Tuesday, March 21, 2017

Sambutan Hari Down Syndrome Sedunia, World Down Syndrome Day

Sambutan Hari Down Syndrome Sedunia, World Down Syndrome Day

Sambutan Hari Down Syndrome Sedunia, World Down Syndrome Day atau Sindrom Down disambut pada setiap 21 Mac setiap tahun diseluruh dunia.

Down Syndrome

Pada hari ini, organisasi Down Syndrome di seluruh dunia mengadakan pelagai kegiatan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Down Sindrom.

Tarikh 21 Mac dipilih sesuai dengan keunikan Down Syndrome dalam triplication (trisomy) dari 21 kromosom.

Idea ini awalnya diajukan oleh Stylianos E. Antonarakis, seorang doktor genetik dari University of Geneva Medical School.

Sambutan Hari Down Syndrome buat pertama kali diadakan pada 21 Mac 2006 di Geneva.

Pelancaran sambutan Hari Down Syndrome Sedunia juga dilancarkan pada 21 Mac 2006 di Singapura oleh Down Syndrome Association.

Kelainan yang kelihatan pada pertumbuhan fizikal dan mental ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1866 oleh Dr.John Longdon Down.

Kerana ciri-ciri yang kelihatan pelik, seperti tinggi badan yang relative pendek, kepala mengecil, hidung yang datar menyerupai orang Mongolia, maka pesakit Down Syndrome juga dikenali dengan Mongolisme.

Pada tahun 1970an, pakar dari Amerika Syarikat dan Eropah mengubah nama pada kelainan yang berlaku kepada pesakit tersebut dengan merujuk kepada penemu pertama kali sindrom ini dengan istilah Down Syndrome dan sehingga kini penyakit ini dikenali dengan istilah tersebut.

Gejala yang muncul akibat Down Syndrome bervariasi bermula dari tidak kelihatan sama sekali, sehinggalah muncul tanda-tanda khusus.

Pesakit Down Syndrome dengan tanda khas sangat mudah dikenali dengan adanya penampilan fizikal yang menonjol seperti bentuk kepala yang relatif kecil dari normal (microchephaly) dengan bahagian anteroposterior kepala mendatar.

Pada bahagian wajah biasanya tampak sela hidung yang datar, mulut yang mengecil dan lidah yang menonjol keluar (macroglossia).

Seringkali juga mata menjadi sepet dengan sudut bahagian tengah membentuk lipatan (epicanthal folds).

Tanda klinikal pada bahagian tubuh lain seperti tangan yang pendek termasuk ruas jari-jemari, serta jarak antara jari pertama dan kedua pada tangan mahupun kaki yang lebar.

Hari Down Syndrome Sedunia merupakan hari istimewa bagi mereka yang menghidapi Down Syndrome di seluruh dunia.

Hari yang disambut pada 21 Mac setiap tahun ini diraikan dengan pelbagai aktiviti dan acara bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap hak dan kesejahteraan kepada mereka yang mengalami penyakit Down Syndrome.

BACA INI JUGA:

sumber: malahayati

Sejarah Kolonialisme Dan Kebencian Terhadap Islam

Sejarah Kolonialisme Dan Kebencian Terhadap Islam

Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur.

Islam

Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang men­diami kawasan tersebut beragama Islam dan sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam.

Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar, Iraq, Syria dan Sudan.

Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan.

Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Kaukasus dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi.

Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.

Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis.

Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini.

Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.

Kolonialisme dan Kebencian Terhadap Islam

Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung.

Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab dan Afrika Utara.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil dan akhirnya tumbang.

Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah peme­rintahan British dan Rusia.

Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya.

Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali dan dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam. Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini.

Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya.

Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara dan Timur Jauh.

Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri.

Soviet Rusia mengambil alih Kaukasus dan Asia Tengah dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911 dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.

Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka.

Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan.

Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif dan lebih dahsyat: Israel.

Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi.

Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini.

Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini.

Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme.

Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.

Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam

Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:

1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.

2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.

3. Komunisme: Kesatuan Soviet, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.

Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh.

Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh.

Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.

Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah.

Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi.

Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba dan menyembelih umat Islam sedunia.

Kekejaman Berterusan Selama 200 Tahun Di Dalam Dunia Islam

Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak dan dilakukan penderaan dan kekejaman, namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.

Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas.

Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19 dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat.

Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."

Hubungan di Antara Darwinisme, Kolonialisme dan Fasisme

Konsep pergelutan untuk terus hidup oleh Darwin telah menjadi sumber inspirasi penting kepada fahaman rasisme (perkauman), komunisme dan fasisme, termasuk juga imperialisme.

Darwinisme kononnya dipanggil asas saintifik kepada kolonialisme. Ini kerana Darwin telah meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya itu.

Beliau menganggap bangsa kulit putih Eropah merupakan bangsa yang paling maju dan menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai makhluk yang setaraf dengan beruk.

Di samping itu, beliau turut mencadangkan bahawa semua manusia berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan itulah "hukum alam" yang mana Barat harus memenangi pertarungan ini dan memperhambakan bangsa-bangsa yang lain.

Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau telah menulis, "Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti-manusia)... tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang mana ia (pent: iaitu kumpulan terdekat) akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, sepert yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Kaukasia, dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorila."

Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan meng­gunakan konsep "perjuangan untuk terus hidup" (struggle for survival).

Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih sesuai akan terselamat.

Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan suatu proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.

Idea tidak saintifik yang dikenali sebagai "Sosial Darwinisme" (Social Darwinism) ini, telah diterima dengan meluas dalam dunia sains yang masih primitif ketika itu dan ia telah menjadi sumber justifikasi asas kepada kolonialisme Eropah.

Sosial Darwinisme menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme dan juga imperialisme.

Kesemua ahli-ahli teori abad kesembilan belas yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (seperti Friedrich Nietzsche, Heinrich von Treitschke, Francis Galton, dan Ernst Haeckel) telah dipengaruhi hebat oleh teori evolusi Darwin, terutama sekali tentang konsep "perjuangan untuk terus hidup."

Mussolini, seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama, merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya.

Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka juga telah mendapat inspirasi daripada Sosial Darwinisme. (Untuk maklumat lanjut, rujuk karya Harun Yahya, Fascism: Darwinism's Bloody Ideology, Istanbul, Vural Yayincilik, 2001).

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa

Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa

Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa, International Day for the Elimination of Racial Discrimination disambut pada setiap 21 Mac setiap tahun.

Rasis

Pada tanggal 21 Mac 1960, terjadi kerusuhan antara polis dan para demonstrasi di Sharpeville, Afrika Selatan.

Peserta demonstrasi telah memprotes hukuman yang rasis dan penuh dengan diskriminasi. 69 orang maut dan puluhan lain lagi tercedera.

Pada tahun 1966, PBB mengisytiharkan tanggal 21 Mac sebagai sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Sedunia untuk memperingati tragedi Sharpeville.

Amalan rasis selain menyakiti hati mangsanya, juga membatasi sikap masyarakat untuk bertoleransi terhadap sikap rasis.

Amalan rasis juga akan menyebabkan seseorang individu gagal menggunakan potensi diri dan menghalang mereka untuk memberikan sumbangan kepada negara.

Jika tidak ditangani, sikap rasis akan menimbulkan konflik, ketidakstabilan dan menghambat pertumbuhan ekonomi.

Pada tahun 2001 dalam konferen antarabangsa mengenai rasis di Durban Afrika Selatan, ditegaskan bahawa diskriminasi ras dan rasisme adalah masalah diseluruh dunia.

Dalam dokumen penutupan konferen Durban melawan rasis, bahawa pendatang dan migran berada dalam bahaya menjadi mangsa diskriminasi ras di seluruh dunia.

Bentuk baru rasisme ini bergabung dengan bentuk lama di pelbagai negara.

Pergerakan migrasi moden ke negara-negara yang lebih kaya, seharusnya menuntut masyarakat untuk mengembangkan suatu identiti baru, seperti belum membuahkan hasil.

BACA INI JUGA:

Sumber: dw

11 Pokok Paling Beracun Di Dunia

11 Pokok Paling Beracun Di Dunia

Pohon beracun di dunia sangat banyak dan sebahagian besarnya berada di depan mata kita tanpa kita sedari.

Sesetengahnya nampak indah dan cantik pada luaran, namun siapa sangka, tumbuhan ini mengandungi racun yang mampu membunuh manusia.

Berikut adalah 11 pokok paling beracun di dunia.

1. Pokok Manchineel

Pokok Manchineel

Pokok Manchineel adalah pokok beracun dan diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness World Records.

Namanya bererti "epal kecil pembawa kematian" kerana bentuk buahnya yang mirip epal.

Kerana ramai yang menyangka pokok ini adalah pokok epal, seringkali diberi amaran di sekitar pokok ini, "Dilarang menghampiri" yang anda sendiri boleh membayangkan betapa beracunnya pokok ini.

Jangan sesekali berlindung di bawah pokok ini apabila hujan kerana tubuh anda akan dipenuhi luka yang "terbakar" jika getah pokok ini mengalir ke tubuh ketika hujan.

Jika anda membakar mana-mana bahagian pokok ini, asapnya boleh menyebabkan mata menjadi buta.

2. Pokok Water Hemlock

Pokok Water Hemlock

Water hemblock adalah tanaman yang tumbuh dikawasan berair dengan tinggi hingga 2.5 meter, bunga berwarna hijau atau putih kecil tersusun dalam bentuk payung.

Water Hemlock atau cicuta maculata dikenali sebagai tanaman paling beracun di Amerika Utara dan Eropah.

Bunga, batang dan akar tumbuhan ini mengandungi suatu sebatian yang beracun disebut cicutoxin dan sebahagian besarnya tertumpu diakar.

Walaupun dalam jumlah sedikit, cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan kemudian diikuti dengan kematian jika tubuh tidak mampu bertahan lagi.

Kematian biasanya disebabkan oleh kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas penggunaan.

Satu atau dua gigitan akar tanaman sudah boleh menyebabkan kematian kerana akar pokok Water hemlock menyerupai lobak atau tanaman jenis ubi sehingga sering disalah anggap oleh manusia.

3. Pokok Jarak (Ricinus communis)

Pokok Jarak (Ricinus communis)

Tumbuhan ini memang banyak di sekitar kita tapi tahukah anda, pokok Jarak adalah salah satu tumbuhan paling beracun di dunia.

Satu bijinya mampu membunuh seorang manusia dewasa dalam tempoh seminit!

Pokok Jarak berasal dari lembangan Mediterranean, Afrika timur dan India, tetapi banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Walaupun bijinya sangat beracun, ia adalah sumber minyak yang penting dari segi ekonomi seperti minyak pelincir bagi industri aeroangkasa dan merupakan salah satu produk komersial yang paling awal.

Toksin yang dinamakan ricin didapati di seluruh pokok Jarak, tetapi tertumpu pada bijinya (minyak jarak dibuat daripadanya).

Satu biji mentah pokok Jarak cukup untuk membunuh manusia dalam masa 2 hari, yang menjadikan tempoh kematian sangat panjang dan memeritkan.

Gejala pertama akan dialami dalam tempoh beberapa jam termasuk rasa seakan terbakar di dalam tekak dan mulut, sakit perut, cirit-birit berdarah dan muntah.

Punca akhir kematian adalah akibat dehidrasi.

4. Belladona

Belladona

Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Hemisphere Barat, Pokok Belladona mengandungi tropane alkoids yang membahayakan.

Seluruh bahagian pokok Belladona adalah beracun tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang seperti enak dimakan.

Gejala yang terjadi akibat racun pokok Belladona adalah anak mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kurang waras.

Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf, gangguan pernafasan, berpeluh dan jantung berdegup laju.

5. Oleander

Oleander

Oleander banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana kecantikan bunganya, namun jangan silap kerana semua bahagian pokok Oleander sangatlah beracun.

Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman paling beracun di bumi, sering digunakan untuk membunuh diri di selatan India.

Sehelai daunnya sahaja sudah cukup untuk membunuh manusia dewasa apabila dimakan.

Tanaman ini mengandungi pelbagai jenis racun walaupun telah dikeringkan, seperti nerioside, rosagenin, oleandroside, saponins dan cardiac glycosides.

Racun-racun tersebut merupakan racun yang mampu melambatkan denyutan jantung dan jantung gagal berfungsi.

Walaupun racun-racun tersebut terdapat pada semua bahagian, racun tertumpu pada bahagian getah yang kelihatan berwarna putih seperti susu.

Jika terkena kulit manusia, getah pokok Oleander boleh menghalang deria rasa luar kulit manusia sehingga menyebabkan kulit menjadi kebas atau hilang deria rasa.

6. Daphne

Daphne

Bunga Daphne juga dikenali dengan nama Lady Laurel atau tanaman syurga.

Seluruh bahagian bunga Daphne adalah beracun tetapi bahagian yang paling beracun tertumpu pada getah dan buahnya.

Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang boleh menyebabkan sakit perut, sakit kepala, diarhea, kegilaan dan sawan.

Jika buah daphne dimakan secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan koma dan kematian.

7. Lily of the valley

Lily of the valley

Lily of the valley kelihatan cantik dan kelihatan tidak berbahaya tapi jangan tertipu.

Sama seperti bunga Daphne, bunga ini sangat beracun dan jika dimakan dalam jumlah yang banyak, boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh dan cirit-birit.

Racun bunga ini juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung.

8. Angel’s Trumpet

Angel’s Trumpet

Jangan terpedaya dengan nama dan kecantikannya, Pokok Angel’s Trumpet mengandungi racun yang sangat memudaratkan manusia dan haiwan.

Terkenal sebagai halusinogen yang sangat sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.

9. Rhododendron

Rhododendron

Pokok Rhododendron apabila musim bunga kelihatan sangat indah sekali pada pandangan mata.

Namun, pokok Rhododendron mengandungi andromedatoxin yang boleh menyebabkan muntah, rasa sakit dan kekejangan sehingga mati.

10. Autumn Crocus

Autumn Crocus

Pokok Autumn Crocus merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia.

Mengandungi colchicine, ubat beracun yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi.

Racun yang terkandung di dalam bunga ini adalah sejenis dengan racun arsenik yang tiada penawarnya.

Keracunan pokok Autumn Crocus boleh menyebabkan hilang tekanan darah dan serangan jantung.

11. English Yew

English Yew

Pokok English Yew atau taxus baccata, adalah salah satu pokok paling beracun di muka bumi.

Pohon yang hijau rimbun ini biasa ditemui di Eropah.

Para pengkaji menganggapnya sebagai pokok yang pelik kerana semua bahagiannya sangat beracun kecuali kulit buahnya.

Racunnya boleh menyebabkan kelumpuhan dan pernah digunakan untuk proses mengugurkan kandungan yang selalu berakhir dengan kematian.

Racun utamanya adalah taxine atau taxane dengan molekul C20H36.

50 hingga 100 gram dos sudah cukup untuk membunuh seorang manusia.

Racun pokok English Yew biasanya bertindak dengan sangat pantas dan sehingga kini belum ditemui penawarnya.

BACA INI JUGA:

Sumber: ciksitionline

Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia, World Planting Day

Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia, World Planting Day

Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia, World Planting Day atau Arbor Day (Hari Arbor) adalah sebuah momentum perayaan yang diadakan untuk mendorong penanaman dan pemuliharaan pokok kayu.

World Planting Day

Arbor Day diasaskan oleh J. Sterling Morton pada tahun 1872, disambut pada 21 Mac setiap tahun atau dirayakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan April.

Arbor Day disambut, terutamanya di Amerika Syarikat, dengan tujuan menggalakkan penanaman pokok di seluruh dunia.

Meskipun telah disambut sejak 139 tahun lalu, masih ramai orang tidak tahu tentang sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia ini.

Menurut satu kajian, hanya 12 peratus warga Amerika Syarikat yang benar-benar tahu secara signifikan tentang Hari Arbor.

Manakala 30 peratus pula mengetahui Hari Arbor tapi tidak tahu tujuannya, dan 76 peratus benar-benar tidak tahu apa itu Hari Arbor.

Hari Arbor pada mulanya disambut sebagai momentum penanaman lebih dari satu juta pokok di seluruh dunia, dan azam untuk menanam 5 juta pokok lima tahun ke hadapan.

Pasti ramai tertanya-tanya, adakah penanaman pokok suatu usaha yang berbaloi?

Enterprise Rent-a-Car Foundation, yang merupakan pencetus penanaman 50 juta pokok selama 50 tahun di hutan Amerika Syarikat dan seluruh dunia, mengumpulkan beberapa fakta tentang manfaat menanam pokok, antaranya:

Satu juta pokok mampu menghasilkan pulangan sebanyak USD$162 juta.

Satu juta pokok mampu menyerap 1 juta tan karbon dioksida sepanjang hayatnya.

Satu juta pokok mampu membantu mengembalikan habitat ratusan spesies haiwan yang terancam atau hampir pupus.

Satu juta pokok mampu menyediakan oksigen untuk 4 juta orang dalam satu hari.

Jadi, jika anda menyokong sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia, anda boleh mula menanam sebatang pokok dihalaman sendiri.

BACA INI JUGA:

Sumber: idehijau

Monday, March 20, 2017

50 Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Terletak di Sabah

50 Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Terletak di Sabah

Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.

Pokok Tropika

Rekod baharu itu didedahkan pakar ekologi terkenal, Greg Asner dari Carnegie Institute of Science berpusat di sini ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan ‘Nadi’ Borneo Antarabangsa 2016 di Kota Kinabalu.

Sekumpulan penyelidik antarabangsa diketuai David Coomes dari Universiti Cambridge, Britain melaporkan telah menemui pokok Tropika paling tinggi di dunia yang terletak di hutan simpan Lembangan Maliau dekat Tawau.

Pokok raksasa terbaharu itu didapati mencecah ketinggian 94.1 meter dan lebih menarik lagi apabila kumpulan penyelidik berkenaan turut menemui sebanyak 49 batang pokok lain yang mencapai ketinggian hampir sama.

Ketinggian itu juga memecah rekod sebelum ini bagi kategori pokok tropika.

Pokok Tropika di Sabah itu dikesan pengimbas laser yang dipasang pada pesawat dinaiki pengkaji David Coomes dan rakan-rakannya, ketika mereka menjalankan penggambaran 3D bagi pemetaan biodversiti kawasan Maliau Basin.

New Scientist melaporkan seorang pendaki pokok tempatan ditugaskan naik sehingga ke puncak pokok itu dengan membawa pita pengukur.

Pokok Tropika

Beliau kemudian menghantar pesanan ringkas telefon bimbit kepada pasukan Coomes, “Saya tidak sempat mengambil gambar dengan kamera yang bagus kerana seekor burung helang cuba menyerang saya dan banyak lebah berterbangan.”

Secara rasminya, 50 pokok tropika tertinggi di dunia terletak di Sabah

Rekod pokok paling tinggi di dunia bagaimanapun masih lagi dipegang spesies Hyperion, Helios dan Icarus yang masing-masing setinggi 115 meter, 114 meter dan 113 meter di Taman Negara Redwood, utara California, AS,

Asner dalam pada itu menyatakan, saiz pemeluk atau ukur lilit kesemua pokok tropika berkenaan sekitar 40 meter, sekaligus menggambarkan betapa lamanya usia hutan di kawasan tersebut yang tidak pernah diteroka manusia.

Pasukannya menggunakan sebuah pesawat Carnegie Institute of Science Airborne Observatory yang dilengkapi dengan laser canggih untuk menjalankan kerja pengukuran pokok di hutan Sabah.

Ini menyaksikan kesemua 50 batang pokok tropika itu lebih tinggi sedikit daripada patung ikonik mercu tanda terkenal bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS), Statue of Liberty yang berketinggian kira-kira 93 meter.

Pokok Tropika

Pokok Meranti Kuning semakin pupus disebabkan aktiviti pembalakan oleh pengusaha minyak sawit, kata jurnal itu.

Pembalakan merupakan masalah besar di Malaysia, di mana hutan Malaysia menerima kesannya selama 40 tahun.

Sesebuah hutan boleh dipulihkan semula selepas pembalakan dalam tempoh 50 hingga 100 tahun.

BACA INI JUGA: 7 Pokok Tertua Di Dunia Yang Sangat Menakjubkan

Sumber: fmt

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa, International Day of Forests

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa, International Day of Forests

Hari Hutan Antarabangsa disambut setiap tahun sebagai penghargaan terhadap sumbangan hutan kepada manusia serta bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu berkaitan pemeliharaan hutan.

Hari Hutan Antarabangsa

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa juga bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai peranan agensi dan institut penyelidikan perhutanan yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menyumbang kepada kemampanan khazanah hutan negara.

Asalnya dinamakan dan diraikan sebagai Hari Perhutanan Sedunia sejak 1971 sehingga 28 November 2012, sebelum dinamakan Hari Hutan Antarabangsa dan disambut mulai tahun 2013.

Hari perhutanan perlu diadakan selepas ahli sains merasakan dunia memandang rendah terhadap kepentingan hutan dalam mengurangkan pelepasan karbon serta melihat keperluan yang amat nyata bagi penyelidikan perhutanan.

Ini telah menjadi pemangkin kepada perisytiharan sambutan Hari Hutan.

Malaysia optimis dengan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Bumi di Rio de Jeneiro, Brazil pada 1992 untuk mengekalkan litupan hutan negara lebih 50 peratus sepanjang masa.

Kerajaan juga akan terus memastikan penyelidikan pembangunan setara dan seimbang dengan keperluan negara, kehendak alam sekitar, kelestarian alam, sejahtera masyarakat dan kemampanan industri perhutanan.

Suka atau tidak, kita perlu menerjah kaedah baru mengayakan hutan, meneroka nilai tambah baharu berteraskan hutan seperti ubat-ubatan daripada jenis bukan balak, tetapi dipanggil hasil hutan bukan kayu dan pembayaran ekosistem.

Hutan perlu dilihat dalam satu perspektif besar dan holistik yang menjadi punca dan bermulanya sebuah kehidupan yang perlu sentiasa dijaga.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa diisi dengan pelbagai program antaranya lawatan berpandu ke denai alam FRIM serta peluang untuk melihat fenomena Crown Shyness yang terbentuk daripada susun atur silara pokok-pokok emergen yang tidak bercantuman antara satu sama lain.

Hutan merupakan punca utama tadahan air, selain mencegah hakisan dan runtuhan tanah akibat aktiviti manusia.

Tanpa hutan sebagai penampan, alam sekitar akan terjejas, menganggu kelestarian kehidupan sejagat.

BACA INI JUGA:

Sumber: utusan

Burung Pipit Mampu Terbang Sejauh 29,000 Kilometer!

Burung Pipit Mampu Terbang Sejauh 29,000 Kilometer!

Satu kajian saintis mendapati, sejenis burung kecil yang beratnya bersamaan dua sudu teh mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh kira-kira 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk.

Oenanthe oenanthe

Kajian yang disiarkan jurnal sains Biology Letters mendapati, burung pipit jenis Oenanthe oenanthe itu hanya mempunyai berat kira-kira 25 gram, tetapi mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk terbang jauh.

Penyelidik dari Universiti Guelph di Ontario, Ryan Norris berkata, dalam kajian itu, sejenis alat pengesan dipasang pada kaki 46 ekor burung pipit di Alaska dan Pulau Baffin di timur laut Kanada.

Burung pipit di Alaska menghabiskan musim sejuk di Afrika sebelum pulang semula ke habitat asal, dengan jarak sehala kira-kira 14,500 kilometer dan terbang pada kelajuan 290 kilometer sejam sehari.

Spesies terbabit mengembara merentasi Siberia dan gurun pasir Arab, menuju ke Sudan, Uganda dan Kenya yang memakan masa perjalanan selama 91 hari.

Namun, haiwan ini hanya mengambil masa 55 hari untuk pulang ke Alaska.

Norris berkata, burung pipit dari Pulau Baffin pula mengambil masa 28 hari untuk terbang merentasi Atlantik Utara, Britain, benua Eropah, Mediterranean dan gurun Sahara sebelum tiba di persisiran pantai Mauritania, Afrika Barat, dengan jarak perjalanan kira-kira 7,500 kilometer.

Katanya, perjalanan pulang burung pipit dari Pulau Baffin mengambil masa 55 hari untuk sampai ke habitat asal.

Spesies burung tersebut menunjukkan kemampuan luar biasa berdasarkan saiznya yang kecil.

Ini merupakan perjalanan yang paling jauh di dunia bagi spesies burung yang kecil dan ringan, sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan haiwan terbabit dari segi fizikal untuk terbang dua kali setahun, terutamanya bagi kelompok burung muda yang tidak mempunyai pengalaman berhijrah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Video Ngeri Besi Cerucuk Pagar Tertusuk Punggung!

Video Ngeri Besi Cerucuk Pagar Tertusuk Punggung!

Seorang lelaki di China berdepan detik cemas apabila punggungnya tertusuk besi tajam pagar setelah terjatuh ketika melakukan pemasangan penghawa dingin.

Ngeri Besi Tertusuk Punggung

Menurut laman sosial Weibo milik anggota bomba Shanxi, insiden tersebut berlaku di Taman Perindustrian Xi’an wilayah Shaanxi pada 16 Mac lalu.

Jelas laman itu, mangsa yang tidak didedahkan identitinya merupakan pekerja yang ditugaskan untuk memasang unit penghawa dingin di level dua di tapak perindustrian tersebut.

Mangsa difahamkan terlepas cengkaman ketika memasang penghawa dingin tersebut sebelum terjatuh di atas dua bucu tajam besi pagar di bawahnya.

Menerusi klip berdurasi kurang satu minit itu memperlihatkan beberapa anggota penyelamat menahan badan mangsa sementara rakannya yang lain memotong sebahagian kecil pagar besi itu.

Ngeri Besi Tertusuk Punggung

Mangsa kedengaran menjerit kerana tidak dapat menahan kesakitan ketika anggota penyelamat cuba memotong batang besi itu sebelum membawanya ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan.

Difahamkan mangsa kini dalam proses penyembuhan di hospital tempatnya dirawat dan anda boleh tonton videonya di YouTube.

BACA INI JUGA: Mata Nyaris Buta Tercucuk Lidi Sosej Panggang

sumber: mynewshub

31 Fakta Menarik Tentang Burung Yang Anda Patut Tahu

31 Fakta Menarik Tentang Burung Yang Anda Patut Tahu

Burung terkenal kerana kemampuan mereka untuk terbang yang tak mampu ditandingi, namun bukan semua burung mampu terbang.

burung

Beberapa spesies seperti kiwi dan penguin misalnya, kehilangan kemampuan mereka untuk terbang dan gaya hidup mereka lebih sesuai untuk tanah dan air.

Berikut adalah 31 fakta menarik tentang burung yang anda patut tahu.

1. Burung tertua dikenali sebagai Archaeopteryx dan hidup sekitar 150 juta tahun yang lalu, adalah moyang burung gagak.

2. Kuning telur paling banyak ditemui dalam sebiji telur ayam adalah sebanyak sembilan.

3. Telur burung unta perlu direbus selama 2 jam sebelum masak dan boleh dimakan.

4. Telur Albatross Royal memerlukan 79 hari untuk menetas.

5. Telur burung Kolibri merupakan telur terkecil di dunia, sedangkan telur burung unta, paling besar di dunia.

6. Burung seperti ayam, burung unta dan burung camar selepas menetas akan terus berjalan.

7. Beberapa jenis burung yang berasal dari telur dengan kuning lebih besar dari burung lain seperti burung hantu, burung belatuk memerlukan penjagaan dari induk untuk terus hidup.

8. Kantung udara membentuk 1/5 dari berat tubuh burung.

9. Suhu normal seekor burung biasanya 7-8 darjah lebih panas daripada manusia.

10. Tiga perempat daripada udara ketika burung bernafas digunakan untuk cooling down kerana burung tidak berpeluh.

11. Jantung seekor burung berdegup 400 kali seminit ketika beristirehat dan sehingga 1,000 kali seminit ketika terbang.

12. Burung tidak bersayap di dunia adalah kiwi New Zealand.

13. Migrasi itik dan angsa terbang dalam formasi berbentuk V.

14. Burung helang Falcon boleh terbang lebih dari 200 kilometer sejam.

15. Penguin, burung unta dan burung dodo adalah jenis burung yang tidak boleh terbang.

16. Humming birds makan setiap sepuluh minit.

17. Seekor merpati, Cher Ami, hilang mata dan kakinya ketika membawa surat dalam Perang Dunia I. Cher Ami dianugerahkan pingat Distinguished Service. Kakinya digantikan dengan kaki kayu.

18. Burung beracun di dunia adalah pitohui berkerudung Papua Nugini. Racun itu ditemui pada kulit dan bulunya.

19. Burung pemakan bangkai di Amerika membantu mengesan keretakan pada paip bahan bakar bawah tanah. Bahan bakar apabila bocor akan berbau seperti makanan burung dan burung-burung akan berkerumun di sekitar kebocoran gas dan itu seperti menunjukkan kepada para jurutera di mana yang perlu dibaiki.

20. Merpati boleh terbang selaju 100 batu sejam.

21. Burung Gajah sekarang sudah pupus dan telurnya adalah seberat 27 paun.

22. Telur burung terkecil di dunia milik humingbird. Telur burung terbesar di dunia milik burung unta.

23. Ada lebih dari 350 jenis spesies burung Tiung Emas di dunia.

24. Spesies burung Tiung Emas terkecil adalah Parrots Pygmy, yang rata-ratanya sekitar 8 cm panjang.

25 Satu-satunya spesies burung Tiung Emas yang membina sarang adalah Kaka Tua Quaker. The Quaker menghubungkan sarang mereka bersama-sama dengan struktur bentuk yang mirip dengan "kondominium". Sarang ini boleh mencapai berat lebih dari 200 paun.

26. Terbesar dari spesis burung nuri adalah Hyacinth Macaw, dengan panjang sekitar 40 inci dari paruh ke hujung ekor.

27. Burung yang paling umum di planet bumi adalah Ayam.

28. Berdasarkan persamaan dalam struktur rangka, sejumlah ilmuwan berteori bahawa banyak spesies burung moden berevolusi dari dinosaur.

29. Spesies burung imigran terbang dalam formasi untuk menjimatkan energi.

30. Beberapa spesies burung Tiung Emas perlu terbang lebih dari 500 batu sehari untuk mencari makanan.

31. Burung memiliki deria rasa berbanding haiwan lain dan ilmu pengetahuan belum dapat membuktikan bahawa semua spesies burung memiliki indera hidu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: khabuka

Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia, World Sparrow Day

Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia, World Sparrow Day

Hari Burung Pipit Sedunia, World Sparrow Day adalah hari untuk meningkatkan kesedaran mengenai burung pipit dan burung biasa yang tinggal di persekitaran bandar dan mengenali ancaman terhadap populasi burung, yang disambut pada setiap 20 Mac.

Burung Pipit

Burung pipit kini merupakan salah satu spesies burung yang sedang diancam kepupusan. Bilangan burung pipit semakin berkurangan namun tidak diketahui puncanya.

Kepupusan burung pipit agak perlahan tetapi sangat ketara dan telah dilabelkan sebagai salah satu misteri terbesar bagi haiwan tersebut sejak kebelakangan ini.

Sebuah akhbar terkemuka di United Kingdom, negara yang telah menyaksikan salah satu daripada penurunan terbesar burung pipit - mengisytiharkan wang tunai kepada sesiapa yang boleh menyelesaikan misteri kepupusan ini.

Malang, tiada siapa yang tahu puncanya!

Burung pipit dipercayai sedang pupus kerana pelbagai sebab terutamanya akibat kemusnahan habitat, kekurangan makanan dan juga pencemaran gelombang mikro daripada menara telefon mudah alih.

Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia adalah satu inisiatif antarabangsa oleh Nature Forever Society (NFS) dari India dengan kerjasama Yayasan Tindakan Eco-Sys (Perancis) dan pelbagai organisasi nasional dan antarabangsa yang lain di seluruh dunia.

Nature Forever Society telah diasaskan oleh Mohammed Dilawar, seorang aktivis India yang memulakan tugasnya membantu burung pipit di Nashik dan telah dinamakan sebagai salah satu daripada "Heroes of Environment" pada tahun 2008 oleh majalah Time diatas usahanya.

Idea untuk menyambut Hari Burung Pipit Sedunia timbul semasa perbincangan tidak formal di pejabat Nature Forever Society.

Idea ini adalah untuk memperuntukkan sehari untuk burung pipit bagi menyampaikan mesej pemuliharaan burung pipit dan burung biasa yang lain.

Sambutan Hari Pipit Sedunia ini juga bagi hari menghargai keindahan biodiversiti luar biasa yang perlu diberikan penghargaan sewajarnya.

Hari Burung Pipit Sedunia disambut buat pertama kali pada tahun 2010 di bahagian-bahagian yang berlainan di dunia.

Hari itu disambut dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti dan acara seperti pertandingan seni, kempen kesedaran dan perarakan serta interaksi dengan media.

Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia juga mempunyai visi yang lebih jauh iaitu untuk menyediakan satu platform di mana orang-orang yang terlibat dalam pemuliharaan burung pipit dan burung lain boleh bergabung, bekerjasama dan bertukar-tukar idea yang akan membawa kepada kerjasama yang lebih baik.

Ia bertujuan untuk menyediakan satu tempat pertemuan setiap indivdu dan pertubuhan dari seluruh dunia dan membentuk satu pasukan yang boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran mengenai keperluan memulihara biodiversiti dan spesies burung serta kaedah pemuliharaan yang lebih baik.

Anugerah

Bagi menggalakkan usaha-usaha memulihara alam sekitar, Nature Forever Society telah menganjurkan Hari Burung Pipit Sedunia pertama di Ahmedabad, Gujarat, pada 20 Mac 2011.

Pada tahun 2013, salah seorang fasilitator utama yang telah bergabung dengan NFS dan menyokong Anugerah Burung Pipit Sedunia adalah majalah Sustainuance.

Editor-In-Chief majalah ini, Shashwat DC telah diberikan penghormatan untuk menyerahkan anugerah kepada pemenang menyatakan, "Penerima anugerah ini adalah wira-wira yang datang dari semua lapisan masyarakat. Dan apa yang luar biasa adalah bahawa mereka biasanya bekerja tanpa sebarang pembiayaan daripada kerajaan dan tidak mencari apa-apa pengiktirafan."

Pemenang Anugerah Hari Burung Pipit Sedunia

Sparrow Award adalah anugerah yang diberikan kepada individu dan pertubuhan yang berusaha dalam kerja-kerja pemuliharaan hidupan liar, pemuliharaan sumber, teknologi hijau dan isu-isu yang berkaitan dengan semua aspek persekitaran, namun hanya terbuka untuk warganegara India sahaja.

Pemenang 2016
  • Musical Nature
  • Roseland Residency Society Pune
  • Abdul Kareem - The Forest Man

Pemenang 2015
  • Arif Siddiqui, Eco-tourism promoter and Lepidopterist (a specialist in the study of moths)
  • Bruhat Bangalore Mahanagara Palike (BBMP) Forest Cell volunteers
  • Rushikulya, Sea Turtle Protection Committee

Pemenang 2014
  • Jag Mohan Garg
  • N. Shehzad & M. Saud
  • Jal Grahan Kameti, Piplantri

Pemenang 2013
  • Saleem Hameedi, Wildlife Photographer, Illustrator
  • Aabid Surti, Litterateur & Head Of NGO, Drop Dead
  • Jayant Govind Dukhande, Mumbai Police

Pemenang 2012
  • Dilsher Khan
  • Ramita Kondepudi
  • Individuals (VikramYende, Kapil Jadhav, Mahendra Khawnekar and Vishal Revankar )
  • Mahatma Gandhi Ashramshala

Pemenang 2011
  • Bhavin Shah
  • Narendra Singh Chaudhary
  • L Shyamal
  • The Sparrow Company

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM