Friday, May 15, 2020

Kisah Florence Nightingale Pelopor Bidang Kejururawatan Moden

Kisah Florence Nightingale Pelopor Bidang Kejururawatan Moden

Tahukah anda bahawa tarikh 12 Mei adalah tarikh lahir bagi seorang tokoh wanita yang mengasaskan bidang kejururawatan moden? Ya, nama wanita legenda ini adalah Florence Nightingale, dilahirkan pada 12 Mei 1820 di Florence, Itali. Beliau adalah adik bongsu dalam keluarga dua adik-beradik.

Florence Nightingale 1860
Florence Nightingale pada tahun 1860.

Kehidupan keluarga Nightingale amat mewah dengan status keluarganya sebagai golongan sosial elitis.

Ibunya, Frances Nightingale berasal dari keluarga peniaga dan amat mementingkan hubungan dengan golongan elit lain bagi memperlihatkan status elitis keluarganya.

Namun, Florence merasa kekok untuk menjalani kehidupan keluarganya yang serba mewah itu. Dia cuba sedaya-upaya untuk tidak menjadikan dirinya sebagai perhatian orang lain.

Dia sentiasa bertengkar dengan ibunya kerana menganggap ibunya kuat mengawal kehidupanya.

Tidak bermaksud Florence adalah anak derhaka kerana dia seperti anak perempuan lain, berusaha mengembirakan ibunya.

Pernah suatu ketika, Florence menulis sesuatu bagi meredakan hubungan dengan ibunya yang semakin renggang:

"Saya rasa saya menemui sesuatu yang baik dan patut dipatuhi."

William Shore Noghtingale, ayah Florence adalah tuan tanah yang kaya, mempunyai dua buah tanah estat dari Lea Hurst, Derbyshire, dan Hampshire, Embley Park.

Florence dibesarkan di estat Lea Hurst dan memperoleh pendidikan klasik dari ayahnya dengan tambahan mempelajari Bahasa Jerman, Itali, dan Perancis.

Pada usia muda, Florence aktif dalam urusan kebajikan, menjaga pesakit dan warga miskin dalam perkampungan di estat keluarganya.

Pada umur 16 tahun, dia menemui kerjaya yang sesuai dengan dirinya, iaitu menjadi jururawat.

Apabila memberitahu cita-citanya, ibubapanya tegas menghalang niat anak perempuannya itu, malah memaksa Florence melupakan kerjaya itu.

Pada zaman Victoria di Eropah, apabila anak perempuan dari keluarga berada dalam usia remaja, dia wajib dijodohkan kepada seorang jejaka dari status yang sama, juga tidak boleh mengambil kerjaya yang dipantang hina oleh para elitis.

Pada umurnya 17 tahun, Florence membantah perancangan jodohnya kepada seorang jejaka yang dipilih keluarganya dan menjelaskan penolakan kepada pasanganya itu.

Pada tahun 1844, Florence tekad untuk mengambil jurusan kejururawatan di Lutheran Hospital of Pastor Fliedner yang bertempat di Kaiserwerth, German.

KERJAYA

Pada awal tahun 1850-an, Florence berhijrah ke London dengan jawatan sebagai jururawat dan berkhidmat di Middlesex Hospital.

Kerjaya beliau memberangsangkan dan mendapat perhatian majikannya sehingga beliau dilantik sebagai pengurus hospital walaupun hanya setahun berkhidmat.

Jawatan ini mencabar bagi Florence sehingga beliau terpaksa mengurus kehadiran pesakit wabak kolera dengan keadaan hospital yang tidak terurus dan berupaya terjangkit penyakit lain.

Dari situ beliau mempertingkatkan praktik kebersihan bagi mengurangkan kadar kematian di hospital.

Pada Oktober 1853, Perang Krimea berlaku, antara Empayar British dengan Empayar Rusia bagi kawalan terhadap Empayar Turki Uthmaniyyah yang semakin rapuh.

Beribu-ribu tentera British dihantar ke Laut Hitam dan pada masa yang sama bekalan perang semakin berkurangan.

Pada tahun 1854, lebih 18,000 anggota tentera British memenuhi hospital ketenteraan, namun pada masa itu tidak ada seorang jururawat wanita bertugas di hospital Krimea.

Kerana reputasi jururawat wanita yang teruk sebelumnya, pegawai perang menghentikan khidmat tersebut.

Lewat tahun 1854, Florence menerima surat dari Setiausaha Perang, Sidney Hberbert, meminta Florence mengurus sekumpulan jururawat perang yang sedang merawat para tentera di Krimea.

Florence menerima panggilan itu kemudian merekrut 34 orang jururawat dan beberapa hari kemudian mereka berangkat ke Krimea.

Setibanya di Scutari, sebuah hospital British yang bertempat di Konstantinopel (Istanbul), keadaan hospital itu amat teruk dan memilukan.

Sumber air yang tercemar, pengurusan hospital yang tidak teratur, para pesakit terlantar memenuhi setiap ruang hospital dan lebih jijik tikus dan lipas membiak pantas dan lalu-lalang di setiap sudut bilik pesakit.

Barangan asas seperti pembalut luka dan sabun semakin sukar didapati seiring peningkatan pesakit perang.

Tambahan pula, anggota tentera yang meninggal dunia oleh penyakit thyphoid dan kolera meningkat berbanding anggota tentera yang cedera.

Tanpa berlengah, Florence meneruskan kerjanya. Tidak pedulikan keadaan sekeliling, beliau mengambil berus luka dan meminta para jururawat untuk merawat para pesakit yang memenuhi ruangan hospital.

Setiap minit Florence melawat setiap pesakit tanpa lelah. Waktu malamnya, beliau melalui ruangan gelap menggunakan lampu, memeriksa pesakit demi pesakit.

Florence Nightingale rawat pesakit

Para pesakit yang selesa dengan layanan Florence menggelar beliau sebagai "Wanita dengan lampunya" atau "Bidadari Krimea".

Kesungguhan beliau mendapat keputusan yang baik iaitu merendahkan kadar kematian di hospital sebanyak 2/3.

Untuk menambahbaik kebersihan hospital, Florence memperkenalkan perkhidmatan pesakit sebagai cara meningkatkan kualiti layanan hospital.

Beliau juga memperkenalkan "dapur segera" dengan menyediakan makanan kepada para pesakit dengan diet yang digariskan. Dobi juga ditubuhkan untuk kebersihan pakaian pesakit.

Tambahan lagi perpustakaan dan kelas mengajar dibina untuk pendidikan dan hiburan pesakit.

Melalui pengalaman beliau di Krimea, Florence menulis laporan analisa bertajuk "Notes on Matters Affecting the Health, Efficiency and Hospital Administration of the British Army", sebanyak 830 muka surat yang merangkumi pengalaman dan membentangkan pembaharuan infrastruktur di hospital ketenteraan lain yang juga buruk kondisinya.

Laporan itu kemudian mencetuskan penstrukturan semula jabatan pentadbiran perang, termasuklah penubuhan Suruhanjaya Diraja Kesihatan Tentera (Royal Commission for the Health of the Army) pada 1857.

Florence tinggal di Scutari selama 1 tahun setengah dan setelah tamat Perang Krimea, beliau kembali ke tanah kelahirannya pada tahun 1856.

Apa yang dia tidak sangkakan adalah, sambutan meriah rakyat akan kepulangannya sebagai seorang hero.

Ratu England menghargai jasa Florence dan menghadiahkan beliau sebuah kerongsang yang digelar sebagai "Nightingale Jewel" serta wang sebanyak $250,000 dari kerajaan British.

Florence berhasrat menggunakan duit tersebut untuk kerjaya jangka masa panjang dan pada tahun 1860, Florence menubuhkan Hospital St. Thomas dan Sekolah Latihan Kejururawatan Nightingale, yang kini menjadi Fakulti Kejururawatan Florence Nightingale, sebahagian dari King's College London.

Dari usaha beliau, dia menjadi figura kebanggaan masyarakat. Banyak puisi dan lagu dicipta khas untuk Florence.

Manakala para remaja wanita ketika itu teringin menjadi heroin itu sehingga para wanita dari kelas elitis pergi belajar di sekolah jururawat.

Dan dengan berkat usaha Florence, jururawat kini dipandang sebagai kerjaya yang amat mulia.

AKHIR KEHIDUPAN

Bersama jururawat St Thomas
Bersama jururawat St Thomas.

Ketika di Scutari, Florence menghidap "Crimean fever" yang tidak dapat disembuhkan segera dan pada umur 38, kesakitan Florence semakin parah namun beliau tetap menahan diri demi kesembuhan para pesakit dan pembaharuan penjagaan kesihatan.

Pada usia tuanya, ketika menetap di Mayfair, dan kekal sebagai seseorang yang berpengaruh dalam bidang penjagaan kesihatan.

Florence meneruskan pembaharuan dengan menemuramah ahli politik dan menerima kunjungan pelawat ketika beliau terlantar di katil.

Pada tahun 1859, beliau menerbitkan buku Notes on Hospitals, fokus kepada pengurusan hospital awam.

Apabila berlaku Perang Saudara di Amerika Syarikat, Florence muncul untuk berunding bagi berbincang pengurusan terbaik terhadap hospital lapangan.

Beliau juga berkhidmat sebagai seseorang yang berpengaruh bagi berbincang tentang isu kebersihan awam di India walaupun beliau tidak pernah pergi ke India.

Pada tahun 1908, Florence dalam umur 88 tahun diberikan penghargaan dan kehormatan oleh Raja Edward.

Kemudian, pada Mei 1910, beliau mendapat surat berucap tahniah dari Raja George ketika sambutan hari lahir ke 90 tahun.

Pada Ogos 1910, Florence Nightingale merasa sakit namun sembuh semula dan dikatakan beliau masih bertenaga.

Seminggu kemudian, iaitu pada hari Jumaat bersamaan 12 Ogos 1910, beliau mendapat beberapa gejala penyakit yang mengganggu.

Pada keesokannya iaitu 13 Ogos, beliau meninggal dunia secara mengejut pada 2 petang di rumah kelahirannya.

Pada mulanya, Florence inginkan majlis pengebumian yang biasa saja dan tidak perlu sebarang perhatian walaupun orang ramai ingin menghormati kematiannya.

Demi menghormati permintaannya, suadara-maranya menolak pengebumian khas dari kerajaan.

Si "Wanita dengan Lampunya" telah dikebumikan bersama para keluarga di Westminster Abbey.

Disebelah Sekolah Latihan Kejururawatan Noghtingale, terbinanya Muzium Florence Nightingale yang menempatkan 2,000 buah artifak merangkumi kisah hidup dan karier Bidadari Krimea ini.

Pada hari ini, Florence Nightingale tetap dikenali ramai sebagai pelopor bidang kejururawatan moden.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Individu Ingkar SOP PKPB Akan Di Denda RM1,000 6 Bulan Penjara, Fasa Amaran Telah Berakhir!

Individu Ingkar SOP PKPB Akan Di Denda RM1,000 6 Bulan Penjara, Fasa Amaran Telah Berakhir!

Kerajaan mengumumkan fasa nasihat dan amaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini sudah berakhir dan susulan itu, PDRM diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang ingar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

SOP PKPB

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat yang dilakukan pihaknya.

Sebelum ini, pihak PDRM hanya memberi nasihat dan amaran, namun dalam mesyuarat, kerajaan telah pun memutuskan bahawa fasa nasihat dan memberi amaran telah berakhir.

Di bawah Akta 342, kesalahan melangar SOP dan peraturan di bawah akta ini, hukumannya kompuan RM1,000 dan jika dibawa ke mahkahah, hukuman RM1,000 maksimum atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Ismail tidak menolak kemungkinan PKPB ditukar semula menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana dikuatkuasakan menerusi tiga fasa bermula 18 Mac lalu.

Ujarnya, dia bimbang melihat tindak-tanduk orang ramai yang menganggap PKPB sebagai satu tiket kebebasan.

Malah katanya, segala keputusan kerajan selepas ini bergantung kepada kepatuhan orang ramai terhadap SOP yang dikuatkuasakan dalam PKPB.

"Kita lihat rakyat seolah-olah anggap PKPB ini sudah tiada undang-undang. Ramai bebas, rasa seperti kebebasan tanpa syarat dan ambil kesempatan untuk keluar beramai-ramai.

"Apabila kita melonggarkan, kita mahu rakyat patuh peraturan kerana bimbang ada kes baru. Saya ingin beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh kekal terus, mungkin boleh diperketatkan semula.

"Ini tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini mendapat sedikit kelonggaran. Kalau berlaku banyak ketidakpatuhan, bukan perkara mustahil akhirnya PKP seperti fasa satu, dua dan tiga diperkenalkan semula.

"Kalau ingin terus PKPB saat ini akan terus kita nikmati dan selepas itu mungkin ia boleh ditamatkan, ia bergantung kepada pematuhan oleh rakyat.

"Jika tidak, tak mustahil kembali ke PKP yang asal dan membataskan kembali pergerakan kita," ujarnya.

Ismail turut mengulas isu tular kehadiran orang ramai berkumpul di sebuah gerai di Kampung Pandan seperti suasana bazar Ramadan.

Ujarnya, dia menyangka video itu palsu dan hanya dimaklumkan mengenai kesahihannya selepas menghubungi sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador lapor mstar

SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)

Bermula 4 Mei 2020, kerajaan akan melaksanakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) untuk semua aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial. Apakah SOP PKPB?

APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bermula 4 Mei 2020. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu untuk mengelakkan penyebaran wabak Covid-19.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SIP yang ketat.

PKPB bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah satu langkah untuk membuka semula sektor ekonomi dan sosial dengan berhati-hati tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP oleh pihak berkuasa.

Aktiviti yang melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai tidak dibenarkan.

CONTOH SOP YANG AKAN DIGUNAKAN SEMASA PKPB

SOP ini termasuk penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai topeng muka, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial dan menggalakkan transaksi secara online.

CONTOH PELAKSANAAN SOP PKPB DI KEDAI MAKAN

Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan. Misalnya, mulai 4 hari bulan Mei, Pak Salleh boleh buka semula restoran yang ditutup.

Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi dan beli stok barang-barang mentah.

Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain.

Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.

Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.

Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan.

Keduanya, buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.

Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.

Ketiganya, sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.

Ketiganya, beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.

Keempat, beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Pak Salleh pun kena pakai face mask.

Kelima, pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.

Keenam, catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran.

Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan-pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.

CONTOH SOP PKPB SYARIKAT & TEMPAT KERJA

Syarikat-syarikat pengangkutan awam juga mesti bersedia. Sudah tentu jumlah pengguna akan meningkat. Dalam keadaan kita nak mengawal penularan COVID 19, kita mesti elakkan kesesakan di stesen-stesen bas, LRT, MRT dan sebagainya.

Mesti ada tindakan diambil oleh pengendali syarikat pengangkutan awam untuk kawal pergerakan orang ramai.

Untuk membantu mengelakkan kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam dan di dalam kenderaan awam, saya mencadangkan supaya semua majikan melaksanakan waktu bekerja yang anjal. Tak semua pekerja mesti masuk bekerja pada waktu yang sama.

Jadi sedikit sebanyak kita boleh elakkan semua orang daripada berkejar-kejar untuk masuk pejabat pada waktu yang sama.

Kerajaan menasihatkan semua pengguna pengangkutan awam supaya memakai penutup hidung dan mulut. Anda akan sentiasa terdedah kepada penularan wabak COVID 19.

Jadi ambil langkahlangkah untuk lindungi diri sendiri. Pakai penutup hidung dan mulut dan simpan juga satu atau dua lagi dalam beg. Sentiasa bawa hand sanitizer untuk digunakan jika perlu.

Di tempat kerja, majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, nasihatkan pekerja supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera.

Selain itu, anda sebagai pekerja pastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa bersih. Elakkan sentuhan atau body contact dengan rakan sekerja yang lain.

Ini adalah antara langkah-langkah yang mesti dibuat untuk lindungi diri anda daripada jangkitan COVID 19.

Mustahil saudara-saudari boleh berkurung di dalam rumah selama-lamanya. Saudara-saudari perlu juga keluar untuk bekerja, berniaga dan membeli barang-barang keperluan harian.

Yang penting jaga kebersihan diri. Jaga keselamatan dan keluar rumah hanya untuk urusan-urusan yang perlu sahaja.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

4 Sebab Kenapa Digalakkan Membaca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

4 Sebab Kenapa Digalakkan Membaca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

Patutlah Surah Al Kahfi sangat digalakkan dibaca pada Hari Jumaat, sebab ganjaran dan kelebihan membaca surah ini sangatlah besar bagi sesiapa yang dapat menghabiskannya sebelum berakhirnya hari Jumaat.

Membaca Surah Al Kahfi

Surah Al-Kahfi juga disebut Ashabul Kahf, memiliki 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya.

Ia merupakan surah golongan Makkiyah atau surah yang diturunkan di Kota Mekah.

Surah ini sangat digalakkan dibaca mulai selepas Asar hari Khamis sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.

Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahfi:

1. Terhindar dari Fitnah Dajjal

Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal.

Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)

2. Memperoleh Pengampunan Dosa Diantara Dua Jumaat

Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

4.Dipelihara Daripada Gangguan Syaitan

Salah satu usaha mendekatkan diri pada Allah SWT adalah dengan membaca dan mengamalkan Al Qur’an dan membaca surat Al Kahfi termasuk di dalamnya.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal, menyatakan bahawa sebuah rumah yang selalu dibacakan surat Al-Khafi dan surat Al-Baqarah maka rumah itu tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam tersebut.

Tip Mudah Habiskan Bacaan Surah Al-Kahfi

Surah Al Kahfi

Namun sedia maklum, Surah Al Kahfi ini agak panjang dan agak memerlukan masa untuk dihabiskan secara berterusan.

Pasti rasa agak ‘berat’ untuk membaca surah sebanyak 110 ayat ini. Rasa seperti tak mampu nak habiskan baca sekali gus. Betul tak?

Antara tip dan cara mudah untuk lengkapkan bacaan Surah Al Kahfi ini adalah dengan membahagikan 110 ayat surah Al Kahfi ini kepada beberapa sesi.

Satu sesi hanya perlu membaca 20-30 ayat sahaja. Kalau mulakan selepas Asar hari Khamis, bacaan dapat dilengkapkan sebelum Asar hari Jumaat.

Jadi setiap sesi hanya memerlukan masa yang singkat. Mudah bukan?

BACA INI JUGA:

sumber: mw

Thursday, May 14, 2020

Simulasi Bagaimana Virus Boleh Tersebar Melalui Batuk Dalam Pesawat

Simulasi Bagaimana Virus Boleh Tersebar Melalui Batuk Dalam Pesawat

Sebuah simulasi yang dicipta Purdue University di Amerika Syarikat pada tahun 2014 menunjukkan bagaimana virus SARS boleh tersebar dalam ruangan yang sempit seperti kabin kapal terbang, yang dilakukan berdasarkan virus tersebut yang muncul pada tahun 2003 sebelum ini yang menggambarkan ia boleh tersebar melalui udara seperti laporan Daily Mail UK.

Cara virus tersebar di pesawat

Kajian yang dilakukan School of Mechanical Engineering dari universiti tersebut menunjukkan bagaimana titisan kecil yang tidak kelihatan daripada batuk boleh tersebar dalam pesawat penumpang Boeing 767.

Ia dilakukan pada 2014 bagi mengkaji penularan penyakit berjangkit dalam pesawat supaya mereka dapat mencari sistem ventilasi yang selamat dan optimum.

Simulasi itu menunjukkan bagaimana pembawa virus SARS itu boleh menjangkiti sehingga sepuluh penumpang lain hanya dengan batuk di dalam ruang terkurung tersebut.

Angka sepuluh penumpang itu bagaimanapun merupakan anggaran mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti, dengan jangkitan itu sebenarnya mampu untuk merebak ke seluruh penjuru kabin.

Kumpulan yang membuat kajian itu memberitahu, penyakit berjangkit seperti Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan avian flu boleh menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi yang signifikan.

"Transmisi penyakit berjangkit boleh berlaku di pesawat penumpang komersial," tulis Qingyan Chen dan rakan-rakan.

Laporan tersebut bagaimanapun menyebut, simulasi ini hanya terpakai untuk virus SARS sebelum ini dan bukannya COVID-19 yang dihadapi ketika ini.

Ini kerana difahamkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus COVID-19 menular melalui titisan pernafasan yang ukurannya jauh lebih besar.

Titisan Covid-19 yang lebih besar berbanding titisan ditunjukkan di atas yang hanya mampu bergerak dalam jarak yang dekat sebelum jatuh ke lantai.

Disebabkan itulah, amalan penjarakan sosial sejauh 2 meter (lebih kurang 6 kaki) disarankan kerana ia mampu mengelakkan jangkitan COVID-19 ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Maksud Mimpi Curang (Selingkuh)

Maksud Mimpi Curang (Selingkuh)

Bermimpi melakukan hubungan seksual bagi individu yang sudah berkahwin dengan pasangan lain, mungkin disebabkan oleh pemikiran bawah sedar yang penuh harapan. Mimpi seperti itu, di mana pemimpi melakukan atau hidup dalam perselingkuhan atau poligami, kemungkinan besar terjadi pada orang-orang yang tidak puas dengan pernikahan sebenar secara emosional dan seksual.

Mimpi Curang

Erti mimpi selingkuh: menunjukkan pengkhianatan pada umumnya dan juga sentimental pada kemesraan. Melambangkan: pengkhianatan, pencurian.

Ini mungkin mengatakan kepada anda untuk tetap setia atau perlu mengubah beberapa perkara dalam hubungan dengan pasangan.

ERTI MIMPI SELINGKUH SECARA UMUM:

Ketidakpuasan emosional
  • Mimpi berselingkuh dapat mengertikan ketidakpuasan emosional anda pada pasangan.
  • Anda merasakan tidak ada penyatuan emosi yang baik dengan pasangan sehingga anda kerap merasa bosan, cemas, marah, cemburu, tidak tenang dan sebagainya.
  • Emosi yang anda alami dalam mimpi itu pun akan terasa sangat nyata.

Ketidakpuasan seksual
  • Mimpi tentang perselingkuhan juga dapat menjadi tanda bahawa ada ketidakpuasan seksual yang anda rasakan dengan pasangan.
  • Hal ini menyebabkan alam bawah sedar memberikan gambaran tentang apa yang anda inginkan.

ERTI MIMPI SELINGKUH SECARA KHUSUS:

Mimpi selingkuh dengan rakan sekerja atau bos
  • Seseorang yang bermimpi berselingkuh dengan rakan sekerja atau bos, menunjukkan bahawa orang dalam mimpi itu telah 'bernikah' dengan pekerjaannya.
  • Mimpi ini juga menunjukkan mungkin orang itu benar-benar seronok dan menyukai pekerjaannya.

Mimpi selingkuh dengan selebriti
  • Untuk mimpi berselingkuh dengan selebriti, anda disarankan untuk menyembunyikan gambar dari pengetahuan umum, kerana anda mungkin memiliki rahsia tertentu yang perlu dijaga kerahsiaannya.
  • Mungkin juga anda benar-benar meminati bidang nyanyian atau lakonan, tetapi anda memiliki masalah melakukannya di hadapan penonton.

Mimpi Selingkuh Dengan Lelaki Yang Sudah Berkahwin
  • Bermimpi bahawa anda berselingkuh dengan lelaki atau wanita yang sudah berkahwin, menggambarkan kesukaran anda untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih kekasih.

Mimpi Suami Selingkuh
  • Bermimpi suami curang menunjukkan bahawa anda sangat sayang pada suami dan berharap dia juga sentiasa mencintaimu.
  • Mimpi suami berselingkuh dengan seorang wanita juga menunjukkan bahawa suami anda akan segera mendapat wang.

Mimpi Isteri Berselingkuh
  • Bermimpi isteri selingkuh menunjukkan bahawa anda sangat mencintai isteri dan berharap dia juga mencintai kamu sepenuh hati.

Mimpi Kekasih Berselingkuh
  • Bermimpi kekasih curang menunjukkan bahawa anda sangat mencintainya dan berharap dapat hidup bahagia dan harmoni bersama.

Melihat Pasangan Berzina, Berselingkuh Dan Membuatkan Anda Marah
  • Bermimpi melihat pasangan anda melakukan zina dan perselingkuhan itu membuatkan anda marah bermaksud, ada seseorang yang cuba merosakkan hubungan anda dari dalam.
  • Perhatikan mereka yang selalu rapat dengan anda untuk menemukan kebenaran!

Mimpi Pasangan Berselingkuh
  • Bermimpi bahawa pasangan anda melakukan perselingkuhan atau tidak setia, mungkin akibat ketidakamanan dan ketakutan anda kerana tidak menarik atau tidak cukup baik.
  • Mungkin ketidaksedaran anda memetik isyarat bahawa pasangan anda selingkuh atau tidak bahagia dalam hubungan itu; atau mungkin ini adalah petanda ketidaksetiaan atau kesalahan anda sendiri kerana tertarik pada orang lain?
  • Maksudnya, jika anda bermimpi pasangan anda yang selingkuh, anda kurang percaya diri sendiri.

Mimpi Selingkuh Dengan Kawan
  • Untuk bermimpi selingkuh dengan seorang teman, adalah tanda bahawa anda menaruh terlalu banyak kepercayaan dan menghabiskan terlalu banyak waktu dengan teman atau lingkaran sosial.
  • Mimpi mencerminkan rasa bersalah pada diri sendiri bahawa anda tidak memberikan banyak waktu untuk orang lain yang lebih penting.
  • Mungkin anda mengalami perselingkuhan emosi yang nyata dalam kehidupan sebenar, dan alam bawah sedar anda bermain melalui senario yang sangat masuk akal bahawa pertemuan-pertemuan ini berubah secara fizikal.

Mimpi Selingkuh Dan Membalas Dendam
  • Balas dendam dalam mimpi, mencerminkan bahawa rasa saling percaya dan hormat akan hancur dalam hubungan anda.
  • Mimpi menubuatkan bahawa anda dan orang penting anda akan dengan sengaja membuat pilihan yang menyakitkan untuk membuatkan orang lain merasa tidak aman dan terluka. Pengkhianatan tertentu kemungkinan akan terjadi dalam waktu terdekat.

Mimpi Selingkuh Dengan Pelacur
  • Bermimpi tentang perselingkuhan dengan pekerja seks dan pelacur, adalah tanda bahawa godaan dan kecanduan penggunaan dadah mungkin muncul dengan sendirinya.
  • Anda mungkin mendapati diri atau pasangan terjerat dalam situasi yang tidak menguntungkan, bahkan mungkin menyalahi peraturan.

Mimpi Selingkuh Dan Anda Setuju
  • Bermimpi bahawa anda baik-baik saja dan menyetujui pasangan berselingkuh dalam mimpi, menggambarkan perasaan akan ketidakmampuan seksual dan emosi.
  • Mungkin anda merasakan bahawa anda bertanggung jawab atau bersalah tentang ketidakbahagiaan pasangan dan anda akan mengambil pengorbanan yang drastik dan berisiko untuk membuatkan hubungan terus berkekalan.

Mimpi Selingkuh Danan Ditangkap Basah
  • Mimpi anda tertangkap oleh orang lain kerana berselingkuh, menunjukkan bahwa anda tidak memenuhi harapan orang lain.
  • Anda memiliki keinginan tersembunyi yang ingin dikejar, atau tujuan peribadi yang mungkin memerlukan pengorbanan orang lain.

Mimpi Teman Berselingkuh
  • Bermimpi teman anda berselingkuh, adalah tanda ketidaksukaan anda terhadap orang lain dan anda berfikir teman anda layak diperlakukan dengan lebih baik.

Mimpi Berselingkuh Dan Menikmati Seks Dengan Orang Asing
  • Melihat diri anda berselingkuh dan menikmati seks dengan orang asing menunjukkan keraguan pada diri sendiri.

Mimpi Berselingkuh
  • Mimpi berselingkuh ini mungkin adalah keinginan sederhana atau keinginan untuk sesuatu yang baharu dan menarik.
  • Ini mungkin juga hasil dari menemukan diri anda tertarik pada orang lain; atau anda mungkin sedang cuba menjelajahi seksualiti anda?

Mimpi Selingkuh Tanpa Henti
  • Tanda perjuangan dengan hasrat seksual, ekspresi kekuatan pertemuan oposisi dalam hidup, petanda kekuatan untuk mengatasi kesulitan.

Mimpi Menjadi Wanita atau Lelaki Simpanan
  • Bermimpi menjadi wanita atau lelaki simpanan seseorang adalah tanda ketidaknyamanan anda dalam perhubungan dengan seseorang yang anda cintai.
  • Ini juga dapat menandakan anda stres tentang sesuatu yang anda harapkan pada akan datang atau terjadi.

Mimpi Mampu Menolak Perselingkuhan
  • Menyaksikan diri anda mampu menolak perselingkuhan dalam mimpi, bererti anda sedang berjuang dengan seksualiti anda.
  • Itu juga boleh bererti anda akan menemui penyelesaian untuk masalah saat ini dalam hidup anda.

Mimpi Jatuh Cinta Dalam Perselingkuhan
  • Ketika bermimpi berada dalam hubungan yang tidak setia dan anda jatuh cinta dengan orang ini, meskipun mereka bukan pasangan, bererti anda perlu secara terbuka mengungkapkan kebenaran tentang siapa anda.

Adakah anda telah menyembunyikan kebenaran kerana takut dihukum oleh orang lain?
  • Ini adalah waktu untuk mengekspresikan perasaan kepada orang yang anda cintai.

Mimpi Perselingkuhan Yang Menyenangkan
  • Jika hubungan terasa menyenangkan, erti mimpi selingkuh itu boleh jadi adalah keinginan sederhana untuk perubahan seksual, kepuasan dan halangan yang tidak memuaskan dalam kehidupan sebenar.
  • Jika ditolak, itu adalah fantasi anda sendiri, jadi mungkin keinginan itu ditutupi oleh rasa bersalah.

Mimpi Perselingkuhan Yang Tidak Menyenangkan
  • Jika perselingkuhan dirasakan sebagai ancaman atau tidak menyenangkan, mimpi selingkuh itu mungkin mengungkapkan rasa cemas tentang hubungan anda.

Mimpi Mantan Selingkuh
  • Mimpi tentang bekas kekasih anda mungkin mewakili kurangnya kepercayaan dan rasa tidak tenang di masa lalu dan bahkan hubungan saat ini.
  • Anda mungkin memiliki kecurigaan tentang pasangan saat ini yang selingkuh dengan anda dan mimpinya adalah memperkuat emosi itu terhadap bekas kekasih anda.
  • Namun, mimpi mantan selingkuh ini juga adalah sebahagian dari diri anda yang tidak ingin percaya bahawa pasangan anda saat ini sedang selingkuh.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Fakta Kesan Buruk Seumur Hidup Pesakit Covid-19 Yang Sembuh

Fakta Kesan Buruk Seumur Hidup Pesakit Covid-19 Yang Sembuh

Dalam kita bersedih melihat ada kes-kes kematian terbaharu dilaporkan akibat Covid-19, hati turut berasa lega angka kematian di negara kita berada pada tahap peratusan yang rendah berbanding negara yang terjejas teruk.

Pesakit Covid-19

Kisah-kisah individu yang terselamat dan kembali pulih daripada jangkitan wabak Covid-19 semakin kerap dikongsikan dalam siaran media.

Wajah-wajah gembira yang dipaparkan menunjukkan wabak ini merupakan sesuatu yang mampu kita lawan.

Walaupun begitu, kisah-kisah tentang individu bekas pesakit wabak SARS pada tahun 2003 kerap menghantui, kerana kesan jangka panjang jangkitan pada mereka sebenarnya agak sukar untuk ditangani.

Pernahkah anda tertanya-tanya, adakah wujud kesan kerosakan jangka panjang melibatkan pesakit Covid-19?

Jika kes Covid-10 dan SARS 2003 serupa, kemungkinan itu tetap ada.

Pengajaran daripada China

Pada tahun 2003, seluruh dunia terpaksa berhadapan dengan wabak SARS, sejenis serangan virus novel yang belum pernah dilalui sebelum itu.

Beberapa negara terjejas teruk dan sudah tentulah China, negara di mana jangkitan bermula menjadi salah satu negara paling terkesan.

Kesemua pesakit SARS termasuklah pesakit Covid-19, boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan tahap jangkitan: sederhana (mild), di mana pesakit hanya mengalami simptom yang ringan dan tidak berisiko tinggi, kedua, kritikal dan berjaya pulih serta yang terakhir, kritikal dan membawa kepada kematian.

Bagi individu yang mempunyai tahap simptom kritikal dan bernasib baik dapat pulih, tahap jangkitan pada mereka serta kesan rawatan yang mereka terima, membawa kepada beberapa komplikasi besar.

Hasil penelitian terhadap semua pesakit kritikal SARS yang selamat, terdapat 3 kesan jangka masa panjang yang akan berlaku pada pesakit bergantung kepada tahap jangkitan mereka.

Yang pertama sudah pastilah pada tahap kesihatan mental, kerana kajian menunjukkan 50% daripada kesemua pesakit SARS yang pulih menampakkan kesan trauma kebimbangan dan 20% lagi menampakkan petanda mereka sentiasa hidup dalam ketakutan selepas itu.

Ramai bekas pesakit SARS tidak mampu meneruskan hidup seperti biasa disebabkan oleh kesan ubat-ubatan yang perlu mereka ambil, menyebabkan mereka mengalami masalah hilang ingatan, tidak boleh fokus dan menghadapi kemurungan.

Sudah direkodkan beberapa kali cubaan membunuh diri berlaku melibatkan bekas pesakit SARS yang pulih, tetapi gagal mengembalikan hidup seperti sebelumnya.

Selain kesan ubatan itu sendiri, situasi ini diburukkan lagi oleh beberapa faktor antaranya masalah kewangan, hilang pekerjaan atau mula disisihkan masyarakat.

Rosak tulang pinggul akibat kesan ubat-ubatan

Bagi majoriti bekas pesakit SARS 2003 di China, kesan ubat-ubatan berbentuk steroid yang mereka ambil menyebabkan wujud kondisi yang dinamakan dalam bidang perubatan sebagai osteonecrosis.

Osteonecrosis merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan bekalan darah ke dalam tulang, sehingga mampu menyebabkan trauma pada bahagian yang terjejas.

Bekas pesakit SARS berhadapan dengan keadaan yang digelar sebagai 'femoral head avascular necrosis' atau AVN di mana tulang pinggul mereka mengalami masalah, sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan bagi membaiki tulang tersebut.

Kajian yang dilaporkan pada tahun 2020 melibatkan pesakit jangkitan tahun 2003, menunjukkan kesan pereputan tulang itu akan berkurangan secara sendiri dalam tempoh 2 tahun terawal bagi majoriti pesakit namun masih lagi terkesan walaupun selepas 10 tahun pengambilan steroid.

Individu yang terjejas teruk akibat AVN dianggarkan peratusannya seramai 17.5% daripada kesemua bekas pesakit SARS.

Mereka akan mengalami masalah pergerakan terhad di bahagian pinggul serta mula mengalami masalah arthritis. Dalam sesetengah kes, hanya selepas 15 tahun barulah kesan itu akan mula beransur-ansur hilang.

Kesan jangka panjang pada paru-paru

Bagi bekas pesakit SARS yang dilaporkan sembuh daripada jangkitan, selain daripada AVN yang disebabkan oleh kesan ubat-ubatan, pesakit juga berisiko mempunyai keadaan kerosakan pada paru-paru yang diistilahkan sebagai 'induced pulmonary fibrosis' atau 'fibrosis pulmonari teraruh'; khasnya bekas pesakit yang sudah berusia lanjut 70 tahun ke atas.

Ini disebabkan oleh kesan jangkitan virus SARS itu sendiri yang menyerang paru-paru.

Kebanyakan kes berlakunya fibrosis pada bekas pesakit SARS, melibatkan pesakit yang mengalami jangkitan 6 ke 8 minggu pada tahap kritikal sebelum tubuh mula melalui fasa penyembuhan.

Dalam fasa terakhir jangkitan virus, tisu-tisu pulmonari darah akan bertukar menjadi tisu-tisu fibrotic (tisu yang mempunyai kesan parut) serta menyebabkan pembentukan lebihan kolagen dalam paru-paru.

Ini menyebabkan wujud kondisi dalam dinding paru-paru khasnya kawasan alveoli yang tidak lagi sekata kerataan dindingnya.

Kajian yang dijalankan melibatkan 97 orang bekas pesakit SARS di Hong Kong pada tahun 2005 menunjukkan 27.8% pesakit mempunyai masalah pada bahagian paru-paru, sama ada dalam bentuk lebih ringan ataupun pada tahap fibrosis.

Bekas pesakit SARS akan berhadapan dengan situasi ini dalam tahap tertinggi selama 6 bulan pertama mereka menjalani rawatan susulan, sebelum keadaan paru-paru mereka akan menjadi lebih baik, 2 tahun selepas itu.

Apa yang melegakan, peluang untuk bekas pesakit yang mengalami kondisi fibrosis untuk sembuh agak tinggi.

63% dilaporkan sembuh sepenuhnya, 34% mengalami penurunan pada tahap kemampuan paru-paru yang tidak berbahaya dan hanya 3% mengalami masalah pernafasan yang bersifat kekal selepas 15 tahun dijangkiti virus SARS.

Bagaimana dengan Covid-19?

Gambaran awal yang telah diketahui tentang kesan SARS yang terjadi pada tahun 2003 banyak membantu kita mengenalpasti kesan jangka panjang Covid-19 yang sedang melanda.

Adakah Covid-19 bakal menampakkan kesan jangka panjang serupa?

Petunjuk awal setakat ini memberikan kita idea yang agak menakutkan; walaupun virus SARS-CoV-1 penyebab SARS 2003 dan SARS-CoV-2 penyebab Covid-19 datang daripada jenis virus yang hampir serupa, kesan virus Covid-19 diramal agak berbeza kerosakannya pada tubuh bekas pesakitnya.

Seandainya SARS menyebabkan fibrosis, AVN dan masalah mental pada pesakitnya, Covid-19 setakat ini dikatakan turut sama mampu mengakibatkan ketiga-tiganya dengan tambahan beberapa kerosakan baharu yang berbeza.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Asal-usul Perintah Kawalan Pergerakan

Asal-usul Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan adalah paling dekat dengan perintah darurat, iaitu di mana rakyat yang terlibat diberikan tempoh terhad untuk menjalankan aktiviti harian, bahkan sesetengah situasi hanya membenarkan seorang atau dua sahaja ahli daripada setiap keluarga untuk keluar rumah, itu pun untuk situasi tertentu sahaja.

Perintah Kawalan Pergerakan

Dan tahukah anda, perintah kawalan pergerakan sebenarnya bukanlah satu isu yang baharu, bahkan telah diamalkan oleh kerajaan besar dunia sejak dahulu lagi dengan pelbagai tujuan, seperti menangani wabak penyakit, peperangan, bencana alam dan sebagainya.

Beza PKP Dan Darurat

Secara ringkasnya, Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikatakan sebagai satu tindakan terhad bagi manusia melakukan aktiviti di luar rumah dengan kebenaran pihak berautoriti.

Bagi darurat pula, pergerakan rakyat akan terbatas. Hendak keluar rumah mesti mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Darurat bermaksud, "Keadaan susah yang datang dengan tidak disangka-sangka; keadaan yang menyusahkan."

Dalam Bahasa Inggeris perkataan darurat disebut 'curfew' yang bermaksud, "A regulation requiring people to remain indoors between specified hours, typically at night."

Perkataan curfew diambil dari kalimah Perancis curfeu atau couvre-fe; iaitu sejenis loceng yang dibunyikan oleh pihak pemerintah di Barat, pada zaman Kegelapan (Dark Ages) bagi menandakan waktu bagi semua penduduk memadamkan api rumah masing-masing, menghentikan segala aktiviti dan tidur.

Sesiapa yang ingkar arahan akan ditangkap dan dihukum oleh pemerintah ketika itu.

Asal-usul Perintah Berkurung

Terdapat banyak punca asal terjadinya peristiwa membunyikan loceng ini sebagai perintah 'berkurung' dan tidur, namun ramai sejarawan Barat mengatakan ianya dimulakan oleh Norman King antara tahun 1066 sehingga 1087 iaitu William The Conquerer di kepulauan United Kingdom.

Sewaktu menjadi pemerintah Normandy, beliau melihat situasi penduduk ketika itu menyalakan api di rumah sebagai kaedah pemanasan, namun ramai yang tidur tanpa memadamkan api sehingga mengakibatkan kematian akibat terbakar atau lemas dalam asap tebal.

Jadi, timbul idea supaya dibunyikan loceng agar semua penduduk memadamkan api tepat pukul 9 malam sebagai langkah keselamatan.

Tindakan membunyikan loceng ini disebut 'curfew' dan menjadi amalan di sesetengah negara Eropah selepas itu.

Jadi, aktiviti berkurung di rumah ini bukanlah perkara baru kerana sejak dari dulu lagi perintah berkurung atau darurat telah dilaksanakan agar keselamatan dan keadaan rakyat terjaga.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, adalah menjadi satu kemestian untuk kita mematuhi arahan pemimpin, bersabar dan yakin bahawa segala ujian dan kesukaran yang berlaku pasti akan berakhir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, May 13, 2020

Adakah Sah Bayar Zakat Tanpa Akad Ijab Dan Qabul?

Adakah Sah Bayar Zakat Tanpa Akad Ijab Dan Qabul?

Zakat merupakan ibadah wajib dan salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan pada tahun ke-2 hijrah, sepertimana hadis daripada Ibnu Umar r.a. yang maksudnya: "Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah iaitu satu gantang tamar atau satu gantang sya'ir pada bulan Ramadhan ke atas setiap orang Islam, sama ada yang bebas atau hamba lelaki atau perempuan." Hadis Muslim: (984)

Sah bayar zakat online

Para Fuqaha' menjelaskan, bahawa zakat merupakan sedekah yang wajib. Ia berdasarkan firman Allah SWT yang maksudnya: "Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Taubah, 103)

Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan di dalam kitabnya bahawa para fuqaha' berpendapat, yang dimaksudkan di dalam ayat di atas adalah zakat yang diwajibkan kepada seluruh umat manusia. (Lihat: Tafsir al-Wasit li Zuhaili: 1/913)

Begitu juga yang terdapat di dalam al-Mausu'’ah al-Fiqhiyyah menyatakan bahawa sedekah yang difardhukan di sisi syara' ke atas harta iaitu zakat harta. Sedekah yang diwajibkan ke atas anggota badan iaitu zakat fitrah. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaituyyah, 26/325)

Syarat Wajib dan Sah Zakat

Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan bahawa syarat-syarat mengeluarkan zakat terdapat syarat wajib dan sah.

Oleh itu, diwajibkan ke atas seorang muslim yang merdeka, baligh, berakal, pemilikan harta yang cukup bilangannya (Nisab) dan cukup tempohnya (Haulnya) serta sah pemberian zakat dengan sekadar berniat bagi tertunai kewajipannya. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1796)

Berniat merupakan penentuan sesuatu perkara itu sebagai ibadah dan ia membezakannya di antara ibadah-ibadah yang lain seperti zakat dan kafarah.

Ini sepertimana hadis daripada Saidina Umar al-Khattab r.a. Sabda Nabi SAW yang maksudnya: "Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat. Dan setiap perkara akan dibalas mengikut apa yang diniatkannya." Hadis Riwayat Muslim (1907)

Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi'e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh, "Ini Zakat harta" walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)

Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. (Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan di atas dan keterangan yang diberikan, pembayaran zakat sah sekiranya tidak disertakan akad ijab dan qabul.

Dan ini kerana syarat sah pemberian zakat adalah berniat dan mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta penyerahan dan penerimaan barang.

Namun, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya melakukan akad ijab dan qabul bagi memastikan tujuan dan matlamat pemberian zakat itu tercapai. Justeru pemberian zakat memerlukan keredhaan dan keikhlasan demi mendapat keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang maksudnya: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Baiyyinah, 5)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: muftiwp

Maksud Mimpi Melihat Ular Tedung

Maksud Mimpi Melihat Ular Tedung

Melihat atau terjumpa ular di alam nyata sememangnya sangat menakutkan bagi sesiapapun yang mengalaminya kerana ia adalah pengalaman yang menakutkan namun, bagaimana pula jika anda bermimpi melihat ular tedung? Apa maksud mimpi menakutkan itu?

Mimpi ular tedung
Gambar hiasan.

Berikut kami kongsikan beberapa tafsir disebalik mimpi bertemu ular tedung.

1. Maksud Mimpi Bertemu Ular Tedung Besar

Ular tedung besar yang dilihat dalam mimpi sering dikaitkan dengan kekecewaan yang akan anda alami di dunia nyata.

2. Maksud Mimpi Melihat Ular Tedung Di atas Mayat

Mimpi menakutkan ini mempunyai tafsiran yang tidak baik. Anda akan mengalami banyak godaan dalam kehidupan. Godaan ini biasanya berkaitan dengan wanita dan seks.

3. Maksud Mimpi Melihat Ular Tedung Hijau

Ular tedung hijau yang dilihat dalam mimpi adalah petunjuk tahap tenaga anda. Terdapat potensi negatif tersembunyi di dalam diri anda yang perlu disembuh dan dihapuskan.

4. Maksud Mimpi Bertemu Ular Tedung Putih

Mimpi melihat ular tedung putih adalah amaran bahawa anda harus berhati-hati. Malah, apa pun warna kulit, tedung adalah ular yang sangat berbahaya.

5. Maksud Mimpi Bertemu Banyak Ular Tedung

Bermimpi bertemu banyak ular tedung adalah tanda bahawa anda akan mengalami perubahan yang besar. Malangnya perubahan ini akan menjadi lebih buruk.

6. Maksud Mimpi Bertemu Ular Tedung di Rumput

Bertemu seekor ular tedung di padang rumput adalah petanda buruk. Anda dijangka akan mendapat berita buruk dalam masa terdekat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tarahap

Tuesday, May 12, 2020

Siapa Pencipta Roti Gardenia?

Siapa Pencipta Roti Gardenia?

Berbeza dengan roti lain, jenama Gardenia telah mempopularkan rasa roti yang unik dikenali sebagai 'resipi Pakcik Slocum' atau 'Uncle Slocum recipe', yang dikatakan enak dimakan begitu saja, kerap kali ditonjolkan sebagai kekuatan jenamanya.

Sejarah Roti Gardenia

Jika selama ini anda tertanya-tanya siapa sebenarnya Uncle Slocum yang dimaksudkan, kali ini kami ingin berkongsi beberapa persoalan tentang jenama Gardenia selain beberapa misteri tentang jenama tersebut.

Kedatangan Pakcik Slocum ke Sabah

Sejarah bagaimana bermulanya roti Gardenia di Malaysia sebenarnya bermula sejak tahun 1969 di negeri Sabah, namun hanya mula popular sekitar tahun 1986 di Semenanjung Malaysia. Ada sebabnya kenapa itu berlaku, yang akan diceritakan kemudian.

Untuk menceritakan tentang sejarah Gardenia, kita perlu mengetahui tentang IESC terlebih dahulu.

IESC Milik Keluarga Rockefeller

International Executive Service Corporations atau IESC merupakan sebuah badan pembangunan ekonomi yang berpusat di Amerika Syarikat dan diasaskan oleh salah seorang ahli keluarga Rockefeller iaitu David Rockefeller.

Penubuhan IESC adalah bertujuan untuk membangunkan firma-firma perniagaan milikan persendirian di seluruh dunia bagi membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat dunia.

Salah satu idea yang diajukan adalah untuk membangunkan cabang perniagaan roti di Malaysia pada tahun 1969, yang pada ketika itu baru saja beberapa tahun tertubuh.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Horatio Sye Slocum, seorang tukang roti berpengalaman yang telah bergiat lama dalam bidang pembuatan roti serta pasteri sebelum bekerja sebagai salah eksekutif bersama IESC, dihantar ke Malaysia bagi memulakan perniagaan roti.

Untuk memulakan perniagaan, Slocum yang hadir dengan bantuan dana IESC telah menjalinkan kerjasama dengan warga tempatan dan seorang ahli perniagaan terkenal Sabah bernama Wong Tze Fatt, sebagai rakan kongsi.

Mereka berdua bersama seorang lagi kenalan Slocum, pakar pembuat krim pasteri bernama Jim Humphries, menjadi 3 orang pengasas utama jenama yang kita kenali sebagai Gardenia sekarang.

Resepi roti yang merupakan salah satu kemahiran utama Slocumm menjadi kekuatan utama produk makanan hasil kerjasama itu.

Syarikat mereka iaitu Gardenia Food Industries terus berkembang dari Sabah ke Singapura dengan pembukaan Gardenia International Pty. Ltd. (Singapura), yang diharapkan dapat membantu mengembangkan pasaran mereka ke seluruh Asia Tenggara.

Tiba di Semenanjung Malaysia

Satu perkara yang perlu anda tahu, tidak jelas apa sebenarnya yang menghalang Gardenia Food Industries daripada melebarkan perniagaan mereka ke Semenanjung Malaysia.

Apa yang diketahui, jenama Gardenia yang ada di Semenanjung Malaysia dimulakan bermula daripada pembukaan sebuah kedai roti kecil di Plaza Bukit Timah, Singapura, pada tahun 1978, berasaskan kepada resepi sama yang dibawa oleh Sloccum.

Apa yang berlaku antara Gardenia International Pty. Ltd. (Singapura) dengan Gardenia Food Industries dalam perjanjian mereka, menjadi misteri yang sukar untuk dijelaskan.

Berikutan permintaan yang tinggi, keperluan untuk membesarkan perniagaan mula dilakukan sekitar tahun 1983 dan pada ketika inilah konsep mahu menjadikan roti putih sandwich sebagai identiti utama diperkemaskan Gardenia.

Kaedah pemasaran dengan pemfokusan kepada resipi Slocum mula digunakan, juga ditambah baik melalui kaedah pembuatan yang mampu menghasilkan produk lebih lembut dengan rasa lebih enak.

Dalam masa 2 tahun dibangunkan, jenama Gardenia berjaya mengambil alih pasaran, seterusnya menjadi pilihan utama warga Singapura.

Pada tahun 1986, sebuah syarikat baharu yang tiada hubung kait dengan Gardenia Food Industries di Sabah, selain daripada hanya berkongsi jenama yang sama, dibuka atas nama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd sebagai cabang kepada pecahan perniagaan yang bermula di Singapura bagi memasuki pasaran Semenanjung Malaysia pula.

Mungkin atas faktor pelesenan atau perjanjian di antara kedua-dua syarikat, kedua-dua entiti yang beroperasi atas nama Gardenia ini sehingga kini beroperasi dalam pasaran yang berbeza.

Gardenia Food Industries terus menjalankan perniagaan di Sabah dan Sarawak, Brunei dan Indonesia, sementara Gardenia Bakeries pula menjalankan operasi di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Pelik kan?

Dalam tahun yang sama, Gardenia di Singapura berjaya membuka kilang pertama mereka di republik itu sebelum memecah masuk pasaran Thailand setahun kemudian.

Pada tahun 1991, kilang roti Gardenia pertama dibuka di Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

Sejarah Yang Mengelirukan

Roti Gardenia Uncle Slocum

Oleh kerana jenama Gardenia berpecah dua dan kedua-dua syarikat tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain, kisah tentang syarikat roti ini pasti akan menyebabkan kekeliruan.

Apatah lagi apabila wujud perbezaan di antara produk di Semenanjung Malaysia dan Sabah, khasnya.

Namun, ramai mengatakan roti Gardenia di Semenanjung Malaysia lebih sedap dan lembut berbanding roti Gardenia di tempat asalnya, selain rangkaian produk kedua-dua syarikat juga berbeza.

Gardenia di Semenanjung Malaysia memfokuskan kepada penghasilan produk roti serta mee sebagai produk mereka, sementara di Sabah, Gardenia memasarkan produk roti dan pastri serta produk unik seperti minuman dalam tin.

Perkara ini menimbulkan kekeliruan besar apabila pada tahun 2015, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bagaimana hubungkait kedua-dua syarikat ini hanyalah pada jenama semata-mata.

Ini berlaku apabila kilang Gardenia Food Industries di Sabah diarahkan menutup premis selama 2 minggu akibat masalah kebersihan.

Apa yang jelas daripada sejarah jenama Gardenia ini adalah, kedua-duanya berkongsi resipi Slocum tetapi dijalankan oleh dua entiti atau syarikat yang langsung tiada kaitan. Bagaimana ini berlaku?

Kemungkinan ada pihak menjual lesen resipi Slocum kepada pihak ketiga untuk digunakan bagi penghasilan produk yang serupa, tetapi kenapa jenama dan logo yang sama dikekalkan? Entahlah.

Legasi Slocum

Slocum meninggal dunia pada 30 September 1982 ketika berusia 78 tahun dan namanya sehingga kini terus kekal menjadi rujukan resepi roti putih yang berkualiti tinggi.

Mendiang selamat dikebumikan di Forest Hill Cemetery yang terletak di Alabama, Amerika Syarikat.

Nasib seorang lagi pengasas jenama Gardenia iaitu Wong Tze Fatt pula agak kurang baik.

Selepas kejayaan demi kejayaan yang ditempa meletakkannya sebagai seorang 'taikun' perniagaan yang sangat disegani, Datuk Wong Tze Fatt dan isterinya, Datin Lee Bee Hee, ditemui mati dibunuh di kediaman mereka yang terletak di Kota Kinabalu, pada 10 Disember 2004.

Tze Fatt yang berjaya membangunkan kumpulan perniagaan Tong Hing selain menjadi pemilik utama Gardenia Food Industries, ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala dengan objek tumpul.

Pembunuh pasangan itu kemudiannya membakar bilik yang didiami kedua pasangan itu dan ketiga-tiganya, termasuklah pembunuh mereka mati dalam kebakaran itu.

Jenama Gardenia terus berkembang di seluruh Asia, menjadi pilihan utama mereka yang gemarkan roti putih sebagai santapan harian.

Namun, jenama hebat ini akan terus dihantui kisah sedih nasib yang menimpa pengasasnya, serta kekeliruan terhadap penggunaan jenamanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi