Friday, March 15, 2019

Pengisytiharan Darurat Bencana Dan Kenapa Ianya Sukar Dilaksankan?


Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, akan dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Pencemaran Sungai Kim-kim

Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN dan selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan Negara).

Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.

Darurat Bencana adalah berbeza dengan Darurat Keselamatan dan hanya boleh disytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, mengikut peruntukan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
Darurat Bencana yang dibuat secara pentadbiran dan eksekutif mengikut Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bertanggungjawab menyelaras pengurusan bencana negara dan bertanggungjawab membentuk serta memastikan segala dasar dan mekanisme pengurusan dipatuhi dan dilaksanakan pada setiap peringkat.

Jika Darurat Bencana dikuatkuasa, semua premis awam serta swasta termasuk kilang, ladang dan kawasan pembinaan akan ditutup.

Arahan penutupan itu tidak termasuk perkhidmatan air, elektrik, kesihatan, keselamatan, komunikasi, pengangkutan, kewangan serta pembekal bahan bakar.

Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan tiga peringkat pengurusan:
  1. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
  2. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
  3. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Negara ini pernah mengisytiharkan Darurat Bencana:
  1. Jerebu Sarawak 1997 (Indeks Pencemaran Udara lebih 600).
  2. Jerebu Pelabuhan Klang 2005 (Indeks Pencemaran Udara lebih 500).
  3. Jerebu Muar dan Ledang 2013 (Indeks Pencemaran Udara lebih 750).

Kesannya Pengisytiharan Darurat Adalah Seperti Berikut:
  1. Penggemblengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi atau Kementeriannya.
  2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.
  3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, RELA, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Mengapa kerajaan Persekutuan enggan mengisytiharkan darurat?

Terdapat beberapa alasan pokok melibatkan persepsi umum serta kos dan dalam politik, persepsi umum penting untuk membolehkan rakyat terus menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan.

Selain itu, kos pembiayaan pengendalian musibah ini akan menambahkan beban kerajaan Persekutuan.

Perisytiharan darurat bukan saja menjejaskan kepercayaan orang awam, malah keyakinan pelabur asing juga akan terjejas.

PENCEMARAN SISA KIMIA SUNGAI KIM-KIM

Pemilik syarikat haram tayar kitar semula, antara tiga suspek utama yang ditahan kerana dipercayai membuang sisa toksik ke Sungai Kim Kim.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin berkata kertas siasatan telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan penilaian dan pertimbangan untuk mendakwa.

Jika sabit kesalahan, individu terlibat akan dipenjara maksimum lima tahun dan juga denda RM500,000 di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Berdasarkan keputusan analisis terhadap empat sampel yang diambil JAS, pihaknya mendapati terdapat pelarut organik benzene, toulena, xilena dan ethilbenzena serta D-Limonina (digunakan untuk memproses pirolysis tayar).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon