Monday, March 18, 2019

Fakta Pencemaran Sungai Kim-Kim

Fakta Pencemaran Sungai Kim-Kim

Ketika kejadian pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang timbul, cadangan mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan darurat mula kedengaran tetapi Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata tidak perlu mengisytiharkannya.

Pencemaran Sungai Kim Kim

Apa yang berlaku di Pasir Gudang dan bagaimanakah darurat boleh mengubah banyak perkara? Ini adalah topik kita kali ini.

Apa yang berlaku di Pasir Gudang?

Selepas kakitangan dan murid di dua buah sekolah di daerah itu mengalami kesan akibat bahan kimia terbabit, punca bahan kimia itu dikenalpasti dibuang secara haram di bawah jambatan di sepanjang Sungai Kim Kim.

Bahan kimia berkenaan digambarkan sebagai hitam dan berminyak. Akhbar Singapura, Straits Times memetik seorang penyiasat yang tidak dinamakan berkata ia dikenalpasti sebagai sisa minyak marin yang digunakan untuk melincirkan enjin kapal.

Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin, ujian yang dijalankan oleh unit bahan berbahaya telah menemui metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein dan benzena.

Di samping itu, beliau berkata sampel diambil dari Sungai Kim Kim oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan pelarut organik benzena, toluena, xilena, etilbenzena, dan d-limonene.

Bagaimanapun, beliau tidak mengatakan sama ada bahan kimia yang terdapat dalam sampel JAS juga dikesan di tapak pembuangan haram itu.

Siapa yang terjejas?

Insiden itu mula dikesan berlaku pada 7 Mac 2019 apabila pelajar dan kakitangan di SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih mengadu kesukaran bernafas, mual, muntah dan bau yang tidak menyenangkan.

Sekurang-kurangnya 79 orang mendapatkan rawatan pada hari itu yang mana 47 orang ditahan termasuk enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Keesokan harinya, warga di sekolah yang sama dan dua sekolah lagi mengadu tentang gejala yang sama. Kedua-dua sekolah yang terlibat ialah SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort.

Sekolah-sekolah berkenaan dibuka semula pada 11 Mac apabila keadaan kelihatan bertambah baik, tetapi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata reaksi kimia daripada operasi pembersihan menyebabkan peningkatan dari segi jumlah mangsa.

Kemudian, 1,906 orang mendapatkan rawatan kerana terdedah dengan bahan kimia dan 390 orang dimasukkan ke wad dan daripada jumlah ini, 10 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Di samping itu, kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang telah ditutup sehingga notis seterusnya dikeluarkan, termasuk 64 buah prasekolah.

Apa yang sedang dilakukan?

Pengurusan bencana ketika ini dijalankan oleh kerajaan Johor melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Neegeri.

Menurut NADMA, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan Jabatan Saliran dan Pengairan telah memulakan operasi pembersihan di tapak pembuangan dan mengeluarkan 2.43 tan bahan kimia dan tanah yang tercemar.

Bagaimanapun, kerja-kerja dihentikan sementara pada keesokan harinya sehingga kontraktor yang berkelayakan dilantik kerana difahamkan bahawa bahan kimia itu dijadikan bahan buangan yang perlu dilupuskan dengan cara yang lebih baik.

Menurut NADMA, agensi lain yang menjalankan operasi di kawasan itu termasuk polis, Hazmat, 12 skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, JAS dan banyak lagi.

Ia berkata kerajaan persekutuan berkongsi kos operasi pembersihan dengan kerajaan negeri dan setiap keluarga yang terjejas akan diberi bantuan kewangan.

Sementara itu, kerajaan Johor memperuntukkan RM6.4 juta untuk operasi pembersihan, manakala kerajaan persekutuan memperuntukkan RM8 juta.

Bagi rawatan perubatan, pusat perubatan sementara telah dibina di dewan orang ramai di Taman Pasir Putih.

Isytihar darurat?

Dalam konteks pengurusan bencana, mengisytiharkan darurat melibatkan Fasal 42 Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara yang berkaitan dengan dasar dan mekanisme pengurusan bencana.

Arahan itu mentakrifkan darurat bencana sebagai "bencana besar yang melibatkan kehilangan banyak nyawa, pemusnahan harta benda, ancaman terhadap keadaan sosial, ekonomi dan politik, dan (ancaman) keselamatan dan ketenteraman awam".

Fasal 42 (i) menetapkan bahawa darurat bencana boleh diisytiharkan oleh perdana menteri jika difikirkan perlu atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Persekutuan.

Fasal 42 (ii) menetapkan bahawa apabila darurat bencana diisytiharkan, kerajaan persekutuan akan mengambil alih pengurusan bencana, bantuan bencana dan operasi pemulihan. Ini termasuk kos kewangan.

Tidak disebutkan perkara lain mengenai darurat bencana melibatkan Arahan 20.

Untuk kejelasan, darurat bencana yang diisytiharkan di bawah Arahan 20 tidak berkaitan dengan kuasa darurat Yang Di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, yang digunakan bagi menangkis ancaman terhadap keselamatan negara.

Apakah hujah yang menyokong darurat diisytiharkan?

Sekiranya keadaan darurat diisytiharkan, ia akan meningkatkan penyelarasan antara pelbagai agensi dan membolehkan lebih banyak sumber diperuntukkan.

Apakah hujah-hujah menentang perisytiharan darurat?

Tun Mahathir berkata keadaan masih terkawal. Sebelum itu, timbalannya, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kebimbangan pengumuman darurat boleh membawa kepada "serangan panik".

Timbalan Menteri undang-undang, Hanipa Maidin berkata walaupun darurat tidak diisytiharkan, bencana itu ditangani dengan segera dan kerajaan negeri masih mengawal keadaan.

Apakah contoh darurat bencana?

Perdana menteri yang lepas Najib Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang pada tahun 2013 disebabkan jerebu yang teruk dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (API) melebihi 750.

Beliau berkata pada masa itu bahawa ia tidak melibatkan perintah berkurung. Sebaliknya, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat persekutuan, negeri dan daerah mesti merancang dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan awam dilindungi.

Pendahulu beliau, Abdullah Ahmad Badawi juga mengisytiharkan darurat disebabkan jerebu teruk di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pada tahun 2005.

Ini melibatkan penutupan semua pejabat kerajaan dan swasta dan tempat kerja di kawasan yang terjejas.

Namun, kedai yang menjual makanan dan minuman termasuk pasar dan pasar raya, klinik dan farmasi serta mereka yang menyediakan perkhidmatan penting dikecualikan.

Bagaimana bahan kimia ini membahayakan?

Metana tidak bersifat toksik tetapi mudah terbakar. Menurut kenyataan akhbar NADMA, kepekatan kimia di tapak pembuangan di Pasir Gudang adalah serendah 0.96 part per million (ppm).

Hidrogen klorida adalah gas yang membentuk asid yang sangat menghakis apabila ia menyentuh kelembapan. Ini termasuk kelembapan yang terdapat pada kulit, mata dan di saluran pernafasan termasuk paru-paru.

Oleh itu, pendedahan kepada bahan kimia ini boleh menyebabkan kerengsaan atau menjejaskan organ termasuk kemungkinan kecacatan kekal (seperti buta) atau kematian.

NADMA melaporkan kepekatannya menjadi 1.63 ppm di lokasi yang terjejas tetapi tidak menyebut tahap yang dianggap dibenarkan. Sebagai perbandingan, AS menetapkan had pada 5 ppm dalam persekitaran kerja.

Acrylonitrile diklasifikasikan sebagai "karsinogen yang mungkin" oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (berbanding "kemungkinan karsinogen" atau "karsinogenik"). Asapnya juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit, mata dan sistem pernafasan.

NADMA berkata kepekatan 7.33ppm dikesan, berbanding paras 2 ppm yang dibenarkan dan tahap bahaya sebanyak 8.5 ppm.

Acrolein memiliki bahaya paling tinggi daripada lima bahan kimia yang terdapat di tapak pelupusan itu. Kepekatan yang ditemui adalah 5.29 ppm, manakala pengawal selia menganggap 2 ppm cukup untuk menimbulkan Bahaya Segera Kepada Kehidupan dan Kesihatan (IDLH). Tahap yang dibenarkan dalam persekitaran kerja hanyalah 0.1 ppm.

Daripada lima bahan kimia berbahaya yang terdapat di tapak pembungan itu, hanya satu yang melebihi tahap IDLH. Ia boleh menyebabkan kerengsaan teruk, sembap paru-paru (edema pulmonari) dan melepuh.

Sedutan terhadap Benzene boleh menyebabkan rasa mengantuk, pening, kadar denyut jantung yang cepat, sakit kepala, kekeliruan dan tidak sedarkan diri dalam jangka pendek.

Dalam jangka masa panjang, benzena diketahui menyebabkan leukemia dan menjejaskan perkembangan janin dan NADMA berkata ia dikesan dalam kepekatan 1.87 ppm, berbanding tahap 1 ppm di Sungai Kim Kim.

Topeng jerebu selamat?

Tidak. Sekurang-kurangnya anda memerlukan respirator yang direka untuk melindungi pemakainya daripada wap dan kemungkinan gas berasid juga bergantung kepada kepekatan hidrogen klorida di lokasi anda.

Topeng yang biasa digunakan di Malaysia semasa musim jerebu adalah topeng bedah yang direka untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit atau respirator N95 yang direka untuk menapis udara.

Kedua-duanya tidak memberi sebarang perlindungan kepada bahan kimia yang terdapat di Sungai Kim Kim.

Adalah lebih baik untuk mengelakkan kawasan yang terjejas sepenuhnya dan mencari perlindungan segera jika anda terbau bahan kimia yang berbeza.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menggesa orang ramai untuk berada sekurang-kurangnya lima kilometer daripada sungai tercemar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

51 Sungai Paling Tercemar Di Malaysia

51 Sungai Paling Tercemar Di Malaysia

Kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut merupakan antara punca utama pencemaran sungai di Malaysia selain aktiviti industri, kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran ini.

Sungai Tercantik
Gambar hiasan.

Ia juga berlaku apabila ada pihak dengan sengaja membuang sisa toksik berbahaya yang dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

Lebih malang lagi apabila seolah-olah tiada pemantauan dan penguatkuasaan daripada pihak berkuasa. Seperti menutup mata, takut individu berpangkat tinggi atau rasuah?

Antara sebab lain yang menyebabkan sungai kita tercemar adalah akibat aktiviti kumbahan, penternakan dan sikap membuang sampah sesetengah masyarakat.

Terdapat enam jenis kelas untuk mengenalpasti tahap kebersihan sungai dalam kategori JAS iaitu:
  • Kelas 1 (Dalam keadaan semulajadi),
  • Kelas 2A (Air memerlukan rawatan konvensional),
  • Kelas 2B (Air boleh digunakan untuk rekreasi),
  • Kelas 3 (Air memerlukan rawatan intensif),
  • Kelas 4 (Hanya untuk tujuan pengairan,
  • Kelas 5 (Air yang tercemar teruk).

Berikut adalah senarai 51 sungai paling tercemar di Malaysia berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2017, Jabatan Alam Sekitar (JAS).

SUNGAI KELAS 3
  1. Sungai Juru, Pulau Pinang
  2. Sungai Pinang, Pulau Pinang/Kedah
  3. Sungai Perai, Pulau Pinang/Kedah
  4. Sungai Nyamok, Perak
  5. Sungai Serokai, Perak
  6. Sungai Wangi, Perak
  7. Sungai Air Busuk, Selangor/KL
  8. Sungai Belongkong, Selangor/KL
  9. Sungai Bunos, Selangor/KL
  10. Sungai Buloh, Selangor
  11. Sungai Merlimau, Melaka
  12. Sungai Seri Melaka, Melaka
  13. Sungai Simpang Kanan, Johor
  14. Sungai Semberong, Johor
  15. Sungai Skudai, Johor
  16. Sungai Chemangar, Johor
  17. Sungai Semenchu, Johor
  18. Sungai Anak Sedili, Johor
  19. Sungai Sarang Buaya, Johor
  20. Sungai Sanglang, Johor
  21. Sungai Melatai, Pahang/Johor
  22. Sungai Jebong, Pahang/Johor
  23. Sungai Alor Lintah, Kelantan

SUNGAI KELAS 4
  1. Sungai Jawi, Pulau Pinang
  2. Sungai Rambai, Pulau Pinang
  3. Sungai Jelutong, Pulau Pinang/Kedah
  4. Sungai Kereh, Pulau Pinang/Kedah
  5. Sungai Pertama, Pulau Pinang/Kedah
  6. Sungai Raja Hitam, Perak
  7. Sungai Kuyoh, Selangor/KL
  8. Sungai Kerayong, Selangor/KL
  9. Sungai Ulu Choh, Johor
  10. Sungai Melana, Johor
  11. Sungai Danga, Johor
  12. Sungai Latoh, Johor
  13. Sungai Perembai, Johor
  14. Sungai Masai, Johor
  15. Sungai Buluh, Johor
  16. Sungai Kempas, Johor
  17. Sungai Ayer Merah, Johor
  18. Sungai Segget, Johor
  19. Sungai Bala, Johor
  20. Sungai Sebulung, Johor
  21. Sungai Plentong, Johor
  22. Sungai Tebrau, Johor
  23. Sungai Pandan, Johor
  24. Sungai Tampoi, Johor
  25. Sungai Sengkuang, Johor
  26. Sungai Alor B, Kelantan

SUNGAI KELAS 5
  1. Sungai Kim-Kim, Johor
  2. Sungai Tukang Batu, Johor

Negeri Paling Tercemar

Dalam senarai ini nampaknya negeri Johor adalah juara untuk kategori sungai paling banyak tercemar di Malaysia.

Pencemaran Sungai Kim-Kim pasti sekadar permulaan dan mungkin tragedi paling teruk bakal melanda jika tiada apa-apa dilakukan dari sekarang.

Lupa Diajar

Masalah pencemaran ini sebenarnya boleh diatasi dengan usaha yang berterusan, selain menerapkan ilmu kesedaran sivik terhadap anak-anak di peringkat seawal pra-sekolah.

Ia perlu dilakukan dari peringkat sekolah rendah atau sejak tadika lagi tetapi juga malang, tiada penekanan tentangnya pun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Maksud Tulisan Pada Senjata Pengganas Christchurch

Maksud Tulisan Pada Senjata Pengganas Christchurch

Serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 49 orang telah mengundang kecaman di seluruh dunia dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menggelar tindakan pelampau kulit putih itu sebagai satu tindakan keganasan yang terancang.

Maksud Tulisan Pada Senjata Pengganas Christchurch

Semasa ditahan pihak berkuasa, beberapa tulisan ditemui pada raifal dan beg yang dibawa Brenton Tarrant yang dianggap signifikan baginya.

Apa maksud dan kaitan peristiwa dunia Islam padanya? Jom kita baca.

1. Anton Lundin Pettersson

Anton Lundin Pettersson
Rajah 1: Anton Lundin Pettersson.

Pettersson merupakan seorang penganggur yang bertanggungjawab membunuh tiga orang (dua pelajar dan seorang guru) di sebuah sekolah di Trollhattan, Sweden pada tahun 2015.

Lelaki ini kemudiannya ditembak oleh pihak berkuasa dan mati selepas dibawa ke hospital.

Pettersson berbuat demikian kerana mempunyai pendirian keras terhadap kelompok imigran dan memilih Trollhattan berikutan lokasinya berhampiran dengan kawasan kejiranan penduduk imigran.

Ramai pemimpin politik Sweden berasa marah atas apa yang berlaku dan Raja Sweden menyatakan kekesalan baginda bila mendengar berita berkenaan.

Akibat serangan itu juga, beberapa penduduk di Trollhattan yang berdarah imigran berkira-kira mahu berhijrah kerana bimbangkan keselamatan mereka.

2. Alexandre Bissonette

Alexandre Bissonette
Rajah 2: Bisonette selepas ditahan pihak berkuasa selepas melakukan serangan ke atas sebuah masjid di Quebec City.

Sebelum dikenali atas serangan ke atas sebuah masjid di Quebec City, Bissonette sudah dikenali kerana mempunyai pendirian anti-Islam dan anti-imigran terutama terhadap pelarian. Penembak ini menganggap kehadiran mereka sebagai satu ancaman kepada keluarganya.

Pada 29 Januari 2017, Bisonette menembak mati enam orang dan mencederakan 19 orang lagi. Enam mangsa yang mati memegang dwi-kerakyatan iaitu Kanada dan negara kelahiran mereka.

Bisonette kemudiannya ditahan dan didakwa atas enam kesalahan membunuh sebelum dihukum penjara seumur hidup tanpa sebarang peluang mendapat parol pada tahun 2019, namun cuba merayu bagi mengurangkan hukuman yang dilaluinya.

Serangan tersebut dikecam ramai pihak dari Paus Francis hinggalah Perdana Menteri Kanada sendiri Justin Trudeau.

3. Skanderbeg

Maksud Tulisan Pada Senjata Pengganas Christchurch
Rajah 3: Patung Skanderbeg di Kruje.

Skanderbeg atau nama sebenarnya George Castriot merupakan seorang bangsawan berdarah Albania dan merupakan antara figura yang menentang keras proses perluasan kuasa Empayar Uthmaniyyah semasa pemerintahan Sultan Mehmed II/Muhammad al-Fatih.

Di bawah kepimpinannya, bukan sekali tentera Albania berjaya menafikan serangan Uthmaniyyah, tetapi sebanyak 13 kali walaupun bilangan mereka jauh lebih besar dan dilengkapi dengan peralatan yang lengkap.

Skanderbeg juga turut mendapat sokongan kerajaan-kerajaan Eropah termasuk Raja Alfonso V dari Aragon dan Venice.

Selepas beliau meninggal dunia pada 1468 akibat demam malaria, barulah proses perluasan kuasa Uthmaniyyah dapat diteruskan tanpa sebarang halangan.

Satu perkara yang tidak diketahui Tarrant dan pelampau-pelampau kulit putih ialah, Skanderbeg juga pernah berkhidmat dengan kerajaan Uthmaniyyah di mana pada satu ketika beliau pernah menjadi wakil mereka di Albania dan menjadi panglima perang angkatan kerajaan itu di Eropah Timur.

4. Marco Antonio Bragadin

Marco Antonio Bragadin
Rajah 4: Monumen yang menempatkan kulit Bragadin di Gereja Santi Giovanni e Paulo di Venice.

Bagi Tarrant, Bragadin merupakan contoh kezaliman orang Islam ke atas orang kulit putih sepertinya, tetapi dia juga sebenarnya seorang yang pendek akal kerana tiada siapa mengetahui apa sebenarnya berlaku ke atas Bragadin.

Dalam konteks sejarah, beliau merupakan komander kubu pertahanan di Famagusta, Cyprus, semasa ia dikepung angkatan Uthmaniyyah pada tahun 1570.

Walaupun dikepung oleh angkatan tentera yang ramai, mereka berjaya bertahan sebelum pertahanan ditembusi tentera Uthmaniyyah pada Julai 1571.

Bragadin dianggap wira bagi warga Eropah kerana berjaya memaksa kerajaan Uthmaniyyah memfokuskan serangan ke atas Famagusta sehingga tidak boleh menumpukan serangan mereka di tempat lain.

Beliau menyumbang secara tidak langsung kemenangan pakatan raja-raja Eropah ke atas tentera laut Uthmaniyyah di Lepanto pada tahun 1571.

Tiada siapa tahu apa punca sebenar Bragadin dihukum bunuh dengan pihak Uthmaniyyah menuduhnya membunuh tawanan-tawanan Turki sementara sumber Venice pula menuduh sikap jeneral empayar itu yang terburu-buru menghukum beliau walaupun selepas menyerahkan Famagusta.

5. Charles Martel

Charles Martel
Rajah 5: Patung Charles Martel

Martel sentiasa dilaung-laungkan sebagai wira kerana berjaya mengekang asakan tentera Umayyah Andalusia di Tours pada tahun 732.

Tindakan beliau membina pasukan tentera khas untuk melawan angkatan Umayyah ditambah dengan kegagalan kerajaan itu mengetahui kekuatan sebenar kerajaan Frank menyumbang kepada kekalahan mengejut tentera Umayyah.

Selain Tours, beliau juga bertanggungjawab menafikan cubaan kerajaan Umayyah melebarkan pengaruh mereka di Perancis sebanyak tiga kali dalam tempoh 12 tahun.

Kejayaan Martel bukan saja menghalang Islam dari bertapak di Perancis tetapi juga berperanan sebagai zon penampan kekal untuk Reconquista (kempen selama 700 tahun untuk menghalau kerajaan Islam keluar dari Eropah).

6. Kepungan Vienna 1683

Kepungan Vienna 1683
Rajah 6: Kepungan Vienna 1683 seperti digambarkan oleh pelukis Frans Geffels.

Seperti Tours dan Famagusta, Vienna sentiasa dilaung-laungkan sebagai simbol kejayaan orang kulit putih dan Kristian terhadap orang Islam dan imigran.

Ini kerana kepungan Vienna yang berlaku pada tahun 1683 menyaksikan kebangkitan raja-raja Eropah membentuk pakatan bagi mengalahkan angkatan Uthmaniyyah yang masih berhajat memperluas pengaruh mereka di Eropah.

Tetapi, ada satu fakta yang jarang diambil kira pelampau kulit putih seperti Tarrant dan Anders Breivik.

Kepungan ini bukanlah satu pertembungan agama seperti yang didakwa pelampau kulit putih kerana Empayar Uthmaniyyah disokong oleh Perancis yang wujud hasil dari pakatan yang dibentuk pada tahun 1536 Masihi.

Selain itu, dua pengganas ini juga tidak sedar kejayaan pakatan raja-raja Eropah diketuai Raja John Sobieski ini turut disumbang oleh orang-orang Islam.

Ini kerana ketumbukan Sobieski dari Poland ini berdarah Tatar dan mereka ini diberi pelbagai hak dan kemudahan oleh baginda termasuk keizinan membina semula masjid dan diberi pengecualian membayar cukai.

Mereka juga bertanggungjawab menyelamatkan nyawa Sobieski di Parkany pada tahun 1683.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Saturday, March 16, 2019

5 Negara Bajet Paling Murah Untuk Melancong

5 Negara Bajet Paling Murah Untuk Melancong

Kalau nak pergi bercuti, tak perlu nak jadi jutawan baru boleh ‘terbang’ ke negara orang. Masih banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi tanpa memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Berikut kami senaraikan 5 buah negara untuk dijadikan lokasi percutian tanpa banyak mengorbankan wang simpanan.

1. Sri Lanka

Keindahan Sri Lanka

Nilai mata wang yang rendah membuatkan ramai pelancong berkunjung ke negara ini. Bayangkanlah harga penginapan semalaman boleh didapati dengan hanya RM60 saja.

Kos pengangkutan di Sri Lanka juga merupakan antara yang termurah. Jika menaiki bas dengan masa perjalanan selama 3 jam, anda hanya perlu membayar sekitar 100 hingga 200 rupee iaitu bersamaan dengan RM2.28 hingga RM4.55.

2. Indonesia

Indonesia Papua

Kalau pergi ke Indonesia, bolehlah merasa jadi ‘jutawan’ sekejap. Negara ini merupakan antara yang mempunyai nilai mata wang rendah.

Harga hotel disini juga lebih murah berbanding Sri Lanka dan pelawat boleh mendapat kira-kira RM51 sahaja untuk penginapan semalam di hotel.

3. Nicaragua

Amazing Nicaragua

Merupakan salah satu negara terbesar di Amerika Tengah, tarikan negara ini terletak pada pekan yang berwarna-warni, ombak pantai terbaik untuk meluncur dan budaya tempat yang menarik untuk dilihat.

Kos bagi penginapan hotel cuma 179.44 Nio atau RM22.80, manakala kos makanan pula serendah RM5. Memang berbaloi!

4. Romania

Awesome Romania

Mungkin ramai yang tak tahu Romania adalah antara negara yang murah untuk dikunjungi. Disini, anda boleh tinggal di hostel dengan harga daripada serendah 31.71 RON, bersamaan RM31.26.

Makanan halal yang lazat pula dijual dengan harga sekitar RM15, manakala kos pengangkutan sama ada menaiki bas atau tren serendah harga RM4.00 sehala.

5. Kemboja

Angkor Wat Kemboja

Walaupun Kemboja merupakan negara yang kurang maju jika dibandingkan dengan Thailand dan Vietnam, kekayaan budaya dan makanan yang enak membuatkan negara ini antara paling banyak dikunjungi pelancong.

Makanan boleh didapati dengan harga RM4.10 hingga RM12.50 di restoran-restoran tempatan dan kos penginapan bermula dari RM16.60 hingga RM83.20.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Caruman PERKESO, Insuran Nyawa 'Paling Murah' Tetapi Terbaik Di Malaysia!

Caruman PERKESO, Insuran Nyawa 'Paling Murah' Tetapi Terbaik Di Malaysia!

Petubuhan Kebajikan Sosial (SOCSO/PERKESO) merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja swasta dan tanggungan mereka.

Caruman PERKESO

Adalah dianggap sebagai satu kesalahan yang melanggar undang-undang jika pihak majikan tidak mendaftarkan syarikat dan pekerja-pekerja di bawah PERKESO, serta tidak membayar caruman. Hukuman saman dan penjara boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Sejarah dan tentang PERKESO

Badan kerajaan ini ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1971.

Semua syarikat swasta di Malaysia diwajibkan berdaftar di bawah PERKESO dalam tempoh 30 hari dari hari pertama pekerja mula bekerja, menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Pencaruman oleh pekerja adalah lebih rendah berbanding majikan, yang di antara kadar 0.5% hingga 3% berdasarkan gaji mereka.

Bagi pekerja yang bergaji lebih daripada RM3,000 sebulan, caruman tidak diwajibkan.

Tujuan penubuhan PERKESO

PERKESO telah diperbadankan untuk memberikan bantuan perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kekurangan keupayaan atau tidak berupaya, disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

Malah, jika pekerja meninggal dunia, tanggungan pekerja berkenaan seperti isteri dan anak-anak akan diberi bantuan melalui pencen.

Individu yang layak

Individu layak didaftarkan di bawah PERKESO jika anda seorang pekerja di bawah 60 tahun dan bekerja di sektor swasta dengan gaji bulanan.

Anda dikecualikan daripada faedah-faedah ini jika tergolong dalam mana-mana satu senarai di bawah:
  • Pekerja tetap di kerajaan negeri ataupun persekutuan.
  • Pembantu rumah.
  • Bekerja sendiri.
  • Pemilik perniagaan ataupun rakan kongsi.
  • Pasangan kepada pemilik perniagaan ataupun rakan kongsi.
  • Pekerja asing.

Jenis Perlindungan

Perlindungan oleh PERKESO terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Skim Kecederaan Pekerjaan, Skim Pencen Ilat dan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (Teksi).

1. Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
  • Kemalangan perusahaan semasa menjalankan pekerjaannya.
  • Kemalangan semasa dalam perjalanan mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan.

Nota: Kemalangan yang berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau lencongan tidaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.

Kemalangan semasa kecemasan

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

Penyakit khidmat

Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Antara contoh penyakit khidmat adalah seperti:
  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan.
  • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang berbahaya dan sebagainya.

Faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan:
  • Faedah Perubatan.
  • Faedah Hilang Upaya Sementara.
  • Faedah Hilang Upaya Kekal.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional.
  • Faedah Orang Tanggungan.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Faedah Pendidikan.

2. Skim Pencen Ilat

Seseorang berinsuran dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Faedah di bawah Skim Keilatan:
  • Pencen Ilat.
  • Bantuan llat.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Pencen Penakat.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional dan Dialisis.
  • Faedah Pendidikan.

3. Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (Teksi).

Skim baharu di bawah PERKESO

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri adalah untuk pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya berkuatkuasa pada 13 Jun 2017.

Perlindungan ini disediakan di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Tempoh perlindungan selama 12 bulan mulai dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi cetakan pada resit bayaran caruman.

Skim bencana kerja pekerjaan sendiri

PERKESO menyediakan skim perlindungan untuk pemandu teksi atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya di bawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsuran yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Perkhidmatan teksi atau seumpamanya di Malaysia

Jenis-jenis perkhidmatan teksi:
  • Teksi Bajet.
  • Teksi Eksekutif.
  • Limosin.
  • Teksi Lapangan Terbang.
  • Kereta Sewa.
  • Perkhidmatan yang seumpamanya (Grab Car/E-Hailing).

Skop liputan dan pelaksanaan

1. Kelayakan Pemandu Teksi atau Perkhidmatan Seumpamanya:
  • Warganegara Malaysia/Permastautin Tetap.
  • Berdaftar dengan JPJ, Agensi yang berkaitan atau LPKP (Sabah dan Sarawak).
  • Lesen memandu yang sah.
  • Kad Pemandu Teksi/Surat Kebenaran yang masih sah laku oleh Agensi yang berkaitan/LPKP (Sabah dan Sarawak).

2. Faedah-faedah yang disediakan:
  • Faedah Perubatan.
  • Fedah Hilang Upaya Sementara.
  • Faedah Hilang Upaya Kekal.
  • Elaun Layanan Sentiasa.
  • Faedah Orang Tanggungan.
  • Faedah Pengurusan Mayat.
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan.
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program “Return to Work (RTW)”.

3. Cara Pendaftaran

Pendaftaran adalah secara online (web based) menggunakan portal iPERKESO dan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;
  • Mempunyai talian telefon bimbit dan emel yang aktif.
  • Memuat naik lesen memandu yang sah.
  • Memuat naik kad pemandu teksi yang masih sah laku dari Agensi yang berkaitan atau memuat naik Surat Izin/Kebenaran dari LPKP(Sabah dan Sarawak).

4. Bayaran Caruman

Pembayaran hanya boleh dibuat secara online melalui perbankan internet bagi perlindungan untuk tempoh setahun.

Langkah-langkah pembayaran adalah seperti berikut:
  • Lengkapkan proses pendaftaran iPERKESO.
  • Pilih pembayaran melalui “Financial Process Exchange” (FPX).
  • Cetak resit sebagai bukti bayaran.

Pilihan caruman

Kadar caruman berdasarkan opsyen pilihan pendapatan diinsuranskan sebanyak 1.25% daripada pendapatan sebulan.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

PERKESO telah mengeluarkan baucar pemeriksaan kesihatan kepada 2.2 juta rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, keputusan menunjukkan bahawa 1.7 juta (77.3% daripada pencarum) yang layak untuk menerima pemeriksaan kesihatan percuma telah menolak inisiatif ini.

Walaupun ia memerlukan usaha untuk menjalani keseluruhan proses, namun untuk seseorang mengambil cuti untuk hadir ke perkhidmatan percuma ini adalah tindakan yang wajar dan harus digalakkan.

PERKESO juga menawarkan Program Pemeriksaan Kesihatan (HSP) secara percuma untuk ahli berusia 40 tahun dan keatas.

Pemeriksaan kesihatan ini meliputi pemeriksaan penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser serviks, dan kanser payu dara.

Namun, pemeriksaan percuma ini hanya ditawarkan di klinik-klinik panel terpilih sahaja. Sehingga Februari 2016, hanya 450,000 orang dari 2.2 juta ahli PERKESO yang layak telah menjalani pemeriksaan percuma tersebut.

Jadi, jika anda layak, jangan ketinggalan untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

KATEGORI CARUMAN PERKESO

Kategori pertama: Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan;
  • Kategori ini untuk semua pekerja di bawah 60 tahun dikehendaki menyertai kategori ini.
  • Hanya 0.5% daripada gaji bulanan pekerja yang harus dicarum. Sekiranya anda menyumbang peratusan yang lebih tinggi, anda perlu laporkan hal ini.

Kategori kedua: Skim Bencana Pekerjaan sahaja;
  • Untuk pekerja yang berusia 60 tahun ke atas dan masih bekerja.
  • Untuk pekerja yang berusia di atas 55 tahun yang telah membuat caruman PERKESO pertama mereka.
  • Orang yang Diinsuranskan yang menerima Pencen Keilatan dan masih bekerja dan menerima kurang daripada 1/3 daripada gaji bulanan purata sebelum ketidaksempurnaan.
  • Majikan menanggung kos caruman kepada PERKESO pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan.

Kenapa PERKESO Sangat Penting?

Antara sebab utama PERKESO amat penting ialah perlindungan yang ditawarkannya boleh dikira menyeluruh, ditambah dengan sumbangan yang diberikan apabila anda terlibat dalam bencana di tempat kerja.

Ini bermakna rawatan dan juga rawatan susulan untuk kecederaan di tempat kerja bakal ditanggung PERKESO.

Sebagai contoh, jika pekerja ditimpa kecederaan kekal ataupun memerlukan rawatan fizikal, kos rawatan tersebut bakal ditanggung PERKESO.

Ini termasuklah fisioterapi, pembedahan, anggota palsu dan juga alatan prostetik seperti kerusi roda atau alat bantuan pendengaran.

Malah, kecederaan yang berlaku di waktu rehat (yang telah ditetapkan oleh majikan) juga akan ditanggung oleh PERKESO.

Bagaimana Membuat Tuntutan PERKESO?

Sekiranya anda ditimpa kemalangan di tempat kerja, ataupun dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja, anda boleh menuntut kos rawatan dari PERKESO.

Jika kemalangan tersebut berlaku di tempat kerja, majikan perlu memaklumkan hal tersebut kepada PERKESO dengan mengisi borang Laporan Kemalangan (Borang 21) dan Borang Tuntutan (Borang 10).

Anda juga perlu menghantar tag kehadiran ataupun rekod kehadiran kerja, sijil perubatan dan salinan kad pengenalan ke pejabat cawangan PERKESO.

Jika kemalangan tersebut berlaku sewaktu anda pergi atau pulang dari tempat kerja, laporan polis dan lakaran peta lokasi kejadian sewaktu kemalangan berlaku juga perlu dihantar.

Maklumat Tambahan Mengenai PERKESO

Jika gaji pekerjaan pertama anda adalah di bawah RM4,000, caruman PERKESO adalah wajib Tetapi, katakanlah anda menerima gaji lebih dari RM4,000 untuk pekerjaan pertama, anda boleh memilih untuk mencarum PERKESO ataupun tidak.

Tetapi, jika gaji pekerjaan pertama anda dibawah RM4,000 dan anda menerima kenaikan sehingga jumlah gaji anda melebihi RM4,000, anda tidak dibenarkan untuk berhenti caruman PERKESO.

Pekerja dengan kontrak sementara ataupun sambilan juga perlu didaftarkan dengan PERKESO sekiranya gaji mereka dibawah RM4,000.

Seperti yang dinyatakan diatas, ia satu kesalahan jika majikan tidak membuat caruman PERKESO, tidak kira apa jua status kontrak pekerjaan ataupun umur pekerja tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Kisah Google.com Yang 'Terjual' Secara Tidak Sengaja

Kisah Google.com Yang 'Terjual' Secara Tidak Sengaja

Perkataan google sudah menjadi satu sebutan biasa kita sehari-hari kerana cukup sinonim dengan internet sehinggakan ianya menjadi laman pertama bagi majoriti individu pengguna internet di seluruh dunia untuk melayari internet.

Google com sold
Google.com sold for $12.

Tetapi tahukah anda, pada satu hari dalam bulan September 2015, alamat laman web domain Google 'www.google.com' telah berpindah milik kepada seorang individu bernama Sanmay Ved?

Pada waktu tersebut, Sanmay sudah pun menamatkan khidmatnya dengan Google. Kemudiannya, dia cuba menggunakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google dalam memudahkan pembelian domain atau alamat laman web, melalui Google Domains.

Sekadar mencuba, Sanmay menaip 'google.com' ke dalam ruangan carian dan hasil carian tersebut memberitahu beliau, dia boleh membeli domain 'google.com' dengan harga serendah RM46 setahun.

Terkejut melihat hasil carian tersebut, Sanmay merasakan mungkin ada kesilapan ke atas sistem Google Domains.

Bagaimanapun, dia tetap cuba meneruskan pembelian. Domain 'google.com' dimasukkan ke dalam troli digital, dia memasukkan maklumat kad kredit dan pengesahan datang tidak lama selepas itu.

Sanmay kini adalah pemilik alamat 'google.com' yang sah! Pencarian di beberapa laman web penyenaraian domain mendapati domain tersebut telah bertukar tangan!

Pembelian ditarik balik

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Sanmay mendapat satu email daripada Google memberitahu yang domain 'google.com' telah diambil alih daripada beliau dan caj yang telah dikenakan pada kad kredit akan dipulangkan.

Pengakhiran yang menggembirakan

Selepas mendapati dia boleh membeli domain tersebut, Sanmay melaporkan kejadian itu kepada Google dan Google pula mendapati laporan Sanmay layak dimasukkan ke dalam skim Google Security Rewards Program.

Google Security Rewards Program adalah satu program yang disertai ramai penyelidik dari seluruh dunia.

Google pada tahun 2015 telah mengeluarkan ganjaran RM7.79 juta kepada 300 individu yang berjaya mengenalpasti isu dan masalah serta laporan dibuat.

Sanmay ditawarkan ganjaran USD6,006.13 (RM23,405) atas kejayaannya mengenal pasti potensi masalah yang mungkin berlaku, sehingga membolehkan beliau menjadi tuan punya domain 'google.com' selama beberapa minit.

Sanmay bagaimanapun mendermakan keseluruhan ganjaran yang diterima kepada program Art of Living's yang membantu dalam program pendidikan di India.

Mengetahui apa yang dilakukan oleh Sanmay itu, pihak Google pun menambah amaun yang sama kepada Sanmay sekali lagi sebagai ganjaran kepada beliau.

Bekas tuan punya Google.com

Sanmay Ved buy google for $12
Sanmay Ved.

Pengalaman Sanmay memiliki Google.com walaupun hanya sementara, katanya merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilalui sekali lagi. Bagaimanapun, dia menasihati Google agar berjaga-jaga agar perkara tersebut tidak berulang.

Selepas saja dia memiliki domain tersebut, seluruh sistem domain Google boleh diakses kerana dia berjaya masuk ke dalam domain tersebut sebagai pengendali utama.

Sanmay mengakui, dia berjaya mengakses beberapa perkara sulit yang sepatutnya hanya didedahkan di kalangan pengendali Google sahaja.

Google amat bernasib baik kerana yang terbeli domain 'google.com' pada waktu itu adalah seorang bekas pekerja Google yang beretika dan bukannya seorang penggodam yang berniat jahat.

Dilaporkan tidak ada gangguan berlaku pada enjin carian 'google.com' sewaktu Sanmay Ved menjadi tuan punya domain laman web carian paling popular di dunia itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

6 Penyebab Kereta Anda Bergegar

6 Penyebab Kereta Anda Bergegar

Situasi kereta bergegar ialah antara beberapa masalah biasa yang kerap dialami pemandu. Apa yang berlaku bukan saja mengganggu pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kereta yang sedang dipandu.

Punca kereta bergegar
Punca kereta bergegar.

Jika mahu ambil mudah, hantar saja kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untunglah kalau masalah dihadapi itu dapat diselesaikan, tetapi bagaimana pula kalau situasi serupa berlaku semula? Sudahlah sakit hati, wang poket pula terbang melayang.

Kali ini kami ingin berkongsi beberapa sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya.

Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN

Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar.

Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:
  • Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut.
  • Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu.
  • Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti.

Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)

Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik.

Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta ke gandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku.

Kehausan sendi halaju malar (constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama.

Jika 'but' getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah. Tetapi, jika 'but' sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi.

Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK

Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor.

Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau 'lari' daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran.

Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG

Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya.

Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda.

Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah 'runout' atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu.

Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika 'runout' berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju.

Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR

Tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan.

Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta.

Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
  • Kereta bergegar pada kelajuan tertentu - imbangan (balancing) tayar diperlukan.
  • Bunga tayar terpisah - tayar perlu ditukar.
  • Tayar tidak rata - penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
  • Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama - tayar perlu ditukar.

Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

6. MOUNTING ENJIN HAUS

Cagakan atau mounting enjin ialah komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.

Material mounting enjin dihasilkan daripada logam dan getah. Bahagian logam mampu menahan tekanan dan tork yang dihasilkan enjin, manakala getah berfungsi menyerap gegaran.

Ini kerana enjin menghasilkan banyak gegaran dalam operasi biasa dan sekiranya motor bermasalah, simptom gegaran akan jadi semakin ketara.

Biasanya mounting motor bermasalah akan menghasilkan beberapa simptom yang boleh dikesan pemilik.

Berikut 3 tanda amaran yang boleh anda tahu:

1. Impak bising datang dari ruangan enjin

Ini simptom paling mudah dikesan apabila anda terdengar bising dari ruang enjin.

Mounting motor yang haus, rosak atau pecah boleh menyebabkan bunyi dentang, ketukan dan efek bunyi lain akibat berat enjin yang beranjak berlebihan dari titik sentuhan.

2. Gegaran melampau

Simptom lain mounting enjin sudah rosak dan teruk ialah gegaran melampau. Jika getah atau bahagian peredam gegaran pada mounting sudah haus atau pecah, ia akan mengurangkan keupayaan mounting untuk menyerap gegaran enjin.

Gegaran yang tidak diredam akan menyebabkan seluruh kenderaan bergegar, sekali gus membuatkan suasana dalam kereta menjadi tidak selesa.

Anda akan rasa gegaran kuat pada papan pemuka dan stereng ketika enjin dalam keadaan melahu atau melalui permukaan jalan tidak rata.

3. Enjin bergerak

Satu lagi simptom mounting enjin teruk atau rosak ialah pergerakan enjin dalam ruang enjin. Jika mounting enjin dalam kondisi baik, ia sepatutnya dapat memegang atau mengikat enjin dalam ruang enjin.

Bagaimanapun, jika komponen sudah haus atau rosak, ia boleh menyebabkan enjin bergerak ke depan, belakang atau tepi dalam ruang enjin. Pergerakan enjin mungkin berlaku ketika memecut dan mungkin juga disertai bunyi bising.

Akibat jumlah gegaran yang dijana enjin sebagai sebahagian operasi tetap, mounting motor ialah komponen penting untuk mana-mana kenderaan.

Jika gagal, ia bukan saja membuatkan keadaan tidak selesa untuk penumpang, tetapi juga menimbulkan stres tambahan yang boleh merosakkan komponen enjin lain.

Jika anda mengesyaki mounting motor anda bermasalah, segeralah hantar ke bengkel untuk diperiksa mekanik sama ada mounting enjin perlu ditukar baharu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Samsung Galaxy S10 Diiktiraf Smartphone Dengan Skrin Terbaik 2019

Sekiranya Huawei Mate 20 Pro merupakan raja bagi kamera terbaik mengikut DxOMark, Samsung nampaknya terus konsisten dalam menawarkan skrin terbaik bagi telefon pintar berdasarkan model yang ditawarkan.

Samsung Galaxy S10 Skrin
Samsung Galaxy S10 Skrin.

Kali ini, model Samsung Galaxy S10 dan S10+ berjaya menjadi telefon pintar dengan skrin terbaik mengalahkan Samsung Galaxy Note 9 berdasarkan laporan daripada DisplayMate.

Penawaran skrin AMOLED Quad HD+ sekali gus berjaya memberi paparan terbaik buat para pengguna.

Selain daripada skrin yang memukau, Samsung Galaxy S10 dan S10+ turut dilengkapi dengan spesifikasi yang terbaik khusus buat anda yang sedang mencari telefon pintar Android dengan penggunaan processor Exynos 9820 serta RAM 8 GB.

Samsung Galaxy S10 sudah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM3,299 manakala S10+ hadir dengan harga RM3,699.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

13 Jenis Kod Kecemasan Hospital Di Malaysia

13 Jenis Kod Kecemasan Hospital Di Malaysia

“Code blue! Code blue!” teriak jururawat. Maka berpusu-pusulah segala anggota kesihatan meluru segera kearah jururawat tersebut sambil menolak troli kecemasan. Ada yang terus memulakan CPR, ada yang sedang menarik keluar IV Adrenaline, ada yang mengaktifkan monitor kecemasan.

Kod Kecemasan Hospital
Gambar hiasan.

Hanya dengan satu laungan sahaja, setiap anggota kesihatan disitu sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Emergency codes, atau kod-kod kecemasan adalah suatu sistem pengkelasan kecemasan yang dipraktikkan di setiap institusi kesihatan diseluruh dunia. Kod ini digunakan untuk memberi notifikasi kepada semua warga kesihatan berkenaan kes-kes kecemasan yang dialami.

Kod ini lazimnya diklasifikasi menggunakan spektrum warna yang pelbagai sebagai penanda bagi kes-kes kecemasan yang dinyatakan.

Artikel ini menerangkan tentang kod-kod yang lazim digunakan kakitangan kesihatan di hospital dan perlu diingatkan, setiap hospital mempunyai polisi dan warna kod kecemasan yang berbeza.

Thread ini adalah sebagai satu garis panduan ringkas dan hanya melibatkan hospital sahaja. Perbezaan kod antara hospital dan negara perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

1. KOD MERAH (CODE RED)

Kod merah lazimnya digunakan untuk kes kecemasan yang melibatkan kebakaran, sama ada kebakaran harta, bangunan, kenderaan, alatan atau lain-lain perkara didalam kawasan institusi (hospital) terbabit.

Pemindahan pesakit, wargakerja dan alatan penting akan dilakukan mengikut latihan kebakaran yang telah ditetapkan. Notifikasi kepada pihak bomba dan penyelamat akan dilakukan serentak.

2. KOD BIRU (CODE BLUE)

Kod biru adalah kod yang diaktifkan apabila terdapat kecemasan pada individu yang melibatkan bidang perubatan (medical emergency), lazimnya berkenaan dengan cardiac arrest dan respiratory arrest.

Algorithm BLS dan ALS (cardiopulmonary resuscitation, defibrillation, dsb) akan dimulakan serta merta terhadap pesakit yang terlibat mengikut keperluan dan keadaan pesakit.

Setiap hospital telahpun mempunyai kumpulan tersendiri (mengikut tempat) yang bertanggungjawab menguruskan kod biru seandainya ianya terjadi diluar kawasan wad.

3. KOD JINGGA (CODE ORANGE)

Kod jingga pulang adalah kod yang digunakan untuk keselamatan orang awam tatkala berlaku bencana diluar atau didalam kawasan hospital, contohnya gempa bumi, banjir, kapal terbang terhempas, kemalangan besar jalan raya, dan sebagainya.

4. KOD PERANG (CODE BROWN)

Kod perang adalah kod yang dikeluarkan apabila terdapat sebarang tumpahan atau pendedahan bahan-bahan berhazad, tercemar dan radioaktif seperti gas, racun, merkuri dan lain-lain yang boleh menyebabkan jangkitan, keracunan, kecacatan malah kematian jika terdedah.

Kod ini juga barangkali melibatkan risiko bioterrorism dan hazmat.

5. KOD GREEN (CODE HIJAU)

Kod hijau digunakan sewaktu berlakunya kecemasan yang melibatkan keselamatan banyak nyawa dan memerlukan pemindahan semua wargakerja serta pesakit di kawasan hospital ke tempat yang lebih selamat.

6. KOD HITAM (CODE BLACK)

Kod hitam diaktifkan apabila terdapat sebarang tanda, amaran atau risiko yang melibatkan bahan letupan dan keganasan teroris, objek dikhuatiri bahaya atau lebih mudah, “bomb, terrorism and suspicious package threat”.

7. KOD PUTIH (CODE WHITE)

Kod putih pula adalah kod untuk kes kecemasan kekasaran yang melibatkan tebusan dihospital, sama ada melibatkan satu individu atau beberapa orang.

8. KOD PERAK (CODE SILVER)

Kod perak adalah kod untuk kes yang melibatkan kekasaran seseorang terhadap orang lain, lazimnya terhadap wargakerja hospital, yang kadangkala melibatkan senjata merbahaya seperti pisau, parang, pistol.

Kod ini diaktifkan untuk memberi perlindungan keselamatan (security) terhadap si mangsa.

9. KOD MERAH JAMBU (CODE PINK)

Kod merah jambu adalah kod yang diaktifkan apabila berlakunya kehilangan atau penculikan kanak-kanak atau bayi (missing infant or abduction).

10. KOD KUNING (CODE YELLOW)

Kod kuning ini diaktifkan apabila terdapat kes kehilangan pesakit di hospital, sama ada dengan niat melarikan diri, atau hilang disebabkan ketidakupayaan mental atau diculik, dibawa lari.

Kod ini akan menyebabkan pemeriksaan keluar masuk individu dari hospital dilakukan dan jika perlu, penutupan keluar masuk (lockdown) hospital akan dijalankan.

11. KOD AQUA (CODE AQUA)

Kod aqua hanya diaktifkan apabila berlakunya banjir didalam kawasan hospital sama ada secara semula jadi (hujan, banjir kilat, dll) atau kerosakan dalaman (paip pecah, kebocoran dll).

12. KOD KELABU (CODE GREY)

Kod kelabu ini diaktifkan apabila terdapat kerosakan teruk terhadap sistem, infrastruktur atau peralatan hospital secara besar-besaran yang menjejaskan fungsinya.

Kod ini juga digunakan untuk pengasingan udara (air exclusion) kawasan tertentu.

13. KOD JERNIH/SELESAI (CODE CLEAR)

Kod ini adalah kod yang digunakan selepas sesuatu kod yang dikeluarkan terlebih dahulu telahpun selesai atau dinyahaktifkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, March 15, 2019

SBDJ Siri 27: Manusia Tanpa Kepala

SBDJ Siri 27: Manusia Tanpa Kepala

Datuk pun membasuh kepala dan muka lelaki itu dengan air daun pisang dara. Datuk juga membasuhkan seluruh tubuh lelaki itu dengan air bunga tujuh jenis dan tujuh warna. Kedua belah tapak kaki dan tangan lelaki itu dibasuh oleh datuk dengan air tanah liat.

Siri SBDJ 15

Akhirnya, datuk menjiruskan air penawar dari kepala ke kaki lelaki itu datuk merimbaskan badan lelaki dengan kain hitam sebanyak tiga kali.

Dengan penuh teliti, datuk menyarungkan kain pelikat ke badan lelaki malang itu dalam keadaan terbalik.

Cara menyarungnya juga agak ganjil iaitu, dari kepala ke kaki. Datuk membawa lelaki tersebut pulang ke rumahnya.

Datuk minta lelaki itu baring di muka pintu dan datuk meletakkan batang tepus atas dada lelaki itu. Datuk berdiri di anak tangga terakhir sambil matanya menatap wajah lelaki itu.

"Kau sekarang bangun perlahan dengan tangan kiri kau menolak batang tepus hingga ke hujung kaki”, kata datuk dan lelaki itu patuh dengan apa yang dikatakan oleh datuk.

"Sekarang, tak ada suatu apa pun yang mesti kau takutkan. Tugas aku sudah selesai”, beritahu datuk pada lelaki itu sambil melangkah ke dalam perut rumah.

Datuk duduk dengan tiang seri menyandarkan badannya. Saya bersandar dekat dinding.

Matahari pagi kian meninggi, sudah masuk pukul sepuluh pagi. Saya kira bila kerja datuk sudah selesai tentu dia akan pulang.

Paling lewat tiga atau empat petang kami akan meninggalkan Kuala Terong, fikir saya dalam hati.

Lelaki yang sudah diubati oleh datuk terus menghidangkan kopi pada saya dan datuk. Lelaki itu sendiri menuangkan air kopi ke dalam cawan.

"Minumlah. Goreng pisang belum masak”, ujar lelaki itu.

Datuk senyum. Saya terus menghirup kopi. Tiba-tiba saya tersedak. Air kopi bersembur ke atas lantai.

"Kenapa?", suara datuk keras.

Biji matanya terbeliak merenung wajah saya. Hati saya jadi kecut bila datuk memandang demikian.

"Kopi ni panas tok”, ujar saya.

"Kalau dah tahu panas, kenapa kau telan. Apa kau tak boleh tunggu sampai air itu sejuk”, teka­nan suara datuk cukup keras dan meninggi.

Wajahnya masam. Saya tahu, datuk memang tidak senang dengan perangai gelojoh saya itu.

Datuk mahu saya menjadi manusia yang penuh sopan santun, bila menghadapi hidangan terutama sekali bila berada di rumah orang.

"Tak apalah tu. Tapi Kamal mana dia?", tanya lelaki itu sambil menyapu air kopi yang tumpah di lantai dengan kain buruk.

"Dia terus balik”, jawab saya.

"Oh begitu, saya tak sedar. Uda Lodin juga tak nampak batang hidungnya”, tingkah lelaki itu lagi.

"Uda Lodin tu penat”, datuk bersuara tenang.

Lelaki itu tersenyum. Tanpa memberitahu saya dan datuk, lelaki itu terus ke dapur. Datang semula sambil membawa sepiring goreng pisang.

Kami pun makan bersama. Memang sedap makan goreng pisang panas bersama air kopi.

Bila sarapan pagi sudah selesai, datuk menghampiri lelaki yang isterinya menjadi hantu itu sambil berkata:

"Kau ampunkan dosa isterimu?"

"Saya ampunkan."

"Kalau begitu, malam ini kita adakan majlis tahlil."

"Saya tak ada wang."

"Aku beri kau wang”, nada suara datuk cukup tegas.

Datuk selok saku dan mengeluarkan wang. Dengan wajah yang agak cemas lelaki itu menerima wang pemberian datuk.

Saya juga hairan dari mana datuk memperolehi wang. Setahu saya sewaktu datang dulu, datuk tidak banyak membawa wang.

Saya segera menghampiri datuk dan terus bertanya dari mana dia dapat wang.

Datuk menerangkan pada saya, bahawa wang yang diberikan pada lelaki itu adalah daun-daun kering. Dalam tempoh tertentu wang itu akan jadi daun kembali.

"Kenapa tok buat begitu?"

"Untuk menolong orang susah."

"Rugilah orang yang menjual barang padanya."

"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual barang tersebut."

Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada dirinya.

Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa di duga atau dijangka oleh sesiapa.

Berdasarkan pada itulah saya lebih senang mengikutinya walau ke mana-mana.

Dan majlis tahlil pun berlangsung di rumah lelaki itu. Lima belas orang telah hadir. Datuk sendiri jadi tukang masak dan membacakan doa.

Bila acara majlis itu selesai, datuk memberitahu pada orang yang datang itu bahawa apa yang berlaku itu adalah petunjuk dari Allah untuk renungan manusia yang masih hidup.

"Jadikanlah ini sebagai contoh dan tauladan. Allah dapat menunjukan kebesaran dan kekuasaanNya pada bila-bila masa”, nada suara datuk menurun.

Orang yang berada dalam rumah tertegun. Tumpukan perhatian pada cakap datuk.

”Jika kamu sayangkan isteri kamu, cuba elakkan atau kawal diri mereka dari jadi penderhaka pada kamu. Isteri yang derhaka pada suami, tidak akan mencium bau syurga.”

"Tetapi, suami akan berdosa besar, kalau menggunakan taat setia seorang isteri untuk mencari kesempatan”, datuk mengakhiri cakapnya.

Bila semua tetamu malam itu pulang, saya dan datuk mengambil tempat di ruang hadapan untuk tidur.

Lelaki itu tidur dalam bilik, manakala Uda Lodin tidur di rumah lain.

Uda Lodin bimbang kalau dia tidur di situ, pengalaman ngeri yang dilalui akan terulang lagi.

Lebih kurang pukul dua belas malam lelaki itu mengejutkan datuk. Saya secepat kilat bangkit dari baring.

"Ada apa?" tanya datuk.

”Bagaimana cara saya nak ampunkan isteri saya?"

"Hum.." datuk garu pangkal kening.

"Saya termimpikan dia menangis di atas tanah lapang”, ujar lelaki itu lagi.

Saya sandarkan badan ke tepi dinding. Datuk pun menyoal lelaki itu waktu bila ia mengalami mimpi itu.

Apakah masa dia mahu tidur tadi badannya bersih dan ada membaca ayat-ayat suci.

"Masa saya masuk tidur saya ada air sembahyang. Sebelum tidur saya membaca ayat al Kursi”, jelas lelaki itu.

"Isteri kau mengharapkan keampunan dari kau?"

"Apa yang mesti saya buat?" tanyanya lagi.

Datuk bangkit dari tidur. Datuk berjalan di kawasan ruang itu dua tiga kali. Suasana malam cukup sepi.

"Kau pergi ke kubur isterimu tujuh pagi. Bacakan surah Yassin. Setiap kali kau sembahyang subuh, berdoalah pada Allah minta dosa isteri kau diampunkan", itu nasihat datuk pada lelaki malang itu.

"Saya buat. Saya mahu rohnya tenang dan damai. Saya ampunkan dosanya”, kata lelaki itu.

Dia pun meninggalkan saya dan datuk di ruang hadapan. Malam itu tidur saya cukup nyenyak.

Bila bangun pagi, badan terasa segar lebih-lebih lagi bila mandi embun bersama datuk. Kulit badan terasa sejuk dan kelihatan kemerah-merahan.

Pagi itu saya bersama datuk meninggalkan Kuala Terung menuju ke pekan Pekan Terung. Datuk terus menemui Uda Lodin yang memang menanti kedatangannya.

"Kita balik berasinganlah”, beritahu datuk pada Uda Lodin.

"Sebab?"

"Aku nak pergi ke pekan minggu di Changkat Jering. Aku nak beli parang."

"Bagaimana bayaran ubat menolong orang tu? Saya dah minta pada orang kampung tiga ratus ringgit. Mereka setuju bayar."

Dahi datuk bergerak-gerak. Biji matanya macam berputar-putar merenung muka Uda Lodin. Datuk terus memegang batang leher Uda Lodin.

"Kenapa ni?”, Uda Lodin terkejut.

"Ingat, aku bukan cari makan dengan cara ini. Aku menolong orang kerana Allah, bukan niat aku nak buat harta dengan ilmu yang ada pada aku ni.

"Ilmu ini pemberian Allah untuk menolong orang. Aku nak hidup mesti berusaha cara lain. Lagi sekali kau cakap macam itu, aku patahkan batang leher kau”, cukup keras suara datuk.

Dua tiga orang yang lalu di situ berhenti. Mereka mendekati datuk dan Uda Lodin. Salah seorang daripada mereka menyangka datuk dan Uda Lodin bergaduh, lalu menasihati datuk dan Uda Lodin supaya berdamai.

"Jangan campur, ini urusan kami”, ujar datuk pada orang itu.

Dengan wajah yang tersipu-sipu orang itu menjauhkan diri dari datuk dan Uda Lodin.

"Kau pergi beritahu pada orang yang kau cakapkan mahu wang, katakan apa yang aku buat itu semuanya percuma. Tak kena bayar satu sen pun”, datuk mengeluarkan perintah pada Uda Lodin.

Tanpa banyak cakap Uda Lodin terus naik bas yang memang menanti penumpang untuk pergi ke Kuala Terung. Datuk terasa lega.

"Kawan ni adakalanya jadi racun”, rungut datuk sebaik saja bas bergerak menuju ke Kuala Terung.

Datuk yakin Uda Lodin akan memberitahu pada orang tertentu dengan apa yang di katakan oleh datuk padanya.

Saya dan datuk terus menahan teksi yang dipandu oleh pemuda berbangsa Cina menuju ke pekan minggu Changkat Jering. Memang, tujuan utama datuk ke situ untuk membeli sebilah parang panjang.

Setelah membayar harga teksi tersebut, saya dan datuk terus masuk ke dalam gerai menjual buah-buahan kampung hingga ke gerai makanan, saya dengan datuk berjalan dalam suasana tenang.

Akhirnya, kami pun sampai ke gerai yang menjual golok serta parang kepunyaan Usman Rumba dari Sayong, Kuala Kangsar.

Di samping menjual golok dan parang, Usman Rumba juga menjual labu sayung atau labu air yang terkenal itu.

Datuk membeli sebilah parang panjang berulukan tanduk kerbau serta tiga biji labu air.

Setelah membayar harga barang yang kami beli, datuk pun mengajak saya pergi ke gerai kopi yang berhampiran dengan balai polis di situ.

Waktu mahu masuk ke gerai tersebut, seorang angota polis lengkap dengan pakaian seragam dengan pistol terselit di pinggang, berlari ke arah datuk. Polis itu menepuk bahu datuk dari belakang.

Darah saya tersirap. Apakah salah yang telah datuk lakukan? Kenapa datuk mesti di tangkap? Persoalan itu timbul dalam tengkorak kepala saya.

"Kau Atan”, ujar datuk sebaik saja matanya tertumpu ke wajah anggota polis yang berusia kira-kira empat puluh tahun itu.

Anggota polis itu menyatakan rasa kagumnya kerana datuk masih dapat mengingatinya, walaupun sudah hampir dua puluh tahun tidak bertemu.

Anggota polis itu berasal dari Johor dan pernah bertugas di balai polis Pekan Bruas sekitar tahun 1943-1945.

Awal tahun 1946 dia ditukarkan ke balai Polis Umbai, Melaka. Sejak itu hubungannya dengan datuk putus sama sekali.

"Ini siapa?", tanya anggota polis itu pada datuk sambil merenung muka saya.

"Tamar cucu aku”, jawab datuk.

Anggota polis tersenyum. Dia memberitahu datuk bahawa anak sulungnya yang sebaya dengan saya sudah bekerja sebagai anggota polis dan ditempatkan di Kuala Terung juga.

Kemudian Atan (anggota polis), mengajak saya dan datuk ke rumahnya. Barangkali ada tujuan yang tertentu. Paling kurang, dia mahu menuntut ilmu dari datuk, fikir saya.

Memang tepat apa yang saya duga. Dia memang sudah lama mencari datuk untuk diajak ke Batu Pahat.

Dia menyatakan hanya datuk seorang saja yang boleh menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pihak keluarganya.

Sudah banyak pawang dan dukun terkenal dipanggil ke tempatnya tetapi, mereka tidak berjaya mengatasi masalah yang yang menimpa keluarga anggota polis itu.

"Apa masalahnya?”, soal datuk.

"Kubur anak saudara saya berasap."

"Kuburnya berasap?" datuk terkejut.

"Biasanya kubur itu berasap pada sebelah pagi dan senja. Serentak dengan itu orang yang dekat tanah kubur terdengar suara orang menjerit minta tolong”, terang anggota polis itu.

Datuk terdiam. Datuk tidak jadi minum kopi yang di hidang oleh isteri anggota polis itu. Saya kira datuk terkejut dengan apa yang didengarnya itu.

Lama juga datuk termenung. Dahinya berkerut. Belum pemah dia mendengar dan berhadapan dengan peristiwa semacam itu.

"Ada gambar anak saudara awak tu di sini Atan?", datuk renung muka anggota polis itu.

"Ada, nanti saya ambilkan”, anggota polis masuk ke dalam bilik dan keluar dengan sekeping gambar poskad ditangan.

Gambar itu diserahkan pada datuk. Lama juga datuk merenung wajah anak saudara anggota polis tesebut.

Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk memulangkan gambar tersebut pada anggota polis yang berasal dari Johor itu.

"Saya boleh cuba”, pendek datuk memberikan jawapan.

"Terima kasih”, wajah anggota polis itu saya lihat berseri-seri. Senyumnya tidak putus-putus bermain dibibir.

"Bila kita akan pergi?”, tanpa sabar-sabar anggota polis itu mendesak.

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke wajah saya.

"Minggu depan, kita bertolak petang."

"Eloklah tu, saya boleh minta cuti."

"Cara nak pergi macam mana? Pergi bersama atau berasingan?”, datuk mengajukan pertanyaan.

"Kita pergi dengan kereta saya”, lega hati saya mendengar pengakuan dari anggota polis itu.

Saya tahu, kalau berasingan, datuk akan menunggang harimau peliharaannya waktu malam. Satu cara yang amat tidak saya sukai.

Seram sejak badan saya memaut batang leher harimau, meskipun harimau itu jinak dan boleh diurut ekor dan kepalanya.

Datuk terus memberi alasan kenapa dia terpaksa pergi ke Batu Pahat minggu depan.

Pertama dia mahu menemui isteri mudanya (orang bunian) sebelum berjalan jauh.

Kedua, dia perlu menghubungi harimau belaannya untuk jadi pengiring ketika dia berada di sana.

Dan ketiga datuk perlu membuat persiapan-persiapan yang tertentu.

Sementara menanti minggu depan, saya dan datuk pulang ke kampung. Semasa berada di kampung boleh dikatakan setiap malam datuk memanggil harimau belaannya datang ke halaman rumah.

Datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih dan menyediakan air dalam bekas buluh gading.

Datuk bermain-main dengan harimau di bawah cahaya bulan yang sedang mengambang dan datuk memberitahu pada harimau belaannya itu supaya pergi ke arah selatan tanahair.

Kadang-kadang saya lihat datuk duduk atas belakang harimau dengan isterinya orang bunian menuju ke arah Bukit Kota.

Anehnya, bila saya bangun dari tidur pada esok harinya, saya dapati datuk berada di rumah. Waktu bila dia pulang saya sendiri tidak tahu.

Pagi Selasa itu, sebuah kereta Austin 1100 bercat merah yang dipandu oleh Atan (anggota polis) datang ke rumah datuk.

Mana barang yang difikirkan perlu dimasukkan ke dalam bahagian belakang kereta itu. Tepat pukul sepuluh kami pun bertolak.

Lebih kurang pukul empat petang kami pun sampai di Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur.

Kami singgah di rumah Kadir Khan, pangkat abang ipar kepada Atan (Kadir Khan baru saja ditauliahkan menjadi sarjan di Balai Polis tersebut).

Balai polis Cheras kami tinggalkan setelah menunaikan sembahyang Maghrib.

Sepanjang perjalanan datuk tidak putus-putus bercerita dengan Atan. Ternyata banyak yang datuk tahu tentang keluarga dan sanak-saudara Atan.

Perjalanan yang amat membosankan itu saya isikan dengan tidur. Bila jaga saya akan melihat keluar. Pemandangan malam memang tidak menyenangkan hati saya.

Saya juga tidak pernah bertanya pada datuk, bandar atau pekan yang dilintasi oleh kereta yang saya naik itu.

Buat apa bertanya, buat penat mulut saja. Tidak banyak kendaraan yang kami temui atau berselisih dengan kami sepanjang perjalanan. Badan terasa cukup sejuk.

Bila saya melihat keluar, saya terasa takut melihat hutan dan bukit yang tertegun di kiri kanan jalan. Tiba-tiba saya terasa Atan memperlahankan laju keretanya.

"Pukul berapa?" saya terdengar suara datuk.

Atan tidak tidak menjawab pertanyaan itu. Kereta bagaikan ditarik sesuatu dari belakang.

"Pukul dua.”

"Kita dekat mana ni Atan?"

"Dekat Sungai Rambai, dah dekat sempadan Johor."

Saya terasa cukup resah. Saya yakin kereta yang saya naiki itu tidak bergerak, walaupun Atan menekan minyak dan dan memutar stering.

Saya panjangkan leher ke depan. Kepala saya hampir saja mahu menyentuh kepala Atan. Saya terkejut besar. Saya lihat muka Atan pucat. Matanya tajam merenung ke depan. Ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada kami.

"Tok”, saya mencuit bahu datuk.

”Kereta kita tidak berjalan tok”, tambah saya lagi.

Datuk anggukkan kepala. Secara mengejut, datuk menampar dahi Atan. Saya lihat Atan terpinga-pinga macam orang bangun tidur.

Dia menyebutkan sesuatu mengenai kereta yang di pandunya tidak bergerak. Empat tayar kereta bagaikan terlekat pada sesuatu.

Tidak ada sebuah pun kereta yang lalu untuk diminta pertolongan. Suasana cukup gelap. Datuk membaca sesuatu dan menghembus pangkal telinga Atan.

"Mengucap Atan”, kata datuk.

Atan pun mengucap dan datuk tahu bahawa Atan sudah pulih dari keadaan khayalan.

Bila datuk bertanya pada Atan kenapa dia jadi demikian, Atan menyatakan yang dirinya berada di satu tempat lain yang indah, diapit oleh wanita sambil mendayung sampan.

"Kau diresapi syaitan penunggu”, bisik datuk ke telinga Atan.

Dengan pertolongan lampu kereta, saya melihat tubuh manusia tanpa kepala sedang menunggang basikal.

Saya segera memberitahu pada datuk dan Atan. Rupanya mereka melihat apa yang saya lihat.

Tubuh manusia tanpa kepala yang naik basikal itu kian hampir pada kami dan berhenti betul-betul di hadapan kereta yang di pandu oleh Atan.

Jentera kereta serta-merta mati. Datuk buka pintu kereta, saya dan Atan pun keluar sama. Dada saya berdebar.

Jalan raya itu terasa kosong benar. Tidak ada kenderaan yang lalu, tidak ada manusia yang berjalan. Dari hutan kecil di kiri kanan jalan raya terdengar

bermacam-macam bunyi.

Ada bunyi air terjun, ada bunyi suara orang menyanyi. Hati saya jadi kecut, lembaga tanpa kepala itu turun dari basikal.

Saya lihat batang lehernya berlubang penuh dengan urat-urat yang bertuntai atas dada. Darahnya meleleh di seluruh badan.

"Syaitan”, jerit datuk.

Mulutnya membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu lalu dilemparkannya ke arah lembaga tanpa kepala. Lembaga itu menjerit dan terus melompat ke atas basikal.

Kami segera masuk kereta. Datuk menyuruh Atan mengekori lembaga itu. Bila sampai ke kawasan Sungai Kesang, lembaga tanpa kepala itu terus hilang.

Sampai ke Batu Pahat hal itu diceritakan oleh Atan pada kawan-kawannya dan menurut kawan-kawan Atan, tubuh tanpa kepala itu memang selalu mengacau pemandu kenderaan.

Menurut mereka tubuh tanpa kepala itu berasal dari tentera Gurkha yang di pancung oleh tentera Jepun dalam perang dunia yang kedua dulu.

Lebih kurang pukul sembilan pagi pada hari Isnin, kami pun sampai ke Kampung Jorak Ilahi.

Atan memperkenalkan datuk dengan ayah saudaranya iaitu, Omari berusia lebih kurang enam puluh tahun, ada ladang kelapa dan kopi.

Pada mulanya, datuk membuat keputusan untuk menginap di masjid berhampiran tanah perkuburan itu.

"Tidur di rumah saya. Masjid itu dikawal jin”, Omari memberitahu datuk.

Kemudian Omari pun bercerita tentang beberapa keanehan yang terjadi pada masjid itu.

Datuk tidak begitu tertarik dengan cerita tersebut. Datuk hanya tertarik tentang kubur anak Omari yang berasap dan menjerit waktu senja dan pagi.

Setelah berbincang dengan Omari dan Atan, datuk bersetuju melihat kawasan kubur yang di katakan itu.

Bila bunga senja mula jatuh di seluruh Kampung Jorak Ilahi, datuk pun memakai seluar hitam dan baju hitam. Datuk ikat kepala dengan kain merah.

“Biar saya tinjau dulu dengan cucu saya”, beritahu datuk pada Omari dan Atan.

Kedua-duanya anggukkan kepala tanda setuju. Omari menyerahkan pada datuk sebatang anak kopi berdaun tiga. Memang, datuk menyuruh Omari menyediakannya untuk tangkal.

Waktu saya dan datuk sampai di pinggir jalan kawasan perkuburan, tengkuk saya terasa seram. Ada bunyi suara burung murai batu dan puyuh tanah. Suasana sekeliling kelam dan samar-samar.

Datuk dan saya berdiri tenang menghadapi batu-batu nisan yang memenuhi tanah perkuburan.

Angin yang bertiup menolak dedaun di tanah perkuburan. Dedaun itu berlaga sesama sendiri dan melahirkan bunyi air ombak diselang-seli dengan bunyi orang ketawa.

Terdengar bunyi suara jampok dan burung hantu kubur mengkais-kais tanah. Secara mendadak saja saya memeluk tubuh datuk, bila saya terdengar bunyi suara orang menjerit dan minta tolong di tanah perkuburan dalam suasana senja yang bertambah gelap.

Tanpa banyak bercakap, datuk mengheret saya ke tengah kawasan perkuburan. Langkah kami mati bila berhadapan dengan sebuah kuburan yang mengeluarkan asap nipis dari rekahan tanah antara dua batang nisan.

Datuk pun membakar liIin. Asap itu jelas kelihatan macam wap yang keluar dari ketul ais.

Suara orang minta tolong dan ampun menendang gegendang telinga saya. Suasana di kawasan perkuburan itu amat menakutkan saya.

Tamat siri 27/284

BACA: SBDJ Siri 26: Isterinya Jadi Kelip-kelip
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM