Thursday, October 06, 2016

Apa Hukum Ucapan 'Salam' Atau 'As-salam' Dilaman Sosial?


Kebiasaannya, apabila menggunakan medium sosial seperti Whatsapp, Wechat, Line dan sebagainya, pasti kita malas untuk menulis ayat panjang lebar kan.

Salam

Sama juga dengan memberi salam, kita selalunya hanya menulis 'salam' atau 'assalam' berbanding menulis 'Assalaamualaikum'.

Persoalannya, bolehkah begitu atau diterimakah ia sebagai salam?

Walaupun hal ini nampak seperti perkara kecil tetapi isunya sangat besar sehingga ia menjadi perbahasan di media-media sosial.

Malah, dikalangan ulama juga ada membahaskan tentang perkara ini.

Bolehkah meringkaskan ucapan salam?

Kita boleh menulis ringkas seperti 'salam' sebagai kunci ucapan salam bagi memudahkan cara menulis dalam media sosial, tetapi janganlah pula disamakan 'salam' itu dengan 'Assalaamualaikum'.

Kalau nakkan ganjaran pahala, sebaiknya kita niat atau ucapkan di dalam hati 'Assalaamualaikum' dan orang yang menerimanya pula boleh membalas dengan menulis 'wassalam' sambil ucap atau niat dalam hati 'Waalaikumussalam' atau 'Waalaikumsalam'.

'Salam' atau 'Assalam'?

Dalam konteks mana satu nak guna 'salam' atau 'assalam', sebenarnya kedua-dua sama saja.

Malah, kalimah 'salam' atau 'assalam' itu sendiri membawa maksud 'selamat', jadi tidak ada masalah untuk menggunakan yang mana satu untuk dipakai.

Jangan memandang remeh ucapan salam

Namun begitu, janganlah pula kita menafikan kepentingan dan fadhilat ungkapan 'Assalaamualaikum'.

Ucapan 'Assalaamualaikum' bukanlah kalimah yang boleh di up to date mengikut arus zaman.

Dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke hari ini ucapannya tetap sama dan tidak berubah.

Jadi, adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan kalimah 'Assalaamualaikum' kerana itulah sebaik-baik kalimah.

Wa'alaika

Sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hathim, suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan 'Assalaamualaikum', maka Rasulullah SAW pun membalas dengan ucapan 'Waalaikumsalam wa rahmah'.

Orang kedua datang dengan mengucapkan 'Assalaamualaikum wa rahmatullah', maka Rasulullah SAW membalas dengan 'Waalaikumsalam wa rahmatullahi wabarakatuh'.

Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan 'Assalaamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh', Rasulullah SAW menjawab, 'Wa'alaika'.

Orang ketiga itu pun terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan kerendahan hati, "Wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan salam yang ringkas kepadamu, engkau membalas dengan salam yang lebih baik kalimatnya.

Sedangkan aku memberi salam yang lengkap kepadamu, aku terkejut engkau membalasnya dengan sangat singkat, hanya dengan "wa'alaika".

Rasullullah SAW lalu menjawab, "Engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik kerana itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang dikhabarkan Allah dalam Al-Qur'an."

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah dengan penghormatan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.." Surah An-Nisa ayat 86

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon