Monday, October 09, 2017

Sambutan Hari Pos Sedunia, World Post Day

Loading...

Sambutan Hari Pos Sedunia, World Post Day disambut pada 9 haribulan Oktober setiap tahun sempena memperingati hari ulang tahun penubuhan Universal Postal Union atau Kesatuan Pos Sedunia dalam tahun 1874 di Bern, Switzerland..

Sambutan Hari Pos Sedunia

Sambutan Hari Pos Sedunia diisytiharkan buat pertama kali pada 9 Oktober pada Kongres UPU 1969 di Tokyo, Jepun.

Cadangan itu dikemukakan oleh Shri Anand Mohan Narula, ahli delegasi India dan sejak itu, Hari Pos Sedunia telah diraikan di seluruh dunia untuk menyerlahkan kepentingan perkhidmatan pos.

Walaupun kini ramai yang menggunakan surat elektronik atau ‘e-mail’ tetapi peranan pos masih diperlukan terutamanya bagi menghantar dan menerima dokumen dan barangan kecil.

Walaupun perdagangan elektronik ‘E-Commerce’ turut menggunakan ‘e-mail’ dan pesanan secara ‘online’ tetapi untuk menerima barangan bersaiz kecil yang dipesan, perlu menggunakan khidmat pos atau ‘kurier’.

Tujuan sambutan Hari Pos Sedunia adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan sektor pos di kalangan kehidupan harian rakyat dan sektor perniagaan serta sumbangannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara.

Sambutan menggalakkan negara-negara anggota untuk menjalankan aktiviti-aktiviti program yang bertujuan untuk menjana kesedaran yang lebih luas peranan pos dan aktiviti-aktiviti di kalangan orang awam serta media.

Setiap tahun, lebih daripada 150 buah negara menyambut Hari Pos Sedunia dalam pelbagai cara. Di negara-negara tertentu, Hari Pos Sedunia disambut sebagai cuti bekerja.

Banyak pihak ‘Pos’ menggunakan sambutan hari itu sebagai acara itu untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk dan perkhidmatan pos baru.

Beberapa pihak ‘Pos’ juga menggunakan Hari Pos Sedunia untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka kerana menghargai perkhidmatan kakitangan.

Kebanyakan negara megadakan pameran filateli, mempamerkan setem baru atau yang berkaitan dengannya.

Aktiviti lain termasuk paparan Hari Pos Seduia di pejabat-pejabat pos dan tempat awam yang lain, menjadi hari terbuka di pejabat-pejabat pos, pusat-pusat mel dan muzium pos, menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel, serta budaya, sukan dan lain-lain aktiviti rekreasi.

Ramai pentadbiran pos mengeluarkan cenderamata khas seperti T-shirt dan lencana.

Sambutan Hari Pos Sedunia pada hari ini, diharap dapat meningkatkan semangat dan dedikasi kepada semua pekerja pejabat pos.

Selamat menyambut Hari Pos Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: buletinonline

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon