Friday, April 19, 2013

Kenapa Lelaki Suka Wanita Kurus?

Kenapa Lelaki Suka Wanita Kurus?

Sudah menjadi kelaziman, rata-rata lelaki amat menyukai wanita yang bertubuh kurus dan seksi kerana mungkin dipengaruhi oleh model iklan dan artis-artis wanita yang mempunyai bentuk badan kurus dan mengiurkan yang sering membuatkan lelaki sering berfantasi mengenai mereka.

Wanita kurus
 Gambar hiasan

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan, telah terbukti bahawa sebahagian besar kaum lelaki suka pada wanita berbadan kurus dan dibawah ini merupakan alasan mereka.

Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi

Ketika anda melihat bahagian pinggang ke pinggul, seorang wanita yang kurus akan kelihatan mempunyai rupa ukuran badan (curve) yang sempurna. Semakin sempurna ukuran bentuk badan mereka, mereka akan terlihat lebih seksi.

Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi Dalam Soal Berpakaian

Wanita berbadan kurus akan kelihatan seksi dan mempunyai daya tarikan sensual yang kuat sekiranya mereka mengenakan pakaian yang sesuai.

Kaum lelaki suka berdampingan dengan wanita kurus sekiranya wanita tersebut mempunyai payudara yang besar dan mempunyai pinggang yang kecil.

Wanita Kurus Mudah Untuk Diangkat

Kaum lelaki merasakan wanita berbadan kurus lebih mudah untuk diangkat atau didukung. Ini merupakan salah satu alasan utama kaum lelaki mengapa mereka lebih sukakan wanita kurus, berbanding wanita gemuk.

Wanita Kurus Kelihatan Lebih Langsing

Terdapat garis perbezaan antara kurus dan langsing. Wanita yang kurus mempunyai berat badan yang kurang untuk mempamerkan aset mereka seperti payudara dan punggung, manakala, wanita yang langsing mempunyai badan yang sihat dan memiliki ukuran badan yang sempurna seperti seorang model.

Wanita Kurus Lebih Fleksibel Di Tempat Tidur

Wanita kurus dan langsing mudah di atur ditempat tidur berbanding wanita gemuk. Jika anda inginkan wanita anda nampak mengancam di tempat tidur, carilah wanita yang berbadan kurus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drysheet

Tuesday, April 16, 2013

Wanita Kurang Keyakinan Diri Tanpa Solekan

Wanita Kurang Keyakinan Diri Tanpa Solekan

Sebanyak 80 peratus wanita akan menunggu selama sebulan sebelum membenarkan teman lelaki melihat mereka tanpa solekan. Sama ada mengenakan bedak asas keseluruhan wajah atau sekadar mencalit pelembap bibir, kebanyakan wanita memerlukan bantuan untuk kelihatan cantik, terutama bagi menarik perhatian pada temu janji pertama.

Solekan wanita
Gambar hiasan.

“Solekan buat anda rasa lebih seksi dan yakin. Saya suka dengan idea wanita bangun awal untuk bersolek secara rahsia demi menjaga penampilan sejak daripada malam sebelumnya” Debra Robson, CEO

Tidak hairanlah, wanita tidak yakin tanpa alat solek sehingga 80 peratus daripada mereka menunggu sebulan sebelum membenarkan kekasih baru melihat mereka tanpa mekap, menurut tinjauan terbaru.

Mereka bertindak melampau untuk menarik perhatian dengan lebih satu pertiga wanita bangun lebih awal daripada teman lelaki untuk mengenakan mekap kerana tidak berani membiarkan wajah dilihat tanpa solekan.

Selain itu, 60 peratus wanita sengaja tidak menanggalkan mekap ketika tidur dengan kekasih.

Kajian terbaru membuktikan bagaimana wanita enggan membenarkan kekasih melihat mereka tanpa mekap sebelum benar-benar mengenali isi hati mereka.

Hampir seorang setiap lima wanita iaitu 17 peratus menunggu sehingga dua bulan, 16 peratus tiga sehingga enam bulan, lapan peratus tidak pernah menunjukkan wajah tanpa mekap selama setahun.

Tiga peratus lagi tidak pernah langsung membiarkan teman lelaki menatap wajah mereka tanpa bersolek.

Tinjauan juga mendedahkan 20 peratus wanita mencuri memakai mekap pada malam pertama tidur dengan kekasih.

Hampir seorang setiap lima wanita menggunakan helah sama dalam enam bulan pertama hubungan intim.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak mahu dilihat teman lelaki tanpa mekap, majoritinya iaitu 58 peratus berkata mereka kelihatan lebih cantik mengenakan solekan.

Sebanyak 28 peratus lagi tidak yakin tanpa mekap, 12 peratus yakin mereka tidak diingini tanpa mekap dan dua peratus berkata kekasih mereka mungkin akan memutuskan hubungan.

Lebih tiga perempat wanita berasa masyarakat mahukan wanita mengenakan solekan dan 68 peratus wanita berasa seperti berbogel tanpa mekap.

Cuma 27 peratus gembira ke tempat kerja tanpa mekap dan hampir satu pertiga wanita bertegas mahu bersolek ke gimnasium.

Satu perempat wanita enggan pergi ke kedai tanpa memakai alat solek dan cuma lima peratus yang sanggup keluar temujanji tanpa mekap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, March 31, 2013

Bahaya Kelicikan Tipu Muslihat Wanita

Bahaya Kelicikan Tipu Muslihat Wanita

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Muslihat Wanita
Gambar hiasan.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak.

Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:

“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” – (Surah al-Baqarah: 35-36)

Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). – (Surah Taha: 116-121)

Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut.

Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan.

Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam.

Kata Dr Abu Syahbah, “Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”. – (Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)

Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita.

Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.

Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:

“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat” – (Surah Yusuf: 28)

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.

Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaidsebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya.

Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita.

Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.

Nabi SAW pernah bersabda, “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita.” -(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda juga:

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” – (Riwayat Muslim)

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.

Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita.

Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya.

Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian.

Nabi SAW bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” –(Riwayat Muslim)

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” – (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani)

Sabda Nabi SAW juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” –(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim.

Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, March 23, 2013

Kenapa Wanita Mudah Merajuk?

Kenapa Wanita Mudah Merajuk?

Wanita jika merajuk ada pelbagai macam perangai. Kadang-kadang makin dipujuk makin menjadi-jadi pulak rajuknya. Merajuk dan sikap kebudak-budakan seorang wanita memang tidak dapat dielakkan.

Wanita Merajuk

Waima yang matang sekalipun, apabila merajuk akan menjadi keanakan tetapi sikap ini hanya terserlah apabila bersama dengan orang yang tersayang sahaja.

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapannya ialah:

Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang.

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga.

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, March 22, 2013

Ketahui Kuasa Pujuk Rayu Seorang Wanita

Ketahui Kuasa Pujuk Rayu Seorang Wanita

Kehebatan wanita dalam pujuk rayu tidak boleh di sangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam pekara ini. Kaum lelaki boleh di pujuk dan di rayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak wanita itu.

Rayuan wanita
Gambar hiasan.

Antara kehebatan wanita yang menyebabkan keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki dengan daya pujukan; Napoleon Bonarparte dan Josephine, Anthony dan Cleopatra, Hitler dan Matahari, Samson dan Delila, Abu Lahab dan Hendon.

Kuasa Kejelitaan Wanita

Kejelitaan? Itu mesti apa yang di cari oleh lelaki pada seorang wanita. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki dan pelbagai pekara boleh berlaku.

Tapi pada sudut perspektif yang lain kecantikan seorang wanita menimbulkan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan boleh menpengaruhi suami atau rakan-rakan atau lelaki lain dalam hal-hal yg di redhai ALLAH

Kuasa Doa Wanita

Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW, "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita Adalah Kekuatan Bagi Lelaki

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita Adalah Seorang Ibu Yang Baik

Wanita adalah seorang ibu yang terbaik kerana walaupun ada 15 orang anak sekalipun ibu akan menjaga dan menyayanginya dengan sama dan mampu memenuhi keperluan mereka. Tapi mampukah anak lakukan sedemikian rupa pada ibu?

Tapi jangan terlupa bahawa Wanita juga ada Kehebatan Di sebaliknya

Wahai Wanitaku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan wahai wanitaku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Wanitaku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Wanitaku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya, tapi merangsang nafsunya.

Wahai Wanitaku,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Wanitaku,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Wanitaku,

Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.

Dalam kehebatan ada kelemahan..
dalam kebaikan ada keburukan..
dalam kemujaraban ada kemudaratan..
dalam kejayaan ada kegagalan..


Ada syurga dan ada neraka..
wanita paling mudah utk masuk syurga..
juga sangat mudah utk masuk neraka..


Pilihlah mana yg egkau mahu..
syurga atau neraka?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Janji Terbaik Allah Untuk Insan Bergelar Wanita

Janji Terbaik Allah Untuk Insan Bergelar Wanita

Allah SWT berfirman, “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

Wanita cantik
Gambar hiasan

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

KEISTIMEWAAN WANITA

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Daripada Aisyah r.a. ”Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ”Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 21, 2013

Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki

Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik dan sedap mata saat memandang, tetapi benarkah rupa cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti?
Kecantikan Wanita
Gambar Hiasan

Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya. Tetapi awas..

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi.

Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya. Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa.

Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda.

Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

Wajah Yang Cantik

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak. Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya.

Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak.

Tetapi, belum pun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu jugalah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang.

Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

Wanita Yang Matang

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti.

Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kepada Wanita, Jangan Luahkan Ini Kepada Lelaki!

Kepada Wanita, Jangan Luahkan Ini Kepada Lelaki!

Berbincang dengan suami atau teman lelaki adalah perkara biasa dan positif dalam hubungan antara dua insan, namun ada beberapa perkara yang tidak boleh atau sepatutnya dipendam saja. Kenalilah pasangan anda terutamanya lelaki, semoga tips dibawah berguna kepada kita.

Rahsia suami isteri

Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dalam hati saja. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalau pun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang perkataan itu jauh-jauh.

Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda.

Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila.

Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 20, 2013

Bahaya Tekanan Hidup Bagi Para Wanita

Bahaya Tekanan Hidup Bagi Para Wanita

Tekanan hidup adalah salah satu penyebab utama ketidakupayaan bagi wanita, iaitu kira-kira 25 peratus daripada wanita akan mengalami tekanan yang teruk pada tahap-tahap tertentu dalam kehidupan mereka.

Wanita Stress
Gambar hiasan

Tekanan sering menjadikan individu hilang kawalan diri dalam menangani tugas harian menyebabkan kerja di pejabat tertangguh atau lebih memburukkan keadaan ia membawa kepada kemusnahan hidup.

Wanita terutamanya, lazim dikaitkan dengan tekanan apabila mereka berada dalam tempoh berpantang sehingga menyebabkan kesihatan diri diabaikan seterusnya kesihatan terjejas teruk. Keadaan ini dikatakan meroyan.

Mereka yang mengalami tekanan perlu mempunyai kekuatan untuk bercakap dengan rakan baik atau bertemu pakar dalam bidang berkaitan.

Anda juga boleh membina persekitaran sosial sihat, yang boleh membantu mengurangkan tekanan dialami.

Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

KESAN BURUK STRES

Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurus stres dengan baik:

1. Sering lupa dan susah fokus

Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling.

Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

2. Insomnia

Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa.

Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

3. Sakit kepala

Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal.

Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stres.

4. Penyakit jantung

Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.

Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.

5. Sistem penghadaman terganggu

Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia. Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas.

6. Emosi tidak stabil

Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres. Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil.

Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil. Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah.

Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.

Jadi, kepada wanita-wanita diluar sana, banyak-banyakkan bersabar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kisah Wanita Dicipta Ketika Adam Sedang Tidur

Kisah Wanita Dicipta Ketika Adam Sedang Tidur

Menurut pakar psikologi, seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Wanita Dicipta

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga dan adakala melihat kematian dihadapannya. Namun begitu, semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan, sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksud kata baginda tersebut adalah, wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan.

Maka wahai kaum Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, kerana dia memang diciptakan seperti itu.

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati.

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan percayalah, wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, March 16, 2013

Wanita Menangis Setiap Kali Klimaks

Wanita Menangis Setiap Kali Klimaks

Saya berumur 25 tahun dan baru saja berkahwin. Semasa remaja saya kerap melakukan onani tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj. Persoalannya, kenapa setiap kali bersama suami saya akan mengeluarkan air mata.

Wanita Menangis Setiap Kali Klimaks
Gambar hiasan.

Kadangkala seperti menangis teresak-esak sehingga membuatkan suami ragu-ragu adakah saya menangis kerana sakit ketika bersama walhal hanya dengan cara itu saya berasa sungguh puas. Jika tidak, hubungan seks dan ‘kerjasama’ itu bagaikan tidak lengkap.

Buat pengetahuan doktor, suami saya tidak mempunyai sebarang masalah. Cuma saya ingin tahu apakah punca saya mengeluarkan air mata dan adakah cara untuk mengelakkannya?

Lina
Kelantan


Sememangnya ketika klimaks akan berlaku pelbagai perasaan dan emosi turut tercetus. Kadangkala apa yang berlaku itu menakutkan diri sendiri atau pasangan kelamin.

Menangis tersedu-sedu ketika dalam klimaks atau mencapai klimaks yang jarang kali berlaku kepada sesetengah wanita ketika menghayati klimaks yang amat memberangsangkan ialah antara fenomena yang dinyatakan tadi, iaitu ekspresi keseronokan dengan pergolakan emosi dan perasaan.

Mungkin perubahan ini sudah anda kenali sejak berjinak dengan rangsangan seksual secara kendiri (onani).

Ini fenomena biasa untuk anda dan bukan olok- olok dan anda boleh nyatakan perkara itu kepada pasangan.

Mana-mana suami yang sayangkan isteri, sudah tentu dia tidak mahu isterinya sakit ketika bersetubuh malah si suami akan rasa lebih puas atau seronok jika pasangannya turut klimaks.

Jadi anda boleh beritahu kepada pasangan anda bahawa anda jenis yang meraung ketika klimaks.

Anda tidak perlu berlakon, menahan perasaan semula jadi itu untuk tidak meraung dan menangis kerana tidak akan mencapai kepuasan syahwat.

Meraung atau menangis ketika mencapai klimaks itu kadangkala dikenali sebagai Crygasm atau ‘Cry Orgasm’.

Selain Crygasm, sesetengah wanita mencarut atau memaki atau menjerit sekuat hati ketika klimaks dan ini sudah tentu merosakkan suasana intim yang bermula pada awal persetubuhan.

Untuk suami, mungkin menggunakan penutup telinga dapat mengawal keadaan seperti itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, March 09, 2013

Benarkah Wanita Lebih Setia Dari Lelaki?

Benarkah Wanita Lebih Setia Dari Lelaki?

Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.

Wanita Lebih Setia
Gambar hiasan.

Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya.

Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.

Berikut adalah 10 fakta kenapa persoalan di atas.

1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki

Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

2. Menerima seadanya

Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.

3. Pendengar setia

Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.

4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia

Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).

5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung

Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.

6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat

Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.

7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari

Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.

8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya

Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.

9. Mengaku sudah berpunya

Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.

10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih

Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, February 15, 2013

Makna Tersirat Disebalik Kata-kata Seorang Wanita

Makna Tersirat Disebalik Kata-kata Seorang Wanita

Dibawah ini adalah bahasa dan percakapan orang perempuan yang orang lelaki kena faham maksudnya. Mungkin bahasa ini untuk pasangan yang baru berkenalan dan bercinta, manakala bahasa orang yang sudah kahwin lain la pula.

Kata-kata Wanita
Gambar hiasan

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
  • Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
  • Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
  • Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
  • Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
  • Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
  • Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
  • Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
  • Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
  • Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
  • Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, February 08, 2013

Sifat Wanita Yang Mampu Membuatkan Lelaki Jatuh Cinta

Sifat Wanita Yang Mampu Membuatkan Lelaki Jatuh Cinta

Memikat hati seorang lelaki sebenarnya amatlah mudah dan dibawah ini adalah beberapa contoh sifat dan penampilan seorang wanita yang mampu menarik perhatian seorang lelaki dan mampu menjadikan mereka segera jatuh cinta.

Kecantikan wanita
Gambar hiasan.

Jom kita ketahui apa saja perkara yang akan menyebabkan seorang lelaki jatuh cinta kepada anda.

Pandai menjaga penampilan

Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana wanita menunjukkan kepada orang ramai perangai sebenar mereka.

Pastikan yang penampilan anda ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur.

Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong.

Bersederhana

Sambungan kepada point di atas, pastikan diri anda sentiasa mengamalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai.

Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.

Lelaki akan takut nak dekat sebab anda akan dilabel perempuan pisau cukur. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum lelaki ni. Kalau nak juga, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti.

Manja tapi bukan gedik

Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk mengambil kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks.. Euwww sana.. Euww sini..

Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki. Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo..... ataupun ala..... lepas tu buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki ni. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang, cutenya.

Ceria dan senyum selalu

Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang perlu digunakan ketika berada dalam keadaan stress. Senyum anda mampu menawan hati lelaki.

Ditambah pula dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea. Pergh. Mabeles wa cakap lu. Korang akan nampak menyerlah.Cuba cenyum sikit. Kan tomei tu. Smile and the world will smile with you!

Mudah mesra.

Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang terlalu mudah mesra.

Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini, mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.

Jadilah diri sendiri.

Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri sendiri, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan?

Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila lelaki cakap mesti anda akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat!

Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, December 29, 2012

Benarkah Wanita Perlukan Zakar Yang Panjang Untuk Puas?

Benarkah Wanita Perlukan Zakar Yang Panjang Untuk Puas?

Menurut Hendrawan Nadesul, penulis buku "Mitos Mengenai Seks", tiap wanita berbeza suku bangsa punya toleransi panjang zakar. Yang paling pendek adalah wanita Asia, kerana rata-rata vagina hanya boleh "menampung" zakar sampai 17cm (6.6 inci) saja.

Zakar panjang

Untuk wanita Afrika, kemaluan mereka boleh dimasuki zakar sampai panjangnya 25cm (9.8inci). Sedangkan, untuk wanita kulit putih, toleransi zakar adalah 20cm (7.8inci).

Panjang zakar bukan menjadi tolak ukur kepuasan seks pada wanita. Justeru kalau vagina dimasuki oleh zakar yang panjangnya melebihi toleransi, boleh mengakibatkan rasa sakit.

Ujung-ujungnya, kemesraan bercinta tidak terjadi. Ukuran zakar lelaki biasanya juga mengikuti toleransi dari vagina wanita dari suku bangsanya.

"Urusan kenikmatan itu tak berkorelasi dengan ukuran. Hanya 6cm (2.3inci) saja sudah cukup membuat perempuan orgasme kerana letak G-spot rata-rata pada kedalaman tersebut," ujar Hendrawan.

Kepuasan seks ditentukan banyak faktor. Yang paling penting adalah mewujudkan suasana foreplay yang cukup "panas".

Sehingga, semasa penetrasi, terjadi perasaan ghairah yang boleh berakhir pada orgasme oleh kedua-dua pasangan.

Mood yang baik juga harus dibentuk dari awal hingga akhir "pertempuran".

Biar lebih mencabar, lakukan pelbagai fantasi seks agar tidak membosankan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, December 17, 2012

Luahan Hati Wanita Yang Tidak Di Ketahui Lelaki

Luahan Hati Wanita Yang Tidak Di Ketahui Lelaki

Wanita adalah ciptaan Allah yang sering dijadikan perhatian dalam setiap sudut kehidupan. Dandanannya, pakaiannya, tingkah laku, malah gerak-gerinya. Wanita adalah makhluk Tuhan yang sangat indah.

Hati wanita

Curahan Isi Hati Wanita Yang Tidak Diketahui Lelaki:

Lupa

Kami tahu bahawa lelaki menyayangi kami. Kami tahu bahawa kaum lelaki lebih suka membuktikan pada kami bahawa mereka menyayangi kami dengan perbuatan berbanding perkataan.

Tapi kami ingin menyatakan bahawa, ucapan "Aku sayang kamu" ketika hendak tidur atau "Saya memerlukan kamu" ketika kita tidak bertemu beberapa hari, tidak perlu diucap setiap hari tapi paling tidak seminggu sekali, kerana semakin lama hubungan kita terjalin, kaum lelaki semakin jarang mengucapkan kata-kata sayang atau rindu.

Masa

Tolonglah datang tepat pada waktunya. Ini kerana menepati masa membuktikan bahawa lelaki menghargai kami, bahawa lelaki tidak tidak akan membiarkan kami menunggu dengan dandanan yang sudah lengkap hingga luntur kembali kerana menunggu.

Sebenarnya, kami sangat susah hati sekiranya lelaki lambat sampai..

Hadiah

Kami boleh membeli barang-barang yang kami inginkan dengan wang sendiri, tapi kami ingin sesekali lelaki membelikan untuk kami, walaupun hanya untuk sebuah penyepit rambut.

Percayalah penyepit rambut itu akan kami simpan sampai bila-bila.

Ketika susah

Ketika lelaki sedang bersedih, dalam kesusahan atau sedang melalui keadaan yang tidak baik, janganlah melayan kami dengan perasaan marah atau menunjukkan wajah yang tidak manis, tapi duduklah di samping kami dan sandarkanlah kepala kamu di bahu kami, tidak perlu berkata-kata kerana kami tahu bahawa kalian hanya ingin menenangkan perasaan dan merasakan ada tempat untuk mengadukan masalah.

Ketahuilah bahawa kamu tidak sendirian di dunia ini. Kami sentiasa ada untuk menyokong dan menyayangi kalian.

Nada suara

Tolong turunkan nada suara ketika berbicara kerana nada yang tinggi ketika kamu sedang marah sangat melukai hati kami.

Bentakan-bentakan lelaki akan membuatkan air mata kami mengalir. Kami lebih mengerti apa yang anda lelaki katakan dengan suara yang lembut.

Tolong jangan bentak kami, kerana kalian akan kelihatan seperti orang asing yang kami tidak kenal.

Ambil berat

Ketika kami bertanya adakah kamu sudah makan, itu bukan kerana kami menganggap kalian adalah anak kecil yang perlu diingatkan, tapi kerana kami mengambil berat.

Tahukah kalian bahawa ketika kami sibuk, dengan pekerjaan pun, kami sentiasa ingat untuk menanyakan kalian, sudah makan atau belum.

Kami khuatir kalian terlalu sibuk bekerja hingga terlupa makan.

Tidak dihargai

Janganlah berlagak seolah kalian tidak takut kehilangan kami hanya kerana kalian adalah lelaki. Perkara itu akan membuatkan kami merasa tidak dihargai. Itu akan membuatkan kami berasa sedih dan hati kami terluka.

Kesimpulan

Wanita selalu memikirkan hal-hal kecil dan lelaki pula sering meminggirkan masalah-masalah kecil.

Wanita menganggap jalan pemikiran lelaki aneh dan lelaki pula menganggap cara pemikiran wanita terlalu rumit.

Pertengkaran dan salah faham selalu berlaku kerana lelaki dan wanita sememangnya diciptakan berbeza. Saling menghargai, mengalah dan jangan menggunakan kekerasan pada orang yang kita sayangi.

Komunikasi yang baik adalah perkara dan cara yang sangat penting dalam memelihara hubungan walaupun kita akui adakalnya sangat sukar.

Marilah saling mengerti..

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, December 10, 2012

Fakta Yang Sangat Menarik Tentang Payudara Wanita

Fakta Yang Sangat Menarik Tentang Payudara Wanita

Terlebih dahulu, kepada yang singgah membaca entri ini dan fikirkan entri ini adalah entri lucah atau memang mengharapkan entri ini adalah entri lucah, diharap korang dapat membacanya dulu. Rasanya kalau sebut mengenai payudara, semua orang tersipu malu lebih-lebih lagi kalau perempuan.

Fakta Payudara Wanita

Women are always conscious about their breasts; however, with all due respect, they know very little about them. So, these are interesting facts about women breast to be shared.

Baca jangan tak baca;

1. Saiz payudara kiri biasanya lebih besar

Tidak ada payudara yang mempunyai saiz yang sama, dan biasanya payudara sebelah kiri lebih besar dari payudara sebelah kanan.

Namun, perbezaannya tidaklah terlalu ketara dan menonjol. Puting juga datang dalam pelbagai saiz dan bentuk (sama ada kecil atau besar).

2. Payudara tidak elok digoyang

Biasanya senaman seperti jogging dan aerobik akan mengakibatkan payudara anda bergoyang. Jadi, sentiasa pakai bra/coli yang sesuai dengan saiz payudara anda untuk mengurangkan kesakitan di payudara semasa melakukan aktiviti ini. Kan bra tu dibuat untuk melindungi payudara anda.

3. Payudara boleh berubah bentuk

Memang pelik kalau dengar tapi kalau anda tidur dengan meniarap (facedown), kadang-kadang ianya boleh mengubah bentuk payudara.

Jadi, kena jagalah cara anda tidur supaya boleh maintain bentuk dan ketegangan payudara itu.

Kalau yang suka tidur meniarap pun pastikan anda letak dulu bantal di bawah payudara sebagai support semasa tidur.

4. Payudara boleh memanjangkan umur lelaki

Merenung payudara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara lima dan enam tahun. Ini adalah kajian yang dijalankan ke atas 200 lelaki tulen di Eropah.

Kajian yang diketuai oleh Dr. Karen Weatherby menyatakan renungan selama 10 minit sehari bersamaan dengan 30 minit bersenam di gym.

Bertuahkan jadi lelaki. Senang-senang je nak panjangkan umur, tapi yang peliknya kat Malaysia ni ramai pulak lelaki yang mati cepat.

5. Elakkan pakai bra semasa tidur

Wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra/coli dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur elakkan dari memakai bra kerana ianya boleh menyebabkan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

6. Payudara adalah perkara pertama lelaki lihat pada perempuan

Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi perkara pertama dilihat oleh seorang lelaki normal dan merupakan anggota badan perempuan yang dilihat paling lama oleh lelaki.

Jadi, faham-fahamlah ye.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, December 04, 2012

Perkara Yang Paling Membahagiakan Wanita

Perkara Yang Paling Membahagiakan Wanita

Salah satu cara untuk memastikan kebahagian mahligai yang dibina oleh anda dan pasangan adalah dengan memahami diri masing-masing, kerana di dalam diri setiap wanita, pasti ada impian dan keinginan yang dia ingin kecapi.

Menurut kajian, rata-rata wanita inginkan yang terbaik untuk mereka. Semuanya sangat simple dan ringkas. Di bawah adalah perkara yang wanita inginkan.

Ingat! Simple dan ringkas..

Plain looking husband

Membahagiakan Wanita

Normal simple ring

Membahagiakan Wanita

Small wedding party

Wedding party

Honeymoon at any place

Membahagiakan Wanita

Small house for kid to run around

Small house

Lovely children

Membahagiakan Wanita

Husband is family man

Husband family man

But work hard

Men Work hard

Small car for shopping

Small car

Another car for kids

Another car aXIA

Some collection

Some collection

Shoes for each occassion

Some collection Shoes

Some nice outfit

Nice outfit

A bit of cosmetics

Membahagiakan Wanita

A bit of make up

Membahagiakan Wanita

Overseas trip once a year

Overseas trip

More often on domestic trip

Domestic trip

Dinners

Nice Dinners

Present occasionally

Presents for girl

Finally, some securities

Gold and money

Itu saja. Cuma ini yang wanita inginkan dalam hidup mereka. Jika anda mampu berikan semuanya, andalah jejaka idaman setiap wanita di dunia...;)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com