Thursday, July 14, 2016

Huawei P9, LG G5, iPhone 6s, Galaxy S7 Smartphone Dengan Kamera Terbaik 2016!


Kamera telefon pintar yang ada dipasaran hari ini sememangnya sudah cukup hebat sebagai kamera digital, tetapi kamera telefon pintar terbaru dari Huawei, LG, dan Asus dikatakan sebagai Best of The Best untuk tahun 2016.

Malah menurut pengkritik, kualiti imej yang dihasilkan oleh telefon pintar Huawei P9, LG G5, iPhone 6s dan Galaxy S7 membuatkan banyak digital kamera kelihatan usang.

1. Huawei P9

Huawei P9

Ini mungkin pertama kali Huawei telah bekerjasama dengan jenama kamera terkenal, Leica bagi menghasilkan lensa optik untuk peranti ini.

Ditambah pula dengan fungsi Dual 12 Megapixel kamera utama yang sangat membantu menghasilkan gambar fotografi yang lebih berkualiti, pencahayaan yang lebih baik dengan menangkap lebih banyak cahaya dengan menggunakan dua sensor kamera.

Untuk peranti ini, Huawei juga membawakan teknologi EMAGEsmart 5.0 yang berfungsi menentukan setiap kualiti gambar yang diambil.

Kedua-dua smartphone ini juga hadir dengan beberapa fungsi professional yang membenarkan penggunan menetapkan sendiri aturan fotografi dengan pelbagai kesan khas yang boleh digunakan.

Sokongan format RAW juga turut terdapat untuk kedua-dua peranti ini bagi memudahkan suntingan akhir menggunakan Adobe Photoshop dan sebagainya.

Di bahagian dalam, peranti ini membawakan pemproses buatan Huawei sendiri iaitu HiSilicon Kirin 955 dengan keupayaan 8-teras CPU.

Untuk ruangan memori pula model P9 dilengkapi dengan dua pilihan 32GB dan juga 64 GB.

Kelebihan Dan Kekurangan Huawei P9

Sebagai sebuah peranti perdana dengan spesifikasi yang mantap sudah tentunya peranti ini membawakan banyak kelebihan terutamanya dari segi fotografi, reka bentuk dan juga prestasinya.

Antara kelebihan Huawei P9 adalah seperti dibawah.
  • Fungsi fotografi yang terbaik dengan Dual 12 Megapixel kamera, Lensa dari Leica, PDAF dan Dual LED Flash.
  • Paparan yang besar dengan resolusi HD Penuh dan perlindungan Corning Gorilla Glass 4.
  • Rekaan Premium dengan kerangka logam serta warna pilihan yang pelbagai.
  • Ruang memori dan RAM yang besar dan sokongan slot microSD.
  • Sokongan USB Type-C 1.0 yang lebih pantas dan boleh berbalik arah.

Beberapa faktor lain seperti kapasiti bateri yang agak kecil dan tidak boleh ditukar. Namun ianya bukanlah satu masalah yang besar bagi peranti ini.

Untuk pasaran tempatan, harga Huawei P9 di Malaysia dijual sekitar RM1,898 sehingga RM1,988.

2. LG G5

LG G5

Untuk model baru ini, LG cuba membawakan pakej lengkap yang sebelum ini mungkin kekurangan pada model-model perdana.

Contohnya seperti memuatkan slot microSD dan juga bateri yang boleh ditukar namun masih mengekalkan rekaan unibody yang berasaskan logam.

Masih lagi mengenai rekaan LG G5 dimana ia merupakan model dengan rekaan modular. Slot di bahagian bawahnya boleh ditukar sama ada untuk menukar bateri, slot khas untuk kamera atau slot untuk audio bagi meningkatkan kualiti muzik yang telah ditune oleh Bang & Olufsen.

Selain itu, LG G5 turut didatangkan dengan empat pilihan warna termasuk Silver, Titan, Gold dan Pink.

Spesifikasi LG G5

Lihat pada Spesifikasi LG G5, kita tidak perlu ragu lagi dengan kebolehannya. Ia membawakan paparan sebesar 5.3 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Dan sudah tentunya ia dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 4.

Namun untuk model ini tiada skrin kedua sepertimana yang dikhabarkan sebelum ini seperti yang terdapat pada LG V10. Sebaliknya, LG mengimplikasikan fungsi Always On pada LG G5.

Didalamnya, LG G5 antara yang terawal menggunakan cipset Snapdragon 820 yang dikatakan memiliki prestasi 30 hingga 35 peratus lebih baik berbanding Snapdragon 810.

Untuk persembahan grafik pula, sudah tentunya dikuasai oleh Adreno 530 dengan kebolehan sehingga 40% lebih pantas dari cip Adreno 430.

Apatah lagi penggunaan 4GB RAM memberikan ruang sepenuhnya kepada fungsi multitasking yang lebih baik pada model ini.

Selain itu, terdapat juga 32 GB memori terbina dan sokongan slot tambahan sehingga 200 GB.

Untuk kamera, LG pertama kali memperkenalkan dual-kamera pada bahagian belakang untuk model perdananya.

Untuk kamera kali ini, LG menekankan fungsi photo dengan sudut lebar yang membolehkan gambar diambil untuk kumpulan yang lebih besar.

Kedua-dua kamera tersebut dengan sensor 16 Megapixel dan 8 Megapixel manakala di bahagian hadapan hadir dengan kamera 8 Megapixel untuk selfie.

Fungsi lain seperti OIS, Laser Autofocus, rakaman 4K turut hadir pada peranti ini.

  • Platform: Android 6.0 (Marshmallow)
  • Pemproses: Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820
  • Paparan: 5.3 Inci, 1440 x 2560 pixels
  • Memori: 4 GB RAM, 32 GB Internal, microSD
  • Rangkaian: 4G LTE (Nano SIM)
  • Bateri: Li-Ion 2800 mAh

Ciri-Ciri
  • Warna Silver, Titan, Gold, Pink
  • USB-Type C, Bluetooth, Wi-Fi, NFC, Infrared
  • Tiada Radio
  • Pengimbas Cap Jari

LG turut memperkenalkan beberapa aksesori khas yang boleh digunakan bersama LG G5 termasuk LG 360 Camera dengan kebolehan mengambil gambar 360%, Slot Kamera, Slot Audio, Virtual Reality (VR) dan LG rolling Bot yang merupakan sebuah robot kecil untuk memantau rumah anda.

Untuk pasaran tempatan, harga LG G5 di Malaysia dijual bermula dari RM1,999.

3. iPhone 6s

iPhone 6s

Apple iPhone 6S membawakan pembaharuan bukan sahaja pada prestasinya malah turut membawa kemaskini besar pada sistem kameranya dengan sensor 12 Megapixel yang baru dan berkebolehan membuat rakaman video dalam resolusi 4K.

Pada masa yang sama, Apple turut memperkenalkan platform terbaru iOS 9 yang tersedia dipasang pada pada peranti baru ini.

Untuk spesifikasi penuh serta perbandingan spesifikasi antara model terdahulu boleh merujuk di jadual bawah.

iPhone 6S [2]

Untuk Apple iPhone 6S pula tidak jauh bezanya dengan versi Plus. Bezanya ialah versi Plus hadir dengan 5.5 inci skrin manakala Apple iPhone 6S pula dilengkapi dengan skrin sebesar 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels. Lain-lain spesifikasi adalah sama.

12 Megapixel Kamera Dengan Penstabilan Imej OIS

Sejak sekian lama Apple menggunakan kamera 8 Megapixel pada iPhone, Akhirnya buat pertama kali mereka mengunakan 12 Megapixel pada perantinya. Bukan itu sahaja, Apple turut menggunakan sensor yang lebih besar dengan phase-detection auto-focus untuk kadar fokus yang lebih cepat.

Perkara yang lebih utama pada kameranya ialah ia menyokong rakaman video 4K serta berkebolehan menyuntingnya menggunakan aplikasi iMovie pada iPhone.

Bukan sahaja pada kamera utama, Apple turut menaiktaraf kamera hadapan kepada 5 Megapixel untuk kualiti gambar selfie yang lebih baik.

Selain itu, Apple turut memperkenalkan fungsi baru pada kameranya yang dinamakan Live Photo dimana ia berkebolehan mengambil gambar bergerak seolah-olah gambar GIF.

Sentuhan Skrin Lebih Menarik Dengan 3D Touch

Sebelum ini Apple telah memperkenalkan teknologi Force Touce yang digunapakai pada jam pintar Apple Watch. Untuk iPhone 6S pula ia telah ditingkatkan dan dipanggil 3D Touch.

Ia mengubah cara anda menggunakan skrin sentuh pada iPhone dimana kadar sentuhan dengan yang berbeza digunakan untuk mencapai sesuatu menu atau fungsi.

Untuk pasaran tempatan, harga iPhone 6s di Malaysia dijual bermula dari harga RM2,300.

4. Samsung Galaxy S7

Samsung Galaxy S7

Untuk fungsi fotografi, Samsung Galaxy S7 membawakan sesuatu yang baru dengan teknologi Dual-Pixel yang menekankan fungsi fokus yang lebih tepat, pantas dan lebih baik.

Peranti dengan kamera 12 Megapixel, F1.7, ini juga turut membawakan fungsi Penstabilan Imej OIS, Phase Detection Autofocus serta berkebolehan membuat rakaman video 4K.

Di bahagian hadapannya, peranti ini turut menyediakan kamera 5 Megapixel dengan Aperture F1.7.

Antara kelebihan yang terdapat pada Samsung Galaxy S7 termasuk ciri-ciri kalis air, Pengimbas Cap Jari, Pengimbas Nadi, Sokongan Samsung Pay, Pengecasan Pantas, Pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi.

Selebihnya boleh dilihat di jadual di bawah.

Samsung Galaxy S7 [2]

Untuk pasaran tempatan, harga Samsung Galaxy S7 di Malaysia dijual bermula dari harga RM2,699.

BACA INI JUGA: Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?

Sumber: Forbes/Mesramobile

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon