Tuesday, March 21, 2017

11 Pokok Paling Beracun Di Dunia

Pohon beracun di dunia sangat banyak dan sebahagian besarnya berada di depan mata kita tanpa kita sedari.

Sesetengahnya nampak indah dan cantik pada luaran, namun siapa sangka, tumbuhan ini mengandungi racun yang mampu membunuh manusia.

Berikut adalah 11 pokok paling beracun di dunia.

1. Pokok Manchineel

Pokok Manchineel

Pokok Manchineel adalah pokok beracun dan diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness World Records.

Namanya bererti "epal kecil pembawa kematian" kerana bentuk buahnya yang mirip epal.

Kerana ramai yang menyangka pokok ini adalah pokok epal, seringkali diberi amaran di sekitar pokok ini, "Dilarang menghampiri" yang anda sendiri boleh membayangkan betapa beracunnya pokok ini.

Jangan sesekali berlindung di bawah pokok ini apabila hujan kerana tubuh anda akan dipenuhi luka yang "terbakar" jika getah pokok ini mengalir ke tubuh ketika hujan.

Jika anda membakar mana-mana bahagian pokok ini, asapnya boleh menyebabkan mata menjadi buta.

2. Pokok Water Hemlock

Pokok Water Hemlock

Water hemblock adalah tanaman yang tumbuh dikawasan berair dengan tinggi hingga 2.5 meter, bunga berwarna hijau atau putih kecil tersusun dalam bentuk payung.

Water Hemlock atau cicuta maculata dikenali sebagai tanaman paling beracun di Amerika Utara dan Eropah.

Bunga, batang dan akar tumbuhan ini mengandungi suatu sebatian yang beracun disebut cicutoxin dan sebahagian besarnya tertumpu diakar.

Walaupun dalam jumlah sedikit, cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan kemudian diikuti dengan kematian jika tubuh tidak mampu bertahan lagi.

Kematian biasanya disebabkan oleh kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas penggunaan.

Satu atau dua gigitan akar tanaman sudah boleh menyebabkan kematian kerana akar pokok Water hemlock menyerupai lobak atau tanaman jenis ubi sehingga sering disalah anggap oleh manusia.

3. Pokok Jarak (Ricinus communis)

Pokok Jarak (Ricinus communis)

Tumbuhan ini memang banyak di sekitar kita tapi tahukah anda, pokok Jarak adalah salah satu tumbuhan paling beracun di dunia.

Satu bijinya mampu membunuh seorang manusia dewasa dalam tempoh seminit!

Pokok Jarak berasal dari lembangan Mediterranean, Afrika timur dan India, tetapi banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Walaupun bijinya sangat beracun, ia adalah sumber minyak yang penting dari segi ekonomi seperti minyak pelincir bagi industri aeroangkasa dan merupakan salah satu produk komersial yang paling awal.

Toksin yang dinamakan ricin didapati di seluruh pokok Jarak, tetapi tertumpu pada bijinya (minyak jarak dibuat daripadanya).

Satu biji mentah pokok Jarak cukup untuk membunuh manusia dalam masa 2 hari, yang menjadikan tempoh kematian sangat panjang dan memeritkan.

Gejala pertama akan dialami dalam tempoh beberapa jam termasuk rasa seakan terbakar di dalam tekak dan mulut, sakit perut, cirit-birit berdarah dan muntah.

Punca akhir kematian adalah akibat dehidrasi.

4. Belladona

Belladona

Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Hemisphere Barat, Pokok Belladona mengandungi tropane alkoids yang membahayakan.

Seluruh bahagian pokok Belladona adalah beracun tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang seperti enak dimakan.

Gejala yang terjadi akibat racun pokok Belladona adalah anak mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kurang waras.

Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf, gangguan pernafasan, berpeluh dan jantung berdegup laju.

5. Oleander

Oleander

Oleander banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana kecantikan bunganya, namun jangan silap kerana semua bahagian pokok Oleander sangatlah beracun.

Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman paling beracun di bumi, sering digunakan untuk membunuh diri di selatan India.

Sehelai daunnya sahaja sudah cukup untuk membunuh manusia dewasa apabila dimakan.

Tanaman ini mengandungi pelbagai jenis racun walaupun telah dikeringkan, seperti nerioside, rosagenin, oleandroside, saponins dan cardiac glycosides.

Racun-racun tersebut merupakan racun yang mampu melambatkan denyutan jantung dan jantung gagal berfungsi.

Walaupun racun-racun tersebut terdapat pada semua bahagian, racun tertumpu pada bahagian getah yang kelihatan berwarna putih seperti susu.

Jika terkena kulit manusia, getah pokok Oleander boleh menghalang deria rasa luar kulit manusia sehingga menyebabkan kulit menjadi kebas atau hilang deria rasa.

6. Daphne

Daphne

Bunga Daphne juga dikenali dengan nama Lady Laurel atau tanaman syurga.

Seluruh bahagian bunga Daphne adalah beracun tetapi bahagian yang paling beracun tertumpu pada getah dan buahnya.

Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang boleh menyebabkan sakit perut, sakit kepala, diarhea, kegilaan dan sawan.

Jika buah daphne dimakan secara berlebihan, ianya boleh menyebabkan koma dan kematian.

7. Lily of the valley

Lily of the valley

Lily of the valley kelihatan cantik dan kelihatan tidak berbahaya tapi jangan tertipu.

Sama seperti bunga Daphne, bunga ini sangat beracun dan jika dimakan dalam jumlah yang banyak, boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh dan cirit-birit.

Racun bunga ini juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung.

8. Angel’s Trumpet

Angel’s Trumpet

Jangan terpedaya dengan nama dan kecantikannya, Pokok Angel’s Trumpet mengandungi racun yang sangat memudaratkan manusia dan haiwan.

Terkenal sebagai halusinogen yang sangat sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.

9. Rhododendron

Rhododendron

Pokok Rhododendron apabila musim bunga kelihatan sangat indah sekali pada pandangan mata.

Namun, pokok Rhododendron mengandungi andromedatoxin yang boleh menyebabkan muntah, rasa sakit dan kekejangan sehingga mati.

10. Autumn Crocus

Autumn Crocus

Pokok Autumn Crocus merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia.

Mengandungi colchicine, ubat beracun yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi.

Racun yang terkandung di dalam bunga ini adalah sejenis dengan racun arsenik yang tiada penawarnya.

Keracunan pokok Autumn Crocus boleh menyebabkan hilang tekanan darah dan serangan jantung.

11. English Yew

English Yew

Pokok English Yew atau taxus baccata, adalah salah satu pokok paling beracun di muka bumi.

Pohon yang hijau rimbun ini biasa ditemui di Eropah.

Para pengkaji menganggapnya sebagai pokok yang pelik kerana semua bahagiannya sangat beracun kecuali kulit buahnya.

Racunnya boleh menyebabkan kelumpuhan dan pernah digunakan untuk proses mengugurkan kandungan yang selalu berakhir dengan kematian.

Racun utamanya adalah taxine atau taxane dengan molekul C20H36.

50 hingga 100 gram dos sudah cukup untuk membunuh seorang manusia.

Racun pokok English Yew biasanya bertindak dengan sangat pantas dan sehingga kini belum ditemui penawarnya.

BACA INI JUGA:

Sumber: ciksitionline

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon