 1 labu bawang putih.

Sebaiknya dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sekiranya mahu mengambil bawang putih untuk tujuan rawatan.

9. Vitamin A

Meningkatkan pengambilan vitamin A akan menambah jumlah limfosit darah putih yang dapat membunuh virus dan bakteria yang masuk dan juga sel kanser.

Tubuh memang menghasilkan sejumlah vitamin A, tapi menambahnya dengan pengambilan suplemen vitamin A tambahan terbukti dapat meningkatkan kemampuan sistem imun tubuh.

10. Karotenoid

Seperti jenis vitamin dan mineral lainnya, Beta-karoten dapat meningkatkan jumlah sel antibodi secara semulajadi.

Ia sangat baik jika dikombinasikan dengan antioksidan kuat yang membersihkan radikal bebas yang memicu kerosakan sel dan penuaan.

Sumber betakaroten terdapat pada makanan seperti labu, ubi manis, bayam serta buah bit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: delherbal | sbtcmha

Menyingkap Misteri Dan Rahsia Bigfoot

Menyingkap Misteri Dan Rahsia Bigfoot

Penduduk Orang Asli di Johor kononnya mengetahui satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Khatulistiwa di negara ini sejak berpuluh tahun lalu.

Menyingkap Misteri Dan Rahsia Bigfoot

Selama tempoh berkenaan, rahsia itu sekadar disimpan dan dijadikan cerita bualan dalam puak mereka tanpa diketahui ramai masyarakat moden di bandar.

Sehinggalah sekitar awal tahun 2006, kisah rahsia itu mula dilaporkan akhbar tempatan dan dengan pantas mencetuskan fenomena menggemparkan, bukan sahaja di Malaysia, malah hingga ke peringkat antarabangsa.

Mengikut cerita penduduk Orang Asli terbabit, dalam belantara luas di negara ini terutama sekitar Johor, wujud sejenis hidupan misteri yang mereka gelar sebagai `Orang Mawas' atau `Hantu Jarang Gigi'.

Spesies hidupan misteri itu hidup secara tersembunyi dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia tetapi segelintir penduduk Orang Asli mendakwa pernah terserempak dengan makhluk terbabit.

Antaranya pada November 2005, pemuda Orang Asli dari Kampung Punjut mendakwa melihat makhluk seakan-akan manusia tetapi setinggi hampir empat meter dan badan dipenuhi bulu perang ketika mencari katak di Sungai Cemerlang di hutan Johor.

Selain itu, seorang kanak-kanak Orang Asli yang hilang selama enam hari di Hutan Simpan Lenggor pada Disember 2005 juga mendakwa terserempak makhluk berbulu hitam yang tinggi ketika berada dalam belantara berkenaan.

Lalu rahsia kewujudan Orang Mawas atau Hantu Jarang Gigi dilaporkan akhbar sehingga menggemparkan ramai penduduk tempatan dan luar negara.

Berdasarkan gambaran penduduk Orang Asli terbabit, penyelidik tempatan dan luar negara yakin Orang Mawas atau Hantu Jarang Gigi sebenarnya sejenis spesies hidupan misteri yang masyhur di seluruh dunia iaitu Bigfoot.

Misteri Bigfoot sebenarnya sudah menjangkau lebih 200 tahun dan menjadi antara teka-teki terbesar dalam sejarah dunia lantaran masih belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Kewujudan makhluk misteri itu mula dilaporkan pada tahun 1811 apabila seorang juruukur menemui jejak kaki besar di Jasper, Kanada.

Gelaran Bigfoot (kaki besar) kemudian digunakan meluas oleh media selepas satu lagi penemuan dilaporkan di Bluff Creek, California, Amerika Syarikat pada tahun 1959.

Kesan tapak kaki besar itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak yang bingung memikirkan spesies hidupan apakah yang memiliki telapak kaki aneh seperti itu.

Misteri berkenaan kemudian semakin menggemparkan apabila beberapa pihak tampil mendakwa terserempak dengan spesies hidupan yang meninggalkan tapak kaki besar itu.

Lebih menghairankan ialah mereka mendakwa makhluk misteri berkenaan adalah sejenis spesies hidupan yang tidak pernah dijumpai di mana-mana pelosok dunia sebelum ini.

Makhluk itu kemudian digelar Bigfoot dan digambarkan memiliki fizikal seperti manusia tetapi setinggi antara dua meter hingga empat meter, bertubuh tegap dengan bulu perang atau hitam panjang meliputi seluruh tubuh.

Hidup berkumpulan Bigfoot juga digambarkan bermata merah, memiliki gigi besar dan makan pucuk kayu muda, anai-anai, ikan serta labi-labi.

Makhluk misteri itu juga didakwa hidup dalam kumpulan dan sering berpindah kawasan untuk bersembunyi daripada dilihat manusia.

Sejak tahun 1959, semakin ramai individu tampil mendakwa terserempak dengan Bigfoot, malah ada yang mendakwa berjaya merakamkan gambar makhluk terbabit.

Foto Bigfoot paling terkenal dirakam pada tahun 1967 di California Utara, Amerika Syarikat tetapi kesahihan gambar berkenaan masih diperdebatkan.

Lebih menarik, kelibat makhluk misteri itu tidak saja didakwa dilihat di Kanada atau Amerika Syarikat tetapi di pelbagai negara yang berlainan benua.

Selain dikenali sebagai Bigfoot, ia juga dikenali sebagai Sasquatch di Amerika Utara manakala di Amazon, Amerika Selatan, gelarannya adalah Mapinguari. Di Asia, terutama kawasan Himalaya, makhluk itu digelar Yeti dan di Australia ia dipanggil Yowie.

Pelbagai pendapat dikemukakan berhubung kewujudan makhluk misteri terbabit, antaranya teori Bigfoot-Giganto, menyatakan makhluk itu mungkin sejenis monyet gergasi prasejarah yang hidup pada Zaman Pertengahan Pleistocene.

Monyet gergasi itu dipercayai hidup di Asia, termasuk China dan Asia Tenggara selain Amerika Utara sejak zaman purba. Bagaimanapun, akibat faktor tertentu, spesies purba itu pupus daripada muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dulu.

Akan tetapi, ada segelintir kumpulan monyet gergasi itu terselamat daripada pupus dan menyembunyikan diri daripada pengetahuan dunia sehingga kini. Kumpulan monyet itu kini dikenali sebagai Bigfoot.

Bagaimanapun, selama ratusan tahun, masih tiada jasad sebenar Bigfoot yang berjaya ditangkap untuk dipertontonkan kepada umum sekali gus menimbulkan persoalan sama ada makhluk itu memang benar wujud atau sekadar momokan.

Justeru, apabila tersebarnya berita Bigfoot turut dilihat di hutan Semenanjung, ramai pihak, termasuk pengkaji antarabangsa menjejakkan kaki di belantara negara ini untuk memburu makhluk berkenaan.

Malah, sepasukan saintis dan pakar tempatan juga ditubuhkan Kerajaan Johor pada Januari 2006 bagi menjalankan ekspedisi mengesan makhluk itu. Sepasukan penyelidik di peringkat antarabangsa turut `turun padang' bagi memburu Bigfoot di Malaysia.

Bagaimanapun, seperti juga buruan di kebanyakan kawasan lain di seluruh dunia, misteri kewujudan Bigfoot di hutan Semenanjung masih kekal misteri sehingga kini lantaran masih tiada jasad makhluk aneh itu ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Sunday, August 26, 2018

Misteri Crop Circle Ciptaan Makhluk Asing?

Misteri Crop Circle Ciptaan Makhluk Asing?

Sekitar tahun 1960-an, penduduk sekitar Tully di Queensland, Australia, gempar dan kebingungan mendapati terdapat banyak bentuk bulatan atau lingkaran misteri di kawasan paya rumpai di kawasan itu.

Crop Circle Tully
Crop Circle di Tully.

Lebih menimbulkan enigma dan teka-teki ialah kemunculan lingkaran aneh itu serentak dengan laporan penduduk yang mendakwa melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar sekitar kawasan itu.

Antaranya, seorang peladang yang mendakwa melihat kapal angkasa berbentuk piring terapung setinggi 12 meter dari kawasan paya sebelum terbang hilang di udara. Peladang terbabit segera meninjau paya dipercayai menjadi lokasi pendaratan piring terbang.

Sebaik tiba, dia menjumpai bentuk seakan lingkaran sepanjang 32 kaki panjang dan 25 kaki lebar terbentuk di tengah paya berumpai itu. Lingkaran itu jelas kelihatan apabila rumput rebah mengikut arah pusingan jam selain rumpai tercabut daripada lumpur paya.

Polis, Tentera Udara Australia dan penyelidik Universiti Queensland segera meneliti kes berkenaan. Dengan pandangan skeptikal kejadian misteri itu didalangi makhluk asing, mereka merumuskan lingkaran aneh itu mungkin berpunca daripada kejadian alam seperti pusaran angin.

Tidak lama selepas kejadian itu, tiga lagi bentuk lingkaran aneh muncul tetapi ribuan batu jauhnya dari Australia.

Tiga lingkaran aneh itu ditemui di padang di Duhamel, Alberta di Kanada menyebabkan Jabatan Pertahanan Kanada menghantar dua penyelidik untuk menyiasat misteri membingungkan itu.

Fenomena aneh

Crop Circle Ansty
Crop Circle di Ansty.

Selepas melakukan penyiasatan, pasukan penyelidik merumuskan bulatan itu bukan terjadi secara semula jadi sebaliknya dihasilkan 'pihak tertentu'.

Mereka bagaimanapun, gagal mengenal pasti pihak bertanggungjawab menghasilkan tiga lingkaran itu atau bagaimana proses penghasilannya.

Sejak itu, semakin banyak lingkaran aneh ditemui di seluruh dunia, malah melangkau benua berbeza termasuk di Russia, Amerika Syarikat, Australia, Eropah dan Asia.

Dengan pantas juga lingkaran aneh 'crop circle' menjadi antara fenomena misteri yang popular pada zaman moden menyebabkan ramai penyelidik tampil melakukan kajian bagi merungkai teka-teki di sebalik kewujudannya.

Ketika itulah mereka menyedari misteri kewujudan lingkaran aneh itu sebenarnya sudah bermula lebih awal dari 1960-an.

Beberapa pengkaji berjaya menemui lembaran risalah berita lama bertajuk The Mowing Devil yang diterbitkan di Hertfordshire, England pada 22 Ogos 1678.

Apa yang mengejutkan ialah laporan berita berilustrasi itu menerangkan syaitan menebas tanaman oat sehingga kawasan ladang itu membentuk lingkaran aneh.

Laporan berita lama berkenaan secara tidak langsung memberi gambaran fenomena lingkaran aneh terjadi akibat pengaruh kuasa alam ghaib sehingga ramai penyelidik dihantui kebingungan dalam cuba memahami dan merungkai misteri itu.

Hari demi hari, pelbagai pihak di seluruh dunia melaporkan penemuan corak bulatan pelik dengan diameter seluas lebih 10 meter.

Bentuk terhasil pula amat menarik, kompleks dan berseni sehingga tidak memungkinkan dihasil dalam tempoh singkat. Corak berkenaan bagaimanapun paling jelas jika dilihat dari udara.

Antara penemuan terbaharu dilaporkan agensi berita BBC News apabila lingkaran aneh bersaiz besar dengan corak amat berseni dipercayai muncul di ladang di Bavaria, selatan Jerman.

Lingkaran gergasi itu dikatakan ditemui pihak tertentu ketika menaiki belon udara panas dan sejak kewujudannya didedahkan, ramai pelawat mengunjungi ladang itu untuk melihat sendiri fenomena aneh berkenaan.

Fenomena lingkaran aneh juga pernah ditemui di sawah di Sleman, Yogyakarta, Indonesia pada Januari 2011 sehingga menggemparkan penduduk dan kerajaan negara itu.

Ketika segelintir pemerhati menganggap ia misteri alam akibat aktiviti paranormal, ada pula pihak tampil menyatakan mereka bertanggungjawab menghasilkan lingkaran berkenaan.

Jika difikirkan secara logik, sememangnya tidak mustahil corak berkenaan dicipta manusia tetapi adakah semua lingkaran aneh sejak lebih 300 tahun lalu itu dihasilkan manusia?

Pengkaji rungkai misteri

Crop Circle at Sutton Hall
Crop Circle di Sutton Hall.

Pengkaji lingkaran aneh yang meneliti fenomena itu selama 17 tahun, Dr Colin Andrews menyatakan 80 peratus lingkaran dihasilkan manusia.

Pandangannya itu secara tidak langsung menjelaskan 20 peratus lagi lingkaran aneh terhasil atas suatu sebab yang gagal dikenal pasti.

Selain dihasilkan manusia serta teori fiksyen fenomena misteri itu terjadi akibat pendaratan UFO, teknologi makhluk asing atau tindak balas entiti alam ghaib, terdapat pendapat lain mengenai proses lingkaran aneh itu berlaku.

Antaranya, penyelidik Russia, Stanislav Smirnov, menerangkan jika batang gandum dimasukkan ke dalam ketuhar pembakar bersama segelas air, maka akan muncul pemandangan berupa lingkaran aneh yang biasa dilihat di ladang gandum iaitu batang gandum rebah dan melengkung.

Beliau bagaimanapun belum menemui punca pancaran gelombang mikro besar sehingga mampu menghasilkan lingkaran aneh di ladang luas.

Penyelidik lain, Anatoly Arzyayev dari Institut Perkakasan Elektrik Seluruh Russia menjelaskan gelombang mikro besar itu mungkin berpunca daripada sambaran petir.

Kesan medan magnetik bumi

Misteri Crop Circle Ciptaan Makhluk Asing?

Teori lain ialah fenomena paranormal itu berpunca daripada kesan medan magnetik bumi yang memiliki daya gerak luar biasa serta menghasilkan arus elektrik sehingga mampu merebahkan tanaman.

Pengkaji Amerika Syarikat, Jeffery Walson, yang meneliti lebih 130 lingkaran di ladang gandum mendapati 90 peratus kawasan kejadian berada hampir dengan alat transformer yang berhubung dengan kabel elektrik serta kawasan pengairan.

Tindak balas ion elektrik alatan berkenaan dan kawasan sekitar menghasilkan tenaga magnetik yang merebahkan gandum lalu membentuk lingkaran aneh.

Penyelidik Universiti Michigan, Amerika Syarikat iaitu Deloris Smith mendapati kebanyakan lingkaran aneh berlaku berhampiran kaki gunung dan lokasi seperti itu didapati mudah sekali berlaku puting beliung.

Semua teori itu bagaimanapun gagal menerangkan bagaimana lingkaran aneh mampu menghasilkan corak menarik dan berseni.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Keistimewaan Pokok Buluh Rebung Madu Sebagai Hiasan Dan Komersial

Keistimewaan Pokok Buluh Rebung Madu Sebagai Hiasan Dan Komersial

Pokok Buluh Rebung Madu (dipanggil Buluh Rebung Madu) yang dipercayai berasal dari Thailand merupakan sejenis buluh bersaiz kecil dan sering digunakan sebagai pokok hiasan kerana terbukti kemampuannya untuk di komersilkan sebagai pokok Buluh Rebung Madu.

Pokok Buluh Rebung Madu

Keistimewaaan Pokok Buluh Rebung Madu adalah tidak mengandungi miang, mempunyai rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Jenis tanah: Pelbagai jenis tanah. Selain itu juga ia sesuai ditanam di kebanyakan tanah yang bermasalah. Tapi yang paling baik, tanah yang mempunyai saliran yang baik.

PENYEDIAAN KAWASAN

Permulaan penanaman adalah perlu diaplikasikan kapur GML+organic+CIRP bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Jenis bahan tanaman:
  • Biji benih. Jarang dilakukan kerana masalah untuk mendapatkan biji benih yang bernas dan penghasilan biji benih tidak bermusim.
  • Anak pokok yang bertunas selepas rebung diambil.
  • Kultur tisu.
  • Keratan dahan dan batang- kerana ia boleh menghasilkan bahan tanaman dengan lebih cepat.

Keperluan keratan dahan:
  • Ciri-ciri keratan dahan yang dipilih untuk pembiakan adalah segar dan baru, bebas daripada penyakit, mempunyai pertumbuhan akar udara pada bahagian pangkal dahan dan mempunyai mata atau tunas pada bahagian pangkal serta ruas dahan.
  • Setiap keratan dahan perlu mempunyai tiga atau empat ruas. Potongan dahan dari batang perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tunas tidak cedera atau dirosakkan ketika kerja pengambilan keratan dijalankan.
  • Keratan yang diambil seelok-eloknya ditanam segera kerana jika lewat keratan itu perlu disimpan di dalam keadaan lembap seperti di dalam guni atau dalam habuk kayu lembap dan perlu ditanam dalam tempoh 3-4 hari.
  • Bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan tunas, disyorkan supaya hormon penggalak akar komersial diletakkan pada keratan dahan.

Keperluan keratan batang (lebih sesuai untuk buluh madu):
  • Bahagian tengah dan atas batang buluh yang berusia dua hingga tiga tahun didapati mempunyai kadar kehidupan yang baik.
  • Keratan batang yang digunakan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua ruas dan mempunyai mata atau tunas serta dahan kecil yang hidup.

PENANAMAN DI LADANG
  • Jangka masa keratan dibiarkan di tapak semaian selama tiga hingga empat bulan iaitu hingga keratan itu berakar sebelum boleh ditanam di lapangan.
  • 1 ekar tanah dapat ditanam kira-kira 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan jarak tanaman 12 kaki x 12 kaki atau 15 kaki x 20 kaki.
  • Rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu sekitar 5-7 batang bagi satu rumpun sebelum hasil pertama dituai.
  • Buluh madu perlu dicuci (pangkas) bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun bagi mengelakkan peningkatan kos pembajaan.

Pengurusan Air

Bagi anak pokok yang baru ditanam, penyiraman perlulah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari berterusan selama seminggu bagi mengelak pokok daripada mati kekurangan air.

Pembajaan

Baja NPK Hijau 15:15:15 dan juga Organik setiap 3 bulan sekali. Kadar pemberian baja setiap tahun adalah sekitar 100-300 kg/ha.

Pengurusan Perosak

Sifat buluh yang tumbuh meliar membuatkan ia tidak banyak menghadapi serangan musuh perosak.

KUTIPAN HASIL
  • Rebung buluh madu boleh dituai sekitar 8 bulan hingga 1 tahun bergantung kepada cara penjagaannya.
  • Rebung madu boleh dituai apabila telah mencapai ketinggian 0.8 – 1 meter dan potensi hasil bagi setiap rumpun adalah kira-kira 2 kg rebung /bulan.
  • Rebung yang dituai perlu diproses segera bagi mengelakkan proses pengoksidaan.
  • Harga bagi penjualan buluh rebung adalah sekitar RM3 –RM 7 sekilogram bergantung kepada tempat jualan.

Oleh kerana rebung segar agak sukar dipasarkan, kaedah dan cara memproses lain selain dari dijeruk perlu dilihat untuk petani meningkatkan lagi kualiti produk rebung segar.

Menanam buluh ini boleh menjadi satu lagi pilihan yang baik untuk menambahkan pendapatan petani dan menggunakan kawasan tanah yang kurang produktif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myagri

Saturday, August 25, 2018

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Sekitar Julai 2012, penduduk Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur gempar melihat kewujudan pelbagai cahaya misteri di langit yang muncul lebih dua jam bermula kira-kira jam 11 malam dan saiznya yang besar menyebabkan fenomena misteri itu dapat dilihat sehingga ke Bandar Sunway yang terletak beberapa kilometer dari lokasi itu.

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Kejadian luar biasa itu menyebabkan penduduk meluru keluar untuk menyaksikan sendiri fenomena membingungkan itu.

Tatkala melihat keanehan itu, minda penduduk diresapi kegusaran lantaran gagal memikirkan apakah cahaya itu sebenarnya dan petanda yang bakal berlaku menerusi kesan fenomena berkenaan.

Cahaya itu diyakini bukannya objek terbang tidak dikenali (UFO) atau pesawat terbang lantaran tidak bergerak, sebaliknya terpampang statik di langit selain berkelip-kelip seperti cahaya bintang.

Segelintir penduduk merakamkan foto cahaya misteri sebagai bukti kewujudannya dan tidak lama selepas itu, imej garisan cahaya merah, ungu, biru dan putih mula disiarkan akhbar.

Fenomena seluruh dunia

Siasatan dilakukan pihak berkuasa dan ketika itulah disedari fenomena misteri di langit tidak saja berlaku di Malaysia, tetapi dilaporkan di merata tempat seluruh dunia.

Antaranya pada Oktober 2009, penduduk Moscow, Russia, gempar melihat langit bandar mereka 'berlubang'. Fenomena langit berlubang itu pernah dikesan di Alabama pada tahun 2003 dan Colorado pada tahun 2007.

Gambar langit berlubang disebarkan media sosial sehingga ramai pihak gempar lantaran gagal memahami keanehan fenomena alam itu.

Maka pelbagai spekulasi dan teori konspirasi dikemukakan antaranya ia petanda awal serangan makhluk asing ke bumi, selain tanggapan dunia akan kiamat.

Ribuan tahun dulu, masyarakat silam turut gempar melihat kewujudan api misteri di langit. Mereka menganggap api langit adalah petanda buruk dan serangan makhluk kayangan terhadap hidupan bumi.

Meniti batasan masa yang lama, kewujudan fenomena aneh di langit akhirnya dikaji penyelidik. Lama mengkaji, akhirnya penyelidik menyimpulkan kejadian pelik di langit sebenarnya berpunca daripada tindak balas alam yang luar biasa dan jarang berlaku.

Awan bersuhu

Antaranya, kejadian 'langit berlubang' ditakrifkan sebagai 'Lubang Fallstreak'. Lubang itu terbentuk apabila suhu dalam suatu kawasan awan berada di bawah titik beku manakala kawasan lain memiliki suhu biasa.

Kawasan awan bersuhu di bawah titik beku menyebabkan wap air membentuk kristal ais dan jatuh ke bawah. Hasilnya akan membentuk keadaan seakan langit berawan yang berlubang.

Bagi kes api di langit yang dilihat masyarakat zaman silam, saintis akhirnya mengenal pasti ia sebagai komet dari luar bumi. Lantaran penduduk purba masih tidak mengkaji perihal astronomi, maka pelbagai tanggapan tahyul membabitkan alam mistik dikemukakan dan dipercayai selama ratusan tahun.

Begitu juga keanehan yang membingungkan penduduk tatkala berhadapan dengan situasi 'hujan batu'. Pasti timbul persoalan bagaimana 'ketulan batu' boleh berada di langit?.

Hujan batu

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Hujan batu pernah berlaku di Malaysia pada 24 Februari 2007 di Selangor iaitu di Sungai Buloh dan Damansara tetapi kes paling teruk dilaporkan di Jerantut, Pahang pada 28 September 2009.

Dalam kejadian di Jerantut, ketulan ais batu yang jatuh sebesar cawan sehingga menyebabkan bumbung zink banyak rumah berlubang.

Jabatan Meteorologi kemudian menjelaskan hujan batu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan sehingga membentuk ais tetapi ais itu gagal cair sebelum mencecah bumi.

Siasatan ANGKASA

Berbalik kepada cahaya aneh di Jalan Klang Lama pada 2012, selepas fenomena itu disiarkan akhbar, maka penelitian segera dijalankan pihak berkuasa.

Antaranya Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) mendapati cahaya misteri itu berkemungkinan berpunca daripada 'awan sirus' iaitu lapisan awan nipis yang berperanan memantulkan sebarang cahaya yang menyuluh ke atas dari permukaan bumi.

Awan sirus tidak boleh dilihat mata kasar kerana terlalu nipis dan berpotensi memantulkan kembali cahaya dari permukaan bumi seperti bangunan, lampu jalan dan lampu limpah.

Selain itu, kewujudan cahaya misteri dengan pelbagai warna di langit juga boleh berlaku akibat fenomena aurora yang berpunca daripada perlanggaran medan magnetik bumi dengan partikel dipancarkan matahari. Aurora banyak berlaku di negara berdekatan Artik dan Antartik.

Bagaimanapun, terdapat juga fenomena misteri di langit yang tidak dapat dijelaskan sehingga kini.

Antaranya, April 2009, akhbar melaporkan kewujudan beberapa objek bercahaya hijau dan putih berlegar di ruang udara Larkin, Johor sehingga menggemparkan penduduk.

Perlu kajian

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Pihak berkuasa gagal mengenal pasti objek bercahaya itu, malah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) turut menafikan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini.

Malah, ANGKASA dilapor turut menafikan objek bercahaya itu ialah cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dan tidak menolak kemungkinan objek itu tidak dapat dijelaskan.

Kesimpulan daripada semua kejadian berkenaan menyedarkan kita supaya jangan cepat melatah dan terus memutuskan sesuatu pandangan tanpa mengkaji terlebih dulu.

Masih terdapat banyak kejadian aneh alam yang tidak dijangka manusia tetapi selepas dikaji, maka kita akan mengakui bahawa benarlah firman Allah SWT dalam ayat ke190, surah Ali Imran yang bermaksud, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Daun rerama atau nama santifiknya Mariposa christia vespertilionis semakin dikenali kerana dikatakan berupaya menjadi penawar penyakit berbahaya seperti barah.

Panduan Cara Menanam Pokok Herba Rerama Hijau

Selain itu, daun rerama turut didakwa mampu mengubati penyakit denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, lelah, migrain, resdung, demam campak serta masalah usus seperti gastrik.

Kini, pokok Rerama lebih mudah didapati selepas ia menjadi fenomena dan boleh dijumpai di hampir setiap nurseri dan kediaman.

Panduan Menanam Rerama Hijau

Penanaman pokok rerama boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu sama ada melalui biji benih atau keratan batang.

Kedua-dua kaedah penanaman ini mampu dilakukan sendiri di rumah namun, tempoh penumbuhan menerusi keratan batang lebih cepat berbanding penanaman melalui anak benih.

Anak benih boleh didapati pada pokok itu sendiri dan keratan batang juga boleh dibuat sekiranya pokok itu mencapai tahap kematangan dan sesuai dikerat.

Langkah pertama, sediakan campuran tanah yang terdiri daripada sabut, tanah merah (top soil), pasir, tanah dan baja kemudian, sediakan pasu plastik kecil yang berlubang di bahagian bawah pasu.

Keratan batang yang dikerat sebaiknya dicelup dalam air terlebih dahulu sebelum diletakkan ubat penggalak akar pada pangkal pokok untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Selepas lubang dibuat, pacakkan keratan batang dan kemudian tutup dengan cermat tanpa merosakkan batang berkenaan.

Ia hendaklah terus disiram bagi memastikan pokok itu serasi dengan suasana baru.

Pokok yang sudah disiram itu hendaklah diletakkan di tempat teduh seperti di celahan pokok besar bagi mengelakkan ia terkena cahaya matahari terus.

Selain mudah ditanam, pokok daun rerama juga dikatakan tahan lasak dan tidak memerlukan perhatian yang lebih.

Bagi memastikan pokok berkenaan naik lebih tinggi, pastikan ia dicantas ketika mencapai ketinggian sekitar 0.30 hingga 0.45 meter.

Dalam tempoh sekitar dua bulan, hasil keratan batang itu boleh mencapai sehingga 0.6 meter dan akan berbunga serta menghasilkan biji benih jadi, kita boleh biakkan semula pokok itu melalui biji benih atau keratan batang.

Hasil pokok boleh dituai selepas ia berusia sekitar empat bulan sama ada dikeringkan untuk dijadikan teh atau direbus lama dan dan air hasil rebusan itu diminum.

Pokok Rerama ini sebaiknya disiram dua kali sehari atau sekurang-kurangnya sekali sehari mengikut kesesuaian.

Lebih baik sekiranya periksa keadaan tanah terlebih dahulu sama ada kering atau lembap. Jika ia masih lembap, tidak perlu membuat penyiram lagi dan tunggu sehingga hari esok.

Pokok daun rerama juga tidak cerewet kerana sesuai dengan pelbagai jenis baja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Friday, August 24, 2018

Yakjuj Makjuj Membawa Kerosakan Besar

Yakjuj Makjuj Membawa Kerosakan Besar

Persoalan membabitkan Yakjuj dan Makjuj menjadi misteri yang paling hangat diperdebatkan pengkaji, termasuk ilmuwan Islam sejak ribuan tahun berikutan ia menyimpan rahsia terbesar mengenai pengakhiran hidup manusia di dunia ini.

Yakjuj dan Makjuj

Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah wujud ribuan tahun lalu dan terus hidup pada waktu ini serta akan muncul semula untuk memusnahkan manusia ketika dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Cerita berkenaan bukanlah dongeng lantaran peristiwa itu dicatatkan dalam hadis dan nas al-Quran yang diimani seluruh umat Islam, antaranya menerusi ayat ke-96 dan 97, surah al-Anbiya, Allah berfirman bermaksud, "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): "Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang yang zalim."

Zulkarnian bina dinding

Asal kewujudan Yakjuj dan Makjuj pula tertera dalam ayat ke-92 hingga 98 daripada surah al-Kahfi yang bermaksud, "Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

"Mereka berkata, `Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.

"Zulkarnain berkata, 'Apa yang dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan besi."

"Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain, Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

"Maka mereka tidak boleh mendakinya dan mereka tidak boleh (pula) melubangkannya. Zulkarnain berkata, 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar."

Keyakinan terhadap adanya Yakjuj dan Makjuj tidak sahaja dipercayai seluruh umat Islam tetapi turut dipercayai penganut agama lain. Justeru, kewujudan Yakjuj dan Makjuj terus dikaji penyelidik yang bingung memikirkan pelbagai misteri yang menyelubunginya - apakah ia sebenarnya? Di manakah ia berada ketika ini serta benarkah ia memiliki kemampuan luar biasa yang dapat memusnahkan manusia.

Bagi merungkai segala misteri itu, penyelidik menggunakan pelbagai petunjuk antaranya menerusi al-Quran, jelas dinyatakan Yakjuj dan Makjuj pernah hidup di suatu lokasi yang menjadi laluan Zulkarnain dan mereka `dikurung' di sebalik tembok besi di wilayah berkenaan.

Cari lokasi tembok

Lokasi Yakjuj dan Makjuj

Kawasan yang dikatakan menjadi lokasi Yakjuj dan Makjuj dikepung oleh Iskandar Zulkarnian mengikut kajian para ilmuan.

Justeru, penyelidik berusaha mencari lokasi berkenaan dengan harapan menggunung untuk melihat sendiri apa atau siapakah Yakjuj dan Makjuj itu.

Akan tetapi, walaupun banyak kajian dan ekspedisi dijalankan, tiada satu pun lokasi yang benar-benar disepakati sebagai lokasi tembok penghadang Yakjuj dan Makjuj.

Beberapa lokasi yang berkemungkinan menjadi wilayah Yakjuj dan Makjuj, antaranya terletak dari Samarkand dan India; sekitar Pergunungan Kaukasus dan di Turki.

Berikutan lokasi tembok besi binaan Zulkarnain gagal ditemui secara pasti, maka identiti sebenar Yakjuj dan Makjuj tidak dapat disahkan dan hanya dibayangi pelbagai teori dan spekulasi.

Terbaharu, terdapat pandangan mengatakan Yakjuj dan Makjuj sebenarnya bukan berupa makhluk, sebaliknya ia adalah lava gunung berapi.

Keturunan Nabi Nuh

Pandangan yang disebarkan menerusi internet itu dikemukakan berdasarkan logik akal dan pandangan geosains terhadap sifat Yakjuj dan Makjuj yang antara lain terletak antara dua gunung, merosakkan bumi, bersifat gelombang yang menyala, boleh disekat menggunakan tembok dan akan turun dari tempat yang tinggi.

Bagaimanapun, majoriti ulama silam dan pengkaji Islam termasuk Yusuf Abdullah Yusuf Al-Wabil, meyakini bahawa Yakjuj dan Makjuj ialah manusia berdasarkan penerangan mengenainya yang tertera dalam banyak hadis termasuk hadis sahih.

Dalam kitabnya Tanda-tanda Kiamat, Yusuf menjelaskan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan Nabi Nuh as menerusi anak baginda iaitu Yafitz. Antara ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj ialah bermata sepet, hidung kecil, berambut perang, dahi lebar dan tidak fasih berbicara.

Kekuatan luar biasa

Selain itu, terdapat juga pandangan bahawa Yakjuj dan Makjuj terus hidup dan berkembang biak hingga kini sebagai bangsa tertentu. Ilmuwan Islam, Sayyid Quthub misalnya berpandangan Yakjuj dan Makjuj mungkin bangsa Tartar dan Mongol.

Kronologi kemunculan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman bermula selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa as.

Selepas tembok binaan Zulkarnain hancur, Yakjuj dan Makjuj muncul dan mendatangkan kerosakan yang teramat di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan makhluk itu.

Nabi Isa as memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di kawasan pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj.

Selepas itu baginda berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang bahagian belakang badan mereka sehingga mati.

Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati dan menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.

Yakjuj Makjuj meluru turun dari tempat tinggi

Peristiwa turunnya Nabi Isa ke atas muka bumi pada akhir zaman adalah iktibar utama yang perlu diimani umat Islam.

Mengimbas lembaran kisah pada minggu lalu, tatkala Nabi Isa membunuh Dajal dan kematian 70,000 orang Yahudi disebabkan mereka tercium bau Nabi Isa itu.

Pada minggu ini, satu lagi perbincangan yang dikupas dalam rancangan Ibrah oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman mengenai kisah Yakjuj dan Makjuj. Kebenaran ini dapat difahami melalui firman Allah yang bermaksud, "Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak). (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi." (Surah Anbiyaa', ayat 95-96)

Permohonan Nabi Isa

Sebelum berlakunya kedatangan Yakjuj dan Makjuj itu, Allah memerintahkan Nabi Isa untuk ke satu lokasi gunung dan Allah akan memakbulkan doa Baginda di sana.

Kemudian, pergilah Nabi Isa memohon agar Allah memberikan keamanan dan menjawab persendaan orang Yahudi itu yang menyatakan bahawa mereka itu telah menyalib Nabi Isa.

Maka, apabila Dajal terbunuh, maka Nabi Isa pun pergi bertemu dengan orang beriman serta Baginda pun mematahkan salib. Kemudian, pada waktu itulah, orang Yahudi pun beriman kepada Nabi Isa.

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW tidur di rumah Zainab, Baginda bangun daripada tidur, Baginda dalam keadaan merah mukanya dan mengucapkan, 'tiada Tuhan selain Allah' dan diulangi sebanyak tiga kali kemudian Baginda bersabda, 'Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.'

Nabi Muhammad SAW pun menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata, "Wahai Rasulullah, adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang salih?" Jawab Rasulullah: 'Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.'

Kemudian Baginda menunjukkan tanda bulatan dengan mengenakan hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk sambil berkata, "Hari ini sebuah lubang sudah dibuat tembok."

Tembok yang dimaksudkan adalah tembok yang dibina oleh Zulqarnain. Maknanya ketika itu, pelepasan Yakjuj dan Makjuj sedang berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Kahfi bahawa mereka itu dilepaskan sedikit demi sedikit seperti gelombang.

Dalam hadis sahih Muslim, Rasulullah SAW menceritakan bahawa gerombolan pertama yang keluar, akan melalui Tasik Tabariyah di Palestin.

Mereka akan meminum airnya. Apabila gerombolan yang terakhir melaluinya mereka akan berkata, "Dahulu pernah terdapat air di sini."

Pelepasan Yakjuj Makjuj ambil masa panjang

Oleh sebab perkara itu mengambil masa yang lama untuk menghabiskan semua air di dalam tasik itu, ini bermakna pelepasan Yakjuj dan Makjuj akan mengambil satu jangka masa yang amat panjang. Mereka tidak dilepaskan serentak dalam satu waktu.

Permohonan Nabi Isa untuk diselamatkan daripada Yakjuj dan Makjuj itu dikabulkan oleh Allah SWT.

Biarpun kita tidak mengetahui apakah telah datang atau tidak Yakjuj dan Makjuj itu, tetapi keimanan terhadap perkara ini sebagaimana dirakamkan Allah dalam al-Quran menjadi pedoman dalam memahami peristiwa sebelum kewafatan Nabi Isa.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian | bharian2

Ganjaran Berselawat 20 Kali Sehari Mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW

Ganjaran Berselawat 20 Kali Sehari Mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW

Manusia sangat memerlukan syafaat apabila mereka dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak. Tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Syafaat bererti memohon pertolongan pada saat memasuki syurga Allah SWT.

Ganjaran Berselawat 20 Kali Sehari Mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW

Ada beberapa syafaat yang boleh diperoleh manusia dan salah satunya adalah syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.

Itu adalah syafaat terbesar diberikan kepada Baginda SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.” Rasulullah SAW juga berpesan bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga.” (Surah al-Mudatthir, ayat 48)

Sekiranya setiap dosa anak Adam itu terzahir dengan hitamnya wajah, sudah pasti wajah kita akan bertambah hitam setiap masa kerana dosa yang dilakukan.

Bagaimanapun, Allah SWT sentiasa menutup keaiban dan dosa yang dilakukan hamba-Nya dan memerintahkan manusia sentiasa bertaubat.

Di Padang Mahsyar nanti keadaannya amat dahsyat apabila seluruh manusia akan duduk dalam keadaan bersesak-sesak, berdiri dalam keadaan telanjang dengan matahari terpacak tegak di atas kepala.

Ketika itu, semua merayu pertolongan daripada Allah SWT. Bagaimana hendak mendapatkan syafaat agung itu? Antaranya, kita perlu mencintai Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda.

Hanya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW saja Allah SWT perintahkan kepada hamba-Nya yang Dia lakukan dahulu sebelum memerintahkan manusia melakukannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)

Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.

Jika mati dalam keadaan tiada iman dan Islam, kita akan kekal tinggal di dalam neraka buat selama-lamanya.

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

Bagi memudahkan kita berselawat sehingga ia menjadi amalan seharian, sebelum mengangkat tangan membaca doa pada waktu Subuh dan Asar kita boleh berselawat 10 kali terlebih dahulu.

Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.

Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”

Maksudnya, “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro