Tuesday, April 05, 2016

Kenapa Sebenarnya Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai?


Susulan kekecohan peminat tudung jenama Fareeda yang menjadi viral baru-baru ini, timbul soalan apa sebenarnya keistimewaan tudung Fareeda sehinggakan orang ramai sanggup berebut-rebut mahu mendapatkannya?

Tudung Fareeda Latest Edition

Tudung Fareeda berjaya mendapat perhatian ramai kerana mereka ada personal shopper yang akan membeli bagi pihak-pihak tertentu yang kemudian akan menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi daripada yang dipasarkan oleh jenama itu sendiri.

Personal shopper menyediakan perkhidmatan jualan dan memberikan nasihat dan rata-rata mereka terdiri daripada golongan yang mahir tentang selok belok barangan berjenama dan ada di antaranya adalah peminat tegar barangan tersebut.

Pelanggan+Tudung+Fareeda

Contohnya, personal shopper itu mungkin membeli sehelai tudung dengan harga RM150, kemudiannya mereka akan menjual sebagai contoh sebanyak RM200 kepada pelanggan mereka.

Jadi, jumlah keuntungan sebanyak RM50 sudah berjaya diperoleh oleh personal shopper terbabit.

Sebab yang kedua kenapa tudung Fareeda ini begitu mendapat sambutan ialah kerana setiap kali keluaran terbaharunya, ia adalah koleksi terhad yang mana pengusahanya akan mengeluarkan model tudung terbaharu itu dalam jumlah-jumlah terhad sahaja.

Pelanggan+Terhad+Tudung+Fareeda
Dipercayai butik Fareeda hanya membenarkan seramai 20, 30 pelanggan dalam satu-satu masa.

Jika Fareeda mengeluarkan sebanyak 100 helai, hanya itu sahaja yang akan dijual dan mereka tidak akan mengulang cetak corak dan rekaan yang sama bagi mengekalkan eksklusiviti buat pelanggan mereka (Ye ke?).

Selain itu juga, pengusaha butik Fareeda turut mengamalkan konsep seperti butik-butik terkenal seluruh dunia yang mengamalkan pengambilan nombor giliran untuk membeli-belah dalam premis mereka dalam satu-satu masa tertentu.

Itu pasal peminat Fareeda tidak pernah jemu berasak-asak demi mengejar nombor giliran dan difahamkan insiden bertolak-tolakan di antara mereka bukan kali pertama berlaku malah hampir setiap keluaran terbaharu, ada sahaja berlaku kejadian berasak-asak.

Tidur bergelimpangan demi Tudung Fareeda
Rela tidur bergelimpangan demi mendapatkan stok tudung kegilaan mereka.

Sebelum ini juga, ada peminat yang terlalu ‘taksub’ dengan Fareeda sanggup tidur di kaki lima butik dalam usaha tidak mahu ketinggalan memiliki tudung koleksi terbaharu yang bakal dilancarkan pada keesokan harinya.

Itu antara sebab-sebab kenapa tudung jenama Fareeda digemari ramai walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal untuk pasaran jualan tudung.

BACA INI JUGA: 7 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Tentang Penjagaan Kulit!

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon