Sunday, October 09, 2016

'Saya Masuk Islam Kerana Penghormatannya Terhadap Wanita'


Camilla Leyland, wanita kulit putih warga Cornwall, England, seorang guru yoga yang mempunyai pusat yoga terbesar dan terkenal di bandar itu.

Camilla Leyland

Namun, ramai tidak tahu, ibu kepada seorang puteri ini adalah seorang wanita Islam dan artikel mengenai kemasukkannya ke dalam Islam turut dipetik dalam laman web dailymail uk.

Camilla memutuskan untuk menganut agama Islam pada ketika berusia 20 tahun. Apa yang membuatkannya menjadi seorang wanita muslimah?

Camilla tertarik kepada Islam kerana perbezaan pandangan Barat dalam soal perlakuan Islam ke atas wanita.

Menurut Camilla, tidak seperti pandangan ramai orang di Barat, Islam sebenarnya mengiktiraf kedudukan wanita adalah setaraf dengan lelaki, dalam fungsi dan tugas masing-masing.

"Saya tahu ramai orang pasti akan terkejut mendengar kata 'feminisme' dan 'Islam'.

"Namun jangan salah, di dalam Al-Qur'an, wanita mempunyai kedudukan setara dengan lelaki dan sebelum agama ini dilahirkan, wanita adalah warga kelas dua dalam masyarakat misoginis," katanya.

Menurut Camilla lagi, ramai orang tersilap dalam memahami antara budaya dan agama.

Di kebanyakan negara Islam, kebebasan wanita dikongkong mungkin benar, tetapi budaya masyarakat Barat juga sebenarnya sama.

'Tekanan' yang dimaksudkan adalah tuntutan sosial supaya wanita melakukan perkara sama yang dilakukan oleh lelaki dengan meminum minuman keras dan seks bebas.

"Tidak ada ertinya semua itu bagi saya. Dalam Islam, ketika anda mula menjalinkan hubungan, ertinya adalah sebuah komitmen yang serius."

Camilla membesar di dalam lingkungan kelas pertengahan. Ayahnya pengarah Southampton Institute of Education dan ibunya seorang pensyarah ekonomi.

Camilla mula tertarik dengan Islam sejak sekolah menengah dan keinginannya untuk memahami Islam tercapai selepas masuk ke universiti dengan gelaran Master dalam bidang kajian Timur Tengah.

Pencerahan datang ketika dia tinggal dan bekerja di Syria. Camilla semakin tertarik pada Islam selepas membaca terjemahan Al-Qur'an.

"Saya tertarik untuk menjadi mualaf," katanya.

Keputusannya menganut Islam membuat rakan-rakan dan keluarganya hairan.

"Sukar bagi mereka memahami bagaimana seorang yang terpelajar, berasal dari kelas menengah dan berkulit putih, memutuskan untuk menjadi Muslim, ujar Camilla.

Dia bersyukur menjadi seorang Islam dan tekadnya semakin kuat terhadap agamanya ketika menghadiri ulang tahun rakannya disebuah bar, dia hadir dengan pakaian hijab.

"Saya berjalan dengan tudung dan pakaian muslimah. Semua mata melihat dan menatap saya. Beberapa orang yang mabuk mengucapkan kata-kata tidak senonoh dan menari secara provokatif.

"Untuk pertama kalinya saya menyaksikan masa lalu saya dengan sebelah mata dan saya tahu dan tidak akan pernah ingin kembali pada kehidupan seperti itu," ujarnya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Islampos

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon