Wednesday, March 09, 2016

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Wanita adalah karakter yang paling unik seumpama garam. Adanya dia, tidak diingati, tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar. Setiap wanita itu cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki.

Selamat+Hari+Wanita

Apabila wanita akhirnya menjadi seorang isteri.

1. Wanita bekerja 24 jam sehari.
2. Wanitalah ibu.
3. Wanitalah isteri.
4. Wanita adalah anak perempuan.
5. Wanitalah menantu.
6. Wanitalah jam loceng.
7. Wanitalah tukang masak.
8. Wanitalah pembantu rumah.
9. Wanitalah guru.
10. Wanitalah pelayan.
11. Wanitalah nenek.
12. Wanitalah jururawat.
13. Wanitalah jurukamera.
14. Wanitalah pengawal.
15. Wanitalah kaunselor.
16. Wanitalah selimut.
17. Wanita tiada percutian.
18. Wanita tiada cuti sakit.
19. Wanita tiada cuti harian.
20. Wanita bekerja siang dan malam.
21. Wanita sentiasa 'on call'.

Hantarlah mesej ini kepada semua orang, agar mereka tahu betapa kita semua begitu menyayangi dan menghargai seorang yang bergelar wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, May 30, 2015

Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Debat mengenai bulu kemaluan wanita seakan-akan tidak pernah ada penghabisannya. Ada segelintir wanita tidak peduli tumbuh lebatnya bulu kemaluan di Miss V mereka, namun ada memilih untuk membersihkannya.

Bulu Kemaluan

Adakah bulu kemaluan wanita perlu dihilangkan?

Zaman dahulu bulu kemaluan wanita memang sengaja dibiarkan tumbuh subur menutupi kulit daripada kotoran dan debu kerana teknologi fabrik pada jenis kain seluar dalam golongan Hawa tidaklah maju seperti era sekarang.

Seiring perubahan waktu, pakaian yang kita gunakan sehari-hari sudah lebih cukup untuk menutupi kulit daripada habuk dan debu. Ini memungkinkan kita untuk menghilangkan bulu pada tubuh termasuk bulu kemaluan wanita.

Menurut pakar kulit dan kelamin, Dr. Endi Novianto, konsultan sebuah klinik kecantikan ZAP, rambut pada Miss V yang terlalu lebat dapat menimbulkan masalah kebersihan dan kelembaban sekali gus menjejaskan kesihatan.

Jika tidak dirawat, bulu ari-ari berisiko jadi tempat berkembang parasit sumber penyakit. Dalam kes ini, cara hilangkan bulu kemaluan secara tetap adalah alternatif untuk menjaga kesihatan organ intim.

Selain faktor kebersihan, kajian saintis mendapati majoriti lelaki lebih sukai alat kelamin wanita tanpa bulu kemaluan kerana ia dilihat lebih seksi dan dapat menambah sensitiviti terhadap rangsangan kepada seks.

Untuk itu wanita wajar tahu cara menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tepat. Menjaga kebersihan Miss V ada yang rutin mencukur, menggunting malah datang ke salon untuk melakukan rawatan cabut bulu ari-ari.

Berikut disenaraikan kaedah untuk menghilangkan bulu kemaluan sama ada secara paksa selain moden:

Mencukur

Jika memutuskan untuk menghilangkan bulu kemaluan, banyak hal yang harus diperhatikan terutama isu kesihatan.

Mencukur memang cara termurah, namun kurang efektif kerana rambut pada Miss V wanita akan kembali dengan cepat dan terasa gatal ketika ia mulai tumbuh.

Pastikan pisau cukur yang anda gunakan cukup bersih dan disteril dengan betul.

Menggunting

Tindakan ini cukup berbahaya dan memerlukan perhatian lebih. Bulu kemaluan wanita yang tidak begitu panjang dan kawasan Miss V yang cukup kecil tentunya menyulitkan wanita untuk menggunting bulu kemaluan sehingga licin.

Hal ini memungkinkan organ intim terluka akibat terkena mata gunting tersebut dan ini tidak begitu digalakkan oleh pakar perubatan.

Menghilangkan secara tetap

Mungkin ada pernah dengan istilah Brazilian Waxing. Cara menghilangkan bulu kemaluan wanita menerusi kaedah ini menggunakan prosedur mencabut bulu kemaluan secara paksa yang menimbulkan rasa teramat ngilu pada bagian Miss V sepanjang proses perawatannya.

Tentunya bukan cara seperti ini yang kebanyakan wanita inginkan bukan?

Kesimpulan

Setakat ini kaedah Brazilian Hair Removal Treatment adalah cara paling canggih menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tetap menggunakan satu teknologi rawatan berasaskan penggunaan cahaya tertentu.

Kaedah unik ini menjanjikan bulu kemaluan wanita bakal ‘dihilangkan’ buat selama-lamanya menerusi prosedur sinaran khas selama beberapa saat malah bulu kemaluan tersebut akan gugur sehingga ke dalam akar.

Setelah melalui sirii rawatan susulan, sebahagian besar bulu ari-ari berkenaan lazimnya tidak akan tumbuh kembali lagi dan sisanya akan menjadi sangat halus sehingga amat sukar dilihat oleh mata kasar sendiri.

Tentunya bukan sembarangan tempat dapat menyediakan rawatan Brazilian Hair Removal Treatment dan klinik kecantikan pakar ZAP antara yang paling popular dalam menawarkan perkhidmatan ini di seluruh dunia.

Kos untuk kaedah ini juga agak tinggi dengan anggaran RM150 bagi setiap kali sesi rawatan, namun pada akhirnya terpulanglah kepada wanita sendiri untuk memilih cara sesuai menghapuskan bulu kemaluan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, March 23, 2015

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

Bahasa tubuh wanita

Peringatan: Tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda.

1. Memusing kepala dan menguak rambut

Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu.

Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir dan buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan.

Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi.

Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat

Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah.

Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali.

Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda.

Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik!

Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda

Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung.

Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol.

Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut.

Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat.

Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya.

Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati.

Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

*Tips yang akhir sekali tu tak payah la ikut yer~

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 19, 2015

Wanita Melihat Cermin Selama 2 Tahun Sepanjang Hayat!

Wanita Melihat Cermin Selama 2 Tahun Sepanjang Hayat!

Wanita sememangnya tidak boleh menyalahkan lelaki apabila mereka tidak suka mendengar, kerana kajian saintifik menunjukkan bahawa suara wanita mempunyai frekuensi yang jauh lebih tinggi daripada lelaki.

Wanita dan Cermin

Oleh itu, otak lelaki terpaksa bekerja lebih keras untuk menganalisis frekuensi bunyi dan maksud yang ingin disampaikan.

Jadi, terbongkarlah rahsia kenapa selama ini kenapa lelaki tidak suka mendengar perempuan membebel.

Frekunsinya tinggi sangat. Sakit telinga..hehe

Wanita dan cermin

Tahukah anda wanita menghabiskan masa selama 2 tahun sepanjang hayatnya untuk melihat cermin manakala lelaki hanya mengambil masa selama enam bulan.

Tapi kini, kian ramai lelaki melihat cermin lebih lama daripada wanita apabila mereka berpenampilan wanita.

Ini adalah situasi seorang wanita - masuk kereta, tengok cermin betulkan maskara. Sebelum keluar kereta, tengok lagi cermin untuk pastikan bibir nampak mekar dicalit gincu.

Jalan-jalan, jumpa cermin, berhenti lima minit betulkan tudung, baju atau mekap.

Sebelum masuk pejabat atau tempat kerja, pergi masuk tandas tengok cermin nak pastikan semua okey.

Cermin.. cermin.. cermin..

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 18, 2015

4 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

4 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

Pasti yang ramai tertanya-tanya makanan apakah yang boleh meningkatkan nafsu seks wanita bukan? Terdapat banyak jenis makanan yang mampu meningkatkan nafsu seks seperti coklat, pisang dan banyak lagi.

Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

Ia bukan sahaja mampu meningkatkan nafsu seks wanita sahaja, malah ia juga bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi jika diamalkan pasti anda akan sentiasa sihat dan cergas.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan nafsu seks wanita dan juga menyihatkan tubuh badan.

1. Coklat

Percaya atau tidak coklat sebenarnya mampu meningkatkan nafsu seks dan memberi kesan sensual kepada wanita yang mengamalkannya.

Ini kerana coklat mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia pada bahagia otak yang membuatkan jiwa berasa tenang.

2. Pisang

Pisang embun adalah buah yang bukan sahaja sedap dimakan, tetapi menurut satu kajian menyatakan pisang embun mampu meningkatkan nafsu seks seorang wanita.

Ini kerana pisang embun mempunyai zat yang memberi tindak balas terhadap nafsu seks wanita.

3. Yogurt

Jangkitan yang berlaku pada kemaluan wanita adalah masalah yang sering dialami oleh wanita yang menghidap diabetes.

Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan jangkitan ini.

Pengambilan yogurt juga dapat mencegah penyakit radang usus dan menguatkan sistem ketahanan tubuh dari sebarang penyakit.

4. Kopi

Tahukah anda bahawa dengan meminum kopi anda dapat melawan tekanan dan depresi. Ini kerana kopi dapat membantu menurunkan kesan depresi sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Lebih bagus jika anda minum kopi yang hangat pada waktu pagi kerana ia dapat memberikan ketenangan untuk memulakan hari anda.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, November 24, 2014

Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

Seni hubungan suami isteri bukan datang dengan sendiri tetapi perlu dipelajari. Kalau dulu sebelum berkahwin ibu bapa akan mengajar anak perempuannya bagaimana cara menambat nafsu suami dengan betul tetapi zaman sudah berubah.

Membahagiakan Hati Isteri!

Pasangan muda sekarang tidak mahu mengorek rahsia rumahtangga bahagia dan belajar teknik mendidik anak cemerlang daripada orang tua seperti zaman dahulu.

Pasangan suami isteri sekarang terlalu fokus kepada ekonomi tidak kira siang atau malam. Yang lelaki sibuk bekerja tidak kira waktu dan kepada yang berniaga sibuk dengan pelaburan saham, pelaburan emas, mencari kontrak kerajaan dan sekarang pulak sibuk mencari duit sampingan secara online apabila kawan-kawan kata boleh buat berpuluh ribu ringgit secara online.

Yang isteri sibuk berbisnes menggunakan facebook jual tudung, alat solek, jubah dan sebagainya sehingga dapat income ratusan ribu ringgit.

Memang betul kalau tak ada duit susah hidup tetapi hidup suami isteri bukan segalanya duit.

Rahsia hubungan suami isteri

Suami pasti ada cara untuk memuas dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya. Mungkin cara berikut dapat membuatkan suami atau isteri anda bahagia.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA:
  • Jaga makan minumnya.
  • Tidur dengannya.
  • Biarkan dia dengan ketenangan.
  • Jangan memeriksa telefonnya.
  • Jangan mengganggu pergerakannya.

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA:

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi:
  • Rakan.
  • Teman.
  • Kekasih.
  • Saudara.
  • Bapa.
  • Induk.
  • Tukang masak.
  • Juruelektrik.
  • Tukang paip.
  • Mekanik.
  • Seorang tukang kayu.
  • Penghias.
  • Stylist.
  • Sexologist.
  • Pakar sakit puan.
  • Ahli psikologi.
  • Pembasmi perosak.
  • Psikiatri.
  • Penyembuh.
  • Pendengar yang baik.
  • Penganjur.
  • Bapa yang baik.
  • Sangat bersih.
  • Bersimpati.
  • Olahraga.
  • Pemanas.
  • Pemberi perhatian.
  • Gagah.
  • Pintar.
  • Lucu.
  • Kreatif.
  • Penggoda.
  • Kuat.
  • Pemahaman tinggi.
  • Toleransi tinggi.
  • Berhemat.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Mampu.
  • Berani.
  • Pembuat keputusan.
  • Berkata benar.
  • Boleh dipercayai.
  • Bersemangat.

TANPA lupa untuk:
  • Kerap memberi pujian.
  • Pergi membeli-belah dengannya.
  • Jujur.
  • Menjadi sangat kaya.
  • Tidak terlalu menekan.
  • Tidak melihat perempuan lain.

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
  • Memberikan banyak perhatian kepadanya.
  • Memberikan banyak masa kepadanya terutama masa untuk dirinya sendiri.
  • Memberi beliau banyak ruang.
  • Tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi.

DAN YANG INI SANGAT PENTING:
  • Tidak pernah lupa hari lahirnya.
  • Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan.
  • Mesti alim.
  • Tolong buang sampah.
  • Cuci keretanya.
  • Bayar cukai jalan.
  • Bawa melancong.
  • Jangan LEBIH tidur.
  • Makan habis masakan dia.
  • Bila nak tidur cakap i luv u.
  • Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi.

Dan oh ya, anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau. Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Mana yang senang jaga, suami atau isteri?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, August 29, 2014

Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami

Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami

Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.

Isteri Solehah

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani, “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya.

Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

“Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”.

Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

“Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.”

Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri.

Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Isteri ‘Auf juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

“Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”

Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami.

Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka.

Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga.

Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.

Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

“Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

“Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana.

"Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya.

10 pesanan jadi isteri solehah;
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka. Insyaallah..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, February 01, 2014

Ketahui 25 Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

Ketahui 25 Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

Benarlah kata-kata, sikap lelaki memang sukar diduga. Perangai mereka adakalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih yang mendalam terhadapnya demi meraih cintanya.

Wanita Pujaan Lelaki
Gambar hiasan.

Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuatkan dia tertawan.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

1. Jadi pendengar setia

Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Bersolek terlalu tebal

Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek yang terlalu tebal.

3. Ingat hari penting

Mengetahui bila hari lahirnya antara resepi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

4. Hormat

Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

5. Terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

6. Agresif

Lelaki menyukai sikap wanita yang agresif.

7. Terlalu seronok

Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon dalam perkenalan pertama.

8. Terlalu ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

9. Terlalu baik

Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu seorang yang terlalu baik dan sempurna.

10. Jangan perasan

Jangan terlalu perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita (walaupun benar).

11. Bersederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

12. Sifat keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

13. Lemah-lembut

Sentiasa bercakap lemah-lembut dengan pasangan lelaki anda.

14. Sensitif

Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

15. Kenali dirinya

Kenali siapa dirinya yang sebenar sebeluma anda memulakan langkah untuk memikat.

16. Jaga kecantikan

Lelaki menyukai wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat yang tidak terurus langsung.

17. Kemas

Aset penting untuk anda memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

18. Kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.

19. Sering bertanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu supaya tali ikatan percintaan dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

20. Jujur dalam tingkah-laku

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan santun.

21. Beragama

Lelaki sukakan seorang yang wanita yang beriman dan berakhlak mulia.

22. Tidak mudah dipermainkan

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

23. Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada disamping lelaki yang anda minati.

24. Tunjuk matang

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

25. Suka dimanja

Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik, sama ada diranjang, didapur mahupun direstoran!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, December 15, 2013

5 Tips Nampak Cantik Dimata Kekasih

5 Tips Nampak Cantik Dimata Kekasih

Istilah cantik itu luas dan subjektif tetapi apabila seseorang wanita itu hendak bertemu dan keluar dating bersama buah hatinya anda haruslah sentiasa kelihatan menarik dan paling cantik pada saat itu supaya matanya tidak akan mengalih melihat wanita lain.

Tips Nampak Cantik
Gambar hiasan.

Jadi di sini ada tips bagaimana untuk cantikkan diri anda sebelum bertemu kekasih hati anda supaya dia akan tersenyum lebar dan tertarik melihat personaliti dan gaya anda itu. Nak memikat teman lelaki haruslah bijak berfesyen.

1. Lentikkan bulu mata

Tips pertama untuk menarik perhatian teman lelaki anda cubalah melentikkan bulu mata kearna mengikut kajian sesetengah lelaki sukakan melihat wanita yang mempunyai bulu wanita yang lentik dan kata pujangga pun pernah menyebut cinta itu dari mata turun ke hati bukan.

Bulu mata yang lentik itu juga akan menambah keyakinan apabila bertentang mata dengan seseorang dan percaya apabila anda merenung wajah kekasih anda, pastinya teman lelaki anda terasa dup dap jantung dia.

2. Warna gincu tahan lama

Penggunaan gincu sangat dan harus dipakai tidak kira apa jua warna dan pilihan asalkan bibir anda tidak kelihatan kering dan pucat.

Apabila mulut anda sentiasa berkilat dan berseri pasti orang yang melihat akan terpikat melihat karisma dan pesona yang anda miliki kerana wanita yang bergincu itu kelihatan sangat menawan sebenarnya.

Tips untuk mengekalkan warna gincu yang dipakai, anda haruslah calitkan sedikit foundation sebelum memakai gincu.

3. "Eyeliner" tidak mudah luntur

Pemakaian Eyeliner sering membuatkan seseorang itu siap lambat kerana nak cepat dan sebagainya.

Untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku sebaiknya anda gunakan pensil "eyeliner" untuk memudahkan anda untuk berfesyen kerana jika anda berhadapan dengan "candle light dinner" bersama teman lelaki anda tidaklah boleh membiarkan kekasih anda ternanti-nanti kehadiran anda.

4. Peranan pengilat bibir

Pengilat bibir mampu untuk memberikan kesan seksi dan feminin kepada si pemakai yang mana ianya berfungsi untuk melembapkan dan menambah kecantikan bibir wanita itu. Berbeza dengan gincu, pengilat bibir dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang kerana sifatnya yang kedap air.

5. Sediakan kertas minyak dan tisu

Ini antara salah satu tips penting yang harus diingat semasa hendak bertemu kekasih hati iaitu janganlah lupa untuk membawa tisu atau kertas minyak yang khas untuk muka anda.

Ianya boleh digunakan untuk menyerap minyak yang melekat di wajah dan sebolehnya janganlah menggunakkan bedak muka ketika kulit wajah sedang berminyak kerana ia boleh menyebabkan liang pori akan tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat tumbuh di wajah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, December 03, 2013

Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat

Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat

Soalan klise kawan baik, “Eh apa cerita dengan lelaki tu? Kau dah ‘couple’ ke dengan dia?” Jawapannya mungkin lambat dengan senyuman sinis.

“Serius aku tak tahu. Dia memang baik dan aku pun dah mula suka kat dia, cuma tiba-tiba aku rasa macam lain dengan dia.”

Lelaki Buaya Darat
Gambar hiasan.

Sudah tentu si kawan pelik. “Kenapa pula? Bukan kau suka kat dia sampai nak teman aku makan pun tak boleh sebab asyik bercakap telefon dengan dia?”

Dalam nada malu dan sedikit rasa menyesal, menjawab persoalan ‘maut’ itu.

“Entahlah, aku sebenarnya rasa yang dia sudah ada kekasih lain ataupun dia memang jenis ‘playboy’. Tapi salah aku sebab ‘feeling’ lebih.”

Macam mana tu? Parah bunyinya. Dua minggu pertama, langsung tak pernah terfikir soal untuk mengenali sedalam-dalamnya.

Ketika itu sibuk melayan perasaan kerana setiap masa mulutnya tidak henti memuji, mengusik dan begitu ‘caring’ terhadap kamu.

Selepas makin hanyut dalam pujian dan kasih sayang yang ‘kononnya’, jiwa si gadis makin mudah menerima kehadirannya dan ketika itu semuanya ‘boleh’.

Persoalannya, adakah lelaki yang begitu mengambil berat itu jujur dan ikhlas atau dia hanya jenis kebiasaan lelaki yang suka mengambil berat terhadap perempuan, ‘womanizer’ dan ayat manis?

Justeru, jangan terlalu cepat menyambut kata cintanya kerana mungkin dia sengaja ingin menguji atau dia memang jenis yang suka ‘pasang banyak’.

Perlu diingat, faktanya, lelaki suka perempuan yang susah untuk ditangkap.

Kalau kamu mudah menerima cintanya, dia segera nampak kelemahan kamu dan meninggalkan persepsi yang kamu memang wanita yang ‘gatal’.

Apa kata kamu si gadis belajar beberapa rahsia dan strategi sebelum terus menerima lamarannya untuk menjadikan kamu kekasihnya.

Mudah diayat

Pertamanya, perhatikan gerak-geri si lelaki itu. Tidak perlu mengendap ataupun mengintip. Cukuplah sekadar kamu ‘pasang mata’ apabila bersamanya.

Perhatikan gerak-gerinya apabila berinteraksi dengan perempuan lain.

Adakah si dia jenis suka ‘mengurat’ dan bagaimana dia tangani situasi jika dia sendiri ‘diayat’ oleh perempuan lain. Ini memang berkesan dan strategi paling berharga kerana sikap dan personalitinya boleh dilihat dengan jelas.

Jika dia memberi reaksi positif atau begitu peramah melayan, itu bermakna dia memang berada di dalam ‘open relationship’ dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan.

Dia memang lelaki yang bebas daripada mana-mana komitmen dan sememangnya menganggap kamu di sebelahnya pun sebagai kawan biasa.

Jangan marah atau menunjukkan sikap cemburu jika dia melayan terhadap usikan gadis lain kerana lelaki akan terus menganggap kamu jenis yang kuat cemburu dan ‘over acting’.

Baru keluar beberapa kali, sudah menunjukkan sikap marah kerana dia melayan gadis lain. Buat ‘cool’ dan tidak perlu melenting. Ini akan membuatkan lelaki itu terfikir yang kamu juga menganggapnya sebagai teman biasa.

Jika dia cuba elakkan diri ketika ada perempuan lain datang mengusiknya, itu bermakna dia sebenarnya sudah berpunya dan sudah meletakkan fokusnya untuk memiliki kamu. Dia cuba menghalang dan menjauhkan diri daripada ‘minat’ individu lain.

Keduanya, apa kata kamu mengendap dengan gaya moden. Tiada salahnya ‘stalk’ dulu media sosial milik dia sebelum menerima lamarannya. Penting untuk kamu ketahui siapakah dan apakah statusnya di sebalik pengetahuan kamu.

Dari situ juga kamu dapat mengenali rakan-rakan dan lihat sendiri bagaimana pergaulannya. Adakah dia jenis yang boleh dipercayai atau tidak.

Seperkara yang mungkin boleh dijadikan panduan adalah jika dia mempunyai bilangan kawan perempuan yang ramai, itu bermakna kamu perlu berhati-hati kerana dalam ramai itu pasti ada salah seorang yang dia pernah mencuba.

Jika sebaliknya, kamu boleh menarik nafas lega sedikit kerana besar kemungkinan kamu satu-satunya gadis yang bertuah memilikinya.

Ekor mata

Ketiga, lihat bahasa tubuhnya. Jika sepanjang bersama kamu matanya mudah tertarik dengan gadis lain yang asyik lalu-lalang di depan atau sebelahnya, itu menunjukkan yang dia seorang yang tidak berpuas hati dengan apa yang dia ada.

Kemungkinan besar juga dia sebenarnya memang sudah berpunya, cuma dia mahu mencari dan meneroka sesuatu yang terbaik. Maka tidak hairanlah me­ngapa dia keluar dan mula mendekati kamu. Betul tak?

Lelaki mudah tertarik dengan benda yang cantik dan menarik. Jika kamu lihat ‘ekor mata’ asyik mengikut pergerakan gadis lain, itu bermakna kamu bukanlah gadis terakhir dalam hidupnya. Jadi berhati-hatilah dengan lelaki seperti ini.

Keempat adalah nasihat klise yang ramai kawan kamu berikan iaitu jadilah kawannya dulu. Jangan terburu-buru dan terlalu gopoh untuk memulakan cinta. Minta dia sedikit masa untuk kamu lebih mengenali dirinya.

Menerima lamarannya untuk jadi pasangan bukanlah sesuatu yang ‘suka-suka’ sebaliknya kamu harus mengenali dengan lebih mendalam dengan siapa kamu selalu bersama. Percayalah, makin kamu rapat, makin kamu mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Dari situ kamu bukan saja dapat mengenalinya de­ngan lebih rapat, malah kamu juga boleh melihat segala tindak-tanduknya adakah dia benar-benar ‘single’ atau sudahpun berpunya.

Gigit jari

Kelima, kenali kawan-kawannya. Kamu boleh menilai di manakah tahap status ‘bakal kekasih’ kamu daripada rakan-rakannya.

Jika kehadiran kamu disambut baik oleh rakan-rakannya dan dapat merasakan ada keserasian, itu menunjukkan kamu satu-satunya kekasihnya.

Tapi kalau rakan-rakannya memberi reaksi biasa atau sedikit pelik, itu perlu berhati-hati. Besar kemungkinan kamu bukanlah orang pertama yang pernah berjumpa dengan rakan-rakannya.

Peringatan, kalau seorang lelaki berani dan sanggup memperkenalkan kamu sebagai kekasihnya, itu bermakna kamu dialu-alukan untuk masuk ke dalam dunianya.

Terakhirnya yang mungkin sedikit peribadi namun memerlukan kamu untuk mengesan sejauh mana kejujurannya adalah dengan bersembang mengenai hubu­ngan lampau.

Perlu diingatkan, jangan cepat melenting atau menunjukkan reaksi kurang selesa.

Cuba tanya mengapa dan apa punca utama bekas kekasihnya meninggalkan dirinya. Dari situ kamu pasti dapat mengagak dia seorang yang macam mana dan adakah dia benar-benar masih ‘single’.

Lihat terus ke matanya kerana lelaki tidak dapat menipu bila seseorang memandang tepat ke matanya apabila dia sedang bercakap.

Jadi kamu boleh lihat kebenaran adakah orang itu benar-benar sudah menjadi bekas kekasih ataupun masih bergelar kekasih.

Baca dengan perlahan semula semua strategi ini dan analisis sendiri. Kamu perlu bertindak sebelum gigit jari pada akhir hubungan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, September 02, 2013

Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Bukan sedikit wanita beranggapan bahawa semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambah pula berat badan. Tapi mengikut kajian yang dijalankan oleh Sanctuary Spa Active Reverse Body, di usia 34 tahun, wanita berasa lebih bahagia dengan tubuh mereka.

Wanita 30an
Gambar hiasan

Di usia tersebut, mereka boleh menerima gumpalan daging dan benjolan yang ada di tubuh. Kira-kira lapan juta wanita di Britain akhirnya boleh melihat diri mereka sendiri tanpa pakaian di depan cermin setiap hari.

Kira-kira 25% wanita akan melihat penampilan tubuh mereka di cermin sekali seminggu dan hanya 16% wanita tidak pernah melihat diri mereka di depan cermin tanpa sebarang pakaian.

Biasanya, di awal dan pertengahan usia 30 tahun, mereka mempunyai kepercayaan diri yang besar terhadap tubuh mereka, kata Nichola Joss, seorang ahli kecantikan.

Wanita di usia itu bekerja keras untuk mengekalkan bentuk tubuhnya. Biasanya apa yang mereka lakukan ialah menjaga pola makan dan merawat tubuh dengan kerap.

Ramai wanita di usia 34 tahun yang saya tahu telah mengalami hubungan cinta atau persahabatan peribadi yang erat dan ini yang memberikan mereka kepercayaan diri, luar dan dalam, tambah Joss.

Ketika ditanya bahagian badan kegemaran mereka, 30% daripada mereka yang ditinjau mendedahkan dengan bangga, payudara! Mereka menyatakan itulah bahagian tubuh yang paling mereka suka pamerkan.

Sementara 22% responden yang lain menjawab kaki dan 19% memilih bahu. Sedangkan 57% yang lain memilih perut adalah bahagian tubuh yang paling ingin mereka ubah.

Ketika musim panas, wanita di Britain dalam dilema ketika berpakaian di pantai.

65% wanita mengaku bahawa mereka tidak akan memakai bikini kerana takut memalukan diri mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 07, 2013

Tips Memahami Kata-kata Berselirat Seorang Wanita

Tips Memahami Kata-kata Berselirat Seorang Wanita

Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus-terang, mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka.

Bebelan wanita

Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata wanita?

Fine!

Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine!? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikanperdebatan yang sedang berlaku.

Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang.

Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.

5 minit

Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam.

Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.

Takda apa-apa

Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan.

Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.

Suka hatilah! (nada sinis)

Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.

Whatever!!

Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakna bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”

Takpe, saya ok..

Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya.

Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.

Jangan risau, saya dah agak dah..

Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, July 05, 2013

Wanita Pun 'Gatal' Macam Lelaki

Wanita Pun 'Gatal' Macam Lelaki

Kesimpulannya yang jelas dan nyata, wanita sukar mengakui bahawa dirinya gatal. Meskipun sudah jelas, dia seorang yang gatal tetapi dia tetap marah apabila dikata begitu. Berbeza lelaki, kebanyakan lelaki hidung belang bangga apabila disamakan seperti buaya darat.

Wanita Gatal
Gambar hiasan

Meninjau alasan mereka setiap kali menolak, status gatal atau perasan itu terlalu keras untuk dilabelkan. Malah ia kedengaran seperti tiada maruah untuk seorang wanita sedangkan ia memang realiti.

Sebuah majalah wanita sendiri pernah melaporkan yang hari ini lebih 50 peratus hubungan ia bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, minta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada si lelaki.

Perangai lelaki lebih kurang sama, mereka tidak sekali menunjukkan rasa minat ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun mereka sememangnya minat dan suka berbanding wanita yang lebih mudah mengukir senyum jika tersentuh jiwanya.

Hakikatnya antara lelaki dengan wanita, memang tiada bezanya dalam soal ‘gatal’ ini. Kalau kita katakan lelaki miang itu sangat ramai, wanita gatal pun tidak kurang. Mereka ada di mana-mana contohnya di pejabat, di taman-taman perumahan, di institut pengajian, malah di mana saja.

Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang itu sedangkan wanita sedaya mungkin cuba menyembunyikannya bagi terlepas daripada gelaran ‘wanita berangan’ atau ‘syok sendiri’.

Kalau kita lihat dari perspektif lebih luas, lelaki yang gemar bergaul, banyak kenalan dan jenis periang adalah mereka yang lebih cenderung bersikap gatal atau mengurat. Tapi perlu diingat, tidak semua lelaki begitu berniat lebih sebaliknya mereka gemar mengusik saja bukannya ingin untuk ke fasa seterusnya.

Kebanyakan lelaki memang bersikap ‘test market’ walaupun sudah mempunyai teman wanita. Tapi sayangnya, wanita pula yang terlebih ‘feeling’ dan mudah sangat jatuh hati sedangkan ia hanya ‘crush’.

Siapa golongan wanita yang acap kali dilabel gatal?

Kebiasaannya gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Kiranya cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan bagi kebanyakan gadis hari ini.

Tapi lebih kronik dan ada kalanya tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah setiausaha. Itulah stigma yang melekat pada masyarakat kita yang mana kerjaya ini sering kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

Kasihan juga pada mereka yang kebetulan berkerjaya ini kerana tanggapan itu sudah sinonim dan sukar ditepis walaupun tidak semua bersikap begitu.

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan itu.

Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan terbit rasa cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.

Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat diutarakan.

Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Kalau dilihat mengapa stigma ini berlaku, ia berpunca daripada sikap sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, memang banyak kes membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki yang berlaku.

Bos lelaki itu sanggup curang dengan isteri dan anaknya malah lebih teruk ada yang ‘kantoi’ depan mata menjalin hubungan dengan setiausaha mereka sendiri.

Maklumlah setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan majikan mereka di pejabat membuatkan majikan lelaki lebih selesa dengan layanan mereka berbanding isteri yang mungkin tidak memahami.

Penyelesaiannya? Tiada yang konkrit untuk melenyapkan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Kalau majikan wanita, ia lebih mudah kerana jarang sekali kita dengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited terhadap tugasnya.

‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya mereka bersikap fokus pada tanggungjawab.

Justeru kepada setiausaha wanita terutamanya yang muda, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.

Itu kisah kerjaya yang acap kali dikaitkan dengan isu ini, tapi ada banyak lagi jenis wanita yang gatal dan cepat miang, cuma semuanya lebih mudah untuk dinilai sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, July 04, 2013

Stereotaip Pemandu Wanita Di Jalan Raya!

Stereotaip Pemandu Wanita Di Jalan Raya!

Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini. Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’.

Pemandu Wanita

Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Menyangkal apabila kaum lelaki dikatakan mudah untuk stereotaip, mereka berkongsi pendapat mengenai beberapa kelebihan dan kekurangan pemandu wanita daripada kaca mata sang jejaka.

Cekap dan tangkas

Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tidak ketika memandu. Tapi situasi dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita.

Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!

Tertib sepanjang masa

Gadis memang sinonim dengan sikap tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap.

Contoh yang jelas ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak boleh nak memotong.

Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau tukar laluan.

Bayangkan kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.

Kaki gagap

Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’ dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta.

Dan si jejaka berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita. Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi kaki asyik memijak brek.

Asasnya, jika tidak yakin dengan kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’ pemandu lain.

Teragak-agak

Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan tepat.

Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1.

Penulis masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir panjang.

Banyak fikir

Melihat kepada cara pemanduan, perempuan didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan jadikan mereka teragak-agak.

Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar simpang.

Oleh kerana pergerakan lelaki lebih pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan risiko.

Sebenarnya, tak kira pemandu itu lelaki atau ­perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Masa penulis belajar memandu dulu, untuk mengelakkan ­gugup, saya suka berbual dengan guru memandu.

Jadi, ­tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ­perempuan asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ­positif dan negatif yang sukar dihurai.

Apa yang penting, ­lebihkan sikap bersabar dan hormat menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.

Tips memandu jarak jauh

Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.

Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.

Pilih posisi selesa sebelum memandu.

Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.

Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.

Pilih kelajuan yang tenang dan jarak sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.

Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.

Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.

Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.

Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 27, 2013

Benarkah Perkataan Maaf Mampu Memanjangkan Usia Wanita?

Benarkah Perkataan Maaf Mampu Memanjangkan Usia Wanita?

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua perkataan ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada wanita dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Saya minta Maaf

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat sukar dilafazkan kebanyakan orang terutama lelaki. Akan tetapi, menurut kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang wanita boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Wanita yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau strok.

Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah lelaki 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar perkataan maaf kerana mendapat perlakuan tidak tenang.

Perkara ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara degupan jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’.

Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, June 21, 2013

Kenapa Wanita Menyukai Lelaki Lebih Muda?

Kenapa Wanita Menyukai Lelaki Lebih Muda?

Wanita menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda bukanlah perkara baru.Menurut ahli psikologi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda biasanya sudah mantap daripada segi sosioekonominya.

Suami Muda
Gambar hiasan.

Rata-rata usia mereka melebihi 30 tahun, hidup berdikari dan mempunyai pekerjaan sendiri. Mereka menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda mungkin kerana lelaki yang sebaya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Tambahan pula, kebanyakan teman sepejabat adalah daripada golongan lelaki yang lebih muda. Lebih-lebih lagi jika teman lelakinya itu dapat memenuhi harapannya. Jadi, mengapa tidak menjalinkan hubungan istimewa?

Hubungan wanita dengan jejaka yang lebih muda masih dianggap normal, selagi si lelaki tidak berasa terpaksa. Mungkin si lelaki memang ingin memiliki pasangan yang mantap agar dapat membimbingnya.

Lelaki sebegitu tidak mahu menjalin hubungan dengan wanita yang lebih muda, yang biasanya lebih manja. Jadi, dia memilih wanita yang dapat mengurus dan membimbingnya.

Walau bagaimanapun, pada umumnya wanita cenderung memilih pasangan yang lebih tua kalau tidak pun sebaya. Namun usia bukanlah satu-satunya faktor pengukur kematangan berfikir dan emosi.

Kadang-kadang lelaki muda juga matang psikologinya dan mampu membuatkan pasangannya berasa selesa untuk menjalinkan hubungan mesra.

Mungkin juga wanita memilih lelaki lebih muda kerana ia membuatkan hidup mereka lebih bersemangat.

Secara umum, lelaki yang lebih muda adalah lebih aktif, lebih menyeronokkan apabila bersiar-siar atau keluar bersama dan masih gemar melakukan aktiviti mencabar seperti berkhemah dan mengembara. Jika sebaya, mereka mungkin akan keletihan apabila pulang daripada bekerja dan hanya mahu berehat di rumah.

Wanita yang memilih pasangan yang lebih muda biasanya memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka berasa yakin lantaran kedudukan diri yang sudah kukuh dan stabil.

Di luar negara, isu wanita berpasangan dengan lelaki lebih muda sudah menjadi lumrah. Apatah lagi dalam kalangan selebriti, yang mana wanitanya sudah mapan.

Sebaliknya di negara , jika dia dalam kategori wanita biasa, biasanya dia hanya mencari keselesaan dan merasai cabaran. Dan lelaki yang masih aktif melakukan pelbagai perkara mungkin menarik baginya.

Namun, hubungan berbeza usia tetap ada halangannya. Ini kerana wanita mahu pun lelaki akan berkembang seiring pertambahan usia. Jika lelaki semakin matang dan mantap sedangkan yang wanitanya tidak mampu mengimbangi perkembangan itu, maka masalah akan timbul.

Jadi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda harus berfikir tentang masa depan mereka. Apabila usia bertambah, setiap individu pasti akan berubah.

Perbezaan usia pasangan janganlah terlalu jauh, hanya sekitar 4-5 tahun. Perbezaan yang tidak terlalu jauh membolehkan pasangan menghadapi halangan dengan lebih mudah berbanding mereka yang memiliki perbezaan usia melebihi 10 tahun.

Tips:

Wanita yang mempunyai pasangan lebih muda harus selalu bertenaga dan aktif.

Wanita harus memiliki pengetahuan yang luas, memperluaskan wawasan selain sentiasa berusaha membangunkan diri.

Wanita harus pandai menjaga kesihatan dan penampilan agar dapat mengimbangi kekasih/suaminya yang lebih muda.

Pasangan berkenaan harus sentiasa dapat berkomunikasi dengan baik termasuk membincangkan masalah yang dihadapi.

Wanita janganlah terlalu cemburu terhadap pasangannya yang lebih muda meski pun kekasih/suaminya itu mempunyai ramai kawan sebaya. Berikan ruang kepada mereka yang lebih muda.

Menjalin hubungan dengan lelaki lebih muda adalah suatu pilihan yang boleh diterima akal, namun wanita harus memberi perhatian terhadap beberapa perkara agar hubungannya itu berkekalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, June 10, 2013

Kisah Benar Keikhlasan Isteri Anak-anak Yang Tiada Tara Bandingnya

Kisah Benar Keikhlasan Isteri Anak-anak Yang Tiada Tara Bandingnya

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.

Hati yang penuh Keikhlasan

Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (ERT) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya.

Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun, Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakannya secara ikhlas.

Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanya, sudah ada berapa orang yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu baru 3 orang. Malaikat menunjukkan siapa orang-orang tersebut.

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti.

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan.

Jawab Malaikat, "Ya.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah SWT.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan kita semua.

SAHABAT SEJATI

Apa yang disesalkan:

Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih padanya kalaupun dia mati.

Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas termasuk dengan saya.

Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.

Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan tiada keikhlasan dari mereka.

Beliau banyak kali menyakiti hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar.

Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Berbuat Kebaikan

Sahabat, Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat, luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu.

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Sayangilah isteri dan anak-anak anda selagi diberi peluang. Keikhlasan mereka tiada tara bandingnya.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

Selalulah memberi.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, May 22, 2013

6 Perkara Yang Wanita Lebih Baik Berbanding Lelaki

6 Perkara Yang Wanita Lebih Baik Berbanding Lelaki

Wanita sememangnya lebih istimewa berbanding lelaki dan berikut ini adalah hasil daripada pelbagai penyelidikan dan kajian mengenai keunggulan kaum wanita jika kita mahu bandingkannya dengan lelaki.

Keistimewaan wanita

Apa saja kelebihan wanita berbanding lelaki?

Tulisan Tangan

Wanita mempunyai kemampuan yang lebih baik dalam urusan tulis menulis berbanding lelaki. Hal ini terjadi sejak mereka kecil ketika mempelajari menulis huruf abjad.

Serat-serat saraf yang mengawal kemahiran motor di otak lelaki tidak sebaik yang perempuan miliki.

Pada ketika itu anak perempuan lebih baik mempelajari tulisan tangan berbanding anak lelaki.

Kesedaran untuk Makan Makanan Sihat

Universiti Minnesota melakukan kaji selidik terhadap lebih daripada 14 ribu orang yang mendedahkan bahawa wanita lebih menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang sihat berbanding lelaki.

Ketika lelaki memilih pizza sejuk di dalam peti sejuk, wanita lebih memilih buah-buahan yang mempunyai lebih banyak nilai nutrisi dan rendah kalori.

Lebih Cepat Belajar

Kajian yang dilakukan Universiti Goegia dan Universiti Columbia mendapati pada dasarnya wanita punya kemampuan untuk lebih mengembangkan fikirannya.

Menurut penyelidikan tersebut wanita lebih penuh perhatian, fleksibel.

Jadi semasa bekerja, wanita lebih mudah memahami tugas yang diberikan berbanding rakan kerja lelakinya.

Lebih Pintar

Berdasarkan penyelidikan ujian IQ dari seluruh dunia, wanita mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada lelaki.

Kajian itu dilakukan oleh James Flynn yang meneliti IQ pelbagai orang di dunia bermula dari Amerika, Eropah, Kanada, New Zealand, Argentina dan Estonia.

Dari keputusannya didapati IQ wanita kebanyakannya berada di atas.

Lebih Bersedia Semasa temuduga Kerja

Sebuah penyelidikan yang dilakukan University of Western Ontario mendedahkan wanita lebih boleh mengatasi stres semasa temuduga kerja.

Kajian mendapati walaupun wanita lebih panik ketika melakukan persiapan temuduga, tetapi wanita lebih mempengaruhi pihak penemuduga berbanding lelaki.

Hal itu tentu kerana wanita lebih mempersiapkan diri dan bersedia untuk ditemuduga.

Imuniti Tubuh Lebih Baik

Kajian yang dilakukan Universiti McGill mendapati bahawa wanita mempunyai sistem imun lebih baik berbanding lelaki.

Hal itu kerana hormon estrogen di dalam tubuh membuat wanita boleh melawan jangkitan lebih kuat.

Dalam hormon estrogen ada enzim tertentu yang menjadi perlindungan pertama tubuh ketika diserang bakteria dan virus. Imuniti yang lebih baik ini membuatkan wanita lebih panjang umur berbanding lelaki.

Kira-kira 85% orang yang berumur lebih dari 100 tahun adalah wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: realitiabadi

Monday, May 20, 2013

Kenapa Wanita Islam Tidak Berjabat Tangan Dengan Lelaki?

Kenapa Wanita Islam Tidak Berjabat Tangan Dengan Lelaki?

Para sahabat, para ulama’ salaf dan ulamak kontemporeri telah berselisih mengenai hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabiah (bukan mahram). Perselisihan yang terbit daripada masalah ini berpunca daripada perbezaan dalam nas hadis serta al-athar (الأثر).

Wanita bersalam

Jadi, manakah yang sebaik-baiknya? Mari kita baca kisah menarik dibawah.

Lelaki Inggeris bertanya: Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki?

Syeikh menjawab: Dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggeris menjawab: Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang boleh berjabat tangan dengan ratu.

Syeikh tersenyum dan berkata: Wanita-wanita kami (kaum muslimin) adalah para ratu, dan ratu tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).

Lelaki Inggeris bertanya lagi: Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?

Syeikh tersenyum lalu mengambil dua bungkusan coklat, dia membuka bungkusan yang pertama manakala yang satu lagi tidak diusik. Dia melemparkan kedua-duanya ke lantai.

Syeikh bertanya: Jika saya meminta anda untuk mengambil coklat, mana yang anda pilih?

Si Inggeris menjawab: Yang tertutup (masih terbungkus).

Syeikh berkata: Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.

Lihatlah bagaimana Islam menjaga martabat kaum wanita. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.

Renung-renungkan dan selamat berubah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, May 15, 2013

Ketahuilah Hati Wanita Sukar Di Duga

Ketahuilah Hati Wanita Sukar Di Duga

Hati perempuan itu terlalu istimewa hinggakan kadang amat kita sukar meramal apa yang berada di dalamnya. Kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya..

Hati Wanita

Hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirkannya walau kadang berbicara seolah tiada akan rasa, namun sebenarnya amat jauh dari dunia sendiri..

Lama sudah tidak ku lihat gemersik senyumanmu.

Dan jangan jua biarkan wanita yang berada di sisi kamu bersedih dan menangis.. Dan jika masih dibiarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta.

Jangan di biarkan wanita yang berada di sisi kamu punya rajuk yang panjang hingga tiada akan usaha untuk mengembirakan hatinya.. Kerana pasti akan ada seseorang yang cuba membuatnya senyum dan gembira.

Jangan biarkan wanita yang berada di sisi kamu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti akan ada bisikan mengodanya mencari keserasian.

Mereka tidak mendengar apa yang dikeluh. Mereka tidak melihat dengan mata walau memandang. Mereka hanya mahu tahu satu kisah. Satu cerita asalnya duka. Tidak langsung mereka mengerti akan rasa. Kerana mereka tidak berada di atasnya. Tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika.

Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat. Kerana menangis dia dalam diam. Menangis dia dalam hatinya. Deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.

Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal. Bimbinglah dia. Tenangkanlah hatinya.

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya. Dia akan menerima kata-katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.

Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya. Lantas dia akan menggenggam erat tanganmu. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga-bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya.

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.

Dan amat menyakitkan bila kita terpaksa berpura-pura bahagia sedangkan pada realiti kita merasakan derita.

Hanya mampu melihat tanpa memandang kerana telah dibutakan dengan kecurangan. Kita pujuk akan hati, cerita ini hanya sementara hingga sampai satu masa setiap lakonan itu akan berakhir jua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com