Monday, November 26, 2012

Otak Wanita Berhenti Berfungsi Ketika Orgasme


Orgasme secara harfiah merupakan pengalaman yang membuatkan seorang ‘wanita meledak’ dan satu pengalaman seksual yang tak mudah dialami semua wanita. Penelitian yang dilakukan di Belanda menyebutkan bahawa bahagian terbesar otak wanita akan tertutup ketika mencapai klimaks.

Orgasme wanita
Gambar hiasan.

Eksperimen tersebut dilakukan dengan melakukan imbasan otak pasangan ketika sedang melakukan hubungan seksual.

Dr Gert Holstege, seorang Neuro scientist dari Universiti Groningen mengatakan hasil dari scan tersebut memperlihatkan bahagian terbesar otak akan tertutup semasa orgasme untuk menghalang tekanan-tekanan, ketakutan malah kerisauan wanita ketika bercinta.

“Ketika melakukan hubungan seks, wanita relatif memerlukan waktu yang cukup lama untuk mencapai orgasme, kerana sebahagian besar otak wanita dihalang oleh ketakutan, tekanan ataupun kerisauan oleh sesuatu, yang membuatkannya tidak dapat menyerahkan diri sepenuhnya,” jelas Holstege.

Sementara itu, penelitian secara elektronik pada otak lelaki sukar dilakukan kerana lelaki hanya memerlukan masa yang singkat untuk mencapai orgasme.

Seramai 13 orang wanita dan 11 orang lelaki, dengan usia sekitar 19 hingga 49, mengambil bahagian dalam eksperimen yang dilakukan di laboratorium Dr Holstege.

Bukan mudah untuk melakukan kajian ini, kerana semasa hubungan seks berlangsung, para peserta harus menjaga pergerakan kepala mereka dan mencegah mesin scanner bergeser, sementara tubuh mereka perlu aktif bergerak ketika rangsangan seksual.

Dalam penelitian ini, para peserta berbaring telanjang diatas meja dengan kepala didalam scaner sambil melakukan hubungan seksual, namun mereka tetap menggunakan selimut dibahagian kaki untuk mengurangkan rasa sejuk.

Dari hasil penelitian tersebut, Dr Holstege menyebutkan kecenderungan pengambilan alkohol oleh wanita untuk membuat segalanya menjadi mudah, kerana kesan zat perangsang (aphrodisiac effect) yang terkandung didalam alkohol membantunya meminimumkan kerisauan dan tekanan ketika melakukan hubungan seks.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon