May 6, 2015

Normalisasi, Seks Bebas Dan Dosa Sebagai Perkara Biasa

Normalisasi bahasa mudahnya adalah satu proses menghilangkan sensitiviti umat Islam terhadap dosa.

Seks Bebas

Memandang dosa bagai satu perkara biasa dalam masyarakat, maka lama-kelamaan akan menyebabkan kita terbiasa tanpa terdetik sedikit pun rasa benci di dalam hati.

Perkara ini jika tidak ditangani segera akan menjadi barah, lalu timbullah kata-kata seperti ini;

"Pelacur tu tak berdosa pun.."

"Terlanjur sebelum nikah okey je. Banyak apa filem macam tu.."

"Perompak tu sebenarnya baik."

"LGBT tu okey saja. Biarlah diorang nak jadi gay ke, pondan ke, lesbian ke. Apa kita nak sibuk."

Dan banyak lagi ayat-ayat seangkatan dengannya.

Perkara ini bukannya pelik untuk berlaku. Saban hari, masyarakat kita dihidangkan dengan hiburan-hiburan melampau di televisyen. Hampir setiap hari ada sahaj adegan berpeluk, bercium, bersekedudukan lelaki dan perempuan yang belum bernikah.

Terlanjur sebelum nikah? Banyak! Terlalu banyak hinggakan elemen-elemen ini tertanam dalam benak minda masyarakat, sehingga bila tengok hari-hari, benda ini jadi semacam sesuatu yang normal. Benda biasa, bukan lagi dosa!

Lebih mengejutkan, cerita-cerita hantu pun adakalanya memaparkan watak hantu itu gay atau lesbian! Hantu Kak Limah lesbian? Erk.. susah hendak dibayangkan.

Itu baru melalui rancangan drama Melayu, belum lagi cerita luar. Cerita Korea? Hollywood? Bollywood? Telenovella? Hakikatnya sudah berpuluh tahun masyarakat kita dihidangkan dengan lambakan hiburan sebegitu.

Macam contoh drama bersiri Friends. Drama itu menonjolkan sisi bersekedudukan lelaki perempuan sebelum berkahwin adalah okey.

Memasuki era baru ini, Youtube mula mendapat tempat. Banyak video klip yang super seksi dan dipenuhi banyak adegan lucah serta keganasan dimasukkan secara tidak sedar buat tontonan masyarakat.

Satu contoh mudah ialah video Gangnam Style nyanyian PSY. Video itu menjadi sangat viral dan mendapat rating pertama sebagai video paling banyak ditonton di Youtube, sehinggakan anak-anak kecil kita, seawal usia dua hingga tiga tahun sudah boleh berjoget ala-ala Gangnam Style.

Sudahlah lagu itu mengasyikkan, tariannya pula terselit unsur-unsur lucah. Betapa halusnya mesej-mesej seperti ini menyusup masuk tanpa kita sedari.

Animasi dan permainan video juga tidak terlepas daripada memaparkan unsur-unsur ini secara halus dan meresap ke dalam pemikiran generasi muda kita seperti permainan Grand Theft Auto dan lain-lain.

Jalan penyelesaian

Nampak macam tak ada apa-apa, tapi normalisasi itulah sebenarnya yang menyesatkan umat manusia. Mereka menghias keburukan seolah-olah dilihat baik pada pandangan mata manusia.

Justeru itu umat Islam haruslah menjadi umat yang cakna, peka serta mengambil tahu tentang perkara ini. Kalau kita tidak menjadi umat yang peka, kita akan mudah dipengaruhi serta dimanipulasi agar mengikut kehendak hawa nafsu.

Jangan terkejut kalau nanti generasi anak cucu kita menonton video lucah dengan selamba didepan orang tua. Atau melakukan perkara tidak senonoh seperti apa yang mereka tonton dan lihat di kaca televisyen mahupun internet.

Lebih teruk lagi kalau terpengaruh untuk mengamalkan seks bebas bersama kekasih mereka kerana merasakan perkara itu adalah normal dan tidak berdosa.

Perkara ini harus dipandang serius dan sebaik-baik penyelesaian adalah dengan mengajak masyarakat kembali kepada Islam. Macamana hendak mengajak masyarakat kembali kepada Islam?

Caranya adalah melalui tarbiah (didikan). Tarbiah individu, tarbiah keluarga, tarbiah masyarakat, tarbiah negara dan seterusnya. Cara lain adalah dengan menyediakan lebih banyak hiburan yang mendidik iman, sama ada melalui tulisan, filem, lagu dan sebagainya.

Insya-Allah, kita mampu membawa perubahan kepada masyarakat ini. Amiin..

BACA INI JUGA: 10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Nauzubillah.. semoga kita dan keturuan kita semua dijauhi dari tergolong dikalangan org2 yg sesat... aamiin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon