Friday, August 30, 2019

Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib?

Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib?

Walaupun bukanlah jenama kereta Eropah terlaris di Malaysia dan di seluruh dunia, Alfa Romeo adalah antara pengeluar automotif yang berada dalam kelas tersendiri dan cukup disegani. Ada dikalangan peminat yang gilakan keunikan bunyi jentera-jentera Alfa Romeo.

Alfa-Romeo-Car-Logo
Alfa-Romeo.

Ada juga yang sukakan sejarah, kejayaan di litar lumba dan hubungan jenama itu dengan Enzo Ferrari serta kaitan pelumba-pelumba hebat seperti legenda 1930-an, Tazio Nuvolari dan Achille Varzi dan juara dua kali Formula Satu (F1) 1950-an, Alberto Ascari.

Alfa Romeo sangat sinonim dengan makna keghairahan dan soul, tetapi kononnya alasan paling cool untuk mencintai jenama ini ialah penampilan gril segitiga yang jika diperhatikan lebih dekat tersemat lencana dengan imej palang (salib) di samping seekor ular, dengan julukan biscione sedang menelan seorang manusia. Apakah maksudnya?

Ada pelbagai teori yang menyokong dakwaan tersebut.

LAMBANG DUKE MILAN

Tidak banyak pengeluar automobil yang meletakkan logo jenama dalam bentuk lencana logam seakan jata atau coat of arms.

Antara pengeluar selain Alfa Romeo yang menampilkan lencana logam ialah Saab dengan imej kepala Griffin mengeluarkan api, yakni makhluk legenda dalam mitologi Mesir dan Parsi purba.

Begitu juga logo Peugeot dengan imej singa mendepangkan kaki yang sejarahnya dapat dijejak sehingga 1847.

Logo Alfa Romeo pula jika dijejaki mempunyai kaitan dengan bandar kelahiran jenama itu di Milan, Itali.

Logo tersebut pernah menjadi lambang keluarga Visconti sebagai penguasa atau duke ibu kota itu pada abad 11 hingga 15 Masihi.

OTTONE VISCONTI

Alfa-Romeo-Car-Logo
Ottone Visconti.

Menurut kisah legenda, semasa Perang Salib Kedua, Ottone Visconti (1207-1295), mencabar ketua Saracen (istilah orang Kristian yang merujuk kepada orang Islam pada zaman pertengahan), Voluce, supaya bertarung yang ketika itu memakai baju dengan lengan tertera jata seekor ular sedang menelan seorang lelaki.

Ottone menang sambil membawa pulang senjata dan lambang milik Voluce itu ke Milan untuk dijadikan simbol kepahlawanan keluarga Visconti. Simbol tu kemudian digunakan pada perisainya.

Ada kenyataan mendakwa imej lelaki ditelan ular biscione itu dimerahkan untuk menggambarkan orang Saracen, tetapi kemudian digantikan dengan kanak-kanak bagi menunjukkan kebaikan ular Visconti.

Malah, menurut sumber Alfa Romeo sendiri, dipetik Jalopnik, ular itu bukan menelan, sebaliknya mengeluarkan manusia sebagai simbol manusia baharu, kelahiran semula dan disucikan.

Tetapi kalau kita melihat posisi dan gerak badan manusia (atau budak) pada mulut ular itu, ia tidak nampak seperti dikeluarkan, tetapi ditelan. Jadi tidak hairan orang ramai mengganggap ular itu sedang menelan mangsa.

Simbol tersebut kemudian digunakan walaupun keluarga Visconti sudah meninggal dunia dan digantikan keluarga Sforza sebagai penguasa Milan dengan meneruskan legasi lambang itu sebagai jata pemerintahan.

Imej ular melingkar tersebut turut menjalinkan Milan dengan dua bandar di Poland menerusi perkahwinan Bona Sforza dan Raja Sigismund I.

Ular-biscione

Jika berjalan di Milan, anda akan perasan imej ular biscione pada jubin lantai, dinding stesen keretapi Milano Centrale, dan tembok kota Castello Sforzesco di pusat bandar.

Menariknya, kadangkala muka lelaki yang sedang ditelan ular itu kelihatan tenang sahaja seakan pasrah dengan nasib diterima, tetapi kebiasaannya imej 'lelaki malang' itu tidak ditunjukkan muka.

Pada lambang Alfa Romeo, sebuah syarikat yang berakar umbi di pusat industri Milan, imej ular biscione berkongsi ruang dengan simbol salib merah dan latar belakang putih seperti yang terdapat pada bendera Milan.

Tembok kota Castello Sforzesco juga jelas terpapar lambang ular biscione menelan seorang lelaki.

KONTROVERSI SALIB

Apakah itu simbol iluminati? Entahlah, anda mungkin boleh bertanya sendiri kepada jabatan perhubungan awam kumpulan misteri itu.

Tetapi persoalannya, adakah peminat Alfa Romeo tahu rahsia sebenar di sebalik logo kereta idaman mereka itu?

Pasti ramai dikalangan pembeli Malaysia tidak tahu rahsia di sebalik imej ular biscione menelan lelaki pada logo Alfa Romeo dan kaitan simbol tersebut dengan Perang Salib Kedua.

Namun apa yang pasti, simbol salib yang tertera di sebelah ular itu sedikit sebanyak menghalang populariti jenama tersebut di kalangan pembeli Islam.

Situasinya sama seperti simbol tali leher bow pada logo Chevrolet yang berbentuk salib.

Tetapi, di kalangan peminat kereta lama kategori rare, model-model Alfa Romeo sentiasa ada kelompok peminatnya yang tersendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pandulaju

Wednesday, August 28, 2019

4 Sebab Kenapa Saintis Mahu Menerokai Planet Marikh

4 Sebab Kenapa Saintis Mahu Menerokai Planet Marikh

Daripada organisasi-organisasi besar seperti NASA (Amerika Syarikat) dan Roscosmos (Russia) sehinggalah kepada syarikat persendirian seperti SpaceX yang ditubuhkan oleh Elon Musk, semuanya memfokuskan kepada eksplorasi terhadap planet Marikh.

Menerokai Planet Marikh

Persoalannya, kenapa penerokaan ke planet merah ini penting buat organisasi-organisasi ini? Bukan sahaja teknologi dan pelbagai kajian dilakukan untuk misi ini, malah NASA juga dikhabarkan telah mempunyai calon yang sesuai sebagai angkasawan pertama untuk dihantar ke Marikh.

Manusia yang terpilih tersebut adalah Alyssa Carson, yang kini sedang menjalani pelbagai latihan insentif bagi merealisasikan perancangan NASA untuk menghantar manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2033.

Persoalannya, kenapa para saintis berlumba-lumba hendak menerokai planet Marikh?

1. Perasaan ingin tahu

Suatu kajian yang dibuat oleh saintis biasanya untuk menyelesaikan masalah atau berpunca daripada perasaan ingin tahu.

Pada tahun 1976, NASA telah melancarkan 2 misi ke planet Marikh iaitu Viking 1 pada 20 Julai 1976 dan Viking 2 pada 3 September 1976.

Kedua-dua misi ini adalah misi terawal yang berjaya melakukan pendaratan di planet Marikh dan robot telah berjaya menemui bukti kewujudan air di planet Marikh.

Walau bagaimanapun, persoalan sama ada terdapat hidupan di planet Marikh masih lagi belum dapat dirungkai.

2. Pencarian tempat tinggal baru buat manusia

Bagi Elon Musk, beliau merancang untuk mewujudkan penempatan manusia di planet Marikh bagi memastikan manusia tidak akan pupus sekiranya Perang Dunia Ketiga benar-benar berlaku.

Saintis juga percaya Bumi semakin nazak dengan pelbagai pencemaran dan perubahan iklim yang drastik, menjadikannya tidak selamat untuk diduduki.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksa saintis tidak memfokuskan kepada penyelesaian kepada pencemaran alam sekitar.

Malah, perpindahan manusia ke Marikh juga dilihat sebagai alternatif terakhir sekiranya Bumi hancur pada masa hadapan.

3. Mendorong penciptaan teknologi baru

Sekiranya anda tidak tahu, eksplorasi ke angkasa lepas sebenarnya banyak memberi manfaat kepada manusia.

Solusi dan teknologi baru yang dicipta bagi menyelesaikan sesuatu masalah telah memberi banyak kebaikan kepada manusia. Misalnya, penciptaan satelit.

Kini, satelit telah digunakan secara meluas dalam bidang komunikasi, penentuan masa dan kedudukan (GPS).

Selain itu, misi Apollo oleh NASA satu ketika dahulu juga membawa kepada penciptaan cip mikroelektronik yang kini banyak digunakan dalam kalkulator dan komputer.

Tanpa ciptaan cip mikroelektronik ini, kita berkemungkinan masih lagi menggunakan barang-barang elektronik bersaiz besar.

Dalam eksplorasi planet Marikh, kajian menggunakan robot mendapati terdapat kemungkinan hidupan disana.

Walaupun terdapat beberapa persamaan mengenai ciri rekabentuk dan geografi Marikh dan Bumi, terdapat juga beberapa perbezaan yang ketara antara keduanya.

Saintis mungkin boleh membuat kajian mengenai kewujudan hidupan dan evolusi kehidupan di Marikh, kemudian menggunakan dapatan daripada kajian tersebut kepada manusia di Bumi ini.

4. Mewujudkan kerjasama antarabangsa

Bagi NASA, eksplorasi ke Marikh bukan sahaja menguntungkan pihaknya, tetapi semua negara atau organisasi yang terlibat.

Pelbagai halangan dan kesukaran untuk terbang ke Marikh dan melakukan pelbagai kajian tentang kemungkinan mewujudkan koloni manusia di sana sebenarnya menggalakkan pelbagai organisasi dari seluruh dunia untuk bekerjasama.

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan antara contoh dalam bab ini. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara terawal yang mencadangkan pembinaan ISS, kini banyak organisasi lain turut mempunyai modul mereka di ISS antaranya Russia dan European Space Agency (ESA).

Malah, angkasawan pertama Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor juga pernah menjejakkan kaki ke ISS pada tahun 2007.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Cara Membuat Baja Cecair Air Kelapa Organik Agar Buah-buahan Berbuah Lebat

Cara Membuat Baja Cecair Air Kelapa Organik Agar Buah-buahan Berbuah Lebat

Dalam bidang pertanian, negara Thailand jelas mendahului kita sama ada dari segi kualiti mahu pun kuantiti buah yang dihasilkan kerana pokok buah-buahan mereka berbuah lebat setiap tahun. Tidak dinafikan banyak faktor yang menjadi punca sesebuah pokok untuk menghasilkan buah yang banyak, antaranya adalah racun dan baja yang digunakan.

Baja Cecair Air Kelapa Organik

Walaupun masih ada petani di sana yang menggunakan baja kimia, tapi sebenarnya ramai yang telah bertukar menggunakan baja organik yang dihasilkan sendiri. Yang penting hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad. Lepas ini anda tak perlu lagi risau pasal pokok tak berbuah lebat.

Pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun.

Ada orang kata mereka guna baja kimia, tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

Bahan-Bahan:
  • 2kg kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan.
  • 2kg gula perang.
  • 1 biji ragi tapai.
  • 1 botol yakult.
  • 2 kotak susu segar.
  • 2 biji air kelapa muda.

Cara-cara:
  • Kisar halus kulit telur dengan menggunakan pengisar kering.
  • Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas.
  • Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  • Selepas 14 hari, saring bahan untuk mengambil pati air perapan.
  • Buang daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
  • Gunakan 10ml pati bersama 20 liter air dan sembur pada permukaan daun seminggu sekali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: penhitam

11 Kesilapan Tentang Seks Yang Dilakukan Wanita

11 Kesilapan Tentang Seks Yang Dilakukan Wanita

Adakah anda sebagai seorang wanita selalu menyalahkan pihak lelaki apabila hubungan intim di kamar tidur semakin hambar? Dalam hubungan ranjang, lelaki ada salahnya juga, tapi bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, kan? Mungkin anda pun bersalah juga!

Kesilapan seks wanita
Gambar hiasan.

Wanita akan menyalahkan pihak lelaki jika hubungan intim yang dulunya penuh ghairah sudah tidak lagi nakal atau bergetah.

Wanita akan mengadu lelaki tidak lagi memahami tubuh mereka atau tidak lagi pandai menaikkan nafsu.

Semak senarai yang disediakan ini untuk mengenal pasti kesalahan yang mungkin wanita lakukan ketika di ranjang dan jika ada kesalahan yang di lakukan, baiki dan mana tahu anda peroleh nikmat dan kepuasan yang dicari-cari selama ini!

Mari semak 11 kesalahan seks yang sering dilakukan oleh wanita dan bagaimana anda boleh memperbaikinya.

1. Anda mulakan godaan

Rasa tidak sopan jika anda memulakan godaan dulu? Merepek! Lelaki sering menganggap mereka terpaksa memulakan godaan dan pujukan untuk bermesra terlebih dahulu dan kecewa apabila permintaan mereka ditolak.

Jadi, jika anda rasa sedikit nakal dan ghairah untuk menggoda suami anda itu, cakap saja padanya! Jangan rasa malu.

Lagi bagus kalau anda dengan seksinya menarik tali leher atau tangannya dan secara perlahan-lahan terus ke kamar.

2. Percaya lelaki sentiasa inginkan seks

Faktor usia dan tanggungjawab memainkan peranan. Lelaki dewasa mungkin tidak selincah zaman remajanya.

Mereka tidak selalu bersedia untuk melakukan seks. Tanggungjawab dan kehidupan harian harus dilaksanakan.

Ramai wanita tidak percaya akan hal ini, tapi ia perkara benar! Jika suami anda sibuk dan menolak untuk bersenggama, jangan ambil hati! Cuba bersabar dan memahaminya.

3. Panik apabila dia cuba sesuatu yang baru

Tolak sesuatu perkara hanya sebab ia berbeza, satu benda yang mengecewakan, betul tak?

Jika suami mengajak anda mencuba sesuatu yang baru, bukan bermaksud dia bosan dengan perkahwinan ini! Cuba lapangkan minda anda.

Jika dia ingin melakukan hubungan intim sambil menonton filem lucah, cubalah! Tapi bertolak ansur di antara satu sama lain.

Contohnya; anda boleh memilih filem lucah apa yang ingin ditonton. Jika apa yang dia cadangkan menyinggung anda, beritahu dia! Mungkin anda boleh cuba benda lain.

4. Tak beri panduan/arahan

Kita semua tahu betapa teruknya lelaki jika mereka tiada arahan dan panduan, bukan?

Jadi, kenapa menganggap anda akan puas dan hubungan intim ini akan panas, jika hanya mendiamkan diri tika di kamar?

Kalian kena berkomunikasi ketika melakukan hubungan intim, atau mereka akan lost!

5. ‘Senyum dan terima’

Anda tak perlu berlakon dan bersabar ketika melakukan hubungan intim! Jika pasangan melakukan sesuatu yang menurunkan ghairah anda, beritahu dia! Kemudian, cadangkan sesuatu yang boleh dia lakukan.

6. Anda sering bawa imej ‘Ibu’

Anda sering lupa bila berada di atas katil dengan pasangan, anda bukan lagi seorang ibu! Mana pergi wanita seksi yang mengghairahkan itu? Bersembunyi di sebalik mod seorang ibu?!

Jangan lupa, lelaki anda mengahwini seorang wanita seksi yang mengghairahkan!

Wanita itu lebih lincah dan nakal berbanding imej ‘ibu’ yang lupa anda tanggal ini. Jadi, lepas anak-anak tidur, buang personaliti ‘ibu’ anda dan raikan kenakalan dalam diri!

7. Risau tentang bentuk badan

Anda mahu mencuba posisi baru tapi berasa rendah diri dengan bentuk tubuh anda.

Sedangkan hakikatnya, pasangan anda tak pernah kisah BAGAIMANA bentuk tubuh anda, sebaliknya mereka terlalu gembira dan amat menghargai anda TELAH BERBOGEL!

Jadi, berhenti fikir bukan-bukan dan yakin dengan bentuk badan anda!

8. Kaku di atas katil

Kaku? Keras tak bergerak seperti mayat? Anda ingat seronok? Janganlah berbaring saja dan tunggu hubungan seks ini selesai!

Ambil bahagian, naik ke atas pasangan. Ambil alih! Lebih-lebih lagi jika anda rasa tidak puas.

9. Tak spontan

Bila sudah memiliki anak, anda akan cenderung menjadi lebih teratur dengan pelbagai jadual.

Tapi apa kata, selepas anak anda masuk tidur, buang saja semua jadual harian itu dan jadi spontan! Melakukan hubungan intim DI LUAR bilik tidur pun seronok juga!

Jadi spontan dan jangan khuatir tentang apa yang sepatutnya anda buat.

10. Bersihkan diri dan berdandan

Ya, anda tiada masa untuk berdandan atau bercukur. Tapi ini bukan alasan untuk membiarkan bulu memenuhi badan anda! Jijiknya.

Anda tak perlu sentiasa bercukur, tapi cukuplah dengan hanya merapikan bulu-bulu di bahagian V atau kaki, agar ia sentiasa kemas dan bersih. Jangan beri alasan!

11. Tak mahu seks oral

Kebanyakan wanita menolak untuk bercakap tentang hal ini. Jika anda tidak mahu seks oral, jangan biarkan pasangan anda terpinga-pinga.

Jelaskan padanya, beritahu isi hati anda, kerana dari perbincangan, kalian akan mencapai kompromi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Maksud Mimpi Melihat Orang Tidak Dikenali

Maksud Mimpi Melihat Orang Tidak Dikenali

Apabila anda bermimpi melihat seseorang yang tidak dikenali dalam mimpi, itu ternyata sangat membingungkan. Anda melihat mereka dalam mimpi, tapi tidak mampu menafsir apa maksudnya kerana belum pernah bertemu mereka dalam kehidupan nyata.

Manusia misteri

Ada beberapa alasan mengapa anda mungkin bermimpi bertemu atau melihat orang yang tidak dikenali yang tiba-tiba muncul dalam mimpi.

Tafsir mimpi melihat orang tidak dikenali

1. Bermimpi melihat pemuda berkulit putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda berkulit hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.

2. Jika bermimpi melihat diikuti oleh seorang pemuda, bererti dia akan berjumpa dengan musuh.

3. Jika bermimpi melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

4. Jika bermimpi melihat pemuda yang tidak dikenali dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.

5. Wanita yang bermimpi melihat perempuan muda bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapat kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

6. Jika bermimpi melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya, bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya.

7. Jika bermimpi melihat wanita tua bukan Islam, bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

8. Jika bermimpi melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya.

9. Jika bermimpi ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya, bererti dia sukar mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampak suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

8 Panduan Dan Tips Penjagaan Skuter

8 Panduan Dan Tips Penjagaan Skuter

Skuter merupakan sejenis motosikal yang secara tradisionalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka "boleh langkah" (step-through), roda yang saiznya tidak melebihi 16 inci, serta enjin yang terletak di bahagian belakang bawah penunggang.

Skuter Peugeot Kisbee 4T RS
Peugeot Kisbee 4T RS.

Walau bagaimanapun, terdapat juga reka bentuk skuter lebih moden yang turut menerapkan ciri-ciri bagi klasifikasi motosikal lain ke dalamnya.

Amalkan memeriksa dan meluangkan masa meneliti setiap bahagian skuter anda. Ikuti jadual penjagaan dicadangkan pengeluar skuter, menggunakan pelincir dan alat ganti tulen dan berkualiti.

1. Penukaran minyak hitam

Dilakukan mengikut jarak yang dicadangkan pengeluar iaitu 4,000-5,000 km atau mengikut kekerapan perjalanan.

Contoh, kalau motor jalan 1,000 km tapi sudah sebulan guna minyak hitam tu, maka bolehlah tukar.

Walaupun motor belum sebulan tapi dah jalan 2000 km maka patut tukar juga.

Minyak hitam yang di syorkan: Shell VSX (kalau tak jalan jauh), Shell SX (long distance). Sebab VSX cepat kering kalau nak long distance.

Jadi, elak guna minyak yang cair macam VSX atau sebagainya jika nak buat long journey.

Penggunaan Shell VSX untuk skuter pilihan yang baik kerana kualiti Shell VSX adalah yang terbaik bagi rangkaian minyak pelincir Shell Advance.

Pelincir semi-sintetik ini mempunyai tahap kestabilan oksida yang lebih baik pada suhu operasi enjin yang tinggi dan ini menjamin prestasi serta perlindungan bagi enjin pada cuaca panas dan perjalanan jauh.

2. Servis air filter

Lakukan servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara. Servis Karburetor setiap 10,000 km dan disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.

3. Penggantian palam pencucuh

Perlu ditukar setiap 10,000 km untuk memastikan percikan api sentiasa berada dalam keadaan baik.

4. Periksa Brek

Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe.

5. Air Bateri

Periksa air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.

6. Periksa keadaan belting

Tukar belting dalam kira 1,700 km. Lebih kurang dalam 2-3 bulan sekali. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase.

Cuba check belting dengan melipat tali belting. Tengok kalau ada crack walaupun sikit. Bagus tukar terus sebelum putus.

Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali.

7. Minyak gearbox

Tukar 1st kalau boleh masa 500 km pertama sebab ketika inilah banyak geseran antara gigi-gigi gear.

Selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, aku tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000 km tapi max 10,000 km. Pendapat aku ye.

8. Pemeriksaan berkala

Periksa motosikal anda untuk mengenal pasti kerosakan kerosakan kecil yang lain sebelum ia merebak menjadi kerosakan lebih besar.

Sayangi motosikal anda dan cuba ambil masa untuk membersihkannya sendiri kerana ia membantu anda mengenal pasti kerosakan. Sentiasa pastikan setiap bahagian bergerak lancar dan dalam keadaan baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: FSA

Tuesday, August 27, 2019

20 Amalan Agar Mudah Mendapat Rezeki Yang Halal

20 Amalan Agar Mudah Mendapat Rezeki Yang Halal

Dalam usaha kita mencari rezeki yang halal, pastikan kita merujuk kepada Al-Quran dan Hadis supaya setiap usaha kita tersebut mendapat pertolongan-Nya, di permudahkan dan berada di landasan yang betul, sepanjang usaha kita tersebut.

Amalan Mudah Mendapat Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi SAW: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi SAW, "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah

Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.

Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW, "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Seawal Pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.

Baginda SAW bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Rahsia murah rezeki

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"...dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar

"Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja." (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.

Nabi SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan memberi "Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Ada Lagi Tak Rahsia Murah Rezeki ? Klik SINI untuk dapatkan rahsia yang lebih mendalam lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: jais

Pos Laju 'SendParcel' Lebih Mudah Dan Jimat

Pos Laju 'SendParcel' Lebih Mudah Dan Jimat

Mudah dan jimat. Itu kemudahan yang bakal dinikmati pengguna, terutama bagi peniaga dalam talian, menerusi inovasi perkhidmatan penghantaran barang terbaharu Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Pos Laju SendParcel (SandParcel).

Pos Laju SendParcel

Menurut Pos Malaysia, servis dalam talian itu dipertingkatkan untuk manfaat lebih besar kepada pengguna khususnya dalam perusahaan kecil dan sederhana (IKS), usahawan mikro serta pemain perniagaan sektor e-dagang, selain menawarkan lebih banyak pilihan produk bagi memenuhi keperluan semua pihak.

Pelanggan kini dapat menikmati tawaran harga terbaik, perkhidmatan kutipan barangan percuma dan tidak perlu lagi mengisi label penghantaran atau nota konsainan secara manual kerana dijana secara automatik oleh sistem dalam talian tersebut.

Selain itu, platform ini juga membolehkan pelanggan menguruskan penghantaran pukal dan alamat secara dalam talian, mendapatkan kadar penghantaran serta-merta dengan sebut harga segera, kemudahan laporan dan jejakan barangan serta kredit bonus untuk pelanggan setia.

Platform baharu itu merupakan usaha Pos Malaysia memantapkan perkhidmatan sekali gus menyokong aspirasi memanfaatkan peluang e-dagang di dalam dan luar negara.

Untuk menggunakan SendParcel, pelanggan hanya perlu membuka akaun dengan Pos Laju dan menambah kredit menerusi laman sesawang www.poslaju.com.my.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Pos Malaysia di https://sendparcel.poslaju.com.my/secure/topup_packages

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sarapan Percuma (PSP) Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula Tahun 2020

Sarapan Percuma (PSP) Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula Tahun 2020

Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula dan langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

PROGRAM SARAPAN PERCUMA (PSP)

Ia bukan sahaja memberi makanan berkhasiat dalam membentuk generasi baharu yang sihat, malah mendidik anak-anak mengenai sivik dan disiplin.

Sebelum makan basuh tangan, lepas makan kena kemas. Mereka semua ini akan makan bersama guru, katanya lagi.

Ditanya sama ada pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sahaja yang akan diberikan makanan percuma, Maszlee menjelaskan makanan itu untuk semua pelajar.

"Semua pelajar akan dapat. Pelajar sesi pagi akan menikmati sarapan, begitu juga pelajar sesi petang," katanya.

10 SOALAN LAZIM PROGRAM SARAPAN PERCUMA (PSP)

1. Apa itu  Program Sarapan Percuma (PSP)?

Memberikan makanan berkhasiat yang mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran mereka.

2. Siapakah kumpulan sasar?

Semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan dengan anggaran seramai 2.7 juta orang.

3. Bagaimana murid prasekolah, sekolah menengah?

Mereka tidak terlibat untuk program ini dan makanan untuk murid prasekolah melibatkan tatacara perolehan yang berlainan.

4. Bila dilaksanakan?

Bermula pada sesi persekolahan tahun 2020.

5. Bagaimana pengurusan PSP dan siapa pihak bertanggungjawab?

Menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah terlibat.

6. Waktu PSP dilaksanakan pukul berapa?

Dilaksanakan selama 30 minit di antara pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi sekolah sesi pagi dan di antara pukul 12 tengah hari hingga 4.00 petang bagi sekolah sesi petang.

7. Berapa kos?

Kementerian Pendidikan sedang meneliti kos yang bersesuaian bagi memastikan semua murid dapat menikmati hidangan yang baik dan berkualiti.

8. Bagaimana dengan penentuan menu dan jaminan kualiti?

Perbincangan berterusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar pemakanan di beberapa universiti tempatan. Langkah-langkah bersesuaian melalui kerjasama pelbagai pihak diambil bagi menjamin kualiti sarapan yang disediakan.

9. Ada projek rintis PSP?

PSP rintis telah bermula di beberapa buah sekolah sejak awal Ogos 2019 dan dijangka berakhir pada Oktober 2019.

10. Peruntukan PSP guna dana daripada kutipan cukai gula?

Penggunaan dana daripada cukai gula merupakan sebahagian daripada cadangan yang akan diteliti dalam Jawatankuasa Khas yang akan ditubuhkan bagi bincang mengenai PSP secara terperinci

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Menjadi Jutawan Selepas Gagal 348 Kali!

Menjadi Jutawan Selepas Gagal 348 Kali!

Pandora merupakan aplikasi saranan muzik online yang dilancarkan sejurus sebelum terletusnya dot-com bubble pada bulan March 2000, sewaktu krisis yang melihat banyak perusahaan online ditutup dan walaupun ketika ini Pandora merupakan penyedia servis muzik digital yang paling berjaya di dunia, kisah kejayaan Pandora tidak berlaku dalam masa sehari.

Tim Westergren Pandora
Tim Westergren.

Menurut Tim Westergren, salah seorang pengasasnya dan CSO perniagaan tersebut, pada mulanya ketika Pandora dikenali sebagai Savage Beast Technologies, para pengasasnya menghabiskan lebih daripada empat tahun bekerja keras tetapi sentiasa menemui kegagalan.

Usahawan berjaya ini pernah ditolak lebih 300 kali dan beliau tetap tidak mengalah sehingga berjaya!

“Kami gagal dan gagal. Seumpama kaki judi yang berjalan keluar dari kasino dengan seluar dalamnya.”

Jadi apakah tindakan Tim Westergren dan perusahaannya yang baru bermula ketika itu? Sebelum nasib berubah, empat tahun berlalu dengan pantas.

“Kami terus menrus melakukan perubahan untuk menjadi semakin bagus selama beberapa tahun,” kata Tim Westergren.

”Kami hanya berpegang erat dengan nyawa kami. Wang habis selepas setahun berlalu dan kami bekerja tanpa ganjaran.”

Beliau mengatakan bahawa demi mempertahankan perniagaan pada tahun-tahun awal, para pekerja bertahan hanya dengan “rasa tanggung jawab dan kepercayaan di antara satu sama lain.”

Pada saat inilah para eksekutif harus mempunyai kebolehan memberi motivasi kepada pekerja mereka dengan semangat bisnes yang kuat. Ketika itu, nasib mereka di hujung tanduk.

Mereka telah memaksimumkan penggunaan 11 kad kredit, mengumpul hutang peribadi sebanyak $500,000 dan hampir-hampir diusir dan bagi mencukupkan modal, Westergern bekerja tanpa gaji dan meyakinkan pekerja yang lain mengikut jejak langkahnya.

50 orang pekerja syarikat bekerja selama beberapa tahun tanpa gaji. Lima di antara mereka kemudian memegang syarikat.

Tim Westergren ingat bahawa beliau pernah memohon pelaburan daripada para pelabur dan venture capital sebanyak 348 kali tanpa hasil ketika zaman kegelapan itu. Ini kerana ketika itu para pelabur lebih berhati-hati dalam memberi komitmen setelah letusan dot-com bubble dan kerana industri muzik online yang tidak stabil.

Ketika itu, isteri Tim Westergren turut menggesa beliau untuk berhenti daripada menjadi usahawan dan ini merupakan nasihat terbaik yang pernah beliau terima: “Sebagai usahawan, seseorang akan selalu meminjam wang, kecualilah seseorang amat bernasib baik.”

Nasib berubah pada tahun kelima. Pada tahun 2004, hanya berbekal kecekalan, Pandora berjaya mengumpul dana $9 juta di bawah pimpinan Pengarah Urusan Walden Venture Capital, Larry Marcus.

Larry sendiri merupakan seorang ahli muzik yang pernah menolak Tim Westergren sebanyak lima kali dan sehari setelah berjaya mendapat dana, pihak pengurusan mengadakan mesyuarat besar.

Mereka memulakan mesyuarat dengan membahagikan sampul berisi $100 kepada para pekerja yang tinggal, kemudian mengagihkan pembayaran berjumlah $1.5 juta pada hari yang sama.

Sekarang, Pandora telah mengasaskan model bisnes paling berjaya dan berkembang menjadi perkhidmatan radio digital yang diminati ramai.

Setelah selesai versi pertama Radio Pandora, semua ahli team berkata pada diri sendiri, "Ini benar-benar hebat."

“Kami memang sentiasa yakin bahawa produk ini akan menemui "rumahnya" (finds its home),” kata Tim Westergren. Keyakinan inilah yang membuatkannya terus bertahan.

“Sehingga ke hari ini, kami mengirim ratusan ribu e-mail setiap bulan kepada pendengar. Kami menjawab setiap pertanyaan mereka secara peribadi dan kebanyakannya untuk menunjukkan rasa terima kasih kami kepada mereka."

Jika anda pernah gagal sekali, ingat, usahawan berjaya ini pernah gagal sebanyak 348 kali!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: usahawan