Isnin, Mei 11, 2020

Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Daripada Ibnu Umar: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam."

Bayar zakat fitrah online

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.

Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Terdapat dua jenis kategori zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan, yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Manakala Zakat Harta merupakan zakat yang dikenakan ke atas harta pemilik, contohnya:
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas/Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Penternakan

Setiap jenis Zakat memiliki cara pengiraan yang berbeza. Anda boleh merujuk laman PPZ MAIWP bagi mengira zakat yang perlu anda bayar berdasarkan pendapatan/simpanan anda.

Adakah sah membayar Zakat tanpa akad?

SAH. Akad hukumnya Harus.

Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi'e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh; "Ini Zakat harta" walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)

Bagi tujuan tutorial kali ini, contoh bayaran adalah untuk jenis Zakat Fitrah menggunakan akaun Maybank2u:
  1. Log in ke akaun Maybank2u.
  2. Pilih Bill Payment.
  3. Klik make a one-off payment.
  4. Pilih zakat dan charity.
  5. Pilih pusat zakat mana yang anda mahu salurkan.
  6. Masukkan amaun bayaran zakat berdasarkan jumlah pengiraan yang telah dilakukan. Pilih jenis zakat dan masukkan nombor telefon anda kemudian klik continue.
  7. Klik 'request for TAC' kemudian sistem Maybank akan menghantar 6 digit kod TAC ke no telefon anda. Seterusnya klik confirm.

Selesai. Cepat, selamat dan mudah.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
  • Waktu Harus. Bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  • Waktu Wajib. Selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  • Waktu Afdhal. Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh. Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  • Waktu Haram. Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahlabur

Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon