Saturday, April 01, 2017

7 Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah

Dalam hubungan suami isteri di alam rumahtangga, tidak dinafikan adanya kelemahan pada setiap pasangan, namun yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalu berusaha memperbaiki diri.

Suami Benci

Tips 7 'C' sebab suami benci isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.

Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri.

Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku.

Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

1. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!"

Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.

3. Celupar

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Comot

Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot samada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya.

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya!

Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tak mekap pun.

5. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.

Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di ofis. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

7. Cincai

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.

Anak dah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan tv.

Kesimpulan

7C ini merupakan sebahagian daripada lambang keperibadian muslimah yang lemah. Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini.

Yang penting, muhasabah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Isteri Mahu Dari Suami?

sumber: luvislam92

1 comments so far

apa-apa pun kena ada persefahaman yang baik diantara kedua-duanya..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Loading...