Sunday, December 24, 2017

Kenapa 'Orang Putih' Boleh Pergi Melancong Walaupun Tidak Bekerja?

Loading...

Kita sudah biasa kecermelangan akademik itu adalah pengukur sesebuah kejayaan. Maka dari kecil lagi sudah didik anak untuk dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Wajib ada A la kalau nak berjaya. Tapi berbeza dengan negara luar.

Kenapa 'Orang Putih' Boleh Pergi Melancong Walaupun Tidak Bekerja?

Hidup di negara luar dengan negara kita banyak bezanya. Di negara luar mereka sentiasa menimba ilmu tanpa mengira umur atau taraf. Dan yang penting A bukan pengukur segalanya. Mereka lebih kepada kemahiran, belajar memasak, menulis, dan photografi.

Ikuti perkongsian dari seorang pengembara ini, iaitu Irwan Dahnil, bagaimana orang luar negara mampu melancong ke negara lain tanpa terbeban dengan pekerjaan.

Masa kecil, aku tengok kitaran hidup ini simple saja.

Pergi sekolah, sekolah pandai-pandai, dapat A banyak. masuk universiti, kerja, kahwin, beranak pinak, tua dan mati. Life cycle yang mudah. Setting kehidupan yang sama.

Jadi aku macam pelik bila jumpa dengan orang putih yang boleh travel 6 bulan meninggalkan negara. Travel tau, bukan melancong. Tiada buat kerja lain selain kembara.

Kaya sangat ke diorang ni? Atau gaji besar ke sampai boleh travel selalu? Boss tak marah ke cuti lama-lama?

Aku jadi konfius. Lain betul dengan life cycle yang aku anuti selama ni. Kat Malaysia ko nak mintak cuti raya pun kadang-kadang bos jeling tembus dinding. Kau nak travel seminggu pun, rasa bersalah, bos macam bagi hint elok berhenti je.

Boss dah beli kehidupan kau boi.

Tetapi sejak aku berkawan dengan traveler jenis ni, aku baru faham macam mana boleh jadi macam tu. Aku korek habis-habis, aku tanya macam-macam. Sebenarnya life cycle mereka berbeza dari 'mazhab' aku orang Malaysia.

Diorang tak 'invest' beli kereta yang nampak macam orang kaya tapi bank yang punya. Kereta hanya setakat untuk hidup. Bukan untuk impresskan kawan-kawan. Lebih lagi dah biasa naik bas aje.

Dorang bebas. Kalau bos meluat tengok muka, berhenti je. Nanti cari kerja lain. Kalau kita mungkin terpaksa acah-acah taat pada bos takut kena buang kerja, tak naik pangkat atau gaji tak bertambah. Rela jaga hati bos, untuk jaga masa depan.

Mereka bangunkan bakat. Diorang pandai jual diri supaya laku dimana-mana. Dapatkan higher degree, sekurang-kurangnya profesional certificate diakui dunia. Diorang boleh cakap banyak bahasa. Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab dan Mandarin, mana-mana pun laku.

Mereka belajar skill baru. Selain bahasa, mereka belajar masak, belajar buat video dan photografi, belajar menulis. Itu semua duit kalau siapa yang faham. Sehingga ada yang belajar main gitar dan menyanyi. Rasa terdesak diorang letak je sapu tangan tepi jalan, busking menyanyi. Pandai cari duit.

Mereka rajin membaca. Yang ini paling win. Korang selalu tengok kan orang putih ni kalau ada masa terluang je akan baca buku. Sebab tu dia tahu macam-macam, nampak pandai. Padahal ilmu dari buku je. Ntah-ntah kita lagi pandai.

Aku tau. Kalau cerita kat orang Malaysia, nanti ada yang cakap "Itu dorang, boleh lah.." Baik. Kalau rasa macam tu, ko boleh la ikut balik kitaran hidup aku cakap tadi tu. Tak payah gaduh.

Sesekali tengok instagram kawan travel sementara kau mereput tunggu mati.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Pelajar Bahasa Sepanyol.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

sumber: siakapkeli

5 comments

Memang best. Tak terikat sangat dengan perkerjaan. Itu baru la kehidupan.

Boleh berhenti kerja dan cari kerja lain.

Kalau kat Malaysia, memang dah kena beli dengan bos.. Cari kerja pun payah

kerja diorang ada yg tak guna modal contoh buat atau cipta games buat apps,buat website,buat software dan lain2....yg buat website pun boleh..tengok contoh larry page pengasas google dan bill gates pembuat microsoft software....memang kaya gila lah tanpa modal pulak tu....kat Malaysia ni jarang cam tu....aku cakap betul dulu aku pernah duduk sekejap kat U.K (British) dan U.S (American)...diorang tak marah pun anak diorang tak sekolah...tak belajar rajin...tapi janji buat pekerjaan macam tadi lah,yg tanpa modal tu....ramai budak inggeris sekarang jadi youtuber...buat duit kat youtube pun kaya tau....itu je lah aku nak bagi tahu korang....

boleh kaya ada tersilap sikit tu...

kerja diorang ada yg tak guna modal contoh buat atau cipta games buat apps,buat website,buat software dan lain2....yg buat website pun boleh kaya..tengok contoh larry page pengasas google dan bill gates pembuat microsoft software....memang kaya gila lah tanpa modal pulak tu....kat Malaysia ni jarang cam tu....aku cakap betul dulu aku pernah duduk sekejap kat U.K (British) dan U.S (American)...diorang tak marah pun anak diorang tak sekolah...tak belajar rajin...tapi janji buat pekerjaan macam tadi lah,yg tanpa modal tu....ramai budak inggeris sekarang jadi youtuber...buat duit kat youtube pun kaya tau....itu je lah aku nak bagi tahu....

Itulah perbezaan mentaliti kita dengan diorang kan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon