Tuesday, April 11, 2017

Fakta Menarik Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) Ramai Tak Tahu!


Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Space Station (ISS) merupakan sebuah satelit buatan yang mampu didiami oleh manusia dan berfungsi untuk menjalankan kajian dan penyelidikan di angkasa lepas.

ISS

Sebenarnya, terdapat beberapa fakta penting yang mungkin kita tidak pernah tahu mengenai ISS sebelum ini.

Sejarah

Selepas Perang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa bersama pihak Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada.

Stesen ini menggabungkan Stesen Angkasa Freedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) dan Columbus (Eropah).

Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering tertunda kerana kos yang semakin meningkat.

Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen ISS sebelum dipasang oleh angkasawan. Bahan-bahan ini dihantar melalui Kapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal angkasa Soyuz, Progress Rusia dan lain-lain.

Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca kat bawah ni.

1. Pusat Penyelidikan Angkasa Antarabangsa

Stesen Angkasa Antarabangsa, International Space Station ISS) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi berada di dalam orbit rendah bumi.

2. Ketinggian Dari Bumi

ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi dan mengorbit (mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j.

3. Jumlah Orbit Bumi Setiap Hari

Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.

4. Pengunjung

ISS juga telah dikunjungi oleh para angkasawan dari 15 buah negara yang berbeza.

5. Tarikh Pelancaran

Stesen ISS telah dilancarkan pada 20 November 1998.

6. Angkasawan Bertugas

Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa.

7. Pusat Latihan Angkasawan

Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.

8. Gabungan Kepakaran Teknologi

ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada dan Eropah. Pemilikan dan penggunaan stesen angkasa lepas ini telah diwujudkan melalui perjanjian antara kerajaan.

9. Fungsi ISS

Fungsi Stesen Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.

10. ISS Terbahagi Dua

Stesen ISS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu segmen orbit Rusia (ROS) dan segmen orbit Amerika Syarikat (USOS) yang dikongsi oleh banyak negara lain.

11. Rekabentuk ISS

Stesen Angkasa Lepas Generasi Ketiga reka bentuk ISS ini telah direka mengikut reka bentuk siri Salyut dan Almaz, Cosmos 557, Skylab dan Mir sebagai sebuah stesen angkasa lepas prototaip ke-11 yang dilancarkan.

12. Generasi Ketiga

ISS merupakan stesen angkasa lepas modular generasi ketiga.

13. Makanan Tidak Sedap

Kebanyakan makanan di atas stesen ISS ini telah diletakkan di dalam bungkusan plastik yang telah divakumkan.

14. Makanan Dalam Tin Terlalu Mahal

Makanan dalam tin menelan belanja yang sangat mahal dan terlalu berat untuk diangkut, oleh itu jumlahnya di ISS sangat sedikit. Makanan seperti ini secara umumnya tidak disukai oleh angkasawan dan apabila digabungkan dengan kekurangan rasa dalam persekitaran mikrograviti ini, mereka perlu menggunakan usaha sendiri bagi menjadikan makanan tersebut menjadi sedap.

15. Tiada Bilik Air

ISS tidak mempunyai bilik mandi dan angkasawan akan mencuci badan mereka dengan menggunakan jet air dan kain lap basah dengan sabun yang diletakkan di dalam bekas seperti tiub ubat gigi.

16. Sabun Yang Tidak Perlu Dibilas

Angkasawan juga dibekalkan dengan sabun yang tidak perlu dibilas dan ubat gigi yang boleh dimakan bagi menjimatkan air.

17. Menggunakan Kuasa Solar

Bekalan kuasa ISS dibekalkan melalui lapisan kaca Photovoltaic. Panel kuasa solar atau dikenali sebagai Photovoltaic arrays yang mempunyai dwi-permukaan menyediakan kuasa elektrik untuk ISS. Sel-sel bifacial ini lebih cekap dan mampu beroperasi pada suhu yang lebih rendah berbanding sel tunggal yang kebiasaannya digunakan di Bumi. Ia juga mampu mengumpul cahaya matahari dan cahaya yang dipantulkan dari Bumi.

18. Dilengkapi 100 Buah Komputer

ISS dilengkapi kira-kira 100 buah komputer jenama IBM Lenovo ThinkPad model A31 dan model T61P. Setiap komputer yang dipasang di ISS telah dibeli secara komersial di mana ia kemudiannya diubahsuai untuk keselamatan dan operasi termasuk proses kemaskini kepada penyambungan, penyejukan dan kuasa untuk menampung sistem kuasa DC setinggi 28V dan persekitaran yang sukar.

19. Angkasawan Pertama Malaysia

Angkasawan pertama Malaysia, Dr. Syeikh Muzaffar pernah singgah di ISS.

BACA INI JUGA:

sumber: drysheet

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon