Monday, May 30, 2016

Apa Kelebihan Samsung Galaxy A5 Versi 2016?


Telefon pintar Samsung Galaxy A5 versi 2016 ini tampil lebih berkualiti dan bergaya. Peranti seberat 135g ini memiliki reka bentuk tepi 2.5D yang bulat selain mengadunkan kaca dan kerangka logam. Selesa dipegang dan bingkai logamnya lebih tahan calar.

Samsung-Galaxy-A5-(2016)

Setiap butang disisinya juga mudah dicapai dan digunakan sebelah tangan.

Versi lebih baik ini menawarkan pilihan emas, putih dan hitam, unit yang dipinjamkan kepada penguji.

Bahagian hadapan dan belakangnya terasa mantap dengan perlindungan Gorilla Glass 4. Sskrin bersaiz 5.2 inci jenis Super AMOLED beresolusi Full HD (1920x1080 piksel, 424ppi).

Selain bagus untuk memaparkan permainan dan aplikasi, teks senang dibaca, Samsung Galaxy A5 versi 2016 dikatakan lebih baik berbanding versi 2015.

Spesifikasi

  • Dilengkapi pemproses lapan teras Exynos 7580 1.6Gz.
  • Memori (RAM) 2GB.
  • Storan dalaman 16GB.
  • Slot kad SD-mikro (Sehingga 128GB).
  • Berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.
  • Kamera belakang agak tertonjol menggunakan penderia (sensor) 13 MP, format 4:9 dan aperture f/1.9.
  • Kamera hadapan dilengkapi penderia 5 MP, aperture f/1.9.
  • Penstabil imej optikal untuk mencegah imej daripada kabur.
  • Bateri 2,900 mAh.
  • Dual Sim.


Touchwiz sebagai antaramukanya yang ada beberapa kelebihan dan mudah digunakan.

Apps yang siap dipasang juga tidak banyak. Meskipun pengurangan apps, pengguna boleh menambah apps lain yang diperlukan.

Hayat Bateri Memuaskan

Baterinya hanya mengambil masa kira-kira satu jam untuk dicas penuh dengan bantuan pengecasan pantas.

Kuasanya pula agak tahan lama meskipun dengan penggunaan yang intensif.

Contohnya, penguji melayari laman web, mengaktifkan beberapa apps, menonton video lebih sejam dan memainkan beberapa permainan.

Melalui mod penjimatan tenaga bersepadu, penguji boleh menentukan apps apa yang beroperasi dalam mod bersedia.

Bergantung kepada penggunaan, baterinya mampu bertahan sehingga dua hari.

Pakej Seimbang

Kelebihan dan kelemahan telefon pintar ini agak seimbang. Semasa diuji dengan melayari web dan membuka beberapa apps, telefon pintar ini tidak menunjukkan sebarang kelembapan prestasi atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu penggunaannya.

Permainan dengan grafik yang terperinci juga berfungsi dengan lancar.

Kelebihan lain termasuk paparan yang menarik, warna yang tajam dan kontras tinggi.

Pasti ramai yang ingin memilikinya kerana ianya berbaloi!

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Terbaik Di Bawah Harga RM300

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon