Thursday, September 24, 2015

Teori Evolusi Darwin, Penipuan Ilmiah Paling Tersohor Dalam Sejarah


Seperti yang telah diuji dan ditunjukkan sejauh ini, teori evolusi tidak mempunyai dasar ilmiah. Namun kebanyakan orang di dunia tidak menyedarinya, dan menganggap evolusi sebagai fakta ilmiah.

Pembohongan Teori Evolusi Darwin

Doktrin dan propaganda sistematik melalui media adalah kunci kejayaan penipuan ini. Kerana itu, kita perlu mengulas ciri-ciri khusus doktrin dan propaganda ini.

Jika meneliti media-media Barat, kita akan sering membaca berita-berita yang membahas teori evolusi. Organisasi media terkemuka dan majalah-majalah terkenal mengangkat topik ini secara berkala.

Dari pendekatan mereka, orang akan mendapat kesan bahawa teori ini benar-benar fakta yang telah terbukti tanpa peluang untuk sebarang diskusi. Pembaca awam biasanya mula berfikir bahawa teori evolusi adalah fakta yang sama pastinya dengan hukum matematik.

Berita seperti ini di media-media terkemuka akan dikutip pula oleh media tempatan. Mereka mencetak dengan headline besar, “Menurut majalah Time, fosil baru mata rantai yang hilang telah ditemui”; atau “Nature menyatakan bahawa para saintis telah menemui titik terang dalam persoalan terakhir teori evolusi”.

Walhal, penemuan “mata rantai terakhir yang hilang dari rantai evolusi” tidak bererti apa-apa, kerana tidak ada bukti sama sekali tentang evolusi.

Seperti telah dijelaskan sebelumnya, segala sesuatu yang ditunjukkan sebagai bukti hanyalah pembohongan.

Di samping media, perkara serupa terjadi pula pada sumber-sumber ilmiah, ensiklopedia, dan buku-buku biologi.

Propaganda Evolusionis. Majalah-majalah ilmu pengetahuan popular telah memimpin propaganda evolusi dan berperanan penting dalam mengajak masyarakat mempercayai teori evolusi.

Singkatnya, media dan kalangan akademik yang menjadi pusat-pusat kekuatan anti agama, mempertahankan pandangan evolusionis dan memaksakannya kepada masyarakat.

Pemaksaan ini begitu efektif sehingga akhirnya evolusi menjadi sebuah gagasan yang tidak pernah ditolak. Penolakan terhadap teori evolusi dianggap bertentangan dengan ilmu pengetahuan dan mengabaikan realiti-realiti asas.

Kerananya, walaupun banyak kelemahan telah tersingkap (terutama sejak 1950an), dan kenyataan ini diakui ilmuwan evolusionis sendiri, mustahil menemui pengkritik terhadap evolusi dalam lingkungan ilmiah atau dalam media.

Majalah-majalah yang diterima luas sebagai penerbitan paling berpengaruh dalam bidang biologi dan ilmu alam di Barat seperti Scientific American, Nature, Focus dan National Geographic, mengambil teori evolusi sebagai ideologi rasmi dan berusaha menyajikan teori ini sebagai fakta yang telah dibuktikan kebenarannya.

Pembohongan yang Terbungkus Rapi

Pengikut evolusionis mendapat banyak keuntungan dari program “cuci otak” media. Ramai orang percaya begitu saja pada evolusi tanpa merasakan perlu bertanya “bagaimana” dan “mengapa”.

Ini bererti evolusionis dapat mengemaskini pembohongan-pembohongan mereka sedemikian rupa sehingga mampu meyakinkan orang dengan mudah.

Sebagai contoh, bahkan dalam buku evolusionis paling “ilmiah”, “transisi dari air ke darat” yang merupakan fenomena terbesar evolusi tanpa bukti, “dijelaskan” dengan kesederhanaan yang jitu.

Menurut teori evolusi, kehidupan bermula di air dan haiwan yang pertama berkembang adalah ikan. Teori ini mengatakan bahawa pada suatu masa ikan-ikan ini meloncat ke darat kerana suatu alasan (acap kali, kemarau dijadikan alasan) dan ikan-ikan memutuskan untuk hidup di darat kemudian memiliki kaki dan paru-paru, bukan sirip dan insang.

Kebanyakan buku evolusionis tidak menjawab pertanyaan “bagaimana” dalam suatu pokok perbahasan. Malah dalam sumber paling “ilmiah” pun, kejanggalan pernyataan mereka ditutup dengan kalimat seperti “peralihan dari air ke darat akhirnya terjadi”.

Bagaimana “peralihan” ini terjadi? Kita tahu bahawa ikan tidak dapat bertahan hidup di darat lebih dari beberapa minit.

Jika kita andaikan musim kering berlaku dan ikan harus pindah ke darat, apa yang akan terjadi kepada ikan tersebut? Jawabannya sudah jelas. Semua ikan akan mati satu per satu dalam beberapa minit.

Walaupun proses ini berlangsung dalam jangka masa puluhan juta tahun, jawapannya tetap sama: ikan akan mati satu per satu.

Alasannya, organ sekompleks paru-paru tidak akan sekonyong-konyong muncul secara “kebetulan” melalui mutasi; tetapi dipihak lain, sesetengah paru-paru pun tidak berguna sama sekali.

Akan tetapi, persis seperti inilah yang diajukan evolusionis. “Peralihan dari air ke darat”, “peralihan dari darat ke udara” dan banyak lagi lompatan-lompatan lain “dijelaskan” dalam istilah-istilah yang tidak logik. Sementara tentang pembentukan organ-organ sekompleks mata dan telinga, evolusionis lebih memilih untuk diam.

Sangat mudah mempengaruhi orang di jalanan dengan paket “ilmu pengetahuan” ini. Anda hanya perlu membuat gambar khayalan yang menunjukkan peralihan dari darat ke air, mengarang nama Latin untuk haiwan di air, “keturunannya” di darat, dan “bentuk transisi” (yang merupakan haiwan rekaan), kemudian menyusun pembohongan besar: “Dalam proses evolusi yang panjang, Eusthenopteron mula-mula berubah menjadi Rhiptistian Crossopterian, kemudian menjadi Ichthyostega“.

Anda akan berjaya meyakinkan ramai orang jika kata-kata ini disampaikan oleh seorang ilmuwan berkacamata tebal. Ini kerana media yang membaktikan diri untuk mempromosikan evolusi akan membantu anda mengumumkan berita baik ini ke seluruh dunia dengan kadar kepercayaan yang sangat tinggi.

Dongeng Evolusionis

Seperti dikatakan seorang ilmuwan terkemuka, teori evolusi adalah dongeng untuk orang dewasa. Evolusi adalah senario yang sangat tidak masuk akal dan tidak ilmiah, yang menganggap benda mati memiliki kekuatan dan kecerdasan ajaib untuk mencipta bentuk-bentuk kehidupan yang kompleks. Kisah panjang ini mengandung artikel menarik tentang beberapa subjek.

Salah satu artikel yang pelik adalah tentang “evolusi ikan paus” yang diterbitkan National Geographic, salah satu majalah yang dianggap sebagai media paling berpengaruh dan serius di dunia:

Ikan paus dengan saiz yang besar bermula pada 60 juta tahun yang lalu, ketika mamalia berambut dan berkaki empat yang mencari makanan atau perlindungan masuk ke dalam air. Masa demi masa berlalu, perubahan sedikit demi sedikit terjadi. Kaki belakang lenyap, kaki depan menjadi sirip, bulu-bulu gugur menyisakan lapisan lemak yang tebal dan licin, hidung pindah ke bahagian atas kepala, ekor melebar menjadi sirip belakang dan di dunia air tubuhnya menjadi sangat besar.1

Selain tidak mempunyai landasan ilmiah, kejadian seperti ini bertentangan dengan prinsip-prinsip alam. Artikel yang diterbitkan dalam National Geographic ini patut dicatat sebagai besarnya pembohongan dalam terbitan-terbitan evolusionis yang tampak serius.

Dongeng lain yang patut mendapat perhatian adalah mengenai asal usul mamalia. Kaum evolusionis menyatakan bahawa nenek moyang mamalia adalah reptilia. Namun ketika hendak menjelaskan peralihan bentuk secara terperinci, muncul cerita menarik. Berikut adalah contohnya:

Sebahagian reptilia di wilayah sejuk mula mengembangkan cara untuk menjaga tubuh mereka supaya tetap hangat. Panas yang dikeluarkan tubuh meningkat ketika cuaca dingin, dan panas yang hilang semakin berkurangan ketika sisik mengecil dan meruncing, dan akhirnya menjadi bulu. Berkeringat pun merupakan adaptasi untuk mengatur suhu tubuh, suatu cara untuk menyejukkan tubuh ketika diperlukan, dengan menguapkan air. Namun secara kebetulan, reptilia muda mula menjilat keringat induknya sebagai makanan. Kelenjar keringat tertentu mula mengeluarkan keringat yang semakin lama semakin bergizi sehingga akhirnya menjadi susu. Maka, mamalia muda pertama ini memulakan kehidupan dengan lebih baik.2

Gagasan bahawa makanan yang terpola dengan baik seperti susu berasal dari kelenjar keringat, serta semua perincian di atas hanyalah imaginasi evolusioner yang pelik dan tanpa dasar ilmiah.

1) Victor B. Scheffer, “Exploring the Lives of Whales”, National Geographic, Vol. 50, Desember 1976, hlm. 752
2) George Gamow, Martynas Ycas, Mr. Tompkins Inside Himself, London: Allen & Unwin, 1968, hlm. 149

Kesimpulan. Evolusi Adalah Sebuah Pembohongan

Masih banyak bukti dan hukum-hukum ilmiah lain yang menggugurkan teori evolusi. Namun, kita hanya membahas beberapa di antaranya. Itu pun seharusnya sudah cukup untuk menyingkap sebuah kebenaran terpenting.

Meskipun ditutup-tutupi dengan kedok ilmu pengetahuan, teori evolusi hanyalah sebuah pembohongan; Pembohongan yang dipertahankan hanya untuk kepentingan falsafah materialistik.

Pembohongan yang tidak berdasarkan kepada ilmu pengetahuan tetapi pencucian otak, propaganda dan penipuan jijik.

BACA INI JUGA: Al-Qur'an Membuktikan Bahawa Teori Umur Bumi Selama Ini Satu Pembohongan

sumber: latansaebiet

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon