Thursday, August 28, 2014

Gambar Pesawat MAS Kosong FITNAH Media Barat!

Gambar Pesawat MAS Kosong FITNAH Media Barat!

Seorang penumpang, Catherine Chin Wan Ping Coombes telah berkongsikan gambarnya menaiki pesawat MAS, penerbangan dari London ke Kuala Lumpur yang menunjukkan banyak kerusi kosong dalam kelas perniagaan yang dinaikinya.

Catherine Chin Wan Ping Coombes

Dan semalam, pemenang program Masterchef UK 2014, mengecam tindakan sebuah portal Australia yang menyiarkan laporan palsu berhubung gambarnya yang dikongsikan di Twitter.

Portal itu didakwa membuat laporan palsu mengatakan insiden MH17 yang ditembak jatuh 17 Julai lalu telah memberi tamparan hebat kepada MAS berikutan penumpang sudah tidak lagi memilih MAS untuk menuju ke destinasi masing-masing.

“Bangun pagi dengan gambar ini terpampang di media! Sesiapa yang pernah naik kapal terbang pasti mengetahui mereka akan membenarkan penumpang dengan anak kecil naik pesawat terlebih dahulu, penerbangan yang saya naik tidak kosong, sebaliknya ia memang penuh dengan penumpang,” bidas Catherine yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

Catherine ke ibu negara ditemani suaminya, warga British bersama anak perempuan mereka dibenarkan masuk terlebih dahulu kerana mengikut polisi penerbangan, keluarga yang bersama anak kecil akan diberi keutamaan untuk masuk dahulu sebelum penumpang lain.

Gambar Catherine juga telah digunakan oleh beberapa portal berita termasuk news.com.au, Mashable dan beberapa laman web berita UK untuk menyebarkan fitnah tersebut.

Gambar Catherine yang dilahirkan di Ipoh dan merupakan pemenang Masterchef UK 2014, menunjukkan beliau dalam kelas perniagaan.

Gambar itu menunjukkan tempat duduk pesawat dan ruang berlepas yang kosong.

“Penerbangan itu tidak kosong, malah ia sebenarnya penuh,” kata Catherine dalam Instagram.

Sumber: malaysiakini.com/mynewshub.my

Biasalah media barat, suka menabur fitnah.

-SENTIASAPANAS.COM

Israel Akhirnya Tunduk Tuntutan Hamas

Israel Akhirnya Tunduk Tuntutan Hamas

Walaupun Israel dan Hamas masing-masing mendakwa mereka menang dalam peperangan 50 hari rejim Zionis itu di Gaza yang meragut lebih 2,100 nyawa warga Palestin, kebanyakannya orang awam, penganalisis mengambil pendekatan lebih realistik, malah akhbar Israel, Maariv menganggapnya ‘seri’.

Israel-Kalah
Warga Palestin berhimpun di Gaza meraikan kejayaan Hamas.

Berikut terma dipersetujui yang antara lain melihat kedua-dua pihak bersedia membincangkan isu lebih kompleks termasuk pembebasan tawanan Palestin dan tuntutan Gaza untuk mendapat pelabuhan yang bakal dibincangkan bulan depan.

Langkah segera:

• Hamas dan kumpulan pejuang lain bersetuju menghentikan semua serangan terhadap Israel manakala Israel menghentikan semua keganasan udara dan darat.

• Israel bersetuju membuka sempadan laluan dengan Gaza bagi memudahkan kemasukan barangan termasuk bantuan kemanusiaan dan barangan diperlukan untuk kerja pembaikpulihan.

• Dalam perjanjian dua hala berasingan, Mesir bersetuju membuka sempadannya seluas 14 kilometer di Rafah.

• Pihak Berkuasa Palestin (PA) diketuai Presiden Mahmoud Abbas mengambil alih pentadbiran sempadan Gaza daripada Hamas. Israel dan Mesir berharap ia memastikan senjata dan barangan ‘dwi-kegunaan’ dihalang memasuki Gaza selain pemantauan ketat pengimportan bahan binaan supaya hanya digunakan untuk membaik pulih atau membina kediaman, bukannya terowong.

• PA menyelaraskan pembaikpulihan di Gaza dengan penderma antarabangsa termasuk Kesatuan Eropah (EU), Qatar, Turki dan Norway.

• Israel mengecilkan zon penampan keselamatan, kawasan yang dilarang untuk orang Palestin di dalam sempadan Gaza iaitu daripada 300 meter (m) menjadi 100m bagi memberi lebih akses ke kawasan pertanian di sempadan.

• Israel meluaskan had penangkapan ikan di pesisiran pantai Gaza kepada 10 kilometer (km) daripada 5km dan tidak menolak kemungkinan diperluaskan lagi kelak.

Israel-Kalah [2]
Pejuang Palestin dijulang oleh penduduk Gaza.

Isu jangka panjang:

• Hamas menuntut pembebasan ratusan tahanan Palestin yang ditahan dalam siasatan penculikan dan pembunuhan tiga pelajar Yahudi Jun lalu - kejadian yang mencetus peperangan itu.

• Fatah menuntut pembebasan tahanan lama dari Palestin yang dijanjikan sebelum rundingan damai PA-Israel gagal sebelum ini.

• Israel menuntut Hamas dan kumpulan pejuang lain menyerahkan semua anggota dan barangan milik askar Israel yang terbunuh.

• Hamas mahukan pelabuhan dibina di Gaza.

• Hamas menuntut diberi dana yang dibekukan PA untuk membolehkan gaji tertunggak sejak tahun lalu dibayar kepada 40,000 anggota polis, pekerja kerajaan dan pentadbiran.

• Israel mahukan Gaza bebas daripada sebarang kegiatan ketenteraan, cadangan yang disokong Amerika Syarikat dan EU.

• Palestin mahukan pembinaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat yang dibuka pada 1998 tetapi ditutup pada 2000 selepas dibom tentera Israel.

Di Gaza, 1.8 juta penduduknya meraikan gencatan senjata itu dengan menganggapnya kemenangan Hamas.

Sumber: Reuters/AFP

-SENTIASAPANAS.COM


Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau

Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau

Nampaknya kejadian pukau semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat di Malaysia. Namun, masih ramai dikalangan kita sendiri tidak memahami bagaimana pukau boleh terjadi malah ada juga golongan yang tidak mempercayainya.

Berwuduk

“Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita.

“Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita,” kata Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro mengenai seorang pesara yang kerugian RM50,000 selepas dipukau seorang lelaki berperwatakan alim dengan hanya menepuk bahu.

Lelaki berkenaan mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepadanya.

Malah, sebelum ini pun pernah dilaporkan bagaimana seorang Gadis Di Pukau dan Di Nodai 8 Lelaki.

Abdul Malek berkata, ilmu pukau sebahagian ilmu sihir yang wujud sejak zaman Nabi Musa lagi iaitu ketika Nabi Musa terpaksa berhadapan dengan ahli sihir Firaun.

Menurutnya, pukau akan menyebabkan seseorang itu dikuasai jin kafir yang melakukan perjanjian dengan tuannya untuk merosakkan seseorang yang dikehendaki.

Katanya, banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.

“Pukau ini mempunyai pelbagai cara seperti menggunakan asap rokok, angin dan dengan menyebut nama orang berkenaan. Ilmu sihir sekarang juga boleh dilakukan melalui dalam telefon.

“Oleh itu, jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan,” katanya. [hmetro]

Doa Pelindung Dari Pukau

Berikut adalah doa pelindung atau pendinding yang boleh menjadi perisai kepada ilmu kejahatan pukau ketika dalam perjalanan, di majlis keramaian atau di mana juga anda berada.

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
بِسْمِ اللهِ اَسْتَرْعِيْكَ رَبَّكَ وَاُعَوِّذُكَ بِالْوَاحِدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ حَاسِدٍ قَآئِمٍ اَوْ قَاعِدٍ، وَكُلِّ خَلْقٍ رَآئِدٍ فِي طُرُقِ الْمَوَارِدِ. لاَتَضُرُّوهُ فِي يَقْظَةٍ وَلاَمَنَامٍ،  وَلاَ فِي ظَعْنٍ وَلاَ فِي مَقَامٍ، سَجِيْسَ اللَّيَالِي وَاَوَاخِـرِاْلأَيَّامِ. يَدُ اللهِ فَوْقَ اَيْدِيْهِمْ وَحِجَابُ اللهِ فَوْقَ عَادِيَتِهِمْ.

Bismillâhi astar’îka Rabbaka wa u’awwidzuka bil-Wâhidi min syarri kulli hâsidin qâimin aw qâidin, wa kulli khalqin râidin fi thuruqil mawârid(i). Lâ tadhurrûhu fî yaqzhatin walâ manâm(in), walâ fî zha’nin walâ fî maqâm(in), sajîsal layâli wa awâkhiril ayyâm(i). Yadullâhi fawqa aydîhim wa hijâbullâhi fawqa ‘âdiyatihim.

Dengan nama Allah, aku mohonkan kepada Tuhanmu penjagaan untukmu, aku mohonkan kepada Yang Maha Esa perlindungan untukmu dari keburukan setiap yang dengki, yang berdiri atau yang duduk; dari setiap makhluk yang mengintai di setiap persimpangan jalan. Jangan kenakan bahaya padanya di waktu jaga dan di waktu tidur, dalam perjalanan dan dalam persinggahan, di penghujung malam dan di akhir siang. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka dan hijab Allah di atas permusuhan mereka.

Doa ini dikenal sebagai Hirz Rasulullah saw (Muhaj Ad-Da’awât, Ibnu Thawus: 4)

BACA INI JUGA: Hindari Sihir Dengan Ayat-ayat Syifa Dan Ruqyah Dari Al-Qur'an

Sumber: Doaayatdanzikir

Wednesday, August 27, 2014

Misteri Boriska, Mengaku Penduduk Marikh!

Misteri Boriska, Mengaku Penduduk Marikh!

Info Misteri. Kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boris Kipriyanovich atau nama singkatannya, Boriska, tiba-tiba sahaja menjadi buah mulut di seluruh negara.

Boris Kipriyanovich The Martian Boy

Masakan tidak, kanak-kanak ini yang memiliki pengetahuan yang luar biasa dan sangat petah bercakap tampil mendakwa dirinya seorang Martian, seorang penduduk Marikh ketika usianya tujuh tahun!

Boriska tinggal di bandar Zhirinovsk, Volgograd, Rusia. Dia dilahirkan pada 11 Januari 1996 oleh seorang wanita normal yang bekerja sebagai jururawat. Ya, ibunya seorang manusia normal!

Boriska dikatakan mula bercakap ketika berusia empat bulan dan mampu membaca surat khabar apabila berusia dua tahun.

Dia mula bersekolah ketika berusia enam tahun dan ketika itulah gurunya menyedari kebijaksanaan dan kepetahan Boriska berbicara yang jauh ke hadapan berbanding kanak-kanak lain seusianya.

Ketika melangkah ke tahun dua, Boriska terpaksa 'bersekolah' di rumah kerana sekolahnya tidak mahu menerima kehadirannya. Dia diajar oleh beberapa orang tenaga pengajar khas dirumahnya.

Ini berikutan kebijaksanaan Boriska yang jauh ke hadapan menjadikan dia seorang yang agak cerewet. Dia seringkali membetulkan apa yang diajar oleh gurunya di kelas.

Apa yang menarik tentang Boriska ialah dia mampu bercerita secara terperinci bagaimana kehidupan penduduk di Marikh dan tamadun di sana.

Boriska mendedahkan buat pertama kali pengetahuannya tentang Marikh ketika dia menyertai satu ekspedisi di bukit Medvedetskaya Gryada berdekatan Volgograd.

Dihadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan jauh lebih tua, Boriska yang ketika itu baru berusia tujuh tahun berjaya memukau para peserta ekspedisi dengan kepetahannya berbicara yang berkisar mengenai tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa penduduk Marikh, penerbangan Martian ke planet-planet lain selain tamadun purba yang hilang -- Tamadun Lemuria di bumi!

Tamadun Lemuria

Ramai diantara peserta itu kagum dan hairan dengan keupayaan intelektual Boriska yang jauh kehadapan berbanding kanak-kanak tipikal. Dia seolah-olah langsung tidak menipu dan benar-benar menyaksikannya.

Ada pihak mendakwa ibu bapa Boriska yang mengajar budak itu sehingga dia mampu berbicara sedemikian. Namun, ibu bapanya menafikan dakwaan itu. Menurut mereka, Boriska mampu berimaginasi sedemikian rupa tanpa diajar sesiapa.

Boriska juga boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya ketika berusia tiga tahun. Ini membuatkan ibu bapanya sendiri risau dengan keupayaan imaginasi Boriska.

Pakar-pakar sendiri turut bingung dengan keupayaan Boriska. Kanak-kanak ini bukan sahaja mampu bercerita tentang Marikh, Lemuria, kapal angkasa dan tamadun purba, malah dia mampu bercerita fungsi binaan Sphinx yang menurut dakwaannya terdapat satu suis untuk membuka pintu rahsia pada binaan tersebut.

Boriska dengan petah bercerita tentang kehidupannya ketika menjadi penduduk Marikh -- sebelum dia dilahirkan ke bumi.

Menurutnya, penduduk Marikh membina tamadun dan tinggal di bawah permukaan planet itu. Ketika tamadun Lemuria terbina di bumi, mereka selalu 'menziarahi' tamadun berkenaan.

Boriska mampu bercerita dengan lebih terperinci mengenai tamadun Lemuria jauh lebih hebat daripada seorang Profesor dan sesetengah dari apa yang diceritakannya langsung tidak pernah tercatat dalam mana-mana teks kajian tamadun Lemuria.

Boriska mendakwa dia dilahirkan ke bumi sebagai perantara diantara Martian (penduduk Marikh) dengan penduduk bumi!

-Sentiasapanas.com

Fenomena Luar Biasa Awan Berlubang

Fenomena Luar Biasa Awan Berlubang

Dunia ini sememangnya dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan seperti formasi awan Hole Punch yang unik dan pelik.

Hole Punch Cloud

Terdapat pelbagai jenis formasi awan yang wujud dan salah satu daripadanya adalah fenomena meteorologi yang jarang berlaku yang dikenali sebagai awan Hole Punch.

Awan Hole Punch adalah formasi awan yang terdapat sebuah lubang yang terbentuk di bahagian tengah awan tersebut. Sesuai dengan namanya, Hole Punch, ia betul-betul kelihatan seperti awan yang telah ditumbuk lalu meninggalkan kesan berlubang.

Ia sering menarik perhatian orang ramai kerana jarang dilihat. Pada tahun 2009, kelibat awan Hole Punch ini telah menggemparkan penduduk Moscow kerana mereka menganggap lubang pada awan itu dihasilkan oleh UFO.

Hole Punch Cloud [2]

Jadi bagaimana awan Hole Punch terbentuk? Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat menerangkan bahawa fenomena awan Hole Punch berlaku apabila suhu air di dalam awan berada pada paras beku tetapi air tersebut tidak dapat dibekukan disebabkan kekurangan zarah penukleusan ais.

Apabila sebahagian air di dalam awan mula membeku dan membentuk kristal ais, ia akan mencetuskan efek domino iaitu berlaku penolakan antara molekul ais dengan ais yang lain seperti jatuhnya kepingan domino disebabkan oleh proses Bergeron (proses pertumbuhan hablur ais).

Hole Punch Cloud [3]

Akibat proses Bergeron, wap air di sekeliling kristal ais tersebut turut membeku dan membentuk kristal ais dengan pantas lalu jatuh ke bumi dan mewujudkan lubang yang besar pada awan.

Fenomena yang menarik ini biasanya berlaku pada awan Cirrocumulus atau Altocumulus. Apabila awan Hole Punch terbentuk, ia akan kekal lama dengan saiz yang cukup besar dan boleh dilihat dari jarak yang jauh.

Hole Punch Cloud [5]

Selain itu, pesawat yang terbang melaluinya juga boleh menyebabkan awan Hole Punch ini terbentuk.

Kajian oleh beberapa ahli sains menunjukkan bahawa pesawat yang melalui lapisan awan Hole Punch boleh mencetuskan pembentukan kristal ais yang kemudian jatuh ke Bumi dan kemudian meninggalkan lubang bulat dalam awan.

BACA INI JUGA: 8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan

-Sentiasapanas.com

Berkahwin Dengan Buah Nanas Sebagai Pasangan Hidup!

Berkahwin Dengan Buah Nanas Sebagai Pasangan Hidup!

Bagi manusia normal, perkahwinan atau memilih pasangan hidup sudah semestinya melibatkan dua golongan iaitu lelaki dan wanita.

Ulli Hopper
Dilaporkan dalam akhbar online UK.

Kebiasaannya, ia akan disempurnakan melalui upacara keagamaan atau sivil sebelum dua golongan ini boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.

Tetapi, lain pula halnya bagi seorang warganegara Jerman yang bernama Ramma Damma atau Ulli Hopper. Percaya atau tidak, lelaki ini yang juga seorang bintang pop terkenal negara itu memutuskan untuk mengahwini sebiji buah nanas sebagai pasangan hidupnya.

Mungkin kedengaran agak aneh namun bagi lelaki ini dia menganggap keputusan untuk mengahwini buah nanas tersebut adalah tepat.

Jelasnya lagi, dia bertindak sedemikian bukan untuk mendapatkan publisiti murahan, sebaliknya dilakukan atas dasar perasaan cinta yang mendalam terhadap buah nanas itu yang dinamakan sebagai Tippi.

Menurut Hopper, dia tidak berbelanja besar dan tiada majlis perkahwinan rasmi dijalankan. Sebaliknya, lelaki itu hanya mengeluarkan wang sebanyak lapan Pound Sterling sahaja untuk melamar kekasihnya.

Kemudian, kata Hopper lagi, dia membawa bakal isterinya menaiki kenderaan miliknya yang dihiasi aksesori serba hijau ke sebuah lokasi yang terletak di sempadan antara Jerman dan Scotland. Lokasi tersebut adalah sebuah hotel yang dikenali sebagai Gretna Green Hall.

Disitu, pasangan pelik berkenaan dikahwinkan secara sah oleh seorang individu yang memakai kilt - sejenis pakaian rasmi bagi lelaki warganegara Scotland yang memakai skirt berlipat-lipat daripada paras pinggang hingga ke lutut.

Sepanjang tempoh tersebut, menurut Hopper, dia dan pasangannya banyak menghabiskan masa bersama. Mereka meraikan hari perkahwinan dengan suasana romantik seperti makan bersama di restoran dan menonton wayang.

Penangan mengambil keputusan mengahwini sebiji buah nanas, populariti Hopper naik mendadak dalam masa yang singkat. Selain itu, kisah mengenai lelaki tersebut turut mendapat liputan meluas oleh media cetak dan elektronik tempatan dan luar negara.

Ia menjadi satu berita hangat yang diperkatakan oleh semua orang. Kebanyakan mereka ingin tahu mengapa lelaki itu sanggup menjadikan sebiji nanas sebagai pasangan hidup.

Mengulas mengenai persoalan itu, Hopper menyedari dia mula jatuh cinta dengan Tippi kira-kira 38 tahun yang lalu!

Bagaimanapun, dia terpaksa memendamkan perasaannya ekoran masa yang belum sesuai. Namun, lama-kelamaan perasaan cinta terhadap buah hatinya itu sukar dibendung sekali gus mengambil keputusan mengahwini Tippi.

Akibat perbuatannya itu, lelaki tersebut juga pernah disangka sebagai seorang yang tidak waras dikalangan jiran dan ahli keluarganya sendiri.

Walaupun Hopper menyedari ramai yang tidak menyenangi perangai peliknya, dia tetap gembira bersama Tippi. Ia merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya yang kini berstatus seorang suami.

Selain dikenali sebagai manusia pertama yang mengahwini buah, bintang pop dari Jerman ini turut terkenal sebagai aktivis tumbuh-tumbuhan. Selain itu, Hopper turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah taman perlindungan yang meliputi 300 jenis spesis tumbuh-tumbuhan di negara itu.

Jadi, apa pendapat pakar-pakar psikologi mengenai fenomena manusia yang berkahwin selain daripada manusia lain?

Rata-rata pakar yang ditanya sukar untuk memberikan jawapan kerana masih belum ada kajian dilakukan mengenai tabiat sebegini.

Kebanyakan pengkaji berpendapat, mereka tidak menolak kemungkinan disebabkan oleh sejarah hitam masa lampau individu sebegini seperti didera, dipulaukan atau kurang mendapat kasih sayang menjadi faktor kenapa mereka bertindak sebegitu.

Justeru, keadaan sejarah hitam ini mungkin akan mengakibatkan individu seperti ini hilang kepercayaan dan ingin lari daripada tekanan lalu beralih kepada perkara-perkara yang tidak menyakitkan hari, tiada penderaan, selamat dan berasa lebih berkuasa.

Keadaan ini biasanya akan mewujudkan perasaan cinta dan suka kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa.

Bagaimanapun, kelakuan individu seperti ini tidak ditakrifkan. Cuma, dari segi tahap kepercayaan mereka menganggap objek-objek ini yang diklasifikasikan sebagai 'kekasih', mempunyai roh, perasaan dan boleh menjalinkan hubungan intim.

Tapi, dari segi logiknya, ia hanyalah sekadar objek atau benda yang tidak bernyawa.

BACA INI JUGA: Budaya Pelik Perkahwinan Mayat Di China

-Sentiasapanas.com

Unik! Tukang Beratur Profesional

Unik! Tukang Beratur Profesional

Info Unik Dunia. Fenomena orang ramai sanggup beratur untuk menjadi pemilik terawal dan mendapatkan produk-produk terbaru bukanlah perkara yang luar biasa lagi.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc)
Seperti dilaporkan dalam akhbar New York Post.

Trend ini boleh dilihat setiap kali telefon pintar Apple memasuki pasaran dan ada individu yang sanggup beratur berjam-jam malah berhari-hari semata-mata untuk mendapatkan produk terkini keluaran Apple.

Malah, di negara kita sendiri baru-baru ini, peminat tudung Fareeda yang sanggup beratur seawal subuh semata-mata mahu membeli tudung keluaran terbaru syarikat itu.

Di Amerika Syarikat, seorang lelaki bernama Robert Samuel melihat perkara itu sebagai satu peluang untuknya menjana pendapatan.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [2]

Dia menawarkan perkhidmatan beratur bagi mereka yang malas untuk beratur dan tidak sanggup menunggu berjam-jam untuk memiliki sesuatu produk menerusi syarikatnya, Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc).

Menurut Robert, idea untuk perkhidmatan tersebut timbul tahun lalu. Pada masa itu dia baru kehilangan kerja, jadi dia perlu memikirkan cara yang inovatif untuk menjana pendapatan.

Disebabkan rumahnya berada berdekatan dengan kedai Apple Store di New York, dia mengambil keputusan untuk beratur dan kemudian menjual tempat beliau kepada orang lain semasa hari pertama iPhone 5 dijual.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [3]

Setelah beratur selama 18 jam, Robert berjaya menjual tempatnya beratur kepada individu yang malas mahu beratur untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 5 dengan harga USD325. Selepas itu dia sedar, beratur bagi pihak lain boleh menjana pendapatan dan menjadikan ia satu karier dengan menjadi seorang tukang beratur secara profesional.

Mungkin ramai yang beranggapan pekerjaan Robert adalah mudah. Tetapi untuk menjadi seorang tukang beratur, seseorang itu memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu beratur untuk tempoh yang sangat panjang.

Selain itu, tukang beratur juga perlu mengharungi keadaan cuaca yang panas dan sejuk. Robert juga pernah beratur dalam keadaan cuaca hujan dan bersalji.

Kebiasaannya, Robert akan membawa beberapa gajet seperti telefon pintar dan juga tablet untuk menghilangkan rasa bosan menunggu. Dia juga akan membawa pengecas mudah alih untuk mengecas gajetnya dan kerusi lipat agar dia tidak penat berdiri.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [4]

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula jika Robert ingin ke tandas atau membeli makanan dan minuman? Adakah tempatnya akan diambil jika dia keluar daripada barisan?

Menurut Robert, perkara itu tidak menjadi masalah kerana orang lain yang turut beratur memahami antara satu sama lain.

Dia hanya perlu memberitahu orang berdekatan dengannya yang dia hendak keluar barisan sebentar dan dia juga akan bertanya jika mereka mahu memesan sesuatu seperti makanan dan minuman.

Semasa beratur untuk pelanggan, Robert akan menerangkan kepada orang lain yang juga beratur bahawa dia adalah tukang beratur yang menawarkan khidmat profesional.

Dia akan menggunakan peluang itu untuk memberikan kad perniagaan dan memberitahu mereka yang mereka juga boleh menggunakan perkhidmatannya untuk memudahkan sesuatu urusan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan perlu membayar sebanyak USD25 untuk sejam pertama dan USD10 untuk 30 minit berikutnya.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [5]

Setakat ini, syarikat milik Robert mempunyai tujuh orang pekerja tetap dan 15 orang pekerja sambilan yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk dirinya sendiri.

Selain beratur untuk mendapatkan barangan teknologi, Robert juga pernah beratur untuk membeli makanan, pakaian, tiket konsert, pas masuk rancangan televisyen dan macam-macam lagi.

Apa saja yang pelanggan ingin dapatkan perkhidmatan untuk beratur bagi pihak mereka, Robert dan pasukannya pasti akan lakukan.

Sebenarnya, peluang mencari rezeki sentiasa terbuka luas. Apa yang penting adalah kita bijak meraih dan memanfaatkan peluang yang terbuka luas di hadapan kita seperti apa yang Robert lakukan.

Mungkin ada yang berminat untuk memulakan perkerjaan seperti ini sebagai kerjaya di Malaysia?

-Sentiasapanas.com

Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

Untuk maklumat anda, semua aplikasi dibawah merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara PERCUMA.

Android-Best-Apps

Begitu juga dengan aplikasi percuma dan popular Android, anda juga boleh mendapatkannya tanpa sebarang bayaran.

Bagi pengguna telefon pintar Android yang masih keliru untuk memilih aplikasi apa yang ingin di muat turun, kami menyediakan senarai aplikasi yang menarik dan terbaik untuk anda.

WhatsApp

Siapa saja yang tidak tahu akan aplikasi permesejan nombor satu di Android mahupun iOS ini, aplikasi ini dikatakan lebih pantas berbanding aplikasi permesejan yang lain.

Apa yang menarik tentang Whatsapp ialah anda tidak perlukan akaun, cukup hanya menggunakan number telefon anda dan secara automatik senarai kenalan dalam ‘phonebooks’ anda yang mempunyai Whatsapp akan menjadi rakan anda.

Tidak hairanlah pihak Facebook membeli Whatsapp dengan harga 19 Billion USD. Download.

WeChat

WeChat merupakan instant messenger (IM) terpantas untuk telefon pintar anda samada anda pengguna iOS (iPhone), Android, Windows Phone atau Nokia Symbian.

Anda boleh berikteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi WeChat ini tak kira masa, keadaan dan tempat kerana ia adalah satu jaringan sosial yang menghubungkan anda dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter atau Blog.

Anda boleh cari kenalan baru, chat, share gambar, share file atau lagu dan juga berbual secara Video Call. Hebat kan?

Apa lagi, jom muat turun aplikasi WeChat ke dalam Telefon Pintar anda sekarang dan nikmati jaringan sosial melalui telefon pintar anda dengan cara yang bijak. Download.

Facebook

Facebook merupakan satu aplikasi penting bagi mereka yang gemarkan aktiviti bersosial di alam maya.

Aplikasi ini memudahkan para pengguna mengemaskini status harian mereka dan berkongsi maklumat, gambar, video dan sebagainya.

Anda juga boleh menghantar mesej kepada pengguna Facebook yang lain. Lebih menarik lagi, anda mungkin dapat bertemu dengan kawan yang sudah lama anda tidak berjumpa melalui aplikasi sosial media nombor satu dunia ini. Download.

Waze

Adakah anda mahu melaburkan wang untuk membeli gajet GPS walhal anda boleh pergi ke Times Square, atau Jalan Chow Kit, atau mana-mana tempat sahaja hanya dengan menggunakan aplikasi ini?

Petunjuk jalan aplikasi ini makin hari makin bertambah ketepatannya. Lagi seronok apabila aplikasi ini menyediakan sistem arahan suara.

Jadi, operasi navigasi anda akan bertambah lancar kerana masih ada ‘operator perempuan’ yang menemani perjalanan kita. Download.

Google Chrome

Aplikasi ini adalah antara “browser” (pelayar carian) yang mudah digunakan. Jika anda menggunakan Google Chrome di komputer anda, maka aplikasi ini harus menjadi ‘browser’ utama telefon pintar. Download.

Twitter

Aplikasi burung biru ini pantas menyambar minat pengguna telefon pintar. Twitter merupakan aplikasi sosial media yang ringkas, dan mudah.

Mempunyai sistem yang sangat mesra pengguna dan sesuai untuk mereka yang suka berkongsi perkara yang mereka lakukan pada setiap masa. Download.

Instagram

Adakah anda seorang yang suka berselfie? Atau ingin mengabadikan gambar-gambar anda untuk tatapan khalayak ramai?

Jika jawapannya ya, maka aplikasi ini merupakan pilihan yang terbaik. Hanya dengan membuka aplikasi ini, dan klik di butang kamera, pooff.

Nah, gambar anda sudah menjadi tatapan umum buat pengikut anda. Download.

Gmail

Aplikasi per-emailan yang hampir digunakan oleh kesemua pengguna media sosial di dunia. Sistemnya yang pantas dan mudah difahami ini amat berguna buat pengguna telefon pintar baru.

Jadi, dengan adanya aplikasi ini, anda tidak perlu lagi buka ‘browser’ untuk membuka emel. Hanya dengan satu klik, anda boleh membaca semua emel anda. Download.

Dropbox

Mahukah anda mempunyai kotak simpanan di alam maya? Anda boleh menyimpan pelbagai bentuk fail dengan menggunakan aplikasi ini.

Hanya dengan mendaftar emel sahaja, anda boleh terus menyimpan item-item penting di dalamnya. Jika anda risau mengenai fail anda akan hilang di komputer, maka aplikasi ini amat diperlukan.

Dropbox juga sesuai bagi sesiapa yang mementingkan kemudahan untuk mengakses fail-fail mereka secara pantas dan efisyen. Download.

Evernote

Kepada pengguna yang suka mencatat nota, suka mencatit segala isi-isi penting dalam program dan sebagainya, maka aplikasi ini merupakan saranan terbaik buat anda.

Aplikasi yang ringan dan mudah diakses ini memudahkan pengguna untuk menulis dan menyimpan segala tulisan mereka dengan pantas dan teratur.

Segala nota yang disimpan akan disinkronasikan dengan mana-mana peranti sekaligus membolehkan anda membukanya dimana-mana sahaja. Download.

Clean Master

Aplikasi terbaik untuk membersihkan dan melancarkan sistem peranti pintar anda. Segala entiti yang tidak diperlukan pada RAM, Cache dan fail apk akan dibuang bagi meringgankan proses peranti anda.

Ia tidaklah melajukan peranti tetapi ia dapat melancarkan segala sistem. Secara peribadi, Clean Master tidak banyak bezanya dengan CCleaner untuk PC. Download.

Kingsoft Office

Kingsoft Office sedikit sebanyak menyerupai Microsoft Office yang sering kita gunakan di komputer. Mudah digunakan dan aplikasi ini juga boleh membuka fail format ‘.pdf’.

Selain itu, anda juga boleh ‘edit’ semula dokumen-dokumen penting dengan mudah. Makin hari, makin senang untuk kita uruskan dokumen-dokumen kita dengan aplikasi ini. Download.

BACA INI JUGA: StickNFind, Pelekat Pengesan Barang Jika Tercicir Atau Dicuri

Sumber: Mynewshub.my

Tuesday, August 26, 2014

Benarkah Anwar Ibrahim Melawat Israel 20 Ogos Lalu?

Benarkah Anwar Ibrahim Melawat Israel 20 Ogos Lalu?

Menurut beberapa laman blog politik, Anwar dikatakan telah pergi ke Istanbul, Turki pada hari sama untuk menghadiri Perhimpunan Kesatuan Ulama’ Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Naib Ketua kesatuan berkenaan.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos

Benarkah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos lepas?

Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.

Andai benar, untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk masyarakat Islam Gaza?

Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.

Menurut sumber dalaman PKR, Anwar memberitahu kononnya beliau telah mempengaruhi ulamak terkenal Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Abdul Hadi benar-benar dilantik ke jawatan itu.

Dengar katanya, Anwar hanya berada di Turki selama beberapa jam sahaja sebelum menaiki pesawat dengan tiket berkenaan ke Tel Aviv pada hari berkenaan.

Sebab itulah, Kongres Nasional PKR tidak dirasmikan oleh Anwar sebaliknya dibuka oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos [2]

Pendedahan ini sudah pun berlegar-legar di laman sosial dengan sangat hebat dan pelbagai pihak mula mempersoalkan akan kesahihan tiket berkenaan yang memaparkan dengan jelas nama Anwar.

Menerusi laman blog Masterdedah pula, pada tahun 2012, Anwar pernah sekali pergi ke Turki dan kemudian dipercayai lesap selama enam jam antara pukul 3.05 petang hingga pukul 9.05 malam pada 4 Februari 2012.

Dalam aturcara yang dikeluarkan Anwar, beliau berkata beliau pergi menunaikan umrah dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah pada waktu itu.

Menurut laman blog sama, semakan dibuat tidak ada satu pun pesawat yang berlepas dari Tukri pada pukul 8 malam (4 Februari 2012) ke Mekah dan sampai pada pukul 2 petang. Jadi Anwar ke mana?

Beberapa kemungkinan didedahkan oleh laman blog itu dengan memaparkan beberapa penerbangan yang mungkin digunakan oleh Anwar untuk ke Tel Aviv, Israel.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos [2]

  1. ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
  2. IST – TLV by Private Flight.
  3. ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
  4. IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305 – and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with
  5. TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.
  6. IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Menurut laporan berkenaan, ada kemungkinan Anwar menghabiskan masa enam jam di Israel di antara pukul 3 petang hingga pukul 9.05 malam.

Kemudian, Anwar yang juga Ketua Pembangkang balik semula untuk menyampaikan ucapan di Turki pada Kongres Pendidikan Islam Sedunia pada waktu itu.

Beberapa laman blog, melaporan perjalanan sama pada 2012 digunakan oleh Anwar untuk ke Israel pada 20 Ogos lepas.

Sehingga kini, 26 Ogos Anwar masih belum memberikan sebarang penjelasan menafikan perkara ini dan jika beliau terus berdiam diri, rakyat akan beranggapan seperti memang benar Anwar sudah ke Israel.

Kita berharap Anwar akan segera memberikan penjelasan menafikannya.

[Sumber]

Mangsa Holocaust Kutuk Kekejaman Pengganas Zionis!

Mangsa Holocaust Kutuk Kekejaman Pengganas Zionis!

Ratusan mangsa Holocaust yang terselamat dan keturunan mereka menandatangani sepucuk surat yang disiarkan sebagai iklan dalam akhbar New York Times bagi mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.

Holocaust-Sucks

Mereka juga menggesa orang ramai supaya memboikot sepenuhnya Israel. Menurut surat itu, mereka terdorong melakukan kecaman berkenaan selepas aktivis politik dan profesor Yahudi Elie Wiesel membeli iklan di media massa utama seluruh dunia untuk menuduh Hamas sebagai pembunuh kanak-kanak.

Wiesel juga membandingkan kumpulan pejuang Palestin itu dengan Nazi. Surat ditandatangani 327 Yahudi mangsa Holocaust itu ditaja Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis dan mereka menganggap Elie menodai sejarah untuk menghalalkan serangan Israel ke atas Gaza.

International Jewish Anti-Zionist Network in The New York Times
Keratan iklan disiarkan dalam akhbar The New York Times.[Baca]

Surat itu menyatakan, “Kami meluat dan marah terhadap manipulasi sejarah oleh Elie Wiesel bagi menghalalkan usaha Israel memusnahkan Gaza dan membunuh lebih 2,000 warga Palestin yang kebanyakannya kanak-kanak.

"Tiada apa boleh mewajarkan pengeboman ke atas tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rumah, hospital dan universiti.

"Tiada alasan untuk menyekat bekalan air dan elektrik ke atas Palestin.”

Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis turut menyalahkan Amerika Syarikat kerana membantu Israel dalam operasi di Gaza tindak-tanduk mereka melindungi negara Yahudi itu daripada dikecam.

“Penghapusan bangsa bermula dengan kesenyapan dunia,” kata surat itu.

Surat berkenaan diakhiri dengan gesaan supaya Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza dengan serta-merta serta penegasan supaya kezaliman itu ditamatkan sepenuhnya.-Agensi

Kami takkan berhenti

Sementara itu, Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, serangan ke atas Gaza akan diteruskan selagi ia dirasakan perlu.

“Operasi ini akan disambung sehingga matlamatnya tercapai.

“Ia mungkin mengambil masa,” katanya.

Dalam serangan udara tentera Israel semalam, dua pemuda Palestin menjadi mangsa terbaru kekejaman rejim Zionis ketika pejuang terus melancarkan roket ke negara Yahudi itu.

Kekerapan serangan Israel semalam agak menurun berbanding kelmarin apabila 60 bom menggegarkan Gaza dan mengorbankan 10 penduduk awam, sebuah bangunan 12 tingkat juga runtuh.

Namun tiada tanda menunjukkan serangan akan dihentikan.

Tentera berkata, 20 “sasaran pengganas” di Gaza dibom pagi semalam (waktu tempatan) manakala pejuang Palestin melancarkan sekurang-kurangnya 20 roket atau mortar ke Israel.

Netanyahu berkata, Hamas perlu menanggung akibat daripada perjuangan mereka.

“Saya menyeru semua orang awam meningalkan sebaranag struktur yang menjadi tempat Hamas melakukan aktiviti ke atas kami. Semuanya menjadi sasaran kami,” katanya.-AFP

-Sentiasapanas.com

Holocaust-in-Palestine
Holocaust-in-Palestine [2]
Holocaust-in-Palestine [3]
Holocaust-in-Palestine [4]
Holocaust-in-Palestine [5]
Holocaust-in-Palestine [6]
Holocaust-in-Palestine [7]

Kucing Selamatkan Syarikat Hampir Bangkrap!

Kucing Selamatkan Syarikat Hampir Bangkrap!

Percayakah anda seekor kucing telah dilantik untuk menjadi pengurus sebuah stesen kereta api? Ya! Ia benar-benar berlaku di stesen Kishi, Jepun.

Tama in Kishi Station

Seekor kucing betina, Tama dari baka Caleco telah diberi kepercayaan penuh untuk menerajui stesen tersebut.

Percaya atau tidak, si comel itu telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi tempatan. Hebatkan!

Apa yang peliknya, bagaimana Tama berjaya mempengaruhi ekonomi Jepun? Walaupun ramai yang menganggap ia satu kerja gila dan tidak masuk akal, namun syarikat Stesen Kereta Api Elektrik Wakayama berjaya membuktikan perkara itu tidak mustahil malah mampu dijadikan contoh untuk syarikat-syarikat lain.

Pada tahun 2006, syarikat ini telah mengalami masalah kewangan yang sangat teruk. Untuk menjimatkan kos operasinya, syarikat telah menghapuskan jawatan pengurus stesen dan membiarkannya beroperasi tanpa pengawasan.

Manakala beberapa buah stesen pula hampir ditutup apabila masalah tersebut kian meruncing.

Disebelah stesen Kishi, terdapat sebuah kedai runcit milik Toshiko Kayama yang gemar memberi makan kepada kucing jalanan yang sering bermain-main dilokasi tersebut.

Salah seekor darinya bernama Tama. Tama memiliki keistimewaannya tersendiri kerana dikatakan berbentuk seperti 'Love' apabila duduk dengan tangannya dirapatkan ke badan secara menegak.

Kecantikan yang ada pada Tama telah membuatkan pihak syarikat terpanggil untuk menjadikannya sebagai ikon stesen tersebut.

Selepas pertimbangan, kata sepakat pun diambil. Maka, pada awal tahun 2007, Tama secara rasmi berkhidmat untuk stesen terakhir Kishi sebagai penyambut tetamu dihadapan stesen.

Tama Office
Tama didalam pejabatnya.

Sejak itu, stesen itu mula mendapat sambutan ramai. Bukan hanya dari penduduk tempatan, malah dari seluruh pelusuk dunia datang semata-mata untuk melihat sendiri kecomelan 'duta' ini.

Keuntungan syarikat meningkat serta-merta kepada 10 juta dolar! Ini sekaligus menyumbang peningkatan pendapatan ekonomi tempatan. Dari sebuah stesen kosong, kawasan ini serta-merta menjadi destinasi pelancongan terkenal.

Pada tahun 2008, Tama dilantik sebagai pengurus stesen dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang dihadiri orang-orang kenamaan serta media dari dalam dan luar negara. Dalam majlis itu juga, dua pembantu Tama, Chibi dan Miko turut dilantik, lucu kan?

Tidak habis disitu, pihak syarikat bagaimanapun telah membina sebuah gerabak yang sangat comel. Gerabak ini dihiasi karakter kartun Tama. Kartun ini diberi nama Tama Densha yang bermaksud kereta api Tama.

TAMA MUSEUM KISHI STATION
Antara dekorasi menarik dalam Tama Densha.

Dekorasi dalamannya dipenuhi gambar-gambar Tama, perpustakaan mini, kereusi-kerusi dengan reka bentuk kucing serta lakaran-lakaran cap kaki Tama. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2009.

Malah, stesen juga telah diubahsuai dengan pintu masuk bangunannya berbentuk seperti seekor kucing.

Didalamnya turut disediakan cafe bertemakan kucing dengan pelbagai aksesori menarik sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Dengan kejayaan tersebut, Tama sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai pegawai operasi stesen pada tahun 2010.
Ini menjadikan Tama, satu-satunya kucing malah mungkin haiwan yang berjaya memegang jawatan-jawatan penting dalam sebuah syarikat besar.

Jadi, kalau anda melawat Jepun, jangan lupa singgah sekejap untuk melihat si comel gebu ini yang sedang sibuk 'berkawal'.

Kelibatnya sering dilihat mundar-mandir disekitar stesen dan adakalnya berada di dalam biliknya. Tapi jangan risau, biliknya boleh dilihat dari luar dengan cermin tembus pandang.

Penampilannya pula benar-benar membuatkan si penggemar kucing jadi gila tatkala terpandang kelibat Tama.

Dengan memakai kot labuh berwarna biru gelap serta ropol-ropol putih mengelilingi leher, Tama kelihatan cukup segak.

Manakala, dikepalanya pula terselit topi kecil senget pasti membuatan anda teringatkannya.

Kini, usia Tama telah pun mencecah usia 14 tahun. Sedar akan usia Tama yang semakin Tua, pihak stesen telah melantik seekor lagi kucing, Nitama sebagai pelapis sekiranya Tama tiada lagi.

Tama in Kishi Station [2]
Tama, satu-satunya kucing memegang jawatan eksekutif di dunia.

Kini, Tama dan Nitama berganti-ganti mengendalikan stesen kereta api Kishi. Ada jadual dan waktu kerja masing-masing.

Dan sebenarnya, walaupun mempunyai jadual kerja masing-masing, mereka tidak menguruskannya sendiri. Itu cuma gimik saja.

Seorang penjaga kucing, Nishiyama telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kucing-kucing ini seperti menguruskan jadual tugasan, memberi makan serta mengendalikan pelancong yang datang melawat Tama.

Sekali pandang agak kesian juga dengan si comel ini kerana azalinya bukan begitu. Biarpun menjadi pengurus stesen, ia bukanlah bermaksud melakukan semua urusan kerja sebagaimana pengurus biasa.

Sebaliknya, ia lebih kepada ikon stesen kereta api tersebut. Sekadar bahan tarikan pelancongan. Kreatif kan?

BACA INI JUGA: 3 Tanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, August 25, 2014

Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?

Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?

Komputer mula diperkenalkan dan dijual secara meluas selepas Perang Dunia Kedua tamat. Adakah ini kebetulan? Atau komputer sememangnya diperkenalkan kepada dunia sesudah matlamat ciptaan dan penggunaan mesin ajaib ini tercapai?

IBM Technology in World war 2

Jika dilihat secara kasar, Perang Dunia Pertama dicetuskan dengan sengaja oleh satu kuasa yang begitu tamak dan dahagakan darah tanpa sebab yang masuk akal.

Manakala kejayaan yahudi mencipta watak utama dalam Perang Dunia Kedua iaitu Adolf Hitler memang disedari. Mereka sebenarnya telah merancang kebangkitan seorang rakyat Jerman bagi menentang dunia disebabkan dahsyatnya hukuman yang dijatuhkan ke atas Jerman selepas kalah dalam Perang Dunia Pertama.

Kemampuan Hitler membangunkan tentera Nazi hanya dalam tempoh 5 tahun selepas Perang Dunia Pertama adalah melalui pembiayaan besar-besaran beberapa buah bank di Amerika Syarikat bagi membolehkan Jerman membayar hutang perang.

Apa yang paling mengejutkan, sebuah syarikat yang bertanggungjawab membantu pertumbuhan pesat Jerman adalah IBM.
Syarikat ini berhubung secara langsung dengan Jerman bagi membekalkan teknologi reka cipta menggunakan komputer dan mesin pengesan terawal.

Pembekalan ini disertai dengan perjanjian yang tidak membenarkan IBM membekalkan komputer dan alat pengesan seperti itu kepada mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat.

Berasaskan teknologi canggih ini, Jerman telah memiliki teknologi yang mendahului zaman. Fakta ini tercatat dalam dokumen mengenai Holocaust dan di Muzium Holocaust di Washington D.C. yang secara spesifik menyebut Jerman didorong oleh ciptaan baru penuh keajaiban yang dibekalkan oleh IBM. Tiada yang dapat kita fikirkan selain komputer kerana IBM adalah pengeluar komputer terulung dunia.

IBM in China Military

Yang lebih menarik dan membimbangkan berkaitan isu ini adalah, IBM telah menjual atau lebih tepat lagi 'memberi' teknologi Super Komputer yang sangat canggih kepada musuh Amerika Syarikat iaitu China.

IBM menjual teknologi itu kepada China dari tahun 1990an hingga beberapa tahun lalu malah isu ini pernah dibincangkan dalam rancangan bual bicara di Rense Radio Show antara Charles R. Smith dan Jeff Rense pada 7 NOvember 2004.

Dengan bekalan super komputer itu, keupayaan teknologi China dikatakan berada beberapa dekad ke hadapan.

Jika China termakan umpan yang disuap oleh Amerika Syarikat sebagaimana yang terjadi kepada Jerman dalam Perang Dunia Kedua dahulu, sejarah mungkin akan berulang.

Hakikat ini sangat menakutkan kerana kemungkinan tercetusnya Perang Dunia Ketiga!

Keadaannya sama seperti Perang Dunia Kedua yang mana pembiaya yahudi cuba mendapatkan balik pinjaman yang diberi kepada negara-negara yang berperang, lalu mengenal pasti dan mengatur kambing hitam yang sesuai digunakan sebagai pencetus perang dunia.

Malah, keadaan sekarang sebenarnya lebih teruk berbanding keadaan sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Selain terjerumus ke dalam kekusutan ekonomi terburuk sejak Great Depression selepas Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat sedang mencari jalan bagi membatalkan semua hutang luar yang tidak mungkin mampu dibayar melebihi US$16 trilion!

Jumlah tersebut dipercayai bertambah berikutan krisis kewangan dan kredit terbaru. Ini bermakna Amerika Syarikat sebenarnya sebuah negara yang sudah bangkrap dan boleh dicairkan segala asetnya bagi melunaskan hutang.

United State need wars

Jika ini berlaku, mereka terpaksa mencari jalan keluar daripada keadaan itu. Cara yang paling berkesan adalah melalui peperangan, kerana apabila perang meletus, tiada siapa yang dapat menuntut apa-apa lagi. Segala-galanya hangus!

Keadaan menjadi lebih buruk apabila syarikat-syarikat gergasi milik yahudi di Amerika memindahkan operasi mereka ke China atas alasan kos buruh yang lebih murah dan menjimatkan.

Jika lebih banyak syarikat gergasi berbuat demikian, keadaan ini akan menjerumuskan ekonomi Amerika ke tahap yang lebih teruk kerana tiada hasil atau pendapatan dijana sehingga mengakibatkan pengangguran meluas.

Rakyatnya bergantung kepada kredit yang mereka tidak fahami dan lambat-laun pasti meruntuhkan ekonomi negara.

Media milik yahudi yang dapat diikuti oleh seluruh dunia melalui siaran TV satelit (seperti saluran National Geography dan Discovery Channel) juga begitu galak memalu gendang perang.

Hampir saban hari dan minggu penonton dihidangkan dengan dokumentari mengenai kekuatan tentera Amerika semasa Perang Dunia Kedua, Perang Korea dan perang ke atas Iraq serta Afghanistan.

Turut dihidangkan adalah kecanggihan persenjataan dan teknologi ketenteraan terkini.

Perkara ini seolah-olah memberi isyarat kepada dunia yang panggilan perang semakin hampir ataupun sebagai amaran kepada dunia mengenai kekuasaan mereka yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun.

Dalam kebanyakan dokumentari yang disiarkan, Hitler dan Jepun (dan sesekali Komunis) menjadi watak antagonis yang dipersalahkan sepenuhnya atas tercetusnya Perang Dunia Kedua.

US Debt 2012

Tidak ada sebarang analisis dibuat tentang kewujudan kumpulan yang disebut oleh sumber maklumat alternatif iaitu kumpulan pembiaya yahudi yang menjadi pencetus sebenar Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Pembohongan demi pembohongan tidak pernah berhenti disebarkan oleh sumber maklumat dan media milik mereka.

Adakah kita sudah bersedia?

Yahudi Punca Segala Peperangan

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, August 24, 2014

“Berselfie Sambil Beramal”, Peraduan Selfie Terhebat Di Malaysia!

“Berselfie Sambil Beramal”, Peraduan Selfie Terhebat Di Malaysia!

“Berselfie Sambil Beramal” KibarMY | “Tanpa mengira latar belakang, KibarMY mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mempamerkan bendera Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing sebagai tanda cintakan tanah air dan perpaduan sejagat,” menurut pengenalan yang ada di laman web KibarMY.

KibarMY - Peraduan Selfie

Kempen berkenaan dinamakan sebagai Kempen Kibar Malaysia (KibarMY) merupakan satu kempen yang membabitkan seluruh negara bertujuan menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia.

Kempen ini dijalankan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Patriotik Kibar Malaysia (PPKM) kini sedang menjalankan satu kempen menarik sempena bulan kemerdekaan ke-57 negara.

“Kempen ini dijalankan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia iaitu sepanjang Ogos dan September setiap tahun".

Anda mesti teruja untuk sertai peraduan “Berselfie Sambil Beramal” yang turut diadakan bersama-sama KibarMY dengan menawarkan hadiah utama Pakej Percutian Ke London untuk pemenang yang bertuah.

KibarMY - Peraduan Selfie [2]

Sebelum menyertai pertandingan berkenaan, anda perlu membeli pelekat kenderaan KibarMY di kedai terpilih termasuk semua stesen minyak Mesra Petronas dan lekatkan ia di mana-mana bahagian pada kenderaan anda.

Kemudian rakam gambar Selfie anda bersama pelekat itu dan kenderaan anda dan muatnaik gambar berkenaan di laman sosial KibarMY di Instagram, Twitter, Facebook ataupun laman web dengan hashtag @KibarMalaysia #KibarMY

Peserta juga perlu mengisikan borang peraduan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro beserta bukti pembelian pelekat berkenaan.

Jika menang peraduan selfie “Berselfie Sambil Beramal” ni, selain pakej percutian ke London, anda berpeluang memenangi iPhone 5S, Samsung Galaxy S5, wang tunai dan juga pakej-pakej percutian ke pulau pilihan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman Facebook Kibar Malaysia atau layari laman web Kibar Malaysia.-Mynewshub.my

BACA INI JUGA: Selfie Yang Membawa Padah

Kesagake, Pemangsa Paling Ganas Dalam Sejarah Jepun

Kesagake, Pemangsa Paling Ganas Dalam Sejarah Jepun

Sejarah Jepun sejak dahulu mencatatkan pembunuhan manusia paling berprofil tinggi dilakukan oleh Tebuan Gergasi Jepun yang mana secara puratanya telah membunuh 40 orang setahun.

Kesagake
Gambar hiasan.

Namun, haiwan pemangsa paling digeruni di negara itu adalah Beruang Perang dan mungkin serangan paling ganas dalam sejarah melibatkan haiwan tersebut selepas apa yang terjadi di sebuah daerah di Hokkaido pada tahun 1915.

Pada masa itu, Sankebetsu masih merupakan sebuah kampung yang baru dibuka - dengan bilangan penduduk yang sangat kecil dan tinggal di kawasan terpencil yang sangat luas.

Kawasan itu dahulunya merupakan habitat asal beruang perang termasuk seekor beruang perang jantan yang paling dahsyat dikenali sebagai Kesagake yang sepanjang hidupnya melawat Sankebetsu untuk mencari makanan selepas terjaga dari hibernasi yang pada masa itu juga merupakan musim menanam jagung bagi para petani.

Kerana dianggap sebagai ancaman kepada penduduk kampung dan tanaman mereka, Kesagake ditembak oleh dua orang petani sebelum melarikan diri ke kawasan pergunungan dalam keadaan cedera.

Penduduk kampung percaya, selepas ditembak, beruang itu akan belajar untuk takut kepada manusia dan cuba untuk menjauhi kawasan halaman mereka. Tapi apa yang berlaku selepas itu menyanggah tanggapan mereka.

Pada 9 Disember 1915, Kesagake muncul semula. Dia memasuki rumah keluarga Ota, bila mana si isteri hanya tinggal bersendirian bersama bayi mereka. Beruang besar itu menyerang bayi tersebut, membunuhnya, sebelum menerkam ke arah ibunya.

Wanita itu cuba mempertahankan diri dengan melempar kayu api ke arah Kesagake, namun dia diheret ke hutan oleh beruang tersebut.

Apabila ahli-ahli keluarga pulang dari ladang, rumah telah kosong. Hanya darah yang memenuhi lantai dan dinding rumah tersebut. 30 orang lelaki bergegas ke hutan untuk membunuh Kesagake dan menyelamatkan wanita malang tadi.

Mereka berjaya menemuinya, Kesagake sekali lagi berjaya ditembak namun masih gagal dibunuh. Haiwan itu berjaya melepaskan diri dan mereka menemui beberapa bahagian badan wanita yang telah dimakan separuh, tertanam dibawah timbunan salji, yang disimpan Kesagake sebagai bekalan makanannya.

Beruang buas itu kemudiannya muncul sekali lagi, kali ini di ladang keluarga Ota. Beberapa pengawal bersenjata dihantar dengan misi untuk membunuhnya. Namun, beberapa rumah di kampung tersebut telah ditinggalkan tanpa penjaga dan seperti memahami keadaan ini, Kesagake tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Kesagake menyerang rumah keluarga Miyoke dan mencederakan semua penghuni yang ada di dalam rumah tersebut. Walaupun ada yang berjaya menyelamatkan diri, dua kanak-kanak dibunuh, begitu juga dengan seorang wanita mengandung, yang menurut saksi, merayu kepada haiwan itu untuk nyawa bayi dalam kandungannya!

Namun, segala-galanya sia-sia, Kesagake dengan sifat binatang buasnya membunuh wanita tersebut dan kandungannya.

Apabila para pengawal sedar kesilapan mereka dan kembali ke kampung, mereka menemui mayat dua orang kanak-kanak, wanita dan janin yang bergelimpangan bersama darah yang memenuhi lantai.

Hanya dalam tempoh dua hari, Kesagake telah meragut enam nyawa. Penduduk kampung mula ketakutan. Ramai pengawal meninggalkan pos kawalan kerana takut.

Seorang pemburu beruang kemudiannya dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan dia mengenalpasti beruang itu sebagai Kesagake.

Dia memaklumkan beruang itu sudah lama membunuh sebelum serangan ke atas Sankebetsu. Beliau pada mulanya menolak untuk terlibat dalam pemburuan Kesagake, namun akhirnya akur dengan rayuan penduduk.

Dialah satu-satunya manusia yang berjaya membunuh haiwan buas itu dalam pemburuan besar-besaran pada 14 Disember 1915. Beruang itu, Kesagake, disahkan setinggi 3 meter dan seberat 380 kg! Beberapa bahagian tubuh manusia ditemui di dalam perutnya.

Namun, tragedi paling buruk tidak berakhir dengan kematian Kesagake. Sesetengah mereka yang terselamat dari serangan Kesagake mati akibat kecederaan yang dialami.

Kampung itu kemudiannya ditinggalkan oleh penduduk kampung dan kini menjadi sebuah 'pekan berhantu'.

Sehingga ke hari ini, insiden Sankebetsu merupakan kejadian serangan haiwan paling buruk dalam lipatan sejarah Jepun dan paling ganas pernah direkodkan.

BACA INI JUGA: Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui

-Sentiasapanas.com

Kehebatan Teknologi Cetakan 3D

Kehebatan Teknologi Cetakan 3D

Mungkin anda telah mengetahui tetapi ada juga yang akan terpinga-pinga apabila mendengar teknologi cetakan 3D. Teknologi ini semakin popular dan sering digunakan sejak kebelakangan ini diserata dunia.

3D

Cetakan 3D adalah satu proses menghasilkan objek tiga dimensi (3D) dalam pelbagai bentuk dan saiz daripada model digital.

Cetakan 3D dihasilkan dengan menggunakan mesin pencetak 3D yang berfungsi dengan mengikut arahan digital daripada komputer untuk 'mencetak' objek menggunakan bahan-bahan seperti plastik, seramik dan logam.

Percetakan 3D juga dianggap berbeza daripada teknik pemesinan tradisional yang kebanyakannya bergantung kepada penyingkiran bahan dengan kaedah seperti memotong atau penggerudian.

Pembuatan dalam percetakan 3D melibatkan pembinaan objek satu lapisan demi satu lapisan pada sesuatu masa sehingga ia selesai dan tidak berlaku pembaziran bahan.

Jika teknik konvensional menghadkan imaginasi pereka, percetakan 3D pula membolehkan setiap rekaan yang sebelum ini hanyalah fantasi menjadi realiti.

walaupun anda bukan seorang pereka profesional, anda boleh menghasilkan objek 3D yang luar biasa.

3D Printing
Objek yang dihasilkan dengan kaedah pencetak 3D.

Untuk menggunakan pencetak 3D amatlah mudah. Anda hanya perlu menghasilkan apa sahaja reka bentuk objek pada komputer dengan menggunakan perisian khas. kemudian mencetak reka bentuk tersebut menerusi pencetak 3D yang disambung pada komputer.

Dengan pencetak 3D, anda boleh menghasilkan objek yang sebelum ini dibuat diperingkat industri. Teknologi ini telah banyak digunakan dalam industri automatif, fesyen, seni bina, kejuruteraan, pendidikan, aeroangkasa, perubatan dan banyak lagi.

Teknologi ini menawarkan kelebihan membuat komponen atau objek khusus mengikut permintaan. Industri perubatan telah pun mengambil kesempatan daripada keupayaan teknologi cetakan 3D untuk menghasilkan objek unik yang sukar dan mustahil untuk dihasilkan menggunakan kaedah tradisonal.

Pada bulan Mac 2013, pakar bedah di Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pembedahan implan bagi menggantikan 75 peratus daripada tengkorak kepala seorang pesakit yang rosak dengan tengkorak replika yang dihasilkan dengan menggunakan bantuan pencetak 3D.

Menurut presiden Oxford Performance Materials, Scott DeFelice, syarikat mereka yang menghasilkan tengkorak cetakan 3D untuk pembedahan implan itu.

Mereka kini boleh menyediakan cetakan 3D untuk menggantikan tulang yang rosak akibat penyakit atau trauma selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat memberi kelulusan pada 18 Februari 2013 yang lalu.

Menurutnya lagi, syarikat yang berpangkalan di Connecticut, Amerika Syarikat itu kini sedang bergerak secara sistematik agar dapat mencipta implan untuk seluruh badan dan berupaya memberikan hasil yang lebih baik dengan kos yang lebih murah untuk pesakit dan pembekal perkhidmatan kesihatan.

Adaptasi dan penggunaan teknologi percetakan 3D di seluruh dunia yang semakin berkembang saban hari bukan sahaja berfaedah kepada pereka malah perniagaan. Pereka boleh menjual ciptaan mereka kepada sesiapa sahaja dan ke mana sahaja di dunia.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli sesuatu produk, penjual hanya perlu memuat naik rekaan produk tersebut di internet. Kemudian anda perlu memuat turun reka bentuk produk tersebut dan menghasilkan sendiri barang itu dirumah dengan pencetak 3D.

Pencetak 3D Cartesian EX1
Contoh pencetak 3D dipasaran.

Selain memudahkan anda, ia juga dapat mengurangkan harga produk tersebut dengan menghapuskan kos keperluan untuk menghasil dan menghantar barang tersebut kepada anda oleh penjual.

Bagaimanapun, percetakan 3D masih mempunyai hadnya. Kebanyakan pencetak 3D hanya boleh mencetak objek menggunakan jenis bahan tertentu dan perkara ini menghalang pencetak 3D daripada menghasilkan objek yang kompleks.

Namun, penyelidik dan syarikat komersial telah mula cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Sebuah syarikat yang berpangkalan di Albuquerque, New Mexico, Optomec telah menghasilkan pencetak 3D yang mampu mencetak litar elektronik yang mampu mencetak litar elektronik pada objek 3D.

Fakta ringkas;
  • Teknologi percetakan 3D telah wujud sejak tahun 1980an tetapi hanya pada awal tahun 2010, pencetak 3D boleh didapati secara meluas dan komersial.
  • Pencetak 3D pertama telah dicipta pada tahun 1984 oleh Chuck Hull dari syarikat 3D System Corp.
  • Sejak permulaan abad ke-21, terdapat pertumbuhan besar dalam jualan mesin pencetak 3D. Nilai industri percetakan 3D di seluruh dunia dijangka akan meningkat dari USD$2.2 bilion (2012) kepada USD$6.5 bilion menjelang 2019.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

-Sentiasapanas.com