Monday, March 20, 2017

50 Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Terletak di Sabah


Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.

Pokok Tropika

Rekod baharu itu didedahkan pakar ekologi terkenal, Greg Asner dari Carnegie Institute of Science berpusat di sini ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan ‘Nadi’ Borneo Antarabangsa 2016 di Kota Kinabalu.

Sekumpulan penyelidik antarabangsa diketuai David Coomes dari Universiti Cambridge, Britain melaporkan telah menemui pokok Tropika paling tinggi di dunia yang terletak di hutan simpan Lembangan Maliau dekat Tawau.

Pokok raksasa terbaharu itu didapati mencecah ketinggian 94.1 meter dan lebih menarik lagi apabila kumpulan penyelidik berkenaan turut menemui sebanyak 49 batang pokok lain yang mencapai ketinggian hampir sama.

Ketinggian itu juga memecah rekod sebelum ini bagi kategori pokok tropika.

Pokok Tropika di Sabah itu dikesan pengimbas laser yang dipasang pada pesawat dinaiki pengkaji David Coomes dan rakan-rakannya, ketika mereka menjalankan penggambaran 3D bagi pemetaan biodversiti kawasan Maliau Basin.

New Scientist melaporkan seorang pendaki pokok tempatan ditugaskan naik sehingga ke puncak pokok itu dengan membawa pita pengukur.

Pokok Tropika

Beliau kemudian menghantar pesanan ringkas telefon bimbit kepada pasukan Coomes, “Saya tidak sempat mengambil gambar dengan kamera yang bagus kerana seekor burung helang cuba menyerang saya dan banyak lebah berterbangan.”

Secara rasminya, 50 pokok tropika tertinggi di dunia terletak di Sabah

Rekod pokok paling tinggi di dunia bagaimanapun masih lagi dipegang spesies Hyperion, Helios dan Icarus yang masing-masing setinggi 115 meter, 114 meter dan 113 meter di Taman Negara Redwood, utara California, AS,

Asner dalam pada itu menyatakan, saiz pemeluk atau ukur lilit kesemua pokok tropika berkenaan sekitar 40 meter, sekaligus menggambarkan betapa lamanya usia hutan di kawasan tersebut yang tidak pernah diteroka manusia.

Pasukannya menggunakan sebuah pesawat Carnegie Institute of Science Airborne Observatory yang dilengkapi dengan laser canggih untuk menjalankan kerja pengukuran pokok di hutan Sabah.

Ini menyaksikan kesemua 50 batang pokok tropika itu lebih tinggi sedikit daripada patung ikonik mercu tanda terkenal bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS), Statue of Liberty yang berketinggian kira-kira 93 meter.

Pokok Tropika

Pokok Meranti Kuning semakin pupus disebabkan aktiviti pembalakan oleh pengusaha minyak sawit, kata jurnal itu.

Pembalakan merupakan masalah besar di Malaysia, di mana hutan Malaysia menerima kesannya selama 40 tahun.

Sesebuah hutan boleh dipulihkan semula selepas pembalakan dalam tempoh 50 hingga 100 tahun.

BACA INI JUGA: 7 Pokok Tertua Di Dunia Yang Sangat Menakjubkan

Sumber: fmt

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon