Apr 28, 2016

10 Spesies Ular Paling Berbisa Di Dunia!

Secara asasnya, ular terbahagi 2 jenis iaitu mempunyai venom atau bisa dan satu lagi tidak mempunyai bisa tetapi mampu mengigit dan membelit yang turut berbahaya.

Kami senaraikan 10 jenis ular paling berbisa di dunia yang mempunyai bisa paling bahaya yang mampu membunuh mangsa dengan kadar yang sangat pantas.

1. Ular Taipan (Inland Taipan)

Ular Taipan (Inland Taipan)

Ular Taipan darat, paya dan sebagainya merupakan ular paling berbisa di dunia dengan hanya 110mg bisanya mampu membunuh 110 orang manusia dewasa.

Namun begitu, ular yang berasal dari benua Australia ini sangat pemalu dan biasanya mengelak dari bertemu dengan haiwan lain atau manusia, kecuali jika diancam.

Bisa ular Taipan direkodkan paling berbisa di dunia, 50 kali ganda lebih berbisa berbanding King Cobra!

Mempunyai pelbagai jenis spesies dan kesemunya sangat berbahaya kerana mengandungi bisa yang sangat tinggi.

Hanya dengan jumlah 0.025mg dos bisa, cukup menjadikan ular ini sebagai ular paling berbisa di dunia. 0.025mg, bukannya gram! Sedikit sahaja bisanya disuntik, maut menanti anda!

2. Ular Coklat Eastern Australia

Ular Coklat Eastern Australia

Ular ini merupakan ular kedua paling berbisa di dunia. Hanya terdapat di benua Australia, serta sedikit di Papua New Guine dan Indonesia.

Dengan sifatnya seperti Black Mamba, ianya ular yang agresif dan mampu mencapai sehingga 2 meter panjang.

Berwarna coklat dan sangat berbahaya kerana selain warnanya yang kelihatan seperti tanah liat, bisanya mengandungi neurontoksin yang kuat.

Jadi, sila jauhkan diri anda jika terserempak dengan ular ini ketika melancong di Australia.

3. Ular Taipan Pesisir Pantai

Ular Taipan Pesisir Pantai

Paling besar di dalam keluarga Ular Taipan di Australia. Bisanya mampu membunuh dengan kadar yang pantas dan merupakan ular ketiga paling berbisa di dunia.

Dengan hanya 0.106mg dos, ianya mampu membunuh haiwan atau manusia.

4. Saw Scaled Viper

Ular Saw Scaled Viper

Antara ular berbisa yang sangat popular, banyak kematian direkodkan akibat patukan ular ini.

Habitatnya merupakan kawasan yang kering dan banyak terdapat di Afrika, Timur Tengah, Pakistan, India dan Sri Lanka.

Selalunya mengeluarkan bunyi berdesir sebagai amaran kepada sesiapa yang menghampirinya. Merupakan jenis ular yang agresif dan menyerang jika terancam.

Spesis ular ini 5 kali ganda lebih berbisa berbanding ular King Cobra!

5. Ular Berjalur Banyak (Many Krait Snake)

Ular Berjalur Banyak (Many Krait Snake)

Merupakan ular berbisa di Asia terutamanya China dan Taiwan. Di Malaysia ular ini dikenali dengan nama ular kapak.

Dilaporkan bahawa 50% mangsa patukan maut, walaupun setelah mendapatkan anti venom. Dianggap sebagai ular paling berbisa di Asia Tenggara di samping ular Tedung.

6. Tiger Snake (Ular Harimau Australia)

Tiger Snake (Ular Harimau Australia)

Berasal dari Australia, juga merupakan antara spesies ular yang paling berbisa di dunia. Ular ini sangat agresif dan membunuh ramai orang di Australia berbanding spesis ular lain.

7. Black Mamba

Ular Black Mamba

Antara ular yang paling berbisa dan menakutkan di dunia dan berasal dari benua Afrika, ular ini merupakan ular yang paling agresif, menyerang tanpa amaran serta mampu membesar sehingga 14 kaki panjang!

Merupakan ular berbisa paling panjang di Afrika serta paling pantas di dunia. Jarang mangsa termasuk manusia yang terselamat dari serangan ular ini kerana sifatnya yang agresif serta kepantasannya.

Rekod setakat ini membuktikan, Black Mamba mencatatkan rekod 100% kematian. Keseluruhan bahagian didalam mulutnya berwarna hitam.

Mendiami hampir semua jenis hutan di Afrika dan antara habitat popular adalah ladang tebu dan hutan Savana.

8. King Cobra (Ular Tedung)

Ular Tedung Filipina

Merupakan ular berbisa paling panjang di dunia dan pernah irekodkan sehingga 18 kaki dan cukup terkenal di Asia tenggara, serta membawa nama 'cobra' sebagai satu nama yang cukup sinonim bagi masyarakat antarabangsa.

Pemburu yang hebat, King Cobra mampu mengesan mangsanya seperti tikus pada jarak sehingga 300 meter.

Walaupun bisanya tidak sekuat Mamba atau Taipan, patukan tanpa rawatan akan megundang padah.

Jika diancam, ular ini akan menjadi sangat agresif dan akan 'berdiri' ketika mahu mempertahankan dirinya.

Kawasan serangan boleh sehingga 2 meter dari jarak ular ini berada. Namun paling berbisa di dalam kelasnya ialah Ular Tedung Filipina.

9. Death Adder

Ular Death Adder (Australia)

Death Adder boleh ditemui di Australia dan Papua New Guinea. Ular ini memburu dan membunuh ular lain dan memiliki kepala berbentuk segitiga dan pendek.

Satu patukan mengandungi 40-100mg dos bisa yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian dalam masa 6 jam akibat kegagalan pernafasan.

Kepantasan patukan Death Adder hanya dalam masa 0.13 saat menjadikannya sebagai ular dengan serangan paling pantas di dunia.

10. Mohave Rattles Snake

Mohave Rattles Snake

Rattles Snake merupakan satu-satunya ular yang hidup di Amerika Syarikat dalam senarai ini. Rattles Snake mudah dikenali melalui bunyi getaran pada hujung ekornya.

Ular muda lebih bahaya daripada ular dewasa kerana belum mampu mengawal jumlah bisa yang hendak disuntik.

Sebahagian besar spesies ular ini memiliki bisa yang mampu menggangu proses pembekuan darah, kesukaran bernafas, lumpuh dan pendarahan yang terus-menerus merupakan gejala biasa akibat gigitan ular ini.

BACA INI JUGA: Gigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia

Sumber: Lamankongsi/Beritaunik

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon