Aug 25, 2014

Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?

Komputer mula diperkenalkan dan dijual secara meluas selepas Perang Dunia Kedua tamat. Adakah ini kebetulan? Atau komputer sememangnya diperkenalkan kepada dunia sesudah matlamat ciptaan dan penggunaan mesin ajaib ini tercapai?

IBM Technology in World war 2

Jika dilihat secara kasar, Perang Dunia Pertama dicetuskan dengan sengaja oleh satu kuasa yang begitu tamak dan dahagakan darah tanpa sebab yang masuk akal.

Manakala kejayaan yahudi mencipta watak utama dalam Perang Dunia Kedua iaitu Adolf Hitler memang disedari. Mereka sebenarnya telah merancang kebangkitan seorang rakyat Jerman bagi menentang dunia disebabkan dahsyatnya hukuman yang dijatuhkan ke atas Jerman selepas kalah dalam Perang Dunia Pertama.

Kemampuan Hitler membangunkan tentera Nazi hanya dalam tempoh 5 tahun selepas Perang Dunia Pertama adalah melalui pembiayaan besar-besaran beberapa buah bank di Amerika Syarikat bagi membolehkan Jerman membayar hutang perang.

Apa yang paling mengejutkan, sebuah syarikat yang bertanggungjawab membantu pertumbuhan pesat Jerman adalah IBM.
Syarikat ini berhubung secara langsung dengan Jerman bagi membekalkan teknologi reka cipta menggunakan komputer dan mesin pengesan terawal.

Pembekalan ini disertai dengan perjanjian yang tidak membenarkan IBM membekalkan komputer dan alat pengesan seperti itu kepada mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat.

Berasaskan teknologi canggih ini, Jerman telah memiliki teknologi yang mendahului zaman. Fakta ini tercatat dalam dokumen mengenai Holocaust dan di Muzium Holocaust di Washington D.C. yang secara spesifik menyebut Jerman didorong oleh ciptaan baru penuh keajaiban yang dibekalkan oleh IBM. Tiada yang dapat kita fikirkan selain komputer kerana IBM adalah pengeluar komputer terulung dunia.

IBM in China Military

Yang lebih menarik dan membimbangkan berkaitan isu ini adalah, IBM telah menjual atau lebih tepat lagi 'memberi' teknologi Super Komputer yang sangat canggih kepada musuh Amerika Syarikat iaitu China.

IBM menjual teknologi itu kepada China dari tahun 1990an hingga beberapa tahun lalu malah isu ini pernah dibincangkan dalam rancangan bual bicara di Rense Radio Show antara Charles R. Smith dan Jeff Rense pada 7 NOvember 2004.

Dengan bekalan super komputer itu, keupayaan teknologi China dikatakan berada beberapa dekad ke hadapan.

Jika China termakan umpan yang disuap oleh Amerika Syarikat sebagaimana yang terjadi kepada Jerman dalam Perang Dunia Kedua dahulu, sejarah mungkin akan berulang.

Hakikat ini sangat menakutkan kerana kemungkinan tercetusnya Perang Dunia Ketiga!

Keadaannya sama seperti Perang Dunia Kedua yang mana pembiaya yahudi cuba mendapatkan balik pinjaman yang diberi kepada negara-negara yang berperang, lalu mengenal pasti dan mengatur kambing hitam yang sesuai digunakan sebagai pencetus perang dunia.

Malah, keadaan sekarang sebenarnya lebih teruk berbanding keadaan sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Selain terjerumus ke dalam kekusutan ekonomi terburuk sejak Great Depression selepas Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat sedang mencari jalan bagi membatalkan semua hutang luar yang tidak mungkin mampu dibayar melebihi US$16 trilion!

Jumlah tersebut dipercayai bertambah berikutan krisis kewangan dan kredit terbaru. Ini bermakna Amerika Syarikat sebenarnya sebuah negara yang sudah bangkrap dan boleh dicairkan segala asetnya bagi melunaskan hutang.

United State need wars

Jika ini berlaku, mereka terpaksa mencari jalan keluar daripada keadaan itu. Cara yang paling berkesan adalah melalui peperangan, kerana apabila perang meletus, tiada siapa yang dapat menuntut apa-apa lagi. Segala-galanya hangus!

Keadaan menjadi lebih buruk apabila syarikat-syarikat gergasi milik yahudi di Amerika memindahkan operasi mereka ke China atas alasan kos buruh yang lebih murah dan menjimatkan.

Jika lebih banyak syarikat gergasi berbuat demikian, keadaan ini akan menjerumuskan ekonomi Amerika ke tahap yang lebih teruk kerana tiada hasil atau pendapatan dijana sehingga mengakibatkan pengangguran meluas.

Rakyatnya bergantung kepada kredit yang mereka tidak fahami dan lambat-laun pasti meruntuhkan ekonomi negara.

Media milik yahudi yang dapat diikuti oleh seluruh dunia melalui siaran TV satelit (seperti saluran National Geography dan Discovery Channel) juga begitu galak memalu gendang perang.

Hampir saban hari dan minggu penonton dihidangkan dengan dokumentari mengenai kekuatan tentera Amerika semasa Perang Dunia Kedua, Perang Korea dan perang ke atas Iraq serta Afghanistan.

Turut dihidangkan adalah kecanggihan persenjataan dan teknologi ketenteraan terkini.

Perkara ini seolah-olah memberi isyarat kepada dunia yang panggilan perang semakin hampir ataupun sebagai amaran kepada dunia mengenai kekuasaan mereka yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun.

Dalam kebanyakan dokumentari yang disiarkan, Hitler dan Jepun (dan sesekali Komunis) menjadi watak antagonis yang dipersalahkan sepenuhnya atas tercetusnya Perang Dunia Kedua.

US Debt 2012

Tidak ada sebarang analisis dibuat tentang kewujudan kumpulan yang disebut oleh sumber maklumat alternatif iaitu kumpulan pembiaya yahudi yang menjadi pencetus sebenar Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Pembohongan demi pembohongan tidak pernah berhenti disebarkan oleh sumber maklumat dan media milik mereka.

Adakah kita sudah bersedia?

Yahudi Punca Segala Peperangan

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

15 comments

as salam. mohon dijauhkan dari WW3. skrg ni pun dunia dah x aman. BTW, abah zuki dah taruh link blog bro di blog list abah. Peace...

mereka sudah lama memasang strategi.

Begitulah kelicikan yahudi laknat.

memang memang sangat buruk dunia jaman sekarang

Rasanya malaysia jauh dari persediaan peperangan dalam pelbagai segi... risau jugak... :(

Malangnya sentiasa ada pihak yg mahukan peperangan meletus. Moga dijauhkan.

Itulah masalahnya, jgnkan nak menang, utk pertahankan negara pun blm tentu kita mampu.

Satu info yg menarik...bukan semua org tahu ni... good info bro

ATM sebenarnya tgh bersedia jg tu, jgn ambil remeh tentang kekuatan zikir dan ibadah umat Islam yg beriman, satu2nya teknologi yg Allah berikan pd umat Muhammad saw sbg panduan hidup termasuk cara2 perlindungan, hasbunallah wa nikmal wakil, nikmal maula, wa nikmannasir, kuatkan amalan termasuk mengaji dan berzikir

kan ada indonesia negara seagame serumpun takkan diorang diam je sebb sesame saudara,brunei pun serumpun

Maaf la....masa ni la islam kena bersatu....jgn harap 1.6 billion islam boleh menang kalau x bersatu padu....mcm sekarang negara islam kena serang ....yang lain buat apa.....tapi negara seperti paris kena serang mcm dunia nak kiamat ......

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon