Wednesday, December 28, 2016

Mufti Bantah Tun Mahathir 'Fatwa' BR1M Rasuah!

Mufti Bantah Tun Mahathir 'Fatwa' BR1M Rasuah!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mengeluarkan fatwa bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah wang rasuah dan mencadangkannya supaya beramal.

Mufti Perak

Harussani yang dihubungi portal Berita Harian Online sebaliknya mencadangkan bekas perdana menteri itu supaya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.

“Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada,” katanya.

Mufti itu juga dipetik meminta Dr Mahathir agar berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tidak berasas termasuk memburuk-burukkan segala usaha kerajaaan.

"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.

"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Ahad lalu, Dr Mahathir, dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Orang kecewa

Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Tun Mahathir pula mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, jika pemimpin BN, tiada niat mempengaruhi dan merasuah, mengapa pemberian BR1M mesti melalui Umno.

Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai orang kecewa dan putus asa, serta mengingatkannya bahawa tindakan sama dilakukan dalam isu pemberian bantuan wang ehsan khusus kepada rakyat Terengganu.

"Sikap Tun Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Harussani berkata, adalah jelas program BR1M bukan rasuah kerana semua golongan tanpa mengira bangsa dan ideologi politik menikmati bantuan itu.

BACA INI JUGA: 'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

Sumber: MK

Tuesday, December 27, 2016

Kenapa Tun Mahathir Menganggap Pemberian BR1M Rasuah Kepada Rakyat?

Kenapa Tun Mahathir Menganggap Pemberian BR1M Rasuah Kepada Rakyat?

Tersentak dan tergelujat apabila Tun Mahathir tampil dengan serangan terbarunya bahawa pemberian BR1M adalah rasuah dan perbuatan yang salah, beberapa menteri berlumba-lumba tampil mempertahankan BR1M.

Br1M

Selepas BR1M, selain pertandingan tiga penjuru, adalah dua senjata yang masih tinggal buat BN untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Nak harapkan imej dan wibawa Najib, hancur.
Nak bergantung personaliti menteri-menteri, pun hancur.
Nak harapkan 1MDB, juga hancur.
Nak bergantung kepada Felda dan FGV, pun mula hancur.

Tiada apa yang tinggal untuk BN memenangi pilihanraya akan datang, selain mengharapkan perpecahan pembangkang akan berterusan dan berlakunya pertandingan tiga penjuru serta ditambah dengan BR1M yang seolah-olah menggambarkan Najib seorang pemimpin yang pemurah lagi baik hati.

Jika pembangkang mula bersatu hati dan BR1M juga ditolak, makin dekatlah Najib dan BN menemui titik penamatnya di hati rakyat.

***

Untuk menilai dakwaan Tun Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah, mari kita teliti serta amati ulasan Mohamad Ezam Mohd Nor yang pernah bertugas sebagai Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan dan kini selaku Pengerusi Hisbah:-

1. Dakwaan Tun Mahathir unsur rasuah dalam BR1M bukan tanpa asas. Hisbah berpandangan ianya mempunyai asas dan perlu diteliti.

2. Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat Hisbah ianya mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.

3. Semasa di Kementerian Kewangan, saya sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam Islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.

4. Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang desperado dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.

5. Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru-baru ini, Presiden UMNO umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir di berikan melalui UMNO bahagian.

6. Di sini wujud elemen rasuah kerana UMNO berkepentingan sebagai parti yang mahu meraih undi. Memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan menyertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.

7. Kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah mengapa pemberian melalui UMNO? Dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti, bukannya sebahagian daripada jentera kerajaan. Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan. Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli UMNO sahaja. Mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?

8. Inilah satu lagi bukti bagaimana dasar baik disalahguna bila pemimpin sudah terdesak dan mahu terus bergayut pada kuasa dengan apa cara sekalipun, at all cost.

9. Kesimpulannya, dakwaan Tun Mahathir ada unsur rasuah didalam BR1M bukan tidak berasas sama sekali. Dakwaan itu ada asasnya pada hemat Hisbah.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
27 Disember 2016.

***

Dalam pada itu, BR1M juga adalah auta licik untuk melakukan silap mata kepada rakyat.

BR1M menampakkan seolah-olah sikap pemurah dan memberi, tetapi sebenarnya wang rakyat diambil semula melalui GST dalam jumlah yang lebih daripada yang diberi.

Jika seseorang membelanjakan RM70 sehari atau RM2000 sebulan untuk perbelanjaan keluarga, bayaran bil dan lain-lain misalnya, bermakna GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM120 setiap bulan.

Dalam setahun, ia menjadi RM2000 x 12 bulan = RM24,000.

Bermakna GST 6 peratus yang dibayar bagi perbelanjaan RM24,000 setahun ialah RM1,440.00.

Jika perbelanjaan harian meningkat kepada RM100 sehari atau RM3000 sebulan, maka GST yang perlu dibayar ialah RM180 setiap bulan.

Jika setahun, ia menjadi RM3000 x 12 bulan = RM36,000. Daripada jumlah itu, cukai GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM2,160.

Kiranya seseorang itu menerima BR1M sebanyak RM1,200 setahun, tanpa sedar sebenarnya apa yang kerajaan beri itu amat kurang berbanding cukai GST yang penerima BR1M bayar kepada kerajaan.

Lihat, nampak BR1M seperti memberi dan murah hati, namun sebenarnya wang kita diambil kembali dengan jumlah yang lebih daripada itu melalui GST. Licik dan auta kan!!

Tanpa BR1M dan GST, rakyat Malaysia jauh lebih bahagia kehidupan mereka.

BACA INI JUGA: Rakyat Tiada Hak Marah Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik

Sumber: Shahbudin

Sejarah Ringkas Penindasan Terhadap Etnik Rohingya

Sejarah Ringkas Penindasan Terhadap Etnik Rohingya

Kekejaman yang berlaku ke atas etnik minoriti Rohingya telah memaksa kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi pelarian dan meninggalkan negara itu.

Rohingya

Antara negara yang menjadi persinggahan dan tempat berteduh bagi masyarakat Rohingya termasuk Malaysia.

Baru-baru ini portal Wall Street Journal telah mengeluarkan artikel laporan yang mengkaji konflik lama antara Yangon dan umat Islam Rohingya, yang dinafikan kewarganegaraan di negara tersebut.

Berikut adalah sejarah yang singkat rakyat Rohingya:

Abad kelapan: Masyarakat Rohingya ada orang-orang yang berasal dari Asia Selatan dan menetap di kerajaan yang merdeka di Arakan, kini dikenali sebagai negeri Rakhine di zaman moden Myanmar.

Abad kesembilan hingga abad ke-14: Masyarakat Rohingya menerima kedatangan Islam melalui pedagang Arab. Hubungan rapat telah terjalin antara Arakan dan Bengal.

1784: Raja Burma, Raja Bodawpaya menakluki Arakan dan beratus-ratus beribu-ribu pelarian melarikan diri ke Bengal.

1790: Hiram Cox, seorang diplomat British dihantar untuk membantu pelarian, bandar Kazan di Bangladesh dibina dan dibangunkan, di mana banyak Rohingya masih hidup hari ini.

1824-1942: Britain telah menawan Burma; yang kini dikenali sebagai Myanmar dan menjadikan ia sebagai salah satu wilayah British India. Pekerja telah berhijrah ke Burma dari tempat lain di British India untuk projek-projek infrastruktur.

1942: Jepun menyerang Burma, menolak keluar British. Dengan pengunduran pihak British, nasionalis Burma menyerang masyarakat Islam yang disangka mendapat banyak kelebihan daripada penjajahan British.

1945: Britain membebaskan Burma daripada penjajahan Jepun dengan bantuan nasionalis Burma yang diketuai oleh Aung San dan pejuang Rohingya. Rohingya merasa dikhianati kerana British tidak memenuhi janji autonomi bagi Arakan.

1948: Ketegangan meningkat antara kerajaan baharu Burma dan Rohingya, yang kebanyakannya mahu Arakan menyertai majoriti Islam Pakistan. Kerajaan membalas dengan memulaukan masyarakat Rohingya, termasuk menghapuskan ‘kewujudan’ mereka dalam sektor penjawat awam.

1950: Sesetengah individu dalam masyarakat Rohingya menentang kerajaan yang diketuai oleh kumpulan bersenjata dipanggil Mujahid. Namun pemberontakan reda secara beransur-ansur.

1962: General Ne Win dan Parti Sosialis Program Burma merampas kuasa dan menggunakan kekerasan terhadap Rohingya.

1977: Lebih daripada 200,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

1982: Satu undang-undang imigresen baru ditakrifkan semula. Orang-orang yang berhijrah semasa pemerintahan British sebagai pendatang haram. Kerajaan mengenakan perintah undang-undang ini ke atas semua masyarakat Rohingya.

1989: Tentera menukar nama Burma ke Myanmar.

1991: Lebih daripada 250,000 pelarian Rohingya melarikan diri daripada dipaksa menjadi buruh, dirogol di tangan tentera Myanmar.

1992-1997: Sekitar 230,000 Rohingya kembali ke Arakan, kini dikenali sebagai Rakhine, di bawah perjanjian penghantaran pulang yang lain.

2012: Rusuhan antara Rohingya dan Rakhine Buddha membunuh lebih daripada 100 orang, kebanyakannya Rohingya. Berpuluh-puluh ribu orang telah didorong ke Bangladesh. Hampir 150,000 dipaksa ke kem-kem di Rakhine.

2016: Kumpulan militan Harakah al-Yaqin menyerang pondok pengawal sempadan, membunuh sembilan askar. Tentera bertindak balas. Lebih daripada 25,000 orang melarikan diri Rakhine ke Bangladesh. Angka bagi rogol, bunuh dan rumah dibakar meningkat tak terkira. Kerajaan Aung San Suu Kyi menafikan kekejaman.

BACA INI JUGA: Jika Agama Adalah Keganasan, Agama Mana Yang Paling Ganas?

Sumber: SH

Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Ular berkepala pelangi dan cicak kelihatan seperti naga adalah antara 163 spesies baharu yang ditemui sekumpulan saintis di wilayah Greater Mekong, baru-baru ini.

Ular

Pengurus Program Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk Great Mekong, Jimmy Borah berkata, kesemua spesies baharu yang ditemui itu adalah satu peringatan bahawa masih ada harapan meskipun kadar kepupusan semakin meningkat pada tahap membimbangkan.

"Wilayah Greater Mekong terus mengingatkan manusia bahawa masih terdapat banyak kawasan luar biasa belum diterokai yang boleh membawa kepada penemuan baharu setiap tahun dan adalah sangat penting untuk kita melindunginya sebelum ia pupus," katanya.

Penemuan yang diterbitkan dalam satu laporan turut menemui cicak tokek di Laos dengan kulit biru pucat dan spesies pisang jarang ditemui di utara Thailand yang semakin terancam kerana peningkatan aktiviti penebangan hutan.

BACA INI JUGA: 10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

Sumber: SH

Sri Lanka Cipta Rekod Baharu Pokok Krismas Tertinggi Dunia

Sri Lanka Cipta Rekod Baharu Pokok Krismas Tertinggi Dunia

Sri Lanka akhirnya berjaya memecahkan rekod dunia menerusi pokok Krismas yang tertinggi, meskipun ukurannya terpaksa direndahkan sedikit ekoran kelewatan pembinaannya.

Pokok Krismas

Pada asalnya ia dirancang untuk berketinggian mencecah 100 meter, namun akhirnya perlu ‘dipangkas’ lebih rendah sedikit, kata seorang pegawai kerajaan negara pulau Asia Selatan itu, kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Atlet kriket terkenal Sri Lanka, Arjuna Ranatunga, menjadi individu di sebalik usaha pembuatan pohon Hari Natal saiz raksasa tersebut dengan mencatatkan ketinggian 73 meter, iaitu 18 meter lebih tinggi daripada rekod lama.

Walaupun demikian, pembuatan pokok buatan manusia itu dikritik teruk oleh pihak gereja Katolik Sri Lanka yang menyatakan wang dibazirkan untuk projek mega tersebut adalah lebih baik disumbangkan kepada golongan miskin.

“Akibat adanya penolakan keras itu, rancangan pembuatan pohon ini tertunda selama 10 hari,” kata koordinatornya, Mangala Gunasekera. Kos pembinaannya dianggarkan menelan sebanyak 12 juta rupee (kira-kira RM360,000).

Pokok Krismas

Susulan bantahan tersebut menyebabkan pihak penganjur kemudian memutuskan untuk memangkas tinggi pohon Krismas berkenaan agar menjadi lebih 50 meter semata-mata untuk mengatasi rekod dunia dan bukan 100 meter.

Pada pagi 24 Disember, pokok tersebut akhirnya berjaya didirikan di pinggir pantai di ibu kota Sri Lanka, Colombo sekali gus menceriakan sambutan perayaan terbesar penganut Kristian di negara itu menjelang hari keesokannya.

Menurut Mangala, pohon dihiasi 600,000 lampu warna-warni itu adalah lebih tinggi berbanding pokok Natal buatan yang pernah didirikan di bandar raya Guangzhou, China, pada akhir tahun 2015 dengan hanya 55 meter.

Rekod terbaharu itu disahkan pihak Guinness World Records yang berpusat di Amerika Syarikat. Terdapat patung ikonik Santa Claus dengan kereta luncurnya serta sebutir bintang di puncak pokok tersebut setinggi enam meter.

Pokok Krismas

Dalam pada itu, Arjuna yang pernah memimpin skuad kriket Sri Lanka meraih juara dunia 1996, menjelaskan bahawa projek tersebut sebagai simbol kesatuan antara kepelbagaian agama yang lama wujud di negara berkenaan.

Namun Gereja Katolik Sri Lanka menyifatkan projek itu sebagai boros sebelum ‘menerimanya’ susulan Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berbincang langsung dengan Uskup Agung Colombo, Malcolm Ranjith.

Sri Lanka adalah sebuah negara yang majoriti besar penduduknya menganut ajaran Buddha, tetapi daripada 21 juta warganya itu dianggarkan ada sekitar 1.2 juta orang yang beragama Katolik.

BACA INI JUGA: Hyperion, Pokok Paling Tinggi Di Dunia

Sumber: Mynewshub

Sejarah Agung Disebalik Kemusnahan Kota Purba Allepo

Sejarah Agung Disebalik Kemusnahan Kota Purba Allepo

Aleppo kini semakin menjadi bualan penduduk dunia terutama bagi mereka yang mengikuti perkembangan konflik yang berlaku di kota itu.

Allepo

Namun, di sebalik apa yang berlaku, Aleppo, kota kedua terbesar di Syria selepas Damsyik merupakan antara kota tertua dunia yang menyimpan pelbagai sejarah peradaban manusia terutama berkaitan perkembangan tamadun Islam.

Berdasarkan bukti sejarah hasil penemuan di tapak arkeologi di Tell Qaramel yang terletak kira-kira 25 kilometer di utara Aleppo, kota itu dipercayai telah dihuni sejak abad ke-11 Sebelum Masehi (SM), menjadikan ia antara kawasan penempatan tertua di dunia.

Namun, di sebalik keagungan Aleppo yang diiktiraf sebagai ibu kota kebudayaan Islam oleh Islamic Educational Scientific and Cultural Qrganization (ISESCO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada tahun 2006, kota tersebut kini sedang menuju kehancuran selepas ia menjadi medan pertempuran antara tentera rejim pimpinan Presiden Bashar al-Ashad dengan kumpulan penentang yang terdiri daripada rakyat negara itu sendiri sejak empat tahun lalu.

Kemusnahan yang dialami oleh Aleppo ketika ini telah menarik minat Felo Tetap Institut Tahrir bagi Dasar Asia Barat, Hassan Hassan untuk mengimbas kembali kenangannya ketika dia berada di kota bersejarah itu beberapa bulan sebelum berlaku demonstrasi besar-besaran membantah pemerintahan Presiden Bashar al-Ashad pada Mac 2011.

Orang mula mengenali Aleppo sejak lima tahun lalu disebabkan oleh ketegangan dan pertempuran yang berlaku.

Tetapi, jauh lebih penting daripada itu, kota berkenaan sebenarnya sangat kaya dengan pelbagai sejarah silam dan menjadi saksi kepada zaman kegemilangan dan keruntuhannya selain kejayaan dan kesengsaraan yang dialami ketika ini, jelas Hassan yang juga merupakan penulis bersama bagi sebuah buku bertajuk ISIS: Inside the Army of Terror yang muncul sebagai buku bestseller terbitan New York Times.

Menerusi penulisannya yang disiarkan di portal berita The Guardian, Hassan memberitahu, sejarah telah membuktikan Aleppo pernah muncul sebagai pusat pemerintahan utama di rantau berkenaan dan sesiapa sahaja yang berjaya menguasai kota tersebut, mereka pasti akan turut memiliki kota-kota lain di sekitarnya termasuk Damsyik.

Katanya, semasa zaman pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah, Aleppo muncul sebagai pusat dagangan terkemuka mengatasi Damsyik.

Malah, sebuah syarikat perdagangan yang dimiliki bersama oleh Kesultanan Uthmaniyah dan British yang dikenali sebagai Levant Company of London turut menjadikan Aleppo sebagai ibu pejabat mereka sehingga abad ke-18.

Kota terkemuka

Aleppo

Pemandangan Masjid Agung di Aleppo yang telah musnah (kiri) berbanding keindahannya sebelum berlakunya peperangan antara tentera rejim Presiden Bashar dengan kumpulan penentang terdiri daripada rakyat Syria sendiri.

Apa yang diperkatakan oleh Hassan ada benarnya. Jika diselusuri sejarah ringkas Aleppo, kota lama tersebut berada pada kedudukan yang sangat strategik. Atas sebab itulah, ia telah muncul sebagai kota perdagangan terkemuka suatu ketika dahulu.

Faktor itu jugalah yang telah menyaksikan Aleppo pernah ditakluk oleh banyak pihak. Antaranya termasuklah bangsa Hitit pada tahun 2000 SM, Mesir dan Assyiria (abad ke-8 SM), Parsi (abad ke-6 SM), Yunani (332 SM), Rom (64 SM), Arab (635), Tatar (1260), Mongol (1398), Kesultanan Uthmaniyah (1517 M) dan Perancis (1920 M).

Berdasarkan artikel berkaitan Aleppo sebagai kota pertahanan Islam yang pernah disiarkan majalah Milenia Muslim terbitan Julai 2011, penulisnya, Muhammad Nuruddin Bashah menggambarkan bahawa Aleppo pernah muncul sebagai kota ketiga terbesar selepas Konstantinopel dan Kaherah pada zaman pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah.

Aleppo juga pernah muncul sebagai kota terkemuka dalam bidang ekonomi, sejarah, artistik dan kebudayaan Islam di samping memiliki banyak tinggalan kebudayaan Yunani, Kristian, Parsi dan Babylon sejak 15 abad yang lalu.

Malah, warisan seni bina bangunan yang ada di sekitar Aleppo banyak dipengaruhi oleh kesenian kerajaan Umayyah, Abbasiyah, Hamdaniyah, Seljuk, Zankiyah, Ayubiyah, Mamluk hingga Uthmaniyyah.

Allepo

Antara bangunan bersejarah yang menjadi tarikan utama di Aleppo sehingga kini ialah Benteng Aleppo atau dikenali sebagai Citadel yang dibangunkan oleh Sultan Faraj bin Barquq (Sultan Bani Mamluk Mesir) pada tahun 1406 Masehi (M).

Citadel pernah menjadi kubu pertahanan penting bagi tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salehuddin al-Ayubi semasa berlakunya Perang Salib dan merupakan kubu pertahanan tertua dan paling besar yang masih wujud hingga hari ini.

Satu lagi binaan bersejarah yang sudah berusia ribuan tahun di Aleppo ialah Masjid Agung yang dibina oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik (Umayyah).

Ia meniru seni bina Masjid Damaskus. Pada menaranya tertulis tahun 1090 dan nama Sultan Malik Syah (penguasa Seljuk), Kadi bin al-Khashshab, dan Tutusy (penguasa Seljuk pada tahun 1078).

Disebabkan berlaku kerosakan akibat berkali-kali diserang dan dihancurkan, masjid tersebut kemudiannya telah dibaikpulih pada tahun 1158 ketika zaman pemerintahan Nud ad Din.

Aleppo turut terkenal sebagai sebuah pusat melahirkan tokoh penting dalam khazanah keilmuan dan peradaban Islam.

Antara tokoh di Aleppo yang menjadi perhatian dunia hingga kini atas usaha gigihnya mempertahankan tradisi keilmuan Yunani dan keilmuan kebudayaan Islam ialah Al-Farabi.

Tokoh

Allepo+War

Al-Farabi mengembangkan karya-karyanya di Aleppo selepas berhijrah dari Baghdad pada akhir tahun 942 M.

Tokoh kedua yang terkenal di Aleppo ialah al-Khawarizmi. Al-jabar (Algebra) merupakan buku pertama karya Khawarizmi yang membahas penyelesaian persamaan linear dan kuadrat.

Beliau juga mengasaskan sistem pernomboran perpuluhan. Al-Khawarizmi begitu berpengaruh hinggakan perkataan logaritma diambil dari perkataan Algorismi yang merupakan perkataan latin daripada nama beliau.

Bagaimanapun, kesemua itu kini sudah tinggal kenangan kerana hampir kesemua bangunan bersejarah yang dahulunya menjadi berdiri megah dan menjadi lambang peradaban Islam sejak berabad lamanya telah runtuh menyembah bumi.

Kesemuanya gara-gara tindakan kejam tentera rejim pimpinan Bashar yang cuba menghapuskan kumpulan penentang yang terdiri daripada rakyat Syria berfahaman Sunni tanpa sebarang belas kasihan.

Lebih memburukkan keadaan apabila Bashar melakukan serangan besar-besaran terhadap kawasan yang dikuasai kumpulan penentang terutama di timur Aleppo selepas mendapat bantuan ketenteraan daripada sekutunya iaitu Russia dan Iran.

BACA INI JUGA: Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

Sumber: Kosmo

Sunday, December 25, 2016

7 Smartphone Terbaik 2016

7 Smartphone Terbaik 2016

Dalam memilih ‘Best Smartphone Of The Year‘, tidak sah rasanya jika kita tidak mendapat jawapan daripada ‘The Best Tech Reviewer‘ iaitu MKBHD sendiri.

MKBHD telah memilih beberapa senarai smartphone terbaik di dunia 2016 melalui videonya, 'Smartphone Awards 2016'.

Artikel ini telah diolah semula serta bakal memberi penerangan buat anda yang mahu mendapatkan smartphone terbaik 2016. Tanpa membuang masa, Let’s get started!

LG V20 (Telefon dengan skrin besar)

LG V20

Setiap tahun, kategori ini tidak lain dan tidak bukan bakal dianugerahkan kepada siri Samsung Galaxy Note. Malangnya, berikutan insiden dan kontroversi yang berlaku, MKBHD memilih LG V20 sebagai pemenang.

Secara amnya, LG V20 bukanlah sebuah phablet yang lengkap berikutan ketiadaan stylus. Walaubagaimanapun, kehadiran secondary display pasti membuatkan peminat telefon besar berpuas hati.

Secondary display membolehkan anda mengakses contact atau aplikasi yang kerap digunakan dengan mudah. Oh ya, skrin LG V20 juga merupakan antara telefon dengan pengguna dual-lens membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih wide.

Jika anda penggemar telefon besar dan mahukan kamera yang mantap dan wide, mendapatkan LG V20 merupakan pilihan yang tepat.

iPhone SE (Telefon kompak terbaik)

iPhone SE

Secara amnya, kategori ini dikhaskan buat telefon dengan saiz skrin yang sedikit kecil berbanding telefon-telefon flagship yang lain.

Kekurangan telefon pada kategori ini membuatkan mereka yang mempunyai saiz tangan yang kecil sukar membuat pilihan.

iPhone SE dipilih sebagai 'best compact phone of the year' bukan hanya menawarkan skrin yang terang dan jelas, malah kameranya juga sangat baik bebanding telefon-telefon kompak yang lain.

Pengguna A9 processor memastikan aktiviti melibatkan pembukaan apps berjalan dengan lebih lancar dan teratur.

Dalam erti kata lain, tiada lagi masalah lagging berlaku!

Kami pasti telefon ini merupakan telefon yang terbaik buat para wanita berikutan kualiti kamera yang ditampilkan dan sangat sesuai untuk mereka yang suka selfie.

Google Pixel (Kamera terbaik)

Google Pixel

Menurut MKBHD, ini merupakan kategori yang paling susah memilih pemenang, berikutan kamera smartphone semakin baik dan jurang perbezaan diantara beberapa telefon flagship juga tidak jauh bezanya.

MKBHD memilih Google Pixel dan Google Pixel XL sebagai ‘best smartphone camera of the year‘ dan iPhone 7 Plus ditempat kedua.

Kemampuan iPhone untuk merakam tidak dinafikan, sememangnya awesome ditambah pula dengan penyediaan OIS, membuatkan rakaman video yang dihasilkan iPhone 7 Plus sebagai video terbaik pernah dihasilkan buat smartphone.

Jika anda seorang yang mementingkan kualiti gambar, pencahayaan pada waktu malam dan efek bokeh mendapatkan Google Pixel dan iPhone 7 Plus pastinya merupakan pilihan yang terbaik.

Hanya, perbezaan OS yang memisahkan diantara kedua-dua telefon ini.

Oneplus 3 (Telefon paling sempurna dengan harga berbaloi)

Oneplus 3

Menyebut tentang telefon paling sempurna dengan harga paling berbaloi, pastinya aspek bateri, kamera, ketahanan dan bateri menjadi kriteria.

Tahniah buah OnePlus! Oneplus 3 berjaya dihasilkan dengan rekaan build quality yang menarik dengan pengguna metal di bahagian belakang.

Kamera 16 megapixel daripada OnePlus 3 juga tidak mengecewakan ditambah pula dengan setting yang tersedia.

Hadir dengan harga budget bukannya alasan untuk OnePlus 3 tersenarai sebagai Top 5 Best Android Smartphone ketika ini.

Satu perkara yang paling awesome mengenai OnePlus 3 adalah pengecasan pantas atau teknologi ‘dash charge’ yang ditampilkan.

Bayangkan, anda cuma memerlukan kurang dari satu jam untuk mendapatkan satu pengecasan penuh, selamat tinggal buat tabiat mengecas telefon sebelum tidur.

Bayangkan dengan harga hampir separuh daripada iPhone 7 anda bakal menerima sebuah telefon dengan Android 6.0.1, RAM 6GB, internal storage 64 GB serta dikuasakan oleh processor Snapdragon 820.

Memang power beb!

Xiaomi Mi Mix (Rekabentuk paling menarik)

Xiaomi Mi Mix

Bak kata MKBHD, anugerah ini diberikan kepada pengeluar telefon yang paling inovatif mengeluarkan telefon dengan elemen futuristik.

Seperti tiada pesaing, Xiaomi Mi Mix dipilih sebagai smartphone dengan rekaan paling menarik.

3 sebab utama Xiaomi Mi Mix dipilih sebagai pemenang anugerah ini, pertama sekali adalah rekaan bahagian depan yang sangat rare, skrin Xiaomi Mi Mix yang meliputi 91.6% bahagian depan membuatkan telefon ini seolah-olah kelihatan seperti tiada bezel.

Kedua, Xiaomi mengambil langkah yang agak mengejutkan dengan meletakkan front camera di bahagian bawah telefon mereka.

Dan yang ketiga, paparan skrin Xiaomi Mi Mix memang sangat vibrant dan terang, pengguna berpeluang melihat smartphone dengan saiz skrin 6.4-inci dengan sangat jelas.

Buat anda yang mahukan telefon yang futuristik, rare serta tidak mengabaikan spesifikasi yang hi-spec, Xiaomi Mi Mix merupakan telefon untuk anda.

Smartphone of the year

Smartphone of the year

Situasi yang sama berulang buat reviewer MKBHD dalam memilih ‘best smarphone of the year’ dan beliau memilih Google Pixel XL sebagai ‘Best Android Smartphone’ dan iPhone 7 Plus sebagai ‘Best iOS Smartphone’.

Sebabnya, masing-masing menawarkan yang terbaik pada sistem operasi mereka dengan segala apa yang pengguna mahukan disediakan di dalam sebuah smartphone. Kamera terbaik, ketahanan bateri, paparan yang menarik serta rekabentuk yang moden dan cool.

Tidak dinafikan, harganya mungkin agak mahal berbanding model-model smartphone yang lain namun jika anda seorang android enthusiast atau peminat iPhone, mendapatkan smartphone ini untuk kegunaan jangka masa panjang merupakan pilihan yang berbaloi.

Kesimpulan

Buat anda yang mahukan smartphone dengan tanda harga yang sedikit rendah namun masih mengekalkan spesifikasi yang sama, mendapatkan OnePlus 3 merupakan pilihan terbaik.

BACA INI JUGA: Huawei P9, LG G5, iPhone 6s, Galaxy S7 Smartphone Dengan Kamera Terbaik 2016!

Sumber: Thevocket

'Sleep Paralysis', Misteri Ditindih Makhluk Menyeramkan Ketika Tidur

'Sleep Paralysis', Misteri Ditindih Makhluk Menyeramkan Ketika Tidur

Satu bayangan hitam umpama syaitan tidak bermuka terapung berhadapan diri anda yang sedang tidur. Bayangan tersebut mengeluarkan bunyi nyaring menyeramkan yang menikam telinga.

Sleep paralysis

Tangan-tangan hantu mencekik leher seolah-olah mahu membunuh. Ketika semua ini terjadi, anda sedar tetapi langsung tidak boleh bergerak, mengeluarkan suara.

Kisah di atas bagaikan diolah semula dari sebuah filem ngeri dengan tujuan untuk menakutkan pembaca, namun ia berlaku sendiri kepada penulis yang ketika itu berusia belasan tahun.

Kini, selepas membaca berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus kisah hampir serupa dari individu lain di serata dunia dan beberapa siri penyelidikan sendiri, barulah penulis tahu pengalaman 'kena tindih' yang dipanggil masyarakat tempatan tersebut mempunyai terma saintifiknya sendiri.

Keadaan tersebut dikenali sebagai 'sleep paralysis' yang berlaku sebelum individu memasuki fasa mimpi atau REM (rapid eye movement).

Ketika fasa tidur REM, badan kita bertindak menutup segala fungsi pergerakan dan beberapa deria untuk memastikan kita 'gagal' mengawal dan 'bertindak sesuka hati' dalam mimpi.

Tetapi ketika 'sleep paralysis', hanya minda kita tidak memasuki fasa tidur REM dan telah mencipta bayangan, bunyi dan halusinasi pelik atau ngeri.

Laporan individu di seluruh dunia mengatakan mereka seperti dicekik, ditekan di bahagian leher atau dada dengan jari, berhadapan bayangan tidak bermuka atau bermuka ngeri, bayangan duduk di atas badan atau kaki mereka, mengeluarkan bunyi nyaring yang mengerikan, selain mengeluarkan bisikan-bisikan menyeramkan seperti 'Aku akan bunuh engkau'.

Penulis sendiri pernah 'ditindih' (untuk sekalian kalinya) dan berhadapan hanya seinci dengan salah sebuah lembaga berkulit terbakar bersama lahar api mengalir seperti nanah membisikkan 'aku akan bunuh engkau' ke telinga penulis.

Bagi penulis, satu-satunya cara untuk menyedarkan badan dari kaku adalah menjerit sekuat hati.

Secara automatiknya bayangan ngeri atau hantu hilang dan fungsi badan kembali seperti sedia kala, diiringi nafas yang berat dan dalam serta berpeluh-peluh.

Tindakan yang dilakukan penulis tersebut rupanya sama dengan beratus-ratus lagi individu yang mengalami fenomena 'sleep paralysis' iaitu menjerit untuk bangun.

Selain daripada bayangan dan bunyi, pengadu 'sleep paralysis' juga mengatakan mereka 'menyedari' kehadiran entiti yang mempunyai niat jahat di dalam bilik tidur mereka ketika kejadian.

Dirasuk syaitan

Nicholas Bruno merupakan salah seorang individu yang sering 'ditindih' ketika tidur. Beliau mula melalui pengalaman menakutkan tersebut ketika berusia 15 tahun.

Ketika mula-mula mengalami 'sleep paralysis', Nicholas menyangka dirinya bagaikan 'dirasuk syaitan'.

Nicholas mula merekodkan semua pengalaman 'ditindih' dalam sebuah jurnal. Salah seorang uguru di sekolahnya pula mencadangkan Nicholas supaya merealisasikan pengalaman 'sleep paralysis' dalam bentuk seni.

Kini, Nicholas melakukan beberapa siri fotografi yang merakamkan perasaanya ketika 'sleep paralysis'.

Foto yang diambil Nicholas selalunya bermotifkan 'tidak masuk akal' dan lain dari yang lain, sama seperti apa yang dialami oleh pengadu 'sleep paralysis' di seluruh dunia.

Antara foto Nicholas menunjukkan bayangan atau lembaga yang matanya ditutupi dengan kain yang terperangkap dalam sebuah paya dan lembaga berselubung yang bersedia untuk menyerang dan mengejar mangsanya.

Menurut laporan CNN, walaupun tema foto Nicholas adalah 'dark' (gelap), tapi hobi barunya itu berjaya menyelamatkan Nicholas dari terus diselubungi ketakutan ketika mahu tidur.

"Saya rasa susah untuk berbual dengan orang lain tentang perkara ini (sleep paralysis) sebelum saya mulakan fotografi. Orang ingat saya gila," kata Nicholas dipetik laporan CNN.

Kata Nicholas, selepas foto-fotonya dimuat naik ke laman foto Instagram, ramai individu tampil dan mengaku diganggu fenomena 'sleep paralysis' dan berkongsi pengalaman mereka.

Antara foto-foto yang dimuatnaik oleh Nicholas yang mengambarkan pengalaman dan perasaan ketika 'sleep paralysis'

"Mereka yang tidak pernah mengalami 'sleep paralysis' akan kata mereka berminat untuk mengalaminya, tetapi percayalah, anda tidak akan mahu mengalaminya," jelas Nicholas.

BACA INI JUGA: Misteri Deria Keenam, Sixth Sense!

Sumber: SH

Sambutan Maulid Nabi 'Dicipta' Oleh Syiah Fathimiyah

Sambutan Maulid Nabi 'Dicipta' Oleh Syiah Fathimiyah

Tidak ada ulama salaf yang merayakan maulid Nabi manakala perayaan maulid Nabi hanya muncul pada abad ke-4 hijriyah di Mesir yang dimulakan oleh kerajaan Syiah Fathimiyah Mesir secara besar-besaran.

Mencintai Nabi

Selama empat ratus tahun sejak hijrahnya Nabi SAW, kaum Muslimin tidak mengenal perayaan maulid Nabi. Jadi maulid Nabi adalah suatu hal yang baru dalam agama, kerana tidak ada satu pun generasi awal umat Islam mengerjakannya.

Ada yang mengatakan tidak mengapa kita meniru hal itu kerana ia dilihat baik, namun baik-buruk dalam urusan agama ini tidaklah diukur dengan sangkaan dan rasa-rasa.

Ini kerana sekiranya hal itu benar-benar adalah kebaikan, ketahuilah dengan pasti bahawa generasi awal Islam dari kalangan para Sahabat Nabi SAW adalah orang pertama yang akan melakukannya.

Malah para ulama berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran Nabi SAW, namun apa yang sahih adalah rabiul awwal juga merupakan tarikh kewafatan Baginda.

Jadi, umat Islam harus ingat bahawa ada kebarangkalian orang yang bergembira merayakan tarikh itu sebenarnya sedang bersenang-senang dengan kewafatan Nabi.

Boleh jadi dia bergembira dengan lahirnya nabi dan boleh jadi dia bergembira dengan wafatnya Nabi kerana Nabi SAW wafat pada tarikh itu.

Hal ini tidak mustahil kerana perayaan ini sendiri dimulakan oleh orang-orang Syiah, di samping mereka turut merayakan hari kelahiran ahlul bait.

Adapun beberapa ulama terkemudian yang berpendapat bolehnya sambutan maulid, mereka sekadar membolehkan dalam bentuk mengingati dan tetap melarang segala acara bid’ah dan maksiat yang dilakukan di dalamnya seperti acara nyanyian, majlis yang bercampur lelaki dan perempuan, puji-pujian berlebihan ke atas Nabi dan sebagainya. Ini adalah hal yang diingkari.

Agama menyuruh kita mentaati Al-Qur'an dan Sunnah dan Nabi memerintahkan kita menjauhi setiap perkara baru dalam agama.

Jalan selamat adalah meninggalkan apa yang tidak dilakukan oleh generasi awal umat Islam dari kalangan Sahabat dan para Tabi’in.

Sabda Nabi SAW, “Jauhilah perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana perkara baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Sahih, Abu Daud)

Ketahuilah bahawa orang yang jujur mencintai Nabi adalah orang yang berbangga dengan akidah dan syariat yang dibawa oleh Nabi.

Sama sekali tidak ada keinginan dalam hatinya untuk meniru-niru selain amalan yang diajar oleh kekasihnya.

Mereka menolong agama yang dibawa Nabi, berusaha mempelajari Sunnah Nabi dan mengajarkan kepada keluarga dan orang lain.

Orang yang mencintai Nabi mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dari yang sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya.

Mereka tidak memandang remeh pada satu sunnah pun. Mereka meneladani akhlak terpuji Baginda.

Mereka tidak bersikap ghuluw (berlebihan) terhadap Baginda, tidak mengangkatnya lebih tinggi dari kedudukan yang sepatutnya, iaitu sebagai hamba dan utusan Allah.

Nota Editor: Kisah ini pada asalnya telah dikongsikan di blog Ustazfathulbari. Semoga ia membantu kita untuk lebih memahami ilmu Islam dengan lebih baik.

BACA INI JUGA: Apa Hukum Ucapan 'Salam' Atau 'As-salam' Dilaman Sosial?

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, December 24, 2016

Pengguna Facebook Kini Boleh Menambah Dan Mengubah Warna 'Background' Status

Pengguna Facebook Kini Boleh Menambah Dan Mengubah Warna 'Background' Status

Kini, laman sosial Facebook yang memiliki hampir 2 bilion pengguna aktif melangkah setapak lagi apabila memperkenalkan kemaskini terbaharu yang membolehkan pengguna memuat naik status dengan latar belakang berwarna.

Facebook

Dan sememangnya kemaskini status di Facebook merupakan salah satu komponen utama memudahkan pengguna memuat naik status, kongsi gambar atau video, pautan sesawang dan pelbagai lagi ciri menarik.

Sebanyak 10 warna boleh digunakan berbanding penggunaan satu warna sahaja sebelum ini.

Malah, saiz perkataan juga diperbesarkan agar status yang dimuat naik tampak lebih menarik.

Bagi mendapatkan penawaran terbaru ini, pengguna hanya perlu kemas kini aplikasi di Google Play dan buat masa ini, hanya pengguna peranti pintar Android sahaja ditawarkan.

Cara Mengubah Background Status Facebook Berwarna-warni

1. Sila update aplikasi Facebook Android ke versi terbaru melalui Play Store jika anda masih menggunakan versi lama.

2. Install aplikasi kemudian klik teks update status seperti biasa (pada kolum yang tersedia).

3. Jika aplikasi Facebook anda adalah yang terkini, buka aplikasi Facebook di smartphone dan lihat kotak status yang bertulis “What’s on your mind?”

4. Tekan tulisan “What’s on your mind?” atau kotak kosong dan secara automatik akan muncul pilihan warna untuk backgroud status yang akan dibuat.

5. Sebanyak 10 pilihan warna boleh dipilih berbanding penggunaan satu warna sahaja sebelum ini.

6. Hasilnya, anda akan melihat status dengan huruf yang tebal dan warna background yang menarik.

Update status Facebook dengan background berwarna hanya boleh dilakukan melalui aplikasi smartphone Facebook untuk Android (iOS, web dan platform lain akan dikemaskini kemudian).

Namun, hasil perubahan update status background tersebut tetap boleh dilihat oleh semua pengguna Facebook di semua platform (kecuali Facebook Lite).

Selain itu, anda juga boleh mengubah warna background status Facebook mengikut mood yang diinginkan (kuning ketika ceria atau kelabu ketika moody misalnya).

Yang pasti, status background Facebook berwarna yang kita tampilkan akan kelihatan lebih menarik dan mengesankan bagi siapa pun yang membacanya.

Jadi, kepada pengguna yang gemar memuat naik status berunsurkan ‘kata-kata mutiara’, kemaskini terbaharu ini pasti membuatkan status anda lebih superb dan lebih inspirasi daripada status biasa.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA: Whatsapp Kongsi Data Peribadi Bersama Facebook Dan Ini Cara 'Menghalangnya'

-SENTIASAPANAS.COM


Coklat Daim Dan Toblerone Disahkan Tiada Logo Halal Jakim

Coklat Daim Dan Toblerone Disahkan Tiada Logo Halal Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan coklat Daim dan Toblerone bukan pemegang status logo dan sijil halal.

Coklat

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal dalam satu kenyataan terbaharu berkata, coklat tersebut bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

“Jadi, sebagai pengguna perlulah bijak membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh layari www.halal.gov.my,” katanya.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

Coklat Jenama Kit Kat Mengandungi Alkohol

17 Disember lalu, Jakim memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran, namun bukan di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.

Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah,” katanya lagi.

Kemaskini (27/12/2016)

Mondelēz tegaskan Toblerone, Daim selamat dimakan

Syarikat Mondelēz International yang mengeluarkan produk coklat Toblerone dan Daim menegaskan bahawa produk keluaran mereka sesuai dan selamat dimakan oleh orang Islam.

Dalam satu kenyataan rasmi syarikat itu mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah mengeluarkan penjelasan mengenai isu terbabit.

“Pihak Jakim telah menjelaskan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil halal tidak boleh dianggap halal atau haram.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan dan mengeluarkan coklat Toblerone dan Daim adalah sesuai untuk dimakan orang Islam,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Jakim telah memperjelaskan status halal coklat Daim dan Toblerone di mana Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal dalam satu kenyataan berkata, coklat tersebut bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Menurutnya lagi, pihak mereka juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan dalam memastikan produk tersebut memenuhi keperluan pengguna.

“Sekali lagi kami ingin tegaskan bahawa walaupun kedua-dua coklat itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, produk kami tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

“Semua maklumat mengenai bahan-bahan coklat tersebut ada tertera dan pengguna dinasihatkan agar merujuk pada pek bungkusan,” katanya lagi.

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Mengenali Logo Halal Yang Sah!

Sumber: SH