Saturday, January 05, 2013

Tahi Burung Rahsia Di Sebalik Kecantikan Geisha

Pernah mencuba facial tahi burung? Mungkin anda berasa pelik setelah mendengarnya. Namun, ramai selebriti telah mencuba rawatan kecantikan yang menggunakan tahi burung, terutama burung Bulbul.


Tahi burung merupakan salah satu trend baru dalam industri kecantikan. Beberapa produk kosmetik kini menggunakan bahan-bahan pelik apabila menghasilkan sesuatu produk kecantikan. Bermula dari bisa ular beracun sehinggalah kotoran haiwan.

Jadi, bagaimana dengan penggunaan masker dari tahi burung bulbul? Berikut adalah fakta menarik tentang masker kotoran burung bulbul;

1. Masker tahi burung bulbul dikenali dengan sebutan facial Geisha kerana ia memang berasal dari Jepun.

2. Masker jenis ini berisi campuran tahi burung bulbul, dedak, dan air.

3. Dedak padi berkesan dalam proses pengelupasan kulit. Ini kerana tahi burung tersebut tidak disapukan terus ke wajah, tetapi dicampur dengan dedak.

4. Burung bulbul yang diternak hanya diberi makan benih organik sehingga tahi mereka agak bersih untuk digunakan pada wajah. Selain itu, tahi yang telah terkumpul disterilkan terlebih dulu dengan UV.

5. Sterilisasi dilakukan untuk menyingkirkan bau dari tahi burung. Kemudian mengubahnya menjadi bubuk yang mudah digunakan sebagai masker.

6. Masker burung bulbul dapat menyembuhkan kerosakan kulit akibat sinaran matahari dan jerawat. Disamping melawan tanda-tanda penuaan, masker ini juga boleh digunakan untuk memperhalus kulit.

Kulit halus dan bersinar memang jadi dambaan setiap insan. Namun, ada cara terbaik untuk mewujudkannya, iaitu dengan bersenam dan memakan makanan sihat. Kemudian lakukan rawatan kulit dengan cara semulajadi.

BACA INI JUGA: Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon